BORANG PERMOHONAN VAKSINASI COVID-19 VETERAN ATM SECARA SUKARELA
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan,
Program Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM memberi peluang kepada para Veteran ATM yang berusia 61 tahun dan ke atas untuk mandapatkan suntikan Vaksin COVID-19 melalui Program Pemberian Vaksin COVID-19 Fasa 2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pemberian vaksin tersebut akan dilaksanakan di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) bertempat di fasiliti kesihatan ATM. Penyertaan di dalam program ini adalah secara sukarela dan tanpa paksaan serta mengikut giliran yang ditentukan oleh pihak Kerajaan.
Tempoh permohonan penyertaan bermula pada 02 April hingga 30 April 2021. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM akan menghubungi para Veteran ATM yang telah terpilih dari semasa ke semasa setelah menerima pengesahan jadual pemberian vaksin.
Klick : Daftar Sekarang
Sekian.
Bahagian Dasar
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM,
Kementerian Pertahanan Malaysia
03-2050 8173 /03-26976600
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan