Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengumumkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% jika pesalah membayar saman melalui aplikasi MyBayar Saman bermula 18 Jun hingga 18 Julai 2021.
Diskaun ini terbuka kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam kecuali kesalahan-kesalahan utama, kesalahan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.
Orang ramai boleh mengakses perkhidmatan MyBayar Saman melalui laman web rasmi atau memuat turun aplikasi di Google Play Store, Apple App Store atau HUAWEI App Gallery. Pembayaran saman secara fizikal tidak dibenarkan kerana semua kaunter pembayaran saman di IPD daerah dan kontinjen telah ditutup sepanjang PKP.
Perkhidmatan tersebut telah diperkenalkan sejak bulan Mac 2021 bagi memudahkan rakyat untuk membayar saman mereka secara digital. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
- Portal - https://mybayar.rmp.gov.my
- Google playstore - https://play.google.com/store/
- Apple store - https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
- Huawei Appstore - https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Kredit : FB Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Resit Bayar Saman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan