Halaman

Khamis, 17 Jun 2021

Salah Faham Masyarakat FELDA berkenaan dengan Tanah Berkelompok

 



SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA BERKENAAN RANCANGAN TANAH BERKELOMPOK SIRI XVI

Dua tiga hari lepas, saya dapat pertanyaan sebegini dari generasi ke 2 Felda:

S: Felda saya dah dapat geran hakmilik. Sekarang ini tanam sawit....boleh ke kalau saya tebang sawit saya dan gantikan sebahagian ladang saya dengan tanaman lain atau saya jadikan sebahagian tanah ladang saya sebagai pusat penternakan lembu secara besar- besaran. Saya ada investor besar nak melabur dalam projek ini.

J: Tak boleh. Walaupun tanah felda itu telah jadi hakmilik kita, kita tetap tak boleh gunakan tanah kita itu sesuka hati kita. Kita tetap kena ikut syarat nyata dalam geran tanah, tetap kena ikut peruntukan dalam GSA dan tetap kena ikut perjanjian asal peneroka semasa memohon masuk ke Felda.

Peruntukan undang-undang dan keputusan mahkamah dalam kes sebegini telah menetapkan bahawa untuk tanah rancangan berkelompok seperti Felda dan Felcra atau apa-apa tanah rancangan berkelompok seperti Rancangan Tanah Negeri (RTN) dan Rancangan Tanah Pinggir (RTP) di sesetengah negeri, selain Kanun Tanah Negara terpakai untuk undang-undang tanah, ia mesti di baca bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan di dalam GSA serta perjanjian asal peneroka terdahulu. Bukan Kanun Tanah Negara sahaja terpakai untuk tanah Felda dan Felcra ini. 

S: Kenapa nya saya tak boleh buat sedangkan tanah tu dah jadi milik saya. Suka hati saya lah nak tanam apa, nak bela apa atas tanah saya....Kenapa tak boleh pulak?

J: Inilah yang membezakan tanah di dalam Felda, Felcra dengan tanah lain di kampung-kampung. Tanah Felda ini telah diwartakan sebagai tanah berkelompok. Kalau dah namanya kelompok, dia tak boleh dipisahkan menjadi berasingan dengan tanah-tanah yang lain.

Kalau tanah tersebut diwartakan untuk tanaman kelapa sawit, maknanya semua tanah yang berkelompok di situ mestilah ditanam dengan kelapa sawit sahaja. Tak bolehlah orang lain tanam sawit, tuan pula tebang sawit tuan dan bela lembu. Nanti ada pulak orang lain yang nak buat ladang ayam, nak buat tanam cili dan lain-lain. 

Kalau semua orang fikir macam tuan, tak jadilah tanah berkelompok tu....jadi ia akan defeat the purpose penubuhan tanah rancangan tuan tu dan undang- undang jelas dalam perkara ini dengan tidak membenarkan apa-apa usaha ke arah yang berlawanan dengan niat asal penubuhan tanah rancangan itu.

S: Masalah saya, saya dah terambil duit dari tokey tu untuk buat projek lembu ini... Macamana tu?

J: Saya tak boleh bagi jawapan, tuan kena bertanya sendiri dengan pihak Ibu pejabat Felda. Boleh minta pandangan mereka tapi secara asasnya begitulah peruntukan undang-undang terhadap tanah berkelompok ini.

Kredit FB Farid Ikhwan Nasution

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan