Halaman

Selasa, 15 Jun 2021

Pemberian Vaksin convid19 di Kg.Kuala Kenong, Lipis.

 

Hari ini saya bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis telah turun padang bagi membantu urusan pendaftaran dan pemberian vaksin kepada masyarakat warga emas  yang terlantar dan OKU di Kampung Kuala Kenong, Lipis.

Bagi mencapai objektif utama Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu imuniti kelompok dan seiring dengan usaha kerajaan untuk mempercepatkan roll-out vaksinasi, sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), saya sentiasa prihatin dan mengambil kira maklum balas rakyat terutama di kawasan luar bandar bagi memastikan tiada satu pun golongan yang tercicir dalam program ini.



KPLB juga mendengar beberapa keluhan dan kerisauan anak-anak di perantauan kerana ada antara warga emas ini yang tidak mempunyai peranti untuk mendaftar mysejahtera, ada juga anak-anak yang bantu daftarkan, namun ada kekangan untuk membolehkamnmereka hadir ke pusat vaksinasi seperti kenderaan terutama yang terlantar dan tidak boleh bergerak atas faktor kesihatan.

Dalam masa yang sama usaha untuk meyakinkan masyarakat luar bandar tentang kepentingan vaksinasi terus dilakukan. Saya yakin dengan usaha, pujukan, dan penerangan menggunakan sains dan data, mereka ini akan ubah fikiran dan seterusnya mendaftarkan diri secara sukarela bagi mendapatkan vaksin ini.

Saya juga turut menyampaikan bantuan Prihatin Pahang, kepada Ketua Isi Rumah dan pengusaha-pengusaha bot Kampung Kuala Kenong yang telah terjejas dari segi ekonomi akibat wabak covid 19 ini. 

Kampung Kuala Kenong yang sebelum ini terkenal dengan aktiviti eko-pelancongan kini terkesan berikutan pandemik ini. Saya harap agar bantuan yang disampaikan sedikit sebanyak meringankan beban dan keadaan akan pulih seperti sediakala dalam masa yang tidak begitu lama supaya pendapatan rakyat yang terkesan juga boleh dipulihkan.

Kredit : FB Abdul Rahman Mohamad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan