Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
Halaman
▼
Selasa, 31 Julai 2012
Jumaat, 27 Julai 2012
Najis burung jejas imej Lipis
NAJIS burung layang-layang mencemari dinding sebuah pawagam mini di bangunan Centrepoint sekali gus mencacatkan pemandangan bangunan itu dan bandar di Kuala Lipis. |
Oleh
JENTAYU PUTIH
Kuala Lipis
SAYA merupakan seorang penyewa pangsapuri di bangunan Centrepoint, bandar Kuala Lipis.
Keresahan yang ingin saya lontarkan di sini ialah masalah najis burung layang-layang yang memenuhi setiap ruang di bangunan itu.
Haiwan tersebut dilihat menjadikan setiap ruang pada bangunan berkenaan untuk bertenggek dan menumpang tidur pada waktu senja atau malam.
Untuk makluman, boleh dikatakan hampir keseluruhan bangunan berkenaan dipenuhi najis burung itu dan lebih menyakitkan mata memandang ialah ketika melalui kaki lima dan tempat letak kenderaan.
Kenderaan yang diletakkan di bawah pokok dan tepi bangunan turut menjadi 'mangsa' najis burung.
Lebih malang apabila kenderaan milik penginap hotel di Centrepoint, Hotel Jelai dan pusat penginapan lain di bandar ini turut dikotori najis burung itu, sekali gus boleh menjejaskan reputasi Kuala Lipis sebagai antara pusat persinggahan pelancongan utama.
Berikutan pencemaran najis haiwan berkenaan, pusat perniagaan dan arena bersantai di Centrepoint yang suatu ketika dulu menjadi mercu tanda dan tumpuan pelawat, kini semakin berkurangan dan sepi menjelang malam.
Boleh dikatakan najis itu memenuhi setiap ruang premis dan ia mudah dilihat pada awal pagi dan waktu menjelang senja apabila burung-burung itu bertenggek di kabel elektrik, atap, bumbung kaki lima, benteng dan ruang terlindung premis di bandar ini.
Senario itu juga menyebabkan pelanggan yang singgah di premis makanan di situ kurang berselera menjamah hidangan akibat bau najis burung tersebut.
Menerusi Rakan Pahang, saya meminta pihak berwajib mencari alternatif dan langkah pencegahan untuk mengurangkan habitat burung itu yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
Saya percaya dengan kecanggihan teknologi tertentu, burung layang-layang dapat dikawal daripada hinggap di kawasan premis dan hotel bandar ini yang kerap menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong.
Saya tidak berniat untuk memusnahkan haiwan yang dikawal itu tetapi perlu ada mekanisme mengurangkan burung itu daripada hinggap di premis dan kabel di samping mewujudkan kebersihan dan keceriaan bandar Kuala Lipis. - Utusan Malaysia
Jumaat, 20 Julai 2012
Selamat Menyambuat Ramadhan
Dikesempatan
ini, Cerita dari Lipis ingin mengucapkan
Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat,
rakan-rakan pembaca/follower blog, sahabat sahabat handai, dan saudara mara
jauh dan dekat. Semoga dibulan yang mulia ni dapat kita meningkatkan lagi
amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT, Insyaallah.
Jadual jamuan kenduri morey Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
Khamis, 12 Julai 2012
Masakan Tradisi Pahang
Gulai Tempoyak Ikan Patin |
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Bahan-bahan
200 gm ikan Patin
150 gm tempoyak
10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 kuntum bunga kantan
100 ml air
4 helai daun kesom
Garam
Cara menyediakan:
-
Potong dan bersihakan ikan patin, masukan ke
dalam periuk.
-
Kemudian masukan cili api, kunyit (yang telah dikisar) tempoyak, , bunga
kantan,daun kesom,garam dan air.
-
Masakan dengan api yang perlahan dalam masa 30
minit.
-
Setelah masak,sedia untuk dihidangkan.
Gulai Masam Rong |
Gulai masam Rong
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tilapia
1 mangkuk asam rong – dikisar
1 inci kunyit – di kisar
10 tangkai cilia pi – dikisar
1 helai daun kesing
Air
Garam
Cara menyediakan
-
Potong dan bersihkan ikan.Kemudian masukan ke
dalam periuk
-
Masukan pula bahan-bahan yang telah dikisar tadi
dan masukan air.
-
Perasakan dengan garam dan bahan perasa yang
lain. Masukan juga daun kesing
Gulai Labu |
Gulai Lemak Labu.
Bahan-bahan:
500 gm Labu
2 biji bawang besar – dimayang
15 tangkai cili padi – dikisar.
2 cm kunyit – dikisar
2 batang serai
1 biji kelapa – diparut
50gm ikan bilis
Garam
Cara Menyediakan
-
Potong Labu mengikut kesukaan dan bersihkan.
Masukan ke dalam periuk.
-
Masukan bawang, bahan yang dikisar, serai dan
ikan bilis. Kemudian masukan santan, kacau sehingga sebati. Perasakan.
-
Masakan sehingga 30 minit dan sehingga Labu
menjadi empuk.
-
Sediakan untuk dihidangkan.
Sambal Hitam |
Sambal hitam
Bahan-bahan
10 ml minyak masak
200 gm ikan bilis - ditumbuk
2 biji bawang besar - ditumbuk
15 tangkai cili padi - ditumbuk
3 biji belimbing buluh – direbus hingga hitam dan ditumbuk.
2 cm kunyit – ditumbuk
Garam
Cara menyediakan:
-
Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukan bahan
yang telah ditumbuk ke dalam kuali.
-
Perasakan mengikut citarasa. Masakan bahan-bahan
tersebut sehingga garing dan menjadi hitam.
-
Enak dimakan bersama nasi panas.
Resipi Oleh.
Mak Uda (Daharah Mat Zin)
Komen
Sejauh mana anak Pahang merantau bila tiba bulan ramadan ia akan teringat masakan ini.
IKAN PATIN TEMPOYAK dijual Tepi Jalan
Selasa, 10 Julai 2012
Kepada Bekas Tentera
surat jemputan |
Tarikh : 12 Julai 2012
Masa : 09.00 Malam (khamis malam jumaat)
Tempat : Dewan RPK Risda Kampung Keledek
Kehadiran bekas tentera disekitar DUN Jelai, Parlimen Cameron Hingland.dialu-alukan.
Isnin, 9 Julai 2012
Masjid Al Muhajirin Sungai Koyan
Masjid Koyan |
Seingat saya, masjid pertama
dibina di tapak kedai sebelah pejabat JKKK Sungai Koyan 1, selepas itu masjid kedua dibina pada tahun 1974 yang mana masjid
tersebut yang akan diroboh dan ganti dengan masjid baru. Imam
pada masa itu dikenali sebagai Haji Osman
bin Abdul Hamid yang merupakan jurunikah
dan beliau pernah menjadi calon PAS bertanding di DUN Jelai tahun 1990 (PRU ke 8) sehingga meninggal dunia pada tahun 2010 : AL- Fatihah.
Apabila tiba musim raya masjid ini sesak kerana anak-anak balik ke kampung. Pada hari ini
didapati ianya mengalami kerosakan pada bahagian tertentu telah pun uzur. Kalau
kita perhatikan masjid ini merupakan mercu tanda penduduk Sungai Koyan dan
tempat persinggahan pelancong apabila ingin ke Cameron Highland melalui Sungai
Koyan. Melihat situasi ini tidak dapat tidak Perdana Menteri telah meluluskan
peruntukkan 4.2 juta membina masjid baru semasa beliau melawat Pos Betau tempoh
hari.
Menurut Dato’ Wan Rosdy, (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Pahang) masjid baru yang boleh memuatkan
seramai 1,500 jemaah itu akan menempatkan wakaf musafir, dewan mesyuarat, bilik
majlis pernikahan, ruang masak dan sajian, tandas, ruang wuduk dan kemudahan
lain yang lebih selesa. "Ia juga menjadi transit musafir dan pelancong
yang berulang alik ke Cameron Highlands dari Lembah Klang, Pahang dan Kelantan
antara laluan alternatif paling dekat ke destinasi tanah tinggi
berkenaan," ujarnya.
Masjid baru yang dicadangkan |
Selain dari masjid, kerajaan juga
perlu memikir perumahan generasi kedua(G2) yang masih lagi menumpang dengan
orang tua. Masjid tersergam indah tapi
generasi muda yang akan menjadi jemaah masjid tersebut tiada tempat tinggal bak
kata lirik lagu Jimmy Palikat “rumah pun ku tiada ada pun bapak punya”.
Di sini tidak ada satu pun projek taman perumahan yang dilaksanakan
sama ada melalui kerajaan Negeri atau pun pihak FELDA itu sendiri. Selain dari
dari generasi ke-2, pekerja ladang yang kebanyakan ‘buruh seberang’ perlu juga mendapat
satu kediaman yang selesa, tidak adil bagi kita peneroka atau FELDA mendapat pendapatan lumayan tapi tidak
mengambil kesah nasib buruh-buruh tersebut.
Walaubagaimana pun kita perlu bersyukur dan
berterima kasih kepada insan yang telah berusaha membina masjid baru ini moga-moga
perancangan projek baru akan datang mendapat laluan mudah tanpa ada halangan
yang besarJumaat, 6 Julai 2012
Ceramah DSAI di Lipis Pahang
Poster Ceramah PKR |
Ceramah Politik
Penceramah : Dato'Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR
Ustaz Dato, Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS
Dato' Fauzi Abd Rahman Ketua PKR Pahang
YB Ronnie Liu Exco Kerajaan Selangor
Tarikh : 10 Julai 2012
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kampung Berchang Kuala Lipis Pahang
Anda Dijemput Hadir