Halaman

Jumaat, 31 Ogos 2012

“Segalanya bermulanya di sini…”


Ramai pengkaji sejarah bersetuju mengatakan Lipis merupakan daerah pertama di Pahang dengan Kuala Lipis menjadi ibu negeri pertama antara tahun 1898 hingga 1955 sebelum pusat pentadbiran kerajaan negeri berpindah ke Kuantan hingga kini. Ianya  terbina di pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Lipis.
Sejajar dengan statusnya sebagai ibu negeri, di Kuala Lipis juga merupakan tempat Kesultanan Pahang bersemayam sebelum berpindah ke Pekan selain menjadi ibu pejabat Residen British iaitu SirHugh Clifford ketika era penjajahan British.
Hospital Lipis bernilai RM90 juta yang menjadi antara mercu 
tanda baru Kuala Lipis
Apa yang menarik, British memilih bandar Kuala Lipis sebagai lokasi permulaan bagi mengira perbatuan bagi negeri ini apabila sebuah batu yang bertanda ‘0' terdapat di tengah-tengah bandar ini. Batu itu juga masih boleh dilihat hingga kini. Pada awal kemasukan British ke Kuala Lipis, kereta api menjadi alat perhubungan utama manakala Sungai Jelai dan Sungai Lipis menjadi laluan untuk ke Pekan  dan destinasi lain.
Di bandar ini juga terdapat sebuah masjid yang dikatakan pertama dan tertua di Pahang iaitu Madrasatul Firdaus yang dibina sekitar tahun 1800-an. Sememangnya Kuala Lipis yang kini mempunyai populasi seramai kira-kira 91,000 orang  tidak dapat dipisahkan jika kita membicarakan tentang sejarah Pahang.
Jika disingkap sejarah silam, Kuala Lipis merupakan salah satu lokasi perjuangan pahlawan Melayu seperti  penentangan pertama oleh Orang Kaya Haji (WanDaud) seterusnya diikuti oleh , Tok Gajah  Datuk Bahaman dan Mat Kilau.  Bandar ini juga menjadi medan pertempuran antara pahlawan Mat Kilau dan Datuk Bahaman dengan tentera British pada 1892.
Selain pahlawan silam, ramai juga tokoh besar dalam pelbagai bidang lahir di Kuala Lipis termasuk keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Dalam sejarah moden pula, Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan beliau sekeluarga menetap di rumahnya di Bukit Bius, di sini yang masih kekal terpelihara hingga kini.
Selain bidang politik, siapa tidak kenal penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza dan chef terkenal, Chef Wan yang juga berasal dari daerah ini.
Bercakap mengenai keluarga Tun Abdul Razak, dua anaknya iaitu Najib dan adiknya, Ahmad Johari dilahirkan di rumah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius. Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 manakala Ahmad Johari dilahirkan pada 29 November 1954 ketika menetap di Kuala Lipis. 
Hubungan istana dengan Tun Abdul Razak juga bagaikan ‘aur dengan tebing’ sehinggakan Sultan Pahang ketika itu menganugerahkan gelaran ‘Orang Kaya Indera Shahbandar Ke-10' pada 1 November 1950 sekali gus membolehkan Tun Abdul Razak menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri yang beribu pejabat di Kuala Lipis.  Sejarah juga menyaksikan perjuangan Tun Abdul Razak dalam politik bermula apabila beliau menganggotai ahli UMNO Bahagian Kuala Lipis.
Sejarah Kuala Lipis juga berkait rapat dengan KDYMM Sultan Ahmad Shah  kerana baginda  pernah bersekolah di Sekolah Clifford Kuala Lipis sehingga  baginda mendirikan mendirikan rumahtangga dan mengadakan majilis perkahwinan diraja pada tahun 1954 setahun sebelum ibu negeri Pahang  Kuala Lipis berpindah ke Kuantan.
Kita sebagai warga Lipis berdoa agar Lipis lebih maju pada masa akan datang setanding dengan daerah lain. “Ingat… segalanya bermula disini….”  Selamat Menyambut Hari Merdaka Ke- 55. 

Sabtu, 18 Ogos 2012

Mencontohi Hari Raya Nabi



Semoga hari raya kali ini kita berusaha bersungguh untuk melaksanakan tuntutan Nabi SAW dalam meraikannya hindarilah dari menziarahi kubur di pagi raya kerana ia akan menghilangkan kegembiraan hari raya dengan suasana kesedihan dan kepiluan. Sesungguhnya bergembira dihari raya adalah sunnah Nabi SAW manakala bersedih-sedihan pada hari raya pula bukan daripada ajaran Islam.  Apa yang terbaik itu adalah mengikut petunjuk Nabi SAW, Insya ALLAh jika esok diisytiharkan raya marilah kita sama-sama mencontohi sepertimana Nabi SAW berhari raya. - Sinar Harian 18 Ogos 2012.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan pembaca/follower blog , sahabat-sahabat handai dan saudara mara jauh dan dekat.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Tinggal Ramadhan




Selesai sudah 28 esok 29  hari kita berpuasa. seakan-akan baru sahaja engkau mendatangai kami. Kini sudah tiba masa engkau pergi dari kami. Adakah kami dapat bertemu dengan mu lagi? adakah ini puasa terakhir dalam kehidupan kami?? sesungguhnya aku sedih pemergianmu ,
Ya Ramadhan! Kini, engkau akan meninggalkan kami, membuat kami untuk menunggu engkau setahun lagi, jika kami di beri keizinan-Nya untuk bertemu lagi. Tika ini juga, kami semakin alpa, semakin lupa, mula melupakan mu kerana asyiknya untuk melakukan persiapan bagi Syawal yang menanti.
Ramadhan! Adakah kita akan bertemu lagi? Bagaimanakah amalan kami di dalam bulan mu? Adakah kami akan kekal dengan amalan kami bersama mu? Apakah kami terbebas dari azab api neraka?

Hanya yang MAHA ESA menentukan, kerana DIAlah yang menjadikan engkau untuk kami…

” Ya ALLAH, terimalah puasa kami dan segala amalan kami di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Maafkan kami atas kealpaan kami dalam bulan Ramadhan. Berilah kami petunjuk supaya kami tidak menjadi manusia yang rugi selepas pemergian Ramadhan pada tahun ini. Ya ALLAH, kurnia kan kami kekuatan untuk beristiqomah dalam amalan yang kami lakukan dalam bulan Ramadhan tahun ini. Jadikanlah bulan Ramadhan tahun ini sebagai titik perubahan kami untuk menghargai Ramadhan yang akan datang, supaya kami tidak lagi mensia-siakan Ramadhan akan datang. Ya ALLAH pertemukan kami dengan bulan Ramadhan akan datang, dan kurnia kan kami umur yang panjang bagi menegakkan agamaMu di muka bumi ini” Amin…

Ahad, 12 Ogos 2012

Tazkirah Ramadhan



Ustaz Najhan-11082012 Syaitan buat baik berniat jahat

Ahad, 5 Ogos 2012

Hebat.. Walaupun gagal kutip Emas

hanya sekadar pingat Perak 


Pemain perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menang set pertama pertemuan akhir Sukan Olimpik 2012 London.

Chong Wei menamatkan set pertama, yang menyaksikan pertemuan ulangan dengan Lin Dan dan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15 dalam 26 minit.

Beliau beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas.

Bagaimanapun beliau kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit.

Chong Wei yang bermain dengan tungkus-lumus gagal sekali lagi di tangan Lin Dan 21-19.