Ramai pengkaji sejarah bersetuju
mengatakan Lipis merupakan daerah pertama di Pahang dengan Kuala Lipis menjadi
ibu negeri pertama antara tahun 1898 hingga 1955 sebelum pusat pentadbiran
kerajaan negeri berpindah ke Kuantan hingga kini. Ianya terbina di pertemuan Sungai Jelai dan Sungai
Lipis.
Sejajar dengan statusnya sebagai
ibu negeri, di Kuala Lipis juga merupakan tempat Kesultanan Pahang bersemayam
sebelum berpindah ke Pekan selain menjadi ibu pejabat Residen British iaitu SirHugh Clifford ketika era penjajahan British.
Hospital Lipis bernilai RM90 juta yang menjadi antara mercu
tanda baru Kuala Lipis
|
Apa yang menarik, British memilih
bandar Kuala Lipis sebagai lokasi permulaan bagi mengira perbatuan bagi negeri
ini apabila sebuah batu yang bertanda ‘0' terdapat di tengah-tengah bandar ini.
Batu itu juga masih boleh dilihat hingga kini. Pada awal kemasukan British ke
Kuala Lipis, kereta api menjadi alat perhubungan utama manakala Sungai Jelai
dan Sungai Lipis menjadi laluan untuk ke Pekan dan destinasi lain.
Di bandar ini juga terdapat
sebuah masjid yang dikatakan pertama dan tertua di Pahang iaitu Madrasatul
Firdaus yang dibina sekitar tahun 1800-an. Sememangnya Kuala Lipis yang kini
mempunyai populasi seramai kira-kira 91,000 orang tidak dapat dipisahkan jika kita membicarakan
tentang sejarah Pahang.
Jika disingkap sejarah silam,
Kuala Lipis merupakan salah satu lokasi perjuangan pahlawan Melayu seperti penentangan pertama oleh Orang Kaya Haji (WanDaud) seterusnya diikuti oleh , Tok Gajah Datuk Bahaman dan Mat Kilau. Bandar ini juga menjadi medan pertempuran
antara pahlawan Mat Kilau dan Datuk Bahaman dengan tentera British pada 1892.
Selain pahlawan silam, ramai juga
tokoh besar dalam pelbagai bidang lahir di Kuala Lipis termasuk keluarga
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Dalam sejarah moden pula,
Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein pernah menjadi Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang dan beliau sekeluarga menetap di rumahnya di Bukit Bius,
di sini yang masih kekal terpelihara hingga kini.
Selain bidang politik, siapa
tidak kenal penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza dan chef terkenal, Chef Wan
yang juga berasal dari daerah ini.
Bercakap mengenai keluarga Tun
Abdul Razak, dua anaknya iaitu Najib dan adiknya, Ahmad Johari dilahirkan di
rumah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius. Najib dilahirkan pada 23
Julai 1953 manakala Ahmad Johari dilahirkan pada 29 November 1954 ketika
menetap di Kuala Lipis.
Hubungan istana dengan Tun Abdul
Razak juga bagaikan ‘aur dengan tebing’ sehinggakan Sultan Pahang ketika itu
menganugerahkan gelaran ‘Orang Kaya Indera Shahbandar Ke-10' pada 1 November
1950 sekali gus membolehkan Tun Abdul Razak menjawat jawatan Setiausaha
Kerajaan Negeri yang beribu pejabat di Kuala Lipis. Sejarah juga menyaksikan perjuangan Tun Abdul
Razak dalam politik bermula apabila beliau menganggotai ahli UMNO Bahagian
Kuala Lipis.
Sejarah Kuala Lipis juga berkait
rapat dengan KDYMM Sultan Ahmad Shah
kerana baginda pernah bersekolah
di Sekolah Clifford Kuala Lipis sehingga
baginda mendirikan mendirikan rumahtangga dan mengadakan majilis
perkahwinan diraja pada tahun 1954 setahun sebelum ibu negeri Pahang Kuala Lipis berpindah ke Kuantan.
Kita sebagai warga Lipis berdoa
agar Lipis lebih maju pada masa akan datang setanding dengan daerah lain. “Ingat…
segalanya bermula disini….” Selamat
Menyambut Hari Merdaka Ke- 55.
BalasPadam.
(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.
Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?
Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.
Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.
(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')
~Janji Ditepati - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1