responsif teks foto

Sabtu, 13 Mac 2010

Di sebalik cerita Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang 1888


Ringkasan Salasilah

Pada pertengahan kurun ke-19 tanjung disebelah kiri hilir di Sungai Lipis ada sebuah kampung. Ianya dimiliki oleh Haji Wan Daud bin Wan Pahang yang dikenali sebagai Orang Kaya Setia Raja pada 30 Dis 1863.

Kedudukan Orang Kaya Haji di Tanjung Kuala Sungai Lipis mula terancam apabila Inggeris diterima menjalankan pentadbiran negeri Pahang yang bermula pada 1 Julai 1888. Ini adalah kerana tiada beberapa lama selepas J.P.Rodger menjadi Residen Pahang beliau telah mencadangkan hendak memindah pusat pentadbiran dari Pekan ke Kuala Lipis. J.P.Rodger berharap dengan jalan itu maka dapatlah Hulu Pahang yang banyak mengeluarkan emas, dijaga lebih sempurna, lagi pula Kuala Lipis adalah lebih dekat dengan Kuala Lumpur benbanding dengan Pekan.

Cadangan kerajaan hendak memindahkan pusat pentadbiran dari Pekan Ke Kuala Lipis itu amat mendukacita Orang Kaya Haji. Beliau tidak bersetuju sangat kerana beliau tahu apabila pusat pentadbiran dipindahkan ke tempat yang dipilih itu tentu sekali kampungnya akan dimasukan ke dalam rancangan itu. Orang-orang besar Hulu Pahang yang lain tidak juga bersetuju dengan rancangan kerajaan itu. Ini ialah kerana mereka percaya apabila pusat pentadbiran dipindahkan ke Hulu Pahang tentulah susah mereka hendak menjalankan kerja yang biasa mereka lakukan seperti mengutip cukai dan sebagainya.
Walaupun telah diketahuhi bahawa Orang Kaya Haji tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu W.C Michell berusaha dan berjaya mendapat persetujuan anak-anak Orang Kaya Haji. Anak-anak orang Kaya Haji yang diketuai oleh Wan Lingga bersetuju menerima bayaran sebanyak $200.00 sebagai harga tanah kepunyaan Orang Kaya Haji. Apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu menambah marahnya Orang Kaya Haji hinggakan dia jadi seolah-olah seperti orang gila.











Disebabkan terjadi perkara yang tidak dingini maka pihak Inggeris telah meminta jasa baik Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai(Tok Raja) dan Orang Kaya Indera Setia Raja Gajah Pahang (Tok Gajah) untuk menyelesaikan perkara itu denga Orang Kaya Haji. Dengan tidak berlengah lagi maka Tok Raja Wan Muhamad menemui Orang Kaya Haji dan bercadangkan supaya diadakan suatu perundingan. Cadangan Tok Raja itu dipersetujui oleh Orang Kaya Haji.

Ia diadakan si sebidang pasir disebelah hulu Kuala Sungai Lipis. Di atas pasir itu Tok Raja telah memakat supaya Orang Kaya Haji bersetuju dengan rancangan kerajaan itu. Tok Raja menjelaskan iaitu Orang Kaya Haji akan diberi tempat lain sebagai ganti tanahnya yang akan diambil oleh kerajaan.

Sungguhpun berbagai hujah dikemukakan oleh Tok Raja dan juga Tok Gajah sebagai memujuk Orang Kaya Haji supaya bersetuju dengan rancangan kerajaan itu akan tetapi beliau (Orang Kaya Haji) masih berkeras. Sesudah Orang Kaya Haji menjelaskan pendirianya dengan berkata “Pantang tarik puntung, sebelum padam nyala”. Dengan kata-kata demikian, maka Orang Kaya Haji pun meninggalkan pakatan tersebut.
Dengan keputusan yang dibuat oleh Orang Kaya Haji itu maka hapuslah segala harapan hendak menyelesaikan masalah tanah di Tanjung Sungai Lipis itu dengan jalan pakat. Perkara itu dimaklumkan oleh Tok Raja kepada pihak yang menyerahkan urusan itu kepadanya.

Pihak Inggeris tidak puas hati dengan perbuatan Orang Kaya Haji itu. Sebab itu pihak Inggeris telah membuat fitnah dengan menyatakan Orang Kaya Haji itu gila. Kesudahanya Orang Kaya Haji ditembak mati dihadapan rumahnya dalam tahun 1889 itu juga. Jenazah Orang Kaya Haji, Haji Wan Daud bin Wan Pahang, di kebumikan di Tanjung Rambai, disebelah kanan hilir Sungai Lipis lebih kurang 2.5 batu dari kawasan rumahnya ditanjung sebelah kiri di Kuala Lipis.

Dengan terbunuhnya Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang(Orang KayaHaji) dalam tahun 1889 itu maka matilah hulubalang Pahang yang pertama menentang campur tangan Inggeris di Pahang. Jang Aisjah Muttalib di dalam bukunya berjudul “Pemberontakan Pahang 1891-1895” 1972 menulis diantara lain seperti berikut:

“Walaupun perlawanan Orang Kaya Haji adalah satu perlawanan seorang gila tetapi perlawanan itu dilakukan terhadap Inggeris yang menceroboh menggangu haknya”
Pembunuhan ke atas Orang Kaya Haji amat mendukacitakan Sultan Ahmad. Berhubung dengan perkara ini W.Linehan didalam sejarah Pahang JMBRAS VOL.XIV,Pt May 1936 menulis seperti berikut.
“The Sultan was deeply distreed at the death of acheif who had bee one of his most staunch adherents in the past and in after –year when it was suggested that the capital of Pahang shouid be changed to a more suitable site, Ahmad declared that he would never agree to the abandoment of Kuala Lipis as the ground had been hallowed by blood-shed”

KOMEN
“Betullah cerita orang tua di Lipis...” : Dataran Lipis, Tapak Rumah Pegawai Daerah Lipis merupakan sebahagian tanah Orang Kaya Haji yang telah diambil oleh Inggeris dengan sungguh ‘tragic’. Wan Jamaludin Wan Bidin dalam tulisannya : Peminggiran sejarah Orang Kaya Haji berlaku apabila Orang Kaya Haji atau lebih tepat pemangku selepasnya serta pengikut-pengikutnya “dianggap” sebagai penentang atau pemberontak kepada Inggeris dan Sultan. Lantaran itu sejarah dan kisah hidupnya dianggap tidak penting lagi. Nama besar Orang Kaya Haji terus dipinggir terutama selepas perlantikan Wan Muhammad sebagai Maharaja Perba Jelai pada 1882.

Rujuk:
Dato Haji Zakaria bin Hitam – Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I see the history repeated itself. When we ignore the rule of law both for the creator or the common adat, we are leading towards the destruction.

Are we better off in Pahang now?. Is the wealth are fairly distribute, are we still having the groupings, pembenrontak and the pengikut.
joha
http://kuala-lipis-pahang.blogspot.com

Dein berkata...

Yang pasti setiap kali ada karnival di padang lipis. Hujan akan turun dgn lebatnya... disebabkan ini jugala lahir penentang inggeris di negeri pahang.

AddToAny