Halaman

Khamis, 28 November 2019

Sungai Yu tempat Lindungi Harimau dan Hidupan Liar

KENYATAAN MEDIA : MB

Kerajaan Negeri Pahang meluluskan kawasan seluas kira-kira 127.893 hektar di Sungai Yu, Mukim Batu Yon, Lipis sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) demi melindungi hidupan liar termasuk Harimau Malaya.

Dengan ini, ia akan dapat menghubungkannya dengan HSK-HSK sedia ada iaitu HSK Ulu Jelai dan HSK Tanum, seterusnya membentuk apa yang dikenali sebagai Koridor Ekologi di bawah Pelan Induk Ekologi (CFS 1) yang terlibat secara langsung dengan rangkaian ‘Central Forest Spine’ (CFS).

Keputusan ‘mesra-alam’ dan ‘mesra-hidupan liar’ ini dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang saya pengerusikan pagi Rabu, 27 November di Wisma Sri Pahang di sini.

Penutupan Jalan Lama Sungai Yu
Cerita dari Lipis Merapoh
Sungai Yu
 


Selain itu, Kerajaan Negeri juga bersetuju menutup Jalan Lama Sungai Yu sepanjang kira-kira 5.2 KM di situ, serta merizabkan Tanah Kerajaan seluas kira-kira 2.05 hektar sebagai Pusat Pembangunan, Penyelidikan dan Pusat Sehenti CFS Negeri Pahang.

Mengenai penutupan Jalan Lama Sungai Yu, ia wajar kerana jalan ini sudah jarang digunakan penduduk kampung berkenaan berikutan siapnya ‘Central Spine Road’ di kawasan itu.

Kalau pun Jalan Lama Sungai Yu ini digunakan, ia hanya sebagai jalan alternatif untuk mereka ke kebun-kebun masing-masing.

Penutupannya juga wajar berdasarkan cadangan oleh Perikatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MYCAT) – sebuah gabungan badan-badan bukan Kerajaan melibatkan Malaysian Nature Society (MNS), Traffic South East Asia, Wildlife Conservation Society-Malaysia Programme dan World Wildlife Fund (WWF)-Malaysia.

MYCAT memaklumkan bahawa, terdapat laporan menyatakan pemburu haram, penceroboh tanah dan pembalak haram menggunakan Jalan Lama Sungai Yu untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tidak sihat mereka.

Dengan penutupan Jalan Lama Sungai Yu dapat menghindarkan kemasukan secara mudah oleh pemburu haram, penceroboh hutan dan pembalak haram ke kawasan hutan bersebelahan ‘Eco-Viaduct’ – projek Kerajaan Persekutuan bernilai RM 60 juta di situ.

Menurut MYCAT, memang terdapat bukti bahawa harimau belang – Harimau Malaya, serta hidupan liar lain menggunakan ‘Eco-Viaduct’ ini dalam tempoh antara Februari dan April lepas (2019) yang menjadi sasaran bagi pemburu-pemburu haram.

Oleh itu tepatlah keputusan Kerajaan Negeri ini yang dengannya juga, membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri bagi menjayakan Pelan Induk CFS yang dihasilkan menurut keperluan harimau belang yang memerlukan landskap hutan yang luas dan bersambung, terutamanya di Pahang.

Mengenai keputusan merizabkan Tanah Kerajaan seluas kira-kira 2.05 hektar sebagai Pusat Pembangunan, Penyelidikan dan Pusat Sehenti CFS Negeri Pahang, ia melibatkan Taman Rekreasi Sungai Yu sedia ada.

Taman Rekreasi telah pun uzur
cerita dari Lipis Sungai Yu Merapoh
Sungai Yu


Keputusan ini dibuat memandangkan kemudahan asas yang terdapat di Taman Rekreasi Sungai Yu telahpun uzur selain tahap kebersihannya kurang memuaskan akibat daripada peningkatan jumlah pelawat pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Dengan menjadikan Taman Rekreasi ini sebagai Pusat Pembangunan, Penyelidikan dan Pusat Sehenti CFS Negeri Pahang akan dapat memberi peluang kepada para penyelidik – dalam dan luar negara, untuk membuat penyelidikan berkaitan hutan serta flora dan fauna negeri ini.

Menerusinya juga, kerja-kerja menguruskan koridor ekologi CFS Negeri Pahang dapat dilakukan dengan lebih cekap termasuk aspek kewangan, menerusi fi penyelidikan yang bakal dikenakan.

DATO’ SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

Rabu, 27 November 2019

Pesta Kor Risik Diraja

Cara artis hargai Perajurit dengan konsert 
cerita dari Lipis tentera kita
Pesta Kor Risik Diraja

Peranan artis turut dimanfaatkan bagi memberikan pendedahan kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat kehebatan perajurit negara khususnya bahagian risikan yang dipandang tinggi di mata dunia menerusi Pesta Kor Risik Diraja.

Bakal berlangsvng selama tiga hari dengan barisan artis berbeza, Pesta Kor Ris!k Diraja bermula 6 hingga 8 Disember depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

I-Cafe Biker station yang diberikan kepercayaan mengendalikan konsert itu memilih ramai nama besar untuk memeriahkan sambutan jubli emas bahagian risikan itu.

Barisan artis terbabit membuat persembahan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Konsert Metal Sound pada 6 Disember yang menampilkan kumpulan XPDC, May dan Man Kidal dengan harga tiket RM60.

Golden Acorn Gala Night pula berlangsung pada 7 Disember menampilkan Datuk Hattan, kumpulan Lefthanded dan Haiza dengan harga meja bermula dari RM3,000 hingga RM5,000.

Manakala Konsert Rock Millenium pada 8 Disember menampilkan kumpulan Floor 88, kumpulan Khalifah dan Band Sentuhan dengan harga tiket RM65.

Wakil penganjur yang dikenali sebagai Kidat berkata, pihaknya yakin konsert itu mendapat sambutan baik daripada peminat.

“Kami sudah buat tinjauan dalam kalangan peminat dan mereka mengakui jarang ada konsert berlangsung selama tiga malam serta menyukai idea ditampilkan.

“Mereka juga tertarik dengan barisan artis yang dipilih kerana menggabungkan barisan legenda dan baharu,” katanya.

Bantu Anggota Kor Risik

Sementara itu Hattan berkata, dia menyok0ng konsert itu kerana seorang bapa saudaranya pernah terbabit dalam Kor Risik.

“Bagusnya kerana sebahagian kutipan ini digunakan bagi membantu bekes anggota Kor Ris!k.

“Pada usia sekarang, persembahan untuk majlis sebegini menjadi keutamaan saya.

“Melihatkan senarai artis, saya percaya ia adalah gabungan terbaik untuk menarik peminat,” katanya.

Man Kidal pula mengakui ini kesempatan terbaik peminat untuk melihat gabungan semula dia bersama Datuk Nash dalam satu konsert besar.

“Kami berbangga dijemput terbabit dalam konsert ini. Apatah lagi matlamatnya adalah untuk mencari dana membantu Yayasan Kor Ris!k Diraja.

“Lefthanded berjanji menampilkan persembahan bertenaga dan memilih menyampaikan lagu popular kami buat peminat yang hadir nanti,” katanya.

Nash pula memberitahu tidak sabar beraks! bagi menghilangkan kerinduan peminat setia kumpulan Lefthanded.

Pengunjung berpeluang memenangi hadiah pelbagai cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal Yamaha Y15ZR yang menjadi kegil4an ramai sekarang.

Selain itu, pelbagai acara lain turut diadakan antaranya pameran Kor Risik Diraja, pameran motosikal membabitkan beberapa artis popular, jualan barangan dan e-sport games (PUBG).

Tiket boleh didapati menerusi www.ilassotickets.com.

Kredit : Wan Jenal




Selamat menyambut Hari Ulang Tahun KRD 


Selamat Ulang Tahun Kor Risik Diraja Ke 50, JUBLI EMAS. Proud to be part of 50 year ganeration in KRD..



Pesta PERISIK janji kelainan sempena 50 tahun Kor Risik Diraja

Selasa, 26 November 2019

Kenangan di Kem Changkat Bt Gajah.

Pada  10 Februari 1983, RKPT telah mengambil alih Kem Changkat, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan daripada Batalion Infantri 303 (AW) untuk dijadikan sebagai kem dan penempatan tetap 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur sepenuhnya. Dengan ini semua anggota RKPT yang ditempatkan Ditasmen Semenanjung dan Malaysia Timur telah dipindahkan dan ditempatkan

Cerita dari Lipis Batu Gajah
Pejabat
Pada masa sekarang kem yang berkeluasan 5 ekar hanya menyediakan kemudahan pejabat, asrama bujang, padang kawad dan kompleks sukan. Manakala anggota berkeluarga tinggal menyewa di sekitar kawasan Batu Gajah, Perak. Pada peringkat awal pengambilan kem ini amat daif dimana kem ini merupakan kem sementara peninggalan tentera British dan selepas itu telah digunakan sebagai kem operasi dan latihan oleh pasukan yang akan melaksanakan operasi di kawasan utara Semenajung Malaysia. Bangunan Pejabat Rejimen dan Wisma Perwira merupakan peninggalan rumah rehat Daerah Kinta Barat dimana struktur bangunan tersebut masih lagi dikekalkan. Sebahagian bangunan-bangunan di dalam kem masih dalam penyewaan antara Kementerian Pertahanan dengan Kerajaan Negeri dan orang perseorangan.

Setelah peletakan senjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1989 peranan  RKPT juga turut mengalami perubahan mengikut keperluan semasa. Pihak atasan KRD telah mengambil anggota baru dari Pusat Latihan Rekrut (PLR) Port Dickson Negeri Sembilan untuk dilatih disini sebelum ditempatkan dimana-mana penempatan seluruh Malaysia.








Awal tahun 1990,  kami dari Intek 119/89  (PLR) Port Dickson  seramai 80 telah melapor ke Kem ini untuk menjalankan latihan lanjutan selama 3 bulan.   Kenangan dalam menempuh latihan tersebut tidak kami lupakan sehingga ke akhir hayat.
Semasa Latihan

Ahli seumur hidup Ex-119 INT 
  1. Massri bin Sainoh Papar Sabah
  2. Binchin ak Sungkai Kuching, Sarawak
  3. Bunan ak Tagong Kuching, Sarawak
  4. Dadup ak Ijon (Meninggal dunia pada 2014 Kuching, Sarawak
  5. Mohd Roji bin Abdullah Kuching, Sarawak
  6. Julian ak Nangkan Kuching, Sarawak
  7. Jonathan ak Oset (meninggal dunia)
  8. Ismail bin Ahmad Hafids Jengka, Pahang
  9. Azhari bin Hashim Kedah
  10. Abdul Raoff bin Kamis Tel: Kedah
  11. Abdul Khahar bin Ahmad Telaga Batu Sik Kedah    
    cerita dari Lipis intek 119
    Ex 119 INT 
  12. Ajmain bin Sadi Johor
  13. Abdul Hamid bin Abdul Rahman Kelantan
  14. Abdul Rahman bin Haron Johor
  15. Mohd Sharifudin bin Salleh Kuala Lumpur
  16. Mohd Razali bin Ahmad Felda Chemplak, Labis, Johor
  17. Muhamad Nazirun bin Desa Rawang, Selamgor
  18. Mohd Halim bin Md Sulamin Johor
  19. Mohamad Hatta bin Hashim Perak
  20. Mohd Nadzri bin Sargawi Kedah
  21. Mazlan bin Zakaria Kelantan
  22. Muhamad Adli Azamin bin Zulkifli Perlis
  23. Mohd Sauki bin Muhamad Kelantan
  24. Mazlan bin Lebar Sungai Mati, Tangkak, Johor
  25. Mokhtar bin Said (meninggal dunia) Machang, Kelantan
  26. Elias bin Wakijan Labu, N.Sembilan
  27. Md Zain bin Saad Pokok Sena Kedah
  28. Mohd Nasir bin Hj Ismail Sik Kedah
  29. Md Tahir bin Saad Sg Petani Kedah
  30. Muhamad Zamri bin Zakaria Pendang, Kedah
  31. Dzulkarnain bin Hashim Sungkai, Perak(meninggal dunia 04 Okt 2024)
  32. Muhamad Naim bin Saad Kedah
  33. Muhamad Taufik bin Han Muar (meninggal dunia 2021)
  34. Mustapha bin Yusoff  Kelantan
  35. Mohd Sabri bin Bakar Baling, Kedah
  36. Muhamad bin Che Ngah Terengganu
  37. Mahyuddin bin Hj. Ayub Alor Janggus Alor Setar, Kedah
    Malam Orentasi 
  38. Mohd Fu’ad bin Hashim Johor
  39. Anuar bin Ahmad Serdang Kulim Kedah
  40. Abu Hanifah bin Abdulah Baling Kedah
  41. Anuar bin Ali Sg Buloh, Selangor
  42. Azhar Ishak  Negeri Sembilan
  43. Abd Hamid bin Ismail Kedah
  44. Azman bin Ishak Kedah
  45. Azman bin Mohd Isa Pasir Gudang, Johor
  46. Amiruddin bin Sulaiman Sg Petani, Kedah
  47. Azman bin Khairan Kelang, Selangor 
    Lipis Batu Gajah
    Zaman Letih
  48. Abd Malik bin Abu Bakar Kota Sarang Semut Kedah
  49. Abd Razak bin Mond Samah Hitam Alor Star Kedah
  50. Ahmad Nizam bin Mohamad Bt Gajah, Perak
  51. Abd Latif bin Abdullah Kangar Perlis
  52. Azhar bin Mohd Arif Johor
  53. Asri bin Rejab Parit Buntar, Perak
  54. Musa bin Jaafar Melaka
  55. Firdaus bin Fadzil Kedah
  56. Mustafa Bakri bin Dahaman Selama, Perak  
  57. Mohd Jafri bin Said Kedah
  58. Hussin bin Hashim Pelangai, Pahang
  59. Hamran bin Hussin Rawang, Selangor
  60. Hin al I Tin Kalai Kedah
  61. Habib bin Hashim Pendang Kedah
  62. Zulkifli bin Yackob Kota Bharu, Kelantan
    Cerita dari Lipis Batu Gajah
    Bilik Bujang



  63. Zulkifli bin Mohd Noor Gua Musang, Kelantan
  64. Zulkarnain bin Suliman Kuala Lipis, Pahang
  65. Zahari bin Ali - Perlis (meninggal dunia 2020)
  66. Zam-Zam bin M.Yusof @Ali Johor Baharu, Johor
  67. Kamarudin bin Hj Siraj Ipoh, Perak (meninggal Dunia)
  68. Nor Kamal bin Shafil Khan Nilai, N.Sembilan
  69. Nazri bin Napiah Alor Setar Kedah
  70. Wan Maizaki bin Wan Ibrahim Kuala Lumpur
  71. Salmanyus bin Hamzah Alor Gajah Melaka
  72. Syed Mahadir bin Syed Ismail Ipoh, Perak
  73. Sobri bin Bakar Kem Wardieburn, Setapak, KL
  74. Tg Md Hidayat bin Tg Md Ansary Tawau, Sabah
  75. Omar bin Saad Trong, Perak
  76. Prak Thip al Som Chai Pangkalan Hulu Perak
  77. Rosli bin Jonet Jelebu, Negeri Sembilan
  78. Rushedan bin Ismail Rawang Selangor
  79. Rosman bin Ramli Lumut, Perak
  80. Razali bin Mustafa Pontian, Johor


Cerita dari Lipis tentera
Di hantar mengikut penempatan 1990

Ahad, 24 November 2019

Cantum Klon ‘Musang King’.

kampung Lubuk Kulit
Buat tapak untuk cantum mata tunas
03 Nov 2019

Hari ini saya telah mencantum mata tunas klon Musang King kepada pokok penanti anak pokok durian kampung di Kg. Lubuk Kulit, Lipis. Kalau kita perhatikan di ‘You Tube’ cukup banyak tutorial-tutorial, teknik-teknik mudah bagaimana mencantum mata tunas durian, terutama dari negara jiran kita Indonesia. Walaupun mencantum ini nampak mudah tapi ia perlu skill dan tip-tip yang diajar daripada mereka-mereka yang berpengalaman. Untuk mencantum pada pokok yang berumur 30 tahun ianya perlu kemahiran dan tujuk ajar daripada orang yang sudah sudah lama berkecimpung dalam aktiviti cantuman. Kesabaran menunggu 21 hari, sama ada berjaya atau tidak sungguh mendebarkan, kalau tidak berjaya kita perlu ulang sekali lagi.


pada 3 Nov 2019
kahwin pokok umur 30 tahun



Kepada sesiapa yang hendak mencantum atau org kampong panggil ‘kahwin pokok’ boleh;

>>>>>>>>>Call/ WhatshApp Saya EN SUHAIMI

7 hari

 
Pokok Penanti durian  kampung berumur tiga tahun dicantum dengan Klon Musang King

21 Hari

Hari ini sudah 21 hari  pagi tadi saya cuba membuka balutan cantuman yang dibuat pada 03 Nov 2019.

Cerita dari Lipis Durian
buka salutan : cukup 21 hari pada 24 Nov 2019


cerita dari Lipis Durian
Klon Teka cukup 21 hari saya ingat macam gagal sebab ada binatang tak dapat
dipasti sudah tokak plastik pembalut

Musang King klon dari Jeli cuba cantum
batang ke batang
Kejayaan belum dipastikan nak tahu ....tunggu dalam blog ni.!!!!!!!!

cantuman berjaya 26 Mei 2020




 Buat Baja Mudah dan Murah


27 Nov 2019

Satu program ringkas cantuman mata tunas durian klon Musang King pada pokok penanti klon durian kampung telah diadakan oleh Jabatan Pertanian Daerah kepada penduduk kampung Lubuk Kulit di dewan kampung tersebut.

cerita dari Lipis durian
Cubaan oleh Tok Empat

Cerita dari Lipis Durian pertanian
Peserta kursus 



Sambung pucuk : Cara keberhasilan 98 peratus 



Penjagaan Durian




Sabtu, 23 November 2019

Mempaga Fresh Benta

Hari ini saya ke Mempaga Fresh Benta untuk membeli beberapa barang keperluan harian iaitu 'Barang Basah'. Ada beberapa harga  yang dapat saya ambil untuk perbandingan kita semua dalam merancang pembelian yang berpatutan.

harga kobis hari ini
Harga Kobis Panjang dan Kobis Biasa

cili api
Lada Kampung

Mempaga Segar
Limau nipis dan Limau Kasturi

cerita dari Lipis
Timun Tahun, Bunga Kantan Daun Kesum

Mempaga Fresh
Ayam Segar 

Mempaga Fresh Benta
Udang Segar 

Mempaga Fresh
Ikan Siakap











Rabu, 20 November 2019

Malaysia lwn Indonesia | 2-0



Malaysia  di laman sendiri, menundukkan  Indonesia 
dengan jaringan 2-0 "Tahniah Harimau Malaya...!

Selasa, 19 November 2019

Kalkulator Zakat

1.    Zakat ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya.

a.  Syarat-syarat wajib bagi pengeluar zakat
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  5. Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  6. Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  7. Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
2.     Jenis-jenis Zakat

a.  Zakat Fitrah
  1. Zakat pada bulan Ramahdan
b.  Zakat Harta adalah seperti  berikut
  1. Zakat pendapatan
  2. Zakat wang simpanan
  3. Zakat KWSP
  4. Zakat saham / pelaburan
  5. Zakat emas dan perak
  6. Zakat perniagaan
  7. Zakat binatang ternakan
  8. Zakat hasil pertanian
  9. Zakat hasil laut
  10. Zakat rikaz dan ma'din
3.    8 golongan Asnaf penerima Zakat


  • Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  • Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  • Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  • Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  • Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  • Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  • Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  • Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan


4. Kiraan Zakat

cerita dari Lipis

>>>>>>>>>&gt>>>>>>Kalkulator Zakat




Isnin, 18 November 2019

Cerita Dari Temerloh

TEMERLOH DAN ORANGNYA MEMANG SUNGGUH KLASIK

1. Kata seorang teman FB, sejak 200 tahun dahulu golongan kiri yang menentang cara pentadbiran raja atau sultan telah wujud di Temerloh, Pahang. Kemudiannya menentang penjajah. Seterusnya menentang kerajaan lama dan baru. Entah sumber mana yang dipetiknya tidaklah diketahui,. Para pengkaji sejarah mesti marah sumber tanpa citation ini. Ahli akademik yang lain pun akan mengamok jika melihat fakta sebegini. 
Pahlawan Semantan

2. Memang Temerloh sejak dahulu terkenal dengan golongan kirinya. Kiri ini label yang diberi pemerintah supaya kelihatan jahat, agresif, menongkah arus, degil, tunjuk handal, konon pandai dan sentiasa membangkang apa sahaja yang dibuat kerajaan. Itukah demokrasi?

3. Sementelah dicop kiri yang dianggap 'kotor', maka hanya segelintir sahaja yang menyokong. Itulah yang diperlukan oleh pihak pentadbiran supaya mereka senang memerintah mengikut acuan feudal berusia ratusan tahun.

4. Dek kerana orang Temerloh yang bijaksana selalunya cenderung berada di kiri, maka mereka semuanya tidak ke mana. Jika cuba naik akan dipotong sehingga ke akar umbi oleh golongan kanan atau tengah. Bacalah sejarah Temerloh dan akan ditemui senarai panjang nama bijak pandai yang 'kiri' akhirnya hilang ditelan zaman atau masuk ke dalam tanah. Ada yang masuk hutan akibat kecenderungan ideologi yang berbeza.

5. Tidakkah kita merasa rugi akan kehilangan otak segar unik sejak dulu kini dan selamanya. Klasik sungguh. Orang Temerloh memang klasik.

6. Orang yang berkuasa memang tidak suka kepada golongan yang lebih bijak dari mereka kerana kedudukan mereka boleh tergugat jika dibiarkan mereka bersuara. Jalannya ialah pancung, pangkas atau pancas di peringkat awal dan jangan diberi oksigen untuk bingkas. Akhirnya bakat cerdik pandai, yang kaya idea, yang berbakat memimpin dan mentadbir mulai pupus macam dinosaur. Kisah Hang Nadim dengan batang pisang dan ikan todak kekal relevan.

Tak Sah kalau tak makan masakan ni kalau ke Temerloh
7. Bila bakat dan baka tempatan yang baik makin kurang dan pudar, orang luar Temerloh mula menguasai Temerloh. Bandar bertukar tangan lalu kita menumpang bandar orang. Aset strategik diambil alih. Pemimpin politik yang mewakili Temerloh diimport dari luar berpenggal-penggal. Pegawai kerajaan peringkat tinggi majoritinya bukan orang Temerloh. Bila ini terjadi, denyut nadi orang Temerloh mula hilang sentuhannya. Yang ada cuma sentuhan kecundang.

8. Itu menjadi punca orang Temerloh sukar mendapat peluang di daerah sendiri. Contoh klasiknya adalah memohon tanah ditendang keluar berkali-kali. Lebih klasik lagi adalah pembangunan Temerloh kurang laju kerana tiada sentuhan tempatan. Orang tempatan lebih memahami suara rakyat tempatan. Ini bukan semangat kenegerian atau kedaerahan. Ini hal jati diri.












9. Apabila dikatakan daerah Temerloh semakin mengecil, ada yang kata biarlah begitu kerana kita masih di dalam Pahang dan Malaysia. Bukannya minta merdeka macam Catalonia di Sepanyol. Ada yang kata itulah pembangunan. Ada yang kata Kuala Krau terlalu jauh untuk berurusan di pejabat di bandar Temerloh, maka kita perlukan daerah baru.

10. Perkara 9 di atas, ianya boleh diatasi. Ada caranya. Pembangunan kita terima, kita bukan bodoh menolak pembangunan tapi jangan kecilkan daerah. Umpamanya Chenor dikeluarkan dari daerah Temerloh 35 tahun yang dahulu. Sejauh mana ia telah maju. Bera kita kena bagi masa untuk tunggu dan lihat.

11. Kuala Krau umpamanya boleh dibuka cawangan pejabat kerajaan dan swasta yang penting termasuk bank-bank. Sekarang zaman online. Segalanya di hujung jari. Pergerakan fizikal boleh dikurangkan. Masalah logistik boleh diatasi.

12. Membenarkan daerah Temerloh menjadi semakin kecil sebenarnya adalah menghilangkan jati diri kita sendiri. Klasik sungguh melihat surat beranak saya lahir di Chenor Temerloh Pahang tetapi bolehkah diubah surat beranak (nama barunya sijil kelahiran) itu kepada Chenor Maran Pahang. Fikirlah sendiri.

Rumah Rakit di Termerloh pada masa dahulu
13. Klasik sungguh majoriti orang Temerloh tidak diambil pendapat dan suara mereka ketika hendak berbuat sesuatu yang penting di daerah mereka. Klasik sungguh kita-kita dipinggirkan pentadbir. Langsung tidak diberi muka untuk berhujah. Klasik sungguh orang Temerloh terbiar dan menyokong apa sahaja yang dibuat pentadbir. Takkanlah suara rakyat hanya didengari lima tahun sekali. Keklasikkan itu bukan setakat hanya tentang hal mengecilkan daerah, ia meliputi banyak hal yang akan dikupas lagi di suatu masa kelak. Ini baru satu contoh.

14. Tetapi itulah kita. Kiri, klasik, lemah lembut, budi tinggi, atau apa?

kredit : Isma Nazom bin Abdul Hamid


Ahad, 17 November 2019

Pengetahuan berkenaan dengan Seks

Badan anda tidak akan memaparkan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda telah melakukan seks untuk kali pertama. Satu-satunya cara sesiapa yang akan mengetahui bahawa anda telah melakukan hubungan seks adalah jika ada orang lain mengetahui.

Semasa bersetubuh, anda mungkin bernafas dan berpeluh, dan kulit anda akan menjadi kering. Perubahan ini disebabkan oleh sifat fizikal seks. Semasa hubungan seks, faraj anda juga mungkin menjadi bengkak disebabkan peningkatan aliran darah. Selepas seks, badan anda akan kembali normal, sama seperti selepas bersenam.

Kebanyakan wanita dilahirkan dengan selaput dara, yang merupakan membran di dalam vagina yang boleh pecah atau lusuh semasa bersenam, seks pertama atau aktiviti lain. Selaput dara anda mungkin terkoyak, yang boleh mengakibatkan pendarahan, yang boleh berkisar dari beberapa tetes hingga 1-3 hari pendarahan seperti masa. Walau bagaimanapun, pendarahan hanya berlaku kepada kira-kira 43 peratus daripada perempuan pada kali pertama mereka melakukan hubungan seks.


orgasme
Adakah ia terluka?

Kebanyakan kebimbangan tentang hubungan seks untuk pertama kalinya berpusat pada sama ada ia akan menyakiti. Sekiranya anda memberi perhatian kepada badan anda, mungkin tidak akan ada sebarang kesakitan. Apa yang anda rasa agak tidak selesa kerana pengalaman ini baru kepada anda.

Sekiranya anda merasa sakit, ia mungkin lebih disebabkan oleh geseran. Geseran semasa seks menembusi berlaku apabila tidak cukup pelincir vagina untuk memudahkan kemasukan zakar pasangan anda. Terlibat dalam banyak pemanasan boleh merangsang vagina untuk menjadi lebih pelincir.

Menggunakan peluntur boleh membuat persetubuhan lebih selesa dan menyeronokkan.

Adakah saya akan mempunyai orgasme?














Apabila anda dan pasangan anda sedang mencari cara untuk melakukan hubungan seks buat kali pertama, anda mungkin cenderung untuk mempercayai bahawa ia akan menjadi ajaib seperti yang digambarkan dalam filem. Walau bagaimanapun, mungkin kali pertama anda tidak akan hampir sama dengan lancar.

Bagi ramai orang, kali pertama mereka adalah keadaan yang tidak selesa. Selain itu, anda berdua mungkin gementar. Di bawah keadaan seperti ini, anda jarang akan mencapai orgasme. Ini adalah perkara biasa. Malah, seks sendiri tanpa orgasme juga boleh menjadi sangat menyenangkan dan mungkin cara yang baik untuk anda dan pasangan anda untuk menyambung lagi.

Bolehkah saya hamil melakukan hubungan seks buat kali pertama?

Terdapat mitos dalam sesetengah masyarakat bahawa seorang wanita tidak boleh hamil ketika dia melakukan hubungan seks untuk pertama kalinya. Ini palsu. Jika anda sudah mula mendapat tempoh anda, anda boleh hamil jika anda melakukan hubungan seks semasa hari subur anda.

Sekiranya anda tidak bersedia untuk mempunyai anak, anda harus menggunakan kaedah kawalan kelahiran apabila anda melakukan hubungan seksual.

Sekiranya anda melakukan seks untuk kali pertama, anda mungkin merasa cemas kerana anda akan pergi kepada yang anda rasa adalah detik penting dalam hidup anda. Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menangani kecemasan ini.

Pasangan yang betul

Kajian menunjukkan bahawa anda lebih cenderung mempunyai kepuasan psikologi dan fizikal apabila anda melakukan hubungan seks dengan seseorang yang berada dalam hubungan yang mantap dengan siapa yang anda percayai. Berada dengan seseorang yang anda percayai dapat membantu anda merasa lebih selamat atau lebih mengendalikan keadaan.

Tempat yang selesa

Jika anda ingin melakukan hubungan seks tetapi berasa cemas tentangnya, anda mungkin mempertimbangkan untuk melakukannya di tempat yang anda selesa. Apabila anda berada di lokasi yang tidak dikenali atau tidak selesa, fikiran anda akan berada di dua tempat. Ini boleh menjadikan ia sukar untuk memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku, dan boleh membuat kesukaran untuk menikmati apa yang sedang berlaku.

Romantik

Kebimbangan tentang kali pertama anda melakukan seks adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, beromen boleh membantu mengurangkan perasaan cemas anda. beroman melibatkan banyak mencium dan menyentuh, yang dapat membantu anda berasa lebih selesa dengan tubuh anda sendiri dan pasangan anda.

Ambil perlahan

Banyak kebimbangan boleh datang dari cuba untuk tergesa-gesa seks untuk sampai ke langkah seterusnya. Sekiranya anda mendapati diri anda berfikir tentang apa yang perlu anda lakukan dan apa yang perlu anda lakukan seterusnya, anda mungkin mahu mengambil sedikit masa untuk memusatkan diri anda dan fokus pada masa kini, membiarkan perkara berlaku secara semula jadi.

Sesetengah orang berlumba-lumba untuk mencapai orgasme. Mengambil masa anda dan menikmati perjalanan boleh menjadikan seks pengalaman yang lebih santai dan menyeronokkan.

Cuba lagi nanti

Tidak ramai yang mempunyai masa pertama yang mengagumkan. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna seks akan sentiasa buruk. Sebilangan perkara boleh menyumbang kepada pengalaman yang kurang hebat.

Anda boleh cuba lagi nanti apabila anda berasa lebih selesa. Walau bagaimanapun, anda tidak bertanggungjawab untuk melakukan pada masa yang akan datang, sama ada. Masa terbaik untuk melakukan hubungan seks adalah apabila anda pasti anda menginginkannya, bukan apabila pasangan anda mahu anda.

Seks Pertama: Keselamatan pertama!

Sekiranya anda mempertimbangkan melakukan hubungan seks buat kali pertama, anda perlu mengetahui cara melindungi diri anda daripada seks yang tidak selamat. Mempunyai seks tanpa perlindungan boleh menghantar jangkitan dan penyakit. Ia juga boleh menyebabkan kehamilan yang tidak diingini.

Mengelakkan IMS

Risiko terkontaminasi jangkitan adalah lebih tinggi jika anda tidak menggunakan perlindungan apabila anda melakukan hubungan seks. Beberapa jangkitan seksual (STI) termasuk:

  1. Klamidia
  2. HIV / AIDS
  3. Herpes kelamin
  4. Sifilis
  5. Gonorea
Sekiranya didiagnosis awal, banyak penyakit ini boleh dirawat dengan ubat antibiotik. HIV tidak mempunyai ubat, tetapi terdapat ubat-ubatan yang boleh menyekat virus hampir sepenuhnya. Jika tidak ditangani, HIV boleh berkembang menjadi AIDS, yang tidak menyembuhkan. Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks dapat sangat mengurangi risiko mengatasi STI.

Merancang Kehamilan

Ia benar-benar mungkin untuk hamil apabila melakukan hubungan seks buat kali pertama. Sekiranya anda tidak mahu mengandung, anda harus menggunakan kaedah merancang kehamilan untuk mengurangkan kemungkinan kehamilan.

Anda boleh memilih kaedah penghalang seperti kondom, diafragma, dan peranti intrauterin. Ini menghentikan sperma dari mencapai telur. Kaedah lain seperti pil kawalan kelahiran mengubah hormon anda untuk memastikan bahawa telur tidak dilepaskan. Hanya kondom yang melindungi daripada kedua-dua kehamilan dan IMS.

Sekiranya anda hairan dengan cara untuk melakukan hubungan seks buat kali pertama, itulah cara yang sangat normal untuk dirasai. Adalah biasa untuk menjadi cemas, tetapi dengan rakan kongsi yang tepat di tempat yang selesa dan mengambil sesuatu yang perlahan dapat membantu. Pastikan untuk mengamalkan seks yang selamat supaya anda dapat mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan jangkitan seksual. -

Sabtu, 16 November 2019

Live : PRK Parlimen Tanjung Piai


[LIVE] Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Telok Kerang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Sekitar Hari Pengundian Prk Tanjung Piai..


Penyatuan Umah BN PAS MIC MCA
Mat Hassan




Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan meluru ke kawasan penyokong PH kerana mempertahankan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak selepas penyokong Pakatan Harapan mula menyanyikan 'perompak' di pusat pengundian SJK (C) Yu Ming di Pekan





Pengumuman Keputusan Rasmi







Perkembangan PRK P165 Tanjung Piai


Jam 9.00


Jumlah Pengundi 52,986


Peratus Keluar Mengundi                        74.5 peratus    

BN (Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng)         25,466

PH (Karmaine Sardini)                              10,380 

BERJASA(Dr Badhrulhisham Abdul Aziz) 850

GERAKAN (Wendy Subramaniam)           1,707 

BEBAS (Faridah Aryani Abdul Ghaffar)     32 


Majoriti PRK 2019                                      15,086.

Rujuk : Majoriti PRU ke 14  2018               524



Cerita Dari Lipis
Keputusan Jpeg


Tepat jam 0919 malam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan calon BN iaitu Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng yang berjaya memperoleh undi berjumlah 25,466 sebagai pemenang bagi parlimen P165 Tanjung Piai..



Cerita dari Lipis
Kemenangan P 165 Tanjung Piai 

PAS dan MCA

Presiden MCA Dato Seri Wee Ka Siong menyucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS yang membantu calon MCA/Muafakat Nasional sehingga dapat merampas kerusi
di Tg Piai dgn majoriti besar.




Apa Kata Pengundi  Tanjung Piai selepas PRK





Buat Baja Organik Mudah

Baja Buangan Dapur

Bahan
1 Tong Sampah hitam

2. Tabur gula merah 1 kilo

3. Paip air, sebatang PVC , elbow  PVC.

Cara-cara membuat

1. Pasang paip PVC seperti dalam gambar, PVC tegak hendaklah di buat  lubang seberapa banyak untuk dijadikan filter.



2. Masukan  sisa buangan dapur seperti, air cuci beras dan sebagainya kecuali tulang, daging, kulit bawang.

3. Sesudah 70 peratus sisa buangan sudah penuh simpan selama 10 hari. Sesudah 10 hari air tadi boleh diambil, campur dengan air tanpa klorin dengan nisbah 1 : 18 dan boleh digunakan dengan cara semburan ke arah pokok.

4. Baja buangan dapur ini hanya boleh disimpan selama 6 bulan sahaja, selepas itu kita boleh buat semula dengan mengunakan bekas yang sama,

5. Selamat mencuba..."








Baja Organik Plant Booster (OPB)

Bahan yg di perlukan utk buat 80kg organik plant booster (OPB)













Cerita dari Lipis
1) Kangkung 3kg
2) pisang 5kg
3) buah betik 5kg
4) Labu manis 5kg
5) Belacan 3kg
6) Nenas 5kg
7) mollasses/gula merah 3kg
8) Telor 10biji
9) Susu 5 liter
10) ragi 5 biji
11) air tanpa klorin 50 liter

Kaedah pembuatan OPB adalah seperti berikut:

1. Belacan, nanas, pisang, betik dan kangkung perlu dikisar separa halus dan dimasukkan ke dalam satu bekas yang telap cahaya.

2. Bahan yang dikisar tadi dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung, gula merah dan air.

3. Kemudian, bahan tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang sama dan dikacau sehingga sebati.

4. Masukkan buah labu yang dipotong nipis dengan ketebalan 2 milimeter, panjang (5 hingga 6 sentimeter) dan lebar (2 hingga 3 sentimeter). Akhir sekali taburkan ragi yang telah dipecahkan di atas permukaan labu atau media dan kacau sehingga sebati. Pastikan air yang digunakan untuk mengisar buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebanyak 50 liter.

5. Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan diperam melalui proses fermentasi antara tujuh hingga sepuluh hari di tempat yang gelap. OPB ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media dan berbau masam manis
             
cerita dari Lipis


Membuat Baja Kompos Tanaman

Kompos merupakan sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah dan sangat baik terutamanya pada tanaman jangka pendek seperti sayuran-sayuran, Kompos dihasilkan dengan melalui proses perebutan sisa bahan organik seperti sisa dapur, sisa bahan buangan seperti rumput, najis haiwan dan sebagainya ianya direput oleh mikroorganisma.  Proses pereputan berupaya menukar sisa organik daripada bahan tercemar alam kepada bahan berguna. Dalam proses ini akan berlaku pelepasan gas menghasil larutan pereputan, penghasilan haba, pembiakan mikroorganisma .

Pada kali ini saya ingin cuba membuat kompos semdiri melalui tahi kambing dikebun.

Bahan:
1.Rumput hijau dihalaman rumah atau di kebun yang telah dimesin
2.Tahi Kambing
3 EM buat sendiri.

Cara Membuat


Cerita dari Lipis
Ambil Tinja Kambing dari Reban,

Ambil rumput longgokan disatu tempat seperti dalam gambar

Longgokan rumput dibawah tahi kambing di atas sembur dengan EM
Longgokan rumput di bawah, bubuh tahi kambing di atas, selepas itu sembur dengan EM 

Timbus dengan rumput 
Timbus dengan rumput dan tahi kambing  hingga beberapa kali jadikan dia berlapis-lapis sembur EM dan siram.

Siram bagi lembab
Tutup dengan plastik hitam 3 ke 4 hari cucuk selama 10 minit dengan kayu, kalau kayu tersebut panas dan lembab menandakan kompos kita menjadi.

18 Okt 2019
Simpan atau peram selama seminggu balik-balik kompos tersebut. seminggu lagi balik-balikan agar kompos mendapat oksigen dengan serata, 28 hari dan boleh digunakan sebagai baja disekeliling pokok.

Kompos digaul, disembur EM dan siram tutup
pada 22 Okt 2019

cerita dari Lipis
13 Nov 2019

Cerita dari Lipis
Cili Api atau Cabai Melaka

Cerita dari Lipis
hasil dari baja Kompos Cabai Melaka


hasil Kampung Cerita dari Lipis
Kutip Hasil 30 Nov 2019

cerita dari Lipis
Bunga Balung Ayam pun subur

dua pokok dapat setengah  Kilo


Selamat mencuba...."

Terima Kasih tunjuk ajar oleh Pejabat Risda Daerah Lipis.




Pakar pembajaan, Pemikiran di luar kotak