Halaman

Khamis, 30 April 2020

Apa dia Jin, Pendamping dan Saka

Pendamping

Sebelum kita belajar cara cara untuk memagar kawasan kediaman dan kebun tanaman kita,maka hari ini kita belajar dulu cara mengenali apa perbezaan antara jin pendamping diri dan juga saka..tetapi perlulah di ingat kan bahawa kupasan ini adalah bertujuan untuk mengenal jin.tidak perlu berbahas dari segi hukum agama, kepercayaan sesuatu budaya dan lain-lain..kalau nak berbahas pasal jin dari sudut agama,itu dah jadi bab lain.

Jin pendamping kebiasaannya di dapati dari ilmu yg di pelajari atau di amalkan.tak kiralah samada jin itu Islam atau tidak tetapi pendamping ini hanya selalu ada pada orang itu saja.tugas tugas pendamping ini tidak la sama kebolehannya.semuanya bergantung pada tahap ilmu jin itu sendiri.

Ada orang yg memiliki pendamping diri tanpa dia sedari kerana mereka beranggapan tidak pernah meminta pendamping dari sang guru atau di beritahu oleh gurunya sendiri.kebanyakan mereka tidak tahu hal itu kerana mereka menuntut sesuatu ilmu dan menjadikan amalan sebagai medium mendekatkan diri kepada Tuhan.

Ada juga yg mendapat pendamping diri melalui ilmu persilatan tertentu dan kebiasaannya pendamping orang bersilat ini dari jenis haiwan seperti harimau dan naga siluman.sebab itu tidak hairan lah bagi masyarakat kita kalau terdengar orang itu memiliki harimau putih atau harimau berantai kerana pernah mempelajari ilmu silat.

Tetapi bukanlah semua orang bisa mendapatkan pendamping dari jenis haiwan walaupun dia mempelajari ilmu persilatan kerana masih banyak lagi pendamping yg lain juga. Dan pendamping ini sebenarnya memilih juga keserasian nya dengan seseorang itu sebelum menjadi pengikutnya.

 Jika seseorang itu memiliki pendamping kiyai, Shaikh atau cenderung kepada agama,maka seseorang itu biasanya cenderung untuk fokus kepada amalan amalan zikir,puasa,pata geni,bertapa seorang diri, sering menerima khazanah secara ghaib,mampu menzahirkan barang  yg ghaib ke alam nyata,menjadi kebal,mempunyai tenaga batin yg tinggi, pandangan makrifat yg tepat, mengetahui sesuatu yg bakal berlaku dan sebagainya..

Kesemua kebolehan ini hanya ada pada orang itu saja dan pendamping ini tidak sekali-kali boleh di warisi kepada keturunannya kerana kehadiran pendamping ini tidak bersyarat.. mereka boleh datang dan pergi pada bila bila masa saja sesuai dengan perjalanan amalan seseorang itu.

Pendamping diri juga hanya menjaga keselamatan hal ehwal orang itu sahaja dan mampu juga melawan sesiapa sahaja yg mengganggu tuan nya itu walaupun dari kalangan keluarga sendiri.pendek kata, walau siapapun yg menganggu dan mengundang kemarahan orang itu,maka pendamping ini akan segera menjadi benteng pertahanan dan bertindak atas kemahuan orang itu sendiri.sebab itu,pernah kita lihat ada orang yg tiba tiba hilang kawalan diri dan sanggup membunuh sesiapa saja walaupun keluarga sendiri...


Saka






Berbeza pula halnya dengan jin saka.jin saka adalah jin yg di ambil dari beberapa tempat seperti hutan,bukit, gunung dan laut.mereka diambil atas beberapa tujuan sesuai dengan keinginan seseorang itu.

Ada juga orang orang dahulu terpaksa berjanji untuk menerima saka kerana mereka ingin meneroka sesebuah kawasan untuk di jadikan kediaman dan penempatan.apabila tanah tanah itu di terokai,maka jin saka ini akan dibela sebagai balasan atas tanah yg di diami.

Bukan itu sahaja,ada juga saka yg didapat dari ilmu tertentu seperti ilmu perubatan dan juga perbidanan..saka saka inilah yg akan membantu tuannya itu semasa merawat pesakit dan kebiasaannya perawat itu mempunyai kelebihan tertentu kerana di bantu oleh jin saka.

Orang yang memiliki saka seharusnya tahu bagaimana dan bila saka saka mereka harus di beri makan serta menjalani upacara tertentu.kebiasaanya,saka saka itu diberi jamuan dan sajian seperti telur rebus,pulut kuning,darah binatang,bunga bunga, Setanggi,kemenyan,beras kunyit, bertih serta dengan kain kain yg mempunyai warna tertentu.upacara jamuan ini harus di lakukan pada waktu tertentu mengikut perjanjian asal sebelum menerima saka.

Saka akan mula mengganggu apabila tidak di jaga seperti yg dijanjikan.bisa jadi seseorang itu mendapat sakit teruk,mimpi yang menakutkan, keluarganya ditimpa bencana,jadi gila isim,makan tanpa henti, susah untuk mati,penyakit ganjil dan lain lain..


NOVEL SERAM DAJJAL (Sang Penyembah Iblis) - (BONUS EZINE VERSI CETAK) - 
NOVEL SERAM | BUKU SERAM | CERITA HANTU

Dapatkan Sekarang :  https://invle.co/cle7o3x



Apabila tuannya meninggal dunia,saka ini akan mencari waris keturunan nya yg di sukai.ini adalah kerana saka tidak tahu balik ke tempat asal atau kerana suka tinggal dengan manusia.

Kebanyakan penerima saka yg baru ini tidak akan tahu apa apa langsung tentang sejarah kewujudan saka ini kerana mereka tidak pernah bertemu dan tidak berjanji untuk menerima nya.sebab itu, penerima saka yg baru akan mengalami mimpi yg pelik dan menakutkan kerana saka ini cuba memberi tahu seseorang itu tentang kewujudan mereka.

Selagi saka ini tidak di terima,maka berlaku lah gangguan gangguan tertentu seperti sering ternampak kelibat,sukar mendapatkan zuriat, rumah tangga tidak harmoni,malas untuk beribadah dan lain lain.. sebahagian tanda tanda ini biasanya ada pada mereka yg bakal menerima saka.

Begitulah seterusnya saka ini akan turun ke generasi keturunan seterusnya selagi perjanjian saka ini tidak di batalkan dan hantar ke tempat asal.. Kebanyakan saka gagal di pindahkan atau di buang kerana perjanjian nya masih ada atau tiada tumbal ganti untuk saka ini pergi.sebab itu,ramai pesakit yg merasa keliru kerana tetap di ganggu walaupun saka sudah di usir..

Selain dari membatalkan perjanjian saka,harus juga di ketahui bagaimana cara dan apa syaratnya untuk membatalkan janji.ini adalah kerana jin laut haruslah ke laut,jin gunung haruslah ke gunung dan setiap jin ini tidaklah sama tempat,perangai dan kerenahnya.ibaratnya orang yg terkena penyakit kencing manis, walaupun nama penyakit nya sama tetapi tentulah tidak sama sukatan ubat dan rawatan nya.. begitu jugalah kaedah membuang saka..

Hanya itulah serba sedikit perkongsian saya tentang pendamping dan saka.mungkin saya terlupa menulis beberapa lagi bahagian dengan lebih mendalam kerana pecahan dan kupasannya sangat panjang..

Di sini juga saya ingatkan bahawa perkongsian ini hanyalah dari sudut pandangan dan pengalaman saya dalam bidang jin.jangan bahaskan ilmu ini dari sudut agama dan kepercayaan.segala salah silap penulisan saya saya ini harap dapat di maafkan.saya hanya manusia biasa yg banyak khilaf dan kekurangan..

Semoga anda dapat pelajari sesuatu dari tulisan dan perkongsian ini dan jumpa lagi di tulisan saya di masa akan datang.

Insya Allah..





Ikhtiar Elak Gangguan Jin/Syaitan

1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.

2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.

3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.

4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.

5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.

7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.

8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.

9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.

12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan

13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.

14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.

15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf. 
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.

20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.

22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.

23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.

25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.

27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.

28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.

30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pagi dan petang.

34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.

35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.

37. Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib

38. Amalan zikir asma ul husna.

39. Makan kurma 1 hari 1 biji

40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.

41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.

43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.

44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil daun pada waktu malam.

45. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.

46. Menggunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu

47. Tawakal pada Allah SWT

Kredit: Pesan Bonda





Cara Rawat SANTAU, SIHIR, SAKA Dengan Buah Kelapa Muda Bakar.. InshaAllah Berkesan!!


Apa itu JIN?! Bedanya apa dengan SETAN dan IBLIS? Benarkah JIN bisa menyakiti Manusia?!

Cara nak halau saka ( ilmu turunan)

Rabu, 29 April 2020

Rohingya: Satu kajian akedemik

Saya kongsikan lagi kajian akademik terhadap permasalahan Rohingya dari UKM. Kesimpulannya, dlm hal ini jangan lihat dari sudut emosi tetapi gunakanlah akal pemikiran yang menyeluruh.

Panjang artikel ini tetapi berbaloi untuk yang mencari kebenaran bukan bermain perasaan. 
###########

Rohingya: Bukan Isu Kemanusiaan Semata-mata.

Saya sebenarnya mengambil masa yang lama untuk menulis ini. Berfikir-fikir sama ada wajar atau tidak kerana pandangan dan pendirian saya berbeza dengan para sukarelawan terutama rakan-rakan dalam dunia kemanusiaan.  Saya mohon maaf kepada semua terlebih dahulu jika pandangan saya ini tidak sehaluan dan sealiran dengan kalian. 

Apa yang saya ingin sampaikan berdasarkan sepanjang kajian pengajian yang saya lakukan melibatkan keseluruhan pelarian di Malaysia, bersama dengan mereka menjalankan pemerhatian turut serta, menemu bual masyarakat Malaysia yang berada bersama dengan kelompok mereka, mengikuti program NGO, temu bual bersama pakar akademik dan Majlis Keselamatan Negara. 

Saya mendapati terdapat beberapa penulisan yang menyatakan Rohingya ini adalah berasal dari Bangladesh. Mohon maaf, Rohingya bukan dari Bangladesh, mereka ini sememangnya berasal daripada Arakan, Myanmar. Rujuk dengan lebih detail penulisan Intan Suria Hamzah (http://ejournals.ukm.my/gmjss/article/view/17712/5454), 

Pelarian daripada negara Myanmar merupakan jumlah terbesar yang berada di Malaysia. Seperti Malaysia, Myanmar juga mempunyai kepelbagaian etnik iaitu Chin, buddha, Rohingya, Myanmar Muslim dan beberapa etnik lain. Mengikut laporan UNHCR, etnik Rohingya adalah paling besar berada di Malaysia berbanding etnik lain daripada negara Myanmar.

Hasil temu bual saya bersama beberapa pelarian Rohingya mendapati mereka sudah menetap di Malaysia bertahun lamanya. Ada yang pernah saya temu bual di Kedah, seorang pakcik telah berada di Malaysia selama 27 tahun. Ada yang berbelas tahun dan ada yang baru sampai. Bagi pelarian yang sudah lama menetap di Malaysia mereka ini ada yang masuk menaiki kapal terbang. Manakala sebilangan besarnya yang sampai ke Malaysia melalui jalan laut dan darat. Biasanya laluan laut yang digunakan adalah di perairan Perlis. Kini, laluan tersebut telah menjadi tumpuan  pihak berkuasa dan kerana itu mereka menukar laluan masuk ke Malaysia melalui Langkawi. Bagi yang masuk ikut jalan darat mereka akan menggunakan laluan Padang Besar, Perlis. Persoalannya bagaimana mereka boleh memasuki Malaysia dengan begitu mudah? Kerana wujud tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab menjadi ejen. Ejen ini daripada Myanmar, Thailand dan Malaysia. Malah, orang Rohingya/Myanmar sendiri ada yang menjadi ejen. Saya pernah menemu bual beberapa Rohingya, mereka menyatakan anggaran bayaran kepada ejen untuk seorang adalah sekitar 1500-5000 ribu ringgit. Lebih malang lagi, ada pihak penguatkuasa yang menjadi dalang kemasukan pelarian Rohingya ini.

Kenapa sekarang orang Malaysia begitu marah dengan Rohingya? Kita kena faham isu pokoknya yang menjadi pencetus kemarahan orang Malaysia. Ia nya BUKAN tentang tidak berperikemanusiaan atau bersikap rasis. Selama ini pun sudah berdekad lama pelarian Rohingya berada di Malaysia, dan kita sebagai masyarakat Malaysia menerima baik kehadiran mereka. Sebelum ini juga kita tidak pernah membantah, menghalau atau menghalang untuk mereka berada di Malaysia dan bekerja. Bagi saya kita bersikap baik dan berlapang dada. Bukankah ini menunjukkan masyarakat Malaysia mempunyai sifat perikemanusiaan? Semasa saya membuat kajian di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor, banyak sumbangan yang saya terima daripada orang Malaysia untuk diberikan kepada Rohingya. Banyak juga sumbangan-sumbangan masyarakat sivil yang diberikan kepada NGO untuk membantu pelarian Rohingya. Jadi, adakah saya atau orang lain ini yang tidak bersetuju dengan Rohingya tidak ada sifat kemanusiaan? Adakah kami ini bersikap rasis? Kalau kami ini tidak ada rasa belas kasihan, tidak akan kami menghulurkan bantuan. Isu nya sekarang, adalah orang marah, sebilangan etnik Rohingya mula menunjukkan keberanian yang luar biasa, mencabar penguatkuasa dan masyarakat setempat.

Kita kena faham, Malaysia bukan negara anggota Konvesyen Pelarian 1951 yang boleh memberi hak bekerja secara sah dan pendidikan secara formal di sekolah-sekolah kerajaan kepada pelarian. Terdapat banyak prosedur yang perlu kita telusuri untuk menjadi negara anggota 1951 ini terutamanya dari aspek sosio-ekonomi. Kadar kemiskinan di Malaysia masih tinggi dan ini merupakan salah satu faktor yang menunjukkan tidak sesuai untuk kita menjadi negara anggota. Sebenarnya, Malaysia ini baik. Ramai sahaja etnik Rohingya yang bekerja tetapi kerajaan kita tutup mata masih membenarkan mereka bekerja walaupun pada hakikatnya pemegang kad UNHCR, tidak boleh bekerja.

Dalam pada masa sama, saya juga tidak nafikan, ramai etnik Rohingya yang ditahan kerana bekerja tetapi di antara jumlah yang ditahan kerana bekerja dan bekerja tetapi bebas adalah jauh bezanya. Jumlah mereka yang bekerja tetapi masih bebas berganda bezanya jika dibandingkan dengan mereka yang ditahan. Saya fikir, kerajaan kita sudah banyak bertolak ansur dalam hal ini. Bayangkan kalau kita menjadi negara anggota Konvesyen 1951, menerima pelarian, kita perlu memenuhi semua tuntutan di dalam perjanjian tersebut. Nanti akan ada banyak lagi pelarian daripada negara luar yang akan masuk Malaysia. Hakikatnya, kita belum stabil lagi. Kita bukan negara membangun. Dan kita belum lagi mencapai super diversity iaitu kepelbagaian.

Isu Rohingya bukan sekadar isu yang boleh dinilai dari aspek kemanusiaan semata-mata. Ia perlu diteliti dari pelbagai aspek.

Pertama, melibatkan keselamatan negara. Kita lihat betapa mudahnya perairan negara diceroboh oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Jika kita masih menerima pelarian Rohingya ini atas dasar kemanusiaan walaupun mereka menggunakan laluan yang salah, sanggup kah kita untuk menerima puluhan bot lain yang akan datang lagi dari Myanmar, Thailand atau Bangladesh? Mereka kata “ohhh Malaysia baik masih menerima bot-bot yang sampai, boleh bawa masuk bot lain pula lepas ini” Jadi isu ini tidak akan ada kesudahan nanti. Sebab itu tindakan yang diambil oleh TUDM menghalang pelarian Rohingya memasuki Malaysia baru-baru ini sebagai tanda “amaran” keras/tegas kepada ejen dan pelarian Rohingya untuk tidak lagi sewenang-wenangnya menceroboh perairan Malaysia. Lagi pun, bukan membiarkan mereka begitu sahaja, dengan bantuan TLDM  bekalan makanan dan petrol diberikan kepada mereka. Kita selalu fikir ohh itu bot Rohingya. Hakikatnya tidak kerana dulu ada terdapat kes yang dikongsikan kepada saya ada sebuah bot mendarat di Malaysia, di dalam bot tersebut 60 peratus Bangladesh dan 40 peratus Rohingya. Saya ambil contoh kes yang sama berlaku di Laut Mediterranean, Eropah apabila terdapat jumlah yang besar pelarian daripada negara Arab terutamanya Syria mendarat di laut tersebut hingga menjejaskan kestabilan politik Eropah. Pada mulanya Eropah juga seperti kita, menerima sahaja masuk atas dasar kemanusiaan, tetapi apabila berlakunya kemasukan bot yang tidak terkawal akibatnya wujud pelbagai isu yang memberi impak ke atas ketidakselamatan negara dan ekonomi. Pendaratan pelarian di Laut Mediterranean telah menjadi satu mimpi ngeri, kebimbangan kerajaan dan penduduk di Eropah. Apakah jaminan yang kita ada di dalam bot tersebut semuanya etnik Rohingya? Bagaimana pula dengan status kesihatan mereka? Orang kita sekarang sedang berjuang duduk di rumah untuk melawan COVID-19, datang orang luar yang tidak pasti status kesihatannya membawa kebimbangan kepada para petugas frontliners. Tidak kah kita merasa empati kepada frontliners sendiri? Para doktor kita sendiri pun tidak cukup kakitangan untuk menjalankan saringan COVID-19 ini. Kasihan tengok mereka berhempas-pulas. Tengok frontliners yang perlu membuat saringan kepada pelajar Malaysia yang baru tiba di Kuala Lumpur. Letih dan kasihan tengok mereka. Kalau kita benarkan kemasukan bot Rohingya, kita kena fikir lagi nak buat saringan, tempat tinggal, kewangan, makanan. Banyak perkara yang perlu diteliti bukan sekadar kemanusiaan semata. Akhirnya nanti, semua dilepaskan kepada kerajaan.

Kedua, masalah sosial. Sejujurnya sebelum saya menjalankan kajian secara lebih dekat dengan turun ke padang, saya tidak mengetahui bahawa etnik Rohingya terlibat dengan jenayah sosial yang benar-benar kritikal. Mereka ini bukan individu ya, tetapi berkelompok, berkumpulan terlibat dengan jenayah mencuri, dadah, pemerdangan manusia dan isu perempuan (tentang perempuan ini saya tak dapat nak jelaskan terperinci). Terutamanya di sekitar Bukit Mertajam, Pulai Pinang. Saya juga mendapati etnik Rohingya ini amalan cara hidup terutama melibatkan agama Islam sedikit membimbangkan. Yang saya mendapati jelasnya, mereka boleh tinggal di dalam satu rumah ada dua-tiga buah keluarga tanpa batasan. Pernah saya pergi ke sebuah rumah Kg Lebai Man, seorang wanita bekeluarga suaminya keluar bekerja, tetapi ada lelaki (suami orang) lain yang berada di rumah dia. Sama juga kes ketika saya melawat di rumah lain, suaminya keluar bekerja dan dia tinggal bersama abang iparnya. Di kem pelarian di Bangladesh, suami berada di negara lain, tetapi mengejutkan apabila si isteri mengandung tanpa mengetahui anak yang dikandung itu lelaki mana. Khemah wanita keluar masuk lelaki lain. Mohon maaf, ini bukan 2-3 kes ya berlaku. Bukankah ini gejala sosial yang boleh mendatangkan impak buruk sosial pada Malaysia? Malaysia sendiri banyak isu sosial yang perlu ditangani. Lagi satu masalah, etnik wanita Rohingya ini subur. Anak baru enam bulan lahir, mereka mengandung lagi, kemudian mengandung lagi dan lagi. Nanti bila mengandung tanpa dikawal, maka bertambahlah populasi etnik Rohingya di Malaysia. Kemudian, bila dah makin ramai, isu sosial, pekerjaan, kewangan, makanan, kesihatan dan pendidikan akan makin bertambah.

Ketiga, sosio-ekonomi. Ramai daripada mereka bekerja secara diam-diam menjadi pemotong rumput, baiki rumah, buruh binaan. Yang ini tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila segelintir daripada mereka berani buka perniagaan secara terbuka, terang-terangan. Saya pergi ke Bukit Pinang, Kedah, terdapat sebuah kedai yang dimiliki oleh Rohingya. Kawasannya sangat besar. Tiada permit, macam mana boleh berani buka? Sudah tentu, orang kampung di situ merasa marah, tergugat dan tidak selamat dengan kehadiran mereka. Dianggarkan terdapat hampir 1000 – 1500 yang tinggal di sana. Kita lihat di pasar-pasar borong dia dah memonopoli. Terutama pasar borong Selayang. Kerajaan Malaysia sebelum ini pernah buat projek rintis memberi kebenaran pelarian Rohingya bekerja di sektor perladangan, tetapi dia tak nak. Dia nak bekerja sendiri. Saya turun beberapa kali melihat sendiri di kawasan Apartment Taman Seri Murni, area Selayang. Bukan Rohingya sahaja, Myanmar Muslim pun sama. Sememangnya di situ dah macam negara Myanmar. Mereka buka gerai-gerai kecil jual sirih dan makanan tepi jalan.  Imigresen banyak kali buat serbuan di situ angkut barang-barang dan tangkap. Tapi, nanti seminggu dua buka balik gerai-gerai itu. Bila ada serbuan, tutup sekejap, lepas itu buka balik sehinggalah sekarang. Area pasar Selayang tu saya tidak salahkan Rohingya sepenuhnya, salah juga orang Malaysia yang tidak bertanggungjawab memberi lessen kepada Rohingya untuk dapat kaut untung lebih. Jadi, penguatkuasa perlu cari dalang ini semua. Belum masuk isu bergaduh lagi di kawasan situ. Menjerit-jerit, macam mana orang Malaysia tak marah? Kita tidak duduk area situ, mungkin kita tidak rasa apa penduduk Malaysia yang tinggal di kawasan itu rasa. Ada juga kedai yang dibuka di Kajang. Kalau kita tidak kawal dari sekarang, dia akan memberi kesan kepada long-term ekonomi rakyat Malaysia. Seperti apa yang berlaku dalam kalangan warga Bangladesh, Indonesia, banyak dah buka kedai sendiri. Orang ada gaji tetap mungkin tak kisah isu ini, tetapi bagaimana pula nasib penjaja gerai kecil orang Malaysia?

Keempat, kesihatan. Rohingya ini kurang sikit pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Walaupun banyak pihak dah bagi perkongsian mengenai kesihatan, tetapi mereka masih lagi tidak ikut. Penyakit TB, HIV, Heb B, Heb C yang ada dalam kalangan mereka. Penyakit yang boleh berjangkit dengan orang sekeliling. Saya pergi melihat kawasan mereka di Alor Star, kanak-kanak tidak berbaju, tidak berkasut, pijak tahi ayam sana sini, lepas itu masuk rumah macam itu sahaja. Apa yang menakutkan adalah mereka hidup di tengah-tengah kelompok kita yang boleh bagi ancaman penyakit berjangkit. COVID-19, terdapat sebilangan pelarian Rohingya yang pergi ke Himpunan Tabligh. Kerajaan dah bagitahu keluar datang ke klinik berhampiran buat saringan dan tidak akan menangkap mereka tetapi ada yang tidak pergi, menyorok. Ada pula yang menipu pada klinik. Rupa-rupanya dah positif. Menggerunkan, seperti yang saya cakap di atas, mereka ini ada yang tinggal 3-4 buah keluarga serumah. Bercampur-campur. Lepas itu bila dah ramai-ramai, ada yang keluar ke kedai, tidakkah bahaya begitu? Oh ya lagi satu, ada satu klinik dibuka khas untu pelarian dan warga asing, ada pelarian yang datang nak check kesihatan, bila bagi ubat mereka marah. Kenapa bagi Panadol ini sahaja? Baik saya pergi klinik kerajaan. Bukan 2-3 kes ya. 

Kelima, Pendidikan. Mereka menuntut untuk mendapat pendidikan di sekolah kerajaan. Sekolah swasta yang ada sekarang pun mereka dah timbul banyak masalah. Budak perempuannya, masuk sekolah sehingga 11 tahun, 12 tahun dah tak nak sekolah sebab nak kahwin. Ada yang nak pergi sekolah tetapi mak ayah tak bagi. Saya ada mengikuti satu program, buat kelas percuma di surau area rumah mereka. Sediakan keperluan semua, mereka tinggal datang sahaja. Itu pun tak datang, para aktivis terpaksa datang ke rumah jemput anak-anak ini datang belajar. Ada pula tu, maknya suruh anaknya bawa adik yang masih baby lagi ke surau sekali. Hakikatnya, mak dia ada di rumah tidak buat apa-apa. Macam mana nak belajar? Pernah saya pergi satu sekolah tu, ayah pelajar datang marah cikgu, padahal salah anak. Dia hasut mak ayah yang lain untuk boikot sekolah. Jika pelarian Rohingya di bawa masuk ke sekolah, bersediakah kita untuk mempunyai bahasa tambahan?   Bersediakah sekolah kerajaan untuk menghadapi isu-isu sebegini? Saya fikir ruang kemanusiaan yang diberi kerajaan untuk pelarian ke sekolah yang dibina oleh NGO cukup besar. Mereka masih lagi boleh mendapat pendidikan. Kerajaan tidak pernah menghalang.

Isu Rohingya ini bukan isu tidak beperikemanusiaan atau rasis. Ada yang kata kami yang menolak Rohingya ini rasis. Kalau pelarian Arab sambut baik. Saya tidak nafikan, pelarian dari negara Arab juga bermasalah tetapi bilangan mereka dengan bilangan pelarian Myanmar jauh ketara berbeza. 154, 080 dari Myanmar, 101 010 darinya adalah daripada etnik Rohingya. Pelarian Arab (Yaman 3680, Syria 3290, Iraq 1270, Palestin 790) Bila digabungkan semuanya ini masih tidak dapat menandingi pelarian etnik Rohingya.  Oleh sebab itu, masalah lebih ketara nampak daripada etnik Rohingya.

Turki, negara yang paling banyak menerima pelarian terutama daripada Syria. Walaupun Turki negara anggota Konvesyen Pelarian 1951, mereka sekarang tidak sanggup lagi menampung pelarian kerana banyak masalah sosial yang timbul. Kes jenayah meningkat. Banyak peminta-peminta sedekah berlegar-legar di kaki lima kedai. Impaknya, memberi imej buruk terhadap sektor pelancongan Turki. Perniagaan di kedai-kedai banyak dimonopoli oleh pelarian. Oleh kerana itu salah satu manisfesto kerajaan pembangkang di Turki adalah untuk mengusir pelarian kerana mereka faham bahawa rakyat Turki tidak dapat lagi menerima masalah yang dibawa oleh pelarian. Erdogan terus mengambil langkah membuka sempadan Turki-Eropah untuk memberi laluan kepada pelarian Syria memasuki Eropah.

Sekarang ini pelarian etnik Rohingya sudah berada di merata negeri kita. Mereka ini dah selamat keluar daripada Myanmar. Sepatutnya mereka mengikuti undang-undang negara kita tapi demand mereka tinggi sekarang ini. Mereka tidak boleh demand semua perkara.

Saya ada juga terima komen menyatakan yang “rakyat kita sendiri pun banyak bermasalah, ramai pengotor, ada yang membunuh, ada yang merogol, ramai menagih dadah dan sebagainya. Kenapa nak beza-bezakan dengan Etnik Rohingya?” Begini Tuan-puan, sebab rakyat kita banyak lagi yang bermasalah lah kita perlu terlebih dahulu mengambil peduli, mengendalikan dan menyelesaikan isu terbabit. Ini, hal dalam negara kita pun masih banyak lagi tidak selesai, kita nak tambah dengan masalah lain yang dibawa oleh orang lain pula? 

Saya hairan kenapa kita nak salahkan Malaysia, sepatutnya kita bersatu memberi tekanan kepada Myanmar kerana ianya berpunca dari sana. Ramai orang Malaysia suruh hantar pelarian dari Myanmar ini balik. Masalahnya sekarang adalah mereka ini memang tidak boleh balik, Myanmar memang tidak terima mereka, menafikan hak kewarganegaraannya. Oleh itu, apa yang kita boleh buat adalah beramai-ramai mendesak Myanmar untuk menghentikan penindasan ke atas etnik ini, memberi hak warganegara, mengambil dan menerima mereka untuk pulang ke Myanmar.

Profesor di institut saya selalu berkata, segelintir masyarakat Malaysia trend nya suka merendah-rendahkan rakyat sendiri, negara sendiri. Dalam pelbagai isu pun. Negara kita dah banyak buat benda baik. Di OIC, PBB, Malaysia lantang bersuara isu-isu kemanusiaan. Lihatlah dalam isu COVID-19, Malaysia di antara negara yang dianggap mempunyai pengurusan wabak terbaik.  Tapi malangnya, segelintir kita tidak bangga dengan apa yang ada pada Malaysia. Kenapa akhirnya Malaysia pula kena tanggung semua ini? Kita perlu ingat bila demand lagi tinggi melebihi supply, sesebuah negara akan collapse.

Dalam pada masa sama, saya tidak menafikan ada lagi etnik Rohingya yang baik dan rajin. Ada juga sebilangan mereka sering diambil kesempatan dengan pihak tidak bertanggungjawab terutama rasuah duit. Walau bagaimanapun, isu etnik Rohingya tidak boleh dilihat dari aspek kemanusiaan semata kerana jika diabaikan akhirnya ia akan memberi impak buruk terhadap keselamatan negara, komuniti, sosial, sosio-ekonomi, kesihatan dan pendidikan Malaysia.  Bahkan hakikatnya, isu ini akan memberi kesan balik yang mendalam kepada pelarian Rohingya juga.
Saya juga merayu kepada kawan-kawan jika kita tidak bersependapat dan membantah Rohingya, jagalah adab berkata-kata dan menulis. Berhujahlah dengan baik tanpa perlu menghina dan memaki hamun. Saya lihat ada yang sampai ugut nak merogol dan membunuh Tengku Emma. Tuan-Puan, tidak bersetuju bukan lesen untuk kita menyatakan apa sahaja yang melampaui batas.

Atika Shafinaz Nazri
Institut Kajian Etnik, UKM.

Isnin, 27 April 2020

Pawang Nong

Pawang Nong (Pawang Diraja Pahang)

Sebelum itu mari kita kenali siapa Pawang Nong , Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Taib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu.

Beliau juga adalah sahabat serta dikatakan pernah menuntut ilmu persilatan dan kebatinan dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang bersama menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

KETIKA bulan sedang mengambang pada waktu dinihari. Di sebuah kampung terpencil di daerah Jerantut, Pahang kelihatan satu lembaga hitam berkilat memanjat tingkap sebuah rumah.

Dengan berhati-hati dia menuju ke arah seorang gadis yang sedang nyenyak tidur bersebelahan dengan bilik kedua ibu bapanya. Tiada sesiapa pun yang menyedari akan kehadiran lembaga hitam itu.

Lelaki hitam berminyak itu mengusap usap tampang gadis itu. Lantas memeluk serta merta menyelak kain batik yang membalut tubuhnya, dengan rakus manusia berminyak itu memperkosa mangsa tanpa belas kasihan.

Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Selepas memuaskan kehendaknya, dia menconteng kapur sirih dengan tanda pangkah pada kemaluan, peha dan ari ari mangsa. Sebagai satu tanda telah dinodainya.

Lembaga itu kemudiannya menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Dalam sekelip mata kisah orang minyak heboh diperkatakan serata kampung dan ceruk di daerah Jerantut. Di mana mana sahaja orang bercerita tentangnya.

Penduduk makin gempar apabila semua rumah yang dicerobohi mengadu anak gadis atau isteri mereka diperkosa. Dalam banyak kejadian semua mangsa tidak sedar sewaktu dinodai. Buktinya contengan kapur pada kemaluan yang mengesahkan kehadiran lembaga itu.

Kejadian orang minyak memperkosan dan mencuri harta benda merebak serta merta ke beberapa buah kampung lain seperti Damak, Batu Balai, Kampung Som, Kampung Tanjung Besar, Budu, Chat, Benta dan Lipis Barat.

Pelbagai pendapat diutarakan mengenainya. Ada yang percaya ia adalah orang minyak berdasarkan gambaran yang diceritakan oleh mangsa. Badan yang hitam legam, licin berkilat, dan berminyak.

Ada yang mengatakan bau orang minyak hapak serta hamis seperti bau bangkai atau najis. Dikatakan orang minyak perlu mencari 44 mangsa untuk diperkosa.

Demi amalan ilmu hitam yang dipelajarinya. Namun segala ramalan dan agakan itu semakin keliru apabila tiada seorang pun pengawal malam bertembung dengannya.

Kalau ada mangsa terjaga, mereka gagal berbuat apa apa. Kerana lidah kelu lantaran terlalu takut atau mungkin sudah disihir. Dalam banyak kejadian, mangsa tidak sedar kerana sedang tidur.

Cuma yang menjadi bukti adalah kesan contengan di bahagian kemaluan mangsa. Lembaga itu muncul dan menghilangkan diri secara tiba tiba. Ianya menguatkan lagi kepercayaan bahawa ia ada kaitan dengan orang yang menuntut ilmu hitam.

Menurut ceritanya, sebelum menaiki sesebuah rumah dia mengelilingi dahulu rumah tersebut sambil membaca mantera. Dia kemudiannya membaling pasir pada dinding serta atap.

Setelah itu dia mencangkung seketika menunggu reaksi penghuninya. Setelah yakin baharulah dia melompat masuk. Sama ada melalui tingkap atau pintu yang akan terbuka dengan sendirinya. Walaupun sebenarnya pintu itu terkunci.

Segala usaha untuk menangkap lembaga itu gagal kerana ianya terlalu licik. Bomoh bomoh yang dipanggil memberitahu, lembaga itu menggunakan sehelai sirih untuk memukau mangsanya.

Sirih yang dilipat lipat itu akan diselitkan di celahan dinding. Setiap penghuni rumah yang dipukau itu tidak akan sedar apa yang berlaku sekalipun mangsa teruk diperkosa.

Beratus bomoh telah dipanggil. Semuanya gagal memerangkap pengamal ilmu hitam itu. Malah polis turut menemui jalan buntu. Ketika meronda di hujung, berlaku di pangkal.

Begitulah setiap kalinya terjadi serangan orang minyak. Terlalu sukar untuk dijejakinya! Rondaan yang dibuat sepanjang malam begitu mengecewakan. Yang pasti setiap pagi mesti akan ada mengadu menjadi mangsa.

Akhirnya penduduk kampung sepakat meminta pertolongan dan bantuan dari Haji Nong Taib. Seorang pawang dan guru silat yang tinggal di hulu Cheka Jerantut. Pahang.

Selama ini dia hanya memerhati sahaja. Dia tidak boleh memandai mandai masuk campur selagi tidak dijemput. Itu petua ilmu yang dipelajarinya.

“Bolehlah kawan cuba. Kawan bukan pandai, semuanya dengan pertolongan ALLAH.”

Katanya kepada rombongan orang yang datang menemuinya. Haji Nong membuat persiapan dan dia memilih beberapa pemuda yang handal bermain senjata. Lalu menubuhkan pasukan yang boleh dikatakan berani mati!

Diarahkannya anak buah membawa kain kapan. Kerana mengikut perkiraannya apabila orang minyak itu dibunuh, dia akan segera dikapan dan dikebumikan dengan selekas yang mungkin. Anak buahnya juga diminta membawa penyodok dan cangkul. Ramai yang pelik tetapi tiada siapa yang berani bertanya.

Selepas bekerja keras menjejak. Haji Nong bertemu orang minyak itu di sebuah hutan pinggir kampung di kawasan Lipis Barat. Bagaimana pun lembaga itu dapat memukau Haji Nong dan orang orangnya. Kesemuanya kaku dan hanya memerhati sahaja wajah bengis lembaga itu yang beransur ansur menghilangkan dirinya.

Sebaik hilang dari pandangan barulah Haji Nong dan orang orangnya dapat bergerak seperti biasa. Kini Haji Nong tahu akan kelebihan dan kekurangan musuh yang dicarinya itu.

Haji Nong mengarahkan anak buahnya berpecah. Bagaimanapun baru beberapa langkah berjalan lembaga itu muncul semula. Kali ini kelihatan lebib ganas. Pertarungan sengit yang berlaku menyebabkan sebilangan anak buah Haji Nong kecundang.

Dia betul betul menunjukkan kehebatannya. Haji Nong hanya memerhati menjeling dan bersedia pada bila bila masa untuk bertindak. Maka berlakulah pertarungan yang dinanti nantikan. Pawang Nong bertemu dengan Orang Minyak!

Masing masing menunjukkan kehebatan ilmu batin. Lembaga itu mencabut anak anak pokok sebesar lengan lalu membalingnya ke arah Haji Nong. Haji Nong melompat kiri dan kanan seperti harimau kumbang seraya tangannya menepis balingan itu.

Anak buah Haji Nong menghidupkan jamung untuk menerangkan lagi gelanggang sayembara. Mereka berada di empat penjuru sementara Haji Nong dan lembaga hitam itu berada di tengah-tengahnya.

Lembaga itu beberapa kali menjerit dan meraung raung sambil menumbuk dadanya berkali kali. Haji Nong hanya bergerak kiri dan kanan menunggu saat yang sesuai. Tiba tiba Haji Nong melepaskan satu tumbukan angin. Serta merta lembaga itu tumbang.

Tetapi dia bangun semua membalasnya. Dapat ditepis Haji Nong. Kedua duanya berada dalam jarak 5 meter apabila Haji Nong pantas melompat lalu bercelapak di atas dada lembaga itu.

“Siapa kamu?!”

Tanya Haji Nong sebaik kakinya memijak mangsa yang tersungkur di atas tanah. Dia sudah bersedia untuk menetak musuhnya itu jika berani cuba melarikan diri.

“Tolonglah tok! Ampunkan saya!”
Lembaga itu bersuara merayu.

Haji Nong melonggarkan tekanan. Lelaki itu kemudian melutut. Sambil menangis teresak esak dia mengaku telah memperkosa berbelas belas anak dara dan isteri orang demi keperluan ilmu yang dituntutnya.

Anak buah Haji Nong memegang tangan kiri dan kanannya. Disuruhnya beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Bagaimanapun lelaki itu enggan dan berdiam diri.

Haji Nong memegang kepala lelaki itu dengan tangan kiri lalu menekannya ke bawah. Sepantas kilat tangan kanannya melepaskan tetakan yang kuat laku memisahkan kepala dan badannya. Hanya seketika terdengar raungan.

Selepas itu hanya darah memancut membasahi bumi dan badan Haji Nong yang berhampiran. Mayatnya dikebumikan di situ juga. Sejak itu kampung di sekitar Lipis dan Jerantut aman semula. Tiada lagi kedengaran gangguan orang minyak.

Haji Nong kenal akan pengamal ilmu hitam itu. Bagaimanapun beliau terpaksa merahsiakan identiti orang minyak itu dari pengetahuan umum. Kerana tidak mahu warisnya mendapat malu. Orang yang terlibat adalah penduduk tempatan yang mengamal ilmu salah.

Haji Nong tidak pernah menghebohkan siapa sebenarnya orang minyak. Katanya yang penting kampung selamat.
Kisah ini diceritakan oleh anak Haji Nong. Dan salah seorang anaknya ada mewarisi ilmu kebatinan milik bapanya.

Haji Nong, wira yang bertanggungjawab membunuh orang minyak itu sudah lama kembali menemui ALLAH pada usia 112 tahun (11 November 1977) Sebelum itu pun namanya dikenali setelah dapat membantu askar Inggeris menawan hidup hidup 200 pengganas di hutan Hulu Cheka bersama anaknya, Ariff.

Kerajaan British mengiktiraf kehebatannya lantas mengurniakan Pingat Empayar British (B.E.M) sebagai mengenang jasa dan baktinya. Kerajaan Pahang mengabadikan namanya pada sebuah sekolah di hulu Cheka, Jerantut, Pahang. Sekolah Kebangsaan Pawang Nong.

Al-Fatihah Buat Almarhum Pawang Nong.

Sumber : Kerajaan Pahang

Ulu Cheka Sekarang 2020

Durian Ulu Cheka
Homestay Ulu Cheka
Air Terjun Ulu Cheka

Rabu, 22 April 2020

Kenyataan Media MB Pahang

KENYATAAN MEDIA 
YAB MENTERI BESAR PAHANG 

Sukacita saya umumkan enam (6) lagi inisiatif bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak pandemik COVID-19 di Pahang.

Keenam-enam inisiatif ini ialah – 

1) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 2,400 veteran tentera berpencen tanpa gaji dan menjadi ahli Persatuan Veteran Tentera Negeri Pahang. 

Nilai peruntukan ialah RM360,000. 

2) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 600 bekas polis yang menjadi ahli Persatuan Bekas Polis Pahang. 

Nilai peruntukan ialah RM90,000. 

3) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 anggota sukarela Rejimen 505 Askar Wataniah. 

Nilai peruntukan ialah RM45,000. 

4) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 565 nelayan tidak berlesen. 

Nilai peruntukan ialah RM84,750. 

5) Barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 penerima sepertimana dipohon oleh beberapa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO). 

NIlai peruntukan ialah RM15,000. 

6) Sumbangan kepada pengurusan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) kerana menanggung perbelanjaan makan-minum 60 pelajar anak Pahang yang kekal tinggal di rumah-rumah sewa. 

Nilai peruntukan ialah RM20,000. 

NIlai peruntukan bagi keenam-enam inisiatif terbaharu di bawah Fasa Keempat ini ialah RM614,750. 

Dengan ini menjadikan keseluruhan 28 inisiatif Kerajaan Negeri perkenalkan dan laksanakan iaitu lapan (8) inisiatif diumumkan pada 23 Mac di bawah Fasa 1; lima (5) inisiatif diumumkan pada 30 Mac di bawah Fasa 2; sembilan (9) inisiatif diumumkan pada 8 April di bawah Fasa 3; dan enam (6) lagi inisiatif diumumkan hari ini di bawah Fasa 4. 

Nilai peruntukan serta implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk kesemua 28 inisiatif ini ialah RM24.962 juta atau kira-kira 3.37 peratus daripada Bajet Negeri Pahang 2020 sebanyak RM739.89 juta. 

Jumlah penerima keseluruhannya melibatkan kira-kira 101,894 Ketua Isi Rumah atau kira-kira 27.86 peratus daripada kesemua 365,800 Ketua Isi Rumah di negeri ini. 

Adalah diharapkan, kesemua 28 inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya membantu rakyat yang terkesan teruk dengan PKP dalam usaha membendung penularan wabak pandemikCOVID-19 ini, In Sya Allah.    

YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang 
22 April 2020

Isnin, 20 April 2020

Bantuan Khas pada Veteren ATM

Berkenaan pembayaran One-off PJM dan Bantuan Khas Kewangan Bantuan Prihatin Negara (BPN) kepada Veteran ATM yang layak.

*One-off PJM*

1. Pembayaran dibuat 4 peringkat.

a. Peringkat 1 - Telah dibayar pada awal Mac 2020 (Keutamaan kepada Veteran ATM Berpencen berumur 65 tahun ke atas).

b. Peringkat 2 - Telah dibayar pada hujung Mac 2020 (Keutamaan kepada Veteran ATM Berpencen berumur 65 tahun ke bawah).

c. Peringkat 3 - Akan dibayar dijangka pada hujung Apr 2020 (Keutamaan kepada Veteran ATM Tidak Berpencen berumur 65 tahun ke atas).

d. Peringkat 4 - Akan dibayar dijangka pada hujung Mei 2020 (Keutamaan kepada Veteran ATM Tidak Berpencen berumur 65 tahun ke bawah).

2. Semua Veteran ATM yang *layak menerima Pingat Jasa Malaysia yang masih belum menerima bayaran One-off* dikehendaki menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi dan akaun bank di portal berkenaan bagi membolehkan pihak JHEV ATM membuat pembayaran kepada tuan/puan.


3. Pembayaran TIDAK dipanjangkan kepada balu atau waris.

*Bantuan Khas Kewangan Bantuan Prihatin Negara*

1. Veteran ATM yang berpencen akan menerima RM 500 dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pencen masing-masing.

2. Kepada Veteran ATM yang tidak berpencen, tuan/puan dikehendaki menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi serta akaun bank di dalam portal untuk pihak JHEV ATM membuat pembayaran bantuan berkenaan.

http://daftar.jhev.gov.my

3. Untuk makluman semua, mengikut data dari Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP), terdapat lebih kurang 179,198 orang Veteran ATM yang tidak berpencen. Dari jumlah tersebut, lebih kurang 65,000 sahaja yang telah mengemaskini maklumat dalam portal berkenaan. 

4. Tarikh tutup untuk menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi dan akaun pada portal adalah pada *31 Okt 2020*. Pembayaran akan mula dilaksanakan pada *23 Apr 2020* sehingga *Nov 2020*. Adalah diharapkan semua Veteran ATM yang tidak berpencen bersabar dalam menunggu Bantuan Khas Kewangan ini dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.

5. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini hanya disalurkan kepada Veteran itu sahaja dan *TIDAK* dipanjangkan kepada balu atau waris.

*Perkhidmatan JHEV ATM*

1. Semua JHEV ATM Cawangan Negeri telah diarahkan untuk menutup premis dan perkhidmatan sepanjang Perintah Kawal Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

2. Ibu Pejabat JHEV ATM beroperasi setiap hari dengan kapasiti 20% sahaja. Ini hanya melibatkan tugas pentadbiran dan pengurusan dalaman sahaja. *Segala urusan kaunter dan skim kebajikan ditangguhkan sehingga PKP ditamatkan*.

Untuk makluman dan perhatian  pihak tuan. 

Jumaat, 17 April 2020

Sejarah Pahang: "Siapa Dato Bahaman..?


Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh atau lebih dikenali sebagai Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan.

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, Datuk Bahaman digelar 'Seman Tahan' oleh penduduk sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan sungai itu seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

Datuk Bahaman dikata menggunakan senjata berupa sebilah lembing yang diberi nama "Beringin" yang berbentuk daun sireh dan dikatakan mampu memukau orang

Kerana menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor, Datuk Bahaman diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan

Dan selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Kebangkitan menentang penjajah


Tak payahlah membazir duit beli SmartTV, guna je Mi TV Stick ni! Cara ni paling mesra poket, cucuk je kat TV lama korang lepastu auto bertukar jadi Smart TV. 
Haaa,  boleh terus layan Netflix, Youtube dan macam-macam apps kat TV tu
Gambar punya jadi lagi jelas, 4k gitu! Sekarang ni tengah ada promo, RM139.00 je harganya kat shopee. Masa nilah nak 'upgrade' TV korang dengan jimat Xiomi Mi TV Stick



Disebut-sebut Datuk bahaman Mengetuai perang Semantan kerana rasa tidak ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka.

Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya.

Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat.

Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menguris hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. 

Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.

Setelah terjadinya peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. 

Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

Menjadi buruan penjajah British




Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang.

Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar,

Jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap.

Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah.

Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.



Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu,  Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan lagi  semangat pejuang Pahang tersebut untuk berjihad menentang Inggeris.

Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.

Namun pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kembali kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang.

Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

Di Kelantan khabarnya Datuk Bahaman mendapat perlindungan dari  Panglima Long Mansur dan Panglima Munas iaitu ayah kepada Tok Janggut,

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila khabar angin mengatakan Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Sumpah persetiaan dan Jejak terakhir
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya.

Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, antaranya ialah Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).


Khamis, 16 April 2020

Convid-19 Daerah Lipis

Kumulatif kes Convid19 mengikut mukim di Daerah Lipis sehingga 15 April 2010

Rabu, 15 April 2020

Convid19 Asia Tenggara

PERBANDINGAN JUMLAH KES COVID19 DI ASIA TENGGARA (ASEAN)

- Setakat 15/4/2020
- Buat pertama kali jumlah Kes Baru Malaysia bawah dari 100 (85kes)

Indonesia telah berada di kedudukan kedua pada hari ini.

Infografik : FB hargapetrol.my

Isnin, 13 April 2020

Convid 19 di Negeri Pahang

Info terkini Covid-19 Pahang .. bertamboh molek statusnya.. Syukur ke haderat Allah swt.. "

Isnin, 6 April 2020

Pertama kali pesakit sembuh melebih kes baru

cerita dari lipis convid19
Jumlah pesakit sembuh berbanding kes Covid 19 baru - Malaysia
6 April 2020

Buat kali pertama, jumlah pesakit Covid-19  yang sembuh sepenuhnya telah melebihi jumlah kes baru.

(Garis biru akhirnya telah mengatasi garis merah)

Hari ini, 236 orang sembuh berbanding 131 kes baru yang direkodkan (+179 semalam).

Jumlah keseluruhan kes Covid naik ke 3,793 dengan 61 nyawa terkorban.

Namun, jumlah kes Covid yang masih aktif telah turun dari 2,596 pesakit semalam ke 2,490 kes hari ini kerana bilangan pesakit yang sembuh melebihi kes baru hari ini.

Kita terus berusaha dengan duduk di rumah (8 hari lagi).


Jumaat, 3 April 2020

Positive Covid 19 di Merapoh


Dukacita dimaklumkan bahawa ujian ke dua ke atas bonda kami Siah Bt Jusoh telah di sahkan positive Covid 19. Kami dgn rendah hati memohon kerjasama mana2 individu yg pernah berhubung dgn bonda kami dalam tempoh 16-29 Mac utk membuat saringan kesihatan di KK Merapoh.
Pihak KKM Lipis juga telah datang ke rumah kami dan membuat pemeriksaan lanjut. Kami telah diarahkan utk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula hari ini 3/4/2020 hingga 17/4/2020

Mohon doakan kesihatan bonda kami
STAY AT HOME

FB Lipis

Khamis, 2 April 2020

Convid 19 di Pahang meningkat

cerita dari Lipis convid 19

Oleh: Zulkhairil Zainuddin

Keadaan kes positif COVID-19 di Negeri Pahang menunjukkan peningkatan setiap hari.

Ia sesuatu yang membimbangkan sekiranya kita semua tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Berdasarkan statistik, tiga daerah sudah berada peringkat jingga iaitu Jerantut dengan 35 kes, Kuantan (26) dan Pekan (21).

Malah sudah semua daerah di Pahang sudah mempunyai kes dengan jumlah keseluruhan 114 kes positif.

Adakah kita mahu angkat ini terus meningkat. Adakah kita mahu Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan.

Percayalah sekiranya dilanjutkan tahapnya mungkin lebih diperketatkan atau Perintah Berkurung mungkin terpaksa dilaksanakan oleh kerajaan.

Perintah ini bukanlah untuk menyusahkan kita tetapi ia merupakan satu langkah drastik yang terpaksa diambil bagi memutuskan rantaian penularan wabak pembunuh ini.

Walaupun tiada kes kematian dicatatkan di Pahang setakat ini tetapi peningkatan kes positif ini sudah cukup meresahkan.

Cukup-cukuplah. Kasihanilah mereka yang terkesan akibat perintah ini.

Ramai dalam kalangan kita hilang punca pendapatan. Tidak mampu untuk menyara keluarga dan mungkin ada yang terpaksa berlapar.

Bukannya sistem ini kejam, tetapi sikap kita yang ambil mudah terhadap wabak ini.

Kerajaan sudah melaksanakan pelbagai usaha. Hargailah pengorbanan petugas barisan hadapan yang setiap hari berdepan dengan bahaya COVID-19.

Ada dalam kalangan mereka sudah mula dijangkiti. Inilah pengorbanan yang terpaksa mereka terima.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin, marilah kita bersama-sama hentikan penularan wabak ini.

Buanglah segala ego kita. Dengarlah arahan daripada kerajaan dan pihak berkuasa.

Bukannya susah hanya duduk sahaja di rumah. Inilah formula terbaik yang ada setakat ini.

Sekiranya kita semua faham akan tanggungjawab masing-masing, InsyaAllah wabak ini akan dapat dihentikan.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar mereka di barisan hadapan terus cekal berjuang lakukan yang terbaik untuk kita semua.




Rabu, 1 April 2020

Cara tebus data internet percuma sepanjang tempoh PKP


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac lepas. Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-19. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, kerajaan turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat.

Antara inisiatif yang diambil adalah semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar UMobile, Celcom, Digi serta Maxis akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April ini. Penawaran data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan.

Selain daripada itu, setiap syarikat telekomunikasi turut menawarkan sejumlah pakej menarik khusus buat pelanggan mereka. Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah kekurangan data yang dihadapi pengguna terutamanya bagi mereka yang perlu bekerja daripada rumah. Tapi bagaimana untuk menebusnya?

1. Maxis – Perlu Ditebus Setiap Hari

Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja (penggunaan di luar waktu yang dinyatakan akan diambil kira daripada data sedia ada). Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” – pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” – pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”

Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama – pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi tab ‘Shop’

* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Maxis

2. UMobile – Daftar & Terima Secara Automatik

UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.

Sama seperti Maxis, data ini hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penggunaan luar julat waktu ini akan diambil daripada pakej data langganan. Bagaimanapun, pelanggan perlu memastikan talian adalah aktif untuk penggunaan data percuma ini. Untuk makluman, penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail:

*118*6*7# untuk pengguna prabayar

*118*7*6# untuk pengguna pascabayar

* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Umobile


3. Celcom – Penebusan Tidak Diperlukan

Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.

Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,

*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar

*118# untuk pengguna pascabayar

* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Celcom

4. Digi – Internet dan Panggilan Percuma

Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari. Malahan pemberian data percuma ini telah diumumkan oleh Digi lebih awal lagi (sejak 21 Mac) berbanding telko lain.

Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :

Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari

Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.

Selain daripada itu, Digi turut memberikan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, jomstudi. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli akses percuma 1 selama bulan untuk UPSR dan kurikulum SPM di Classruum dengan hanya RM1.

* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Digi

5. YooDo – Tiada Had Penggunaan

Penawaran YooDo nampaknya tampil lebih menarik berbanding yang lain apabila pengguna data percuma ini boleh digunakan tanpa had iaitu bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Data percuma akan dikreditkan ke pelan anda bermula 30 Mac (hari ini) sehingga 14 April 2020 dan sila pastikan talian anda adalah aktif.

Data percuma ini akan ditambah pada baki data sedia ada – sebagai contoh, jika pelan pengguna mempunyai data sebanyak 15GB, ia akan memaparkan‘16GB daripada 15GB’ sejurus menerima data 1GB tersebut. Menariknya lagi, data yang tidak habis digunakan akan dikumpul sehingga pelan anda luput/diperbaharui.

* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman YooDo

6. Unifi Mobile – Pas Hotspot 999GB

Berita baik lagi! Unifi Mobile kini menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma dan penawaran ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ia tersedia untuk semua pengguna unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).

Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diaktifkan secara automatik. Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.

* Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Unifi Mobile

Menarik bukan? Kesemua data percuma ini akan mula ditawarkan bermula 1 April ini (kecuali untuk pengguna YooDo, Unifi Mobile dan Digi). Jadi apa lagi alasan anda tidak duduk di rumah? Marilah kita bersama – sama menuruti gesaan kerajaan agar duduk di rumah bagi membantu bendung wabak koronavirus dari merebak. Seperti kata Perdana Menteri kita, duduk di rumah! Marilah kita rendahkan keluk epidemik Covid-19 bersama. – Amanz.my

Read more: