Halaman

Jumaat, 31 Julai 2020

Cabaran Pertanian di Lipis.



Teringat 1 masa(15-16 tahun dulu).Lipis sebagai salah satu pengeluar limau madu(M33) & limau langkat di Pahang. Di kg. Teluk Gunung, Kampung  Kubang Rusa, Kampung Melaka, Kampung. Dusun, Kampung Relong, Kampung Pagar Sasak dan lain-lain  dianggarkan lebih kurang 800-900 ekar keseluruhannya, sekarang cuma sedikit sahaja yang tinggal.

 Lipis sebagai daerah Pahang Barat mempunyai kawasan tanah yang sangat subur dan bentuk topography yang sesuai untuk tanaman limau. Pokok limau madu ketika itu menggunakan limau jenis troyer citrus (kaki gajah) sebagai penanti yang tahan penyakit kanker batang(Xanthtomonas citri) sangat sesuai ditanam di Lipis. Antara masalah yang boleh menjejaskan tanaman limau adalah Citrus Greening Disease (CGD) yang dibawa oleh Diphorina citri (lelompat citrus) tapi serangga ini tiada di Lipis ketika itu & Jejabat Pertanian Lipis berjaya atasinya seingat saya "citrus valley"

 Di Dungun Terengganu pernah dimusnahkan oleh serangga pembawa ini. Ada beberapa faktor yg saya kenal pasti tanaman limau ini berkurangan.. Maintenance pokok seperti prunning tunas air, pembajaan asas tidak  dibuat, tumbuh pokok parasit seperti dedalu,duit-duit & cendawan angin (pink disease) yang banyak memusnahkan pokok, pengairan ‘furrow’  tidak  diselenggara dengan baik,

Penutupan jalan utama di Merapoh(petani-petani menjual buah di bahu jalan) dan juga tiada pelapis belia yang berminat dengan pertanian ketika itu. Sebenarnya limau madu/langkat sangat banyak permintaan & faktor masalah yg dihadapi ketika itu di Lipis tidaklah seserius di tempat lain. 

Ia berbuah sepanjang masa tapi ada waktu kemuncak bulan 4-6 & 9-11..Hargapun cantik sampai RM6-8 kg. "A,B,C" untuk pokok sgt penting!! Penyakit limau manis/madu/langkat yg lain seperti Reput pangkal @ akar(Phythopthora nicotiane) & juga penyakit virus Tristeza (CTV). Asal jangkitan CTV masih belum diketahui.virus itu bagaimanapun wujud selama berabad-abad di Asia sebagai agen penyakit yang tidak dikenali, tapi penanam-penanam di Asia mengadaptasi varieti citrus & kombinasi batang bawah dengan ketahanan @ rintang terhadap CTW.

 Kredit : FB Ahmad Fakharuddin Zakaria

Lagi masalah yang dihadapi.

Penduduk Lipis  pernah   berkata jika Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Pahang Barat  bernilai RM 50 juta  berjaya,  sekarang ini dataran Orang Kaya Haji penuh petani menjual buah-buahan seperti rambutan, salak, limau, durian dan lain-lain, dieksport ke daerah lain atau dijual dipasar borong. Jika diperhatikan bukan tidak ada penduduk tempatan menanam buah-buahan tapi kebanyakan menemui kegagalan sebab kos operasi melebihi kos pendapatan. 

Cabaran yang paling hebat dan tidak mampu dihadapi oleh petani adalah musuh tanaman seperti babi, monyet dan Binatang ternakan. Masalah Babi dan bintang ternakan seperti, kerbau, lembu dan kambing masih boleh dibuat pagar dan babi memerlukan pagar elektrik yang memerlukan  kos yang agak tinggi dan perlu pemantau berterusan.  Musuh paling utama dan tidak mampu dibendung adalah monyet yang terlalu banyak, musuh ini tidak dapat dibendung ditambah penduduk kampong sudah berkurangan yang memiliki senjata api dan kos seperti peluru sudah meninggkat pada masa sekarang.  

Ada yang mencadangkan untuk menanam pokok buah-buahan kita memerlukan pagar atap kilang setinggi 8 kaki atas ada pagar letrik yang memakan kos RM 40K dengan tanah seluas satu ekar, dengan pagar setinggi ini monyet atau seumpanya tidak mampu untuk masuk.   Harganya boleh buat rumah kos rendah tapi berbaloi untuk jangka masa panjang.  


Cina Malaysia kena ingat jasa UMNO pada mereka


Melihat perkembangan dua tahun kebelakangan ini semenjak PRU14 pada bulan Mei 2018, nampaknya kaum Cina DAP sudah melampaui batas. Mereka menghina Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Jawi. Melayu tidak boleh lagi berdiam diri dan sentiasa mengalah. Melayu perlu mengingatkan kaum Cina DAP bahawa tanah yang mereka duduk ini adalah Tanah Melayu. - Raja Petra

Khamis, 30 Julai 2020

Penguna Jalan Raya Kuala Tahan – Jerantut jumpa Tapir.



Pengguna jalan raya dari Kuala Tahan ke Jerantut hari ini mungkin 'bertuah' kerana dapat melihat seekor tapir berkeliaran mencari makanan di ladang sawit Felcra Tembeling Tengah berdekatan Kuala Tahan dekat sini.

Tapir yang juga dikenali sebagai tenuk atau cipan itu ditemui berkeliaran di ladang sawit kawasan itu pada pukul 7.15 pagi hari ini ketika penduduk mula keluar ke bandar Jerantut bagi membeli barang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, esok. 

Penduduk Kampung Kuala Sat, Zulkefly Jamaludin, 56, berkata, dia memberhentikan kenderaannya apabila beberapa orang pengguna jalan raya menunjukkan ke arah seekor tapir di ladang sawit berdekatan jalan itu. 

"Kesempatan jarang bertemu atau tidak pernah langsung bersua dengan haiwan liar yang warna kulitnya bertompok putih dan hitam ini menyebabkan ada kalangan mereka yang sangat teruja sehingga terus merakamkan gambar menerusi gajet (telefon) masing-masing.

"Haiwan liar ini asyik mencari makanan sehingga tidak mempedulikan langsung beberapa orang pengguna jalan raya merakamkan gambar termasuk suara kita (manusia) bercakap," katanya kepada PahangStory di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, haiwan liar itu cuma 'membenarkan' pengguna melihat serta merakamkan gambarnya kira-kira lima minit dan kemudiannya bergerak meninggalkan kawasan berdekatan jalan tersebut. 
Katanya, kejadian hidupan liar dari hutan tropika Taman Negara dan Hutan Rezab Tekal Tembeling berdekatan situ keluar berkeliaran ke kawasan kampung dan melintas jalan raya merupakan fenomena biasa bagi penduduk di situ.



"Selain tapir, kita lebih kerap terserempak dengan kawanan gajah di ladang sawit dan masuk kampung pada waktu malam untuk mencari makanan.

"Ini kerana habitat haiwan liar di kawasan hutan Hulu Tembeling sudah diganggu oleh manusia dengan aktiviti pembalakan dan perladangan sehingga fauna berkenaan mengalih perhatian ke kawasan kebun dan kampung untuk memperoleh makanan," ujarnya.

Kredit : Haris Fadilah Ahmad

PahangStory.


Selasa, 28 Julai 2020

Najib Bersalah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.



Pendapat Peguam : Datuk Mohd Haziq Pilay





Ahad, 26 Julai 2020

Kemalangan di Jalan Koyan –Ringlet Cameron Hingland, dua maut.


Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 22 Jalan Sungai Koyan-Ringlet di sini hari ini 25 Julai 2020.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu ialah seorang anggota tentera laut, Muhammad Shakirin Salimi,20, dan seorang lelaki Orang Asli, Saiful Rasif,21.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd Nor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan anggota tentera dalam perjalanan pulang bercuti dari Lumut, Perak menuju ke Kuala Lipis.

"Apabila sampai ditempat mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC b telah bertembung secara berdepan dengan sebuah  motosikal  jenis Yamaha 125ZR yang datang dari arah bertentangan.

Apabila sampai ditempat mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC b telah bertembung secara berdepan dengan sebuah  motosikal  jenis Yamaha 125ZR yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan ini menyebabkan kedua-dua penunggang maut di tempat kejadian,"katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering.

26 Julai 2020

 Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kampung Tempoyang dan dikebumikan selepas Zohor di perkuburan  kampung Tempoyang. 


Shakirin Salimi
Shakirin Salimi - Al Fatihah
 
Kredit : Pahang Story

Isnin, 20 Julai 2020

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ketiga bayar pada 24 Julai.

Pasa 3 bayar pada 24 Julai 2020

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran itu akan dibuat berdasarkan kategori merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Ia membabitkan peruntukan berjumlah RM3 bilion yang memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun.

Katanya, kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berusia 18 tahun ke bawah.

"Penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

"Sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai empat anak yang layak, beliau akan menerima RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari), RM200 pada fasa kedua (Mac) dan RM1,080 pada fasa ketiga (Julai).

"Bayaran BSH ini adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, katanya, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.

Kenyataan turut memaklumkan bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran pada fasa pertama dan kedua pula akan dibayar secara sekali gus dalam pembayaran fasa ketiga mengikut nilai kelayakan.

Dalam pada itu, permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos sehingga 6 September depan.

"Sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDN," katanya.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).- Metro

Jumaat, 17 Julai 2020

Bantuan untuk Pekebun Kecil RISDA


Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)
RISDA Malaysia

PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET) RISDA BANTU PEKEBUN KECIL UNTUK TINGKATKAN LAGI PENDAPATAN

Sebagai langkah untuk membantu meningkatkan lagi pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat Covid-19, RISDA melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan kini telah menyediakan bantuan sebanyak RM20,000 (maksimum) bagi setiap keluarga pekebun kecil.

Adakah Anda LAYAK? Jom Lihat Syarat Dan Kelayakan Seperti Dibawah :-

 1. Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia

(Isteri/ Suami/Anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan akan di beri kepada mereka di dalam kumpulan B40)

2  Mempunyai minat, pengetahuan serta kemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.

3..Pemohon berkeupayaan melaksanakan projek sepenuh masa.

4..Bersedia dan sanggup menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal/kemahiran/kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA.

Jika anda LAYAK dan memenuhi syarat diatas, Semua permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA yang berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat RISDA di talian 03-42564022 untuk keterangan lebih lanjut.

#PekebunKecilAsetNegara

#RISDAMALAYSIA

Selasa, 14 Julai 2020

Lawatan mengejut, Yang di-Pertuan Agong di Chegar Perah Kuala Lipis.

Pusat Pemindahan Mangsa Bencana Banjir.

Beramah mesra dengan mangsa banjir.
14 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, hari ini.

Al-Sultan Abdullah berangkat pada jam 3.45 petang dan disambut oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi) Dato' Sri Mohd Soffi bin Abdul Razak, Pegawai Daerah Lipis Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dan Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Dato' Ahmad Hairi bin Hussin.

Di dalam lawatan mengejut selama hampir 45 minit ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir untuk membantu meringankan bebanan akibat bencana banjir yang telah melanda rumah-rumah mereka sejak semalam (Isnin, 13 Julai, 2020).

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi bersama mangsa-mangsa banjir yang telah ditempatkan di PPS tersebut.

Keberangkatan mengejut Al-Sultan Abdullah hari ini mencerminkan keprihatinan tinggi Baginda terhadap mangsa-mangsa banjir dan golongan-golongan yang memerlukan bantuan. la juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka menyantuni mangsa-mangsa banjir tersebut.

Seramai 265 mangsa dari 67 keluarga dari kawasan Chegar Perah Mukim Batu Yon 2 telah ditempatkan di PPS tersebut berikutan bencana banjir yang berpunca dari hujan lebat tanpa henti sejak semalam (Isnin, 13 Julai, 2020).

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan yang dialami oleh mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir ini.

#agongkita #royal #malaysia #pahang #kualalipis

Kredit : FB Istana Negara.

Keadaan Banjir dari Udara

Cerita dari Lipis Banjir
Chegar Perah

Keadaan banjir dari udara






Isnin, 13 Julai 2020

Projek Pertanian Kampung Keledek.


Kunjungan Ketua Pengarah FAMA Malaysia ke Projek Pembangunan Pemasaran hasil Pertanian Kampung Keledek Kuala Lipis pada 12 Julai 2020 beliau melihat sendiri perkembangan kebun tanaman fertigasi sayur dan buah.

Penduduk kampong bertuah kerana projek yang diusahakan anak muda ini telah diangkat sebagai pilot projek di negeri Pahang.

Geran Agropreneur Muda untuk pekebun pekebun juga dimanfaatkan bagi menaiktaraf kebun kebun sedia ada serta penambahan 6 plot baru.

Jutaan terima kasih juga kepada Timbalan Pengarah Pertanian Malaysia, kepada FAMA Malaysia, FAMA Kuantan, FAMA Jerantut, FAMA Raub dan FAMA Lipis yang turut hadir yang banyak membantu. Mudah mudahan projek kampong keledek terus maju dan progresif serta Berjaya menarik lebih ramai lagi anak anak muda yang lain mencebur bidang ini. Insha Allah






Bahan untuk suburkan Tanah

Kemalangan jalanraya di Kg. Relong





Kemalangan melibatkan sebuah motosikal melanggar bahagian belakang lori , berhampiran Simpang Klinik Kg.Relong. Kuala Lipis pada 11,11 malam 12 Julai 2020. Mangsa  seorang  remaja perempuan tersepit  pada bahagian kaki dan mengalami kecederaan . Pasukan Bomba Kuala Lipis mengeluarkan mangsa yang cedera dan diserahkan kepada pegawai perubatan .

Berhati-hati dijalanraya terutamanya melalui jalan lapan Lipis  - Gua Musang.



Ahad, 12 Julai 2020

Tukar status tanah FELDA kepada wakaf kekal hak pemilik


Menurut  pengkaji hartanah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hernando de Soto, tanah pribumi dikatakan mempunyai modal mati yang sukar dimajukan.

Ia bermaksud tanah pribumi mempunyai sekatan kepentingan boleh menghalang urusan jual beli di pasaran. Nilai pasarannya rendah berbanding tanah lain yang tiada sekatan kepentingan.

Justeru, apabila sekatan kepentingan menghalang pindah milik daripada penjual kepada pembeli, tanah berkenaan tidak dapat disediakan untuk dimajukan. Akhirnya, tanah pribumi, adat, natif, wakaf dan Tanah Rizab Melayu tidak dapat dimajukan serta terbiar.

Menyingkap sejarah, Residen British di Selangor sekitar 1900-an, Sir Robert Maxwell merangka undang-undang Tanah Rizab Melayu yang digubal dan dikuatkuasakan pada 1913.

Seterusnya, Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu. Tujuan utama untuk menghalang jual beli Tanah Rizab Melayu daripada orang Melayu kepada bukan Melayu ketika itu.

Sebenarnya, terdapat pembesar British sendiri yang kurang bersetuju dengan tindakan bercanggah dengan kepercayaan mereka terhadap ekonomi bebas. Kalangan pembesar Melayu menyokong penuh cadangan itu.

Dari sudut sosioekonomi, British meneruskan pengelompokan orang Melayu sebagai petani dan penternak. Disebabkan kuasa beli orang Melayu rendah berbanding bangsa lain ketika itu, sekatan jual beli ini, menyebabkan nilai Tanah Rizab Melayu jatuh di pasaran.

Sekitar 1985, pengkaji tanah dari United Kingdom, Nonini menyarankan sekatan kepentingan dikenakan terhadap Tanah Rizab Melayu dikaji dan dipinda. Malangnya, saranan ini tidak dilaksanakan agensi tanah berkaitan.

Baru-baru ini, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof, menyarankan kerajaan menukar taraf tanah FELDA di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 menjadi Tanah Rizab Melayu. Ia amat mengujakan kita semua.



Jika perkara ini dilakukan, apakah prosedur dan implikasinya? Di bawah Perlembagaan Persekutuan, tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa meminda peruntukan di bawah enakmen Tanah Rizab Melayu di negeri masing-masing. Disebabkan tanah penempatan berkelompok FELDA diperuntukkan di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960, pindaan dan penukaran status tanah di bawah Akta berkenaan perlu dibuat di Parlimen melalui Majlis Tanah Negara (MTN) dengan persetujuan kerajaan negeri.

Tokoh dalam bidang tanah yang juga merangkap Pengerusi Yayasan FELDA itu, menyingkap semula saranan MTN suatu masa dahulu supaya penukaran status tanah berkenaan dibuat tetapi tidak dipersetujui kebanyakan aristokrat Melayu ketika itu.

Alasan diberi, nilai Tanah Rizab Melayu lebih rendah di pasaran. Perkara ini tentu merugikan orang Melayu sendiri.

Selain itu, penggantian Tanah Rizab Melayu di bawah peruntukan Artikel 89 Perlembagaan Persekutuan juga sering diperkatakan ramai. Peruntukan ini jarang dipatuhi kerajaan negeri. Apabila penggantian tidak dilakukan, saiz Tanah Rizab Melayu semakin menyusut.

Antara puncanya, melalui pengambilan tanah untuk maksud pembinaan prasarana terutama lebuhraya tidak diganti semula. Nilainya rendah jika digantikan, kata mereka. Alasan diberikan nilai Tanah Rezab Melayu rendah daripada nilai pasaran, menyebabkan tiada keperluan untuk menggantikannya.

Bagaimanapun, sering kali sukar mencari tanah gantian sesuai, sebelah-menyebelah. Kesukaran disebabkan setiap lot tanah tidak serupa atau 'hetrogenus' dan bukan 'homogenus'. Jadi, lokasi tanah gantian perlu diperluaskan dengan mengambil kira keperluan dan keadaan semasa dan masa hadapan dengan merujuk Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dimuktamadkan.

Barangkali kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) boleh dilakukan demi mempertahan Tanah Rizab Melayu.

Sebagai alternatif, dicadangkan supaya tanah FELDA tidak ditukar kepada Tanah Rizab Melayu, sebaliknya ditukar taraf kepada tanah wakaf.

Baiknya adalah tanah berkenaan tetap menjadi hak kerajaan negeri dan ditadbir urus kerajaan negeri. Pindaan taraf hanya memerlukan pindaan kepada Enakmen Wakaf atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam oleh pihak berkuasa negeri.

Tentu sekali Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang kebanyakannya mempunyai Unit Wakaf di bawah MAIN bersedia menggalas tanggungjawab ini.

Tanah Rizab Melayu boleh dijual beli dengan kebenaran pihak berkuasa negeri. Sebaliknya, tanah wakaf tidak boleh dijual beli (kecuali pajakan sahaja, menurut pandangan ulama muktabar).

Jadi, hak pemilikan akan terus berada pada pemilik Melayu beragama Islam. Nilai tanah wakaf tetap pada tingkat pasaran terbuka tidak seperti Tanah Rizab Melayu lebih rendah di pasaran.

Manfaat wakaf pula boleh dinikmati seluruh umat mengikut kesesuaian jenis wakaf dikenakan. Apabila melibatkan wakaf irsod, pahala pewakaf akan terus mengalir hingga akhir nanti. Pahala berwakaf amat besar sehingga beribu kali ganda.

Dalam konteks ini, pentadbiran tanah wakaf mempunyai kaedah penggantian dinamakan istibdal yakni apabila tanah diwakafkan kurang strategik, maka gantian boleh dilakukan dengan tanah lebih bernilai.

Begitu juga cadangan pembangunan seperti menukar syarat guna tanah, cantuman tanah, pajakan dan sebagainya. Namun, fatwa perlu diikuti dengan begitu teliti sekali.

Barangkali Jawatankuasa Tanah Wakaf Negeri boleh ditubuhkan untuk mengawal selia tanah wakaf di peringkat negeri. Di peringkat Kerajaan Persekutuan pula, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) boleh menggalas tanggungjawab ini.

Setelah 63 tahun merdeka, sudah sampai masanya, isu menyangkut kepemilikan, nilaian, pembangunan dan urus tadbir tanah FELDA dikaji semula.

Dengan kepemimpinan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengerusi FELDA, wakaf dijangka terus menyemarak lagi.

Sesungguhnya, tindakan pengubahan taraf kepemilikan tanah FELDA ini keberanian demi mempertahan dan memajukan tanah berkenaan. Seterusnya, memacu, memaju dan memperkasa ekonomi orang Melayu.

Memajukan ekonomi orang Melayu bermakna menyuburkan ekonomi seluruh rakyat di negara kita.

Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA) dan Pensyarah bidang hartanah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kredit : BH



Isnin, 6 Julai 2020

Bahan utama Untuk Suburkan Tanah


Cerita dari Lipis Pertanian
Dolomite


DOLOMITE mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan antara nya ialah:

1. Kebaikan DOLOMITE pada Tanaman :

  •  Kaya makro nutrien - (Magnesium 18-23% & Kalsium 30-34%)
  •  Kebaikan MgO
  •  Unsur Magnesium menarik unsur Nitrogen & Fosforus (N & P)
  •  Magnesium menghijaukan daun, membantu fotosintesis sepenuhnya
  •  menggemburkan tanah
  •  mencegah serangan anai-anai
  •  membaik pulih struktur tanah
  •  membaiki pengudaraan tanah
  •  menggalakan aktiviti cacing tanah
  •  menggalakan aktiviti bakteria baik dan memudahkan akar pokok menyedut Nutrisi
  •  menstabil & menaikkan pH tanah
  •  membunuh bakteria jahat
  •  membaiki tanah jerlus
  •  pulihkan tanah gambut
  •  menyah zat besi yang merbahaya kepada pokok
  •  membunuh Nematodes
  •  membunuh Phatogen, punca segala jangkitan kulat
  •  memudahkan akar masuk ke dlm tanah
  •  mencegah akar putih
  •  bahan mineral semulajadi, tidak bahaya kepada manusia, tanaman & ternakan


2. Kebaikan DOLOMITE pada Ternakan :

  •  Kaya dgn makro nutrien - (Magnesium 18-23% & Kalsium 30-34%)
  •  Kebaikan MgO(Magnesium) & CaO(Calcium)
  •  Kalsium membantu perkembangan tulang & mempercepatkan tumbesaran ternakan
  •  Mematikan segala jenis cacing di dalam perut haiwan ternakan
  •  Penyembuhan & kekuatan dari penyakit perut
  •  mengemukan haiwan ternakan
  •  Menambah berat haiwan ternakan
  •  Mengelakan pembekuan darah pada haiwan ternakan
  •  Menaikan metabolisma haiwan ternakan
  •  meneutralkan asid tidak baik dalam haiwan ternakan
  •  sesuai utk lembu, kerbau, kambing, ayam, itik, puyuh

3. Kebaikan DOLOMITE pada Kolam :

  •  Kaya dgn makro nutrien - (Magnesium 18-23% & Kalsium 30-34%)
  •  Kebaikan MgO(Magnesium) & CaO(Calcium)
  •  Memjernihkan air
  •  Menaikan pH air & pH dasar kolam
  •  Membunuh Nematodes
  •  Meneutralkan sulfida & asid yg bahaya
  •  Menyingkir bahan arsenik
  •  Mengurangkan keperluan biologi oksigen
  •  Tambah penembusan cahaya matahari
  •  Bahan mineral semulajadi, tidak bahaya kepada manusia, tanaman & ternakan
  •  Mengalakan pertambahan “phytoplankton” - makanan ternakan
  •  Kalsium mempercepatkan tumbesaran udang
  •  Membunuh Phatogen, punca segala jangkitan kulat
  •  Membunuh “White Spot” pada ikan
  •  Meneutralkan amonia akibat najis ikan & udang
  •  Mengurangkan keperluan biologi oksigen
  •  Tambah penembusan cahaya matahari
  •  Menambah baik pengoksidaan amonia & nitrogen

RM35/50kg bag


Dapatkan Sekarang : https://invl.io/clgash9



Sabtu, 4 Julai 2020

Keputusan PRK N.23 Chini


JUMLAH PENGUNDI
20,972

BN - 13,872 (MENANG)

BEBAS - 1,222

BEBAS - 137

MAJORITI -12,650

PERATUS KELUAR MENGUNDI - 73.87 PERATUS

Tahniah saya ucapkan kepada Sdr Mohd Sharim Md Zain, calon BN kita, atas kejayaan memenangi PRK N23 Chini pada hari ini.

Kejayaan ini tentulah hasil usaha dan sokongan pelbagai pihak tidak kira yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Terima kasih juga kepada para pengundi yang telah memilih calon BN sebagai nadi suara Tuan-tuan dan Puan-puan.

Saya doakan agar Sdr Mohd Sharim dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab dan mampu meneruskan legasi perkhidmatan cemerlang Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun.

Muafakat Demi Kestabilan!

Wan Rosdy bin Wan Ismail




Analisa PRK N23 Chini

PRK CHINI: LIMA ISYARAT RAKYAT MENUJU PRU-15

PERTAMA, rakyat memberikan BN dan Muafakat Nasional kepercayaan dan undi mereka dengan lebih tinggi untuk BN meraih kemenangan besar dengan majoriti 12,650 undi, iaitu tertinggi dalam sejarah DUN Chini.

Calon BN PRK DUN Chini, Sharim Md Zain memperoleh 91% daripada keseluruhan undi atau 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 undi.

Ini adalah rekod luar biasa jika dibandingkan dengan pencapaian BN dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini di Chini (dan di seluruh negara):


  • Keputusan pilihanraya DUN Chini:
  • PRU-11 (2004): 69.9% undi kepada BN
  • PRU-12 (2008): 70.2% undi kepada BN
  • PRU-13 (2013): 72.6% undi kepada BN
  • PRU-14 (2018): 60.8% undi kepada BN
  • PRK Chini (2020): 91.1% undi kepada BN


Ia menunjukkan isyarat bahawa rakyat semakin cenderung kepada BN dengan formula penyatuan UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional.

KEDUA, jumlah turun mengundi yang mengatasi sasaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan rakyat bersemangat untuk memberikan mandat kepada BN dan MN.
SPR mensasarkan hanya 70% akan keluar mengundi berikutan kekangan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, jumlah turun mengundi mengundi sebenar adalah seramai 74% daripada keseluruhan pemilih berdaftar.

Ia menunjukkan isyarat yang rakyat begitu bersungguh mahu menyatakan ‘suara’ mereka melalui peti undi, meskipun terkekang dengan situasi semasa seperti wabak COVID-19.

KETIGA, kebanjiran jentera dan penyokong BN dan MN yang ramai menunjukkan jentera parti mempunyai semangat dan moral yang tinggi.

Meskipun DUN Chini merupakan kubu kuat BN dan telah dijangka menang, namun jentera BN dan PAS dengan semangat Muafakat Nasional dari serata negara tetap menggembeleng tenaga habis-habisan datang berkempen bersama jentera tempatan.

Ia menunjukkan isyarat yang jentera dan penyokong begitu berkobar-kobar mahu menyertai pilihanraya dan bersungguh mahu memenangkan parti.

KEEMPAT, kemenangan kali keenam pilihanraya kecil berturut-turut sejak 2019 adalah trend dan momentum yang baik untuk BN dan MN menuju PRU-15.

BN dengan muafakat bersama PAS telah memenangi kesemua enam pilihanraya kecil berturut-turut dengan peningkatan jumlah undi.  Lebih luar biasa, dua kerusi PH telah berjaya ditawan semula oleh BN iaitu DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar iaitu 1,914 dan 15,086 undi.

Ia menunjukkan isyarat bahawa BN dengan formula Muafakat Nasional adalah disenangi rakyat dan sedang dalam momentum besar untuk Pilihanraya Umum ke-15.

KELIMA, BN berani mengenengahkan muka-muka baharu untuk menang pilihanraya.
Dalam siri pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU-14, BN telah mengenengahkan ramai muka baharu sebagai calon.

Antaranya Ramli Mohd Noor (Parlimen Cameron Highlands), Zakaria Hanafi (DUN Semenyih) serta Mohd Sharim Mohd Zain (DUN Chini), yang kesemua mereka telah menang.

Ini adalah isyarat bahawa BN sedia membariskan ramai muka baharu dalam PRU-15 akan datang bertepatan dengan kehendak akar umbi dan rakyat.

Pemerhati Politik
5 Julai 2020




Jumaat, 3 Julai 2020

Projek perumahan di Lipis

Dalam pembinaan

Perwira Sejati Sdn Bhd

Taman Kerambit Makmur

Tawaran Hebat (7 Unit Sahaja / Unit Terhad)
 Skim MyHome ( Rebat RM 30,000.00 ) - bagi pembeli rumah pertama
 Lokasi di Kerambit, Lipis


  • Rezab Melayu / Hakmilik Kekal
  • Booking RM1,000.00 sahaja
  • Dalam pembinaan 65%
  •  Rumah Teres Satu (1) Tingkat
  • 3 Bilik Tidur
  • 2 Bilik Air


 Harga rumah bermula dari RM 180,000.00(Selepas Rebat RM 150,000.00) - RM 291,500.00 (Selepas Rebat RM 261,000.00)

Sila hubungi : 016-6677699 ( Mr Low Eng Kim )

Sila kunjungi pejabat kami untuk pertanyaan lanjut beralamat di No. 1, Tingkat 2, Lorong Wawasan 2, Taman Wawasan, 27000 Jerantut, Pahang.

Lokasi Projek 





Projek Perumahan di Kampung Berchang 

Jom daftar segera untuk dapat diskaun.rumah teres 4 bilik akan dibina hujung tahun ni di kampung Berchang Jalan Koyan. Telefon pejabat  0123893189 Intan Roslinda / 03 8723 7163 6163








Khamis, 2 Julai 2020

Cameron Highlands diberi perhatian


Kerajaan Pahang kesal dengan isu warga asing dan pencemaran di Cameron Highlands kerana dalangnya membabitkan rakyat tempatan sendiri yang tamak dan tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lebih menyedihkan, ada pekebun membuka tanah secara haram untuk tujuan pertanian tanpa memikirkan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Katanya, tanah itu dibuka melebihi syarat diluluskan dengan menceroboh rizab jalan, tebing sungai, cerun bukit dan disewakan kepada warga asing untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.

"Sudah tentu, sekiranya tanah haram ini diusahakan oleh warga asing, prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan tidak akan dituruti, sekaligus menyebabkan bukan sahaja kerosakan tanah tetapi juga pencemaran air dan udara.

"Dengan keluasan 700 kilometer persegi dan mempunyai kepadatan penduduk seramai 33,000 orang, jika kerajaan negeri terus membiarkan pertanian tidak terkawal, ditambah pula dengan tanah haram yang dibuka oleh penduduk tempatan dan warga asing, apakah nasib Cameron Highlands pada masa akan datang.

"Oleh yang demikian kerajaan Pahang mengambil langkah drastik mengawal aktiviti berkebun secara komersial di Cameron Highlands, yang mana salah satu daripada caranya adalah dengan menaikkan sewa tanah untuk tujuan pertanian," katanya menerusi Facebook, hari ini.

cerita dari Lipis CH
Sayur dari Cameron Highland

Wan Rosdy berkata, kadar sewaan sebanyak RM4,500 setahun atau RM375 sebulan ini bukanlah jumlah yang terlalu besar bagi pihak yang ingin menjadi pekebun secara komersial di Cameron Highlands.

Katanya. pulangan mereka dianggarkan antara RM5,000 hingga RM15,000 sebulan bagi setiap ekar tanah.

"Namun bagi mereka yang berniat menyewakan tanah ini kepada warga asing atau pihak lain akan merasakan ini satu beban, sedangkan perubahan nilai ini amatlah sedikit bagi pekebun yang sebenar.

"Kerajaan Pahang tidak mahu lagi melihat tanah di Cameron Highlands diusahakan oleh golongan warga asing yang mendapat sewa di atas sewa daripada penyewa warga tempatan.

"Ada pihak yang tidak jujur menyatakan bahawa kadar sewaan tanah di Cameron Highlands dinaikkan sehingga 500 peratus, ini satu tuduhan berniat jahat dan salah.

"Nilai RM4,500 setahun ini termasuk cukai tanah, cukai pintu, caj penggunaan sumber air, caj alam sekitar dan caj pengurusan sisa pertanian.

"Dengan wang sewaan ini kerajaan negeri akan melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan semula Cameron Highlands sekaligus dapat menampung sebarang kerosakan di kawasan ini.

"Kita perlu sedar, Cameron Highlands bukanlah pusat pertanian semata-mata tetapi juga pusat peranginan dan khazanah negeri Pahang Darul Makmur yang wajib dipelihara dan dijaga bersama," katanya.

kredit Asrol Awang Metro

Rabu, 1 Julai 2020

Covid-19 Tiada kes baru, Import 1 Kes


Hari ini merupakan hari bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia berikutan tiada kes baru COVID-19 melibatkan penularan tempatan, hanya satu kes import dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 8,640. kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Terima kasih seluruh rakyat Malaysia yang bekerjasama bersungguh-sungguh membendung wabak tersebut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia hingga Berjaya.