Selepas lebih 30 tahun tidak pernah dilanda banjir kilat akhirnya hujan lebat luar biasa semalam menyebabkan seluruh bandar Raub dinaiki air.
Hujan yang direkodkan antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam semalam adalah kira-kira 280 milimeter iaitu yang tertinggi untuk satu jam dalam tempoh 40 tahun.
Difahamkan juga hujan lebat luar biasa seperti ini akan berlaku lagi dalam tempoh 37 tahun.
Pegawai Daerah, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, banjir yang berlaku dalam tempoh 30 tahun itu disebabkan hujan luar biasa dan bukannya akibat masalah longkang tersumbat.
"Longkang di kawasan bandar berfungsi sepenuhnya dan tidak tersumbat, air boleh lalu cuma hujan dua kali ganda lebat.
"Bagaimanapun kita telah meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya melihat balik longkang sedia ada dan kalau perlu menaiktaraf berdasarkan keputusan JPS kita akan mohon peruntukan,"katanya di sini, hari ini.
Menurut Mohd. Shahid longkang tidak dapat menampung jumlah air terlalu banyak akibat hujan lebat ditambah jarak aliran ke Sungai Sempalit agak jauh.
kredit FB : PahangStory
Do you need personal loan?
BalasPadamLoan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036