responsif teks foto

Sabtu, 12 Disember 2020

Penduduk Raub gempar


Fenomena buih besar gemparkan penduduk, Loji Rawatan Air Sg. Bilut ditutup

Fenomena buih besar yang berlaku di sebatang sungai berhampiran Kampung Tras di sini menggemparkan penduduk di kawasan itu.

Dalam kejadian semalam buih berwarna putih seakan buih sabun melimpahi sungai yang juga menyalurkan air ke Sungai Bilut seterusnya ke Loji Rawatan Air Sungai Bilut.

Susulan kejadian itu juga Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dalam satu kenyataan telah bertindak menutup Loji Air Sg. Bilut sebagai langkah keselamatan bermula semalam.

Penutupan Loji Air Sg. Bilut sehingga tarikh yang akan ditetapkan kelak itu memberi kesan kepada 8,329 akaun pengguna di sekitar daerah ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Mohd. Sani Daud berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian sejak semalam dan sedang menyiasat punca buih berkenaan.

Katanya,pada masa ini pihaknya hampir mengenalpasti punca dan perlu melakukan beberapa ujian bagi mengesahkan laporan.

"Kita telah ambil tindakan segera dengan melakukan ujian insitu dan menggambil sampel air berkenaan untuk ujian dan setakat ini bacaan air sungai berkenaan adalah pH 6.

"Kawasan berkenaan adalah jauh daripada kawasan perindustrian dan kita akan memaklumkan laporan selepas ujian dan siasatan selesai,"katanya.

Sementara itu seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Lee berkata, dia dan penduduk di situ terkejut apabila menyaksikan buih yang begitu banyak di sungai berkenaan.

Katanya, mereka tidak pasti punca buih berkenaan dan berasa bimbang disebabkan bahan kimia berbahaya.



"Kami tidak pasti apa sebab tetapi sehingga kini rumput di tepi sungai masih tidak mati dan tiada penduduk yang mengalami sakit dan sebagainya.

"Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan saya difahamkan pihak berkuasa telah menjumpai satu tong di kawasan itu semalam,"ujarnya.- 12 Dis 2020

Kredit FB : PahangStory

KOMEN

Pemakluman sampel bahan kimia yang diambil oleh pasukan Hazmat Bomba dan diuji di pusat HAZMAT ID mengandungi komposisi:

1. isopropyl rubbing alcohol 0.8847

2. glucoric acid 0.8816

3. hydrogen peroxide solution 0.8784

4. chloroacetaldehyde solution 0.8771

5. glycolic acid nitrile solution 0.8195

bersamaan dengan perbandingan sampling komposisi sabun berkepekatan tinggi.

bahan kimia tersebut adalah sejenis sabun pencuci jentera/lori/kegunaan domestik kepekatan tinggi dan tidak merbahaya jika telah dillute @ larut dalam kuantiti air banyak.

bacaan PH adalah normal 7.

bagi LRA Sungai Bilut dinasihatkan untuk air tersebut *hilang bau, warna dan rasa* dan juga *tiada buih sabun lagi di loji* untuk operasi.

Makluman terima kasih.



Tiada ulasan:

AddToAny