responsif teks foto

Khamis, 10 Disember 2020

Kg. Semaut, Amber Court, Apartmen Ria - PKPD 10 hingga 23 Disember





Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di tiga lokasi di Genting Highlands iaitu Rumah Kongsi Kampung Semaut, Apartmen Amber Court dan Apartmen Ria bermula 10 Disember hingga 23 Disember.

Ia susulan kes yang direkodkan di kawasan berkenaan di bawah Kluster Jln Genting hari ini terus meningkat mendadak dengan 118 kes baharu menjadikan 164 kes keseluruhan dalam kluster berkenaan.

Hari ini Bentong merekodkan 119 kes baharu dengan 118 kes daripada Kluster Genting dan satu kes hasil saringan Orang Kena Tahan.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, pemasangan kawad besi telah dilakukan di tiga lokasi penempatan warganegara asing berkenaan.

"Itu tempat penempatan buruh asing dan jangkitan kalangan mereka sahaja tidak melibatkan orang luar.

"Pemasangan kawad besi adalah untuk mengelakkan mereka keluar daripada kawasan supaya jangan masuk ke kawasan penduduk tempatan,"katanya.



Kredit : PahangStory

Tiada ulasan:

AddToAny