responsif teks foto

Ahad, 27 Disember 2020

Pinjaman RM 2.335 bilion Negeri Pahang Dihapuskira Kerajaan Persekutuan.



 1.  Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan perhubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia terus terjalin demi manfaat seluruh rakyat negeri ini. 

 2. Dari aspek pembangunan negeri, hubungan baik ini bukan sahaja membantu untuk merencana aktiviti pembangunan akan datang, tetapi juga menyelesaikan perkara-perkara yang tertangguh melalui rundingan kedua-dua pihak.

 3. Atas rundingan yang dijalankan berterusan ini, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah bersetuju untuk menghapuskira pinjaman bernilai RM2.047 bilion melalui Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang yang termeterai pada Rabu, 23 Disember 2020. 

 4. Kerajaan Negeri Pahang juga telah menubuhkan pasukan khas yang diselia di bawah Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, bagi memastikan penstrukturan ini berjalan dengan lancar.

 5. Selain itu, Kerajaan Persekutuan Malaysia juga telah menghapuskira pinjaman sebanyak RM205.724 juta bagi penganjuran SUKMA Pahang 2012. 

 6.  Ini ditambah lagi dengan menghapuskira kos pengurusan bencana/bantuan mangsa banjir bagi tahun 2014/2015 yang bernilai sebanyak RM54.874juta. 

 7. Secara keseluruhannya nilai pinjaman Negeri Pahang yang telah dihapuskira oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia kini adalah sebanyak RM2.335 bilion. 

 8.  Kerajaan Negeri Pahang masih lagi mengadakan usaha berterusan bagi berunding dengan kerajaan persekutuan bagi menstruktur semula beberapa lagi pinjaman yang sedia ada. 

 9.  Perkara ini adalah penting bagi memastikan pengurusan kewangan negeri berada pada keadaan sihat dan Kerajaan Negeri Pahang pada ketika ini boleh memberi fokus kepada inisiatif-inisiatif baharu yang dapat membantu rakyat secara terus. 

 10.  Kerajaan Negeri Pahang akan terus komited untuk menjalankan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia, bagi memastikan lebih banyak rundingan diadakan untuk manfaat bersama anak-anak Negeri Pahang Darul Makmur.

kredit FB  : Wan Rosdy bin Wan Ismail




Tiada ulasan:

AddToAny