Seorang isteri nekad menunggang motosikal seorang diri lebih dari 200 kilometer dari Kampung Kemahang, Benta ke Hospital (HTAA) Kuantan pada Rabu untuk melihat suaminya yang kini terlantar akibat penyakit kanser perut dan otak yang kini telah tahap empat.
Setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang memaklumkan suami akan menjalani imbasan (MRI). Saya nekad menunggang motosikal seorang diri kerana tak mahu susahkan sesiapa.
Walaupun ada terdetik perasaan takut sepanjang perjalanan itu, namun menguatkan semangat untuk sampai ke sana dan bertemu suaminya.
"Sepanjang perjalanan saya hanya berhenti seketika di Jerantut untuk mengalas perut kerana seharian tak menjamah makanan," katanya.
Menceritakan penyakit yang dihadapi suaminya itu, ibu kepada dua cahaya mata yang berusia 7 dan tiga 3 itu berkata, penyakit yang dihidapi suaminya itu hanya diketahui selepas mendapatkan rawatan di hospital kerana sering mengadu sakit perut.
Suami yang bekerja kontrak sebagai tukang rumah itu telah menanggung penyakit tersebut sejak 7 tahun lalu, namun enggan mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit sejak sekian lama.
"Buat masa ini anak2 saya dijaga oleh adik ipar dan saya tak tahu sampai bila saya akan berada di hospital untuk menemani suami.
"Walaupun memikirkan tentang anak di kampung, namun saya perlu kuat untuk memberi semangat kepada suami agar dia dapat melawan penyakit yang dihadapinya itu, " katanya.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank (162012858359) atas nama Rohaizan Binti Rozama atau menghubunginya di talian 017-9622679.
Kredit : Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan