Kemunculan seekor gajah di Kampun Mengtangau, dekat Gemunchor, di sini, pada petang Jumaat lalu mengejutkan penduduk kerana haiwan itu kebiasaannya muncul pada waktu malam untuk mencari makan.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, gajah jantan itu kali pertama memasuki kawasan kejadian yang jaraknya 500 meter dari kawasan kediaman penduduk.
Ia turut merosakkan 550 pokok kelapa sawit selepas memasuki dua kebun di Kampung Mentangau.
Penduduk mendakwa itu adalah kali pertama mereka melihat gajah dengan jelas kerana muncul pada waktu siang malah sehingga malam, ia masih berkeliaran di sekitar kampung.
Keadaan itu membuat penduduk kampung melakukan pemantauan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Lipis.
Pengarah Perhilitan Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, gajah itu dianggarkan berusia 30 tahun dan dihalau ke hutan berhampiran.
Beliau berkata, pihaknya melakukan kawalan dan pemantauan buat masa ini.
Katanya, jika kedudukan haiwan terbabit tidak berubah, satu operasi menangkap akan dilakukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan