Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sg. Koyan bersama sebuah jentera LFRT tiba di lokasi berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza. Terdapat tiga orang mangsa dari kereta Alza cedera telah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai. Manakala dua mangsa lagi telah tersepit didalam kereta Perodua Myvi dan telah meninggal dunia.
Pasukan Bomba bertindak memulakan operasi dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa berjaya dikeluarkan dan diserah kepada pihak polis. - 21.12.2020
Kredit : FB BBP Sg Koyan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan