1. Baru-baru ini CNA (Channel News Asia) sebuah agensi berita yang berpusat di Singapura telah mengeluarkan satu video berkenaan kenaikan sewaan tanah pertanian di Cameron Highlands.
2. Video yang memaparkan beberapa petani dan pemimpin pembangkang ini seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang tidak prihatin dengan keadaan semasa para pekebun di Cameron Higlands dengan kononnya menaikkan kadar sewa secara mendadak.
4. Perkara yang dinyatakan di dalam video tersebut tidak benar kerana sebelum kita membuat keputusan ini terdapat banyak faktor yang telah dikaji terlebih dahulu untuk memastikan kadar sewaan pada ketika ini sesuai dengan keadaan semasa.
5. Nilai RM900.00 seekar/setahun yang disebutkan di dalam video tersebut adalah kadar T.O.L. dan tidak termasuk cukai dan pembayaran lain. Manakala, nilai RM4,500.00 seekar/setahun adalah pembayaran keseluruhan yang terangkum.
6. Nilai RM4,500.00 setahun (RM375 sebulan) ini adalah lebih rendah berbanding berbanding dengan kadar sewaan tanah persendirian sebanyak RM12,000 hingga RM14,000 seekar/setahun.
7. Bayaran yang dikenakan ini boleh dibuat secara ansuran kepada Pahang Corp selama empat (4) kali dalam setahun.
8. Bayaran RM4,500.00 ini akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk pembangunan negeri, terutamanya dalam usaha untuk memulihkan semula alam sekitar yang telahpun terkesan teruk akibat aktiviti pertanian yang dijalankan selama ini.
9. Kaedah penyewaan 3 + 2 yang diperkenalkan ini turut juga diambilkira dari rungutan para pekebun yang mengadu bahawa kaedah penyewaan T.O.L sebelum ini sukar kerana mereka terpaksa memperbaharui lesen menduduki tanah tersebut setiap tahun.
10. Tidak timbul isu kesukaran untuk mendapat pembiayaan dari pihak bank kerana kita sudah mendapat maklum institusi perbankan seperti AgroBank, Maybank dan lain-lain telah pun bersetuju dengan syarat kaedah penyewaan terbaharu ini.
11. Tidak timbul isu kenaikan harga produk pertanian dari Cameron Highlands kerana nilai RM4,500.00 yang dibayar setahun ini tidak memberikan kesan besar kepada keuntungan petani dan peraih.
12. Kerajaan Negeri Pahang terbuka kepada sebarang kritikan dari mana-mana pihak, namun begitu, sebarang pendapat dan kritikan yang diberikan haruslah bersandarkan fakta.
#SayangiCameronHighlands #MajuTerusPahang #Pahang1st
kredit FB : Wan Rosdy bin Wan Ismail
Do you need personal loan?
BalasPadamLoan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036