Halaman

Ahad, 27 November 2022

Terkena pula penyakit Teritip Daun

 




Teritip Daun
Hari ini kelihatan sepokok durian 'Duri Hitam'  terkena pula Teritip Daun.  

Kelihatan serangga teritip di sebelah bawah daun

Biasa menyerang daun pokok durian pada musim hujan dan panas. Daun sebelah atas terdapat kesan tompokan berwarna kuning. Apabila daun dilihat di sebelah bawah, kita akan melihat sisik-sisik kecil berwarna perang cerah.

Serangga teritip ini akan melekat pada bawah daun dan menghisap cecair daun yang akan merencatkan klorofil pada daun.

Langkah Rawatan
Sembur dengan racun serangga white oil + abamectin atau white oil + dimethoate. Ulangi seminggu sekali.

Harus saya terangkan disini bahawa dalam kebanyakan kes rawatan, daun pokok tidak akan sembuh. Selalunya pokok akan menggugurkan daun yang diserang dan kemudian akan mengeluarkan pucuk-pucuk yang baru.

Oleh itu, jangan bimbang jika pokok menggugurkan hampir keseluruhan daun yang dijangkiti.

Nota: Terdapat 2 jenis kepekatan white oil yang dijual di kedai pertanian iaitu 99% (BRT Spray Oil) dan 72% (Albarol). Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada bajet pekebun.

Dapatkan Racun White Oilhttps://invl.io/clf7jol

Agr Abamectin 1.8EC - 250ml : https://invl.io/clfo9pv

Racun Pengorek batang dan Buah lambda-cyhalothrinhttps://invol.co/clg8u4j


lambda-cyhalothrin


Boleh juga guna racun Bahan Aktif  Buprofezin
Aatin (A.i buprofezin 46.3%) 500ml / Menghapus Bena Perang Bena Hijau Koya / Sesuai untuk Padi & Bunga Coleus

Dapatkan Sekarang: https://invol.co/clga54i





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan