Hari ini kelihatan sepokok durian 'Duri Hitam' terkena pula Teritip Daun.
Kelihatan serangga teritip di sebelah bawah daun
Biasa menyerang daun pokok durian pada musim hujan dan panas. Daun sebelah atas terdapat kesan tompokan berwarna kuning. Apabila daun dilihat di sebelah bawah, kita akan melihat sisik-sisik kecil berwarna perang cerah.
Serangga teritip ini akan melekat pada bawah daun dan menghisap cecair daun yang akan merencatkan klorofil pada daun.
Langkah Rawatan
Sembur dengan racun serangga white oil + abamectin atau white oil + dimethoate. Ulangi seminggu sekali.
Harus saya terangkan disini bahawa dalam kebanyakan kes rawatan, daun pokok tidak akan sembuh. Selalunya pokok akan menggugurkan daun yang diserang dan kemudian akan mengeluarkan pucuk-pucuk yang baru.
Oleh itu, jangan bimbang jika pokok menggugurkan hampir keseluruhan daun yang dijangkiti.
Nota: Terdapat 2 jenis kepekatan white oil yang dijual di kedai pertanian iaitu 99% (BRT Spray Oil) dan 72% (Albarol). Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada bajet pekebun.
Dapatkan Racun White Oil : https://invl.io/clf7jol
Agr Abamectin 1.8EC - 250ml : https://invl.io/clfo9pv
Racun Pengorek batang dan Buah lambda-cyhalothrin : https://invol.co/clg8u4j
lambda-cyhalothrin |
Boleh juga guna racun Bahan Aktif Buprofezin
Aatin (A.i buprofezin 46.3%) 500ml / Menghapus Bena Perang Bena Hijau Koya / Sesuai untuk Padi & Bunga Coleus
Dapatkan Sekarang: https://invol.co/clga54i
Tiada ulasan:
Catat Ulasan