US, Israel dan Iran yang berperang, China pula Menang Besar?
Perang AS–Israel vs Iran membuka peluang Beijing mengkaji kekuatan sebenar tentera Amerika! Ketika dunia memerhatikan konflik yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, ada satu kuasa besar yang kelihatan tidak terlibat secara langsung — tetapi mungkin mendapat keuntungan strategik yang besar. Negara itu ialah China. Dalam konflik moden, kadangkala negara tidak perlu menembak satu peluru pun untuk mendapat kelebihan. Cukup sekadar memerhati, merekod dan menganalisis. Dan inilah yang sedang berlaku di Timur Tengah.
1. Medan perang sebenar, bukan latihan Selama beberapa dekad, kekuatan tentera Amerika sering dikaji melalui, latihan ketenteraan, simulasi peperangan dan konflik kecil di beberapa negara. Namun konflik besar melibatkan Iran dan sekutunya memberikan satu peluang yang jauh lebih berharga iaitu medan perang sebenar. Dalam peperangan sebenar, tentera akan menggunakan strategi sebenar, sistem radar sebenar, taktik elektronik sebenar, kemampuan misil sebenar. Semua ini memberikan data yang jauh lebih bernilai daripada latihan ketenteraan.
2. Kapal radar China turut berada berhampiran kawasan konflik Menariknya, ketika konflik ini berlaku, laporan pertahanan menyatakan sebuah kapal pengawasan China telah berada berhampiran kawasan strategik di Teluk Oman, tidak jauh dari Selat Hormuz. Kapal itu dikenali sebagai Liaowang-1, sebuah kapal pengawasan radar dan perisikan elektronik milik tentera China. Dengan berat sekitar 30,000 tan dan panjang lebih 220 meter, Liaowang-1 merupakan antara kapal pengumpulan data ketenteraan paling canggih yang dimiliki Beijing. Kapal ini dilengkapi dengan sistem radar dan sensor elektronik yang mampu menjejak ratusan hingga ribuan objek udara seperti pesawat dan misil, memantau frekuensi radar tentera dan mengesan komunikasi elektronik di medan perang. Dalam dunia ketenteraan moden, kapal seperti ini sering digelar sebagai “mata dan telinga” tentera. Walaupun ia bukan kapal perang dan biasanya tidak membawa senjata berat, kehadirannya di kawasan konflik membolehkan China memantau operasi tentera Amerika secara hampir masa nyata.
3. Mengkaji taktik sebenar tentera AS Dengan memantau konflik ini, China berpeluang melihat secara langsung bagaimana tentera Amerika bertindak dalam peperangan sebenar. Contohnya melalui operasi armada kapal pengangkut pesawat Amerika. Carrier Strike Group merupakan antara sistem ketenteraan paling kompleks di dunia. Dengan radar jarak jauh dan sensor elektronik, pihak luar boleh memerhati susunan kapal pengiring, jarak pertahanan armada, corak pergerakan kapal dan sistem radar yang digunakan Semua ini membantu membentuk gambaran tentang doktrin operasi sebenar tentera Amerika.
4. Menguji sistem pertahanan terhadap dron dan misil Iran pula terkenal dengan penggunaan dron kamikaze, misil balistik dan serangan peluru berpandu jarak jauh. Setiap serangan yang berlaku memberi peluang kepada pemerhati luar melihat bagaimana sistem pertahanan Amerika bertindak. Melalui data radar dan isyarat elektronik yang dikumpul, penganalisis ketenteraan boleh menilai keupayaan pertahanan udara, tempoh reaksi sistem pertahanan dan keberkesanan sistem anti-misil
5. Perang moden adalah perang data Dalam abad ke-21, kekuatan tentera bukan hanya bergantung kepada jumlah kapal perang, jumlah jet pejuang dan jumlah misi tetapi juga kepada maklumat. Negara yang memahami radar musuh, komunikasi musuh dan taktik operasi musuh akan mempunyai kelebihan besar dalam peperangan pada masa hadapan.
6. China tidak perlu menembak satu peluru Bagi China, konflik ini memberi sesuatu yang sangat berharga. Pengalaman perang sebenar tanpa perlu menembak satu peluru pun. Setiap pelancaran misil, setiap operasi udara dan setiap pergerakan armada memberi peluang kepada Beijing untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana tentera Amerika beroperasi dalam peperangan sebenar.
7. Siapa sebenarnya yang menang? Dalam geopolitik, kemenangan tidak semestinya berlaku di medan perang.Kadangkala kemenangan datang daripada maklumat yang dikumpul sepanjang peperangan itu sendiri. Ketika dunia memerhatikan konflik antara Amerika, Israel dan Iran, ada kemungkinan satu kuasa lain sedang memerhati dengan teliti dari jauh. Dan dalam diam, mungkin sedang belajar.
Bahan Makanan secara global telah naik hingga lebih dari 29% year to date. Cadangan Bahan makanan di Mesir hanya sanggup bertahan 6 bulan aja. Sementara negara-negara seperti di Ethiopia, Nigeria, South Sudan, Afghanistan, Yemen hampir tidak mempunyai cadangan makanan sama sekali
Ketika diberi peluang membela diri di dalam mahkamah, pemimpin Ikhwan, Dr Muhammad Al Baltaji dengan lantang berucap:
“Aku adalah pelajar keenam terbaik seluruh negara dalam peperiksaan sijil menengah (seperti SPM di Malaysia).
Selama 6 tahun berturut-turut aku adalah mahasiswa perubatan terbaik. Aku adalah seorang doktor pakar. Aku juga seorang professor pengajian perubatan di Universiti Al Azhar.
Aku turut mengusahakan pusat perubatan antara yang terbaik di Mesir (memberikan khidmat percuma kepada pesakit miskin). Aku terlibat dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan di negara ini.
Lalu kalian tangkap aku. Selepas 22 hari, aku dihadapkan dengan 25 pertuduhan jenayah di 25 daerah. Seolah-olah aku adalah ketua mafia dunia!
Segala2nya berlaku selepas kalian membunuh anak perempuanku (Asma’) di dataran Rabiah Al Adawiyah. Kalian siksa anak lelakiku (Anas dan Khalid).
Kalian tekan isteri dan keluargaku (isterinya dihukum penjara 6 bulan). Kalian bakar klinikku dan rumahku.
Adakah kalian menyangka aku berdiri di sini untuk membela diri? Aku bersumpah dengan nama Allah, sama ada kalian menjatuhkan hukuman mati ke atasku atau kalian membebaskan aku, sama sahaja bagiku.
Aku berjuang pada jalan Allah untuk negara ini. Biarlah generasi ummah akan datang mengetahui siapakah yang berdiri dalam saf yang benar dan siapa yang berdiri dalam barisan yang batil.
Saya kongsikan lagi kajian akademik terhadap permasalahan Rohingya dari UKM. Kesimpulannya, dlm hal ini jangan lihat dari sudut emosi tetapi gunakanlah akal pemikiran yang menyeluruh.
Panjang artikel ini tetapi berbaloi untuk yang mencari kebenaran bukan bermain perasaan.
###########
Rohingya: Bukan Isu Kemanusiaan Semata-mata.
Saya sebenarnya mengambil masa yang lama untuk menulis ini. Berfikir-fikir sama ada wajar atau tidak kerana pandangan dan pendirian saya berbeza dengan para sukarelawan terutama rakan-rakan dalam dunia kemanusiaan. Saya mohon maaf kepada semua terlebih dahulu jika pandangan saya ini tidak sehaluan dan sealiran dengan kalian.
Apa yang saya ingin sampaikan berdasarkan sepanjang kajian pengajian yang saya lakukan melibatkan keseluruhan pelarian di Malaysia, bersama dengan mereka menjalankan pemerhatian turut serta, menemu bual masyarakat Malaysia yang berada bersama dengan kelompok mereka, mengikuti program NGO, temu bual bersama pakar akademik dan Majlis Keselamatan Negara.
Saya mendapati terdapat beberapa penulisan yang menyatakan Rohingya ini adalah berasal dari Bangladesh. Mohon maaf, Rohingya bukan dari Bangladesh, mereka ini sememangnya berasal daripada Arakan, Myanmar. Rujuk dengan lebih detail penulisan Intan Suria Hamzah (http://ejournals.ukm.my/gmjss/article/view/17712/5454),
Pelarian daripada negara Myanmar merupakan jumlah terbesar yang berada di Malaysia. Seperti Malaysia, Myanmar juga mempunyai kepelbagaian etnik iaitu Chin, buddha, Rohingya, Myanmar Muslim dan beberapa etnik lain. Mengikut laporan UNHCR, etnik Rohingya adalah paling besar berada di Malaysia berbanding etnik lain daripada negara Myanmar.
Hasil temu bual saya bersama beberapa pelarian Rohingya mendapati mereka sudah menetap di Malaysia bertahun lamanya. Ada yang pernah saya temu bual di Kedah, seorang pakcik telah berada di Malaysia selama 27 tahun. Ada yang berbelas tahun dan ada yang baru sampai. Bagi pelarian yang sudah lama menetap di Malaysia mereka ini ada yang masuk menaiki kapal terbang. Manakala sebilangan besarnya yang sampai ke Malaysia melalui jalan laut dan darat. Biasanya laluan laut yang digunakan adalah di perairan Perlis. Kini, laluan tersebut telah menjadi tumpuan pihak berkuasa dan kerana itu mereka menukar laluan masuk ke Malaysia melalui Langkawi. Bagi yang masuk ikut jalan darat mereka akan menggunakan laluan Padang Besar, Perlis. Persoalannya bagaimana mereka boleh memasuki Malaysia dengan begitu mudah? Kerana wujud tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab menjadi ejen. Ejen ini daripada Myanmar, Thailand dan Malaysia. Malah, orang Rohingya/Myanmar sendiri ada yang menjadi ejen. Saya pernah menemu bual beberapa Rohingya, mereka menyatakan anggaran bayaran kepada ejen untuk seorang adalah sekitar 1500-5000 ribu ringgit. Lebih malang lagi, ada pihak penguatkuasa yang menjadi dalang kemasukan pelarian Rohingya ini.
Kenapa sekarang orang Malaysia begitu marah dengan Rohingya? Kita kena faham isu pokoknya yang menjadi pencetus kemarahan orang Malaysia. Ia nya BUKAN tentang tidak berperikemanusiaan atau bersikap rasis. Selama ini pun sudah berdekad lama pelarian Rohingya berada di Malaysia, dan kita sebagai masyarakat Malaysia menerima baik kehadiran mereka. Sebelum ini juga kita tidak pernah membantah, menghalau atau menghalang untuk mereka berada di Malaysia dan bekerja. Bagi saya kita bersikap baik dan berlapang dada. Bukankah ini menunjukkan masyarakat Malaysia mempunyai sifat perikemanusiaan? Semasa saya membuat kajian di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor, banyak sumbangan yang saya terima daripada orang Malaysia untuk diberikan kepada Rohingya. Banyak juga sumbangan-sumbangan masyarakat sivil yang diberikan kepada NGO untuk membantu pelarian Rohingya. Jadi, adakah saya atau orang lain ini yang tidak bersetuju dengan Rohingya tidak ada sifat kemanusiaan? Adakah kami ini bersikap rasis? Kalau kami ini tidak ada rasa belas kasihan, tidak akan kami menghulurkan bantuan. Isu nya sekarang, adalah orang marah, sebilangan etnik Rohingya mula menunjukkan keberanian yang luar biasa, mencabar penguatkuasa dan masyarakat setempat.
Kita kena faham, Malaysia bukan negara anggota Konvesyen Pelarian 1951 yang boleh memberi hak bekerja secara sah dan pendidikan secara formal di sekolah-sekolah kerajaan kepada pelarian. Terdapat banyak prosedur yang perlu kita telusuri untuk menjadi negara anggota 1951 ini terutamanya dari aspek sosio-ekonomi. Kadar kemiskinan di Malaysia masih tinggi dan ini merupakan salah satu faktor yang menunjukkan tidak sesuai untuk kita menjadi negara anggota. Sebenarnya, Malaysia ini baik. Ramai sahaja etnik Rohingya yang bekerja tetapi kerajaan kita tutup mata masih membenarkan mereka bekerja walaupun pada hakikatnya pemegang kad UNHCR, tidak boleh bekerja.
Dalam pada masa sama, saya juga tidak nafikan, ramai etnik Rohingya yang ditahan kerana bekerja tetapi di antara jumlah yang ditahan kerana bekerja dan bekerja tetapi bebas adalah jauh bezanya. Jumlah mereka yang bekerja tetapi masih bebas berganda bezanya jika dibandingkan dengan mereka yang ditahan. Saya fikir, kerajaan kita sudah banyak bertolak ansur dalam hal ini. Bayangkan kalau kita menjadi negara anggota Konvesyen 1951, menerima pelarian, kita perlu memenuhi semua tuntutan di dalam perjanjian tersebut. Nanti akan ada banyak lagi pelarian daripada negara luar yang akan masuk Malaysia. Hakikatnya, kita belum stabil lagi. Kita bukan negara membangun. Dan kita belum lagi mencapai super diversity iaitu kepelbagaian.
Isu Rohingya bukan sekadar isu yang boleh dinilai dari aspek kemanusiaan semata-mata. Ia perlu diteliti dari pelbagai aspek.
Pertama, melibatkan keselamatan negara. Kita lihat betapa mudahnya perairan negara diceroboh oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Jika kita masih menerima pelarian Rohingya ini atas dasar kemanusiaan walaupun mereka menggunakan laluan yang salah, sanggup kah kita untuk menerima puluhan bot lain yang akan datang lagi dari Myanmar, Thailand atau Bangladesh? Mereka kata “ohhh Malaysia baik masih menerima bot-bot yang sampai, boleh bawa masuk bot lain pula lepas ini” Jadi isu ini tidak akan ada kesudahan nanti. Sebab itu tindakan yang diambil oleh TUDM menghalang pelarian Rohingya memasuki Malaysia baru-baru ini sebagai tanda “amaran” keras/tegas kepada ejen dan pelarian Rohingya untuk tidak lagi sewenang-wenangnya menceroboh perairan Malaysia. Lagi pun, bukan membiarkan mereka begitu sahaja, dengan bantuan TLDM bekalan makanan dan petrol diberikan kepada mereka. Kita selalu fikir ohh itu bot Rohingya. Hakikatnya tidak kerana dulu ada terdapat kes yang dikongsikan kepada saya ada sebuah bot mendarat di Malaysia, di dalam bot tersebut 60 peratus Bangladesh dan 40 peratus Rohingya. Saya ambil contoh kes yang sama berlaku di Laut Mediterranean, Eropah apabila terdapat jumlah yang besar pelarian daripada negara Arab terutamanya Syria mendarat di laut tersebut hingga menjejaskan kestabilan politik Eropah. Pada mulanya Eropah juga seperti kita, menerima sahaja masuk atas dasar kemanusiaan, tetapi apabila berlakunya kemasukan bot yang tidak terkawal akibatnya wujud pelbagai isu yang memberi impak ke atas ketidakselamatan negara dan ekonomi. Pendaratan pelarian di Laut Mediterranean telah menjadi satu mimpi ngeri, kebimbangan kerajaan dan penduduk di Eropah. Apakah jaminan yang kita ada di dalam bot tersebut semuanya etnik Rohingya? Bagaimana pula dengan status kesihatan mereka? Orang kita sekarang sedang berjuang duduk di rumah untuk melawan COVID-19, datang orang luar yang tidak pasti status kesihatannya membawa kebimbangan kepada para petugas frontliners. Tidak kah kita merasa empati kepada frontliners sendiri? Para doktor kita sendiri pun tidak cukup kakitangan untuk menjalankan saringan COVID-19 ini. Kasihan tengok mereka berhempas-pulas. Tengok frontliners yang perlu membuat saringan kepada pelajar Malaysia yang baru tiba di Kuala Lumpur. Letih dan kasihan tengok mereka. Kalau kita benarkan kemasukan bot Rohingya, kita kena fikir lagi nak buat saringan, tempat tinggal, kewangan, makanan. Banyak perkara yang perlu diteliti bukan sekadar kemanusiaan semata. Akhirnya nanti, semua dilepaskan kepada kerajaan.
Kedua, masalah sosial. Sejujurnya sebelum saya menjalankan kajian secara lebih dekat dengan turun ke padang, saya tidak mengetahui bahawa etnik Rohingya terlibat dengan jenayah sosial yang benar-benar kritikal. Mereka ini bukan individu ya, tetapi berkelompok, berkumpulan terlibat dengan jenayah mencuri, dadah, pemerdangan manusia dan isu perempuan (tentang perempuan ini saya tak dapat nak jelaskan terperinci). Terutamanya di sekitar Bukit Mertajam, Pulai Pinang. Saya juga mendapati etnik Rohingya ini amalan cara hidup terutama melibatkan agama Islam sedikit membimbangkan. Yang saya mendapati jelasnya, mereka boleh tinggal di dalam satu rumah ada dua-tiga buah keluarga tanpa batasan. Pernah saya pergi ke sebuah rumah Kg Lebai Man, seorang wanita bekeluarga suaminya keluar bekerja, tetapi ada lelaki (suami orang) lain yang berada di rumah dia. Sama juga kes ketika saya melawat di rumah lain, suaminya keluar bekerja dan dia tinggal bersama abang iparnya. Di kem pelarian di Bangladesh, suami berada di negara lain, tetapi mengejutkan apabila si isteri mengandung tanpa mengetahui anak yang dikandung itu lelaki mana. Khemah wanita keluar masuk lelaki lain. Mohon maaf, ini bukan 2-3 kes ya berlaku. Bukankah ini gejala sosial yang boleh mendatangkan impak buruk sosial pada Malaysia? Malaysia sendiri banyak isu sosial yang perlu ditangani. Lagi satu masalah, etnik wanita Rohingya ini subur. Anak baru enam bulan lahir, mereka mengandung lagi, kemudian mengandung lagi dan lagi. Nanti bila mengandung tanpa dikawal, maka bertambahlah populasi etnik Rohingya di Malaysia. Kemudian, bila dah makin ramai, isu sosial, pekerjaan, kewangan, makanan, kesihatan dan pendidikan akan makin bertambah.
Ketiga, sosio-ekonomi. Ramai daripada mereka bekerja secara diam-diam menjadi pemotong rumput, baiki rumah, buruh binaan. Yang ini tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila segelintir daripada mereka berani buka perniagaan secara terbuka, terang-terangan. Saya pergi ke Bukit Pinang, Kedah, terdapat sebuah kedai yang dimiliki oleh Rohingya. Kawasannya sangat besar. Tiada permit, macam mana boleh berani buka? Sudah tentu, orang kampung di situ merasa marah, tergugat dan tidak selamat dengan kehadiran mereka. Dianggarkan terdapat hampir 1000 – 1500 yang tinggal di sana. Kita lihat di pasar-pasar borong dia dah memonopoli. Terutama pasar borong Selayang. Kerajaan Malaysia sebelum ini pernah buat projek rintis memberi kebenaran pelarian Rohingya bekerja di sektor perladangan, tetapi dia tak nak. Dia nak bekerja sendiri. Saya turun beberapa kali melihat sendiri di kawasan Apartment Taman Seri Murni, area Selayang. Bukan Rohingya sahaja, Myanmar Muslim pun sama. Sememangnya di situ dah macam negara Myanmar. Mereka buka gerai-gerai kecil jual sirih dan makanan tepi jalan. Imigresen banyak kali buat serbuan di situ angkut barang-barang dan tangkap. Tapi, nanti seminggu dua buka balik gerai-gerai itu. Bila ada serbuan, tutup sekejap, lepas itu buka balik sehinggalah sekarang. Area pasar Selayang tu saya tidak salahkan Rohingya sepenuhnya, salah juga orang Malaysia yang tidak bertanggungjawab memberi lessen kepada Rohingya untuk dapat kaut untung lebih. Jadi, penguatkuasa perlu cari dalang ini semua. Belum masuk isu bergaduh lagi di kawasan situ. Menjerit-jerit, macam mana orang Malaysia tak marah? Kita tidak duduk area situ, mungkin kita tidak rasa apa penduduk Malaysia yang tinggal di kawasan itu rasa. Ada juga kedai yang dibuka di Kajang. Kalau kita tidak kawal dari sekarang, dia akan memberi kesan kepada long-term ekonomi rakyat Malaysia. Seperti apa yang berlaku dalam kalangan warga Bangladesh, Indonesia, banyak dah buka kedai sendiri. Orang ada gaji tetap mungkin tak kisah isu ini, tetapi bagaimana pula nasib penjaja gerai kecil orang Malaysia?
Keempat, kesihatan. Rohingya ini kurang sikit pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Walaupun banyak pihak dah bagi perkongsian mengenai kesihatan, tetapi mereka masih lagi tidak ikut. Penyakit TB, HIV, Heb B, Heb C yang ada dalam kalangan mereka. Penyakit yang boleh berjangkit dengan orang sekeliling. Saya pergi melihat kawasan mereka di Alor Star, kanak-kanak tidak berbaju, tidak berkasut, pijak tahi ayam sana sini, lepas itu masuk rumah macam itu sahaja. Apa yang menakutkan adalah mereka hidup di tengah-tengah kelompok kita yang boleh bagi ancaman penyakit berjangkit. COVID-19, terdapat sebilangan pelarian Rohingya yang pergi ke Himpunan Tabligh. Kerajaan dah bagitahu keluar datang ke klinik berhampiran buat saringan dan tidak akan menangkap mereka tetapi ada yang tidak pergi, menyorok. Ada pula yang menipu pada klinik. Rupa-rupanya dah positif. Menggerunkan, seperti yang saya cakap di atas, mereka ini ada yang tinggal 3-4 buah keluarga serumah. Bercampur-campur. Lepas itu bila dah ramai-ramai, ada yang keluar ke kedai, tidakkah bahaya begitu? Oh ya lagi satu, ada satu klinik dibuka khas untu pelarian dan warga asing, ada pelarian yang datang nak check kesihatan, bila bagi ubat mereka marah. Kenapa bagi Panadol ini sahaja? Baik saya pergi klinik kerajaan. Bukan 2-3 kes ya.
Kelima, Pendidikan. Mereka menuntut untuk mendapat pendidikan di sekolah kerajaan. Sekolah swasta yang ada sekarang pun mereka dah timbul banyak masalah. Budak perempuannya, masuk sekolah sehingga 11 tahun, 12 tahun dah tak nak sekolah sebab nak kahwin. Ada yang nak pergi sekolah tetapi mak ayah tak bagi. Saya ada mengikuti satu program, buat kelas percuma di surau area rumah mereka. Sediakan keperluan semua, mereka tinggal datang sahaja. Itu pun tak datang, para aktivis terpaksa datang ke rumah jemput anak-anak ini datang belajar. Ada pula tu, maknya suruh anaknya bawa adik yang masih baby lagi ke surau sekali. Hakikatnya, mak dia ada di rumah tidak buat apa-apa. Macam mana nak belajar? Pernah saya pergi satu sekolah tu, ayah pelajar datang marah cikgu, padahal salah anak. Dia hasut mak ayah yang lain untuk boikot sekolah. Jika pelarian Rohingya di bawa masuk ke sekolah, bersediakah kita untuk mempunyai bahasa tambahan? Bersediakah sekolah kerajaan untuk menghadapi isu-isu sebegini? Saya fikir ruang kemanusiaan yang diberi kerajaan untuk pelarian ke sekolah yang dibina oleh NGO cukup besar. Mereka masih lagi boleh mendapat pendidikan. Kerajaan tidak pernah menghalang.
Isu Rohingya ini bukan isu tidak beperikemanusiaan atau rasis. Ada yang kata kami yang menolak Rohingya ini rasis. Kalau pelarian Arab sambut baik. Saya tidak nafikan, pelarian dari negara Arab juga bermasalah tetapi bilangan mereka dengan bilangan pelarian Myanmar jauh ketara berbeza. 154, 080 dari Myanmar, 101 010 darinya adalah daripada etnik Rohingya. Pelarian Arab (Yaman 3680, Syria 3290, Iraq 1270, Palestin 790) Bila digabungkan semuanya ini masih tidak dapat menandingi pelarian etnik Rohingya. Oleh sebab itu, masalah lebih ketara nampak daripada etnik Rohingya.
Turki, negara yang paling banyak menerima pelarian terutama daripada Syria. Walaupun Turki negara anggota Konvesyen Pelarian 1951, mereka sekarang tidak sanggup lagi menampung pelarian kerana banyak masalah sosial yang timbul. Kes jenayah meningkat. Banyak peminta-peminta sedekah berlegar-legar di kaki lima kedai. Impaknya, memberi imej buruk terhadap sektor pelancongan Turki. Perniagaan di kedai-kedai banyak dimonopoli oleh pelarian. Oleh kerana itu salah satu manisfesto kerajaan pembangkang di Turki adalah untuk mengusir pelarian kerana mereka faham bahawa rakyat Turki tidak dapat lagi menerima masalah yang dibawa oleh pelarian. Erdogan terus mengambil langkah membuka sempadan Turki-Eropah untuk memberi laluan kepada pelarian Syria memasuki Eropah.
Sekarang ini pelarian etnik Rohingya sudah berada di merata negeri kita. Mereka ini dah selamat keluar daripada Myanmar. Sepatutnya mereka mengikuti undang-undang negara kita tapi demand mereka tinggi sekarang ini. Mereka tidak boleh demand semua perkara.
Saya ada juga terima komen menyatakan yang “rakyat kita sendiri pun banyak bermasalah, ramai pengotor, ada yang membunuh, ada yang merogol, ramai menagih dadah dan sebagainya. Kenapa nak beza-bezakan dengan Etnik Rohingya?” Begini Tuan-puan, sebab rakyat kita banyak lagi yang bermasalah lah kita perlu terlebih dahulu mengambil peduli, mengendalikan dan menyelesaikan isu terbabit. Ini, hal dalam negara kita pun masih banyak lagi tidak selesai, kita nak tambah dengan masalah lain yang dibawa oleh orang lain pula?
Saya hairan kenapa kita nak salahkan Malaysia, sepatutnya kita bersatu memberi tekanan kepada Myanmar kerana ianya berpunca dari sana. Ramai orang Malaysia suruh hantar pelarian dari Myanmar ini balik. Masalahnya sekarang adalah mereka ini memang tidak boleh balik, Myanmar memang tidak terima mereka, menafikan hak kewarganegaraannya. Oleh itu, apa yang kita boleh buat adalah beramai-ramai mendesak Myanmar untuk menghentikan penindasan ke atas etnik ini, memberi hak warganegara, mengambil dan menerima mereka untuk pulang ke Myanmar.
Profesor di institut saya selalu berkata, segelintir masyarakat Malaysia trend nya suka merendah-rendahkan rakyat sendiri, negara sendiri. Dalam pelbagai isu pun. Negara kita dah banyak buat benda baik. Di OIC, PBB, Malaysia lantang bersuara isu-isu kemanusiaan. Lihatlah dalam isu COVID-19, Malaysia di antara negara yang dianggap mempunyai pengurusan wabak terbaik. Tapi malangnya, segelintir kita tidak bangga dengan apa yang ada pada Malaysia. Kenapa akhirnya Malaysia pula kena tanggung semua ini? Kita perlu ingat bila demand lagi tinggi melebihi supply, sesebuah negara akan collapse.
Dalam pada masa sama, saya tidak menafikan ada lagi etnik Rohingya yang baik dan rajin. Ada juga sebilangan mereka sering diambil kesempatan dengan pihak tidak bertanggungjawab terutama rasuah duit. Walau bagaimanapun, isu etnik Rohingya tidak boleh dilihat dari aspek kemanusiaan semata kerana jika diabaikan akhirnya ia akan memberi impak buruk terhadap keselamatan negara, komuniti, sosial, sosio-ekonomi, kesihatan dan pendidikan Malaysia. Bahkan hakikatnya, isu ini akan memberi kesan balik yang mendalam kepada pelarian Rohingya juga.
Saya juga merayu kepada kawan-kawan jika kita tidak bersependapat dan membantah Rohingya, jagalah adab berkata-kata dan menulis. Berhujahlah dengan baik tanpa perlu menghina dan memaki hamun. Saya lihat ada yang sampai ugut nak merogol dan membunuh Tengku Emma. Tuan-Puan, tidak bersetuju bukan lesen untuk kita menyatakan apa sahaja yang melampaui batas.
Serangan ballistic missile Iran, Fateh-110 (110-فاتح) dan Qiam-1 (قیام-١) keatas US military base di Ain Al Assad ,wilayah Al Anbar, 160 km kebarat Baghdad.
22 missile dilancarkan; 17 Ke Ain Al Assad dan lima Ke Erbil, US HQ di Iraq.
Jarak sasaran Fateh-110 adalah 300 km, ketepatan sasaran 3 meter. Kelajuan 4,322 km/jam. Panjang 8.9 meter, garispusat 0.6 meter, berat 3,500 kg. Conventional bomb, 227 kg. Engine: Solid rocket fuel.
Qiam-1 jarak sasaran adalah 750 km. Warhead 750 kg. Ketepatan 500 meter. Berat 6,155 kg. Engine: Liquid rocket fuel.
Missile ini boleh membawa nuclear warhead jika perlu. Ia membawa HE (High Explosive).
High explosive bermakna ketika meletup “Shockwave” nya tersebar pada kelajuan supersonic pula boleh mencapai 32,400 km/jam. Anda lihat ketepatan sasaran tidak jadi soal kerana ia menghasilkan shockwave.
In the meantime usaha sedang dibuat di Kongress untuk tidak memberi Trump “blank cheque” melancarkan perang atau serangan sesuka hati.
Sementara itu Iran Supreme leader Ali Khamenei memberi amaran kepada Trump,
“Anda serang kami, kami serang balik”.
Andainya Trump menggunakan long range Tomahawk atau AGM-158 JASSM (Joint Air-to-Surface Standoff Missile), Iran telah memberi amaran akan menyerang Israel dan UAE bagi mencetuskan Perang lebih besar.
Antara Trump, Xi Jinping dan Narendra Modi: Siapa lebih layak didampingi Malaysia?
Benar ke Modi India adalah proxy Israel?
Xi Jinping dan Narendra Modi
Trump dan Narendra Modi
Paul Kennedy dalam bukunya 'The Rise and Fall of Great Powers' (P Kennedy:1987) menyifatkan antara kuasa dan empayar yang masih belum melakukan genocide/attrocities/mass massacre (pembunuhan beramai-ramai) adalah kerajaan China.
Malahan Paul menyifatkan bahawa negara baratlah termasuk Israel yang paling banyak melakukan attrocities terhadap bangsa lain di dunia termasuk Shabra & Shatila camp Palestine (5 ribu nyawa)
Situasi serantau kini melihat negara bangsa India pimpinan Modi telah memulakan keganasan agama di Jammu-Kashmir. Modi sebelum menjadi Perdana Menteri dikatakan telah melakukan penghapusan penganut agama Islam di konstitusinya dengan mengapi-apikan penganut Hindu dan kini melarang orang Islam menyembelih lembu dan makan daging lembu di India sebagai taktiknya dalam penghapusan penganut Islam
Sejak 3 tahun pemerintahan Modi jenayah attrocities semakin meluas oleh terroris radikal Hindu dan sudah pasti mengancam rantau sebelah Selatan dan Timur Asia sekaligus mengancam Malaysia, yang juga bermestautinnya penganut Hindu dan juga Islam yang kebanyakanya berasal dari India. Sasaran Modi juga seorang pendakwah Islam Zakir Naik memungkinkan Modi akan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kancah domestik negara ini. Mentelah lagi dengan terdapatnya kepimpinan radikal Hindu tempatan yang senada/bersama dengan 'behavior' Modi dalam isu ZN
Dari sudut kacamata kita, tidak semua India dan cuma hanya sebilangan penganut Hindu di negara ini yang terpengaruh dengan situasi di India oleh Modi. Namun sejak kebelakangan ini nampaknya ancaman radikal pengganas Hindu sudah mula bertapak sejak tertubuhnya 'radical' Hindraf di negara ini. Insiden Adib di Seafield temple adalah antara 'tips of the Iceberg' yang telah berlaku dan dinaungi oleh WM. Bagaimana mungkin dalam suasana negara yang aman, tiba-tiba pasukan penyelamat boleh terbunuh atau dibunuh?
Di persada global pula kita diperlihatkan 'Trade War' antara US-PRC semakin hebat dan memungkinkan kesan kepada ekonomi dunia. Trump sibuk dengan super-egonya merancang menyerang memusnahkan Iran menekala Modi kini mendekati Israel sedang sibuk menyekat perkembangan Islam di India dengan memusnahkan struktur sosial dan ekonomi mereka dengan memperkukuhkan struktur Hindu ala 'ethnic cleansing' perloporan Israel terhadap Palestin. Lawatan pemimpin radikal Hindu Malaysia ke India juga menjadi suatu fenonena dan mungkin bakal mengancam keselamatan negara ini.
Justeru, jelas kita perlu menjauhkan diri dari Modi dan Donald Trump (mereka US dan India tidak sesuai didampingi) bagi memastikan negara tidak diancam dengan keganasan mereka.
Sebaliknya di PRC Xi Jinping sibuk membina OBOR/RBI dan struktur ekonomi bagi kesejahteraan (rahmatan lilalamin) Asia dan dunia. Maka jika benar Nabi Muhamad SAW menggalak umat Islam belajar sehingga ke negeri China, maka inilah negara yang patut kita dampingi, walaupon suatu ketika dahulu mereka pernah melindungi Chin Peng, (mungkin fokus Xi Jinping) kini sudah berubah kepada yang lebih baik selari mengikut sudut pandangan Islam Rahmatan Lilalamin.
VPN melihat dari sudut keselamatan Global, 'regional'/serantau dan domestik, negara perlu melaksanakan suatu perubahan polisi luar dan domestik yang mampu menstabilkan negara dari pengaruh dan ancaman luar yang sangat 'fragile' ini. Sekatan dan pengawasan terhadap hubungan pimpinan radikal Hindu dalam negara ke India perlu dilakukan bagi mengelakan aktiviti subversion, espionage dan sabotage menjadi suatu ancaman terhadap kerajaan baru PH.
VPN juga mencadangkan agar negara mendekati/berdamping dengan Xi Jinping dengan asas PRC kini lebih banyak menganjurkan kebaikan. VPN berpandangan pemimpin Cina tempatan juga lebih berdisiplin dan kuat kerja dan kesetiaan mereka tidak perlu dipersoalkan. Namun harus juga berhati-hati. Malaysia juga boleh mengangkat semula 'ping pong diplomacy' yang dipelopori Tun Abd Razak. Sekian. Selamatkan Negara.
Setakat aku meneliti jurnal tentang isu Rohingya, aku tidak menjumpai pun sebab Rohingya dihalau dari Myanmar adalah faktor kedegilan mereka menerima dasar asimilasi Kerajaan Myanmar.
Yang ditemui ialah sebab Rohingya diusir dan ditindas kerana berlaku banyak pindaan perlembagaan Myanmar sejak tahun 1864, yang secara jelas tidak memberikan ruang kepada Rohingya hak untuk menjadi rakyat Myanmar (Burma). Tahun penggubalan tersebut merangkumi;
1. Akta Warga Asing 1864
2. Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982
3. Akta Kewarganegaraan Kesatuan 1948
4. Perlembagaan 1974 merangkumi Akta Imigresen 1974
Kesan kepada penggubalan undang-undang tersebut telah menyebabkan berlaku operasi pembersihan etnik secara besar-besaran. Termasuklah mengusir, membunuh, merogol dan memusnahkan masjid. Antara operasi tersebut seperti berikut:
1. Operasi tentera (Rejimen Burma 5), November 1948.
2. Operation of Burma Territorial Force (BTF), 1949-1950.
3. Operasi Tentera (Rejimen Kecemasan Chin 2), Mac 1951-1952.
4. Operasi Mayu, October 1952-1953.
5. Operasi Mone-Thone, October 1954.
6. Operasi Gabungan Tentera dan Imigresen, Januari 1955.
7. Operasi Kesatuan Polis Tentera (UMP), 1955-1958.
8. Operasi Kapten Htin Kyaw, 1959.
9. Operasi Shwe Kyi, October 1966.
10. Operasi Kyi Gan, October-Disember 1966.
11. Operasi Ngazinka, 1967-1969.
12. Operasi Myat Mon February 1969-1971.
13. Operasi Major Aung Than, 1973
14. Operasi Sabe, 1973.
15. Operasi Naga-Min (King Dragon), 1978-1979.
16. Operasi Shwe Hintha, Ogos 1978-1980.
17. Operasi Galone, 1979.
18. Operasi Pyi Thaya, Julai 1991-1992.
19. Operasi Na-Sa-Ka, 1992.
Kesemua operasi dalam tahun berbeza ini telah membunuh puluhan ribu suku Rohingya terutama wanita dan kanak-kanak. Manakala ratusan ribu menjadi pelarian.
Sejak 1948 iaitu berpuluh tahun mereka dibantai hingga sekarang, di mana rasional dan signifikannya sebab pembantaian didorong oleh faktor Rohingya 'menolak asimilasi'? Jelas ia pembunuhan dan pengusiran terancang. Saya pelik mana sumber menyatakan Rohingya menolak dasar kerajaan Myanmar sebagai faktor pengusiran etnik? Adakah sumber itu diperoleh daripada pihak Junta? Seriously?
Malah bukan Rohingya sahaja menjadi pelarian yang datang ke Malaysia. Menurut rekod UNHCR 2015, antara etnik Myanmar yang menjadi pelarian di Malaysia adalah:
1. Chin (49,800)
2. Rohingya (45,170)
3. Muslim (12,347)
4. Rakhine, Arakan & Lain-lain etnik (7,320)
____________
Saya berharap para pembaca yang suka 'memviral' sesuatu agar menyelidiki fakta terlebih dahulu.
-Halim Abdurrahman
Artikel 2
Mengapa ada usaha 'menjulingkan' sejarah Arakan dan Muslim Rohingya?
Matawang kurun ke 16, dan lukisan-lukisan sejarah kesultanan kerajaan Islam Arakan ini adalah petunjuk bahawa Arakan sejak kurun ke-14 (1345M), telah diperintah oleh kerajaan Islam sehingga kurun ke-18 (1784M). Islam diterima meluas di Arakan sejak kurun ke-9 (877M) sewaktu pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid.
Dikisahkan bumi Arakan pernah disinggahi sahabat Rasulullah yang tersohor iaitu Syaidina Saad Abi Waqas untuk berdakwah, dalam perjalanannya ke China.
Satu-satunya bangsa di dunia yang 100% menganut Islam adalah etnik Rohingya di Arakan. Kekalahan kepada penjajah Burma pada 1784M dan dijajah Inggeris pula pada 1824M membelahkan wilayah Islam Arakan ini kepada Burma pada 1948M, bahagian yang diserahkan kepada India kemudiannya menjadi Pakistan Timur pada 1947M dan menjadi sebahagian Bangladesh pada 1971M. Pelabuhan terbesar Bangladesh di Cittagong dahulu adalah sebahagian daripada Arakan.
Sebuah tugu Field Marshal William Joseph Slim (The Viscount Slim) yang bertugas dalam British Indian Army didirikan di Kota London, bertentangan dengan kediaman Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street. Tugu ini dipahat wilayah-wilayah imperial di bawah kendalian beliau antaranya adalah Arakan, terpahat berasingan daripada Burma. Beliau pernah dilantik mengetuai 14th Army Burma (1943-45) dan kemudiannya Gavenor General Australia (1952-60).
Rohingya adalah penduduk asal Arakan, Islam adalah pegangan dan kerajaan yang mereka dirikan. Untuk memadamkan sejarah ini, semua media mutakhir ini di Burma tidak menggunakan Istilah 'Rohingya' malah kerajaan Burma memanggil mereka kaum Benggal. Nama Arakan di tukar kepada Rakhine State dan ibu negerinya Akyab dinamakan Sittwe.
Masjid-masjid yang berusia ratusan tahun dan premis perniagaan milik orang Islam dibakar, ditutup dan dirampas. Orang Islam tidak boleh berada di mana-mana bahagian bandar Akyab (Sittwe).
Siapa kata Muslim kaum bukan Rohingya tidak terancam di Myanmar?
Pada Mac 2013, di Maktila, Mandalay ( bahagian tengah Burma), 5 buah Masjid, kedai-kedai milik umat Islam dibakar dan lebih 20 muslim dibunuh (bakar hidup-hidup) . Mereka bukan dari bangsa Rohingya tetapi Muslim Burma. Ia disenyapkan.
Sejak 2005, Kerajaan Myanmar melarang membina masjid baru dan masjid sedia ada tidak boleh diperbesar atau dibaikpulih. Ia juga disenyapkan!
Adalah pelik dan buta sejarah apabila ada pihak mendakwa Rohingya adalah pendatang di Myanmar dan hanya mereka dizalimi tentera kerana mereka bukan warga Myanmar dan kerana berkelakuan buruk.
Sahabat saya di Yangon berketurunan Rohingya sebelah neneknya, dan datuknya berbangsa Rakhine yang memeluk Islam. Datuknya berkhidmat selama 40 tahun sebagai pegawai kerajaan Burma. Neneknya masih menerima pencen datuknya sebagai pesara kerajaan.
Dia terpaksa membuang semua identiti Rohingya untuk tinggal bebas di Yangon. Semua Rohingya yang berada di luar Arakan menanggalkan identiti Rohingya untuk hidup. Semua Muslim Burma tidak dibenarkan masuk atau keluar ke Arakan, kecuali dengan permit khas.
Saya dapat memerhatikan seorang muslim Burma yang beratur di hadapan saya, ketika mahu pulang ke Rakhine State, diperiksa seluruh badan, dan diselongkar bagasinya di Lapangan terbang Yangon dan setibanya di Akyab, walaupun dia memiliki permit khas.
Dia seorang sahaja dibuat begitu, lebih daripada pemeriksaan terhadap kami, warga asing. Saya bertanya kepada saudara Nasim yang menguruskan keberangkatan kami ke Arakan, dia memaklumkan kerana maulana itu muslim. Orang Islam sukar sekali mahu pergi atau keluar dari Arakan.
Sejak keluar dari Arakan pada 2007, Nasim tidak pernah pulang lagi ke bumi itu. Dia terpaksa merasuah pegawai Myanmar sekitar RM30,000 untuk membenarkan ibunya keluar dari Arakan untuk merawat sakit diabetis di Yangon tahun lalu.
Ada tiga pihak yang sedang membunuh, mengusir dan membakar kampung-kampung Muslim Rohingya. Junta tentera kerajaan, Arakan Army -sayap bersenjata parti politik etnik Rakhine dan sami buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu. Jika Rohingya adalah pendatang haram, kenapa urusan pandatang haram menjadi urusan Arakan Army dan Gerakan 969 Ashin Wirathu?
Ada pihak cuba menulis sejarah Rohingya seolah-olah Myanmar tidak pernah dikenali sebagai Burma, Arakan bukan nama asal Rakhine State. Bagaimana etnik yang mendiami Arakan sejak seribu tahun dikatakan berasal dari sebuah negara lain yang hanya wujud pada 1971?
Tuduhan-tuduhan pelik kepada Muslim Rohingya yang baru muncul di media internet adalah sejenis propaganda politik kerajaan Myanmar untuk menghalalkan kekejaman terhadap Muslim Rohingya. Setelah bertahun-tahun cuba memadamkan sejarah Islam di Arakan dan kaitannya dengan Muslim Rohingya, kini muncul pula usaha mewajarkan mereka diperlakukan persis haiwan perosak, dibunuh dan dihapuskan... Berwaspadalah!
Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PAS Relief
Kenyataan Media Presiden PAS
KESABARAN UMAT ISLAM ADA SEMPADANNYA
Apa yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di luar batas perikemanusiaan. Seluruh dunia sudah mengetahui kekejaman yang mengorbankan manusia di sana sehingga ramai yang sudah terpaksa menjadi pelarian dan mangsa korban di darat dan lautan.
Masyarakat antarabangsa tidak boleh memejamkan mata dari segi kemanusiaan untuk bertindak terhadap regim yang terkurung dalam negerinya dan melakukan apa sahaja tanpa peduli terhadap kutukan dunia luar terhadapnya.
Masyarakat antarabangsa yang telah mengetahui betapa aspek agama memainkan peranan terhadap kekejaman yang berlaku sehingga melibatkan sokongan para sami yang dikatakan juga menyalahi ajaran agamanya sendiri yang menentang keganasan.
Masyarakat antarabangsa perlu menyedari juga bahawa Islam mengajar erti kemanusiaan dan persaudaraan secara khusus dikalangan umat Islam sesama penganutnya laksana satu jasad. Perlu diketahui bahawa disekeliling negara zalim dan kejam itu sangat dekat dengan jumlah umat Islam yang besar sehingga mencecah setengah bilion.
Tindakan lebih awal hendaklah diambil secara berkesan oleh PBB, bukan sahaja resolusi dan lawatan yang tidak dihormati pun. Mereka hendaklah sedar bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya. Walaupun negaranya tidak mampu bertindak, jangan sampai adanya tindakan bersendirian yang tidak boleh dikawal lagi dan jangan Islam pula yang disalahkan.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 17 Zulhijjah 1438H / 8 September 2017
------------------------------------
[ English Version ]
PAS President Media Release
MUSLIMS PATIENCE HAS RUNNING OUT
What happened to the Rohingyan muslims were so intense and devastatingly cruel. The world has witnessed the mass slaughter which resulted in influx of refugees and victims both in the land and sea.
The international community should not remain silent, as they should take action upon the cruel regime, whom concealed their outraged act and shunned the world’s critics over them.
International community knew how the aspects of religion play a crucial part in this brutality that involving the support of the monks which also said to violate its own religious teachings against terrorism.
The international community needs to realize that Islam cultivates humanity and brotherhood especially amongst the believers like they are in a single body. They must also bear in mind that the brutal and hateful country is close to the large Muslim population reaching half a billion in number.
Early action should be taken aggressively by the UN, and not just to come out with resolutions and visits which are not even honoured by them. They must know that the Muslim community will not take this matter lightly and our patience has its limits. Even though the country may not take any action, individual acts could not be fully controlled and if this happen, do not put the blame on Islam.
"Harmonious with Islam"
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Date: 17th Zulhijjah 1438H / 8th September 2017
*PERISTIWA di Burma/MYNMAR: Hubungannya dengan Islam*.
Oleh : Dr. Umar Abdul Kaafiy
_(Profesor Theologi Islam dan Pengurus Lembaga Pendidikan Al Qur'an International di Dubai)_
Tidak mengapa kita memberikan 90 menit dari waktu kita untuk mengetahui apa sebenarnya kes tragedi Burma dan ummat Islam yang ada di dalamnya.
*Ringkasan Kisah :*
(Awalnya) sebuah Negara merdeka namanya Arakan dengan penduduk Muslim sebanyak 3 juta (tiga juta) jiwa.
Dimulai dari masa tersebarnya Islam di negara tetangga mereka, namanya negara Burma dengan majoriti penduduk yang beragama Buddha.
Pada tahun 1784 atau sebelum 230 tahun yang lalu, Kaum Buddha sangat benci Kaum Muslimin di Arakan dan memerangi mereka serta mereka membunuh kaum Muslimin yang ada didalamnya dan mereka (Buddha) memperlakukan kaum muslimin seperti Boneka Mainan dan mereka (kaum Buddha) merebut Arakan menggabungkannya dengan Burma dan merubah namanya menjadi Myanmar.
Dan jadilah Arakan bahagian dari Burma, dan jadilah kaum Muslimin yang sebelumnya merdeka didalam negaranya sendiri (sebelum direbut oleh Buddha) akhirnya menjadi Minoriti(jumlah mereka 3 atau 4 juta jiwa),, sedangkan Kaum Buddha jumlah mereka 50 juta jiwa.
Kaum Muslimin menggabungkan desa-desa mereka yang terpisah dan hidup di dalamnya, mereka berniaga di dalamnya, dan di dalamnya ada organisasi-organisasi yang membiayai para da'i dan masjid-masjid mereka.
Kemudian terjadilah.
Mereka orang-orang Burma yang beragama Budha menyerang desa-desa kaum Muslimin untuk mengusir mereka dari rumah-rumah mereka.
Dan belum lama ini terjadilah penindasan yang sangat mengerikan. Sekelompok kaum Budha menyerang sebuah bus yang membawa 10 orang da'i dari para penghafal Al Qur'an yang mana mereka berkeliling ke desa-desa Muslim mengajarkan mereka menghafal Al Quran dan mendakwahkan meraka kepada Alloh Ta'alaa, menikahkan mereka, dan mengajarkan mereka urusan-urusan agama mereka (Islam).
Yang sangat menyedikan, kelompok ini (Budha) yang menyerang bus para Da'i. Mereka menangkap para Da'i dan mengeluarkan mereka dari bus, mereka memukuli para Da'i dengan pukulan yang mengerikan kemudian menjadikan mereka (para da'i) permainan dengan melukai tubuh-tubuh mereka (para da'i) dengan berbagai jenis senjata tajam.
Kemudian mereka (kaum Budha itu) mengikat lidah-lidah para da'i dengan satu ikatan dan memotong lidah mereka sampai terpisah dari leher mereka tanpa ampun dan tanpa belas kasihan.
Semua itu hanya karena untuk menyiksa mereka karena mereka selalu menyeru kepada Robb- nya dan mengajarkan manusia agama islam dan AlQuran.
Kemudian... mereka (Budha) memotong-motong tubuh para da'i dengan senjata tajam mereka, memotong tangan-tangan dan kaki-kaki para da'i sehingga akhirnya mereka gugur syahid satu persatu.
Sehingga kaum Muslimin melakukan pembelaan terhadap para da'i, Imam Masjid, dan para Khotib mereka.
Kaum Budha menyambut pembelaan mereka (mengisyiharkan perang) dan mulailah mereka (Budha) melakukan pembakaran desa, membakar rumah (kaum muslimin) satu demi satu sampai rumah yang dibakar berjumlah 2600 rumah.
Kemudian gugurlah dalam peristiwa itu (kaum Muslimin) dan gugur dalam usaha melarikan diri serta meninggalkan desa tersebut 90,000 muslim melalui jalan laut dan darat, dan tidak penindasan serta pembunuhan terhadap kaum Muslimin masih saja terus berlangsung tidak berhenti.
Anak-anak perempuan dan Isteri-isteri mereka diperkosa sampai mati di hadapan orangtua dan di depan mata keluarga mereka, dan mereka di bawah ancaman hunusan senjata tajam!
*Kemudian, kemana hilangnya rasa marah kita..?!*
*Setiap kita hanya bisa bertanya kepada diri sendiri apa yang harus aku lakukan untuk mereka..?!*
Kewajibanmu atas penderitaan mereka sekarang ada dua perkara:
*Pertama, Berdoalah untuk mereka..!*
*Kedua, sebarkanlah berita tentang tragedi mereka sehingga manusia mengetahuinya!*
*dan penyebaran ini adalah selemah-lemahnya iman !*
Jika anda selesai membaca tulisan ini... lakukan perbuatan nyata apa saja yang dapat anda lakukan dengan hati nurani anda... ini pun apabila anda masih memiliki hati nurani yang hidup..!!
Hasbunalloh wa ni'mal wakiil..
Sebarkanlah agar orang-orang Arab dan kaum Muslimin lainnya dapat mengetahui tragedi ini..
“Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”
Mengapa Hamas dan Ikhwan Muslimin lebih dimusuhi sebahagian negara Arab berbanding Israel? Mengapa Qatar yang melindungi dan membantu kedua-dua gerakan ini ditekan sebegitu hebat sekali? Sedangkan Israel lebih dahsyat ancamannya pada waktu ini dengan menduduki tanah Palestin secara haram dan besar-besaran? Ada tiga jawapan yang saling berkait iaitu: menjaga hubungan dengan Amerika yang memberi pulangan ‘petroDollar’ kepada negara Arab; memelihara proksi Arab Saudi di Timur Tengah; dan menyekat potensi pesaing kepada kepimpinan Arab Saudi pada masa hadapan.
Krisis Qatar memasuki episod baru apabila Arab Saudi memberi amaran agar Qatar segera memutuskan hubungan dengan Hamas dan Ikhwan Muslimin. Sama sekali bukan rahsia bahawa Hamas ialah benteng yang menghalang Palestin daripada dijajah Israel sejak sekian lama. Ikhwan Muslimin pula bukan sekadar pernah membantu perkembangan pendidikan di dunia Arab yang dahulu dibelenggu buta huruf yang kritikal, tetapi juga dalam sektor perniagaan, kesihatan dan kesukarelawanan. Ikhwan Muslimin mempunyai sejarah panjang yang cukup berpengaruh dalam peta dunia Arab hari ini. Malah Hamas di Palestin sebenarnya ialah cawangan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.
Membezakan Ikhwan Muslimin dengan gerakan politik lain ialah doktrin fundamentalnya dengan Islam, termasuklah berkenaan menolak hegemoni Amerika Syarikat dan penjajahan Zionis. Sebaliknya raja-raja negara Arab memerlukan sistem petrodollar Amerika di mana hasil petroleum mereka yang dilaburkan dalam mata wang Dollar memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding melabur atau menggunakan hasil minyak dalam negara mereka semata-mata. Berkembangnya pengaruh Ikhwan dalam negara mereka bakal menjejaskan pulangan lumayan petroleum mereka ini bila mana legitimasi politik mereka terhakis lalu menjejaskan hubungan dengan Washington. Umum mengetahui bahawa Washington dipengaruhi kuat para pelobi pro-Israel lantas jika negara Arab ini memberi pengiktirafan kepada Hamas dan Ikhwan yang dianggap sebagai ‘pengganas’ oleh Israel dan Amerika, maka pendapatan lumayan mereka bakal terjejas. Perlu diketahui pendapatan ini bukan hanya menampung pentadbiran negara mereka, tetapi juga membiayai ‘survival’ atau kelangsungan rejim monarki yang digasak hebat arus pendemokrasian.
Kedua-dua gerakan Hamas dan Ikhwan juga mencabar secara langsung sekutu atau proksi Arab Saudi di dua kawasan berpengaruh iaitu rejim Al-Sisi Mesir dan autoriti Palestin pimpinan Fatah yang direstui Arab Saudi. Mesir ialah sekutu penting bagi Arab Saudi kerana bukan sahaja jumlah populasinya yang besar, tetapi juga kerana lokasi strategiknya, di samping saiz angkatan tentera kedua terbesar dalam kalangan negara Islam selepas Turki. Maka apabila Al-Sisi menghapuskan dasar bantuan Mesir kepada Hamas Palestin seperti mana yang dilaksanakan di era Morsi, ia memberi isyarat yang positif untuk bersekutu dengan Arab Saudi yang menjaga kepentingan hubungan baik dengan Amerika, iaitu sekutu Israel. Fatah pula lebih mudah untuk menjadi pelaksana agenda Arab Saudi di Palestin berbanding Hamas, terutama sekali apabila melibatkan rundingan dengan Israel. Hal ini dipengaruhi keengganan Hamas untuk berunding sama sekali dengan Israel selagi mana penjajahan dan pendudukan haram Yahudi di tanah Palestin berleluasa. Sebaliknya pendekatan lunak Fatah bakal memberi laba imej ‘positif’ Arab Saudi di mata Washington – disamping memelihara reputasinya sebagai pemimpin dunia Islam, meskipun rundingan demi rundingan terbukti kurang berhasil tanpa langkah ofensif.
Lingkungan pengaruh Ikhwan yang luas di Qatar, Mesir, dan negara-negara Arab lain turut dianggap sebagai ancaman strategik jangka panjang buat rejim monarki. Ikhwan bukan semata-mata gerakan politik, tetapi juga ialah gerakan profesional serta dakwah yang tersebar luas yang berupaya mengakumulasi pengaruh dalam kalangan massa. Maka berbeza dengan iklim politik yang agak terbendung di beberapa negara Teluk, gerakan Ikhwan berupaya untuk bergerak secara aktif dan meluaskan pengaruh dalam sistem berasaskan demokrasi. Maka jika Turki pada hari ini yang mesra Ikhwan sahaja sudah berupaya untuk menyaingi hegemoni Arab Saudi dalam Dunia Islam, tentu sekali jika lebih banyak negara lain berjaya dikuasai Ikhwan maka pengaruh dan kepimpinan Arab Saudi akan lebih terpinggir. Lihat sahaja respon Arab Saudi dan sekutunya setiap kali gerakan Islamis dan Ikhwan berjaya selepas memenangi pilihan raya di mana-mana negara, sama ada di Mesir, Turki, Algeria, mahu pun di Palestin sendiri. Ringkasnya, “Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”. Soalnya kini, selama manakah hubungan status quo segi tiga secara tidak langsung antara Arab Saudi, Amerika Syarikat, dengan Israel ini akan berkekalan?
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Secara ringkasnya bila presiden Raceep Tayeeb Erdogan
membuat perubahan besar rakyat Turki kepada Islam selama lebih 1 dekad telah
berlaku kesedaran yang bukan sedikit di kalangan rakyat bahkan pihak tentera.
Ketua tentera sendiri menyokong Erdogan.
Tetapi berlaku rampasan kuasa dari segolongan kecil
tentera yang diberi sokongan musuh dari luar tetapi banyak kejadian luar biasa
berlaku.
1. Di masjid-masjid dilaungkan azan dan selawat tanda
menyokong Erdogan.
2. Majoriti rakyat menyokong Erdogan dan semakin benci
dengan penentangnya.
3. Hanya sebilangan kecil tentera terlibat dalam rampasan
kuasa.
4. Erdogan menangis melihat rakyat keluar menyokongnya.
5. Rakyat menyokong dengan keluar bertakbir
beramai-ramai.
6.ini peluang Erdogan menukar pelembagaan secara
mengejut.
7. Semua tentera, jeneral yg terlibat sudah dtangkap.
8. Unit tentera khas turun campur tangan, melawan tentera
yang merampas kuasa.
9. Unit Tentera Khas mengucapkan terima kasih kepada
rakyat yang membantu.
10. Rampasan kuasa ini dalangnya adalah Fathullah Gulen,
tali barut barat dan pembrontak PKK.
11. Stasyen tv yg dirampas tentera pemberontak telah di
ambil semula oleh tentera elit Turki.
12. Rakyat Turki dalam keadaan marah, tetapi dalam masa
yang sama ada rakyat menenangkan keadaan.
13. Kerajaan telah ishtiharkan semua tentera terlibat
balik ke markas tentera.
14. Tentera pembrontak berundur dengn lambaian oleh
rakyat. (dengan aman)
1.The Jews claim they
are the “chosen” people of God. Despite being persecuted by the European
Christians who accused them of the crucifixion of Christ; despite being forced
to live in ghettoes in Europe, despite having to endure periodical massacres
(pogroms) by Europeans, the Jews never ceased to believe that they are superior
beings who are the chosen people of God.
2.The Jews are Semitic people. So are the Arabs. But today the Jews behave as
if they are the only Semitic people. They accused everyone of being
anti-Semitic if they criticised the Jews or accuses them of wrong doings. For
whatever they do, however criminal it may be they would accuse their detractors
as being anti-Semitic.
3.In this free world we can accuse anyone of
anything and it is tolerated because it is part of freedom of speech. But the
Jews may not be a criticised in any way without the critic being labelled
“anti-Semitic”. And many European countries support this view to the extent of
jailing anyone accused of being anti-Semitic.
4.Clearly the Jews think of themselves as special
beings who are privileged to the point of being above condemnation or even
criticism.
5.Their present behaviour confirms this arrogance.
They do what they wish even when the world considers their deeds as criminal,
inhuman even. Currently they are engaged in killing hundreds of the people in
Gaza and razing their cities to the ground. Hospitals, schools and private
dwellings have been bombed and rocketed.
6. The world may condemn this inhuman acts but the
Jews don’t care. They announce their intention to kill more people and
devastate the Gaza strip.
7.When the Europeans took Palestinian land to
create the state of Israel, they clearly stated that the rights of the Arab
people within the new state must be respected.
8.The Jews just ignored this injunction and simply
seized all Arab land and properties in Israel including houses and farms.
Through violent attacks and massacres e.g. at Deir Yassin, they forced the
Palestinian Arabs to flee their land. They then claim the Arabs left freely.
9.For more than 60 years these refugees have been
forced to live in refugee settlements. No compensations have been paid for the
expropriation of their property. They are not allowed to return and live in the
Jewish State. This is racism at its worse.
10.Not satisfied with the seized Palestinian land
which the UN made into the state of Israel, the Israelis occupied Palestinian
land outside Israel. They built fortified settlements exclusively for
themselves; another act unprecedented in the history of the nations of the
world.
11.They built roads through Palestinian lands which
no Palestinian may use. They built high walls through Palestinians villages,
breaking them up so that the Palestinians cannot visit their own friends and
relatives living on the other side of the wall. They did not allow the
Palestinians to have a Palestinian nation. They can only be a Palestinian
Authority. And the Europeans endorse this overbearing arrogance.
12.They laid siege to the Gaza strip so that food
and medicines and building materials cannot be sent to the aid of the Gaza
people after the bombings and rocketing by the Israel military forces. Ships
trying to supply Gaza with their needs are seized in International waters and
forced to sail to Israel where their cargo is confiscated. Frequently the ships
are attacked by the Israelis navy outside Israeli waters and aid workers are
shot and killed.
13.Israel has more than ten thousand Palestinians
in custody at any time for alleged anti-Israel activities. No charges and no
trial have been instituted. The length of the detention is not stated.
14.Periodically should the Palestinians capture an
Israel soldier, Israel would offer to release a few hundred of these detainees
in exchange for the Israel soldier. But very quickly new Palestinians are
arrested so that they can be used in exchange for captured soldiers. 15.If in frustration the Palestinian send in
suicide bombers or fire rockets to retaliate against Israeli atrocities, they
would ensure the Palestinians pay a high price. They would send in their
military forces to destroy Palestinian villagers and kill hundreds of innocent
Palestinians, men, women, children the old and the sick.
16.Currently after the alleged killing of three
Israeli students by unknown persons, Israel bombarded the Gaza strip with
aerial bombs and rockets. Hospitals, schools and private houses are destroyed.
More than 500 people have been killed and thousands injured. The hospitals
where the injured are taken to are rocketed by Israel without any consideration
for the sick who cannot flee.
17.The message for the world seems to be that
Israel and Israelis are sacred and anyone touching them would have to pay a
price a hundred times more than that inflicted on Israelis.
18.All these things the Israeli are doing are
against International law, against morality, against human rights. They are
criminals in every law of the civilised world.
19.But the Israeli Jews do this with impunity. They
have the whole of America and Europe behind them. They are the chosen people of
God and they are above any laws, any moral code, any human values.
20.When Jews were persecuted by the Nazis in
Germany they seek the sympathy and support of the world. But their sufferings
have taught them nothing, have not made them understand the pain of suffering.
Instead they are now behaving worse than Nazis, not caring at all for the
sufferings and deaths they inflict upon others.
21.The Europeans and the Americans created this
monster and they care not for the atrocities committed by it. They will
continue to support Israel even if the Israelis commit genocide, kill all the
Arabs. This is their way to atone for all their treatment of the Jews in the
past.
The Jews should really be venting their spite on the
Germans and other Europeans. But they are too smart. Killing Arabs is easier
and more fun.Dr. Mahathir bin Mohamad
Presiden Ahmadinejad menyelar barat yang menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan dimana persidangan antiperkauman berlangsung yang dianjur oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Dengan ini terbukti beliau merupakan negarawan Islam yang bukan hanya beretorik tetapi berani berkata benar walaupun dihadapan para penzalim dan penyokong negara zalim dan biadap.
KOMEN
“Berani atau boleh kah pemimpin kita berucap seperti beliau dihadapan pempinan tinggi dunia….?
Saya ingat Tun Mahathir sahaja yang berani. Lain kecut ho….
WASHINGTON: Barack Obama dipilih sebagai presiden baru Amerika Syarikat, warga berkulit hitam Afrika-Amerika pertama menduduki Rumah Putih.
Dengan menempah kejayaan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberapa negeri yang menjadi medan persaingan yang berpihak kepadanya, Obama mendahuli langkah ke Rumah Putih berbanding pesaingnya, John McCain daripada Republikan.
Anak kepada lelaki kulit hitam dari Kenya dengan emaknya dari Kansas, Obama meraih undi popular selepas ucapan yang dianggap amat baik di Dewan Konvensyen Demokratik pada 2004 bagi mendapatkan kerusi Senat. - AP
Komen.
Baru satu generasi dah jadi Presiden Amerika.
"Tempat kita baru nak lantik jadi Presiden PKNS heboh satu Malaya. UMNO, PAS belasah MB Selangor...!" ingat kita negara majmuk berbilang bangsa.