responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan

Isnin, 13 Oktober 2025

Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Pahang

 
Hujung minggu ni memang akan havoc habis di Kuala Lipis! Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Pahang sedang berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula 10 hingga 12 Oktober 2025, bertempat di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis.

Majlis perasmian kali ini disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, dan turut dihadiri oleh YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, serta Tuan Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Tahun ni, HSN membawa tema “Rekreasi: Pahang Aktif”, seiring dengan semangat Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030). Penganjuran kali ini bukan sekadar acara sukan, tapi juga platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif sepanjang tahun.

Lebih menarik, lebih 50 program dan aktiviti disediakan khas oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang dengan sasaran penyertaan keseluruhan 500,000 orang di seluruh negeri! Untuk peringkat negeri di Kuala Lipis sahaja, seramai 50,000 peserta dijangka hadir merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk warga emas, OKU dan kanak-kanak.

Objektif utama HSN bukan sekadar menjadikannya acara tahunan semata-mata, tetapi sebagai usaha berterusan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan gaya hidup aktif dan cergas.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi, di samping memperkukuhkan semangat perpaduan serta integrasi nasional.

Dalam masa yang sama, HSN turut berperanan untuk menyuntik sinergi pembangunan ekonomi melalui pemerkasaan sektor industri sukan dan rekreasi di seluruh negara.

Kalau korang tengah cari aktiviti hujung minggu yang sihat, seronok dan penuh energi, inilah masanya! Tahun ni, lebih 50 aktiviti menarik menanti untuk semua peringkat umur, memang confirm tak bosan langsung!

Antara segmen dan aktiviti yang korang boleh join termasuklah:

    Segmen Rekreasi
    Segmen Kecergasan
    Segmen Sukan Untuk Semua
    Segmen Minoriti
    Segmen Sampingan
    Taman Haiwan Lipis
    Food Mania by Letops Fest
    Booth Pameran & Jualan
    Cabutan Bertuah
 

 Nak jadi sebahagian daripada pencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR)?

Jom sertai aktiviti menarik yang bakal mencatat sejarah ni!

MBOR Leg Extension & MBOR Squat – 10 Oktober (Jumaat), 8 pagi – 12 tengah hari, Healthland Gym & Fitness
MBOR Jumping Jack – 11 Oktober (Sabtu), 9 pagi – 12 tengah hari, Dewan Residen, Kuala Lipis
Pertandingan Catur Terbuka Pahang – 11 Oktober (Sabtu), 9 pagi – 4 petang, SMK Clifford Kuala Lipis
Pertandingan E-Sport Tertutup Pahang – 12 Oktober (Ahad), 9 pagi – 6 petang, Dewan Residen Kuala Lipis
Jump Rope Challenge – 12 Oktober (Ahad), 9 pagi – 3 petang, SMK Clifford Kuala Lipis

Pahang 4WD jadi rakan strategik

Tahun ini juga menyaksikan Persatuan Pacuan Empat Roda Negeri Pahang (Pahang 4WD) diumumkan sebagai Rakan Strategik HSN 2025, menambahkan lagi kemeriahan dan semangat sukan di peringkat negeri!

Dengan pelbagai aktiviti sihat, sukan santai, makanan sedap dan peluang menang hadiah menarik, memang rugi kalau tak datang!

So apa lagi, pakat belake rodong-rodong, turun ramai-ramai ke Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Pahang. Jumpa di sana!

kredit Oh Bulan.
 

Isnin, 15 September 2025

Taman Negara Pahang


3 HARI 2 MALAM 

Penginapan Chalet RM330.00 seorang
Penginapan Resort RM390.00 seorang 

Termasuk :
2 malam penginapan di Taman Negara 
5x makan 
2x sarapan pagi
2x makan malam
1x makan tengahari 
Pemandu pelancong
Token melawat kg orang asli
Permit Taman Negara
Bot untuk aktiviti :
Aktiviti :
Night jungle walk
Jungle trekking
Mendaki bukit terisek 
Melawat kg orang asli
Bot meredah jeram - rapid shooting

2 HARI 1 MALAM 

Penginapan Chalet RM270.00 seorang 
Penginapan Resort RM350.00 seorang 

Termasuk :
1 malam penginapan di Taman Negara
3x makan 
1x makan malam
1x makan tengahari
1x sarapan pagi 
Permit Taman Negara
Token melawat kg orang asli
Pemandu pelancong 
Bot untuk aktiviti 
Aktiviti :
Night jungle walk
Jungle trekking
Mendaki bukit terisek
Melawat kg orang asli
Bot meredah jeram - rapid shooting 

Day trip RM150.00 seorang
Termasuk :
Permit Taman Negara
Pemandu pelancong
Token melawat kg orang asli
Bot untuk aktiviti 
Aktiviti :
Jungle trekking
Mendaki bukit terisek
Melawat kg orang asli
Bot meredah jeram - rapid shooting 

Tarikh pilih sendiri minimum 2 orang

Info lanjut boleh hubungi :
Amiruz 
www.wassap.my/60132250722/tamannegara
 Abdullah 
www.wassap.my/60179577914/tamannegara

Selasa, 22 Julai 2025

Permohonan Projek Pertanian 2026



Adakah anda seorang pengusaha tani atau berminat untuk menceburi bidang pertanian secara serius? Ini peluang anda!

Jabatan Pertanian Negeri Pahang kini membuka Permohonan Projek Pertanian 2026 kepada individu yang layak dan bersemangat untuk membangunkan sektor pertanian negara.

Syarat permohonan:
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Terbuka kepada pengusaha baharu & sedia ada
  • Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran guna tanah
  • Telah menghadiri kursus berkaitan
  • Sedia mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB)
  • Keutamaan kepada golongan belia & mereka yang belum pernah menerima insentif
  • Diberi keutamaan kepada ladang yang telah atau akan berdaftar dengan pensijilan MyGAP dan sistem geotanaman

Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2025
 

Borang permohonan boleh didapati melalui imbasan QR kod di ruangan komen FB Jabatan Pertanian Negeri Pahang atau terus hubungi Pejabat Pertanian Daerah anda.


Sebarang pertanyaan, hubungi: Jabatan Pertanian Negeri Pahang
09-573 3133
agri@pahang.gov.my


Facebook :-
https://www.facebook.com/share/v/16n4Etb8BF/

Tiktok :-
https://vt.tiktok.com/ZSBKH62R9/

X :-
https://x.com/myDOA_Pahang/status/1947548353077907544...

Instagram :-
https://www.instagram.com/reel/DMZogiHB_sB/?igsh=MXF6bXdndGc1aHE5Mg==

Youtube :-
https://youtu.be/ulWWMMkF4iw?si=EYNVY_Pon_P_Reik

Telegram :-
https://t.me/+-5kpBvbGn6QwZmY1

Whatsapp channel :-
https://whatsapp.com/channel/0029Vb0QI3uFi8xlCJcYtk1Y

Web :-
https://agri.pahang.gov.my/




Ahad, 31 Mac 2024

Buaya - Perjanjiannya di Sungai Pahang

 


“Buaya di Sungai Pahang tidak baham orang. Ada kisah lama di sebalik mengapa buaya-buaya ini tidak ganggu manusia cari rezeki di sungai,” kata Pok Mat memulakan cerita tradisi lisan penduduk Pahang.
Menurut Pok Mat, buaya-buaya di Sungai Pahang sudah tidak lagi membaham manusia disebabkan terikat ‘perjanjian’ dengan seorang pawang terkenal di negeri itu, Pawang Kader atau nama sebenarnya Abdul Kader Awang sekitar tahun 1930-an.

“Diceritakan, seekor buaya besar pernah membaham lelaki Orang Asli di daerah Pekan pada satu masa dahulu (1930-an). Lelaki itu cedera parah tetapi berjaya menyelamatkan diri. Berita itu sampai ke telinga Pawang Kader,” katanya.Ujar Pok Mat lagi, Pawang Kader yang meninggal dunia pada lewat 1980-an itu memiliki ilmu mistik termasuk pandai mengubati gangguan makhluk halus serta berkebolehan menjinakkan haiwan berbisa dan juga pemangsa seperti buaya.

“Setelah menerima khabar daripada penduduk, Pawang Kader segera bertemu lelaki Orang Asli itu. Pawang Kader bukan sahaja membantu mengubatinya, tetapi turut bertanya mengenai ciri-ciri buaya yang menyerangnya,” kata Pok Mat.

Pawang Kader dikatakan pergi ke tepi sungai yang menjadi lokasi lelaki itu diserang. Sambil disaksikan orang kampung, Pawang Kader menyeru buaya berkenaan supaya tampil bersemuka dengannya.
“Beberapa minit selepas membacakan ayat (al-Quran), buaya itu pun timbul. Dikatakan, Pawang Kader hukum buaya itu. Tidak pasti jenis hukumannya. Buaya itu mengalah dan diminta mengikat satu perjanjian.

“Dalam perjanjian (lisan), buaya itu serta seluruh keturunannya tidak dibenarkan membaham manusia. Untuk keadilan dalam perjanjian itu juga, manusia tidak akan membunuh buaya di negeri ini,” tambahnya. Bagaimanapun, Pok Mat menambah, langkah berhati-hati perlu diutamakan ketika berada di habitat haiwan pemangsa itu.

Ia kerana sifat semula jadi reptilia tersebut yang lazimnya akan bertindak ganas di luar jangkaan apabila berasa terancam disebabkan oleh kehadiran manusia.

Pawang Kadir & Kisah Perjanjiannya Di Sungai Pahang


Rabu, 20 Mac 2024

Jom Balik Pahang 2024

 


𝗠𝗢𝗛 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟰
Sekretariat Perantau Anak Pahang akan mengadakan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘂𝗰𝗲𝗿 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 / 𝗗𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻
Moh ramai-ramai mendaftar di link atau scan bar code seperti berikut :

#MajuTerusPahang #Pahang1st

Kredit 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴

Khamis, 22 Februari 2024

Skim Tingkatan Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2024


Tarikh Tutup :  21 Mac 2024

Borang Percuma di PPVD

 

UR-QAP 2024

PROGRAM BANTUAN PENINGKATAN JAMINAN KUALITI PRODUK BERASASKAN TERNAKAN (UNGGAS DAN RUMINAN )

Tarikh Tutup Sehingga 1 Mac 2024

Borang Permohonan Boleh Didapatkan Di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Berhampiran


Sabtu, 23 Disember 2023

Bantuan Usahawan Pahang(i-PUSH)


PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN USAHAWAN NEGERI PAHANG (i-PUSH) FASA 3

Tarikh permohonan akan dibuka dari 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2024.
Permohonan boleh dibuat di 


 

Isnin, 26 Jun 2023

Pertandingan Durian Kampung 2023

Akan Datang dan Semangkin Hampir Pertandingan Durian

Kampung Premium 2023

 



Jabatan Pertanian Negeri Pahang meneruskan lagi pencarian 'Durian Kampung Premium' atau singkatanya DKP. Terdapat 8 kriteria utama pemilihan DKP yang dinilai oleh juri pertandingan.

Pertandingan DKP dilaksana bagi setiap daerah yang akan di uruskan oleh Pejabat Pertanian Daerah. Makluman tarikh pertandingan akan diumum seawal 2 minggu.

Jom sertai Pertandingan DKP anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Hadiah menarik menanti pemenang utama.

Kredit FB : Jabatan Pertanian Negeri Pahang


Isnin, 22 Mei 2023

Hari Hol Pahang

 

Sempena memperingati kemangkatan Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah.

"Ya Allah Cucurilah Rahmat Ke Atas Roh Baginda"

Al-Fatihah.


Selasa, 28 Februari 2023

Amaran Hujan Berterusan

 



Hujan sangat lebat berterusan (BAHAYA) dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan dan Rompin) sehingga Khamis, 2 Mac 2023.

Hujan lebat berterusan (BURUK) dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera) sehingga Khamis, 2 Mac 2023.

Hujan berterusan (WASPADA) dijangka berlaku di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) sehingga Rabu, 1 Mac 2023.

Dikeluarkan pada: 10:10 malam, 28 Februari 2023


Sumber : Malaysian Meteorological Department


Isnin, 20 Februari 2023

Lori terundur langgar enam kenderaan

 




Sebuah lori membawa muatan batu kasar dipercayai mengalami masalah enjin melanggar enam kenderaan lain di Kilometer (KM) 16 Jalan Jerantut- Kuala Lipis, dekat Bukit Atap pada 20 Feb 2023..

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, enam kenderaan lain terlibat iaitu kereta jenis Proton Saga FLX, dua Toyota Vios, Proton Saga,Perodua Myvi dan Honda.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu lori membawa muatan tersebut menghala ke Kuala Lipis.

"Apabila tiba di tempat kejadian, ketika lori itu sedang mendaki jalan berbukit, tiba-tiba enjin kenderaan tersebut hilang kuasa dan terundur sebelum melanggar enam kenderaan lain yang berada di belakang.”

"Akibatnya, kenderaan terbabit mengalami pelbagai kerosakan namun tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, saksi kejadian akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Peraturan 17 LN 166/59.

Kredit :  Sinar Harian 





Ahad, 15 Januari 2023

Jalan raya sebelum Perang Dunia Kedua

Dibina pada 1939


Setelah 65 tahun negara mencapai kemerdekaan, jalan lama Maran-Jerantut-Benta Lipis sejauh kira-kira 180 kilometer yang dibina pada 1939 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua tahun 1941 hingga 1945 masih tetap digunakan.

Ini dibuktikan apabila sebuah jambatan di Sungai Kepung, berdekatan Felda Sungai Tekam, Jerantut dekat sini yang turut dibina pada 1939 masih digunakan oleh penduduk yang melalui jalan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jalan itu merupakan ‘lebuh raya’ terawal yang dibina penjajah British dari Pekan melalui Maran-Jerantut-Lipis-Batang Kali ke Kuala Lumpur bagi tujuan pentadbiran dan mengangkut hasil Pahang ke Pelabuhan Port Swettenham (Pelabuhan Klang).

Ironinya, jalan yang sama pernah dilalui Sultan Pahang keempat, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada 16 Ogos 1945 dari Pekan ke Kuala Lipis yang ketika itu pusat pentadbiran negeri untuk mengadakan pertemuan dengan Gabenor Pemerintah Tentera Jepun bagi negeri Pahang.

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar bersama rombongan melalui jalan itu yang dikenali pekan Tong Kiat atau kini Sungai Jerik. Jalan tersebut tetap dalam keadaan asal walaupun ada cadangan untuk melebarkan laluan tersebut kira-kira 30 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Kampung Anggerik Jengka Satu, Abdullah Ani, 65, berkata, rujukan buku ‘Peristiwa Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Di Ladang Ng Tong Kiat Pada Tahun 1945’ oleh Ungku Nazaruddin, Lembaga Muzium Negeri Pahang membuktikan jalan terbabit mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Menurutnya, jalan tersebut sempit dan bengkang-bengkok yang berbahaya kepada kenderaan khususnya pada waktu malam, tetapi terpaksa juga digunakan oleh pengguna kampung tradisional dan Felda kerana tiada pilihan untuk urusan harian.

“Laluan jalan ini ternyata penting kepada pengguna dari Maran atau Kuantan sebagai jalan pintas ke Jerantut dan Lipis. Terdapat juga destinasi pelancongan Lubuk Yu, Lubuk Ujid dan Kuil Sri Marathandavar yang menjadi tumpuan penganut Hindu,” katanya di sini semalam.

Terdapat tiga fasa projek menaik taraf jalan dengan meluruskan jalan yang bengkang-bengkok di laluan berkenaan iaitu dari Simpang Maran-Kampung Batu 55, Simpang Jengka 8-Jerantut dan dari Bandar Jerantut ke Kampung Lata Kasah.

Seorang pengguna, Nor Minah Abd. Rahman, 53, dari Felda Ulu Jempol berkata, projek menaik taraf jalan itu tidak menyeluruh kerana banyak lagi kawasan dalam keadaan asal seperti dari Batu 55 Jalan Maran ke perkampungan Asli Sungai Bangkong, jalan ke Benta dan lain- lain.

“Projek terkini sedang dilaksanakan kerajaan iaitu menaik taraf jalan laluan berkenaan dari Simpang Felda Jengka 8 ke Kampung Sungai Bangkung,” katanya.

Seorang penduduk Felda Sungai Tekam, Mohamad Roziman, 54, berkata, jika diimbau sejarah lampau, Jalan Maran-Jerantut-Benta ini dibina sekitar 1918 bagi menghubungkan Kuala Lipis yang ketika itu menjadi ibu negeri ini dengan bandar diraja Pekan.

“Jalan ini dibina sebelum merdeka dan sehingga ke hari ini ia masih digunakan penduduk kampung tempatan kerana terpaksa menggunakan jalan ini terutama penduduk sekitar menjual hasil pertanian,” katanya.

Penduduk Kampung Budu, Lipis Rosmini Razif, 53, berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan khas menaik taraf jalan ini yang membabitkan banyak kampung tradisional antaranya Kampung Damak, Som, Batu Balai, Sempadan dan Kampung Tanjung Besar.

“Mereka pertama kali akan merasai situasi seperti melalui jalan ke Bukit Fraser yang bengkang-bengkok. Seolah-olah negara masih di bawah penjajah,” katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu adil menaik taraf keseluruhan laluan ini yang membabitkan beberapa daerah seperti Maran, Jerantut, Lipis, dan Bentong tanpa pilih kasih. – UTUSAN

Kredit Utusan Malaysia

 

Rabu, 11 Januari 2023

Bantuan Banjir Negeri Pahang

 

KERAJAAN NEGERI PAHANG SALUR BANTUAN WANG IHSAN KEPADA MANGSA BANJIR

Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir yang terlibat dalam bencana itu baru-baru ini.

Bantuan Wang Ihsan ini disalurkan kepada 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di mana setiap KIR akan menerima sumbangan berjumlah RM1,000.

Bantuan ini akan diserahkan kepada penerima selewat-lewatnya pada 16 Februari 2023.

Bantuan ini merupakan peruntukan awal yang disalurkan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM1 juta kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang berlaku baru-baru ini, tujuh daerah di Pahang telah terlibat dengan kejadian banjir iaitu Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Bera, Kuantan dan Pekan.

Saya berharap mereka yang menerima Bantuan Wang Ihsan ini dapat menggunakan sumbangan ini untuk membeli barang keperluan dan perkakasan bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

Saya juga berdoa semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT daripada segala musibah dan juga bencana.

Kredit FB: Wan Rosdy bin Wan Ismail



Isnin, 28 November 2022

Menteri Besar Pahang bagi Penggal Ke-15

 

Dato' Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas limpah perkenan melantik patik sebagai Menteri Besar Pahang bagi Penggal Ke-15 pada hari ini.

Insha-Allah, patik akan sedaya upaya menggalas amanah, tanggungjawab serta kepercayaan besar ini dengan sepenuh jiwa raga dan hati nurani demi kepentingan rakyat dan negeri Pahang Darul Makmur.
Patik menjunjung titah KDYMM Pemangku Raja Pahang agar kerajaan yang baru dibentuk ini akan memberi fokus kepada iltizam-iltizam berikut :

1. Mengenepikan ideologi dan sentimen politik kepartian.
2. Meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam segala hal.
3. Menumpukan sepenuh masa untuk berbakti kepada rakyat dan Negeri Pahang Darul Makmur.

Buat rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang saya kasihi, di kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh rakyat Pahang yang telah mengikuti perkembangan pembentukan Kerajaan Negeri dalam keadaan sabar dan aman.
 
Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar 5 tahun akan datang menjadi satu penggal yang menyaksikan kebangkitan Pahang menjadi negeri yang stabil, progresif, makmur dan harmoni, insha-Allah.

Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku.

kredit FB Wan Rosdy bin Wan Ismail


Sidang media penjelasan PN menjadi pembangkang di Pahang

 

Tuan Ibrahim Dedah BN Pahang Hanya Tawar Satu Jawatan Exco Jika Bergabung



Selasa, 22 November 2022

Perbincangan Tubuh Kerajaan Pahang.

 


KUANTAN - Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini.

"Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya," katanya.

Saifuddin semalam memaklumkan Majls Tertinggi PN melantik Tuan Ibrahim untuk mengetuai rundingan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang, yang kini tergantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh 22 kerusi majoriti mudah untuk menjadi kerajaan negeri.

Pada PRU15, PN menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Barisan Nasional (BN) 16 kerusi manakala Pakatan Harapan lapan kerusi.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN, namun proses pengundian DUN Tioman ditangguhkan ke 7 Dis ini ekoran kematian calon PN kerusi itu Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi Sabtu lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Setakat ini, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung pembentukan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP negeri Dato' Leong Ngah Ngah semalam dilaporkan berkata PH Pahang sedia bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri, namun menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan pusat.


Rabu, 9 November 2022

Agro makanan Peringkat Negeri Pahang tahun 2022


Jom set tarikh untuk Karnival Agromakanan Peringkat Negeri Pahang tahun 2022

11 - 13 November 2022(Jumaat - Ahad)
10.00 pagi - 10.00 malam

Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis Pahang Darul Makmur

Macam-macam makanan dan minuman ada di jual. Menu semestinya sedap-sedap belake.

Bukan tu saje pelbagai aktiviti keagamaan dan juga petunjukan pentas artis, akan turut menghiburkan semua yang hadir.

Jangan lupa kabo ke orang kampung, sedara mara , kawan - kawan jiran-jiran datang memeriahkan Karnival Agromakanan.

Mana tahu bertuah boleh menang motosikal Y-Suku


Isnin, 3 Oktober 2022

Lagu rakyat negeri Pahang.

 

Lagu Sungai Tembeling ini dinyanyikan oleh Wan Nordin bin Wan Mustaffa.

Lagu Jepun dinyanyi Oleh Dato' Pak Ngah Hassim


Khamis, 11 Ogos 2022

Ho Goh Pahang 2022

 

Tempat : Kampung Lubuk Kulit




12 Ogos 2022 (Jumaat)
  • Memasak Bubur Lambok
  • Forum Perdana
13 Ogos 2022(Sabtu)
  • Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia
  • Penyampaian Sumbangan Prihatin Keluarga Malaysia
  • Pertandingan Karaoke 
  • Ziarah Prihatin
  • Mini Showcase
  • Wayang Pacak
  • Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia
  • Kempen Penanaman sejuta Pokok
  • Pertandingan Memasak
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan Akhir Karaoke







Isnin, 23 Mei 2022

Hari Hol

 

Hari Hol : Cuti Umum Negeri Pahang.

Ramai yang masih belum mengetahui Negeri Pahang mempunyai satu hari cuti umum yang unik iaitu dikenali sebagai hari HOL.

Cuti ini diberikan bagi memperingati kemangkatan kerabat diraja Pahang dengan mengadakan kenduri arwah.Dalam konteks ini ia diberikan untuk memperingati almarhum Sultan Pahang terdahulu yang telah mangkat iaitu Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang ke 4 ( 7 Mei 1974) dan hari Hol Negeri Pahang jatuh pada 7 Mei setiap tahun.

Apabila Sultan Pahang ke 5, Al Marhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada 22 Mei 2019, cuti hari HOL telah diisytiharkan jatuh pada 22 Mei setiap tahun.
Perkataan "HOL" itu sendiri telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan yang bermaksud "kenduri arwah yang diadakan setahun sekali".
Al Fatihah...

Kredit FB Farid Ikhwan Nasution


Rabu, 27 April 2022

Penutupan Sementara Laluan Jalan Betau – Lembah Bertam Cameran Highland

 



Status Laluan : Penutupan Jalan Persekutuan secara sementara diantara seksyen 18650 seksyen 19650
Tempuh Penutupan : 30 April 2022 sehingga 30 Mei 2022 (sebulan)
Masa Penutupan : 03:00 PM
Laluan Alternatif : Merujuk kepada peta yang dilampirkan 

Laluan Alternatif
Dari Simpang Pulai ke Gua Musang melalui Laluan 185.

2 jam 24 min (155 km)
2 jam 24 min mengikut trafik semasa

1. Tuju ke timur
2. Belok kanan ke arah Jalan Simpang Pulai-Lahat
3. Belok kiri ke Jalan Simpang Pulai-Lahat
4. Teruskan perjalanan
5. Belok kiri ke Jalan Merapoh - Gua Musang/Laluan Persekutuan 8/Lebuhraya Kota Bharu - Gua Musang/Laluan 8
6. Teruskan ke Jalan Besar
7. Tiba di lokasi: Gua Musang

Untuk mendapatkan laluan yang terbaik dalam trafik semasa, lawati https://maps.app.goo.gl/ccnfuBtnqESCTEXu9


AddToAny