responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2022

Kerjaya PDRM boleh dimohon melalui e-Pengambilan PDRM

 


Untuk makluman sahabat - sahabat semua, sekiranya anak-anak / saudara mara / rakan-rakan / kenalan rapat berminat untuk menyertai pasukan Polis boleh membuat permohonan melalui e-Pengambilan PDRM.

Cara memohon

Semua permohonan jawatan di PDRM hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM.

Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM
Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
Status Pengambilan akan dipaparkan.
Sila cetak surat panggilan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia

Rabu, 2 Oktober 2019

Membuat Ikan Pekasam Utara

Diplastik mengikut jenis ikan
Pemprosesan Ikan Pekasam

1.Proses Menyiang & Membersih Ikan
- Pastikan ikan bersih.

- Tiada kesan darah dalam perut.

- Cuci darah ikan gunakan berus gigi.

- Gunakan cuka makan, asam jawa atau limau untuk cucian.

-Hindarkan ikan yang telah dibersihkan dihinggapi lalat(telor lalat menyebabkan ikan rosak,busuk)


2. Toskan Ikan yang dibersihkan.
-Gunakan penapis.

telah di masuk kedalam Plastik

3. Proses pengaraman ikan

-Gunakan garam kasar.

-Jumlah gram 1 kg ikan mentah, 100 gram garam.

-Bergantung pada citarasa seseorang.

-Ikan digaramkan lapis demi lapis.

-Mengaram ikan selama 4 jam.


4. Proses penyediaan Beras Goreng.

- Gunakan beras biasa.

-Jumlah beras 1 kg ikan mentah, 100 gram beras.

-Beras perlu digoreng tanpa minyak

-Biar sampai warna beras kekuningan

-Biarkan sejuk sebelum dikisar halus

-Gunakan kisar kering.

-Beras dicampur dengan gula merah dan kisar.


5. Proses memeram Ikan Beras Goreng dan Asam Keping.

- Masukan beras goreng, ikan dan asam keeping. Kedalam plastic packing dan siller.

- Peram 5-6 hari …boleh dimakan.

Ikan Pekasam Tasik Beris

Rabu, 2 Mei 2012

Pertandingan Memancing


Tempat : Kampung Beletik Lubuk Kulit Kuala Lipis Pahang.

Tarikh : 13 Mei 2012 (Ahad)

Masa : 0900 pagi hingga 1300 petang.

Hadiah : Pertama RM 5000.00 

             Kedua    RM 2000.00

             Ketiga    RM 1000.00
             
Percuma 200 Shimano, T-Shirt kepada pendaftar awal

Cabutan Bertuah 30 x Shimano Produk.

Yuran 1 Joran RM 60.00

Keterangan lanjut : Tel 019-9652229 atau 019-9245379

Ahad, 4 September 2011

Hobi selepas Raya

akuarium 

‘Baffle filters’ 

Saya diberi sebuah akuarium oleh jiran. Akuarium tersebut 18” x 36” inci,  besar juga… tak tahu berharga yang dia beli. Untuk menarik dan  memuatkan ikan saya telah menambah aksesori dengan membeli ‘Baffle filters’ bersama ‘Aquarium Water Pumps’ berharga RM 90 bersama  penutup/lampu berharga RM 85.

Selepas itu, saya membeli beberapa ekor ikan emas berharga RM 6.00 x 6 dan beberapa ekor ikan kecil.  Semasa di kedai ikan hiasan saya bertemu dengan ‘hamba allah’(tak tahu nama) yang mencerita serba sedikit cara-cara membela ikan hiasan dan bagaimana hendak memasang ‘Baffle filters’ supaya air boleh tahan selama 6 bulan tanpa dibuang. Kalau nak beli anak ikan kelah RM 25, ikan kelisa besar RM 1000 memang tak beli pun.  

Komen
Siapa ada maklumat berkenaan dengan cara-cara, petua membela ikan hiasan boleh kongsi bersama.

Ahad, 23 Mac 2008

Ikan Air Tawar




Ikan dari Sungai Jelai Kuala Lipis dijual dengan harga RM 18.00 kg.

AddToAny