responsif teks foto

Rabu, 31 Disember 2008

Selamat Tahun Baru 2009

-->
Tuan-tuan dan teman-teman yang saya hormati, sempena dengan tahun baru Hijrah 1430 dan tahun baru 2009 yang disambut . kesempatan ini diambil untuk ucapkan.....

‘Selamat Menyambut Tahun Baru’

Harapan.... semoga tahun baru ini akan memberi lebih peluang kecemerlangan dan kebahagian dalam kehidupan kita.

Yang penting azam dan usaha yang akan kita laksanakan...Semoga semuanya didalam rahmat Allah.

“Ya Allah..., muliakanlah dan sayangilah saudaraku ini sekeluarga. Berkatilah keluarganya, sihatkanlah tubuh badannya, limpahkanlah rezekinya, kuatkan imannya, Berikanlah kenikmatan ibadahnya, Jauhkan dari fitnah & penghinaan. Suburkan benih keimanan dengan rasa kasih sayang serta taqwa. Capaikanlah segala hajat dan impian kami untuk kejayaan didunia dan akhirat dan capaikan impian kami untuk melihat keamanan didunia ini. Selamatkanlah saudara kami di mana-mana sahaja yang ditindas dan dizalimi. Hidayahkanlah mereka yang menindas dan menzalimi umat islam... Semoga musuh kami ini juga akan menyertai kami dalam mentaati perintah dalam agamamu ya Allah. Musnahkanlah musuh agama kami yang tidak menerima hidayah mu. Berikanlah kemenangan kepada kami didunia dan akhirat. akhir sekali Muliakanlah kehidupan kami serta kedua bonda dan ayahda kami di dunia dan akhirat .

Amin yazaljala liwalikram...”

Salam dari.....

Zaini

Kuala Lipis Pahang


Selasa, 30 Disember 2008

Silat Pulut di Lipis


Semasa kecil saya selalu melihat silat pulut tersebut di pertonton pada majlis perkahwinan, menyambut tetamu yang hadir ke Lipis tetapi yang menjadi persoalan saya pada hari ini silat tersebut sudah tiada 'skil' seperti yang dipertontonkan pada masa dahulu, ketawak (gendang) pun tidak seiringan dengan pesilat. Ini adalah pemerhatian yang bukan pakar dalam bidang tersebut.

Isnin, 29 Disember 2008

Elaun tok batin naik hingga 250 peratus

Cerita Dari Lipis
Penempatan Orang Asli
--> Seramai 206 tok batin di seluruh Pahang akan menikmati kenaikan elaun sehingga 250 peratus berkuatkuasa 1 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenaikan elaun itu membabitkan tok batin dari semua kategori A hingga C.

Menerusi kadar baru itu, kata beliau, tok batin kategori A yang mentadbir melebihi 1,001 penduduk Orang Asli yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM1,800 setahun, akan mendapat RM4,800 setahun.

''Bagi tok batin kategori B yang mentadbir antara 501 hingga 1,000 penduduk akan menikmati kadar kenaikan elaun sebanyak RM3,600 setahun berbanding RM1,500 setahun pada masa ini.

''Tok batin kategori C yang mentadbir anak buahnya antara 100 hingga 500 orang akan menerima kenaikan elaun daripada RM1,200 ke RM2,400 setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program pemimpin dan media bersama penduduk Orang Asli anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Cameron Highlands di Kampung Kuala Koyan dekat sini hari ini.

Pada program itu, Wan Rosdy menyampaikan 30 hamper makanan sumbangan Kemas Cameron Highlands kepada warga emas dan kanak-kanak cacat Orang Asli.

Hadir sama, Penolong Pengarah (Perhubungan) Kemas negeri, Zaaba Unnasir Osman, Penyelia Kanan Kemas Cameron Highlands, Zainal Abidin Mohd. Ali Hanafiah dan Penghulu Mukim Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.

Wan Rosdy memberitahu, elaun berkenaan akan diberikan sebanyak dua kali setahun kepada tok batin bagi memudahkan mereka berbelanja dan menjalankan urusan pentadbiran di kampung masing-masing.

Kata beliau, Pahang memperuntukkan hampir RM500,000 untuk membayar kadar elaun baru itu kepada semua tok batin. Utusan Malaysia


Rabu, 24 Disember 2008

Seminar pembentangan perancangan peniagaan



Tarikh : 27 Dis 2008 (Sabtu)

Masa : 0800 pagi

Tempat : Dewan Residen Kuala Lipis

"Berminat sila hadir, yuran pendaftaran RM 150.00 sahaja"

Selasa, 23 Disember 2008

JPJ bersama rakyat




FELDA SUNGAI KOYAN 2 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Program Bersama Rakyat (JBR) bagi mendekatkan jabatan itu dengan pelanggannya.

Program dua hari itu bertujuan menyelesaikan urusan berkaitan jalan raya dan membabitkan beberapa jabatan lain.

Antara terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Pengarah JPJ Negeri, Datuk Zakaria Man berkata, program itu bagi mengadakan perkhidmatan langsung dan memberi kemudahan kepada pelanggannya.

“Program ini juga membuka peluang untuk mendekatkan rakyat dengan perkhidmatan JPJ dan menggalakkan warga emas memiliki lesen memandu,” katanya ketika ditemui pada program itu, di sini.

Program sama akan diadakan di beberapa kawasan lain di seluruh negeri bagi menyediakan kemudahan kepada masyarakat.

Hadir sama Exco Kemajuan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri, Roslinda Ab Razak dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Mohd Fuad Mohd Shariff.

Menurutnya, beberapa aktiviti yang dianjurkan itu juga mampu meningkatkan tahap keselamatan dan pengetahuan pengguna mengenai tanggungjawab ketika berada di jalan.

“Selain itu, JPJ juga berhasrat mengembangkan imej JPJ di mata rakyat,” katanya.

Zakaria berkata, melalui program itu juga, orang ramai dapat menyelesaikan sebarang urusan berkaitan JPJ dengan mudah di kawasan masing-masing tanpa perlu ke bandar. - Sinar Harian

Ahad, 21 Disember 2008

Penumpang bas terpaksa tunggu bas hampir tiga jam.



KUALA LIPIS Penumpang bas merungut kerana terpaksa menunggu bas sehingga hampir tiga jam untuk pergi ke suatu destinasi. Kebanyakan penduduk kampong hanya menggunakan pengangkutan tersebut untuk keluar ke bandar Lipis dalam berurusan membeli keperluan dan juga berurusan dengan Pejabat. Kerajaan. rujuk Sinar Harian.

Komen : “Bersabar penduduk Lipis, perubahan ini untuk kebaikan kita bersama…!


Latabelakang Daerah Lipis




LATARBELAKANG DAERAH LIPIS

Keluasan Daerah

5,168 kmp

Daerah Ketiga Terbesar di Negeri Pahang

Mukim dan Kampung

12 Mukim dan 81 JKKK

Kampung Tradisional - 354

Kampung Baru Cina - 4

Pos Orang Asli - 6

Kampung Pinggir - 8

PECAHAN KAUM

Melayu 51,184 orang - 65 peratus

Cina 9,300 orang - 12 Peratus

Orang Asli 7300 orang - 9 Peratus

India 4,700 orang - 6 peratus

Lain-lain 6,700 orang - 8 peratus

Jumlah 79,184 orang 100 peratus

PEKERJAAN PENDUDUK

Pertanian - 16,724 - 64.4 peratus

Perkhidmatan - 4,778 - 18 peratus

Perdagangan - 2,061 - 7.9 peratus

Perkilangan - 1,550 - 4.4 peratus

Pembinaan - 496 - 1.9 peratus

Pengangkutan - 543 - 2.1 peratus

Kewangan - 77 - 0.3 peratus

Perlombongan - 147 - 0.6 peratus

Jumlah 25,976 -100 peratus

Sumber MDL

Khamis, 18 Disember 2008

Pakar baiki kasut Kuala Lipis


 Abang Ramli Abu Bakar

Sesekali tunjuk bakat


Harga Semasa

Harga Tukar Tapak - RM35.00 hingga RM 45.00 sahaja
Harga menjahit mengikut kerosakan kasut dari - RM 1.00 hingga RM 20.00

Pepatah Kami

"Kalau elok beritahu kawan, Kalau tak elok beritahu kami..."

LEE
Tukang Kasut.

Kolam Pancing Delta Bersatu Kg Kuala Lanar

Sabtu, 13 Disember 2008

Penerangan Khas



Penceramah : Nuridah Salleh (Ketua Mulimat PAS Pusat)

Dr Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang)

Tarikh : 14 Dis 2008

Masa : 0900 Malam

Tempat : Markas PAS Kampung Relong Kuala Lipis Pahang.

"Semua dijemput Hadir"

Jumaat, 12 Disember 2008

Penurunan mendadak harga Getah


-->
Untuk maklumat harga getah SMR 20 (Diproses dari Getah Scrap/Getah Beku) turun mendadak dari sekitar RM5 ke RM1.20 disebabkan penurunan minyak mentah yg juga secara mendadak dari USD 140+ turun hingga kini sekitar USD 48- per barrel.

Penggunaan getah dunia adalah sekitar 20 juta metrik tan setahun dimana 60% atau adalah getah sintetik dan 40% adalah getah asli. Getah sintetik bahan asas nya dari minyak metah. Oleh itu apabila harga minyak jatuh, permintaan atas getah asli berkurang apabila pengguna akan beralih kepada getah sintetik yang lebih murah. Apabila permintaan getah asli berkurang makan secara langsung harga getah turut jatuh.

Bagi Harga minyak Sawit (CPO-Crude Palm Oil) harga juga menjunam dari sekitar USD1050 per MT pada bulan August/Awal September merudum ke paras kurang dari USD550 per MT. Ia nya berkait rapat dengan penurunan harga minyak mentah Crude oil serta penurunan harga minyak kacang soya serta rapeseed oil.

Secara ekonomi bebas harga akan turun apabila berlaku kekurangan permintaan berbanding penawaran. Malaysia belum lagi mampu mempunyai kekuatan stok penimbal yang boleh mengawal harga pasaran dunia.

kalau kebun 2 ekar, harga RM 4.50 baru dapat RM 1000 sebulan,sekarang tinggal RM 300 je..... 

"orang kedah naik angin..."

“Apa khabor orang Lipis ? Kebanyakan orang kampong sudah tidak sanggup untuk menoreh. Yang memajak kebun Getah sudah tidak mampu bayar sewa, nampak gaya Kebun Getah semak semula macam dulu……….”

Ahad, 7 Disember 2008

Untuk warga Lipis

Banyak sungai di Lipis tercemar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 6 Dis. - Kerajaan Pahang masih belum berpuas hati dengan tahap kebersihan sungai-sungai di sini, yang tercemar berpunca daripada perbuatan segelintir penduduk sehingga menjejaskan sektor pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kebanyakan sungai di sini dicemari dengan najis, bangkai haiwan dan sampah sarap.

''Kita kecewa kerana sungai yang indah dan menjadi tapak perkelahan kini telah tercemar. Lebih malang lagi, ia adalah sumber air minuman kita," katanya ketika merasmikan program gotong-royong Sungai Jelai Kecil sempena Kempen Cintailah Sungai Kita di pusat rekreasi Kuala Koyan dekat sini hari ini.

Hadir sama, Penghulu Hulu Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.

Menurut Wan Rosdy, pencemaran tersebut boleh menyebabkan risiko penyakit jika langkah pencegahan tidak diambil segera.

Katanya, apabila sungai tercemar, sektor pelancongan akan terjejas sekali gus menyebabkan kurangnya pendapatan penduduk yang menjalankan perniagaan di kawasan rekreasi itu.

Selain itu katanya, sikap pengusaha industri yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa juga merupakan punca pencemaran.

''Penduduk tidak perlu menyalahkan pihak berkuasa. Sebenarnya punca utama sungai tercemar ialah sikap kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, penjagaan sungai memerlukan penglibatan dan kerjasama semua pihak.

Menurutnya, sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan sebagai tercemar yang kebanyakannya terletak di negeri yang pesat membangun seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM300,000 untuk membina tandas awam, dewan, bilik persalinan, astaka dan surau di pusat rekreasi Kuala Koyan.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, Kuala Koyan dan Sungai Jelai Kecil akan menjadi tarikan baru pelancong untuk menjalankan kegiatan rekreasi. Utusan Malaysia

Sabtu, 6 Disember 2008

18 lembu disembelih Majlis Korban Perdana



KUALA LIPIS Sebanyak 18 ekor lembu akan dikorbankan pada majlis Korban Perdana sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Relong, Padang Tengku dekat sini Isnin ini.

Setiausaha Jawatankuasa Masjid Kampung Relong, Suhaimi Mohamad berkata, program penyembelihan itu akan diadakan di pekarangan masjid kampung tersebut selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha.

Menurut beliau, program penyembelihan terbesar yang pernah diadakan di kampung itu membabitkan ternakan bernilai RM45,000 yang disumbangkan oleh jawatankuasa masjid dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Relong.

''Program korban yang membabitkan hampir 1,500 ahli kariah Kampung Relong itu telah dirancang lebih awal sebagai pengisian pada Hari Raya Aidiladha tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.

Suhaimi memberitahu, program tersebut turut melibat persatuan-persatuan belia dan orang perseorangan yang menyumbang ternakan untuk disembelih.

Menurutnya, program itu dapat merapatkan hubungan antara penduduk termasuk sanak-saudara yang kembali dari perantauan sempena hari raya dan cuti persekolahan.

Suhaimi menambah, acara penyembelihan ternakan itu akan dilakukan oleh imam masjid kampung itu manakala agihan daging kepada fakir miskin serta asnaf yang lain akan dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa masjid dan JKKK Relong. Utusan Malaysia

"Cucu cicit Tok Linggi buat korban..."

Rabu, 3 Disember 2008

Pembelajaran Internet di Lipis







ICT TRAINING MAXIS

Tarikh :
10 -11 Dis 2008

Masa :
0900 Pagi

Tempat :
Perpustakaan Awam Daerah Lipis
n JKR 621, Jln. Lipis Benta
27200 Kuala Lipis

Tel: 09-3124155
e-
mail:lipis@pahanglibrary.gov.my

Anjuran :
KTAK, Maxis

“Berminat dijemput hadir” PERCUMA.

Selasa, 2 Disember 2008

Kejadian Manusia





PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

ALAM RAHIM (Alam kandungan)
Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti berikut:-

Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.

"Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu..."

Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta."

Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: "Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: "Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)..."

Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: "Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).

Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: "Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: "Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatit semasa dalam perut ibunya lagi..."

Dengan ayat-ayat dan hadis diatas yakinlah Allah itu Maha Pencipta

Menurut Profesor Moore untuk mengkaji ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, beliau berasa takjub. Beliau berasa pelik bagaimana Nabi Muhammad , pada empatbelas kurun yang lalu, mampu menerangkan mengenai embrio dan tahap-tahap perkembangannya dengan terperinci dan tepat sekali sedangkan ianya hanya ditemui oleh ahli sains sejak tiga puluh tahun lalu sahaja. Ketakjuban beliau bertukar menjadi penghormatan terhadap ayat-ayat tersebut. Beliau memberikan pandangan ini kepada rakan-rakan intelek dan kelompok saintifiknya. Malahan beliau memberikan syarahan di atas topik keserasian di antara kajian embrio moden dengan Al-Quran dan Sunnah dimana beliau berkata:

Saya berbesar hati untuk membantu menerangkan kenyataan-kenyataan dari Al-Quran mengenai kejadian manusia. Jelas bagi saya bahawa kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada Muhammad dari Allah , atau Tuhan, oleh kerana kesemua ilmu-ilmu ini tidak ditemui sehingga beberapa kurun selepas beliau. Ini membuktikan kepada saya Muhammad ialah seorang Rasul Allah .

Lazimnya, sesudah memikirkan segala kejadian alam semesta dan keagungan Allah yang menciptakannya, akhirnya kita akan kembali memikirkan kejadian diri kita sendiri. Kita tercipta daripada ibu bapa kita dan sekiranya ibu bapa tiada atau salah seorangnya tiada, tentu sahaja kita tidak mungkin dilahirkan ke dunia ini.

Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan ke dunia. Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak ada, sudah tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta yang luas ini. Tentu kita tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula, lazatnya makanan dan hidangan. Kita juga tentunya tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai.

Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasi segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali. "Peringatan kepada Kita'

Rabu, 26 November 2008

Hujan lebat: Risiko banjir dan tanah runtuh.





Fenomena hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis diramalkan berlanjutan sehingga hujung bulan ini. Keadaan ini dijangka boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai serta tanah runtuh di kawasan berbukit.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, hujan dijangka lebih lebat berbanding sebelum ini dari Khamis ini sehingga 29 November depan. Di kawasan Lipis air mula naik dan terdapat beberapa tempat tanah runtuh hinggakan menyekat laluan kenderaan.

Lipis menjadi daerah pertama dilanda banjir di negeri ini setelah empat kampung di kawasan itu dinaiki air setinggi kira-kira satu setengah meter akibat hujan lebat awal pagi ini.

Berikutan kenaikan paras air bermula pukul 1.35 pagi itu, seramai 31 orang daripada 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selain menumpang di rumah jiran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Supritendan Ibrahim Sharif berkata, ia melibatkan 10 mangsa dari Kampung Binjai, Kampung Seberang Jelai (15) serta masing-masing tiga mangsa dari Kampung Beralas dan Kampung Bukit Kota. utusan malaysia

Selasa, 25 November 2008

Guna Internet promosikan produk




Mesuan Trading Sungai Koyan HP 012-9517184 (R) 093402011

KUALA LIPIS 24 Nov. - Usahawan bumiputera di negeri ini disaran menggunakan Internet untuk mempromosi produk masing-masing bagi memperluaskan pasaran hingga ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha itu dapat mempercepatkan pasaran sesuatu produk dari luar bandar serta mampu bersaing dengan pengeluar lain.

Katanya, promosi menerusi Internet dapat membantu memperkenalkan sesuatu produk dengan pantas malah boleh difrancaiskan kepada pengusaha lain di samping meningkatkan jualan serta pendapatan.

''Usahawan perlu membina laman web dan blog syarikat perniagaan masing-masing untuk mempromosi setiap produk agar lebih dikenali dan menjangkau ke peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Usahawan Sosial sempena Minggu Usahawan Global, di Felda Sungai Koyan Satu, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Penghulu Mukim Hulu Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.

Minggu Usahawan Global itu membabitkan pameran dan jualan produk daripada 35 pengusaha di Gugusan Felda Koyan.

Menurut Wan Rosdy, pengusaha bumiputera di negeri ini perlu mengubah strategi pemasaran yang hanya menumpukan pasaran produk di pekan sehari, pasar tani dan kedai runcit yang amat terhad dari segi pasaran.

''Kejayaan syarikat konglomerat dalam sektor perniagaan adalah sebahagian besar operasi pengurusan dan pemasarannya dibantu dengan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)," katanya.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai memberitahu, sebanyak 2,173 syarikat berasaskan ICT di negara ini telah diberi status Koridor Raya Multimedia (MSC) sehingga 31 Oktober lalu dengan hampir 74 peratus daripadanya adalah syarikat tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk menaiktaraf bangunan Pusat Internet Desa (PID) Sungai Koyan.

''Kita yakin PID Sungai Koyan mampu menjadi sebuah pusat yang menggerakkan pemasaran produk usahawan di sini dan tumpuan belia untuk mempelajari ICT," katanya.

Beliau menambah, sebanyak 42 cawangan PID di Pahang beroperasi setiap hari untuk memberi latihan ICT, teleusahawan dan kursus komputer secara percuma kepada belia tempatan.- Utusan Malaysia

Sabtu, 22 November 2008

Rumah Kelahiran Dato' Najib





RUMAH KELAHIRAN DATO’ NAJIB

Gambar di atas adalah kediaman bagi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1920 dan kedudukannya berhampiran dengan kediaman YAB. MB. Pahang ketika itu. Rumah ini terletak di atas Bukit Bius iaitu salah satu bukit yang bersejarah di Kuala Lipis. Kawasan atas bukit ini memang terkenal kerana ia merupakan kawasan perumahan bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan para kenamaan Daerah Lipis. Rumah ini dikatakan bersejarah kerana di sinilah Timbalan Perdana Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak dilahirkan serta dibesarkan. Ayah beliau Allahyarham Tun Abdul Razak B. Dato’ Hussein pernah mendiami rumah ini ketika beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Selepas Tun Razak menduduki rumah ini, ia tetap dipelihara oleh kerajaan negeri Pahang untuk diduduki oleh para pegawai kerajaan kumpulan A. Pada hari ini rumah ini tidak diduduki hanya diperlihara dan dijaga oleh Majlis Daerah Lipis dan dijadikan salah satu bangunan warisan sejarah.

GELARAN ORANG BESAR BEREMPAT
YDH ORANG KAYA INDERA SHAHBANDAR PAHANG

Dato Sri’ Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

SSAP,SPMS,SIMP,SPMK,SPDK,DPMS,DSAP,PNBS.

MDL

Rabu, 19 November 2008

Kempen Bumi Hijau Daerah Lipis 2008


Pahang majukan 240 hektar tanah terbiar di Jelai

KUALA LIPIS 26 Nov. - Kerajaan Pahang akan memajukan tanah terbiar seluas 240 hektar di Jelai dekat sini dengan projek tanaman makanan pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek itu bertujuan merangsang pendapatan petani dengan mengusahakan tanaman berasaskan konsep 'satu rumah satu produk.'

Beliau berkata, seramai 100 petani miskin di Tanjung Gahai, Kuala Koyan, Kuala Medang, Sungai Ular, Kuala Serau dan penempatan Orang Asli akan terlibat dengan projek berkenaan.

''Projek ini merupakan mekanisme kerajaan untuk meningkatkan pendapatan petani miskin dan mengurangkan beban belanja keperluan dapur berikutan kenaikan harga barang di pasaran.

''Menerusi projek itu, kita mensasarkan seorang petani mampu meraih pendapatan sehingga RM800 sebulan manakala pengusaha berkelompok boleh mencapai RM5,000 sebulan menerusi pasaran hasil pertanian untuk menampung keperluan perbelanjaan keluarga masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Bumi Hijau peringkat daerah di Pusat Agropolitan Tanjung Gahai, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Risda Pahang, Datuk Mujahid Mohamad; Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis, Mohd. Fuad Mohd. Shariff dan Penghulu Mukim Hulu Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.

Menurut Wan Rosdy, projek perintis tanaman makanan ialah di Pusat Agropolitan Tanjung Gahai melibatkan kawasan tanah terbiar seluas 14 hektar yang diusahakan dengan nanas.

Sehubungan itu, jelas beliau, modus operandi memajukan tanah tersebut akan diperluaskan ke kampung-kampung lain.

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan mendapatkan kerjasama semua pihak termasuk Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Haiwan, Risda dan Felcra untuk menjayakan projek berkenaan.

''Kejayaan ini juga terletak di bahu petani menerusi perubahan sikap dan usaha gigih melaksanakan sesuatu projek pertanian kerana kerajaan telah menyediakan bantuan baja, racun dan kepakaran," katanya.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, projek tanaman makanan itu mampu dijadikan sebagai industri hiliran yang menjana perusahaan kecil dan sederhana di daerah ini. Utusan Malaysia

Majlis Kempen Bumi Hijau Peringkat Daerah Lipis 2008

Perasmian Oleh : YB. Dato Hj. Wan Rosdy bin Wan Ismail Exco Pembangunan Luar Bandar & Hal EhwalOrang Asli Negeri Pahang merangkap ADUN Jelai.

Pada : 24 Nov 2008 (Isnin)

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Argopolitan Tanjung Gahai Kuala Lipis Pahang.

Ceramah Agama Bulanan

Tarikh : 21 Nov 2008

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Dewan Residen

Anjuran : Majlis Daerah Lipis dan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis

Penceramah : Ustaz Nor Hamiri Jamaludin (JAIP)

"Datanglah beramai-ramai kemajlis tersebut"

400 JKKK dalam program jati diri



KUALA LIPIS 18 Nov. - Sebanyak 400 jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di seluruh Pahang akan terlibat dalam program Jati diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) pada tahun depan.

Presiden Majlis Belia Pahang (MBP), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, JKKK terbabit akan menjadi keluarga angkat kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan.

''JKKK akan mengatur projek inap desa selain menjadi keluarga angkat pelajar berkenaan," katanya ketika merasmikan majlis penutup program PJKN peringkat daerah di Kampung Kuala Medang dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Kampung Kuala Medang, Ismail Mat Sam; Pengerusi Belia 4B Remaja Pahang, Ahmad Daniar Ismail dan Pegawai Kepimpinan dan Sahsiah Jabatan Belia dan Sukan, Nordin Idris.

Program kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Gerakan Belia 4B Kuala Medang dan Pejabat Pelajaran Daerah Lipis itu membabitkan seramai 149 pelajar tingkatan tiga dari sekolah-sekolah menengah daerah Lipis dan Raub yang tinggal bersama 30 keluarga angkat selama empat hari menerusi Projek Inap Desa di kampung tersebut.

Abdul Fattah yang juga Ahli Majlis Perunding Belia Kebangsaan berkata, seramai 800 pelajar sekolah menengah Pahang menjalani PJKN sepanjang tahun ini.

''Pelajar berkenaan bakal menjadi perintis kepimpinan dalam program Briged Rakan Muda yang bakal dijadikan kokurikulum di sekolah menengah tidak lama lagi," katanya.

MBP dan Jabatan Belia dan Sukan, katanya, sentiasa bekerjasama mengatur program PJKN bagi melatih pelajar dalam aspek kepimpinan, kemahiran komunikasi, pengurusan organisasi dan menyelami kehidupan masyarakat luar bandar.

Menurut beliau, program itu juga dapat mengisi masa lapang pelajar sepanjang cuti persekolahan dengan kegiatan berfaedah.

Dalam pada itu, beliau menambah, pihaknya bimbang terhadap nilai-nilai sukarelawan yang semakin terhakis di kalangan generasi muda pada masa ini.

Golongan muda kini, tegasnya, semakin mementingkan diri sendiri dan kebendaan tanpa mengambil peduli masalah yang dihadapi pihak lain.

Antara faktor menyebabkan keadaan sedemikian berlaku, katanya, ialah ledakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang semakin hebat dalam era globalisasi ini.

''Pupuklah semangat ini bermula di peringkat kanak-kanak dan remaja agar saling bantu-membantu dan menjadi teras kepada perpaduan masyarakat negara ini," katanya. - Utusan Malaysia Timur

Isnin, 17 November 2008

51 tahun merdeka: Kuala Kechau masih dibelenggu kemunduran

Memacing di Kuala Kechau: berat ikan 3 kg. 

foto kawan saya

by nakmarahmarahlah

TIDAK ramai yang menyedari warga Kampung Kuala Kechau yang terletak di Kuala Lipis, Pahang masih dibelenggu kemunduran infrastruktur walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan 51 tahun lalu.

Ini kerana kemudahan diterima penduduk dikawasan itu dikatakan cukup daif berbanding kampung lain terutama berhubung soal aliran pengangkutan kampung dimana penduduk masih menggunakan jambatan gantung yang hanya sesuai dilalui pengguna motosikal atau penjalan kaki sahaja.

Dengan keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang lebih jauh jaraknya untuk mengangkut hasil-hasil pertanian masing-masing untuk dibawa ke bandar.

Walaupun ada usaha memohon agar jambatan tersebut digantikan dengan jambatan konkrit yang boleh dilalui pengangkutan lebih berat , namun sehingga kehari ini tiada jawapan diterima. Bagi yang menggunakan kereta atau kenderaan lebih berat,mereka perlu menggunakan laluan Felda atau Felcra jika ingin meneruskan perjalanan ke hujung kampung tersebut yang kebanyakannya merupakan tempat mereka menjalankan tugasan harian sebagai penoreh getah, penternakdan peladang.

“Siapa yang tidak kecewa apabila mengetahui sebuah kampung paling lama di Kuala Lipis masih tidak memperolehi kemudahan infrastruktur sedangkan kedudukannya berhampiran sekali dengan pusat bandar.

Seorang penduduk yang enggan namanya disebut mendakwa, mereka tidak berharap untuk memperolehi kemudahan selengkapnya sepertimana kampung-kampung lain yang turut diberi klinik dan sekolah, cukuplah sekadar diberi kemudahan jalanraya yang baik dan jambatan konkrit untuk kesenangan penduduk setempat.

Setakat hari ini, hampir keseluruhan penduduk kawasan itu telah menerima kemudahan bekalan air dan elektrik disamping bantuan agihan subsidi oleh agensi kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja pertanian. – PKR Pahang

Nota: nakmarahmarahlah mahu melihat sejauhmana keperihatinan Menteri Besar, Dato’ Sri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Lipis Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman. melaksanakan keseimbangan segala kemudahan asas kepada rakyat jelata di kawasan parlimen Lipis selepas ini.

Komen: Kampung tersebut memang menarik, sungai yang jernih, pada masa dahulu penduduknya mudik ke pekan Lipis dengan menaiki motor bot panjang menjual hasil kampung seperti getah sekerap dan lain-lain lagi tapi sekarang ada jambatan yang menghubung ke bandar Lipis. Sepatutnya kita berterima kasih dengan apa yang kita dapat (ada jambatan gantung), jangan dok menyalahkan sahaja orang lain atau kerajaan. Sungguhpun kita sudah merdeka 51 tahun, tidak semesti kerajaan boleh mengadakan pasarana yang ‘fist kelas’ tanpa melihat produk sesuatu tempat. Fikir-fikirlah sendiri.

Sabtu, 15 November 2008

"Cerita Pak Pandir...!


Suatu hari Pak Pandir berjalan pulang dari pekan sambil memakai selipar baru. Di pertengahan jalan Pak Pandir terpijak sesuatu yang lembik.
Berdetik hati Pak Pandir sambil berkata, "Apa benda ni? Nampak macam tahi, tapi siapa pula yang meninggalkan tahinya ditengah jalan?".

Pening kepala Pak Pandir memikirkan persoalan ini, kerana dia tidak menjumpai benda tersebut sewaktu dia melalui jalan itu masa pergi ke Pekan. Lalu Pak Pandir terfikir untuk menguji benda tersebut samada ianya benar-benar seperti apa yang disangka. Pak Pandir pun berkata sendirian, "Baik aku cium benda ni untuk memastikan ianya tahi atau bukan."

Maka Pak Pandir pun menciumlah benda tersebut hingga hampir terkena hidungnya. Terperanjat juga Pak Pandir kerana bau benda tersebut memang seakan-akan tahi. Tapi Pak Pandir masih tidak berpuas hati kerana tidak percaya ada orang yang sanggup meninggalkan tahinya di tengah jalan. Dalam keadaan tertanya-tanya itu Pak Pandir mendapat ilham untuk memastikan benda itu benar-benar tahi.

Lantas Pak Pandir pun berkata, "Biar aku rasa benda ini dan inilah ujian terakhir yang aku lakukan untuk memastikan benda ini benar-benar tahi." Dengan penuh keyakinan Pak Pandir pun mencubit sedikit benda tersebut dan merasa dilidahnya. Berkerut dahi Pak Pandir setelah yakin dengan keputusan ujiannya.

Dengan bangga Pak Pandir pun berkata, "Memang betullah tahi. Nasib baik aku pakai selipar ni, kalau tidak dah tentu tahi ini terkena kaki aku. Terima kasih SELIPAR."

Moral : Kaki Itu Lebih Bersih Dari Lidah.

Jumaat, 14 November 2008

Kamus Loghat Lipis, Pahang


A
Aok - awak
Aok me - kamu semua
Ampuh - sempat
ambender - apa benda
anggu- kesepian /sunyi

B
Babir - degil
Berderau -
gotong royong
Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
Berlemin - berminyak
Biroh - gatal
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati, berwaspada
Borok - borak
Bobok - Menipu Cth ayat : budak itu bercakap bobok sangat.
Berte'eih - bertungkus-lumus, usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh
ayat : mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org...kekkeke. ..disebut
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak
serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut
Bertonjeng - berlawan cakap


C
Cakne - ambil hal
ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti. .awok ce cuba dulu
Cemuih - bosan
Cenekang - kuku cekam tu le
cengkeliik - nok tenggelam(lemas) dalam air (BARU DAPAT)
Cekut - cakup/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie. .seperti
laga kucing
Chika - mual/muntah/ perut memulas
Cokei - cukai
cokeng - tegak
Cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa
gi
keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne
langsung


D
Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ] Dedor - suam-suam kuku
DI - (saya) ganti nama saya - (pulau tawar jerantut sahaja)


E


F


G
Gohek - kayuh
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata


H
Habat/habad - pengotor
Hantoi - lembap,slow pergerakan
Hampuras - Tidak berguna / tidak sempurna
Hampuk - Menghempas.
I
J
Jabir - plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak
silap la)
Jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa.
jelun kepala
Jolong - tinggi


K
kas - saya (jerantut, lipis raub)
koi - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je)
Kair - (ke air)maknanya. .pergi ke sungai.ngail
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
kehut,kehot, kehak - letih..sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah cth:sisa -Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan
tu yek

Kerayan - Terkejut ada sikit panik serta takut
Kecah - Lecak
karang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu
Kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main
kelat
Kememe - sama cam tembe gak
kekalu - emping dibuat dari padi pulut
kerajat - taktau (kena tanya tihani ni)
komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol.Jgn le komoih budak tu nak tido weh
kobek - belek2...menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
kepok - tempat simpan padi
kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/ keterlaluan
kodi/kudi? - ketinggalan zaman
keknya - tetapi
kipai - letih /lenguh tangan
kahat -(jarang digunakan)
kenit - kecil
kederat - upaya












L
lat - tenggang/jarak masa
lantak aok - suka hati awak
lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
lehet - dipakai bagi bagi buah labu
Lece - Tilam,
lengit - kalah teruk
ledut - pekat
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
lecoh - becak
leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)
lembang(berlembang) - sepah, berterabur
lensung - keletihan, terlalu lemah
lebam birat - lebam2 akibat dipukul
Lutu - Langgar

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Mengelice- mengelupur
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Mereloh - tido
Meronoh - buang air besar
Membute - tido
Mencayak tu - laju sangat bawak moto
Mengelentat - mengada2 seksi
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengereban g - rambut tak terurus
Merening -benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala
Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,jugaberma ksud
berdampingan
Mengekelan - tercekik(berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - tanya orang tembeling..makna
Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg
merujuk kpd pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni?
Merahang - (jarang digunakan)
Masam Menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak
dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
melukah - (kain yang dipakai terbuka)
menganjing - mengada..hehe
Motong - (menoreh getah)
Mamai - emosi tak stabil(betul ke guna makna ni?)
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur
kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat
tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepam - pahit/.masin/ masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak? )
Mek nye(matnya) - kenapanya
Malaih - malas
Mombong - penuh
Mengkane - telekung sembahyang


N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh


O
Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!
Omis- kuat berletir


P
Pane - sunyi sepi
Penek @ pandok - Pendek
Pedooh' - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi
sawah,kebun durian dsb
Pepalih - maksudnya macam...ishh. ..teruknye. cthnye : pepalih awok
nyape buat gitu
Pedo - Pokok Rumbia
Podot - sumbatcth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la
baju tu dlm beg ni
Perintan - Keadaan,masa
Polok - gelojoh
Palor - Biar


Q


R
Rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa
ghodong
Racik - jerat ayam hutan
Ralit - kusyuk
Rege - harga
Rompung - abis sebahagian cth ayat : kerete itu rompung beloh
(bahagian) hadapan.
Rabet - koyak
Rebat @ merebat - hujan mula2 @ lari semua.


S
Sesemut -kebas kaki
Senyour-
kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
Semonyeh - makan makanan tidak cermat atau kerja tidak sempurna.
Sempelit - kotor cth ayat: budak itu sempelit dengan tanah.
sangei - tudung saji
sengkawang -(tak tau makna dia ni)
Sengkelen -duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se'eh - Kenyang yg teramat sgt.Cth : Se'ehnya perot kawan ni.rase
macam tok leh nok bangun doh!
Sokmo - selalu , Contoh :ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas
betul budak nie!
Setoho - di sana,
Seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan.
sepolit - tinggal sedikit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat -kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana
pasir


T
Taruk - letak
Tea'endok - Tidak mahu (jerentut, lipis raub)
tekeh - sekeh/ketuk/ pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak
dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie
Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie,
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal
giler!)


U


V


W
Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.


X


Y
Yas - kata seruan - macam itu


Z-







PERHATIAN ORANG LIPIS
Kalau ada tambahan sila KOMEN di bawah . terima kasih

AddToAny