responsif teks foto

Rabu, 14 Januari 2026

Budi Madani 2026

 

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.


Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Semak kelayakan dan tarikh bayaran bulanan subsidi diesel di portal rasmi,
https://budidiesel.gov.my/.

Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup.

Budi Madani Diesel ialah program subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan layak memiliki kenderaan diesel serta syarikat pertanian atau komoditi.

Kategori Penerima

 

 




Selasa, 13 Januari 2026

Syabas...Siti Nurhaliza.

 

Siti Nurhaliza berjaya kerana gabungan bakat, disiplin, strategi dan akhlak yang konsisten sejak awal kerjaya. Antara faktor utama:


1. Bakat vokal luar biasa
Suara Siti kuat, merdu, stabil dan “timeless”. Dia boleh nyanyi lagu tradisional, pop, balada, komersial hingga lagu keagamaan, jarang penyanyi ada julat seluas ini.


2. Disiplin & kerja keras
Dari awal lagi Siti dikenali sangat berdisiplin: jaga suara, tepat masa, komited latihan dan hormat kru. Konsistensi ini buat industri percaya dan terus sokong dia.


3. Imej bersih & berakhlak
Dalam dunia hiburan yang penuh kontroversi, Siti hampir tiada skandal. Imej sopan, merendah diri dan beradab buat dia diterima semua lapisan masyarakat kanak-kanak sampai orang tua.


4. Bijak pilih lagu & pasukan
Lagu-lagu Siti mudah diterima ramai, ada nilai emosi dan kualiti. Dia juga dikelilingi komposer, penerbit dan pasukan yang kuat dari segi strategi jangka panjang.


5. Adaptasi dengan zaman
Dari kaset, CD, TV, hingga media sosial dan platform digital, Siti sentiasa relevan. Dia tak lawan perubahan, tapi guna perubahan untuk kekal di hadapan.


6. Sokongan keluarga & akar budaya
Latar belakang kampung, didikan keluarga dan nilai tradisional buat Siti kekal “grounded” walaupun berada di puncak populariti.


7. Jenama peribadi yang kuat
Nama “Siti Nurhaliza” sendiri jadi simbol kualiti, profesionalisme dan kebanggaan Malaysia, bukan sekadar penyanyi, tapi ikon.


Ringkasnya:
Siti berjaya bukan sebab bakat semata-mata, tapi kerana bakat + sikap + strategi + konsistensi. Itu yang buat dia bukan sekadar popular, tapi bertahan 30 tahun.

Kredit FB Mohamad Ashik




Rabu, 7 Januari 2026

Durian Premium Malaysia

 

 

LAPORAN KHAS


Durian Premium Malaysia Iaitu Jalan Selamat Petani Musang King & Duri Hitam 10 Tahun Akan Datang


KUALA LUMPUR - Industri durian premium negara khususnya Musang King (D197) dan Duri Hitam (D200) kini berada dalam fasa pembetulan pasaran semula jadi dan bukan kejatuhan struktur. Penurunan harga sejak 2025 berpunca daripada faktor saintifik dan ekonomi yang boleh diukur bukan kegagalan petani atau kemerosotan permintaan jangka panjang.


Menurut data agronomi iaitu durian premium mengambil masa 6 hingga 8 tahun untuk mencapai tahap pengeluaran ekonomi dengan tempoh produktif optimum sehingga 25 tahun. Fenomena hasil tinggi-rendah (alternate bearing) adalah sifat semula jadi pokok durian dan memberi kesan langsung kepada bekalan tahunan.


“Turun naik hasil dan harga adalah kitaran biologi dan pasaran juga bukan krisis luar biasa,” jelas pemerhati industri.


Lonjakan penanaman Musang King antara 2015 hingga 2020 kini mula menunjukkan kesan apabila ribuan hektar pokok memasuki fasa matang serentak. Anggaran menunjukkan keluasan Musang King berkembang sekitar 8–12 peratus setahun manakala Duri Hitam sekitar 5–7 peratus setahun.
Keadaan ini menyebabkan lambakan bermusim dan tekanan harga di peringkat ladang terutamanya bagi ladang yang beroperasi dengan kos tinggi dan pengurusan tidak cekap.


Berdasarkan analisis kitaran komoditi iaitu eksport serantau dan kapasiti pemprosesan dan pasaran durian premium dijangka melalui tiga fasa utama:-


Musang King (D197)
1. 2026–2027: RM8–RM15/kg (tekanan lebihan bekalan)
2. 2028–2030: RM18–RM28/kg (penstabilan pasaran)
3. 2031–2035: RM25–RM40/kg (ladang berkualiti tinggi)
Duri Hitam (D200):
1. 2026–2027: RM10–RM18/kg
2. 2028–2030: RM22–RM35/kg
3. 2031–2035: RM30–RM55/kg


Harga tertinggi dijangka hanya dicapai oleh ladang yang memenuhi piawaian kualiti, konsistensi rasa dan pengurusan kos cekap.


Pakar menegaskan empat langkah kritikal perlu diambil segera:-
1. Pengurusan kos berasaskan sains iaitu sasaran kos pengeluaran tidak melebihi RM6–RM8 sekilogram.
2. Fokus kualiti dan bukan kuantiti iaitu pasaran premium menolak sehingga 30 peratus buah yang gagal spesifikasi walaupun varietinya betul.
3. Pemprosesan hiliran wajib iaitu sekurang-kurangnya 30–40 peratus hasil perlu disalurkan ke produk sejuk beku atau pulpa bagi menstabilkan harga.
4. Diversifikasi varieti & pasaran iaitu mengurangkan risiko monokultur dan kebergantungan kepada satu saluran jualan.
Pemerhati industri sepakat bahawa kejatuhan harga semasa adalah proses penapisan semula jadi pasaran. Ladang berkecekapan tinggi dijangka terus bertahan manakala operasi berisiko tinggi akan tersingkir.
Kesimpulannya, masa depan durian premium Malaysia tidak ditentukan oleh satu musim harga rendah tetapi oleh keupayaan petani menyesuaikan diri dengan data, sains dan realiti pasaran global.




Jumaat, 26 Disember 2025

Sistem My kasih guna alamat e-mel

 

 
 
 
MAKLUMAN PENTING PENERIMA MYKASIH


Mulai sekarang, Sistem MyKasih tidak lagi menggunakan nombor telefon untuk log masuk.
Log masuk akan menggunakan alamat e-mel.
Tetapan e-mel WAJIB dibuat sebelum 31 Disember 2025
 

Langkah mudah tetapan e-mel MyKasih 👇
- Log keluar akaun MyKasih
- Kemas kini aplikasi MyKasih di Google Play Store / tetapan telefon masing-masing
- Log masuk semula menggunakan No. Kad Pengenalan
- Pilih “Tetapkan Sekarang” apabila paparan tetapan keluar
- Masukkan alamat e-mel yang aktif
- Semak e-mel dan klik pautan pengesahan
- ✅ Tetapan berjaya
Perhatian: Sila buat tetapan awal bagi mengelakkan sebarang gangguan akses akaun.



Jumaat, 12 Disember 2025

Kaedah Pengunaan EM Activated Solution(EMAS)

 

EM dapat mengalakkan gandaaan mikroorganisma bermanfaat dan menjadikan tanaman dengan pengeluaran yang berkualiti dengan tumbesaran yang optima.

  • Mengalakkan pertumbuhan, pembungaan, buah, dan kemasakan dalam tanaman.
  • Memperbaiki secara fizikal, kimia, dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen patogen tanah dan serangga.
  • Memperbaiki proses fotosintesis pada tanaman
  • Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
  • Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak.

Kaedah Pengunaan  EM Activated Solution

Pastikan bekas yang ingin digunakan adalah bersih
Isikan bekas dengan mengikut sukatan 10 liter air yang betul tanpa klorin
Tambahkan kadar  200 ml EMAS bersama dengan 200 ml molasses  dengan 10 liter air tanpa klorin tadi
campurkan ini harus ditutup rapat dan simpan di temppat gelap
selepas HARI ke 7 EM AKTIF boleh digunakan.




Ahad, 30 November 2025

Boleh Ukur baja NPK

Cili 1

Nitrogen (N). Boleh menggalakkan pertumbuhan tanaman dan meningkatkan hasil. Jika berlebihan, ia boleh menyebabkan pertumbuhan berlebihan tanaman dan menjejaskan kualitinya.

Fosforus (P). Boleh menggalakkan pertumbuhan akar tanaman, meningkatkan pengangkutan dan penyimpanan produk fotosintesis, dan meningkatkan ketahanan tekanan tanaman. Jika berlebihan, dalam boleh menyebabkan pengumpulan fosforus tanah dan menjejaskan aktiviti mikroorganisma tanah.

Kalium (K)). Boleh menggalakkan fotosintesis dalam tanaman dan meningkatkan daya tahan tekanannya. Jika berlebihan, ia boleh menjejaskan penyerapan dan keseimbangan unsur-unsur lain di dalam tanah.

Secara ringkasnya, pembajaan yang munasabah perlu dijalankan mengikut piawaian kandungan ammonia, fosforus dan kalium dalam tanah untuk memastikan keperluan pertumbuhan tanaman dipenuhi dan untuk meningkatkan hasil tanaman dan penurunan kualiti yang disebabkan oleh pembajaan yang berlebihan. Oleh itu, pembajaan perlu dijalankan mengikut piawaian kandungan nitrogen, fosforus dan kalium tanah untuk mencapai pembajaan saintifik dan meningkatkan hasil dan kualiti tanaman.

Piawaian Nitrogen, Fosforus dan Kalium dalam tanah
Piawaian untuk kandungan nitrogen, fosforus dan kalium tanah berbeza-beza bergantung pada jenis tanah dan permintaan tanaman, tetapi tinjauan tanah kebangsaan kedua (data terkini pada tahun 2025) menyediakan piawaian penggeredan universal: terdapat dalam nitrogen (30-150mg/kg), fosforus berkesan (3-40 mg/kg) dan kalium tersedia (30-200mg/kg).

 
 Bacaan dilapangan.


 
Universal: Terdapat dalam nitrogen (30-150mg/kg), fosforus berkesan (3-40 mg/kg), dan kalium tersedia (30-200mg/kg).
(Nitrogen) tak boleh kurang dari 30 mg/kg. – tak boleh lebih dari 150mg/kg
(Phosforus) tak boleh Kurang dari 3 mg/kg. – tak boleh lebih dari 40 mg/kg
(Kalium)  tak boleh kurang dari 30 mg/kg. – tak boleh lebih dari 200mg/kg


 
 
 
 


Sabtu, 15 November 2025

Karnival Aspirasi Pahang Lipis 2025

 

 
Jom datang meriahkan Karnival Aspirasi Pahang1st Lipis yang akan berlangsung pada
21–23 November 2025 (Jumaat, Sabtu, Ahad) di Padang Awam Kampung Gua, Lipis
Tiga hari penuh dengan pelbagai aktiviti untuk keluarga, anak muda, warga emas — pendek kata, memang ada sesuatu untuk semua orang.


Sepanjang karnival, pengunjung boleh menikmati permainan rakyat, aktiviti sukan, pameran agensi kerajaan, jualan Rahmah & Agro MADANI, serta pelbagai aktiviti menarik dari pagi sampai malam. Karnival ini juga membawakan artis undangan khas pada malam Pentas seni iaitu Dato Jamal Abdillah dan Apex Tajudin. 


Anak-anak pun tak bosan — ada Petting Zoo, sauk ikan, gol & panah, dan Kahoot Game
Pendek kata — datanglah bersama keluarga dan kawan-kawan.
Makan ada, hiburan ada, permainan ada, hadiah pun ada.
Masuk pun percuma!


Jadi, kosongkan jadual hujung minggu tu dan jom sama-sama memeriahkan Karnival Aspirasi Pahang1st Lipis 


Kita jumpa di Padang Awam Kampung Gua, Lipis

 

AddToAny