responsif teks foto

Rabu, 27 April 2022

Penutupan Sementara Laluan Jalan Betau – Lembah Bertam Cameran Highland

 



Status Laluan : Penutupan Jalan Persekutuan secara sementara diantara seksyen 18650 seksyen 19650
Tempuh Penutupan : 30 April 2022 sehingga 30 Mei 2022 (sebulan)
Masa Penutupan : 03:00 PM
Laluan Alternatif : Merujuk kepada peta yang dilampirkan 

Laluan Alternatif
Dari Simpang Pulai ke Gua Musang melalui Laluan 185.

2 jam 24 min (155 km)
2 jam 24 min mengikut trafik semasa

1. Tuju ke timur
2. Belok kanan ke arah Jalan Simpang Pulai-Lahat
3. Belok kiri ke Jalan Simpang Pulai-Lahat
4. Teruskan perjalanan
5. Belok kiri ke Jalan Merapoh - Gua Musang/Laluan Persekutuan 8/Lebuhraya Kota Bharu - Gua Musang/Laluan 8
6. Teruskan ke Jalan Besar
7. Tiba di lokasi: Gua Musang

Untuk mendapatkan laluan yang terbaik dalam trafik semasa, lawati https://maps.app.goo.gl/ccnfuBtnqESCTEXu9


Selasa, 26 April 2022

Bayar zakat fitrah Negeri Pahang secara ‘Online’

 


Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Asal kadar zakat fitrah adalah satu sha? (gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuh iaitu 2.751 kg bersamaan RM 7.00. 

Kalkulator Zakat Fitrah.

https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/fitrah

Bayar Zakat secara mudah tanpa keluar rumah sungguh senang dan mudah. Mengunakan Sistem Pembayaran - FPX

https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/




Jumaat, 22 April 2022

Penutupan sementara jalan 8 Padang Tengku - Kuala Lipis.

 

Jalan Alternatif Kampung Gua- Kampung Berembang




Adalah dimaklumkan bahawa Kontraktor projek Central Spine Road [CSR] seksyen 3J - Kg Seberang Jelai ke Kg Relong, Pahang akan melaksanakan kerja-kerja pelancaran rasuk pada:

Tarikh : 25&26 April 2022
Masa : 8.00 pagi - 10 malam

Segala kesulitan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak JKR Lipis di talian 09-3124040/4041
Harap Maklum

Terima kasih
JKR Daerah Lipis



Khamis, 21 April 2022

Pendaftaran Anggota Tentera Tak Berpencen

 


Pendaftaran dan Pengemaskinian Data Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen dan Balu Veteran ATM Tidak Berpencen.

Veteran ATM Tidak Berpencen (VTB) dan Balu Veteran ATM Tidak Berpencen (BVTB) akan menikmati Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350.00 (Dibayar secara berperingkat hingga Dis 22) dan Bantuan Raya Aidilfitri sebanyak RM250.00.

Kepada Anggota Tentera Tak Berpencen boleh Semak Data 'Veteran tidak Berpencen' dalam Portal seperti di Link bawah.

https://daftar.jhev.gov.my/daftar/

Untuk kemaskini maklumat, sila hubungi CALL CENTER JHEV ATM di talian 03 26976600 atau hantarkan dokumen berikut ke talian WHATSAPP JHEV ATM di 019 2559725.




Selasa, 12 April 2022

e-pemula RM 150 'Claim Now'

 


Tolong maklumkan pada anak-anak berusia 18-20 tahun atau Student U untuk claim e-wallet RM150 dari kerajaan.

Tuntutan boleh dibuat bermula hari ini 11 April sehingga 1 Jun 2022

RM150 boleh claim di mana-mana platform berikut:
  • BigPay,
  • GrabPay,
  • ShopeePay, dan
  • Touch ‘n Go eWallet
Info lanjut claim RM150 ePemula,

https://bantuanrakyat.my/epemula-rm150/

atau


Bantuan RM150 Touch ‘n Go E-Wallet 2022 : Cara Tebus Dan Pendaftaran ePemula

Isnin, 11 April 2022

PAIP memperuntukkan RM36.2 juta menangani masalah air di Lipis.

 


Pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah mengenal pasti 7 ‘hotspot' yang kerap mengalami masalah bekalan air di Lipis. Sehubungan itu, pihak PAIP memperuntukkan sebanyak RM36.2 juta bagi menjayakan inisiatif ini.

Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah menaiktaraf sistem agihan air di Loji Rawatan Jelai dengan kos pembinaan RM15.8 juta yang bakal memberi impak positif kepada 6,378 akaun.

Fasa pertama telahpun siap dan fasa kedua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2022. Fasa pertama telah memberi impak di kawasan-kawasan hotspots di Sg Kerpan, Cheneras Jaya, Maktab Perguruan Ampuan Afzan, Sekolah Sri Lipis, Flat Tempoyang, Kuarters Kerajaan Batu 3, Jeram Bungor dan Kuala Lanar. Kapasiti Loji Jelai ini telah dapat dinaikkan dari menghasilkan 500m3 sejam kepada 1000m3 sejam air terawat. Kenaikan kapasiti 100 peratus.

Terima kasih juga kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana banyak membantu mengatasi masalah bekalan air di Lipis dengan menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM111 juta.

Perancangan untuk mengatasi masalah air di daerah lain juga kini sedang diperincikan dalam masa terdekat. Saya yakin segala perancangan yang diatur ini dapat memberi keselesaan berpanjangan kepada rakyat pada masa akan datang.

Sumber FB :  Wan Rosdy bin Wan Ismail

Ahad, 10 April 2022

Bantuan Prihatin Pahang 2022

 




HAMPIR 300,000 PENERIMA BAKAL NIKMATI BANTUAN PRIHATIN PAHANG 2022

Saya baru sahaja umum bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula April hingga Julai.

Bantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama iaitu:
  • Pelajar dan Anak Muda
  • Golongan B40
  • Kluster Umum
  • Kluster Apresiasi.
Antara bentuk bantuan yang bakal diterima termasuk:
  • Tunai RM200 - untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM. 
  • Tunai RM100 - untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.
  • Tunai RM300 - untuk penggiat di media sosial.
  • 160,000 Kotak Aidilfitri - untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.
Alhamdulillah, kemampuan menyalurkan BPP ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini. 

Ini hanya sebahagian. Kerajaan Negeri Pahang akan terus mengusahakan yang terbaik demi memelihara kebajikan rakyat di era pasca pandemik ini.

"rujuk poster di atas untuk perincian Bantuan Prihatin Pahang 2022 lebih lanjut..."


Jumaat, 8 April 2022

Wakaf Pondok Warga Emas di Lipis




WAKAF BAGI MEMBINA PONDOK WARGA EMAS PITTM (PERTUBUHAN INSTITUT TADBIR TALAQQI DAN MUSHAFAHAH)

DITUBUH

Di tubuhkan pada 14 Mac 2011 yang lalu

Pertubuhan Institut Tadbir Talaqqi Dan Mushafahah ataupun lebih dikenali dengan nama ringkasnya, PITTM, adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membina sebuah penempatan berasaskan pendidikan agama Islam.

PENDAFTARAN

PITTM yang juga digelar Pusat Islam kuala Lipis (PIL) yang telah berdaftar dengan Pertubuhan Malaysia. Ia telah membina sebuah penempatan ataupun pusat mendalami ilmu agama Islam yang diberi nama Madrasah Tilawah Quran (MDQ).

PENEMPATAN

Madrasah Tilawatul Quran (MDQ) telah dibina di atas tanah wakaf yang beralamat di lot 2924, KM 3, Jalan Utama Kechau, Bandar baru Kuala Lipis, 27200 Kuala Lipis.

TUJUAN

1. Tempat pembelajaran ilmu agama Islam bagi

kumpulan :
  • Komuniti setempat, Malaysia dan antarabangsa
  • Mualaf , orang Asli / Pribumi, warga emas,
  • Anak-anak Yatim, fakir miskin / gelandangan dan musafir.
2. Tempat berteduh bagi yang memerlukan.

3. Rakan MERCY, BENGO, KEMAHANG CARE

4. Menyebarkan dakwah kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa

5. PITTM mengambil model YADIM, iaitu badan bagi pengkaderan pendakwah orang asal. PITTM akan menjadi pusat latihan Daie (pendakwah) dari kalangan orang asal. Bakal Daie akan dilatih kursus asas daie. Ini termasuk kursus fardu Ain.

Setakat 15-10-2020 ini, alhamdulillah, kami telah berjaya menyiapkan pembinaan sebuah surau. Sekarang tengah mengumpul dana bagi menyiapkan asrama dan pondok warga emas.

Dapatkan maklumat lanjut di

https://forms.gle/pPxPWxXzmh5pLpVG8




Rabu, 6 April 2022

Tahniah Dato Seri Siti Nurhaliza

 

Siti Nurhaliza Top 100 Most Awarded Musician of All- Time


Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time

Top 100 Pemuzik Paling Dianugerahkan Sepanjang Zaman, yang ke-27 dengan 329 anugerah. 

Dato' Seri Siti Nurhaliza adalah artis Malaysia berasal dari Kuala Lipis yang paling banyak menerima anugerah sehingga rekod beliau telah dimasukan ke dalam Malaysia Book of Record pada tahun 2001 dan kekal pemegang rekod sehingga kini. 

Antara 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik, 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 anugerah di anugerah Juara Lagu, empat Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards, dua di Anugerah Musik Indonesia dan pemegang dua rekod dalam Book of Records.

 Siti Nurhaliza dianugerahkan Penyanyi Wanita Paling Popular di sini pada penampilan sulungnya pada 1996, kemudian 1997, 1998, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan akhirnya menarik diri.


i-Sayang KWSP

 


Tarikh Dan Jumlah Bayaran i-Sayang KWSP

Tarikh dan jumlah bayaran i-sayang serta apa itu i-sayang, tarikh bayaran, cara nak mohon i-sayang, jumlah bayaran

Disaat rakyat sedang menunggu khabar mengenai pengeluaran sekali bayar KWSP RM 10,000, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan sebuah skim baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Skim itu dikenali sebagai i-Sayang. Sebuah program yang akan memberi kemudahan kepada insan terSAYANG iaitu isteri.

APA ITU i-SAYANG

i-Sayang merupakan kemudahan terbaru yang akan dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan ini telah diperkenalkan pada bulan November 2021 lepas.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk menjamin simpanan pada masa depan.

Menurut pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang ialah

sebuah kemudahan pemindahan sukarela sebanyak dua peratus 2% caruman KWSP ke akaun isteri

TARIKH BAYARAN

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang akan dilancarkan pada

suku pertama 2022

Tetapi, buat masa sekarang belum ada tarikh rasmi berkaitan bayaran akan dilakukan.

CARA NAK MOHON I-SAYANG

Untuk makluman para pembaca, pihak KWSP belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan cara permohonan i-Sayang KWSP.

Sebarang maklumat terbaru akan kami kemas kini dari masa ke masa.

JUMLAH BAYARAN

Sedia maklum bahawa i-Sayang ialah

Pemindahan caruman sukarela daripada akaun suami kepada akaun isteri

Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada isteri ialah dua peratus (2%) caruman

KWSP turut menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta para majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka lebih 11% kadar berkanun



Pengeluaran Khas KWSP Dikredit Mulai 20 April Ini

 


Sejak 1 April lalu, ahli yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk membuat pengeluaran khas, sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Pengeluaran melalui portal khas KWSP itu boleh dibuat sehingga 30 April depan, dimana ahli bawah umur 55 tahun yang memohon akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April.

Pembayaran akan dikredit ke dalam akaun bank simpanan atau semasa dengan ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan di bawah nama sendiri.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pengeluaran khas KWSP pada 13 Mac lalu, bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik bagi memenuhi keperluan mendesak ketika ini.

KWSP juga mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya membuat pengeluaran ini jika benar-benar perlu.





Sabtu, 2 April 2022

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1443H dan Selamat Berpuasa kepada Saudara Muslimin dan Muslimat.

Semoga Ramadhan kali ini, kita semua diampuni segala dosa-dosa kita yang lalu dan mendapat keredhaan dari Allah SWT. Dan mudahan kita menjadi insan yang lebih baik setelah mengharungi Bulan Ramadhan ini.

 

Jumaat, 1 April 2022

Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2022

 



Kemasukan tahun 2022 bagi Pelajar Lepasan SPM 2021

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) di alamat talian berikut:

Semak Sekarang https://pismp.moe.gov.my

Permohonan akan dibuka mulai 15 Mac 2022 hingga 15 April 2022 (11.59 malam)

Hebahan pada anak, sedara, jiran, kawan2.


AddToAny