responsif teks foto

Rabu, 28 November 2018

Isnin, 26 November 2018

JENGKA WONDERLAND

Wow " JENGKA WONDERLAND bakal dibuka tak lama lagi!!! 



keluasan Jengka Wonderland 2.5 kali ganda Kubang Gajah Waterpark Temerloh Pahang..[luasnya..penatlah nak jalan ..]

  • Ada 5 kolam
  • Kolam pantai berombak kedalaman 5'
  • Kolam dewasa/kanak2 gelongsor kedalaman 1.5'
  • Kolam kanak2/baby gelongsor kedalaman 1.5'
  • Kolam permainan bot kedalaman 1.5'
  • Sungai spjg 500m kedalaman 4'
  • Kolam berbumbung dalam proses step by step ye [faham...panas lit2 anak2 nak berendam lama]


  • rumah hobbit ada 3 unit setakat ni..[ya..sewakan..rmh org kerdil katanya]
  • cafe [ air tgn chef terkenal katanya..]
  • tandas mesra OKU disediakan
  • pondok rehat 60 unit setakat ni..
  • meja batu
  • dan...banyak lg...stage busking,joget lambak dll
  • hotel pun ada dlm proses
Tiket MASUK...
-RM15 DEWASA
-RM12 KANAK2
-RM8 WARGA EMAS/OKU

Tarikh akan dibuka ..
AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN. Terima kasih

Panduan Lokasi ;
  • Sebaris JPJ Jengka
  • Belakang Jengka Sport Centre
  • berhadapan Perumahan Mutiara Residence Jengka
  • Laluan ke Pasar Borong Jengka
  • 5 minit dr Uitm Jengka
  • 6-7 dr Pusat Bandar Jengka
  • 40 minit dr exit Tol Chenor
  • 60 minit dr exit Tol Maran
  • [location otw dalam proses...]

BERMULA PADA 5 APRIL 2019 JENGKA WONDERLAND TELAH MULA MENGGUNAKAN HARGA BAHARU TERMASUK ( CUKAI HIBURAN 25 %) SEPERTI BERIKUT :

Dewasa. : RM18
Kanak² : RM15
OKU/W.Emas : RM10

PERMAINAN JENGKA WONDERLAND
  • PADDLE BOAT (percuma)
  • GELONGSOR dewasa + kanak² + baby
  • KOLAM PANTAI
  • KOLAM SUNGAI
  • KOLAM GELONGSOR
  • KOLAM BABY
  • KOLAM PADDLE BOAT

KEMUDAHAN DI JENGKA WONDERLAND

  • Free seating (1000 unit)
  • Gazebo (RM40)
  • Hobbits house (RM65)
  • Cafe
  • Kiosk Makanan
  • Pelampung
  • Locker Sewa
  • Menjual pakaian

HARI BIASA (BEKERJA)
ISNIN - JUMAAT (KECUALI KHAMIS DITUTUP) : 10.30 A.M HINGGA 7.30 P.M
SABTU DAN AHAD : 9.00 A.M HINGGA 7.30 P.M

HARI CUTI SEKOLAH
Dibuka SETIAP HARI: 9.00 PAGI - 7.30 MLM

Booking Hotel Murah di Pahang : https://invle.co/clechgu









Sehari di Jengka Wonderland





Khamis, 22 November 2018

Kelah Masak Tempoyak


Alhamdulillah di Sinar Harian hari ini, saya dihidangkan ikan kelah masak tempoyak, daging salai rusa, udang galah, telur ikan patin dan ayam kampung goreng yang disediakan Restoran Patin Sedap Meletop yang berasal dari Kuala Medang, Lipis.

Terima kasih.

@najibrazak







Ikan Kelah Merah
Harga Ikan Sungai Pahang.

Jumaat, 16 November 2018

Ayam Golek

Sapa-sapa  nak makan ayam golek ..bloeh datang terus.. Lokasi  Berchang  Ayam dah msak.. Siap untuk di jual.. Kalau nk oder pun boleh.. Wsap saja sya.. 0198778215
#‎ayamgolekberchang




Selasa, 13 November 2018

lenyapnya Kesultanan Melayu di Indonesia.



Akibat termakan hasut, Inilah sejarah lenyapnya Kesultanan Melayu di Indonesia.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis  yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis  mula menguasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti komunis  Indonesia.

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan ‘Ketuanan Rakyat’ yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Sultan Langkat 1893-1927
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan Belanda dimainkan kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan dengan 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.


3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat  Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang digelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.

Sultan Deli 1858-1873
Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana.

Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Sultan Ashan 1888-1915
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.

Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima dipejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenerel Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang sama dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.

Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh para  Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana, ditangkap dan di bunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jeneral Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.

Tengku Amir Hamzah, Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit. Beliau tidak lari saat nak dibunuh , beliau berkata ” lari dari binjai patik pantang,Patik ialah keturunan  Panglima, kalah di gelanggang sudah biasa”.

Baca sejarah jatuh nya raja raja melayu di indonesia.  Jangan biarkan sejarah disana  terjadi disini.



Sumber: ipohmalay

Ahad, 11 November 2018

Banjir 2018

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 12.30 tengah hari ini, PPS di Lipis yang beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit dan Balai Raya Kampung Lalang.

"Seramai 15 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di SK Lubuk Kulit manakala sebuah keluarga terdiri daripada lapan orang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Lalang," kata portal itu.
Dalam pada itu, mengikut ramalan cuaca untuk seminggu akan datang, hujan diramalkan turun dengan lebat beserta ribut petir di kebanyakan kawasan di Pahang. Pihak kami menyarankan semua warga Kuala Lipis supaya herhati hati dalam melakukan aktiviti harian. Pantau anak anda dimusim tengkujuh ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga ADUN Jelai melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Kg. Lubuk Kulit, Lipis.

Kampung Lubuk Kulit








Kampung Beletik



Kampung Tembeling

Jambatan Tembeling

Ahad, 4 November 2018

Tone Wow

Tone Group perkenal program pemasaran Tone Wow

KUALA LUMPUR: Tone Group memperkenalkan inisiatif terbarunya, Tone Wow, program pemasaran prabayar mudah alih yang memberi pengguna peluang menikmati perkhidmatan mudah alih disamping menjana pendapatan pasif.
Order dan kekal nombor lama

UNTUK CARI PROSPEK DAN BELI 
SIMKAD NO BARU


Melalui program pemasaran itu, Tone Group menyasarkan tambahan 500,000 ahli baru untuk produk Tone Wow, ditawarkan melalui rangkaian 4G Plus Digi, pada hujung tahun 2019.

Ia turut merancang untuk menawarkan pelbagai lagi produk dan inovasi, serta perkhidmatan dan program pemasaran yang berkaitan untuk memanfaatkan pengguna mudah alih di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Tone Group, Robert Chew dalam kenyataannya berkata pihaknya telah membuktikan menerusi program pemasaran uniknya, syarikat berjaya menunaikan janji untuk memberi pendapatan pasif bulanan yang berulang, sekaligus membantu meringankan beban kos sara hidup ketika ini.

“Ada di kalangan ahli kami telah pun menjadi usahawan sepenuh masa dengan menjalankan promosi program ini. Secara ikhlasnya, kami sentiasa berhasrat untuk memberi ahli kami produk mudah alih yang kompetitif dan servis berkualiti tanpa kompromi.

“Kami percaya produk baru ini akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan kewangan,” katanya.

Tone Group merupakan pengasas program dengan konsep yang sama di bawah jenama Tone Excel International Sdn Bhd (Tone Excel) dan Tone Plus Sdn Bhd (Tone Plus) dan telah bertapak di Malaysia sejak lebih dari 8 tahun.

Pengguna boleh melayari www.tonewow.net untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA

Khamis, 1 November 2018

untuk dapatkan PENDAPATAN RM 4000


Bermodal RM 10... order  Sim Kad Tone Wow.

Plan Data dan Call Sim Kad Tone Wow

Topup RM 30 dapat DATA 5 GB, masa berbual 100 min on net, 30 min all net sah 30 hari.


Toppup RM 60 dapat data 15 GB, masa berbual 150 min all net, sah 30 hari.

DATA dan masa berbual anda yang tidak habis digunakan akan dibawa kehadapan, tidak hangus. Bakinya masih ada dan boleh digunakan macam biasa pada bulan-bulan yang seterusnya.

cepat siaapa yang dapat  klick
Prepaid Digi 


Jika anda topup menggunakan Pin 16 Digit : *123* # SEND

Cara Semak Baki Kredit : *126#

Cara Semak Baki Data :  *128*1*2#

Hari ni satu dah berjaya Register..."
Hari ni satu lagi berjaya Register..."


Boleh Jana Pendapatan hingga RM 4000..⤵️⤵️⤵️



ORDER.......kekalkan nombor lama  Klik sekarang

Hari ini keluar Berita berkenaan Kehebatan Tone Wow...Tunggu apa lagi modal RM 10 
Lihat Berita

AddToAny