boleh ditaman bersama durian |
Selain dari
kelapa sawit dan getah tanaman koko berpotensi untuk ditanam secara meluas di
daerah Lipis. Tanah terbiar yang tidak diusahakan boleh dimajukan dengan
tanaman ini. Kalau diperhatikan
penjagaannya tidak begitu susah, kerjanya sangat santai berbandingkan dengan
tanaman kelapa sawit ataupun getah.
Pihak kerajaan
sangat mengalakan petani menanam tanaman ini sebagai tanaman sampingan berbagai
kempen dan peruntukkan telah disalurkan kepada petani yang berminat. Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah diberikan
peruntukan sebanyak RM12.54 juta
untuk Program Tanaman Baru Koko 2012 dalam membangunkan kira-kira 1,567 hektar
tanaman koko di seluruh. Negara kita perlu mengimport 95 peratus koko dari luar
Negara terutamanya dari Indonesia.
Bajet 2013 pula kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi memperuntukkan hampir RM23.5 juta bagi bantuan tanaman
baru dan pembangunan nurseri koko, selain lada dan kenaf.
LKM
juga akan mempertingkatkan keluasan dan pengeluaran
tanaman koko di mana peserta akan diberikan kursus tanaman koko, insentif baja
dan anak pokok koko di samping khidmat nasihat.
Masalah utama
adalah generasi muda kurang pendedahan dan tidak meminati dengan tanaman
tersebut mereka lebih suka makan
gaji. Masalah peningkatan kos
pembangunan tanaman merupakan cabaran yang perlu ditanggung oleh penanam.
Masalah tanah pusaka yang menjadi rebutan menyebabkan usaha mengkomesialkan
tanaman ini menjadi sukar. Masalah musuh tanaman seperti tupai, babi hutan dan
monyet merupakan cabaran yang memenatkan
sehingga kebanyakan penanam putus asa.
Kerajaan juga
perlu mengalakan pembukaan tanah untuk tanaman ini kepada generasi muda supaya
tidak bergantung pada hasil tradisional milik orang tua.
Harga Semasa
Harga koko berubah-ubah setiap tahun,
bergantung kepada pengurangan atau lebihan biji koko di pasaran dunia. Rekod
harga yang tertinggi adalah pada tahun 1977, iaitu pada harga RM 13,000 se tan.
Pada tahun 2007, purata
harga biji koko kering (SMC 2) di Tawau adalah RM 5,852 se tan, lebih tinggi
berbanding RM 4,992 se tan pada tahun 2006. Purata harga biji koko kering (SMC
2) di Raub pula, adalah RM 6,277 se tan, berbanding RM 5,300 se tan pada tahun
2006.
Harga biji koko
boleh SMS LKM HARGA dan hantar ke 15888 contoh LKM HARGA RAUB SMC1 hantar ke 15888.
Fakta Koko