responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Ahad, 11 Disember 2022

Permohonan keahlian 'Muafakat Nasional' dibuka lebih awal.

 

Presiden Muafakat Nasional 
Tan Sri Annuar Musa

Permohonan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai ahli baharu mula dibuka sejak Sabtu.
Perkara itu dikongsikan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Facebooknya.
Annuar menjelaskan permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal melalui laman web rasmi MN 

di https://muafakatnasional.org.my/


Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berperanan sebagai platform untuk melaksanakan program dan aktiviti kearah memupuk nilai muafakat, mewujudkan keterangkuman tanpa bersifat perkauman, mempromosikan perpaduan ummah dan menjunjung keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

MN berpegang kepada 5 matlamat yang telah digariskan dibawah:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara.

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.






Khamis, 8 Disember 2022

Keputusan PRU 15 DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai.


Keputusan Rasmi  Dun Tioman


Keputusan Rasmi Parlimen Padang Serai 

PN menang besar di Parlimen Padang Serai (16,260), majoriti bertambah 1x ganda berbanding PH 2018 (8,813).

PN kalah tipis di DUN Tioman (-573), majoriti BN berkurang separuh berbanding PRU14 (1,280).

Petanda awal:

1. Tren penolakan PH+BN masih tinggi.

2. Peratusan mengundi rendah beri kelebihan kepada BN (Tioman 58.4%).

3. Undi penentu di tangan pengundi muda dan anak perantauan.

4. Kerjasama PH+BN masih rapuh.

5. Kerjasama PN terus kukuh.

Tahniah dan terima kasih kepada pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab.

Analisis oleh PM Anwar Ibrahim Parlimen Padang Serai.

ni bedah siasat aku utk parlimen pengundi kat padang serai.
pru 14 = 84,834
pru 15 = 132,955
pertambahan 48,121
pru 14 83% 70,134 keluar mengundi
PH 31,724
PAS 22,911
BN 15,449
PRU 15 69% 91,074 keluar mengundi
PH 35,377
PAS/PN 51,637
BN 2983
23k pengundi tegar PAS & pertambahan lagi 20k pengundi baru pindah kepada PN, 15k BN kekal tidak keluar mengundi, 8k pengundi atas pagar dpt ke PN, pengundi PH kekal 32k, bertambah 5k pengundi baru bukan BN.
rumusan
pengundi PH kekal undi PH + 5K baru
pengundi PN bertambah 28k melalui pengundi baru
pengundi BN kekal duduk rumah tidak keluar mengundi.


Kredit FB : Anwar Ibrahim PM Rakyat


Rabu, 16 November 2022

Parlimen 079 LIPIS


P.079 LIPIS

PRU 13 Pengundi : 32,324
PRU 14 Pengundi : 35,294
PRU 15 Pengundi : 47,124

Menang
ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD
BARISAN NASIONAL
Jumlah Undi:17,672
Majoriti : 6,118

Calon:
DATO' SHAHRUM 
PERIKATAN NASIONAL
Jumlah Undi: 11,554

Calon:
TENGKU ZULPURI SHAH BIN RAJA PUJI
PAKATAN HARAPAN
Jumlah Undi: 6,366

Calon:
AISHATON BINTI ABU BAKAR
PARTI PEJUANG TANAHAIR
Jumlah Undi: 263



N.03 PADANG TENGKU

PRU 14 Pengundi : 14,057
PRU 15 Pengundi 19,407

Menang
DATO' MUSTAPA BIN LONG
BARISAN NASIONAL
Jumlah Undi:7198
Majoriti : 507

Calon:
KHAIDER KAMIL
PERIKATAN NASIONAL
Jumlah Undi: 6691

Calon:
RUZI @ NATA BIN YUSUFF
PAKATAN HARAPAN
Jumlah Undi: 1203

Calon:
MOHD ROSTAM BIN MUSTAPHA
PARTI PEJUANG TANAHAIR
Jumlah Undi: 176


N.04 CHEKA

PRU 13 Pengundi : 11,929
PRU 14 Pengundi : 12,585
PRU 15 Pengundi : 16,822

Calon:
HO FONG MEE
BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA
Jumlah Undi: 4411
Majoriti : 1,223

Menang
TUAN IBRAHIM
PERIKATAN NASIONAL
Jumlah Undi: 5634

Calon:
RASID BIN MUHAMAD
PAKATAN HARAPAN
Jumlah Undi:  2255

Calon:
AISHATON BINTI ABU BAKAR
PARTI PEJUANG TANAHAIR
Jumlah Undi: 81



N.05 BENTA

PRU 14 Pengundi: 8,652
PRU 15 Pengundi : 10,895

Menang
DATO SRI SOFFI TAN SRI RAZAK
BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA
Jumlah Undi: 3948
 Majoriti : 1,521

Calon:
RIZAL BIN JAMIN
PAKATAN HARAPAN
Jumlah Undi: 2427

Calon:
CIKGU EMBONG LIAS
PERIKATAN NASIONAL
Jumlah Undi: 1814




 

SELAMAT MENGUNDI SEMUA
19 Nov 2022



Khamis, 10 November 2022

Politk Wang Dalam UMNO


Pencerahan Politik Datuk Zaharin
Amalan politik wang adalah antara budaya buruk yang berlaku dalam parti UMNO. Selain itu, banyak lagi kerosakan yang melanda parti itu dan nasib rakyat bakal tergadai jika UMNO terus memerintah negara.

Ikuti Dimensi bertajuk Politik Wang Dalam UMNO bersama tetamu jemputan, bekas ahli Umno, Datuk Zaharin Mohd Yasin.

You Tube 10 Nov 2022

Bagaimana Politik Wang UMNO Berlaku?



Ahad, 23 Oktober 2022

Mentafsir Statistik Daftar Pemilih PRU15


SPR telahpun mengeluarkan bilangan pengundi mengikut kategori umur seperti yang dilampirkan. Bagaimana untuk kita 'membaca' dan menganalisa data ini dari sudut statistik dan digunakan bagi merencanakan kempen PRU15.

Dalam PRU15 bilangan daftar pengundi yang layak dan dikemaskini terbaru ialah 21,173,637 orang.
Bagi peringkat Negeri, Parlimen dan DUN juga harus memperhalusi data yang disediakan oleh SPR. Dijangka ia lebih lengkap kerana dalam setiap DUN juga ada Pusat Daerah Mengundi (PDM)  masing-masing yang lebih dekat dengan pengundi.

Data SPR peringkat Nasional mengkategorikan seperti berikut:

Umur 18 - 29 tahun: 6,007,978 orang, 28.37 peratus
Umur 30 - 39 tahun: 4,681,348 orang, 22.11peratus
Umur 40 - 49 tahun: 3,645,248 orang, 17.22 peratus
Umur 50 - 59 tahun: 3,027,498 orang, 14.30 peratus
Umur 60 - 69 tahun: 2,277,070 orang, 10.75 peratus
Umur 70 - 79 tahun: 1,093,951 orang, 5.17 peratus
Umur 80 - 89 tahun: 353,631 orang, 1.67 peratus
Umur 90 - ke atas: 86,914 orang, 0.41 peratus

Bagi umur 18 - 29 tahun adalah golongan majoriti melebihi suku daripada daftar pemilih iaitu 28.37peratus  Jika dibuat prorata bilangan yang pertama kali mengundi ialah 2,730,899 orang atau mewakili 45% dari kategori ini.

  
Daripada bilangan ini dianggarkan mereka yang baru keluar SPM dallm 2-3 tahun dan baru terdedah dengan politik dan selalu istilahkan sebagai UNDI 18 ialah sekitar 1,638,539 orang.

Jika dibahagikan kepada 222 kawasan parlimen secara prorata, bilangan mereka ialah sekitar 7380 orang sahaja.  Paling tinggi ialah 10,000 orang dan paling rendah 5,000 orang sahaja.
Kalau dlm satu kawasan parlimen yang terdapat 3 DUN, maka pertambahan UNDI 18 hanyalah sekitar 2,500 - 3,000 orang sahaja.

Kalau terdapat 75 peratus kadar keluar mengundi maka pertambahan dalam peti undi ialah sekitar 2,000 undi. Dikatakan pertandingan 3 penjuru pula, setiap parti mungkin akn bertambah sekitar 650 orang bagi SATU DUN.

Berdasarkan angka statistik dan matematik yang saya lakukan terhadap PRK Cameron Highland, PRK Tanjung Piai dan PRN Melaka dan Johor berasaskan model matematik dan statistik, perkiraan saya tidak jauh dari keputusan sebenar SPR.
 
Oleh itu ramai yang bertanya bagaimana arah pengundian atau pola pengundian UNDI 18, bagi saya ia bukanlah satu angka yang signifikan. Malah ia lebih terarah kepada corak pengundian ibu-bapa. Mereka masih belum mempunyai arah yang jelas.

Bagi kategori umur 18 - 29 tahun ini kita harus memberikan penekanan kepada mereka yang pernah mengundi SEKALI di PRU14 dahulu.

Mereka inilah golongan yang ketika itu baru mula berkerja atau baru keluar dari institusi pengajian tinggi. Tiba-tiba mereka dikejutkan dgn janji PTPTN tak perlu bayar balik. Peluang sejuta pekerjaan disediakan. Anak-anak dari bandar balik ke kampung memberitahu kepada ibu-bapa bahawa hutang Felda dihapuskan 50 peratus..

Jadi golongan ini mempunyai persepsi yang berbagai. Melihat realiti janji populis tetapi tidak ditunaikan. Ia akan dibandingkan dalam kempen PRU15 nanti.

Jika mana-mana parti politik dapat menguasai minda dan memberikan arahan yang betul kepada golongan ini, pasti undi yang besar akan diperolehi. Bagi kategori umur 30 - 39, 40 - 49 dan 50 - 59 adalah 'core people' yang menentukan kemenangan bagi seseorang calon sama ada DUN atau parlimen.

Segmen kategori ini adalah mereka yang telah melalui beberapa kali PRU dan hidup dalam beberapa bentuk kerajaan. Dapat menilai buruk-baik sesebuah parti politik. Bagi kategori 60 - 69 adalah pelengkap undi dan mereka adalah warga emas yang prihatin. Jadi undi mereka adalah emas jika keputusan sangat kritikal.

Kategori umur 70 ke atas dari segi bilangan tidaklah signifikan. Namun kita jangan lupa terdapat seorang calon dan pengundi yang berumur 97 tahun. Beliau adalah salah seorang daripada kategori umur 90 ke atas yang berjumlah 86,914 itu.


Kredit FB Megat Hisemudin Megat Kasim

Ahad, 18 Julai 2021

Rafizi dedah wajah sebenar DAP


Naib Presiden PKR yang bersara, Rafizi Ramli yang suatu masa dahulu menjadi ikon blok pembangkang mendedahkan wajah sebenar rakan parti komponen mereka, DAP dalam satu perbualan tertutup dipercayai dengan rakannya yang dibocorkan kepada Agenda Daily.

Agenda Daily menerima satu emel yang dihantar kepada kami mengandungi satu klip audio mirip suara bekas Ahli Parlimen Pandan itu memberi penerangan berhubung hala tuju DAP dan ideologi politiknya yang mempergunakan pemimpin Melayu demi kepentingan politik mereka.

Untuk rekod, Rafizi baru-baru ini juga berselisih faham dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan secara terbuka dalam Twitter, ia mendapat perhatian umum susulan langkahnya yang dilihat sering bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH).

Dalam klip audio tersebut, Rafizi mendakwa DAP sudah berjaya merosakkan ramai pemimpin Melayu dalam kerjasama politik mereka, ia bermula pada 1990 semasa mereka menjalinkan kerjasama politik dengan parti Semangat 46 yang sudah dibubarkan dibawah gabungan dikenali Gagasan Rakyat.

“Kalau kau perhatikan DAP punya kerjasama politik ni kan, DAP ni dah merosakkan lebih kurang lima atau enam kepimpinan MELAYU tau. Dia kerja dia, dia lompat daripada satu pimpinan Melayu, ke satu pimpinan Melayu, ke satu pimpinan Melayu yang lain.

“Contohnya dia (DAP) mula dulu-dulu dia dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Ku Li lah segala hebatnya. Pastu bila Ku Li dah tak boleh deliver votes (memberi undi) dekat dia, DAP lari,” kata Rafizi dalam klip audio tersebut.

Jelas Rafizi, susulan kegagalan kerjasama dengan Semangat 46 itu, DAP kemudiaannya menjalinkan kerjasama politik dengan PAS pada 2008 bersama gabungan dikenali Pakatan Rakyat waktu itu namun ia tidak bertahan lama dan berlaku perpecahan yang dikatakan berpunca daripada DAP sendiri.






“Pastu bila dia perlu dia (DAP) pergi peluk PAS, dia pergi PAS pulak, haaa bagus lah Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lah, ini lah.

“Dia pun dah jadi parti yang besar sebab orang Melayu duk sokong semua. Dah tu bila dia dah buat hal dia, bila nampak lari sikit, dia menolak PAS. Dengan PKR pun macam tu,” katanya lagi.

Menurut Rafizi lagi, pandangan orang Melayu yang melihat parti tersebut hanya mahu menunggang Melayu adalah tepat dan mendakwa DAP tiada keikhlasan dalam menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan parti Melayu.

“So, pandangan Melayu, which is not wrong (ia tidak salah) tau, DAP ni hanya berminat untuk menunggang Melayu je!

“So, sapa yang, err.. dia tak ikhlas! There’s no sincerity dalam friendship. Sebab tu diorang lagi suka MCA! Dia bukan kira siapa lagi Cina pun. Bagi dia MCA ni tak tikam belakang. And MCA ni nampak lagi ikhlas, boleh bawak berbincang,” terang Rafizi.



Rujukan :


1. Tunku Aziz: Saya dipaksa keluar DAP 'dengan lembut'
https://www.sinarharian.com.my/politik/tunku-aziz-saya-dipaksa-keluar-dap-dengan-lembut-1.51609

2. DAP mahu buka 'sekolah demokrasi'
https://www.malaysiakini.com/news/175086

3. Sekolah Demokrasi: Schooling youths in democracy
https://www.therocket.com.my/en/sekolah-demokrasi-schooling-youths-in-democracy/

4. Lagi gadis Melayu cantik taruhan DAP
https://www.malaysiakini.com/news/268628

5. Bekas aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar sertai DAP
https://www.malaysiakini.com/news/302557

6. A. Samad Said sah akan sertai DAP
https://www.astroawani.com/berita-politik/samad-said-sah-akan-sertai-dap-62321

7. Pakar perlembagaan Aziz Bari sertai DAP
https://www.astroawani.com/berita-politik/pakar-perlembagaan-aziz-bari-sertai-dap-67750

8. Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH
https://www.malaysiakini.com/news/339782

9. Sheikh Omar mampu jadi 'jambatan' perkenal Islam kepada DAP
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/525916/sheikh-omar-mampu-jadi-jambatan-perkenal-islam-kepada-dap

10. Pencalonan Aziz Bari muslihat DAP intai jawatan MB
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/412482/pencalonan-aziz-bari-muslihat-dap-intai-jawatan-mb

11. Wan Ji dilantik pegawai penerangan Guan Eng
https://www.malaysiakini.com/news/396602

12. Mampukah parti ditubuh PasMa pikat pengundi Melayu
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/06/61536/mampukah-parti-ditubuh-pasma-pikat-pengundi-melayu



Isnin, 15 Mac 2021

PAS Lipis sudah sedia hadapi PRU-15





PAS LIPIS SEDIA MENGHADAPI PRU-15 PADA BILA-BILA MASA

PAS sedia menghadapi PRU-15 jika diadakan dalam masa terdekat. Demikian kata Pengarah Jentera Pilihanraya PAS (JPrP) Parlimen Lipis, Tuan Haji Rosli Bin Nabor.

Ditanya media adakah PAS akan bertanding di mana-mana kerusi dalam parlimen Lipis, beliau menegaskan bahawa penentuan kerusi adalah keputusan pucuk pimpinan di atas namun kerja-kerja parti dalam bentuk politik, kebajikan dan dakwah tetap perlu digerakkan.

Beliau menyatakan demikian ketika di sidang media majlis taklimat dan pelancaran jentera PAS peringkat DUN Cheka sebentar tadi.

Turut bersama ketika sidang media iaitu Ust Mohamad Omar Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Cheka dan Sdr Yusri Abd Molok Setiausaha JPrP.

Untuk rekod sebanyak hampir 74% pengundi DUN Cheka adalah Melayu manakala Cina 22% dan bakinya 4% adalah india.

Majlis dihadiri kira-kira 70 orang peserta mewakili Unit Daerah Mengundi (UDM) masing-masing. -14 Mac 2021

Kredit : FB PAS Kawasan Parlimen LIPIS

#GenggamCheka
#pertahankanperikatannasional
#perkukuhkanmuafakatnasional
#santunicheka
#DemiIslam

Jumaat, 31 Julai 2020

Cina Malaysia kena ingat jasa UMNO pada mereka


Melihat perkembangan dua tahun kebelakangan ini semenjak PRU14 pada bulan Mei 2018, nampaknya kaum Cina DAP sudah melampaui batas. Mereka menghina Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Jawi. Melayu tidak boleh lagi berdiam diri dan sentiasa mengalah. Melayu perlu mengingatkan kaum Cina DAP bahawa tanah yang mereka duduk ini adalah Tanah Melayu. - Raja Petra

Selasa, 28 Julai 2020

Najib Bersalah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.



Pendapat Peguam : Datuk Mohd Haziq Pilay





Rabu, 13 Mei 2020

Melayu takut DAP

MENGAPA TUN BEGITU TAKUT KEPADA NAJIB?

Kehadapan Tun Mahathir,

Tadi saya terbaca karangan panjang Tun mengatakan bahawa orang-orang Melayu begitu takut kepada DAP.

Di samping mempertahankan DAP, Tun juga kata bahawa DAP tidak akan menghancurkan Melayu tetapi Melayu akan hancur jika memilih Najib sebagai pemimpin.

Tun juga memanggil pelbagai nama makian dan kejian kepada Najib seperti penyangak, penyamun, kleptokrat dan sebagainya dan menggelar orang-orang Melayu yang menyokong Najib (dan tidak menyokong DAP) sebagai bacul.

Sebenarnya, apabila seseorang mengkeji orang dengan ayat-ayat makian seperti di atas, ia menggambarkan sahsiah orang yang mengkeji tersebut dan bukannya orang yang dikeji.

Dan walaupun pemimpin-pemimpin DAP ada yang terpalit dengan skandal rasuah yang besar namun Tun tidak endahkan hal itu malah melepaskan mereka begitu sahaja.

Bercanggah dengan apa yang Tun katakan, orang-orang Melayu tidak takut kepada DAP, sebab itu mereka berani tinggalkan DAP dan buang mereka (DAP) dari kerajaan.

Ini adalah walaupun orang-orang Melayu tahu bahawa DAP mempunyai jaringan taikun-taikun perniagaan dan ekonomi yang besar yang boleh menjaga tembolok segelintir orang-orang Melayu yang berkepentingan ataupun menjatuhkan mereka.

Nasib baik masih ramai pejuang-pejuang orang Melayu yang ikhlas yang bukan berjuang untuk tembolok sendiri.

Tun mungkin lupa apabila DAP berkuasa dalam kerajaan selama 22 bulan, pemimpin-pemimpin mereka secara lebih berani dan terang-terangan menyemarakkan prejudis dan api perkauman dan telah menghina orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu dan Agama Islam, mempersoalkan hak-hak orang-orang Melayu dan status Agama Islam dalam Perlembagaan, menerukkan Islamofobia, menakut-nakutkan bukan Melayu kepada tulisan jawi, mengagung-agungkan Chin Peng dan menggelar pengganas komunis sebagai pejuang, dan banyak lagi perkara yang memburukkan kebencian di antara rakyat. 

Orang-orang Melayu yang menentang perbuatan dan hasutan-hasutan di atas tersebut tidak bacul, malah sebaliknya orang-orang yang membiarkan sahaja perkara-perkara di atas berlaku di bawah hidung mereka itulah sebenarnya yang bacul.

Dan amat mengecewakan orang-orang Melayu apabila orang yang tidak berani tinggalkan DAP adalah Tun. 

Mungkin sebab kroni-kroni yang menjaga kepentingan Tun adalah taikun-taikun yang sama yang menyokong DAP.

........

Tun juga kata British tidak pernah menawan Tanah Melayu malah orang-orang Melayu kononnya yang telah menjemput British untuk menjadi penasihat mereka.

Kenyataan Tun ini bukanlah fakta kerana orang-orang Melayu tidak pernah menjemput British untuk menjajah mereka mahupun menjadi sebagai penasihat.

British telah datang dengan kapal perang dan meriam dan berunding dengan Belanda untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada mereka (British) tanpa dijemput oleh orang-orang Melayu.

Tun juga kata bahawa kita telah memboikot barangan British dengan kempen "Buy British Last" pada tahun 1981 apabila Tun menjadi Perdana Menteri kerana British telah terbangkan pesawat Concorde di ruang udara tanpa izin Malaysia.

Namun ini bukanlah sebab dan fakta sebenar kerana apa yang Tun tidak beritahu ialah pada masa yang sama ketika itu Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun telah mengalami kerugian sebanyak beratus-ratus juta ringgit akibat kegagalan "perjudian" spekulasi harga bijih timah oleh Tun di London Metal Exchange kerana tindakan kerajaan British yang menganggap Tun cuba menipu mereka dengan spekulasi harga hadapan bijih timah.

Walaupun ianya salah Tun, Tun marah kepada mereka dan memboikot barangan mereka.

Dan apabila Malaysia mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah pada tahun 1997-1999, Tun cepat menyalahkan penyangak matawang yang telah menyerang sistem kewangan negara.

Namun apa yang Tun tidak beritahu ialah mereka telah menyerang kerana sistem kewangan negara yang lemah di bawah pentadbiran Tun pada ketika itu di mana pentadbiran Tun juga terlibat dalam spekulasi matawang dan menipiskan rizab Bank Negara.

........

Saya tidak faham mengapa Tun begitu takut dengan Najib.

Tun tidak perlu salahkan Najib atau mengkeji Najib lagi. 

Tun tentunya sedang marah kerana anak Tun iaitu Mukhriz baru ditendang sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua.

Namun Tun mungkin lupa bahawa Najib bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO dan tidak ada kena mengena dengan penyingkiran Mukhriz oleh ADUN-ADUN Kedah semalam.

Setelah sekian lama Mukhriz bergantung kepada Tun dalam kerjaya politiknya, kini tiba masanya dia perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bertongkat lagi.

........

Saya cadangkan dalam bulan Ramadan yang berkat ini supaya Tun banyakkan amal dan jauhkan dari mengkeji orang lain.

Saya lihat Tun dan DAP kini saling suka menyukai, oleh itu mungkin DAP akan menjemput Tun dan Mukhriz untuk masuk ke parti mereka jika Tun dua beranak ditolak oleh Bersatu.

Namun saya harap Tun tidak tunduk atau akur kepada DAP.

Cukuplah selama ini mereka menggunakan segelintir orang-orang Melayu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Negara tidak akan stabil dan tidak akan maju dengan prejudis perkauman yang disemarakkan oleh DAP.

Dahulu kita pernah ditipu oleh penjajah British. Kini pada pengakhirannya janganlah kita ditipu oleh DAP pula.

Ikhlas,
ISHAM JALIL
13 Mei 2020Tun Mahathir 

Sabtu, 18 Januari 2020

Keputusan di Parlimen Kimanis

  • Seramai 29,664 pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis
  • Peratus Keluar Mengundi 79.92 peratus
  • Undi yang ditolak 320 undi

cerita dari Lipis PRK Sabah
Datuk Mohamad Alamin

Keputusan Rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kimanis, selepas selesai kiraan 70 peti undi menyaksikan Datuk Mohamad Alamin (BN) memperoleh 12,706 undi, menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, yang mendapat 10,677 undi undi. Majoriti 2,029 undi jauh lebih tinggi dari PRU 14.

Isnin, 2 Disember 2019

Mengingati Perjanjian Damai 1989.

TARIK KEWARGANEGARAAN MEREKA..!

Salah satu syarat Perjanjian Hatyai 1989 adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mesti berikrar taat setia kepada YDPA. Taat setia di sini bermaksud semua anggota tersebut hendaklah turut sama berhenti mempromosi atau mempertahankan ideologi dan perjuangan PKM kerana antara tujuan komunis dahulu adalah bagi menggulingkan YDPA dan kerajaan baginda yang sah.

cerita dari Lipis HatYai
Peringatan Perjanjian Damai 1989 di Hat Yai.
Dari perjanjian inilah, maka kerajaan akhirnya menawarkan permohonan kewarganegaraan secara one off kepada 338 bekas pengganas komunis yang dilahirkan di Malaysia.

Jadi apabila terdapat reunion di kalangan bekas anggota PKM hari ini yang antaranya bertujuan bagi membuka naratif baru sejarah bahawa perjuangan mereka adalah untuk kemerdekaan, demokrasi, keamanan dan kebebasan, maka secara automatik kesemua mereka sudah melanggar syarat perjanjian yang telah ditandatangani 30 tahun dahulu [1]

Bagaimana kita boleh mengatakan mereka setia kepada Yang DiPertuan Agong jika keparat-keparat ini masih mempertahankan perjuangan yang cuba menggulingkan baginda dahulu?

Tarik semula kewarganegaraan mereka! Penderhaka-penderhaka ini tidak layak berkongsi tanah dengan kita rakyat Malaysia


Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Dataran Austin, Kuala Terengganu



Tan Sri Rahim Noor

Rujukan:

[1]    MalaysiaKini            

[2]    Chin Peng                            

       

Sabtu, 16 November 2019

Live : PRK Parlimen Tanjung Piai


[LIVE] Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Telok Kerang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Sekitar Hari Pengundian Prk Tanjung Piai..


Penyatuan Umah BN PAS MIC MCA
Mat Hassan




Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan meluru ke kawasan penyokong PH kerana mempertahankan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak selepas penyokong Pakatan Harapan mula menyanyikan 'perompak' di pusat pengundian SJK (C) Yu Ming di Pekan





Pengumuman Keputusan Rasmi







Perkembangan PRK P165 Tanjung Piai


Jam 9.00


Jumlah Pengundi 52,986


Peratus Keluar Mengundi                        74.5 peratus    

BN (Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng)         25,466

PH (Karmaine Sardini)                              10,380 

BERJASA(Dr Badhrulhisham Abdul Aziz) 850

GERAKAN (Wendy Subramaniam)           1,707 

BEBAS (Faridah Aryani Abdul Ghaffar)     32 


Majoriti PRK 2019                                      15,086.

Rujuk : Majoriti PRU ke 14  2018               524



Cerita Dari Lipis
Keputusan Jpeg


Tepat jam 0919 malam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan calon BN iaitu Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng yang berjaya memperoleh undi berjumlah 25,466 sebagai pemenang bagi parlimen P165 Tanjung Piai..



Cerita dari Lipis
Kemenangan P 165 Tanjung Piai 

PAS dan MCA

Presiden MCA Dato Seri Wee Ka Siong menyucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS yang membantu calon MCA/Muafakat Nasional sehingga dapat merampas kerusi
di Tg Piai dgn majoriti besar.




Apa Kata Pengundi  Tanjung Piai selepas PRK





Sabtu, 14 September 2019

Lautan Manusia di PWTC

‘Tak pernah tengok lautan manusia seramai ini di PWTC’

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi lautan manusia yang hadir dari seluruh pelusuk tanah air bagi menyaksikan detik bersejarah pemeteraian piagam kerjasama UMNO-Pas hari ini. Pemerhatian mendapati ribuan ahli kedua-dua parti seawal pagi sudah mula bersesak-sesak menuju ke PWTC.

Di segenap penjuru dan tingkat di bangunan itu dipenuhi hadirin hinggakan ia menyukarkan gerak jalan orang ramai. Lautan manusia kebanyakan yang hadir mengenakan pakaian berwarna putih merubah suasana PWTC yang sebelum ini sinonim dengan warna merah.

Hari ini kita melakar sejarah buat pertama kali Pas-UMNO berkumpul bersama di bangunan bersejarah PWTC, kerana memeterai perjanjian kerjasama bersama dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.

Majlis menandatangani piagam ini disempurnakan oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Merdeka, PWTC di sini.

Umno, PAS akhirnya meterai Piagam Muafakat Nasional

 Piagam berkenaan adalah satu dokumen terperinci menggariskan prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi kerjasama dirangka menerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal, yang masing-masing dianggotai 11 dan lima pemimpin bagi setiap parti.

“Bila PH memerintah, segala ego pas & umno down..berpuluh tahun bergaduh akhir boleh bersatu.Terima kasih PH kamu kuatkan Umno-PAS…”





Selasa, 3 September 2019

Sepuluh Bukti Perkauman

Pemuda UMNO menyenaraikan 10 bukti pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang telah mencetuskan api perkauman dan kebencian dalam kalangan rakyat di negara ini.

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pergerakan itu memandang serius dakwaan kononnya pembangkang bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan pimpinan PH yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis.

“Pemuda UMNO berharap pihak polis dan Peguam Negara bertindak tegas tanpa pilih kasih untuk membawa mereka yang mencetuskan api perkauman ke muka pengadilan.

“Setiap rakyat juga wajar menolak mereka yang berterusan membangkitkan kebencian antara kaum demi menyelamatkan negara tercinta Malaysia agar terus kekal aman, stabil dan harmoni walaupun rakyatnya majmuk dengan kepelbagaian agama dan kaum,” katanya.

Pertama Asyraf Wajdi berkata, antara 10 bukti tersebut ialah Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menuduh orang Melayu sebagai pendatang dan mendakwa orang India yang paling awal bermastautin di tanah ini, pada 21 Julai 2018.

Kedua, Exco Kerajaan Negeri Selangor, V Ganabatirau mendakwa serangan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan orang Melayu-Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan serta menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 26 November 2018.

Ketiga, kenyataan bersama menteri-menteri PH di Parlimen selepas tuduhan V Ganabatirau, mengkritik dan menyalahkan pihak polis kerana lewat dan gagal mengawal keadaan serangan ke atas Kuil Sri Maha Mariamman Seafield sehingga hakikatnya membakar api perkauman serta menambah kemarahan orang India.

“Perkara ini menyebabkan seramai 10,000 orang berkumpul di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kedua mengamuk dan melakukan rusuhan sehingga berlaku peristiwa kematian Muhammad Adib pada 26 November 2018.

Keempat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Agenda Penyatuan Ummah di antara UMNO-Pas adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu pada 5 Mac 2019.

Kelima, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ngar Kor Ming mendakwa jika UMNO-Pas berjaya bekerjasama dan membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), maka gabungan itu akan membentuk Kerajaan Taliban seperti di Afghanistan pada 8 Mac 2019.

Keenam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chien Jen bersetuju dan menyokong kenyataan Kor Ming bahawa penyatuan UMNO dan Pas bakal membentuk Kerajaan Taliban sekiranya menang pilihan raya seterusnya telah mencetuskan perasaan takut, rasis dan prejudis dalam kalangan masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam di negara ini pada 9 Mac 2019.

Ketujuh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin mengaitkan insiden pembunuhan tragik di sebuah masjid di Christchurch oleh ekstremis kulit putih dengan penyatuan orang Melayu melalui kerjasama UMNO-Pas untuk menambahkan lagi perasaan perkauman dan prejudis agama dalam kalangan rakyat bukan Melayu dan Islam pada 16 Mac 2019.

Kelapan, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian dalam kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah (9 Ogos 2019)

Kesembilan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi mencetuskan api kebencian dan perkauman dengan mendakwa Kerajaan UMNO dan Pas jika berjaya dibentuk, akan mengambil hak-hak orang bukan Melayu di Malaysia pada 19 Ogos 2019.

Kesepuluh, ialah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy yang mendakwa Malaysia bukan sebuah negara moderat progresif Islam seperti disangkakan pihak luar kerana kaum India telah didiskriminasikan dalam pelbagai cara antaranya hak beragama serta pemusnahan kira-kira 10,000 kuil.

“Walaupun ia kenyataan lama, tetapi keangkuhan Waytha Moorthy untuk tidak mahu meminta maaf dan menarik balik kenyataan dibuatnya kepada media luar negara adalah amat tidak bertanggungjawab dan menzahirkan sifat rasis pimpinan PH,” ujarnya.


Terlalu banyak bukti menunjukan pempinan DAP.... Rasis

Pemuda UMNO


Sabtu, 6 April 2019

Malaysia menarik diri daripada Statut Rome

Ada usaha libatkan Raja-raja tentang kerajaan - Mahathir

5 Apr 2019, 7:02 malam (Dikemaskini 5 Apr 2019, 7:05 malam)
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.

Sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut itu membahayakan negara, beliau pada sidang akhbar di Putraaya, hari ini, berkata kerajaan sedar bahawa ia adalah langkah politik untuk mendapatkan sokongan daripada Raja-Raja.

"Memanglah, sesetengah anggota kerabat diraja mungkin terlibat. Tetapi keseluruhan rancangan ini adalah supaya kerabat diraja di Malaysia menentang kerajaan sekarang.

“Itulah motifnya. Tetapi disebabkan kekeliruan ini dan kekeliruan dalam kalangan Raja-Raja, kami membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf statut berkenaan.

"Kami menarik diri bukan sebab Statut Rome membahayakan kami, sebaliknya disebabkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang, termasuk mereka yang bercita-cita politik. Kami tahu (perkara) ini,” katanya sambil menambah keputusan untuk menarik diri dicapai secara bersama dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Kurang senang

Dr Mahathir yang jelas kelihatan kurang senang, berkata beliau tahu ada percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Harapan dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan isu Statut Rome dengan mendakwa kerajaan telah menyerahkan semua kuasa kepada pihak asing.

"Saya amat terkejut apabila ada orang yang cuba menggunakan penerimaan Statut Rom ini sebagai bukti bahawa kerajaan telah menyerahkan segala-galanya kepada statut ini.

"Tiada satu cara pun untuk mereka ambil tindakan ke atas kita, jika sebagai contoh, kerajaan terdahulu 'bossku curi duit', kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang dan tiada apa juga cara untuk mereka campur tangan,” katanya yang nyata merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

"Tetapi sekarang dalam isu ini, mereka nak cuba nak gunakan untuk memburukkan kerajaan terutama melabelkan saya sebagai pengkhianat kepada bangsa saya.

"Tak apalah, mereka dah label saya pengkhianat. Mereka pengkhianat besar.

“Masa Najib curi duit, jual tanah dan buat macam-macam, mereka tidak tegur satu patah pun. Mereka bersembunyi (dan) saya pun tak tahu di mana, tetapi mereka bimbang tindakan mungkin diambil ke atas mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata memandangkan kerajaannya menjunjung kedaulatan undang-undang dan mahu mengambil tindakan ke atas mereka, pihak ini membangkitkan isu Statut Rome.

"Ini adalah isu politik, bukan persoalan tentang undang-undang, sebaliknya percubaan untuk memburuk-burukkan nama kerajaan ini dan nama saya. Saya tahu kenapa… sebab saya sentiasa tegas dengan pengubahan wang haram.

“Siapa jua yang melanggar undang-undang, kami tak peduli siapa mereka, kami akan ambil tindakan. Kami tak peduli sama ada mereka putera raja atau papa kedana. Itu pendirian kami.

"Tetapi, mereka berjaya menimbulkan kekeliruan dalam minda rakyat kononnya undang-undang ini menidakkan hak orang Melayu dan Raja-Raja. Ini sama sekali mengarut. Mereka tak mungkin datang dan menyingkirkan Raja kita sebab ada tentera yang mungkin telah menembak seseorang. Itu tidak boleh dilakukan,” katanya.

Bunuh orang

Dalam perkara ini, menurut Dr Mahathir, Yang di-Pertuan Agong bukanlah seorang eksekutif atau ketua negara, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat perdana menteri.

"Memanglah, mereka boleh datang dan ambil tindakan ke atas saya. Tetapi untuk apa? Adakah saya akan bunuh orang? Adakah saya akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu?

“Sayalah yang paling membantu orang Melayu lebih daripada sesiapapun sehinggalah saya dikenali sebagai 'Ultra Malay'. Tetapi kini mereka cuba merosakkan imej itu demi memajukan kerjaya politik mereka,” katanya.

Sungguhpun ada pihak beranggapan mereka boleh mencuri tanpa dikenakan sebarang tindakan sekiranya kerajaan tidak menandatangani statut itu, Dr Mahathir berkata kerajaan tetap akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira siapa mereka.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa sekiranya Malaysia menerima Statut Rome, akan wujud kes bertentangan, misalnya berlaku kes hak asasi manusia di negara ini, dan ini akan mengakibatkan Malaysia hilang kebebasannya untuk menggubal dasar serta undang-undangnya sendiri.

Mahathir begitu marah 

"Ini tidak benar. Yang benar adalah kalau kita keterlaluan membuat sesuatu yang dianggap amat buruk sekali. Bagaimanapun, jika kita tidak tandatangani (statut itu) sekalipun, jika kita melakukan perkara yang keterlaluan, seluruh dunia tetap akan menentang kita. Statut Rom hanya terkena kepada kita kalau kita bertindak secara keterlaluan.

"Myanmar contohnya yang tidak menandatangani Statut Rom dan melakukan perbuatan keterlaluan, menyebabkan dunia mengambil pandangan berat terhadapnya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berpandangan serius tanpa apa-apa pengakuan mengenai statut itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan semasa tidak melakukan sebarang tindakan yang keterlaluan, sebaliknya memastikan setiap rakyatnya menikmati kekayaan dan peluang di negara ini yang diagihkan dengan saksama.

Ketika ditanya kenapa beliau begitu marah berhubung perkara itu, Dr Mahathir berkata: "Saya melihat ini sebagai satu cara untuk menconteng arang di muka saya, sebab mereka tahu mereka tidak boleh senang-senang menyingkirkan saya, jadi mereka perlu mencemarkan nama baik saya.

"Sama seperti dulu semasa saya dipanggil Maha Zalim tetapi mereka terima saya sebagai pemimpin mereka.

“Perkara ini berlaku dalam politik, tetapi saya dapati percubaan tertentu ini untuk mendapatkan pembabitan Raja-Raja, untuk mencari pengaruh, supaya Raja-Raja menandatangani sesuatu bagi menentang saya. Dalam hubungan ini, saya fikir saya perlu cakap terus terang... bahawa mereka tidak boleh melakukannya.

"Bukan sebab kami takut kepada mereka, tetapi sebab mereka menggunakan politik ini ke atas orang yang jahil,” katanya.


Tun Mahathir Mohamad
5 Apr 2019

Rabu, 27 Februari 2019

Zailaludin bin Zainol 55


‘Innalillahiwainnahilaihirojiun…’

Dato' Zailaludin bin  Zainol  
1964 - 2019

YH Dato’ Zailaludin bin Zainol dilahirkan pada 13 Jan 1964 di Tasek Gelugor Pulau Pinang, pernah bersekolah rendah di Pulau Pinang dan berpindah ke Sek Men Keb Sungai Koyan mengikut keluarga. Bermula selepas sekolah beliau terus berkecimpung mengikut parti politik UMNO Bahagian Lipis bersama Dato’ Omar bin Osman dengan jawatan AJK Pemuda dan pada Pilihanraya Umum 2004 beliau telah mengikut dan membantu kerjaya politik Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana beliau sangat yakin dengan kebolehan dan kemampuan Dato Wan Rosdy. Selepas persempadanan semula Parlimen Lipis dan Cameron Hingland beliau telah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands hingga ke hari ini, beliau merupakan ahli UMNO yang tegas, komited dan berdidikasi terhadap tugas. Beliau juga merupakan Pegawai Khas MB Pahang dan Ahli Majlis Cameron Highland.
Pada 26 Feb 2019 semasa mengikut kempen Barisan Nasional di Semenyih beliau dikatakan sakit dada dan telah dibawa masuk ke Hospital Kajang dan telah kembali ke rahmatulah pada tengahari itu kerana serangan Jantung. Jenazah belaiu telah dibawa balik dan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Koyan.

Nukilan dari seorang Anak

Hilang satu keberkatan dari seorang abah...
maaf abah...
terima kasih untuk segalanya...
Allah lebih sayangkan abah
moga syurga buat abah
jasa dan keringat abah tak pernah dilupakan walaupun sekecil zahrah
tak pernah melatah walaupun dihina, dikata...
moga fikah boleh warisi segala kebaikan abah untuk orang lain
inshaAllah fikah ingat pesan abah
abah mungkin penat...abah rehat ye...
fikah tau banyak lagi impian abah tak tercapai

Zaty Afiqah Zailaludin

KEPUTUSAN PDM HULU SEMENYIH PRK DUN N24 SEMENYIH

BN              : 1,327
PH              : 597
PSM           : 22
BEBAS       : 25
MAJORITI : 730

PDM hasil sentuhan Arwah YH Dato' Zaila Zainol.. Hadiah buatmu Dato' Zaila

Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Surah Al-Fatihah kepada roh beliau dan kita doakan agar Allah Subhanahu Wata'ala menempatkan rohnya bersama kalangan orang-orang yang beriman. 'Amin..'
Kenangan bersama Dato' Wan Rosdy


UMNO Bahagian Cameron Highland 


Di bawa dari Hospital Kajang ke Sungai Koyan

Tanah perkuburan Sungai Koyan
Bersekolah di Sek Men Keb Sungai Koyan 1981
duduk no 3 dari Kiri.

Jumaat, 25 Januari 2019

Besok... PRK Cameron Highland

Mohd Sani Royan
Oleh : Mohd Sani Royan

Siapa kata China DAP musuh Melayu? Benarkah DAP anti Melayu? Mengapa DAP ambil Melayu menjadi ahli? Demi selamatkan Negara dari ’Sanction’/sekatan ekonomi antarabangsa Melayu UMNO dan ISLAM PAS perlu sokong PH/DAP dalam PRK CH (Cameron Highlands). Dan Sejauh manakah Bahayanya jika BN/Najib kembali berkuasa?

Saya terpanggil untuk mengulas fenomena serangan UMNO terhadap DAP kerana UMNO tahu DAP adalah ancaman kepada hegemoninya sejak sekian lama. Kini jelas kesepakatan DAP , PKR, PPBM dan Amanah (PAN), telah melumpuhkan UMNO dan menghancurkan kekuasaannya yang dinikmati lebih 60 tahun yang lalu. Jadi adakah benar-benar DAP adalah memusuhi Melayu? Atau hanya memusuhi UMNO Kleptocracy dengan tingkahlakunya yang menyeleweng dalam mengendalikan politik domestic negara tercinta ini.

JIka benar DAP memusuhi Melayu mengapa pula mereka menerima keahlian dari kaum Melayu? Kebanyakkan mereka pula adalah terdiri dari intelek Melayu. Tidakkah DAP juga sanggup berkongsi kuasa bersama parti dominan Melayu seperti Amanah dan PKR dan suatu ketika dahulu PAS? Apa yang menjadi persoalan yang lebih besar adalah mengapa orang kuat dan penyokong DAP tegar seperti Robert Kuok dan Vincent Tan membantu kerajaan PH yang rata-rata adalah parti dominan Melayu malah lebih besar dari BN yang hanya di dominasi oleh satu parti Melayu iaitu UMNO dan BN sebenarnya di dominasikan oleh parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan yang rata-rata adalah bukan parti Melayu.

Robert Kuok yang kita tahu pernah memulakan perniagaan perkapalan MISC yang bertaraf MNC (Multi-national Corperation) atau TNC (Trans-national Corp) diwaktu orang Melayu masih belum mampu untuk memimpin sebuah Syarikat bertaraf dunia dan kemudiannya menyerahkan pengurusan MISC kepada orang Bumiputra Melayu dengan bimbingan kerajaan Melayu dan bukankah itu suatu petunjuk jelas bahawa China DAP ini yang kerap difitnah oleh UMNO adalah parti yang bukan anti-Melayu malahan DAP yang dikatakan jahat inilah yang membantu Melayu dalam perniagaan.

Maka di PRK Cameron Highlands (CH) yang kini mencalonkan Manogaran dari parti DAP untuk menjadi calon bagi PH tidak patut di hina dan difitnah oleh UMNO dan PAS sehingga menjatuhkan maruah dan imej DAP dikalangan Masyarakat Melayu Islam (UMNO dan PAS) di sekitar CH. Adakah wajar Pemimpin PAS dan UMNO menggunakan Hadith mengatakan Islam tidak boleh mengundi Kafir sedangkan mengundi Manogaran juga adalah mengundi ketuanya Tun Dr Mahathir PM seorang Melayu dan Islam? Dari segi ethikanya UMNO dan PAS telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik mereka sedangkan taktik muslihat yang mengancam dan menakutkan pengundi seperti ini tidak pernah diajar oleh Nabi ya Kareem. UMNO dan PAS seharusnya tidak menjadi Desperado menyalahgunakan Alquran dan Hadith dalam kempennya. Berselindung dibelakang Agama Islam adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral dan beretika dan membawa bahana dosa yang amat ditakuti / pedih azabnya.
Najib disambut  pempinan PAS setempat


Seperkara lagi yang mungkin berlaku di PRK CH ini adalah ‘’Kidnap’’ atau kuarantin Tok Batin di Pos Betau dan lain-lain Pos berhampiran Pos Pantos (Namun Tok Batin Pos Pantos sahaja yang mudah di dekati) contoh kg adalah di Kg Kerayong 1 dan 2, Kg Tual, Kg Jerangok dan berbelas-belas Kampong orang asal yang tidak diketahui kemana perginya Tok Batin mereka beberapa hari yang sudah. Adakah benar dakwaan YB Fuziah Salleh ini? Mungkinkah ini suatu kebetulan?

Mungkin BN boleh membuli orang asal di CH, atau mereka boleh mengelirukan mereka namun perbuatan mereka ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang syumul. BN gagal menerapkan budaya dan amalan penerapan nilai Islam dalam menguruskan ‘’good governance’’ amal makruf nahi mungkar. Maka seharusnya BN tidak layak lagi memimpin negeri Pahang Darul Makmur dan seharusnya menyerahkan Negeri Pahang kepada PH demi untuk kesinambungan pemerintahan Melayu Islam yang cemerlang. Orang asal Pos Pantos sendiri mengatakan bahawa ‘Apa yang mereka dapat setelah 60 tahun bersama BN? Malah mereka telah dihalau dari Pos Lanai ke Pos Pantos. Mereka tidak di benarkan bercucuk tanam di pantos malahan untuk menanam padi mereka terpaksa mengharungi sungai dengan modal minyak bot 5 gelen untuk ke Lanai mencari rezeki sesuap nasi. Mereka bukan malas tetapi tidak dibenarkan bercucuk tanam di pos pantos kerana dikatakan tanah keliling sudah menjadi milik orang. Mengapakan begitu kejam Kerajaan BN menganiaya mereka? Benarkah ini semua?
sambutan ke atas Najib

Suatu perkara yang menakutkan di PRK CH ini adalah ancaman dari usaha bekas ketua Kleptocracy terbesar negara dan Dunia. DSNajib dilihat begitu aktif walaupon telah dikaitkan dalam banyak baggage penipuan dan penyamunan asset negara. Percubaannya untuk menjadi PM kali kedua seperti Tun M dan kembali berkuasa menjadikan PRK CH bahaya kepada negeri Pahang dan Negara Malaysia. Kemenangan BN akan merangsang kepada kembalinya kuasa Kleptocracy yang tidak disukai oleh kuasa dunia, maka yang jelasnya kuasa dunia seperti AS, Jepun, UK, German dan lain-lain major power besar kemungkinan akan mengambil tindakan ‘’sanction’’/sekatan ekonomi terhadap negara ini. ‘’Sanction’’ akan hanya memberi kesan yang sangat buruk terhadap rakyat miskin dan sederhana. Lihat saja hasil ‘’sanction’’ terhadap Syria, Yemen, yang kesannya puluhan ribu bayi mati kelaparan dan kurang nutrian dan kurang ubat-ubatan tidak kira mangsanya Melayu, China, India, dan Orang Asli. Masihkah kita mahu pemimpin sebegini?

Sebagai Veteren Pejuang Negara dan juga Penggerak Veteren Tentera (GVET) saya menyeru semua tentera dan bekas tentera temasuk Komando Polis VAT69 DAN Gerak Khas , serta kaum Melayu peneroka Felda, kaum orang Asli dan orang asal marilah bersama kami memberi undi dan kemenangan kepada PH/Harapan yang Bersih di PRK CH. Insyallah secebis pangkah anda akan menyelamatkan negara kita dari ‘’Sanction’’ antarabangsa yang bakal memberi kesan yang amat dahsyat kepada negara dan rakyat keseluruhannya. Semoga Alah melindungi kita semua. Amin.

Pertembungan antara Parti



Najib hanya cari sempati

Selasa, 15 Mei 2018

Dato Seri Wan Rosdy Ismail MB Pahang Baru



Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, 60, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang pada hari ini 15 Mei 2018 di Istana Sultan Abu Bakar. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-14 di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Tahniah YAB Dato Sri Wan Rosdy Ismail di atas lantikan tersebut, moga maju jaya.

Salasilah keluarga Dato Wan Rosdy

Ringkasan Salasilah Dato'Wan Rosdy


AddToAny