Pasaran getah Malaysia diunjur meningkat minggu depan memandangkan
ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjadi komoditi
itu lebih murah kepada pembeli.
Peniaga berkata
mata wang tempatan yang rendah menjadikan komoditi itu lebih menarik sekali gus
mewujudkan permintaan baharu dari pembeli.
Bagi minggu
yang baru berakhir, pasaran getah tempatan pada awalnya mencatat prestasi
bercampur-campur namun pada Jumaat ia melonjak ke paras tertinggi, yang pernah
dicatat pada Januari 2014.
Berdasarkan
mingguan, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20
meningkat 95.5 sen kepada 709 sen sekilogram dan susu getah pukal menokok 22
sen kepada 524 sen sekilogram.
Harga penutup
tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 melonjak 111 sen kepada 726.5 sen
sekilogram manakala susu getah pukal naik 22.5 sen kepada 525.5 sen sekilogram.
- BERNAMA