responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

Rabu, 14 Januari 2026

Budi Madani 2026

 

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.


Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Semak kelayakan dan tarikh bayaran bulanan subsidi diesel di portal rasmi,
https://budidiesel.gov.my/.

Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup.

Budi Madani Diesel ialah program subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan layak memiliki kenderaan diesel serta syarikat pertanian atau komoditi.

Kategori Penerima

 

 




Sabtu, 18 Mac 2023

Aplikasi eDesa

 


eDesa adalah satu aplikasi Produk Orang Kita yang Fokus kepada produk & perkhidmatan IKS, bersifat Tempatan, Mesra pengguna dan memberi Keuntungan kepada orang kita.

eDesa memberi fokus kepada kelompok IKS yang terdiri daripada penjual, usahawan & pemilik perniagaan dari kelompok IKS.

eDesa kini telah membuka peluang dan berkembang untuk menerima lebih banyak penjual untuk menjual dalam aplikasi eDesa.

Kategori Produk / Perkhidmatan

Nak Jadi Penjual ?

Anda mempunyai PRODUK/ PERKHIDMATAN IKS yang sedia untuk dipasarkan ?

Anda ingin meluaskan PASARAN produk anda ?

Anda komited untuk KEMBANGKAN perniagaan anda ?

Daftar Sebagai Penjual

Dapatkan di Playstore dan akan datang di Appstore


Isnin, 10 Oktober 2022

Di sebalik Penapis Air Coway

 


Penapis air Coway aku ni dah hampir 8 tahun usia dia... Ni jenis air RO bukan air mineral... Air dia sedap sikit...sempat pakai 5 tahun je.. dan dah hampir 3  tahun tak guna dan terperap kat dapur sebab kontrak dah habis..dan aku tak sambung service tuk tukar filter ..but dia still suruh kita sambung kontrak kalau perlukan service dan new filter cartridge... So bila kita nak beli filter cartridge dan pasang sendiri, coway kata tak boleh.. Depa tak jual.. Kalau nak jugak.. Nak kena ikat lagi kontrak setahun dgn bayaran rm600.... Perggh.. Menyirap betol dengar...machine dah habis bayar.. Suka hati kita lah nak sambung ke tak.. Sebab tak de keperluan tuk sambung kontrak kerana kita sendiri boleh tukar filter tu.. Kenapa nak bayar lagi...? Mahal pulak tu....

Aku ni nama je budak IKM.. tapi otak Engineer... Bab engineering dan modification ni.. Memang aku suka... Mesin basuh kat rumah rosak.. Aku repair.. Jadi ok.. Kipas angin siling tak pusing.. Aku repair sendiri, sekarang dah pusing...tv rosak Repair sendiri....wiring electrical repair sendiri... Last last 3 hari lepas, buka cover machine COWAY ni.. Tengok apa jenis filter cartridge dia pakai.. Rekodkan dengan phone kedudukan filter, sambungan nya... Make sure in out air tu betul... Check kat shoppe, terus beli aftermarket kat shoppe..3 hari barang sampai, terus Pasang, saluran air tu pun beli kat kedai je..dan ON... Alhamdulillah... Setel masalah... Sejuk dan panas still ok walaupun dah 3 tahun tak ON. Ambil sample air, gi bawak test tuk check tahap RO... still ok....



Rupenya filter cartridge ni.. Mana mana brand lebih kurang same jeeee.... Emmphh... So pahni.. Korang beli kat shoppe jeee.. Belambak ada... Coway ke.. Cuckoo ke.. Cinonet  ke.... Cari kat aftermarket jeee... Korang cari filter kat sini  

https://invle.co/cleglll

Ni kang.. Ada budak COWAY NGAN CUKCOO marah aku kang.... Lantak laaaa... Aku memang hangin dah lama dah.....janji masalah aku setel.. Korang tak nak jual kat user!! Aku cari yang aftermarket... Apa ada hal... Bukan susah pun... Boleh pakai gak... 

Hahahahaha... Pandai pandailah korang nak hidup ya...

Tapi kes ni sesuai untuk orang yg dah habis bayar dan tamat kontrak.. Machine tu dah jadi hak milik kita... Kalau masih ada kontrak, teruskan mcm biasa dan byr sampai habis sepertimana kontrak tu... 

Soalan samada aftermarket boleh pakai atau tidak, ori atau tidak... ia tidak menjadi persoalan kerana itu sahaja pilihan yang kita ada...habis tu tak kan nak buang pulak machine tu..betol tak?... Ini isu filter cateridge je pun...

Terpulang pd tuan tuan dan puan puan..

The decision is yours.

To continue with COWAY is OK

Not continue with COWAY also OK and this is my choice...because I LOVE RE-ENGINEERING.

Tak percaya!?... Haa.. Ko tanya sendirik dgn  senah yg dok sebelah rumah jiran sepupu ko sebelah moyang atuk bini dia yg dok kat kg seberang... No 5 jln persiaran 1... Yg rumahnya dok sebelah markas PAS...

Korang cari filter kat sini  https://invle.co/cleglll (filter aftermarket)

Pastikan ada Halal baru beli

Cara pasang tengok dekat setiap gambar di komen



Kredit: Fariez Khair


Sabtu, 17 September 2022

Kenaikan OPR bukan keputusan kerajaan - Tengku Zafrul

 



Kerajaan tidak masuk campur akan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kerana ia ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata OPR ini adalah di bawah Akta Bank Negara 2009 dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan berkaitannya.

“Ramai mengatakan kerajaan lebih utamakan pihak bank (naikkan OPR), OPR ini bukan kerajaan yang buat keputusan, kerajaan tidak masuk campur soal ini (OPR). Itu harus diperbetulkan.

“Kenaikan OPR itu juga tidak kayakan bank kerana mereka juga perlu membayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” kata Tengku Zafrul kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2022 di Kuala Selangor hari ini.






Tengku Zafrul berkata OPR negara kini berada pada tahap 2.5 peratus dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan 75 mata asas sejak Januari lepas.

“Perlu bandingkan dengan OPR negara-negara lain, negara lain naik lebih 225 mata asas tetapi kita masih di tahap 2.5 peratus. Adakah ini tinggi, saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9 peratus dan suku kedua adalah 8.9 peratus.

"Harus juga ingat OPR negara sebelum pandemik COVID-19 adalah sekurang-kurangnya tiga peratus sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif," jelasnya.

Sementara itu dalam ucapannya, Tengku Zafrul yakin ekonomi Malaysia mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rasmi 2022, iaitu di antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus.

“Perkembangan suku kedua yang memberangsangkan ini disumbang oleh inisiatif Bajet 2022, pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi, Bajet 2021, serta dasar monetari yang berhemat," tambahnya.

Selain itu, petunjuk-petunjuk ekonomi terkini turut memberikan gambaran bahawa pemulihan ekonomi negara semakin baik, memberikan indikator yang positif kepada segmen perniagaan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi, katanya.

Kredit :  Bernama


Jumaat, 16 September 2022

Berita gembira buat penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)


BKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Maka hari ini saya mengumumkan:

i. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

ii. Pembayaran berjumlah RM2.2 billion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

iii. Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

iv. Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan di bawah.


Sabtu, 3 September 2022

Jualan Murah Keluarga Malaysia

 

Beras 
Ayam 
Telur

https://invle.co/cldgirz


Jangan lupa untuk mengunjungi KoPKaya Mart Relong Lipis sepanjang promosi ini untuk berlangsung untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20%

Promosi bermula 

03 September 2022- 07 September 2022




Rabu, 3 Ogos 2022

Harga Minyak Masak Tulen

 


Dulu harga cepat naik, bila harga minyak sawit mentah dunia naik, harga lambat sangat turun, bila harga minyak sawit mentah turun... Sekarang Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi jadikan terus barangan kawalan... harga kena turun seminggu selepas pengumuman harga minyak masak turun

Tun Faisal Ismail Aziz

Jumaat, 22 Julai 2022

Jualan Keluarga Malaysia

 

Makluman Program Jualan Keluarga Malaysia pada  23 & 24 Julai 2022(Sabtu & Ahad) bertempat di KoPKaya Mart Cawangan Relong.

Majlis Pelancaran oleh YB ADUN PADANG TENGKU akan diadakan 

Tarikh :  23 Julai (Sabtu) jam 11.00pagi - 12.30Tengahari 

Tempat : Di hadapan kedai KoPKaya Mart Relong.

  • 10 Hamper untuk pelanggan bertuah menanti anda
  • Dapatkan kupon telur percuma semasa anda membeli di KoPKaya Mart pada 20 hingga 22 Julai  2022 (RABU -JUMAAT) di KoPKaya Mart (TERHAD KEPADA 50 KUPON SAHAJA) Dapatkan segera
  • Tebus kupon telur percuma anda semasa Majlis Pelancaran oleh YB ADUN PADANG TENGKU pada 23HB Julai 2022 (SABTU) Jam 11.00pagi.

Isnin, 18 Julai 2022

Permohonan Rumah PPRT 2022

 


Sekiranya anda ingin membaik pulih atau membina rumah baru untuk diduduki dan memerlukan bantuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar  telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Bagaimana cara untuk membuat permohonan PPRT secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU PPRT

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan  bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

KEUTAMAAN BANTUAN PPRT

Permohonan ini diberikan keutamaan kepada:
  • Warga emas
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Ibu/Bapa tunggalyang mempunyai tanggunggan ramai
  • Mangsa bencana yang berskala kecil
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PPRT

Berikut adalah merupakan syarat asas  permohonan yang perlu diikuti:
  • Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem ekasih
  • Diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (Pejabat Daerah)
  • Diperakukan oleh mana-mana agensi KPLB seperti KEMAS, JAKOA, Lembaga KEmajuan Wilayah (KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA, PERDA) atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam bantuan kemiskinan seperti JKM, Baitulmal dan lain-lain.
  • Memiliki tanah sendiri bagi permohonan bina baru. Sekiranya tapak milik orang lain /tanah milik kerajaan, kebenaran guna tanah secara bertulis perlu diperolehi daripada pemilih tanah.
  • Kawasan luar bandar.
 
KATAGORI PPRT

Terdapat 2 kategori bantuan dari PPRT disediakan iaitu:

Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
Syarat bantuan bina Baru:
Tidak mempunyai rumah
Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
Tidak ekonomik untuk dibaiki
Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan

Baik Pulih

Bagi pulih rumah melibatkan 3 element seperti berikut:
Penyelenggaraan
Penambahbaikkan
Requisition
Syarat bantuan baik pulih rumah:
Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah
 
DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang anda perlu sediakan untuk membuat permohonan:
  • Dokumen berkaitan pemilikan harta/tanah
  • Dokumen pendapatan
  • Gambar kad pengenalan (depan & belakang)
  • Gamabr rumah semasa (sekiranya ada)
CARA PERMOHONAN PPRT

Sekiranya anda memenuhi kelayakan diatas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

Layari pautan system eSPKR: https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
Papa paparan utama klik pada Program Perumahan Rakyat Termiskin
Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
Semak kembali sekiranya betul klik pada Hantar Permohonan
 
MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), anda boleh merujuk:

Talian Helpline: 03-8000 8000
Emai: info@ruralink.gov.my



Rabu, 22 Jun 2022

Bayaran Tambahan BKM



Kerajaan memutuskan membuat bayaran tambahan RM50 dan RM100 kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan  menyalurkan bantuan tunai tambahan itu kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

Setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022.








 

Selasa, 12 April 2022

e-pemula RM 150 'Claim Now'

 


Tolong maklumkan pada anak-anak berusia 18-20 tahun atau Student U untuk claim e-wallet RM150 dari kerajaan.

Tuntutan boleh dibuat bermula hari ini 11 April sehingga 1 Jun 2022

RM150 boleh claim di mana-mana platform berikut:
  • BigPay,
  • GrabPay,
  • ShopeePay, dan
  • Touch ‘n Go eWallet
Info lanjut claim RM150 ePemula,

https://bantuanrakyat.my/epemula-rm150/

atau


Bantuan RM150 Touch ‘n Go E-Wallet 2022 : Cara Tebus Dan Pendaftaran ePemula

Rabu, 6 April 2022

i-Sayang KWSP

 


Tarikh Dan Jumlah Bayaran i-Sayang KWSP

Tarikh dan jumlah bayaran i-sayang serta apa itu i-sayang, tarikh bayaran, cara nak mohon i-sayang, jumlah bayaran

Disaat rakyat sedang menunggu khabar mengenai pengeluaran sekali bayar KWSP RM 10,000, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan sebuah skim baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Skim itu dikenali sebagai i-Sayang. Sebuah program yang akan memberi kemudahan kepada insan terSAYANG iaitu isteri.

APA ITU i-SAYANG

i-Sayang merupakan kemudahan terbaru yang akan dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan ini telah diperkenalkan pada bulan November 2021 lepas.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk menjamin simpanan pada masa depan.

Menurut pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang ialah

sebuah kemudahan pemindahan sukarela sebanyak dua peratus 2% caruman KWSP ke akaun isteri

TARIKH BAYARAN

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang akan dilancarkan pada

suku pertama 2022

Tetapi, buat masa sekarang belum ada tarikh rasmi berkaitan bayaran akan dilakukan.

CARA NAK MOHON I-SAYANG

Untuk makluman para pembaca, pihak KWSP belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan cara permohonan i-Sayang KWSP.

Sebarang maklumat terbaru akan kami kemas kini dari masa ke masa.

JUMLAH BAYARAN

Sedia maklum bahawa i-Sayang ialah

Pemindahan caruman sukarela daripada akaun suami kepada akaun isteri

Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada isteri ialah dua peratus (2%) caruman

KWSP turut menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta para majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka lebih 11% kadar berkanun



Pengeluaran Khas KWSP Dikredit Mulai 20 April Ini

 


Sejak 1 April lalu, ahli yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk membuat pengeluaran khas, sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Pengeluaran melalui portal khas KWSP itu boleh dibuat sehingga 30 April depan, dimana ahli bawah umur 55 tahun yang memohon akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April.

Pembayaran akan dikredit ke dalam akaun bank simpanan atau semasa dengan ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan di bawah nama sendiri.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pengeluaran khas KWSP pada 13 Mac lalu, bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik bagi memenuhi keperluan mendesak ketika ini.

KWSP juga mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya membuat pengeluaran ini jika benar-benar perlu.





Khamis, 31 Mac 2022

KWSP : Permohonan Pengeluaran Khas

 


Pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan pengeluaran khas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu, boleh membuat permohonan melalui portal khas.

Bagaimanapun, dana persaraan itu menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan.

Permohonan Pengeluaran Khas akan dibuka bermula 1 April 2022.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Khas di bawah.

Semak Sekarang.

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/




Sabtu, 12 Mac 2022

Membina pendapatan Pasif.


Membuat Blog

Blog adalah salah satu cara paling tradisional untuk membuat duit dalam talian secara pasif. Orang yang suka menulis sesuai bermula dengan blog khusus (niche) seperti blog tentang kereta, permainan video, teknologi dan sebagainya dengan fokus yang sempit supaya dapat menarik khalayak yang tepat dan berdedikasi.

Apabila anda memulakan blog anda, penekanan pada kata kunci yang sangat tepat dengan tumpuan yang sempit adalah penting sebelum meluaskan niche ke kategori lain yang berkaitan. Teruskan menulis artikel yang berkualiti tinggi untuk blog anda supaya dapat membina pengikut yang setia yang akan kembali ke blog anda dengan kerap.

Terdapat beberapa cara untuk membuat wang melalui blog antaranya ialah pautan affiliate yang boleh disertakan dalam setiap artikel anda. Anda juga boleh menjana pendapatan di tapak blog anda menggunakan AdSense dengan meletakkan iklan secara strategik di laman web anda.

Artikel yang ditaja adalah cara biasa digunakan oleh blogger untuk mendapatkan wang daripada penaja tertentu. Anda juga boleh menggunakan blog untuk membina pengaruh anda dan mengembangkannya ke dunia televisyen dan radio.

Buat Blog
https://www.blogger.com/go/createyourblog


Saluran YouTube

Katakan anda pakar dalam mana-mana topik atau mempunyai hobi yang digemari ramai seperti memancing, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk memulakan saluran YouTube. Selebriti YouTuber ialah mereka yang membina pengaruh sendiri melalui penciptaan kandungan video yang menghiburkan atau yang bertujuan untuk mendidik.

Saluran YouTube anda harus menumpukan perhatian pada topik tertentu (niche) jika anda ingin mewujudkan pengikut yang setia. Antara saluran niche yang anda boleh pertimbangkan ialah ulasan permainan video, fesyen, kembara dan lain-lain. Saluran YouTube boleh menjana wang pasif walaupun tidak mempunyai berjuta-juta pelanggan. Potensi pendapatan anda ditentukan bukan sahaja oleh bilangan pelanggan dan tontonan tetapi juga oleh tahap penglibatan anda dan niche yang anda sediakan.

Antara cara anda dapat menjana pendapatan pasif di saluran YouTube ialah melalui pengiklanan, tajaan dan penjualan produk anda sendiri seperti video kursus menulis buku. Anda boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan di saluran YouTube selepas saluran anda melepasi jumlah 1,000 pelanggan dan 4,000 jam tontonan.

Daftar di You Tube
https://www.youtube.com/

TikTok

50 tahun yang lalu, buku adalah cara yang paling popular untuk belajar. 20 tahun lalu, ia digantikan dengan internet dan Wikipedia. Hari ini, semakin ramai orang muda mencari maklumat dalam apa yang pada asalnya dianggap sebagai platform hiburan: TikTok. Kemungkinannya, anda juga menggunakan TikTok - tetapi adakah anda tahu ia juga tempat anda boleh mendapatkan petua kewangan yang berguna?

Pada tahun 2021, TikTok dikatakan telah mengalu-alukan pengguna ke-1 bilionnya. Dengan begitu ramai pencipta dan pengguna, anda boleh menemui semua jenis kandungan pada platform – daripada tarian yang rumit hinggalah kepada orang yang menternak katak di kolam kanak-kanak. Tidak menghairankan, video pendidikan juga telah mendapat populariti: mereka membentangkan maklumat berguna dalam ketulan bersaiz gigitan dan membenarkan pengguna mempelajari sesuatu sambil mereka menatal, tanpa pernah merasa benar-benar belajar

Daftar di Tik Tok.
https://www.tiktok.com/login

Honeygain juga boleh menghasikan pendapatan Pasif.

Jika anda ingin mula menjana pendapatan pasif, Honeygain ialah tempat yang sesuai untuk bermula. Bukan sahaja ia sangat pantas untuk disediakan, tetapi ia juga hampir tidak memerlukan usaha – apa yang anda perlu lakukan ialah memastikan apl berjalan pada peranti Windows, macOS, Linux, Android atau iOS anda (anda boleh mempunyai sehingga 10 peranti aktif setiap akaun!) semasa ia disambungkan ke internet!




Peopleperhourco




Hei, saya telah menyertai rangkaian bernama Peopleperhourco dan memperoleh $25.00! Anda dibayar untuk menguji apl percuma baharu dan menyiarkan di media sosial. Daftar dengan pautan saya dibawah untuk bonus pendaftaran $25 segera


https://peopleperhourco.xyz/8861975538930


 

Khamis, 10 Mac 2022

Website menghasil Wang pasif.

 




Dapat wang $569 USD Paypal = RM 2,369.70 Cara Menghasilkan wang dari Internet Website Pasif Income.
 
Honeygain ialah aplikasi pertama yang membolehkan pengguna menjana wang dalam talian dengan berkongsi sambungan internet mereka. Pengguna kini boleh mencapai potensi penuh rangkaian mereka dengan mendapatkan kembali wang tunai ke dompet mereka!
Ia adalah pendapatan pasif sebenar - dengan mudah!

Muat turun dan Pasang.

Rabu, 9 Mac 2022

Semakan Wang Tak Dituntut

 


Apa Itu Wang Tak Dituntut?

Wang tak dituntut atau WTD merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Contohnya:
  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD.

Contohnya:
  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Semak Wang Tak dituntut
Untuk membuat semakan WTD secara dalam talian. Orang awam boleh membuat semakan pada bila-bila masa sahaja. Untuk kelancaran sistem, orang awam dinasihatkan agar tidak terburu-buru membuat semakan WTD.

Semak Sekarang https://egumis.anm.gov.my/

Rabu, 19 Januari 2022

Peluang Pekerjaan di ECRL

 

Projek Laluan Rel Pantai Timur(ECRL)

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) adalah pemilik projek dan aset Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). MRLSB adalah syarikat bertujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.).

China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) adalah kontraktor Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) untuk Projek ECRL.

Jaringan rel ECRL akan merapatkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan menghubungkan Kota Bharu di Kelantan ke Pelabuhan Klang di Selangor.

ECRL adalah infrastruktur nasional yang akan membantu menghubungkan antara bandar dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam di kawasan luar bandar.

ECRL adalah rangkaian kereta api elektrik yang akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai sebuah infrasturuktur nasional, ECRL akan menghubungkan bandaraya dan bandar-bandar serta menaiktaraf sistem pengangkutan awam dengan rangkaian relnya.

Dengan kelajuan 160km, keretapi penumpang ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan lebih kurang empat jam dari Kota Bharu ke ITT Gombak.

ECRL juga dijangka akan memacu aktiviti komersial, menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsang aktiviti pelancongan di sepanjang rangkaian relnya.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026




Tiada Lagi Perubahan.

Tiada lagi perubahan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas ini, setelah ia dimuktamadkan sepenuhnya dengan paling akhir membabitkan laluan di Selangor iaitu Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Ka Siong berkata, beliau telah menandatangani kelulusan penuh Skim Keretapi Jajaran C2 pada petang Rabu, selepas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengemukakan permohonan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek ECRL.

Mencari Peluang Pekerjaan dan Kerjaya

ECRL menjemput anda untuk menyertai Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL) dan menjalani program latihan kemahiran dalam industri pembinaan rel. Peserta akan ditaja sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

Elaun dan faedah lain akan disediakan. Pelatih yang berjaya menamatkan program ini akan dijamin pekerjaan dan menjadi sebahagian daripada pembinaan projek mega Laluan Rel Pantai Timur sepanjang 665 km ini.

Semak Peluang Kerjaya.

Khamis, 16 Disember 2021

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

 


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan ketika negara dilanda ancaman pandemik, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya termasuklah sebuah skim yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional – Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang bertujuan sebagai pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.

  • Pembelian motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Modal pusingan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);

Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);

Pemohon bukan seorang yang muflis;

Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;

Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;

Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;





Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;

Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;

Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);

Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.


DOKUMEN-DOKUMEN DIPERLUKAN

Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP17);

Gambar pemohon berukuran pasport;

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang;

Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah;

Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;

Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;

Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;

Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;

Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing;

Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir);

Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon);

Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.


CARA MEMOHON

Kepada yang menepati syarat-syarat dan ingin memohon pembiayaan ini, ia boleh dibuat dengan menghadiri mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.

Senarai lengkap alamat cawangan-cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk – SEMAKAN ONLINE

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan kerana itu para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – 

AddToAny