responsif teks foto

Isnin, 30 September 2019

Translation Services ( English-Arabic-German)

Dear Madam/Sir

Hello,

My name is Nasri. I am from Syria. I am 56 years old. I am a Graduate in Economics. I speak fluently English, German and Arabic. My basic principles in life are love, peace and tolerance. I declare herewith my readiness to offer translation services or any other editing services (English-Arabic-German) to you per mail, or per "Whats App", for just some very little money per "Western Union". "Western Union", definitely .. since all banks and other financial institutions in my land Syria are almost totally down and out of service because of the horrible war, except "Western Union", which has branches and offices in all countries and cities around the world, including your country and your city, and where you don't need at the "Western Union" office in your city more than my name and my country to do your transfer, and where you get directly the transfer number (MTCN number), which you send me please then per mail, in order for me to be able to receive this transfer, at the "Western Union" office in my Location (Damascus-Syria), and this is totally simply how the "Western Union" transfer goes on, and it could be really even faster than the bank transfer, since transferring and then receiving the money would not take in whole more than one hour. This horrible and catastrophic war in my poor land Syria, has entered now its 8th year. 

I am actually trying to get any mail or any address I can from net or from any other source, to whom I could send my message. I am really writing to you, dear beloved Madam/Sir, with a sore and depressed lump in the throat. Before about two years, I lost my house, my family and my job, because of the horrible war. I also lost some of my sight during the war, because I used to be directly exposed to a very hot and intensive smoke caused by an explosion of an explosive device a few meters only far from me. This has also caused me a near-chronic partial damage to my lungs and my respiratory system, due to the huge amount of thick and black smoke, that i have inhaled at that time, and I hasn't been able to get out of the huge cloud of thick and black smoke that has surrounded me, till a few minutes have passed. During these minutes, I could see nothing in front of me at all, except that thick and black smoke, and I hasn't been able at that time to determine, in which direction i should go, to get out of that black and thick smoke that has surrounded me almost entirely. The absolute majority of job opportunities, dear Madam/Sir, are currently no longer available in my land Syria. So I have thought a lot about that, and found, that I have absolutely to rely on myself, and do or work any legal work I can do, since my little last savings are about to come to end, and I am coming really very soon to be in a serious need for food and medicament, especially for my sick mother.

If you think, dear Madam/Sir, you might need my services, which i offer, so get please in contact with me. Otherwise I would be too thankful for you, if you might please forward my message to any two persons of your choice. Despite namely of sending this letter many times, I haven't got yet till now any single request for translation or editing from anyone at all. Thank you very much.

Feel please totally free, my dear Madam/Sir, to contact with me if you want. My infos below:

M. Samer Nasri

Mail: cbmd.lode@yahoo.com

Whats App: 00963 932 603295

Birth date: 21-03-1963

Damascus – Syria

Jumaat, 27 September 2019

Pertandingan Fotografi


Pertandingan Fotografi Perpaduan 2019 dengan tema Bahasa Jiwa Bangsa sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2019.

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Tema : Perpaduan Bahasa Jiwa Bangsa

Tarikh : 17 Sep 2019 – 31 Okt 2019

Saiz Gambar 8 X 12 (8R)

Gambar hendaklah dicetak dalam saiz 8 x 12 inci (8R) sebanyak dua (2) salinan pada kertas glossy atau art paper bersama-sama salinan lembut (softcopy) dalam format JPEG dengan resolusi tinggi tidak kurang daripada 1200 dpi dalam bentuk DVD atau lain-lain

DiHantar ke Urus Setia Pertandingan Fotografi Perpaduan Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum Aras 19 Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jalan Dewan Bahasa, 54060 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan mohon hubungi Urus Setia melalui talian berikut

03-21479301/9302/9306/9299 atau e-mel azimin@dbp.gov.my/ huznah@dbp.gov.my/ safwan@dbp.gov.my/ mulitta@dbp.gov.my.

Borang penyertaan: https://bit.ly/2kJSzlb

Syarat-syarat Pertandingan


Borang penyertaan: https://bit.ly/2kJSzlb


Tutorials
Basics Photography

Portrait Photography

Landscape Photography
Advanced Photography

Selasa, 24 September 2019

Resipi Membuat EM Sendiri

                                                                                                              
Baja tanaman yang perlu kita tahu

Cara buat EM (Effective Microorganism)

Bahan:

Air basuhan beras (basuh tanpa klorin)
Sayur-sayur buangan dapur seperi sawi, kangkong, kulit telur,
Bekas 1L
Gula Merah, masak hingga sejuk 200 g
Satu botol yakult

Cara membuat 

Blander Sayur buangan dapur. masukan dalam bekas yang sesuai masukan dua sendok Air gula merah yang telah dimasak sejuk dan masukan satu botol Yakutlt bersama air beras tadi.

Simpan selama sebulan

Sukatan dan Cara Penggunaan EM

Sudah simpan sebulan baunya masam wangi ada sedikit kulat berwarna putih , ambil sebotol bekas minuman 1.2 L berisi air tapis atau air hujan, (air paip tak sesuai sebab ada klorin ), Masukan 5 sudu EM tadi dan masukan 3 sudu atau lebih Gula merah yang dimasak sejukm, simpan selama dua minggu bila sampai masa tudung botol dibuka terdapat tekanan gas, ini bermana EM kita menjadi dan boleh digunakan dengan cara menyembur ke arah pokok dan sebagainya,



Kegunaan EM

Untuk pembajaan:

Campurkan 2 sudu makan EM bersama 1L air. Boleh sembur terus pada daun, batang dan pangkal tanaman dan tanah, atau campur dengan baja cecair lain.

Untuk menghilangkan bau najis haiwan:

Campurkan 2 sudu makan EM bersama 1L air.

Beri haiwan ternakan minum campuran tersebut dan juga sembur pada najis haiwan.

Mempercepatkan proses pengkomposan: Sembur atau siram pada kompos,

Mengurangkan alga akuarium: masukkan beberapa sudu makan ke dalam akuarium

Membuat bokashi bran dan kompos bokashi

Membersihkan sungai dan parit yang tercemar

Mikrob ini boleh digunakan untuk berbagai tujuan, antaranya:
sebagai baja (mikrob lactobacillus ini bertindakbalas dengan mikrob dalam tanah, menjadikan tanah lebih subur),

menghilangkan bau najis haiwan,

membersihkan bau busuk saluran longkang dan sungai,

boleh dicampurkan dalam makanan haiwan untuk kuatkan imunisasi badan

Sebagai pembersih udara                                             

EM yang telah boleh diguna sebahai semburan                    anak lada kecik

Pengunanan keatas Cili Padi

Percubaan dengan mengadakan semburan 2 kali sehari ke atas tanaman Cili Padi selain baja kimia Novatec premium 15-3-20 (+2MgO+10S)+TE sebulan sekali.

Anak cabai melaka
1 Okt 2019

17 Okt 2019

17 Okt 2019

26 Okt 2019 masih mampu bertahan tidak keriting.
Keriting merupakan penyakit yang ditakuti oleh penanam cili padi

cerita dari Lipis
12 Nov 2019

cerita dari Lipis
15 Nov 2019


  kutip hasil 20 Nov 2019



anak durian


  'Selamat Mencuba..."
#nan zul


EM



Kalau anda malas membuat kerana mengambil masa dan terpaksa membeli bahan boleh didapati di  LAZADA harga pun berpatutan 




Ahad, 22 September 2019

Projek Tanam Getah

Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)


kebun getah projek pertama tanam tahun 2004 melalui RISDA




kebun getah 2004- 2011



Pendapatan  projek pertama kebun  getah  pada tahun 2012
Torehan lebih kurang 270 pokok selama 2 jam sehari  dengan pendapatan RM 10,444.00 setahun (purata bulanan RM 870.00),  pendapatan bulanan secara detail seperti dalam  rajah graf  di bawah.  Pendapatan ini dipengaruhi oleh musim meluruh pada bulan  Mac dan musim hujan bulan Nov dan Dis serta kenaikan/ kejatuhan harga getah di pasaran.

Statistik pendapatan getah 2012
Pendapatan Hasil Getah 2013

Projek Kedua 2012
Saya mengambil keputusan menanam semula kebun getah tua projek kedua sebelah kebun saya tahun 2012.  Untuk membersihkan tapak kebun tersebut saya telah mengupah excavator mencuci kawasan dan membuat teres. Kelebihan excavator ia dapat mencabut pokok getah tua sehingga ke akarnya dan menyusun batang/ranting pokok untuk dibakar dapat dijadikan baja kepada anak getah.


Kerja membersih tapak kebun  Jan 2012

Kerja membakar  Mac 2012
Membakar
Untuk membakar kita memerlukan masa selama 45 hari selepas kawasan dibersihkan atau mengikut petua orang tua kita perlu menunggu kulit pokok yang ditebang terkopek atau tanggal daripada batang teres. 
Peralatan membakar sebaiknya kita gunakan getah  tiub motor yang sudah tidak digunakan lagi bersama minyak diesel untuk menyemarakkan api.


Pagar Elektrik
Untuk menghalang dari masuh tanaman saya telah membeli pagar elekterik dengan kos seperti berikut :
         Patriot RM 500.00.
       Solar RM 700.00
         Beteri  RM 170.00 
            Kabel 150 X 3 =  RM 450.00 penyukat volt RM 120
            Pancang PVC 100 batang = RM 200.00
      Box beteri, rumah solar RM 270.00  dan Solar controller RM 195.00



Litar ringkas pagar elekrrik 

Beteri dan pengecas Patriot RM 500.00

Solar Charge Controler Digital RM 80 beli di Alibaba
  Beberapa fungsi dari solar charge controller adalah (a).Mengatur arus untuk pengisian ke bateri, menghindari over charging dan over voltage, (b).Mengartur arus yang dibebaskan/diambil dari bateri agar bateri tidakfull discharge, dan overloading dan (c).Monitoring temperatur bateri.


alat untuk mengukur voltan pada kebel  pagar elektrik, 5000V  adalah terbaik Harga RM 120.00


jangan sesekali membuat sambungan terus arus elektrik AC dari rumah ke kebel pagar elektrik kerana boleh membawa maut kepada sesiapa yang menyentuhnya. Sinar Harian


Cuba perhatikan video di atas bagaimana musuh tanaman terkena kejutan pagar elektrik yang  telah dipasang dengan sempurna tanpa membunuh atau mencederakannya.
suis pagar elektrik
Dengan mengunakan sistem solar tersebut sambil menoreh dan membuat kerja-kerja kebun boleh juga saya mendengar celoteh DJ radio Pahang FM. 

radio kereta  mengunakan arus elektrik DC 12V

speaker paling cangih

Klon
Setelah berbincang dengan kawan-kawan mereka mencadang saya mebeli klon PB 350 yang merupakan klpn yang digunakan di estet-estet di Malaysia berbanding dengan klon KT, RRI yang belum tentu sesuai ditanam di tapak kebun kita. Harga yang ditawar kepada saya dengan klon tersebut adalah RM 6.00 sepokok. Saya  terpaksa membeli sebanyak 447 pokok dengan keluasan 2 ekar.

Klon PB 350,PB 315 dan 600 bersama pagar elektrik


Jarak Tanaman



















Membuat Jarak Tanaman
Dengan mengunakan tali panjang yang telah ditanda mengikut ukuran yang dicadangkan saya mengambil keputusan membuat ukuran 9 kaki jarak,  muka 18 kaki yang mana tidak mengikut jarak disebelah.  


Kerja penanaman
Saya mula menanam pada 12 Mei 2012 dengan menanam sebanyak 16 pokok satu hari, itu pun selepas atau sebelum menoreh.  Jika ada masa terluang diwaktu petang saya meneruskan kerja tersebut.  Tidak sampai sebulan kerja menanam berjaya disiapkan. Pada hari ini upah menanam getah RM 2.00 sepokok jika 447 kita memerlukan RM 894.00. 








Cabaran semasa menanam
Bila hujan tidak turun saya terpaksa kita menyiram anak pokok getah jika tidak ia akan menjadi kering berkemungkinan anak pokok akan mati.

Kerbau, lembu, monyet dan babi hutan yang akan merosakan tanaman jika ia berjaya masuk ke dalam tapak tanaman. Untuk mengelakan terpaksa kita menguna pagar elektrik yang sememangnya berfungsi untuk mengejutkan musuh tanaman tersebut. 

musuh tanaman yang menjadi ancaman kepada kita


Ancaman anai-anai yang boleh menjadikan anak pokok getah terbantut berkemungkinan pokok akan mati. Daripada pengalaman orang tua biasanya ia menyiram ke tanah racun anai-anai atau menabur furadan. 
Penanam Getah vs Babi Hutan
Cara menghalau monyet


sudah 3 bulan mula makan baja  Julai 2012
9 bulan bersama kekacang tutup bumi Jan 2013
11 bulan baru tabur baja 15:15:15  Mac 2013



1 tahun 1 bulan (13 bulan) 2013
1 Tahun 9  bulan  (21 bulan) 2013


2 tahun 9 bulan(33 bulan) 2014


3 tahun 6 bulan (42 bulan) 2015




4 tahun  (48 bulan) 2016

5 Tahun (60 bulan)   Mei 2017
Ukur lilit melebihi 45 cm boleh mula buka penel torehan  pada 21 Mei 2017

Tidak menjadi masalah menjual getah sekrap, pembeli akan datang kebun untuk
mengambilnya  setelah di telefon

Pendapatan pertama 65 kg, menoreh selama 1 jam 100 pokok yang terpilih shj, selama 15 hari, harga 1 Julai 2017 RM 2.40 sekilo bersamaan RM 156.00


Susu Getah

Penyakit Getah

Penyakit daun luruh Pestalotionpsis yang menyerang kebun getah sekarang tahun 2020.


Racun kulat yang sesuai dan boleh digunakan.







Ciri-Ciri Penyakit Pokok Getah di Malaysia dan Kaedah Pengawalan





Penyakit daun luruh pestoloiopsis






Hari ni 30 Sept 2017 jual getah 8 hari menoreh dapat 90 kg 

bersamaan RM 2.30 x 90 kg = RM 207



Dengan 150 pokok getah yg ditoreh mengambil masa 1 jam 20 minit. Pada 21 Okt 2017 jual getah 8 hari 104 kg bersamaan RM 2.30 x 104 kg = RM 239



.
Resit jual getah 
"Macam ni punya harga boleh mohon IPG..."
Lembaga Getah Malaysia

Bagi tujuan permohonan INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG),  RM 0.25 sekilogram, pengusaha/pemilik perlu menyediakan dan menyerahkan dokumen (ke pejabat LGM terdekat) seperti berikut:
1  Borang tuntutan IPG (diisi lengkap)
2. Resit rasmi jualan getah
3. Salinan buku akaun (akaun sama didaftarkan untuk kad PAT-G)
4. Surat perjanjian pembahagian IPG (pemilik dan pengusaha)

IPG... RM 52.94 bersamaan 408 kg skrap


pokok getah yang sama
Statistik pendapatan penoreh Getah 2018
Daripada statistik tersebut pembaca boleh merumus berbagai andaian dan pendapat berkenaan dengan  kehidupan sebagai penoreh getah yang mempunyai keluasan 2 ke 6 ekar, adakah berbaloi dengan usaha mereka sama ada pemilik(tuan tanah) atau pengusaha(penoreh).



Resit penutup tahun 2018
BMT 2018
Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2018 (BMT 2018) yang dilaksanakan oleh RISDA kini boleh disemak melalui pautan berikut :

http://webapp3.risda.gov.my


INSENTIF PENGELUARAN GETA (IPG)
Sebelum masuk bulan 28 Feb 2019 bolehlah poskan resit getah ke LGM untuk dapatkan IPG bulan Jan 2019.

Sekarang Resit penjualan dicetak dengan Komputer tak memerlukan resit lama 
LGM telah menaikan kadar RM0.25 kepada RM0.50 baru-baru ini dan tanpa perlu menhantar resit ke pejabat LGM memadai dengan cetakan komputer pembeli getah.

Cara pengiraan IPG 

150 kg skrap
RM 0.50 Kadar ditentukan oleh LGM mengikut harga
45 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) atau DRC

> 150 X RM 0.50 = RM 75

> RM 75 X 45/100 = RM 33.75

>  IPG 150 kg bersamaan dengan RM 33.75





Pokok Getah Tumbang

Pokok getah yang berumur 7 tahun ke atas risiko akarnya dimakan oleh anai-anai tinggi walaupun pada mula penanaman kita telah sembur atau tabur racun Anai-Anai seperti Puradan dan racun cair.



Cara pengiraan harga SMR 20 kepada Harga Getah Sekerap.

Kebanyakan penoreh getah di Malaysia menghasilkan getah SMR 20 berbanding dengan dahulu sekitar tahun 70an ke bawah penoreh atau pemilik kebun menghasilkan getah keping. Kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana pembeli/pelesen getah mengira untuk mendapat harga semasa. Mereka hanya mengikut sahaja harga yang telah ditetapkan. 






SMR 20 harga 5.55.50
SMR 20
Cara pengiraan mudah.

Pengiraan peratus Kandung Getah Kering(KGK)

1 hingga   2 hari  = 50 peratus
3 hingga   5 hari  = 52 peratus
7 hingga 15 hari  = 55 peratus
14 ke atas            = 60 peratus

Harga Harian SMR 20 (100 %KGK) akan di keluar pagi sekali petang sekali

Kalau pada hari ini SMR 20 RM 5.46 ditolak Kos Operasi + SES

SES = Tanam Semula  RM 0.10
        = Penyelidikan     RM 0.04

Kos Penggangkutan/Untung Urusniaga/Kilang(Kos Operasi) =       RM 1.26

Kos Operasi   + SES                                =  RM 1.26 + RM 0.14 = RM 1.40

KGK purata          = 55 peratus

  546-140=4.06X55/100 = 2.30

Harga hari ini = RM 2.30


26 Nov 2019 Resit Getah 




Bantuan Musim Tengkujuh RM 600.

Semakan e-BMT :  Bantuan Musim Tengkujuh Risda


Borang Deklarasi BMT


Separuh duit BMT 2019 sudah masuk





Masalah Harga Getah

Statistik pendapatan penoreh Getah 2019



Pokok sebanyak lebih kurang 300 pokok, bulan Mac tidak menoreh kerana meluruh,  menoreh selama 2 Jam setengah, penghasilan 2,453 kg bersamaan dengan RM 6, 013 setahun.

Cerita dari Lipis Tanam Getah
Kebun Getah  21 Jan 2020, Tajuk ni sudah 29,349 pengunjung


Bantuan Khas Hari Raya Adilfiri 2020

Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikut penularan wabak convid19(BKC 2020)


  • Tidak perlu isi borang.
  • Tidak perlu Hadir Ke Pejabat RISDA.
  • Sila duduk di rumah.


Penerima yang layak menerima bantuan Musim Tengkujuh tahun 2019(BMT 2019)
layak menerima (BKC 2020) secara automatik dan bayaran akan dibuat
ke akaun penerima yang didaftarkan

Boleh Check melalui telefon Bimbit pautan berikut

http://webapp3.risda.gov.my

Telah dikredit kedalam akaun Bank pada 21 Mei 2020.



Cerita dari Lipis  Kebun Getah
Resit Getah 29 Jun 2020  harga SMR 20, RM 4.80.50




IPG AKTIF Bulan Julai 2020

LGM memaklumkan bahawa IPG TERAKTIF bagi bulan Julai 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran seperti berikut:
 
a) Semenanjung : RM 0.70 sekilogram;
b) Sabah : RM 1.00 sekilogram; dan
c) Sarawak : RM 0.90 sekilogram.

Untuk memudahkan penoreh getah atau pengusaha menyemak kelulusan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari LGM sila klick link di bawah : 




KEMASKINI JUMAAT, 23 Okt 2020 jam 5.00 ptg


Harga Getah Gred SMR20
= RM 6.7450/kg bersamaan USD 1.6550/kg

Harga Getah Lateks di Ladang (100%KGK)
= RM 6.7375/kg

Harga Getah Sekerap di Ladang (50% KGK)
= RM 2.6231/kg*

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

*Nota: Insentif Pengeluaran Getah akan diaktifkan pada kadar RM2.50 /kg sebagai harga lantai minima yang ditetapkan kerajaan untuk membantu para petani.


Ust Dr. Khairuddin at-Takiri - Menteri



Duit BMT 2020

Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 4 Dis 2020 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum

Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 4 Jan 2021 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum


Duit BMT 2021

Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 19 Nov 2021 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum





















Maksud Hadis

“ Tak ada seorang Muslim yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau haiwan, kecuali ia akan mendapatkan sedekah kerananya. ” [HR. Al-Bukhoriy dalam Kitab AL-Muzaro’ah (2320), dan Muslim dalam Kitab Al-Musaqoh

Tanaman Sampingan.

Sementara  menunggu pokok getah membesar saya menanam sedikit cili api dan tebu di celah-celah anak getah tersebut.
pokok Roselle


tebu telur


cili api

ubi torak

pokok labu

Pada 16 Jun 2013 (Ahad) lepas saya kutip cili api sebanyak 5 kilo, 1 kilo bersamaan dengan 600 biji bermakna saya kutip 3000 biji, banyaknya..!!!! pasaran tak menjadi masalah jual murah-murah 1 pot RM 1 pasti org berebut membeli.
5 kilo bersamaan dengan 3000 biji
Pada 28 Julai 2013 cili yang cantik bertukar menjadi hitam bertompok saya mengambil keputusan menanyakan  masalah tersebut kepada group penanam cili di facebook. Mereka mencadangkan kepada saya agar menyembur racun kulat 'mancozeb' jika tidak satu kebun akan musnah. Pada 31 Julai 2013 saya membeli racun tersebut di kedai Peladang dan terus menyembur kesemua pokok cili moga-moga ianya berjaya.
'antraknos'
racun kulat 'mancozeb'
Racun merbahaya kepada penguna, sebelum mengunakan pastikan membaca pada lebel dan adakan langkah-langkah keselamatan. Kelas Racun Perosak

Jus dan jem Rozel 
Buat sendiri tanpa bahan pengawet, rasa beza dan lebih sedap dari pati yang dijual di Kedai atau supermarket. Rasa seakan-akan air ribena.....Khasiat Rozel


Jem dan Jus Rozel yang dibuat sendiri
Timun tahun harga pasaran RM 5.00 sekilogram


kelapa Mataq RM 25 sepokok

Dengan mengunakan pagar elektrik kebun getah tersebut saya dapat juga menanam tanaman sampingan seperti timun tahun, timun kampung dan bayam. 



Oleh kerana ramai sahabat-sahabat yang bertanya kos pemasangan pagar elektrik saya berikan 'costing' seperti berikut barang boleh beli sendiri atau sebaliknya.


Bil
Perkara
‘Quantity’
Harga


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9

3 ekar= 435.6 meter
Kabel
Tiang PVC
Patriot Energizer P10
Beteri Kereta 12 V
Box Beteri,rumah solar.Suis
Solar Panel
Solar Controller
Pengukur Voltan
Upah


RM 150 X 4
160 batang  X RM 2
1
1
1
1
1
1
160 Batang X RM 5


RM 600.00
RM 320.00
RM 500.00
RM 180.00
RM300.00
RM500.00
RM195.00
RM 120.00
RM 800.00


Jumlah

RM 3,515.00

Kesimpulan
Sesiapa yang mempunyai pengalaman, petua  menanam getah atau berkebun boleh berkongsi pendapat dan komen di ruang komen dalam blog ini. 







Mac 2012 - Mula tanam

5 Mac 2020 - Daun Meluruh


Tahun 2021

Bantuan Tanam semula Getah Pekebun Kecil RISDA Malaysia. Permohonan Bantuan Tanam Semula Getah diteruskan bagi tahun 2021 dengan kadar baharu iaitu RM13,710/Hektar kadar lama RM9,230.00 termasuk bayaran tunai tolak tebang dan bekalan Input pertanian seperti baja dan racun rumpai. Khidmat nasihat dan tunjuk ajar Amalan Pertanian Baik (GAP) disediakan. 



Ansuran Tanam Semula Getah ke Getah

Ansuran 1 RM 7,710.00
Anak pokok getah 538 pokok/hek
Baja RP : 7 Beg
Ansuran 2 RM 1,600.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 1
Baja R1 : 33 Beg
Ansuran 3 RM 1,300.00
1 Tahun selepas bayaran ansuran 2
Baja R1 : 35 beg
Ansuran 4 RM 1,400.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 3
Baja R1 : 20 Beg
Baja R4 : 36 Beg
Ansuran 5 RM 1,700.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 4
Baja R4 : 80 Beg


Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP)

Kebenaran Operasi dan Pergerakan bagi menjalankan aktiviti Industri Getah dan Rantaiannya sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) 0.3.  Berkuatkusa mulai 25 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021

2. Perniagaan dan perkhidmatan

Sektor Perikanan , Perladangan , Pertanian dan Penternakan
  • Sektor perikanan , perladangan , pertanian , penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan adalah dibenarkan beroperasi
  • Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan.
Surat kepada pemegang Lesen dan Permit LGM adalah di bawah.



Surat Kebenaran Operasi dan Pergerakan bagi menjalankan aktiviti Industri Getah dan Rantaiannya sepanjang tempoh PKP 'Total Lockdown' mulai 1 jun 2021 hingga 14 Jun 2021





Daun Getah mulai gugur seperti tahun lepas.

29 Ogos 2021 daun getah mula diserang kulat dan gugur



Bajet 2023



Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Antara perkara yang dimohon oleh RISDA dalam bajet2023 bagi membantu survival pekebun kecil makmur adalah:
  • Meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 232,000 pekebun kecil di seluruh negara.
  • Menaikkan harga lantai getah daripada RM2.50 sekilogram (kg) kepada lebih RM3 kg bagi membolehkan lebih ramai penoreh getah keluar dari garis kemiskinan.

Bersama-sama kita nantikan khabar gembira ini dalam bajet2023 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2022 di  https://budget.mof.gov.my/ms/


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah masuk ke akaun Pekebun.pada bulan ini sebanyak 
RM 200.








AddToAny