responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label jelai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jelai. Papar semua catatan

Rabu, 26 April 2023

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

 


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dengan segala hormatnya mempersilakan saudara dan saudari sekalian ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama YAB Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Mei 2023 (Isnin)

Masa:  3.00 Petang

Tempat :  Dewan Terbuka Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

Kredit FB : Wan Rosdy bin Wan Ismail

Khamis, 17 November 2022

Dato Haji Wan Abdul Rahman kembali ke rahmatulah

 


Innalilahiwainnahirojiun

Dukacita dimaklumkan Orang Kaya Indera Perba Jelai Dato Haji Wan Abdul Rahman Bin Maharaja Perba Jelai Dato Haji Wan Ibrahim telah kembali ke rahmatulah pagi tadi 17 Nov 2022 dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Betong Kuala Lipis Pahang.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Kredit FB Keturunan Perba Jelai


Senarai nama Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai dari 1592 hingga 2013:

SERI MAHARAJA PERBA I (1592-1638M)

SERI MAHARAJA PERBA II
MAHARAJA DALAM@RAJA MUDA @ WAN MUHAMMAD (1663-1688M)

SERI MAHARAJA PERBA III
DATO' (ENGKU) WAN ISMAIL@WAN SARAH (1688-1699M)

SERI MAHARAJA PERBA IV
DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD DATO' (ENGKU) WAN ISMAIL (1699-1797M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI V
DATO' (ENGKU) WAN IDRIS DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD (1797-1882M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI VI
DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD DATO' (ENGKU) WAN IDRIS (1882-1919M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI VII
DATO' (ENGKU) WAN CHIK DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD (1919M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI VIII
DATO' (ENGKU) WAN TANJUNG DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD (1919-1935M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI IX
DATO' (ENGKU) WAN ALI DATO' (ENGKU) WAN CHIK (1935-1957M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI X
DATO' (ENGKU) WAN IBRAHIM DATO' (ENGKU) WAN TANJUNG (1957-1991M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI XI
DATO' (ENGKU) WAN BADIUZZAMAN DATO' (ENGKU) WAN ALI (1991-2003M)


ORANG KAYA INDERA (MAHARAJA) PERBA JELAI XII
DATO' (ENGKU) WAN ABDUL RAHMAN DATO' (ENGKU) WAN IBRAHIM (2008 HINGGA SEKARANG)

Khamis, 28 Julai 2022

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) di Jelai.

 




Seramai 306 orang penerima yang terdiri daripada golongan veteran tentera, bekas anggota polis, ibu tunggal dan penjaja harian dari kawasan Dewan Negeri Jelai dan Parlimen Cameron Highlands menerima bantuan RM200 setiap seorang.
Saya amat menghargai jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera dan polis yang telah menabur bakti menjaga keselamatan negara.
 
Begitu juga dengan nasib ibu tunggal dan para penjaja yang setiap hari bertungkus-lumus mencari rezeki untuk kelangsungan hidup keluarga masing-masing.

Mereka semua layak untuk menerima BPP ini yang saya umumkan buat pertama kalinya pada bulan Ramadan lalu.
 
BPP ini dibahagikan kepada 4 kluster utama iaitu Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Umum dan Kluster Apresiasi yang kita sasarkan seramai 300,000 orang penerima yang melibatkan peruntukan berjumlah RM29.91 juta ringgit.

"Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tiada lurah yang tak boleh dituruni." Selagi Barisan Nasional menerajui Kerajaan Negeri, insya Allah kebajikan rakyat dan kestabilan negeri akan dipastikan sebaik-baiknya.

Moga-moga bantuan ini dapat meringankan beban setiap mereka yang memerlukan.

FB : Wan Rosdy bin Wan Ismail 


Isnin, 21 Februari 2022

Program lawatan ke kampung Orang Asli Pos Lanai, Lipis Pahang

 


INDAHNYA POS LANAI & PADI BUKITNYA YANG MENGUNING

Video program lawatan ke kampung Orang Asli Pos Lanai, Pahang sewaktu musim menuai padi huma / bukit pada bulan Januari yang lalu.

Pos Lanai merupakan antara penempatan Orang Asli yang indah dengan litupan hutan dara di sepanjang Sungai Telom dan kaya dengan budaya Orang Asli suku Semai. Mereka masih lagi menjalankan aktiviti penanaman padi huma yang diwarisi sejak turun temurun.
Rasanya sungguh enak sekali disulam dengan lauk-pauk tradisional.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA dan komuniti setempat sedang merancang untuk mewujudkan pakej eko-pelancongan di kampung ini di masa depan

Jumaat, 7 Januari 2022

Majlis ramah mesra bersama Orang Asli Kuala Koyan



Terubat kerinduan saya kepada masyarakat Orang Asli selepas bertemu mereka di Kuala Koyan pada petang tadi.

Saya meraikan mereka dalam satu majlis ramah mesra dan menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 10 penerima bagi menampung kos membina rumah adat, rawatan pesakit kronik, baik pulih rumah serta menampung kos pengajian ke menara gading.

Dalam masa yang sama, masyarakat Orang Asli Kuala Koyan turut menerima dividen bulanan daripada hasil Ladang TSK yang diuruskan oleh Syarikat MXF Gemilang Enterprise sejak tahun 2020. Syarikat ini dimiliki oleh penduduk Orang Asli Kuala Koyan sendiri sehingga ke hari ini tidak pernah gagal membayar dividen bulanan dan juga bonus tahunan kepada para peserta.

Pada bulan lalu (Disember 2021), seramai 133 peserta telah menerima bonus untuk tahun 2021 berjumlah RM1,000 seorang hasil daripada ladang TSK ini.

Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kebajikan Orang Asli termasuklah soal pendidikan, ekonomi, kehidupan, pertanian, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Ini terbukti bahawa kita sentiasa ada bersama ketika memerlukan pertolongan.

Kredit FB :  Wan Rosdy bin Wan Ismail

Ahad, 31 Januari 2021

Pelombong Haram di Hutan Jelai



Kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai di sini yang dikatakan mempunyai galian emas yang tinggi terus menjadi sasaran pelombong emas haram meskipun beberapa siri tangkapan dan serbuan dilakukan sepanjang tahun lalu.

Difahamkan dalam kes terbaharu, pelombong emas berpengalaman yang menggunakan teknologi terkini melakukan aktiviti haram itu di Kompartmen 86, Hutan Simpan Ulu Jelai, Mukim Batu Yon.

Pegawai Pejabat Hutan Lipis, Nor Shahrini Nordin Ahmad berkata, bagaimanapun aktiviti melombong emas secara haram itu berjaya dikesan dan disekat oleh pihaknya yang melakukan serbuan baru-baru ini.

“Serbuan dilakukan di kawasan berkenaan menemukan tapak khemah sindiket terbabit dipercayai dianggotai antara empat hingga enam individu yang berpengalaman luas dalam kegiatan itu.

“Namun kumpulan itu dipercayai baharu memberhentikan kegiatan haram yang dilakukan seterusnya meninggalkan tempat itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nor Shahrini, kes kali ini merupakan kejayaan pertama Pejabat Hutan Lipis tahun ini selepas sebanyak lima kes berjaya dikesan dan menahan beberapa individu pada tahun lalu.

Katanya, pemeriksaan di sekitar kawasan terbabit menemukan jengkaut dan lori hantu yang digunakan untuk memindahkan pasir serta batu yang diletakkan kira-kira dua kilometer daripada lokasi melombong.

“Turut ditemukan di situ palong besi yang digunakan untuk kegiatan melombong emas, sindiket terbabit menjadikan Hutan Simpan Ulu Jelai sebagai lokasi kegiatan mereka berikutan kawasan di situ dipercayai mengandungi galian emas yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemeriksaan di sekitar kawasan terbabit mendapati kegiatan melombong emas di situ masih baharu berdasarkan kesan aktiviti mengambil pasir dan mengorek batu dalam sungai masih berada pada peringkat awal serta kerosakan permukaan tanah masih pada tahap sedikit.

Ujarnya, kesan penggunaan jentera untuk kegiatan haram itu masih pada tahap tidak serius, pencemaran air sungai yang kebiasaannya berlaku tidak dikesan masyarakat setempat sebelum ini. – 

Kredit :  Utusan Malaysia


Sabtu, 9 Januari 2021

Lawatan MB Pahang ke DUN Jelai



TENTATIF LAWATAN YAB MENTERI BESAR PAHANG KE DUN JELAI

9 Januari 2021 (Sabtu)

9.15 pagi

- YAB MB tiba di Kem 8 RAMD, Kuala Lipis

10.30 pagi

- Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Bagi Kg Tg Gahai Dan Kg Bertang oleh YAB Menteri Besar Pahang Dengan Kerjasama Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang

Tempat : Dewan Dato' Sri Wan Rosdy, Tg Gahai, Lipis

11.30 pagi

- Menziarahi Ahmad Husin bin Mad Aris , mangsa bot karam yang terselamat

Tempat : Kg Bertang

1.00 petang

- Lawatan ke pusat mangsa banjir

Tempat : PPS Beletik dan PPS Lubuk Kulit

2.30 petang

- Lawatan ke pusat mangsa banjir

Tempat : PPS Kg Bukit Kota dan PPS Bukit Betong

3.30petang

- Bergerak ke Kem RAMD 8, Lipis

- YAB Menteri Besar Pahang meninggalkan daerah Lipis

Kemaskini : 8.30 mlm 6/1/2021


Sabtu, 7 November 2020

Jalan Pos Betau ke Pos Lejang bernilai 15 juta


Pembinaan Jalan Pos Betau ke Pos Lejang bernilai 15 juta akhirnya disambung semula

LIPIS 7 Nov. - Selepas ditangguhkan semasa perubahan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akhirnya pembinaan jalan Kampung Orang Asli dari Pos Betau ke Pos Lejang di sini disambung semula.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jalan sepanjang 15. 4 kilometer bernilai RM15 juta yang amat penting khususnya kepada masyarakat Orang Asli itu dijangka siap pada April 2022.

"Dengan pelaksanaan projek ini akan memberi kemudahan kepada lebih 4,000 orang penduduk daripada 14 perkampungan Orang Asli, yang ketika ini hanya menggunakan jalan balak sebagai jalan perhubungan yang menjadi semakin buruk semasa musim tengkujuh.


"Dengan adanya kemudahan jalan ini, pelbagai pembangunan dan kemudahan boleh dibawa kepada masyarakat di Pos Lenjang, dan pastinya akan mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan ini,"katanya pada majlis perasmian pelaksanaan Projek Jalas Pos Betau ke Pos Lenjang di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Rahim Muda dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir. Hafizah Zakaria.

Menurut Wan Rosdy, projek Pembinaan Jalan Kampung Orang Asli dari Pos Betau ke Pos Lenjang ini telah diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Ogos 2016.

Bagaimanapun katanya projek ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi dan memerlukan perubahan kepada kaedah perlaksanaan projek tersebut.

Jelas beliau projek ini kemudian ditangguhkan berikutan perubahan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum ke-14.

"Pada 22 Januari 2019, Kementerian Kewangan telah bersetuju supaya projek ini diteruskan dengan menggunakan peruntukan yang telah dululuskan sebelum ini.

" Projek ini adalah atas usaha

saya sendiri, yang ketika itu merupakan Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri,"katanya.

BUTIRAN PROJEK

Kontraktor : Persada Jitu Sdn Bhd, Lot PT 1497, Tingkat Atas, Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.

Harga kontrak : RM 15 juta

Jalan sepanjang 15.4 kilometer ini turut melibatkan tiga jambatan iaitu sebuah diganti baharu dan dua dua lagi diperbaiki.

Tarikh milik tapak : 16 Oktober 2020, seterusnya kerja-kerja dimulakan.

Tarikh siap : 14 April 2022.

kredit : PahangStory


Jalan Tan Sri Abdul Razak



Kerajaan Pahang bersetuju menukar nama Jalan Silang di bandar lama Kuala Lipis kepada Jalan Tan Sri Abdul Razak sebagai menghargai jasa dan bakti pemimpin itu.

Allahyarham Tan Sri Abdul Razak Husin merupakan anak jati Kuala Lipis yang berasal dari Kampung Budu, Benta yang telah menyumbang banyak jasa dan bakti ketika bersama-sama menubuhkan UMNO


Kredit : Media Pahang

Isnin, 28 September 2020

Tangkap ikan guna Candit



Aktiviti menangkap ikan sungai dengan menggunakan Candit amat popular di masa dahulu kepada penduduk di pesisir Sungai Jelai Lipis dan Sungai Pahang. Namun aktiviti ini semakin pupus akibat beberapa faktor. Namun masih ada sebahagian nelayan sungai yang menggunakan Candit untuk menangkap ikan ini.






Sabtu, 29 Februari 2020

Terkini: Kejadian Lemas di Kg. Tanjung Ghai Lipis.

Cerita dari Lipis Lemas
Kawasan pencarian mangsa lemas

Kejadian lemas di kampung Tanjung Ghai Lipis  pada 27 Feb 2020.   Daripada cerita penduduk kampong seramai  lima orang remaja dan kanak-kanak telah turun ke Sungai Jelai untuk mandi. Lebih kurang jam 4.30 petang  dua remaja telah lemas dibawa arus sungai. Mangsa adalah dua beradik  Siti Nur Hidayah  bt Mohd Rosli 19 tahun dan Siti Suhaida bt Mohd Rosli 15 tahun.

Pasukan penyelamat Bomba Sungai  Koyan dan  Balai Polis Koyan telah bersama penduduk kampung dengan dibantu JKKK Kg. Tanjung Gahai telah berusaha mencari mangsa.  Pusat operasi telah dibuka melibatkan beberapa agensi.  Maklumat dari Penghulu Ulu Jelai.

operasi mencari

Bertanda Nur Hidayah dan Nur Suhaida

28 Feb 2020

Dato' Wan Rosdy bin Wan Ismail telah sama-sama meninjau tempat kejadian bersama-sama dengan agensi yang terlibat.

Menteri Besar ke tempat kejadian

menyusuri Sungai Jelai


29 Feb 2020

Kedua-dua mangsa lemas telah ditemui pada pagi ini terakhir jam 9.30 pagi dikawasan 3 km dari tempat kejadian.

Pusat Operasi akan ditutup setelah semua agensi dan penduduk kampung selamat dan selesai operasi menyelamat. 

mangsa ditemui


Selasa, 31 Disember 2019

Silat Pulut

Silat Pulut warisan Kampung Bukit Betong Kuala Lipis



Silat pulut bukanlah sekadar persembahan pada majlis perkahwinan sahaja, sebaliknya ia adalah permainan pendekar dan mengandungi ilmu perang Melayu. Silat pulut ianya mempunyai falsafah sendiri sebab itu ia kekal hingga ke hari ini.


Ahad, 27 Oktober 2019

Jenazah Firdaus(Fitt) ditemui.







Arus Jelai yang deras dengan megahnya telah meragut mangsanya sekali lagi. 

(Al Fatihah)


Jambatan Gemuncur Mela


Operasi menyelamat mangsa

Pitt cuba berenang selepas botnya terbalik tapi gagal


Menunggu Jenazah di  Hospital  Kuala Lipis.

Firdaus bin Hanif atau dikenali sebagai Fitt anak kepada pelakon popular Fauziah Nawi dikatakan memancing bersama seorang  rakannya di Sungai Jelai Kampung Mela.   Bagaimanapun, bot gentian kaca dinaiki mereka itu  pecah sebelum dia dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. kejadian berlaku 26 Okt 2019 kira-kira jam 11 pagi selepas Pitt menamatkan penggambaran filem ‘Coast Guard’



Al Fatihah
Sungai Pahang tiada Hulu..."

Khamis, 10 Oktober 2019

Ops Jelai 2002

Pondok Sementara
Tidak siapa tahu Tentera Darat(TD)  telah mengadakan Latihan pada tahun 2002 di kawasan Jelai Lipis disekitar Taman Negara sambil  untuk mengesan adakah wujud elemen-elemen subversif di kawasan tersebut.  Sekitar tahun 1990an  kita mendengar daripada orang kampung terdapat orang yang tidak dikenali masuk ke kawasan taman Negara mencari hasil hutan seperti  gaharu atau benda lain yang kita tak tahu.  Penduduk  kampong yang memasuki kawasan tersebut menjumpai pondok rehat, kelongsor peluru makanan dalam tin,  ubat-ubat dari negara jiran yang tidak digunakan oleh penduduk tempatan.

Menyedari kepentingan memerliara khazanah alam sebagai satu peninggalan dan warisan Negara  Bn 165 Risik Td dan 21 Gerup Gerak Khas telah ditugaskan oleh TD untuk membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Perhutanan (PERHILTAN) melalui operasi Jelai yang bertanggungjawab mengesan  dan menangkap Pendatang Haram Thailand (PHT) yang menceroboh rezab hutan Jelai., Taman Negara Pahang. Sebanyak lapan siri Operasi telah dilancarkan dan tertumpu di kawasan rezab hutan Jelai mulai bulan Mac 2002.

PHT di Merapoh
Pada peringkat awal, operasi ini menumpukan kepada aktiviti latihan ketenteraan di kawasan tersebut di samping memberi perlindungan keselamatan kepada anggota PERHILITAN untuk menjalankan inventori hutan dan hidupan liar.

Hasil daaripada pemantauan yang dilaksanakan, batalion telah Berjaya mengenalpasti laluan masuk serta tanda-tanda pencerobohan yang dipercayai telah berlaku di kawasan operasi. Operasi ini Berjaya membantu PERHILITAN mengekang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mencerobohi taman Negara tersebut.

Rujuk:
Buku Kor Risik Diraja Transformasi dan Keunggulan

Isnin, 9 September 2019

Kawasan tadahan air Kuala Terla CH

KENYATAAN MEDIA : MB
Kerajaan Negeri menjunjung kasih atas titah-saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pencerobohan di kawasan tadahan air Kuala Terla khususnya Sungai Ichat di Cameron Highlands, dihentikan.
membuka hutan secara haram


Bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku telah perkenan bercemar duli, melawat tinjau ke tapak pencerobohan kawasan yang dimaksudkan semalam, adalah amat-amat disanjung tinggi.

Sebagai latar belakang, pencerobohan kawasan tadahan air Kuala Terla sememangnya ialah punca kepada pencemaran teruk khususnya di Sungai Ichat, hingga menyebabkan sumber air dari sungai tersebut tidak boleh diguna dan disalurkan ke Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Terla untuk diproses menjadi air terawat.

Ini menyebabkan LRA Kuala Terla yang berkapasiti sebenar antara 780 meter padu sejam dan 800 meter padu sejam bagi menampung 70 peratus keperluan air terawatt di kawasan tanahtinggi itu; hanya bergantung sumber airnya kepada satu lagi punca di situ iaitu Sungai Terla.

Namun, Sungai Terlapun kini semakin berkurangan sumber airnya menyebabkan LRA Kuala Terla terpaksa memproses air di bawah kapasiti sebenar, dengan hanya dapat menjana air terawat antara 480 meter padu sejam dan 550 meter padu sejam.

Di sebalik perkara ini dinyatakan kepada para petani namun segelintir daripadanya menafikan hakikat dengan menidakkan kepentingan Sungai Ichat sebagai sumber air yang diperlukan untuk pemprosesan oleh LRA Kuala Terla.

Oleh sebab itulah, dalam pada kerja-kerja penguatkuasaan dijalankan pada lewat Februari hingga awal April lepas (2019) dengan merobohkan struktur dan tanaman di kawasan tanah yang diceroboh;

Usaha-usaha turut dijalankan bagi membersihkan kembali kawasan yang tercemar teruk di Sungai Ichat agar sumber air mentahnya kembali bersih lalu dapat disalurkan ke LRA Kuala Terla untuk diproses.

Bagaimanapun, segelintir petani berkenaan telahpun menfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 3 April lepas, yang mengarahkan penangguhan sementara operasi penguatkuasaan tersebut, yang semestinya Kerajaan Negeri akur.

Dalam ada itupun, Kerajaan Negeri telahpun mengemukakan rayuan pada 11 April lepas, ke atas keputusan oleh mahkamah yang sama.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang



Bila diberi betis nak peha.

Sabtu, 29 Jun 2019

Penyatuan Ummah

Pada hari-hari  akhir Syawal  29 Jun 2019 dua parti terbesar orang melayu bersama-sama mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Adilfitri di Peringkat Parlimen Lipis di Halaman Bangunan UMNO Bahagian Lipis.

Sudah tiba masanya orang Melayu dan Islam membuktikan bahawa pemerintahan Melayu-Islam berkemampuan mengurus Malaysia yang beraneka budaya serta agama, selain memberikan penyelesaian kepada krisis jati diri Melayu-Islam yang kian parah akibat globalisasi dan modenisasi.






Pencetus Penyatuan Ummah



Selasa, 11 Jun 2019

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MAI HEIK SENGOI DUN JELAI

Pada hari ini, saya berkesempatan untuk menziarahi dan beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Pos Betau.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Dato' Abdul Aziz Mat Kiram, dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Ramli Mohd. Nor serta pemimpin masyarakat setempat.

Penganjuran majlis ini menjadi platform penting bagi meningkat dan merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan masyarakat Orang Asli di sini.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. 







Sekadar  Hiburan

Rabu, 27 Februari 2019

Zailaludin bin Zainol 55


‘Innalillahiwainnahilaihirojiun…’

Dato' Zailaludin bin  Zainol  
1964 - 2019

YH Dato’ Zailaludin bin Zainol dilahirkan pada 13 Jan 1964 di Tasek Gelugor Pulau Pinang, pernah bersekolah rendah di Pulau Pinang dan berpindah ke Sek Men Keb Sungai Koyan mengikut keluarga. Bermula selepas sekolah beliau terus berkecimpung mengikut parti politik UMNO Bahagian Lipis bersama Dato’ Omar bin Osman dengan jawatan AJK Pemuda dan pada Pilihanraya Umum 2004 beliau telah mengikut dan membantu kerjaya politik Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana beliau sangat yakin dengan kebolehan dan kemampuan Dato Wan Rosdy. Selepas persempadanan semula Parlimen Lipis dan Cameron Hingland beliau telah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands hingga ke hari ini, beliau merupakan ahli UMNO yang tegas, komited dan berdidikasi terhadap tugas. Beliau juga merupakan Pegawai Khas MB Pahang dan Ahli Majlis Cameron Highland.
Pada 26 Feb 2019 semasa mengikut kempen Barisan Nasional di Semenyih beliau dikatakan sakit dada dan telah dibawa masuk ke Hospital Kajang dan telah kembali ke rahmatulah pada tengahari itu kerana serangan Jantung. Jenazah belaiu telah dibawa balik dan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Koyan.

Nukilan dari seorang Anak

Hilang satu keberkatan dari seorang abah...
maaf abah...
terima kasih untuk segalanya...
Allah lebih sayangkan abah
moga syurga buat abah
jasa dan keringat abah tak pernah dilupakan walaupun sekecil zahrah
tak pernah melatah walaupun dihina, dikata...
moga fikah boleh warisi segala kebaikan abah untuk orang lain
inshaAllah fikah ingat pesan abah
abah mungkin penat...abah rehat ye...
fikah tau banyak lagi impian abah tak tercapai

Zaty Afiqah Zailaludin

KEPUTUSAN PDM HULU SEMENYIH PRK DUN N24 SEMENYIH

BN              : 1,327
PH              : 597
PSM           : 22
BEBAS       : 25
MAJORITI : 730

PDM hasil sentuhan Arwah YH Dato' Zaila Zainol.. Hadiah buatmu Dato' Zaila

Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Surah Al-Fatihah kepada roh beliau dan kita doakan agar Allah Subhanahu Wata'ala menempatkan rohnya bersama kalangan orang-orang yang beriman. 'Amin..'
Kenangan bersama Dato' Wan Rosdy


UMNO Bahagian Cameron Highland 


Di bawa dari Hospital Kajang ke Sungai Koyan

Tanah perkuburan Sungai Koyan
Bersekolah di Sek Men Keb Sungai Koyan 1981
duduk no 3 dari Kiri.

Jumaat, 19 Mei 2017

Penentuan Piala FA


PAHANG vs KEDAH
2 -     3

TEMPAT : DATARAN UMNO BAHAGIAN CAMERON HIGHLAND SG. KOYAN

TAYANGAN SCREEN BESAR 


KEDAH vs PAHANG
3 - 2
TEMPAT : PERKARANGAN PUSAT KHIDMATAN MASYARAKAT 
ADUN BELANTIK 

Isnin, 29 Disember 2008

Elaun tok batin naik hingga 250 peratus

Cerita Dari Lipis
Penempatan Orang Asli
--> Seramai 206 tok batin di seluruh Pahang akan menikmati kenaikan elaun sehingga 250 peratus berkuatkuasa 1 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenaikan elaun itu membabitkan tok batin dari semua kategori A hingga C.

Menerusi kadar baru itu, kata beliau, tok batin kategori A yang mentadbir melebihi 1,001 penduduk Orang Asli yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM1,800 setahun, akan mendapat RM4,800 setahun.

''Bagi tok batin kategori B yang mentadbir antara 501 hingga 1,000 penduduk akan menikmati kadar kenaikan elaun sebanyak RM3,600 setahun berbanding RM1,500 setahun pada masa ini.

''Tok batin kategori C yang mentadbir anak buahnya antara 100 hingga 500 orang akan menerima kenaikan elaun daripada RM1,200 ke RM2,400 setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program pemimpin dan media bersama penduduk Orang Asli anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Cameron Highlands di Kampung Kuala Koyan dekat sini hari ini.

Pada program itu, Wan Rosdy menyampaikan 30 hamper makanan sumbangan Kemas Cameron Highlands kepada warga emas dan kanak-kanak cacat Orang Asli.

Hadir sama, Penolong Pengarah (Perhubungan) Kemas negeri, Zaaba Unnasir Osman, Penyelia Kanan Kemas Cameron Highlands, Zainal Abidin Mohd. Ali Hanafiah dan Penghulu Mukim Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.

Wan Rosdy memberitahu, elaun berkenaan akan diberikan sebanyak dua kali setahun kepada tok batin bagi memudahkan mereka berbelanja dan menjalankan urusan pentadbiran di kampung masing-masing.

Kata beliau, Pahang memperuntukkan hampir RM500,000 untuk membayar kadar elaun baru itu kepada semua tok batin. Utusan Malaysia


AddToAny