responsif teks foto

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Khamis, 15 September 2022

Kes Khianat : Kolam Pancing Tok KING Empire












"Adat berniaga baru nak maju dah kena terduduk juga kami sekeluarga hanya air mata mengalir tanpa henti semoga Allah hadirkan mereka yang ingin membantu kami..."

Hari ke-2

Disebabkan perbuatan khianat tiada apa yang tinggal dari sebidang tanah pusaka yang kami sekeluarga usahakan musnah sekelip mata disebabkan sikap manusia yang dengki melihat kejayaan orang lain adat berniaga hampir dua tahun beroperasi kami sekeluarga hanya mampu mengalirkan air mata melihat bangkai-bangkai ikan mungkin rezeki kami sekeluarga sampai disini buat Ibu kami banyak-banyak bersabar pengorbananMu terlalu besar untuk kolam yang juga sumber pendapatanMu semoga Allah hadirkan mereka yang ingin membantu-Mu


Kredit FB : Kolam Pancing Tok KING Empire






Selasa, 5 Oktober 2021

Suami isteri maut dibunuh anak kandung.

 


LIPIS: Seorang lelaki tergamak membunuh ibu dan bapanya dengan menetak mangsa bertubi-tubi serta mengelar leher mangsa menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kemahang di Benta dekat sini malam semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu ialah Mohammad Maasai, 68, dan isterinya Zailan Zainudin,64.

Difahamkan mangsa tinggal bersama suspek Ahmad Hafizudin Mohammad,31, yang merupakan anak bongsu mereka yang tidak bekerja.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian kedua-dua mangsa sedang berbual dengan suspek di dalam rumah mereka sebelum ibu suspek masuk ke dalam bilik.

“Suspek terus berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan sebelum suspek mendakwa nampak mata ayahnya hitam seakan hendak menyerangnya menyebabkan suspek mengambil parang dari dalam bilik dan menetak ayahnya.

“Ibu suspek kemudian cuba membantu suaminya tetapi mangsa menyerang ibunya dengan menetak dan menikam di leher dan kepala menyebabkan ibunya melarikan diri keluar dari rumah sebelum rebah berhampiran pagar rumah,”katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, susulan itu suspek keluar dari rumah mencari ibunya sebelum ditemui dan ditahan oleh orang kampung dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah.

Katanya, penduduk kampung yang bergegas ke rumah suspek mendapati bapa mangsa dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di atas lantai rumah manakala ibu mangsa terbaring tidak bernyawa di atas rumput di luar rumah.

Dalam pada itu, Azli berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, suspek yang ditahan oleh orang awam telah diserahkan kepada pihak polis dan polis turut menemukan sebilah golok dipercayai digunakan suspek.

Kredit : BH 


Ahad, 15 November 2020

Pencegahan dan Tips hindar dari diragut.

 

Jangan Jadi Mangsa!! Tontonlah video ini!! Jangan leka & lalai

Dari segi istilah, Meragut = adalah menarik dengan paksa atau menyentak dengan cara paksa. Ini adalah Pencegahan dan Tips untuk elakan diri anda di ragut : 
  1. Elakkan pemakaian beg tangan yang bertali panjang kerana ianya akan memudahkan penjenayah meragut beg tangan berbanding dengan beg tangan bertali pendek.
  2. Sekiranya anda berjalan di bahu jalan raya, pastikan anda memakai beg tangan di sisi yang tidak bersebelahan dengan jalan raya.
  3. Kenali jiran anda. Hubungan yang rapat dalam satu kejiranan dapat membantu mengawal dan mencegah jenayah, serta mendapatkan pertolongan segera jika berlaku sesuatu kejadian jenayah.
  4. Pastikan juga anda menyimpan nombor telefon jiran bagi memudahkan anda mendapat pertolongan ketika berlakunya kecemasan.
  5. Anda disyorkan membawa bersama kunci kenderaan ke bilik tidur. Jika anda mengesyaki ada pencerobohan di dalam kawasan rumah anda, anda boleh terus menekan butang penggera kenderaan (alarm) untuk mencemaskan penceroboh atau penjenayah.
  6. Sentiasa ingatkan anak-anak, ahli keluarga atau jiran anda agar tidak membenarkan individu yang tidak dikenali datang ke rumah untuk mengambil sesuatu barang dengan menggunakan nama anda.
  7. Elakkan berjalan secara bersendirian ketika keluar dari rumah.
  8. Jangan muat naik status tiada sesiapa di rumah di media sosial.
  9. Jangan muat naik gambar-gambar barang di dalam rumah.
Melaporkan Kejadian Jenayah.

Laporkan kejadian jenayah dengan kadar segera dimana-mana Balai Polis berhampiran; atau
Hubungi talian kecemasan MERS 999 – Malaysia Emergency Response Service




Jumaat, 17 September 2010

Sejarah Akan Berulang

 Suspek Utama Pembunuh Dato' Sosilawati

Pada tahun 1993 kita digemparkan dengan kehilangan Datuk Mazlan Ideris,
diakhir kehilangan beliau,  kita dapati beliau  telah dibunuh dan dikerat 18 oleh artis  yang juga dikenali sebagai bomoh Mona Fendey.

Pada hari ini kita digemparkan sekali lagi dengan pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan kesemua mangsa yang dikatakan dibunuh oleh Peguam, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Kronologi Kejadian Pembunuhan Sosilawati

Detik sebelum dibunuh

Pada 30 Ogos 2010

1 0.00 pagi : Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala
Lumpur.

4.00 petang : Sosilawati membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5.00 petang : Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan
Ismail.

5.00-6.00 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10.00 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang
Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

KOMEN

Sejarah itu akan berulang apabila kita sudah lupa. Kata orang sejarah merupakan guru yang paling baik. Kalau kita perhatikan dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati ini, inilah hasil pendidikan selepas merdeka ‘peguam’ sunggup membunuh kerana wang. Mereka hilang sifat kasih kepada manusia. tidak dapat dinafikan kalau beginilah keadaanya jauh sekali mereka ini untuk mempertahankan negara jika ada ancaman dari luar. 
  


   
           

Sabtu, 1 Mei 2010

Kes Datuk Mazlan Idris 1993 vs Mona Fandey 2001


Felda Tersang DUN Batu Talam

Datuk Mazlan (baju biru lengan panjang) bersama warga Felda Tersang Raub.

Masihkah anda ingat Maznah binti Ismail berasal dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik. Gaya dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala serius, menangis dan ketawa. Artis ini miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan Thailand. Fuh…!!! kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini. Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada1990. 










Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.

Dalam kes ini beliau bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jamaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.

Berbagai cerita misteri dan aneh telah berlaku semasa kes perbicaraan tersebut. Nak percaya atau tidak itu hakikatnya. Tapi yang lebih penting peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita supaya jauhi unsur-unsur yang merosakkan akidah dan perbuatan kejam yang mana akan memusnah diri kita.

 




KES 2002 :  MEMBUNUH HASLEZA ISHAK 






KES 2003 : PEMBUNUHAN KEJAM NORITTA SAMSUDDIN 



AddToAny