responsif teks foto

Ahad, 22 September 2019

Projek Tanam Getah

Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)


kebun getah projek pertama tanam tahun 2004 melalui RISDA




kebun getah 2004- 2011



Pendapatan  projek pertama kebun  getah  pada tahun 2012
Torehan lebih kurang 270 pokok selama 2 jam sehari  dengan pendapatan RM 10,444.00 setahun (purata bulanan RM 870.00),  pendapatan bulanan secara detail seperti dalam  rajah graf  di bawah.  Pendapatan ini dipengaruhi oleh musim meluruh pada bulan  Mac dan musim hujan bulan Nov dan Dis serta kenaikan/ kejatuhan harga getah di pasaran.

Statistik pendapatan getah 2012
Pendapatan Hasil Getah 2013

Projek Kedua 2012
Saya mengambil keputusan menanam semula kebun getah tua projek kedua sebelah kebun saya tahun 2012.  Untuk membersihkan tapak kebun tersebut saya telah mengupah excavator mencuci kawasan dan membuat teres. Kelebihan excavator ia dapat mencabut pokok getah tua sehingga ke akarnya dan menyusun batang/ranting pokok untuk dibakar dapat dijadikan baja kepada anak getah.


Kerja membersih tapak kebun  Jan 2012

Kerja membakar  Mac 2012
Membakar
Untuk membakar kita memerlukan masa selama 45 hari selepas kawasan dibersihkan atau mengikut petua orang tua kita perlu menunggu kulit pokok yang ditebang terkopek atau tanggal daripada batang teres. 
Peralatan membakar sebaiknya kita gunakan getah  tiub motor yang sudah tidak digunakan lagi bersama minyak diesel untuk menyemarakkan api.


Pagar Elektrik
Untuk menghalang dari masuh tanaman saya telah membeli pagar elekterik dengan kos seperti berikut :
         Patriot RM 500.00.
       Solar RM 700.00
         Beteri  RM 170.00 
            Kabel 150 X 3 =  RM 450.00 penyukat volt RM 120
            Pancang PVC 100 batang = RM 200.00
      Box beteri, rumah solar RM 270.00  dan Solar controller RM 195.00



Litar ringkas pagar elekrrik 

Beteri dan pengecas Patriot RM 500.00

Solar Charge Controler Digital RM 80 beli di Alibaba
  Beberapa fungsi dari solar charge controller adalah (a).Mengatur arus untuk pengisian ke bateri, menghindari over charging dan over voltage, (b).Mengartur arus yang dibebaskan/diambil dari bateri agar bateri tidakfull discharge, dan overloading dan (c).Monitoring temperatur bateri.


alat untuk mengukur voltan pada kebel  pagar elektrik, 5000V  adalah terbaik Harga RM 120.00


jangan sesekali membuat sambungan terus arus elektrik AC dari rumah ke kebel pagar elektrik kerana boleh membawa maut kepada sesiapa yang menyentuhnya. Sinar Harian


Cuba perhatikan video di atas bagaimana musuh tanaman terkena kejutan pagar elektrik yang  telah dipasang dengan sempurna tanpa membunuh atau mencederakannya.
suis pagar elektrik
Dengan mengunakan sistem solar tersebut sambil menoreh dan membuat kerja-kerja kebun boleh juga saya mendengar celoteh DJ radio Pahang FM. 

radio kereta  mengunakan arus elektrik DC 12V

speaker paling cangih

Klon
Setelah berbincang dengan kawan-kawan mereka mencadang saya mebeli klon PB 350 yang merupakan klpn yang digunakan di estet-estet di Malaysia berbanding dengan klon KT, RRI yang belum tentu sesuai ditanam di tapak kebun kita. Harga yang ditawar kepada saya dengan klon tersebut adalah RM 6.00 sepokok. Saya  terpaksa membeli sebanyak 447 pokok dengan keluasan 2 ekar.

Klon PB 350,PB 315 dan 600 bersama pagar elektrik


Jarak Tanaman



















Membuat Jarak Tanaman
Dengan mengunakan tali panjang yang telah ditanda mengikut ukuran yang dicadangkan saya mengambil keputusan membuat ukuran 9 kaki jarak,  muka 18 kaki yang mana tidak mengikut jarak disebelah.  


Kerja penanaman
Saya mula menanam pada 12 Mei 2012 dengan menanam sebanyak 16 pokok satu hari, itu pun selepas atau sebelum menoreh.  Jika ada masa terluang diwaktu petang saya meneruskan kerja tersebut.  Tidak sampai sebulan kerja menanam berjaya disiapkan. Pada hari ini upah menanam getah RM 2.00 sepokok jika 447 kita memerlukan RM 894.00. 








Cabaran semasa menanam
Bila hujan tidak turun saya terpaksa kita menyiram anak pokok getah jika tidak ia akan menjadi kering berkemungkinan anak pokok akan mati.

Kerbau, lembu, monyet dan babi hutan yang akan merosakan tanaman jika ia berjaya masuk ke dalam tapak tanaman. Untuk mengelakan terpaksa kita menguna pagar elektrik yang sememangnya berfungsi untuk mengejutkan musuh tanaman tersebut. 

musuh tanaman yang menjadi ancaman kepada kita


Ancaman anai-anai yang boleh menjadikan anak pokok getah terbantut berkemungkinan pokok akan mati. Daripada pengalaman orang tua biasanya ia menyiram ke tanah racun anai-anai atau menabur furadan. 
Penanam Getah vs Babi Hutan
Cara menghalau monyet


sudah 3 bulan mula makan baja  Julai 2012
9 bulan bersama kekacang tutup bumi Jan 2013
11 bulan baru tabur baja 15:15:15  Mac 2013



1 tahun 1 bulan (13 bulan) 2013
1 Tahun 9  bulan  (21 bulan) 2013


2 tahun 9 bulan(33 bulan) 2014


3 tahun 6 bulan (42 bulan) 2015




4 tahun  (48 bulan) 2016

5 Tahun (60 bulan)   Mei 2017
Ukur lilit melebihi 45 cm boleh mula buka penel torehan  pada 21 Mei 2017

Tidak menjadi masalah menjual getah sekrap, pembeli akan datang kebun untuk
mengambilnya  setelah di telefon

Pendapatan pertama 65 kg, menoreh selama 1 jam 100 pokok yang terpilih shj, selama 15 hari, harga 1 Julai 2017 RM 2.40 sekilo bersamaan RM 156.00


Susu Getah

Penyakit Getah

Penyakit daun luruh Pestalotionpsis yang menyerang kebun getah sekarang tahun 2020.


Racun kulat yang sesuai dan boleh digunakan.







Ciri-Ciri Penyakit Pokok Getah di Malaysia dan Kaedah Pengawalan





Penyakit daun luruh pestoloiopsis






Hari ni 30 Sept 2017 jual getah 8 hari menoreh dapat 90 kg 

bersamaan RM 2.30 x 90 kg = RM 207



Dengan 150 pokok getah yg ditoreh mengambil masa 1 jam 20 minit. Pada 21 Okt 2017 jual getah 8 hari 104 kg bersamaan RM 2.30 x 104 kg = RM 239



.
Resit jual getah 
"Macam ni punya harga boleh mohon IPG..."
Lembaga Getah Malaysia

Bagi tujuan permohonan INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG),  RM 0.25 sekilogram, pengusaha/pemilik perlu menyediakan dan menyerahkan dokumen (ke pejabat LGM terdekat) seperti berikut:
1  Borang tuntutan IPG (diisi lengkap)
2. Resit rasmi jualan getah
3. Salinan buku akaun (akaun sama didaftarkan untuk kad PAT-G)
4. Surat perjanjian pembahagian IPG (pemilik dan pengusaha)

IPG... RM 52.94 bersamaan 408 kg skrap


pokok getah yang sama
Statistik pendapatan penoreh Getah 2018
Daripada statistik tersebut pembaca boleh merumus berbagai andaian dan pendapat berkenaan dengan  kehidupan sebagai penoreh getah yang mempunyai keluasan 2 ke 6 ekar, adakah berbaloi dengan usaha mereka sama ada pemilik(tuan tanah) atau pengusaha(penoreh).



Resit penutup tahun 2018
BMT 2018
Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2018 (BMT 2018) yang dilaksanakan oleh RISDA kini boleh disemak melalui pautan berikut :

http://webapp3.risda.gov.my


INSENTIF PENGELUARAN GETA (IPG)
Sebelum masuk bulan 28 Feb 2019 bolehlah poskan resit getah ke LGM untuk dapatkan IPG bulan Jan 2019.

Sekarang Resit penjualan dicetak dengan Komputer tak memerlukan resit lama 
LGM telah menaikan kadar RM0.25 kepada RM0.50 baru-baru ini dan tanpa perlu menhantar resit ke pejabat LGM memadai dengan cetakan komputer pembeli getah.

Cara pengiraan IPG 

150 kg skrap
RM 0.50 Kadar ditentukan oleh LGM mengikut harga
45 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) atau DRC

> 150 X RM 0.50 = RM 75

> RM 75 X 45/100 = RM 33.75

>  IPG 150 kg bersamaan dengan RM 33.75





Pokok Getah Tumbang

Pokok getah yang berumur 7 tahun ke atas risiko akarnya dimakan oleh anai-anai tinggi walaupun pada mula penanaman kita telah sembur atau tabur racun Anai-Anai seperti Puradan dan racun cair.



Cara pengiraan harga SMR 20 kepada Harga Getah Sekerap.

Kebanyakan penoreh getah di Malaysia menghasilkan getah SMR 20 berbanding dengan dahulu sekitar tahun 70an ke bawah penoreh atau pemilik kebun menghasilkan getah keping. Kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana pembeli/pelesen getah mengira untuk mendapat harga semasa. Mereka hanya mengikut sahaja harga yang telah ditetapkan. 






SMR 20 harga 5.55.50
SMR 20
Cara pengiraan mudah.

Pengiraan peratus Kandung Getah Kering(KGK)

1 hingga   2 hari  = 50 peratus
3 hingga   5 hari  = 52 peratus
7 hingga 15 hari  = 55 peratus
14 ke atas            = 60 peratus

Harga Harian SMR 20 (100 %KGK) akan di keluar pagi sekali petang sekali

Kalau pada hari ini SMR 20 RM 5.46 ditolak Kos Operasi + SES

SES = Tanam Semula  RM 0.10
        = Penyelidikan     RM 0.04

Kos Penggangkutan/Untung Urusniaga/Kilang(Kos Operasi) =       RM 1.26

Kos Operasi   + SES                                =  RM 1.26 + RM 0.14 = RM 1.40

KGK purata          = 55 peratus

  546-140=4.06X55/100 = 2.30

Harga hari ini = RM 2.30


26 Nov 2019 Resit Getah 




Bantuan Musim Tengkujuh RM 600.

Semakan e-BMT :  Bantuan Musim Tengkujuh Risda


Borang Deklarasi BMT


Separuh duit BMT 2019 sudah masuk





Masalah Harga Getah

Statistik pendapatan penoreh Getah 2019



Pokok sebanyak lebih kurang 300 pokok, bulan Mac tidak menoreh kerana meluruh,  menoreh selama 2 Jam setengah, penghasilan 2,453 kg bersamaan dengan RM 6, 013 setahun.

Cerita dari Lipis Tanam Getah
Kebun Getah  21 Jan 2020, Tajuk ni sudah 29,349 pengunjung


Bantuan Khas Hari Raya Adilfiri 2020

Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikut penularan wabak convid19(BKC 2020)


  • Tidak perlu isi borang.
  • Tidak perlu Hadir Ke Pejabat RISDA.
  • Sila duduk di rumah.


Penerima yang layak menerima bantuan Musim Tengkujuh tahun 2019(BMT 2019)
layak menerima (BKC 2020) secara automatik dan bayaran akan dibuat
ke akaun penerima yang didaftarkan

Boleh Check melalui telefon Bimbit pautan berikut

http://webapp3.risda.gov.my

Telah dikredit kedalam akaun Bank pada 21 Mei 2020.



Cerita dari Lipis  Kebun Getah
Resit Getah 29 Jun 2020  harga SMR 20, RM 4.80.50




IPG AKTIF Bulan Julai 2020

LGM memaklumkan bahawa IPG TERAKTIF bagi bulan Julai 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran seperti berikut:
 
a) Semenanjung : RM 0.70 sekilogram;
b) Sabah : RM 1.00 sekilogram; dan
c) Sarawak : RM 0.90 sekilogram.

Untuk memudahkan penoreh getah atau pengusaha menyemak kelulusan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari LGM sila klick link di bawah : 




KEMASKINI JUMAAT, 23 Okt 2020 jam 5.00 ptg


Harga Getah Gred SMR20
= RM 6.7450/kg bersamaan USD 1.6550/kg

Harga Getah Lateks di Ladang (100%KGK)
= RM 6.7375/kg

Harga Getah Sekerap di Ladang (50% KGK)
= RM 2.6231/kg*

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

*Nota: Insentif Pengeluaran Getah akan diaktifkan pada kadar RM2.50 /kg sebagai harga lantai minima yang ditetapkan kerajaan untuk membantu para petani.


Ust Dr. Khairuddin at-Takiri - Menteri



Duit BMT 2020

Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 4 Dis 2020 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum

Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 4 Jan 2021 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum


Duit BMT 2021

Pada sahabat-sahabat penoreh yang mohon BMT, hari ni 19 Nov 2021 duit RM 300 masuk melalui akaun bank tuan-tuan- Maklum





















Maksud Hadis

“ Tak ada seorang Muslim yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau haiwan, kecuali ia akan mendapatkan sedekah kerananya. ” [HR. Al-Bukhoriy dalam Kitab AL-Muzaro’ah (2320), dan Muslim dalam Kitab Al-Musaqoh

Tanaman Sampingan.

Sementara  menunggu pokok getah membesar saya menanam sedikit cili api dan tebu di celah-celah anak getah tersebut.
pokok Roselle


tebu telur


cili api

ubi torak

pokok labu

Pada 16 Jun 2013 (Ahad) lepas saya kutip cili api sebanyak 5 kilo, 1 kilo bersamaan dengan 600 biji bermakna saya kutip 3000 biji, banyaknya..!!!! pasaran tak menjadi masalah jual murah-murah 1 pot RM 1 pasti org berebut membeli.
5 kilo bersamaan dengan 3000 biji
Pada 28 Julai 2013 cili yang cantik bertukar menjadi hitam bertompok saya mengambil keputusan menanyakan  masalah tersebut kepada group penanam cili di facebook. Mereka mencadangkan kepada saya agar menyembur racun kulat 'mancozeb' jika tidak satu kebun akan musnah. Pada 31 Julai 2013 saya membeli racun tersebut di kedai Peladang dan terus menyembur kesemua pokok cili moga-moga ianya berjaya.
'antraknos'
racun kulat 'mancozeb'
Racun merbahaya kepada penguna, sebelum mengunakan pastikan membaca pada lebel dan adakan langkah-langkah keselamatan. Kelas Racun Perosak

Jus dan jem Rozel 
Buat sendiri tanpa bahan pengawet, rasa beza dan lebih sedap dari pati yang dijual di Kedai atau supermarket. Rasa seakan-akan air ribena.....Khasiat Rozel


Jem dan Jus Rozel yang dibuat sendiri
Timun tahun harga pasaran RM 5.00 sekilogram


kelapa Mataq RM 25 sepokok

Dengan mengunakan pagar elektrik kebun getah tersebut saya dapat juga menanam tanaman sampingan seperti timun tahun, timun kampung dan bayam. 



Oleh kerana ramai sahabat-sahabat yang bertanya kos pemasangan pagar elektrik saya berikan 'costing' seperti berikut barang boleh beli sendiri atau sebaliknya.


Bil
Perkara
‘Quantity’
Harga


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9

3 ekar= 435.6 meter
Kabel
Tiang PVC
Patriot Energizer P10
Beteri Kereta 12 V
Box Beteri,rumah solar.Suis
Solar Panel
Solar Controller
Pengukur Voltan
Upah


RM 150 X 4
160 batang  X RM 2
1
1
1
1
1
1
160 Batang X RM 5


RM 600.00
RM 320.00
RM 500.00
RM 180.00
RM300.00
RM500.00
RM195.00
RM 120.00
RM 800.00


Jumlah

RM 3,515.00

Kesimpulan
Sesiapa yang mempunyai pengalaman, petua  menanam getah atau berkebun boleh berkongsi pendapat dan komen di ruang komen dalam blog ini. 







Mac 2012 - Mula tanam

5 Mac 2020 - Daun Meluruh


Tahun 2021

Bantuan Tanam semula Getah Pekebun Kecil RISDA Malaysia. Permohonan Bantuan Tanam Semula Getah diteruskan bagi tahun 2021 dengan kadar baharu iaitu RM13,710/Hektar kadar lama RM9,230.00 termasuk bayaran tunai tolak tebang dan bekalan Input pertanian seperti baja dan racun rumpai. Khidmat nasihat dan tunjuk ajar Amalan Pertanian Baik (GAP) disediakan. 



Ansuran Tanam Semula Getah ke Getah

Ansuran 1 RM 7,710.00
Anak pokok getah 538 pokok/hek
Baja RP : 7 Beg
Ansuran 2 RM 1,600.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 1
Baja R1 : 33 Beg
Ansuran 3 RM 1,300.00
1 Tahun selepas bayaran ansuran 2
Baja R1 : 35 beg
Ansuran 4 RM 1,400.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 3
Baja R1 : 20 Beg
Baja R4 : 36 Beg
Ansuran 5 RM 1,700.00
1 tahun selepas bayaran ansuran 4
Baja R4 : 80 Beg


Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP)

Kebenaran Operasi dan Pergerakan bagi menjalankan aktiviti Industri Getah dan Rantaiannya sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) 0.3.  Berkuatkusa mulai 25 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021

2. Perniagaan dan perkhidmatan

Sektor Perikanan , Perladangan , Pertanian dan Penternakan
  • Sektor perikanan , perladangan , pertanian , penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan adalah dibenarkan beroperasi
  • Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan.
Surat kepada pemegang Lesen dan Permit LGM adalah di bawah.



Surat Kebenaran Operasi dan Pergerakan bagi menjalankan aktiviti Industri Getah dan Rantaiannya sepanjang tempoh PKP 'Total Lockdown' mulai 1 jun 2021 hingga 14 Jun 2021





Daun Getah mulai gugur seperti tahun lepas.

29 Ogos 2021 daun getah mula diserang kulat dan gugur



Bajet 2023



Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Antara perkara yang dimohon oleh RISDA dalam bajet2023 bagi membantu survival pekebun kecil makmur adalah:
  • Meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 232,000 pekebun kecil di seluruh negara.
  • Menaikkan harga lantai getah daripada RM2.50 sekilogram (kg) kepada lebih RM3 kg bagi membolehkan lebih ramai penoreh getah keluar dari garis kemiskinan.

Bersama-sama kita nantikan khabar gembira ini dalam bajet2023 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2022 di  https://budget.mof.gov.my/ms/


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah masuk ke akaun Pekebun.pada bulan ini sebanyak 
RM 200.








57 ulasan:

langville.blogspot.com berkata...

Aslm Sdr. Zaini, saya Rahimi Jaafar orang Kuala Atok skrg menetap di Cheras. Ingin tahu lebih lanjut fasal tanam getah ni dari saudara boleh ke? Lebun getah saya di kAtok tidak diurus dgn betul sbb jarang balik kg. Wslm.

Nan Zul berkata...

"panjang kalau nak bercerita pasal ni...sy pun baru habis tanam.."

ashril berkata...

salam en. zaini..
saya ashril ingin menawarkan baja kepada en. dan pada sesiapa yang singgah ke blog en.zaini..

saya rasa en.zaini tahu dan kenal baja nie.. VITEX.. saya ade membekal baja VITEX keseluruh malaysia dan jikalau sesiapa berminat mendapatkan nya boleh email kepada saya di adz_3@hotmail.com atau hubungi saya di talian 013-242 8543 (ashril).. sekian terima kasih..

zoohir berkata...

As salam En. Zaini.
Saya dalam proses utk tanam semula getah di Dong, Raub.
Boleh saya tahu, dimana saudara membeli klon anak pokok getah?

Saya bercadang utk tanam klon RRIM600.

Nan Zul berkata...

Kalau saudara nak beli benih yg baik di RRIM Sungai Buloh Harga RM 5.00 utk semua jenis klon kenderaan sendiri tel no 0126661655-KRISNA. Di Benta ada harga mahal sedikit klon dari Johor. Pengalaman tanam getah ni musuh utama babi hutan boleh di atasi dengan pagar eletrik, monyet atau kera payah sikit sebab binatang ni boleh masuk juga biasanya patahkan hujung anak benih.."

Mohd Zulkifli Shafie berkata...

Saya tengah survey projek penanaman getah untuk investment. Menarik perkongsian tuan tentang penanaman getah ni. Siap macam kronologi lagi.

Terima kasih Tuan Zaini.

Unknown berkata...

Terimakasih. Banyak info yang saya dapat dari blog ini. Saya sedang merancang untuk menanam Sawit di tanah seluas 8 ekar di Kawasan berhampiran Kechau 1. Tanah tersebut terdapat getah tua dalam usia 25 tahun. Ada beberapa kesulitan kerana kurang mahir. Masalah utama :
1. Dimana saya boleh dapatkan orang yang boleh menebang, membeli kayu getah dan seterus membersihkan tanah dengan harga terbaik.
2. Untuk menyedia pagar, peralatan pagar elektik 8 ekar keluasan tanah berapa anggarannya?
3. Benih terbaik Sawit & dan dimana boleh diperolehi dgn harga terbaik?
Sekiranya saudara sudi membantu sila hubungi saya di 0133888241.

Nan Zul berkata...

"8 ekar ni luas kena 100 peratus pemantauan, kalau tanah ada geran boleh terus buat tanamsemula melalui RISDA..." lihat blog tersebut
http://www.usahawantani.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=6

Nan Zul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nan Zul berkata...

"untuk tanam sawit 1 ekar memerlukan RM 550.00 untuk 55 anak benih, RM 900 ke RM 1,100 untuk 'excavator' upah menanam, Loader, buat teres dan lain lebih kurang RM 2,000. Kos ini tidak termasuk pagar elektrik dan baja..."

Tanpa Nama berkata...

salam, benih apa yang terbaik dikalangan klon getah.

Nan Zul berkata...

Klon KT atau Klon 1 Malaysia

Nur berkata...

Assalamualaikum en.zaini,kalau boeh dapatkn no.telefon atau email untuk berbincang mengenai proses tanaman semula getah atau menjaga pokok yg sedia ada..terima kasih

Unknown berkata...

assalamualaikum en.zaini,

info yg sangat berguna. bercadang hendak memulakan penanaman getah keluasan 3 ekar. info ini sangat berguna kepada saya yang masih mentah dalam penanaman getah.

terima kasih

Unknown berkata...

Salam..saya ada menyediakan perkhidmatan sewa bulldozer ber minat sila hubungi 019-951 8845 Bedu.

Nan Zul berkata...

seekar berapa kos sewa bulldozer...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
saya juga tinggal di kuala lipis,boleh saya tahu tuan membeli segala peralatan pagar elektrik di mana..

Nan Zul berkata...

kat Kuala Lipis peralatan tersebut ada dijual di kedai Kenong barisan Bomba lama..."

Nan Zul berkata...

kat Kuala Lipis peralatan tersebut ada dijual di kedai Kenong barisan Bomba lama..."

Long Amaluddin berkata...

Assalamualaikum Tuan... sy dari Sg Merab Bangi.. bagaimana sy boleh dapatkan pagar elektrik ini.. Masih Ada?

zulhasan berkata...

Assalamualaikum tuan...
Terimakasih byk ats info2 dn maklumat2 sgt berguna yg telah tuan kongsikan...

Unknown berkata...

Hai,

Sila klik link blog kami .kami ada beberapa info penting untuk menjaga tanaman anda.
Please support us.Tq

http://blogperlindungantanaman.blogspot.my/2016/02/pengenalan-teknologi.html

Unknown berkata...

Tq dengan info telus dan jawapan telus tuan..semoga d murahkan rezeki..en jawab segala pertanyaan dengan jujur bg kamj yg baru mahu memulakan tanah ni cukupx kami ucapkan terima kasih pd Tuan..

ndya berkata...

Slam en... sy nadia..sy berminat untuk tanam semula getah di kpung sy...boleh sy tahu berapa anggaran kos pembersihan kebun tersebut dan jualan bagi pokok yg telah ditebang...

Unknown berkata...

Bole tahu anggaran 700 pokok berapa sebulan pokok getah.

Unknown berkata...

Terbaik tuan... Info yg Sgt berguna.. saya pun mahu jadi mcm tuan...tapi saya tanam pokok apa pun Tak hidup,Tak tahu sbb apa?? Adakah cara tanam slh ke?

hazimDeHearty berkata...

slm. mnx pndpt smua. berbaloikah usaha getah skrg ini bg tanah getah 6 ekar? anggaran kasar pndpatan bulanan brp? tnye tu sbb sy dlu ad kbun getah tp dh xde spe nk urus. so, sy nk urus blik lh klo berbaloi.

Nan Zul berkata...

kalau harga RM 4.00 sekilo berbaloi, harga sekarang purata RM 2.30 LGM tambah RM 0.50. 6 ekar lebih kurang 800-1000 kilo sebulan, mampukah kita nak menoreh 6 ekar bersamaan lebih kurang 1000 pokok seorang.

Unknown berkata...

Terbaik lah artikel saudara... Boleh dijadikan panduan generasi muda...

Unknown berkata...

Terbaik lag.. Artikel sebagai rujukan dari process menanam

Unknown berkata...

Saya baru nak mula cuba menanam getah
Panduan yg sgt bermaafaat

Qimie berkata...

Terbaik bang. Sampai sekarang 2020 masih update blog ni. Semoga mendapat pahala sedekah ilmu. Amin!

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. Terima kasih Tuan Admi yg sudi berkongsikan ilmu dan pengalaman berserta dgn gambar rajah,Semoga Allah SWT Permudahkan Urusan Tuan dan Permudahkan Urusan Tuan Di Dunia Hingga Di Akhirat InsyaAllah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal Alamin 🤲🏻

Nan Zul berkata...

Terima kasih..Tajuk ini saja sudah ada 32,348 pelawat

zaharin berkata...

Terbaik ....admin . Sy nak bantuan perkhidmatan pasang pagar metrik utk tanah 5 ekar di Jerantut

Nan Zul berkata...

boleh pasang sendiri Tak susah tengok You Tube https://youtu.be/P3rHXEA16yo

Tanpa Nama berkata...

Hai semua

Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai terma dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, semuanya penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera sekiranya anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com mereka.

Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com
Whatsapp Syarikat +1 (304) 997-4034
E-mel saya: fradesyriritia12@gmail.com

zaharin berkata...

Tanam getah atau sawit....

zaharin berkata...

Tanam getah atau sawit....

AHAMAD FAUDZI ABD berkata...

Hai semua

Nama saya Ahamad Faudzi Abd dari MALAYSIA. Saya mengalami trauma kewangan kerana saya ditipu dan ditipu oleh banyak syarikat pinjaman dalam talian dan saya fikir bahawa tidak ada yang baik yang dapat keluar dari transaksi dalam talian tetapi semua keraguan saya segera ditenangkan dan hilang ketika rakan saya mula-mula memperkenalkan saya kepada syarikat ALL GLOBAL PEMBERIAN PINJAMAN, saya fikir ia masih akan menjadi permainan penipu yang sama, tetapi rakan saya meyakinkan saya, dan saya juga melihat kesaksian orang lain, saya terpaksa memaksa diri untuk mengikuti semua proses, yang paling mengejutkan setelah memenuhi semua syarat, saya mendapat pinjaman RM 5.000.000 di akaun bank MUAMALAT saya Semasa saya dimaklumkan di telefon saya, saya tidak pernah mempercayainya, nampaknya saya bergegas ke bank untuk memastikan bahawa ia benar dan nyata, dan pinjaman itu ada di sana akaun, saya menariknya tanpa komplikasi dan melaburkannya dalam perniagaan saya Venture.

Sekiranya anda mahukan pinjaman hari ini untuk perniagaan dan memulakan hidup, syarikat, dan kontrak besar, sila hubungi SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN PEMBERIAN GLOBAL di e-mel mereka di bawah.
E-mel ............. allglobalgrantloan@gmail.com

Dan jika anda mahukan maklumat yang tepat dari saya, maka anda boleh menghubungi saya melalui e-mel peribadi saya (aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com)

Saya adalah PEMANDU Lori biasa, tetapi sekarang saya memiliki Lori dan saya menjadi penyokong besar, saya memberi jaminan kepada anda semua bahawa anda akan mendapat pinjaman anda dari SYARIKAT yang baik ini.

SYARIKAT: SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN PEMBERIAN GLOBAL
E-mel: allglobalgrantloan@gmail.com
Tel ............. +1(304)997-4034
e_mail .......... [aahamadfaudziabdlatif5@gmail.com]

Fitriani Suhesti berkata...

Saya Fitriani Suhesti dari kota Medan. Saya melihat pos ibu Yanti Ari dengan perinciannya tentang bagaimana dia meminjam dari Guaranty Trust Loans untuk memulihkan bisnisnya dan juga memperluas bisnisnya. Ibu berkata dia tinggal di kota Medan dan saya tinggal di kota itu jadi saya memutuskan untuk menghubunginya karena saya telah kehilangan 16 juta karena penipuan hanya karena saya memerlukan pinjaman untuk mengembangkan bisnis saya.

Di bawah ini adalah informasinya yang saya lihat dan yang saya hubungi.

nama ibu: Yanti Ari
nomor telepon: +62 821-1644-0184
Nomor Whatsapp: +62 821-1644-0184
Kota: Medan
email ibu: ariy6261@gmail.com
Setelah saya menghubungi ibu yanti, dia memberi tahu saya segala sesuatu yang perlu saya ketahui dan dia mengatakan kepada saya bahwa setelah saya menghubungi Guaranty Trust Loans dan menerima pinjaman saya, saya harus mencoba membagikan cerita saya sehingga orang lain yang membutuhkan pinjaman yang dapat diandalkan perusahaan dapat diselamatkan dari orang-orang curang yang bukan pemberi pinjaman.

Jadi saya mengajukan pinjaman sejumlah 500 juta Rupiah, dan mereka meminta kredensial saya yang saya kirimkan dan setelah mereka selesai memverifikasi rincian saya, pinjaman itu disetujui untuk saya dan saya pikir itu hanya lelucon dan mungkin itu salah satu tindakan penipuan yang membuat saya kehilangan uang, tetapi karena ibu Yanti berasal dari Medan dan saya melihat buktinya sehingga saya memercayai mereka, saya kagum ketika mendapat pinjaman dalam waktu kurang dari 24 jam dengan suku bunga rendah 2% tanpa jaminan. Saya sangat senang bahwa Allah menggunakan ibu yanti yang menghubungi mereka dan memperkenalkan saya kepada mereka dan karena saya diselamatkan dari pemberi pinjaman palsu dan juga akan memenuhi impian bisnis saya.

Jadi saya menasihati semua orang yang tinggal di Indonesia, Malaysia dan bagian lain dunia yang membutuhkan pinjaman untuk satu tujuan atau yang lain untuk silakan hubungi Guaranty Trust Loans dan di bawah ini adalah detail mereka
email: (anamichaelguarantytrustloans@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi perusahaan dengan nomor ini: +1(470)481-0039
jangan ragu untuk menghubungi saya jika Anda memerlukan informasi lebih lanjut melalui email: (fitrianisuhesti90@gmail.com)
terima kasih semua telah membaca kisah saya, dan semoga Allah terus melindungi dan memberkati kita semua bahkan di masa-masa sulit karena pandemi coronavirus.

elodie yannick berkata...

Helo semua di luar sana, saya harap anda semua baik-baik saja ??? Nama saya Puan Elodie Yannick, saya berasal dari Belgium Liege, beberapa minggu yang lalu saya terperangkap dalam keadaan kewangan yang buruk dan saya memerlukan pinjaman segera untuk membayar bil saya dan kembali bangkit secara kewangan kerana keadaan kewangan bank saya sekarang enggan memberikan pinjaman kepada saya, jadi saya tidak mempunyai pilihan lain selain mencari pinjaman tanpa jaminan dalam talian, dalam proses penyelidikan saya, saya menjadi mangsa penipuan dan saya kehilangan hampir € 1,250 dan saya menghadapi lebih banyak masalah dan saya hampir berputus asa untuk mendapatkan pinjaman sehingga saya menjumpai catatan dalam talian, pos itu adalah keterangan bersama dari Puan Melissa Nicholas dari Kansas States yang memberi keterangan bagaimana dia mendapat $ 350,000.00 dari Kathy Finance Inc. setelah membaca siaran itu, saya memutuskan untuk menghubungi Kathy Finance Inc. melalui e-mel: (kathyrichardfinance@hotmail.com) kenalan yang dikongsi dalam siaran, permintaan pinjaman tanpa jaminan saya sebanyak € 120,000.00 telah disetujui dalam 48 jam dari permintaan saya dan kadar faedah pinjaman mereka adalah 2% pinjaman saya dibayar ke dalam akaun bank saya tanpa sebarang peninggalan .

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang mendalam dan juga menasihati para pencari pinjaman di luar sana untuk sangat berwaspada kerana terdapat banyak penipu di luar sana dengan tujuan untuk menipu pencari pinjaman yang tidak bersalah, jadi anda harus berhati-hati dan waspada .. bagi mereka yang memerlukan pinjaman saya cadangkan Kathy Finance Inc, anda boleh menghubungi syarikat melalui e-mel: (kathyrichardfinance@hotmail.com)

Terima kasih kerana membaca kesaksian saya, saya mengucapkan semoga berjaya.

Anda,
Elodie Yannick.

adawiyah yahya berkata...

HALO
Saya ADAWIYAH YAHYA dari malaysia saya tinggal di kota temerloh pahang. Saya tidak pernah tahu itu benar-benar mungkin untuk mendapatkan pinjaman dari pinjaman online atau pemberi pinjaman. Saya sekarat dalam hutang dengan banyak tagihan untuk membayar ketiga anak saya dan skor kredit saya juga sangat rendah. Jadi, saya baru saja online untuk mengetahui lebih banyak tentang cara mendekati bank atau mengambil pinjaman hari bayaran dengan nilai kredit rendah. Kemudian saya menemukan banyak artikel dan artikel di berbagai situs tentang bagaimana KARINA ELENA ROLAND LOAN COMPANY membantu orang, perusahaan dan organisasi dengan suku bunga pinjaman @ 2%. Dengan pengetahuan yang saya dapat secara online, saya menghubungi PERUSAHAAN PINJAMAN KARINA ELENA ROLAND melalui email: (karinarolandloancompany@gmail.com), saya menjelaskan diri saya. Saya mengajukan pinjaman $ 60.000 tetapi dia menyetujui $ 50.000 dan itu adalah $ 50.000 yang saya terima di rekening bank saya. Proses transaksi sangat mudah dan cepat. dan juga mengkonfirmasi Identitas saya dan untuk memastikan keamanan dana. Saya merekomendasikan perusahaan ini kepada semua orang. Jangan mati dalam utang sebelum Anda mencari bantuan. Tulis surat ke PERUSAHAAN LOAN KARINA ELENA ROLAND sekarang Email (karinarolandloancompany@gmail.com atau whatsapp +1 (585) 708-3478, untuk informasi lebih lanjut Anda juga dapat menghubungi saya melalui email adawiyayahya63@gmail.com

Unknown berkata...

Asslmualaikum..jika ada lebih kurang 200 pokok.Berapa jangkaan pendapatan yg mungkin

Nan Zul berkata...

200 pokok menoreh 3 jam suku, kalau menoreh seminit sepokok.. org tua katakan..". Berkemunkinan pendapatan lebih kurang 200kg atau lebih 300kg 15 hari menoreh. Katakan dapat 200kg X dengan harga sekarang RM 1.90 bersamaan RM 380..."

Smart Rental berkata...

Sindiket along dah masuk ke dalam komen pekebun kecil dan orang kampung. Harap jangan sesekali hubung number telepon di beri dan percaya cerita2 penipuan tu. Nama2 org berlainan tapi cerita sama. Akan ada org yang tertipu juga. Harap sama sama memgingati saudara atau kawan jangan terjebak.

GLORIA'S LOAN COMPANY berkata...

Apakah Anda mengalami kesulitan keuangan atau Anda ingin memenuhi impian Anda dengan dana?
Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi tagihan Anda, Memulai atau mengembangkan bisnis Anda?
Apakah Anda mengalami kesulitan mendapatkan pinjaman dari Pemberi Pinjaman atau Bank karena tingginya biaya / persyaratan pinjaman?
Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
Kemudian khawatir kami datang untuk menawarkan pinjaman kepada pelamar yang tertarik baik lokal maupun luar negeri tidak peduli jenis kelamin atau lokasi tetapi usia harus 18 tahun ke atas.
Kembali kepada kami untuk negosiasi tentang jumlah yang Anda butuhkan akan menjadi keputusan yang bijak.
JENIS PINJAMAN KAMI
Pinjaman ini dibuat untuk membantu klien kami secara finansial, dengan tujuan mengurangi beban finansial. Untuk alasan apa pun, pelanggan dapat menemukan rencana pinjaman yang sesuai dari perusahaan kami yang memenuhi persyaratan keuangan.

Data pelamar:
1) Nama Lengkap:
2) Negara
3) Alamat:
4) Jenis Kelamin:
5) Pekerjaan:
6) Nomor telepon:
7) Posisi saat ini di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang dibutuhkan:
10) Jangka waktu pinjaman:
11) Apakah Anda pernah melamar sebelumnya:
12) Tanggal Lahir:
Hubungi perusahaan pinjaman Gloria S melalui email:
{gloriasloancompany@gmail.com} atau
Nomor WhatsApp: +1 (815) 427-9002
Nomor Perwakilan Indonesia: +6288286919466
Salam Hormat

Tanpa Nama berkata...

Pendapatan penoreh akan bermasalah bila kebun getah diserang dengan penyakit kulat.

Nan Zul berkata...

Penoreh Getah Indonesia pun terjejas dengan penyakit kulit imi..."

Alta Finance LLC berkata...

PROGRAM PINJAMAN MUDAH

Pada masa ekonomi yang tidak menentu ini, banyak orang mendapati diri mereka menghadapi situasi di mana mereka boleh menggunakan bantuan kewangan. Sama ada untuk kecemasan, pembaikan rumah, menggabungkan hutang atau percutian keluarga - pinjaman peribadi dengan faedah rendah adalah kaedah yang selamat dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Di Alta Finance LLC, kami pakar dalam program pembiayaan Pinjaman yang Boleh dipercayai dan cekap.

Sila kunjungi laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami www.altafinance.org

Hubungi saya melalui e-mel peribadi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pinjaman kami
E-mel: robertraymond@altafinance.org
Whatsapp: +17026022533

Terima kasih.

Solution berkata...

Halo pemirsa di seluruh dunia, Ada kabar baik untuk Anda semua hari ini dapatkan kartu ATM Kosong Anda yang berfungsi di semua mesin ATM di seluruh dunia. Kami memiliki program khusus kartu ATM yang dapat digunakan untuk meretas mesin ATM, kartu ATM dapat digunakan untuk menarik di ATM atau geser, di toko dan POS. Kami memberikan kartu ini kepada semua klien yang tertarik di seluruh dunia, Kami memberikan Kartu ATM Kosong. Apakah Anda ingin menjalani kehidupan yang baik yang dianggap ilegal, cara termudah untuk menjadi jutawan. itu juga memiliki teknik yang membuat CCTV tidak mungkin mendeteksi Anda dan Anda hanya dapat menarik sejumlah $ 5.000 Dolar dalam sehari di Mesin ATM juga tersedia saat pengiriman tunai. Kami memberikan hingga $ 10.000,00 hingga $ 1.000.000,00 Dolar Dengan layanan peretasan jaringan kami. Kami dapat Memulihkan semua uang Anda yang hilang ke Bitcoin dan mata uang Crypto lainnya, penipuan hipotek / realestate, dan ICO palsu dalam waktu 48 jam atau kurang. (Thomas Freddie Hackers) bekerja sama sebagai tim untuk melacak & memulihkan dana kembali dari PENCIPTA internet yang paling sulit. CATATAN!! Kami telah menerima laporan memilukan yang tak terhitung jumlahnya dari penipu terkenal dan kami berhasil memulihkannya kembali melalui kontak thomasunlimitedhackers@gmail.com

Hubungi kami di ((Pemulihan Biner. Kelas Universitas. Menyeka Catatan Kriminal, Peretasan FB & IG, Telegram, Muatan & Peretasan Telepon)) membatasi kami dengan pekerjaan Anda & izinkan kami memberi Anda hasil positif dengan keterampilan peretasan kami. Kami bersertifikat dan privasi Anda 100% aman bersama kami. Jangan khawatir lagi tentang masalah keuangan Anda, Jika Anda membutuhkan layanan peretasan cyber lainnya, kami siap membantu Anda kapan saja, kapan saja, jadi hubungi kami melalui Alamat Email kami: thomasunlimitedhackers@gmail.com

Salam
THOMAS FREDDIE HACKER TANPA BATAS
Kirim email ke thomasunlimitedhackers@gmail.com
Telepon / SMS: +1 (985)465-8370
Motto: Kami menawarkan layanan tercepat dan terpercaya

urgent loan berkata...

Do you need personal loan?
Loan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036

Teddy berkata...

Kabar baik!!!

Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.

Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com

Email saya: teddydouble334@yahoo.com

Batrisyia Imran berkata...

Nama saya Puan Batrisyia Imran dan saya berasal dari Indonesia. Kadang-kadang, saya telah mencari pemberi pinjaman Pinjaman yang boleh saya pinjam untuk mengembangkan perniagaan saya dan juga mencipta pekerjaan untuk orang lain. Pengalaman pertama saya dengan pemberi pinjaman internet sangat teruk dan saya kehilangan 37 juta kerana saya memohon 850 juta untuk meningkatkan perniagaan saya. Selepas pengalaman saya, saya berjanji kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan meminjam daripada internet kerana saya telah ditipu.

Jadi, satu hari yang setia saya membaca artikel di blog dan selepas saya selesai membaca, saya pergi menyemak bahagian komen untuk mengetahui apa yang mereka fikirkan. jadi saya melihat komen seorang wanita bernama SETIA AHMAD dan dia berkongsi cerita tentang bagaimana dia meminjam pinjaman besar daripada seorang wanita bernama MARIA ALEXANDER .

Kemudian, saya memutuskan untuk menghubungi SETIA AHMAD dan saya menceritakan kisah saya tentang bagaimana saya kehilangan 37 juta daripada pemberi pinjaman yang tidak baik kepadanya. Saya masih ingat dengan jelas bagaimana dia memberitahu saya bahawa semua pencarian saya untuk pemberi pinjaman yang boleh dipercayai telah berakhir. dia menghantar saya nombor telefonnya dan saya menghubunginya untuk memastikan kerana saya tidak mahu kehilangan wang lagi. dia bercakap dengan saya dan berkata saya perlu menghubungi butiran syarikat tempat Puan MARIA ALEXANDER bekerja dan saya akan menerima pinjaman saya tanpa berlengah-lengah dan saya mesti cuba berkongsi berita baik saya supaya orang lain dapat diselamatkan daripada pemberi pinjaman yang buruk.

Jadi saya menghubungi Puan MARIA ALEXANDER melalui email: ( mariaalexander818@gmail.com ) DAN whatsapp : (+1 254-276-8402 ) yang saya hubungi.

Selepas saya menghubungi Puan MARIA ALEXANDER , saya diminta untuk mengemukakan segala yang diperlukan daripada saya sebagai peminjam dan selepas beberapa ketika, pinjaman itu diluluskan untuk saya dan saya menerima pinjaman saya tanpa sebarang kelewatan atau sebarang bentuk tekanan.

Jadi, saya menambah maklumat peribadi saya untuk sesiapa yang mencari pemberi pinjaman yang boleh dipercayai untuk menghubungi saya dan saya bersedia membantu anda kerana saya mahu orang lain diselamatkan daripada pemberi pinjaman yang tidak baik. ( batrisyiaimran4@gmail.com )

Saya berdoa agar Tuhan memberi orang yang memerlukan pinjaman untuk melihat kisah saya supaya mereka dapat diselamatkan apabila saya diselamatkan. Saya sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan, jadi hubungi saya pada bila-bila masa kerana saya tidak membuat orang saya jatuh ke tangan pencuri!!! , saya mendapat pinjaman tahun ini 2022....kegembiraan masih mengalir di hati saya. semoga ALLAH merahmati Puan MARIA ALEXANDER

Batrisyia Imran berkata...

Nama saya Puan Batrisyia Imran dan saya berasal dari Indonesia. Kadang-kadang, saya telah mencari pemberi pinjaman Pinjaman yang boleh saya pinjam untuk mengembangkan perniagaan saya dan juga mencipta pekerjaan untuk orang lain. Pengalaman pertama saya dengan pemberi pinjaman internet sangat teruk dan saya kehilangan 37 juta kerana saya memohon 850 juta untuk meningkatkan perniagaan saya. Selepas pengalaman saya, saya berjanji kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan meminjam daripada internet kerana saya telah ditipu.

Jadi, satu hari yang setia saya membaca artikel di blog dan selepas saya selesai membaca, saya pergi menyemak bahagian komen untuk mengetahui apa yang mereka fikirkan. jadi saya melihat komen seorang wanita bernama SETIA AHMAD dan dia berkongsi cerita tentang bagaimana dia meminjam pinjaman besar daripada seorang wanita bernama MARIA ALEXANDER .

Kemudian, saya memutuskan untuk menghubungi SETIA AHMAD dan saya menceritakan kisah saya tentang bagaimana saya kehilangan 37 juta daripada pemberi pinjaman yang tidak baik kepadanya. Saya masih ingat dengan jelas bagaimana dia memberitahu saya bahawa semua pencarian saya untuk pemberi pinjaman yang boleh dipercayai telah berakhir. dia menghantar saya nombor telefonnya dan saya menghubunginya untuk memastikan kerana saya tidak mahu kehilangan wang lagi. dia bercakap dengan saya dan berkata saya perlu menghubungi butiran syarikat tempat Puan MARIA ALEXANDER bekerja dan saya akan menerima pinjaman saya tanpa berlengah-lengah dan saya mesti cuba berkongsi berita baik saya supaya orang lain dapat diselamatkan daripada pemberi pinjaman yang buruk.

Jadi saya menghubungi Puan MARIA ALEXANDER melalui email: ( mariaalexander818@gmail.com ) DAN whatsapp : (+1 254-276-8402 ) yang saya hubungi.

Selepas saya menghubungi Puan MARIA ALEXANDER , saya diminta untuk mengemukakan segala yang diperlukan daripada saya sebagai peminjam dan selepas beberapa ketika, pinjaman itu diluluskan untuk saya dan saya menerima pinjaman saya tanpa sebarang kelewatan atau sebarang bentuk tekanan.

Jadi, saya menambah maklumat peribadi saya untuk sesiapa yang mencari pemberi pinjaman yang boleh dipercayai untuk menghubungi saya dan saya bersedia membantu anda kerana saya mahu orang lain diselamatkan daripada pemberi pinjaman yang tidak baik. ( batrisyiaimran4@gmail.com )

Saya berdoa agar Tuhan memberi orang yang memerlukan pinjaman untuk melihat kisah saya supaya mereka dapat diselamatkan apabila saya diselamatkan. Saya sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan, jadi hubungi saya pada bila-bila masa kerana saya tidak membuat orang saya jatuh ke tangan pencuri!!! , saya mendapat pinjaman tahun ini 2022....kegembiraan masih mengalir di hati saya. semoga ALLAH merahmati Puan MARIA ALEXANDER

Nur haura afeeya berkata...

Salam

Laskarel berkata...

Semoga Allah balas usaha saudara mengumpulkan maklumat2 bertahun2 lamanya kepada generasi baru

AddToAny