Maulidur Rasul (Arab:
kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini
jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada
pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan
dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah
Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan
kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
responsif teks foto
Khamis, 30 November 2017
Selasa, 21 November 2017
Jumaat, 17 November 2017
Teknik Al Baghdadi
Kelas Bimbingan Asas Al Quran
Teknik Al Baghdadi di
AL BAGHDADI LEARNING CENTER PUSAT PERNIAGAAN BUKIT RESIDEN
No 31 Tingkat Jalan PPBR 3/4 27200 KUALA LIPIS
Telefon WhatsApp 013 2322192 Sallehudin
Khamis, 16 November 2017
Ustaz Abdul Somad
Ustaz Abdul Somad di lahir di
Pekanbaru, Riau, Indonesia pada 18 Mei
1977 (umur 40 tahun) adalah seorang pendakwah dan ulama berasal dari Pekanbaru,
Riau yang sering mengulas berbagai macam persoalan agama, khususnya kajian ilmu
hadits dan ilmu fekah. Selain itu, ia juga
banyak membahas mengenai nasionalisme dan berbagai masalah terkini yang sedang
menjadi pembahasan hangat di kalangan masyarakat. Namanya dikenal publik karena
Ilmu dan kerja beliau dalam memberikan penjelasan dalam menyampaikan dakwah
yang disiarkan melalui saluran ‘You tube’. Ustaz Abdul Somad pada masa ini bertugas
sebagai pensyarah di Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.
Tahun 1998, beliau merupakan
salah satu dari 100 orang yang menerima biasiswa yang dibuka oleh pemerintah
mesir untuk orang indonesia belajar di Universiti Al-Azhar mengalahkan 900
orang yang lainnya yang mengikuti ujian untuk mendapatkan biasiswa tersebut.
Abdul Somad mendapatkan gelar Lc-nya dalam waktu tiga tahun 10 bulan.
Kemudian pada tahun 2004,
kerajaan Maghribi menyediakan 15 biasiswa bagi pendidikan S2 di Dar Al-Hadits
Al-Hassania Institute yang setiap tahunnya hanya menerima 20 orang murid dengan
perincian 15 orang Maghribi dan lima orang untuk asing. Abdul Somad pun
terpilih untuk masuk dalam kuota penerimaan 5 orang asing tersebut melalui
jalur biasiswa S2 yang diselesaikannya dalam waktu satu tahun 11 bulan.
Selasa, 14 November 2017
Merapoh
PART 01: Trek Pelancong Menuju ke Gua Hari Malaysia, Merapoh pada 12.11.2017.
1-Lihat video klip ini secara rasional.
2.Kalau rasa kami menipu, sila abaikan apa yg anda lihat.
3.Namun, sekiranya anda fikir generasi kita berhak menikmati sisa2 keindahan yg pernah kita kecapi, viralkan ia.
4.Biar kita kalah dengan bermaruah, bukan menang tapi hati dan akal dipenuhi sampah.
(VIDEO) ''Kalau Ikhlas Beritahu Dari Awal'', MB Pahang Kata NGO Hanya Lapor Isu Pembalakan Di Merapoh Bila Dah Teruk
"Kalau ikhlas beritahu awal, nampak ada lori masuk buat kerja terus maklumkan pada kita. NGO pun tidak ikhlas, sudah rosak baru nak keluar surat khabar. Saya pun tak mahu salahkan wakil rakyat, tapi sepatutnya dari awal beritahu," katanya.
Isnin, 13 November 2017
LUAHAN HATI PESARA TENTERA
oleh : Mior Rosli
Wahai Tok Hisham, kamu tidak menghayati hidup, penderitaan dan pengorbanan seorang Tentera. Kamu tak malu ke pakai baju tentera, pakai sayap penerjun kanan.. kamu menipu para Veteran seperti mana sepupu kamu menipu Kami. Di mana kamu semasa Kami berjuang bergaadai nyawa menentang organasasi Komunis? Mungkin Dharurat pertama Kami belum lahir.. tapi masa Dharurat kedua 1960-1989? Mungkin kamu berseronok Di luar negara kerana kamu anak bangsawan.. belajar pun di luar negara. Kamu Dan sepupu kamu membuang duit berbilion2 atas project2 merugikan Dan tirisan melalui rasuah Dan kleptokrasi. Wang Yang Di bazirkan itu lebih dari cukup untuk selaraskan gaji Veteran yang berkorban menjaga kemerdekaan negara. Kamu hanya penting Kan mereka Yang sedang berkhidmat Yang tidak pernah melawan penganas komunis.
Wahai Tok Hisham, kamu tidak menghayati hidup, penderitaan dan pengorbanan seorang Tentera. Kamu tak malu ke pakai baju tentera, pakai sayap penerjun kanan.. kamu menipu para Veteran seperti mana sepupu kamu menipu Kami. Di mana kamu semasa Kami berjuang bergaadai nyawa menentang organasasi Komunis? Mungkin Dharurat pertama Kami belum lahir.. tapi masa Dharurat kedua 1960-1989? Mungkin kamu berseronok Di luar negara kerana kamu anak bangsawan.. belajar pun di luar negara. Kamu Dan sepupu kamu membuang duit berbilion2 atas project2 merugikan Dan tirisan melalui rasuah Dan kleptokrasi. Wang Yang Di bazirkan itu lebih dari cukup untuk selaraskan gaji Veteran yang berkorban menjaga kemerdekaan negara. Kamu hanya penting Kan mereka Yang sedang berkhidmat Yang tidak pernah melawan penganas komunis.
Saya cabar untuk berdialog
dengan kamu tentang hak Dan Kuasa MAT menurut perlembagaan persekutuan Dan
undang2 Yang ada. Kami boleh panggil KSU kamu untuk bantu kamu.
Saya cabar kamu untuk terjun
bersama saya, Di ketinggian 12 ribu kaki, kalau kamu tak berani, buka lah
sahaja wing kamu itu. Buat malu sahaja!
Saya cabar kamu duduk dalam
hutan Dan paya selama tiga minggu Tanpa berjalan makanan bersama saya.. jika
kamu tak berani, buka sahaja uniform ITU. Buat malu sahaja!
Kalau kamu tidak ada perasan
tentang hidup Kami, isteri Kami Dan anak2 Kami, kamu tak layak jadi Menteri
Pertahanan. Letak sahaja jawatan kamu.
Kamu tidak faham perbezaan
antara perkhidmatan awam dengan Perkhidmatan Tentera. Perkhidmatan awam semua
dapat pencen. Kami Tentera bagi LLP terpaksa Mohon sambung perkhidmatan dari 10
ke 15, Dario 15 ke 18, dari 18 ke 21 baru layak dapat pencen. Setiap Kali
sambung anggota mesti sihat (FE dalam Pullheem), mesti lulus ujian, mesti ada
Kursus Dan lain2.. Bagi pegawai Pula, nak nak kapt kena lulus perbagai ujian,
nak Naik Mej pun ke lulus perbagai ujian Dan mesti ada jawatan. Jika tidak Naik
Kami kena berhenti juga. Nak Naik LtCol pun mesti pergi staff college.. jika
umur sudah 48 Di halang mengikuti staff college. Dalam Tentera hanya Kol keatas
sahaja boleh khidmat sampai Umur 60 tahun. Ini hanya 4% sahaja dari seluruh
ATM.
Kami dalam Tentera Di nafikan
banyak hak kebebasan Yang Di beri oleh perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Kami tidak boleh bersuara. Berbeza dengan awam. Kami kerja 24 jam Tanpa gaji
lebih masa. Satu hari khidmat Kami Sama dengan 3 Hari khidmat awam. Cuti bukan
hak bagi Kami..cuti hanya Satu memudahkan sahaja.
Tahukah kamu Tentera Yang
berhenti 10, 15 atau 18 tahun juga berjasa dengan negara? Kami membuat kamu
boleh hidup senang lenang. Tapi bila Kami sudah jadi Veteran kenapa kamu nak
Samakan Kami dengan Pesara perkhidmatan awam? Kamu menghina Kami. Kamu tidak
tahu menghargai pengorbanan Kami.
Kami dah lama bersabar.. Kami
tidak ada niat untuk menjatukan kerajaan. Kami Veteran sentiasa taat setia
kepada Tuhan, Raja Dan Negara Kami. Kami tidak mencuri Dan merompak Wang
kerajaan. Kenapa Kami Di Hina begini. Kamu himpun Kan Kami .. Janji bermacam2
tapi kamu tetap menipu Kami. Kamu dari parti nationalis Melayu.. tahukah kamu
90% dari 300 ribu Veteran itu juga Melayu? Kamu hidup senang lenang, lebih dari
50% Veteran hidup dalam said Dan meskin. Kami tak mahu Di tabur dengan dedak
kamu, Kami mahu hak Kami Dan recognition Yang setimpal sebagai Pahlawan negara.
Isteri Kami juga adalah
sebahagian dari Kami. Mereka juga berkorban demi negara.. tidak tidur malam
megenang nasib Kami Sama ada pulang atau tidak. Menjaga anak2 Kami semasa Kami
Di hutan atau Di lautan.
Kami bukan sahaja hutang
kebaikan penyelarasan pencen Kami.. kamu juga hutang backdated Kami!!
Sekarang Kami mahu tuntut hak
Kami!
Ahad, 12 November 2017
"Sudah Jatuh ditimpa Tangga..."
Firdaus, 12, dan adik bongsunya, Syafiqah, 3 tahun tinggal
bersama adik beradiknya (7 orang adik beradik) yang lain di rumah peninggalan
arwah ayah mereka di Kampung Tembeling, Berchang.
Dikala waktu ini, ibunya berada di Hospital Tengku Ampuan
Afzan, Kuantan difahamkan atas sebab masalah kencing manis dan jantung. Dikala
waktu ini juga kakak sulung mereka berada di Hospital Kuala Lipis difahamkan
juga atas sebab kencing manis.
Mereka hanya bergantung kepada bantuan dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan dan pendapatan kakak mereka (anak
ke-2) yang bekerja di ladang timun Kampung Berchang. Kakak mereka ini (anak
ke-2) telahpun berkahwin dan tinggal bersama mereka.
Adik beradik mereka yang lain (anak ke-3, 4 & 5)
masing-masing masih bersekolah di tingkatan 3, 4 dan 6 di sekolah menengah
dalam daerah Lipis dan hal ini menyebabkan Firdaus terpaksa berkorban untuk
tidak ke sekolah (bermula selepas peperiksaan UPSR) demi menjaga adiknya di
rumah.
Lawatan YB Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku dan
rombongan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis lewat tengah
hari tadi sedikit sebanyak membantu memberi penyelesaian kepada mereka.
Mari kita sama-sama doakan agar keluarga ini dipermudahkan
segala kesulitan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Aamiin.
Sumber : Facebook Lipis Kini
Sabtu, 11 November 2017
Musang King vs ‘ASFA 50’
Siapa yang tidak kenal dengan
durian 'Musang King' atau ‘Raja Kunyit D197’ berasal dari Tanah Merah Kelantan, Baka tersebut
cukup popular di Malaysia sudah ditanam dengan banyaknya oleh pekebun durian cina di
Daerah Raub, Bentong penanaman akan terus meluas hingga ke Daerah Lipis disebabkan dengan adanya promosi dan
galakan oleh pemimpin tempatan seperti wakil rakyat. Dengan Harga disekitar RM 100 sekilo ianya
cukup lumayan, kalau di negeri China durian
ini sudah setaraf dengan i-Phone X.
Pada kali ini saya ingin
menceritakan sedikit ada baka durian yang akan dapat mengalahkan ‘musang king’
iaitu ‘ASFA 50’ ianya mampu berbuah 2 kali setahun tempoh tanam tiga tahun. Anak
pokoknya boleh didapati tetapi harga tinggi sedikit RM 150 sepokok tapi
berbaloi. Sesiapa yang ingin mendapatkan baka tersebut boleh Wasaap terus0113384537.
Durian Diraja Perlis ‘ASFA 50’ |
‘ASFA 50’ |
Wasaap terus 0113384537 |
3 tahun berbuah |
Ferri Anugerah Makmur
4 Tahun ASPA50
promosi!!!
Bantal mas @ asfa50
Bantal mas @ asfa50
Harga PROMOSI 4 pokok RM100
Harga Borong Berniaga sila hubungi admin
Harga Borong Berniaga sila hubungi admin
Fig Farm
depan bomba simpang pulai
jln ipoh ke cameron
1km drpd exit tol simpang pulai.
depan bomba simpang pulai
jln ipoh ke cameron
1km drpd exit tol simpang pulai.
klik whtsap
http://www.wasap.my/+60135888852/asfa
http://www.wasap.my/+60135888852/asfa
like Fig Farm
Bantal mas @ asfa50 |
4 Tahun ASPA50
ASFA 50 |
Cukup 4 tahun Aspa50 mengeluarkan bunga, setahun lebih di kebelakangan ini saya rawat pokok dengan dolomite 3 bulan sekali selain pembajaan organik dan kimia. Tak ketinggalan baja semburan ke daun dan batang, PRS dari PDI. Dakwaan penjual benih Aspa hampir tepat. Pokok akan berbunga semuda 3.5 tahun. Alhamdulillah! - kredit : FB Mashud Samuri
Jumaat, 3 November 2017
Dr Mohamad Abdul Khalid
The Colours of Inequality |
Walaupun bergelar seorang akademik yang mempunyai pengetahuan tinggi, kelebihan Dr.Muhammed Abdul Khalid yang dikagumi adalah keupayaan beliau menafsirkan sesuatu dalam cara yang mudah difahami tanpa memerlukan penggunaan perkataan bersifat 'mumbo-jumbo' yang kerap mengangkiti ramai cendekiawan di negara kita.
Ramai pasti mengenali beliau sebagai penulis dan penyelidik kepada buku 'The Colours of Inequality : Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia.' Buku tersebut secara konsisten terletak dalam senarai buku terlaris penjual-penjual buku dan kandungan buku tersebut ditulis sama seperti bagaimana Dr.Muhammed Abdul Khalid menerangkan tentang sesuatu perkara.
Anak kelahiran Pulau Pinang, Dr.Muhammed Abdul Khalid adalah seorang ahli ekonomi Melayu yang boleh dikatakan muda. Belajar di Universiti of Southern California dalam jurusan kewangan, beliau melanjutkan pengajian peirngkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi.
Selepas itu, beliau menambah koleksi kelulusan sarjana beliau dengan melanjutkan pengajian di Paris Institute of Political Studies dalam bidang Hubungan Awam sebelum bergelar Doktor Falsafah melalui Institusi yang sama pada tahun 2010.
Kajian beliau sejak dulu dapat disimpulkan dalam 3 isu besar yang menyebabkan ketidak seimbangan ekonomi di Malaysia.
Berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan Perancis dengan lancar. Kini beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ahli Ekonomi kepada DM Analytics, sebuah badan yang bertanggungjawab mengkaji realiti sebenar kesan dasar ekonomi pada golongan peringkat bawahan. Turut bersama beliau adalah dua orang lagi ahli ekonomi terkenal Malaysia, Tan Sri Professor Kamal Salih dan Dr. Muhammad Ikmal Mohd. Said.
Pengalaman yang beliau perolehi juga bukan calang-calang. Beliau pernah berkhidmat sebagai Juruanalisis bersama Institut of Strategic and International Studies (ISIS) kemudian berhijrah ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Ekonomi. Kejayaan beliau di situ membolehkan beliau dipancing oleh Khazanah Research Institute sebagai Pengarah Penyelidikan sebelum mengasaskan DM Analytics ketika ini.
Dr. Muhammed Abdul Khalid banyak memberikan ceramah dan pandangan yang membuatkan banyak pihak tidak senang duduk, bukan sekadar pihak pemerintah, malahan kepada kumpulan individu dan peniaga yang kerap mengambil kesempatan ke atas ketidak seimbangan ekonomi ini.
Bagi mereka yang berminat untuk mendalami pandangan Dr. Muhammed Abdul Khalid dengan lebih halus, selain daripada buku karangan beliau, anda juga boleh memuat turun dua tesis beliau yang bertajuk 'Discrimination of high degrees: race and graduate hiring in Malaysia' yang telah diterbitkan dalam Journal of Asia Pacific Economic pada tahun 2016 dan 'Household wealth in Malaysia:
Composition and inequality among ethnic groups' yang terbit dalam Jurnal Ekonomi Malaysia pada tahun 2011. Kami kongsikan pautan di bawah.
Untuk yang berminat membaca lebih lanjut selepas khatam buku 'The Colours of Inequality : Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia', kami mencadangkan kepada anda untuk mencari buku 'Income Inequality and Poverty in Malaysia' karya Shireen Mardziah Hashim yang membawakan isu sama yang diperjuangkan Dr. Muhammed Abdul Khalid dalam bentuk lebih berat.
Sebab apa Sebab apa harga barang naik...?
Tahun lepas baget pendidikan dan kesihatan dipotong
Perbelanjaan pembangunan kita hutang
Apa itu B40 dan M40…? Ramai juga yang bertanya, apa maksud kedua istilah tersebut? Kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855, manakala Kumpulan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319. Rujuk Bajet 2016
Langgan:
Catatan (Atom)