responsif teks foto

Rabu, 10 Jun 2020

Kenali Anak Durian

BLACK THORN/OCHEE/DURI HITAM

Saya juga ada cuba  menanam durian Black Thorn/Ochee atau nama lainnya adalah durian duri hitam. Kod durian ini adalah D200. Klon ini semak ini mendapat perhatian penanam durian di seluruh negara kerana keenakannya ada aromanya yang sangat sedap serta isinya yang berwarna oren. Difahamkan harga sekilo durian ini boleh mencecah RM100 ke atas. Anda patut tanam mulai sekarang. Anggaran masa berbuah adalah sekitar 4 ke 5 tahun.

cerita dari lipis durian
Duri Hitam 


HAJJAH HASMAH (D168)

Juga dipanggil durian mas muar/johor atau IOI. Buanya boleh mencecah 2-3kg sebiji, kulit berwarna hijau dan isinya kuning kunyit, IOI antara durian kegemaran saya kerana rasanya yang sedikit pahit dan berlemak. Durian ini wajib ditanam namun untuk komersial, saya saran kan tidak perlu tanam banyak kerana buanya cepat pecah selepas 3 hari dan sukar untuk dijual


IOI

MUSANG KING (D197)

Sedikit pahit berbanding dengan durian lain, buahnya yang lambat rosak dan pecah membuatkan durian ini antara klon yang wajib ditanam secara komersial, anggaran harga sekilo ia lah sekitar rm30 hingga rm100 sekilo. cara menggenal durian musang king, pasti kan pada kawasan bawah durian tersebut tidak mempunyai duri seolah-olah seperti tapak sulaiman atau bintang dan juga pada bahagian bawah tangkai durian.lihat pic di bawah Juga digelar durian king atau raja segala buah kerana isinya yang sangat sedap dan berlemak.


Musang King


MONTHONG (D159)

Asal Thailand, durian ini mempunyai saiz yang besar dan beratnya boleh mencecah 5-6 kg sebiji.Rasanya berlemak dan manis, lembut dan isinya sedikit pucat, namun amat sedap.    Wajib tanam tapi pasti kan dahan pokok ini perlu kuat supaya dapat menampung berat buahnya nanti.Pilih dahan yang besar dan pangkas dahan yang kecil-kecil bagi mengelakkan ia patah. 


Monthong

TEKKA  D160

Durian Tekka juga pernah dinamakan sebagai Durian Musang Queen  akan tetapi nama ini kurang di gunakan oleh peminat durian. Durian Tekka merupakan varieti durian dengan kod yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dimana nombor kod pendaftarannya D160 berasal dari Banting, Selangor dan didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua pada tahun 1987. Ciri khas durian ini dengan buahnya berbentuk seakan-akan simbol hati atau cinta, bulat lonjong, besar di atas dan kuncup di bawah serta lekukan pada pangsa. Indonesia panggil durian Jantung.


Durian Tekka tanam 13 Nov 2020 harga RM 50



DURIAN KAMPUNG

Tahun 1988 orang tua saya mula menanam durian kampung, masa tu tiada lagi durian popular seperti durian di atas, hanya ada orang sebut durian kahwin. Kebanyakan pekebun menanam durian kahwin kebiasanya  tidak tahan lama kadang-kadang dua tiga kali berbuah pokok pun mati mungkin tak tahan kekurang air, pada masa tu mana ada orang siram pokok durian. 


Durian Kampung

Tanam 1988

Harimau Jadian




"Daun anak durian yang saya scan di kebun, betulnya tak dapat dipastikan sebab tak berbuah lagi..."



Tanam Durian Musang King


Cerita dari Lipis Durian
Agro Bank 



1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Pelaboran jangka panjang yang menguntungkan.

AddToAny