responsif teks foto

Ahad, 14 Jun 2020

Pembalakan haram

Aktiviti pembalakan haram skala besar terbongkar




CUBAAN menceroboh Hutan Simpan Ulu Jelai untuk aktiviti pembalakan secara haram menggunakan surat kuning tidak menjadi kenyataan apabila dikesan anggota Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis, semalam.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, dalam serbuan di Kompartmen 179 Hutan Simpan Ulu Jelai kira-kira 11 pagi semalam pihaknya menyita 10 jentera berat bernilai lebih RM1.6 juta yang disimpan dalam hutan terbabit.

Menurutnya, antara yang disita ialah tiga lori mengangkut balak, dua jentolak dan lima jengkaut yang ditempatkan di kawasan bekas tapak tempat mengumpul balak atau matau.

Turut ditemui rumah kongsi dalam pembinaan bagi menempatkan pekerja dan tangki minyak serta pelbagai peralatan lain.

Katanya, penemuan kes semalam adalah kejayaan terbesar dilakukan Unit Penguatkuasa PHD Lipis terutama di kawasan Pahang Barat yang sebelum ini terbabit dengan operasi lombong emas.

"Kita akan menyiasat dalang yang terbabit dengan kegiatan berkenaan. Tindakan undang-undang sedia menunggu mereka dibawah Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh hutan simpan termasuk menempatkan jentera.

"Tindakan pantas yang dilakukan dapat menyelamatkan Hutan Simpan Ulu Jelai daripada musnah angkara aktiviti pembalakan haram,kerajaan negeri juga menanggung kerugian berikutan gagal menerima cukai," katanya di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, difahamkan anggota Unit Penguatkuasa PHD Lipis terpaksa berjalan beberapa kilometer berikutan jalan balak lama yang digunakan dihalang dengan balak termasuk dibina parit bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Mohd Hizamri menambah, pemeriksaan dilakukan tidak menemui individu terbabit kegiatan berkenaan dan jalan dalam hutan kira-kira 10 kilometer yang baru disediakan oleh pihak terbabit bagi tujuan memindahkan balak ditemui.

Aktiviti mengeluarkan hasil hutan tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, dia memuji kesungguhan ditunjukan Unit Penguatkuasa PHD Lipis yang diketuai Pengawai PHD Lipis,

Nor Shahrini Nordin Ahmad yang sentiasa bertindak tegas membendung aktiviti pencerobohan hutan simpan di daerah ini.

Tegasnya lagi, semua jentera yang disita kini ditempatkan sementara di Batu 18 Pejabat Renjer Sungai Koyan, Raub sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Sepanjan Mac hingga Jun Unit Penguatkuasa PHD Lipis berjaya membongkar empat kes membabitkan cubaan memindahkan hasil hutan iaitu balak dan emas.

"Usaha secara berpasukan selain sokongan orang awam yang memberi maklumat menjadi pencetus setiap kejayaan yang dihasilkan," katanya yang berharap semua kegiatan menyalahi undang-undang dapat disekat.

#HarianMetro

#PAHANG 13/06/2020

1 ulasan:

miao sai berkata...


agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
WA : +85587781483

AddToAny