Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
responsif teks foto
Isnin, 24 Julai 2023
YB Datuk Seri Salahuddin Ayub : Al Fatihah
Selasa, 25 Oktober 2022
Siti Nurhaliza Tersenarai 5OO MusIim Paling Berpengaruh Di dunia.
Dato Seri Siti Nurhaliza yang juga penyanyi tersohor negara tersenarai kali keenam berturut-turut sebagai salah seorang musIim paling berpengaruh di dunia.
Siti pertama kali dicalonkan pada tahun 2016 dalam kategori Seni dan Budaya dan terus mengungguli kategori tersebut pada tahun 2021.Tahun 2021 turut menyaksikan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun tersenarai dalam kategori sama.
Sementara itu usahawan popular, Datin Vivy Yusof merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kategori selebriti dan sukan.
Di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada para peminat penyanyi Takhta Dunia itu.
Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi kedudukan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senarai The World’s 500 Most Influential MusIims 2021.
Senarai yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan meletakkan Anwar di kedudukan ke-20 dalam senarai Pemerintah dan Ahli Politik.
Ketua Pembangkang itu berada pada satu tangga di atas Dr. Mahathir yang berada pada kedudukan ke-21. Turut disenaraikan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Siapa nombor 1 paling berpengaruh di dunia?
Dalam senarai itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama dan disusuli oleh Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud di kedudukan ke-2.
Sementara di kedudukan ke-3 adalah Ayatollah Ali Khamenei yang merupakan pemimpin tertinggi Republik Islam Iran manakala pemimpin negara jiran, Presiden Indonesia berada pada kedudukan ke-8.
Anwar dan Mahathir atau mana-mana individu dari Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai kedudukan 50 musIim teratas yang diungguli oleh Recep Tayyip Erdogan.
Dalam senarai itu Joko Widodo berada dalam kedudukan ke-12 dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada kedudukan ke-37.
Sementara itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diletakkan dalam senarai Pendakwah dan Pemimpin Kerohanian berpengaruh.
Manakala ahli korporat Syed Mokhtar al-Bukhari disenarikan dalam kumpulan Dermawan, Kebajikan dan Pembangunan.
Dalam kategori Isu Sosial pengasas Sister in Islam Zainah Anwar disenaraikan antara 500 tokoh Islam berpengaruh dan ahli korporat yang juga Presiden Johor Corporation, Tan Sri Muhamammad Ali Hashim berada dalam senarai Perniagaan.
Dalam senarai Sains dan Teknologi, Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukur dipilih sebagai salah seorang 500 tokoh musIim berpengaruh.
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan rakan dunia hiburan Hafiz Hamidun berada dalam tokoh muslih berpengaruh dalam senarai Seni dan Budaya.
Bagi kategori Selebriti dan Sukan, ikon fesyen; Vivy Yusof satu-satunya rakyat Malaysia yang disenarikan.
Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia yang disenarikan dalam kategori Penghafaz al-Quran; Media dan Pengganas Terkenal.
Sumber:gempak dan suaramerdeka
Sabtu, 6 Ogos 2022
Ustaz Hussain bin Ibrahim dalam kenangan
Alhamdulillah wasyukrulillah.
Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lipis Kali Ke 54 yang berlangsung pada 30 Julai lepas selain menjadi wahana perkongsian maklumat oleh kepimpinan PAS kepada ahli-ahli, juga turut memberikan penghargaan kepada tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada masyarakat.
Antara penghargaan yang diberikan ialah Anugerah Tokoh Maal Hijrah bertepatan dengan tarikh tersebut adalah 1 Muharram 1444. Salah seorang tokoh yang menerima anugerah tersebut ialah Allahyarham Ustaz Hussain Ibrahim As-Shahidi. Beliau dipilih berdasarkan sumbangan besarnya kepada dunia pendidikan di Daerah Lipis.
Panggilan "As-Shahidi' adalah salah satu nama yang diberikan kepada beliau semasa hayatnya. Beliau kembali ke rahmatulLah pada 8hb. Disember, 1988 di Hospital Besar Kuala Lumpur susulan daripada beberapa penyakit yang dihidapinya. Anak tunggal daripada perkongsian hidup antara Allahyarham Haji Ibrahim Haji Shahid dengan Kiah binti Deraman ini telah meninggalkan 9 orang cahaya mata dan seorang balu. Hampir kesemua anak beliau kini terlibat dalam sektor pendidikan.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Berchang, Kuala Lipis selain dihantar mengaji agama dan Al-Quran dengan seorang guru agama di kampung tersebut. Beliau kemudiannya telah mengikuti bapa angkatnya Tuan Haji Othman Daud, Kadi Daerah Lipis ketika itu yang mendapat arahan pertukaran ke Pekan, Pahang. Pada 3hb. Januari, 1947 beliau telah mendaftar di Kuliah Al Lughah Wal Addin Sultan Abu Bakar. Di madrasah tersebut, beliau adalah seorang pelajar yang aktif dengan menyertai pelbagai aktiviti seperti syarahan, ceramah, perbahasan dan sebagainya. Setelah tamat darjah 8 dan memperoleh Sijil Syahadah Thanawi, beliau kembali ke Lipis dan bersama rakan-rakannya yang lain telah berusaha menubuhkan sebuah sekolah agama rakyat yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama al-Maidah Addiniah di Padang Tengku.
Ilham menubuhkan sekolah tersebut tercetus susulan ketiadaan sebuah sekolah agama di Daerah Lipis. Ketika masih menuntut di Kuliah Sultan Abu Bakar, Ustaz Hussain pernah mendapat galakan daripada Datuk Abu Samah Ali, Ketua Jabatan Agama Islam Pahang supaya beliau menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menubuhkan sekolah tersebut agar tugas itu dapat berjalan dengan kemas dan teratur. Hasil dorongan itu beliau telah mengumpulkan orang-orang berpengaruh di kawasan Padang Tengku sehingga terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk merintis usaha berkenaan.
Pada Mei 1957 sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu iaitu DYTM Tengku Ahmad Shah. Ustaz Hussain dilantik menjadi mudir yang pertama. Pada tahun 1967 sekolah tersebut telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Negeri Pahang. Sekolah yang diasaskan oleh beliau itu terus berkembang hingga kini melahirkan berbagai tokoh masyarakat, ahli-ahli politik dan pendidik-pendidik yang telah memberi sumbangan dalam sektor pendidikan negara.
Ustaz Hussain As-Shahidi telah menamatkan khidmatnya sebagai seorang pendidik di bawah Jabatan Agama Islam Pahang pada 31hb. Disember, 1986. Beliau kemudiannya menyumbangkan khidmat bakti kepada penduduk setempat sama ada dengan pengajian pondok mahupun ceramah agama hingga detik-detik akhir kehidupan beliau. Ketika masih berkhidmat sebagai guru beliau aktif di dalam ABIM Lipis dan setelah bersara beliau pernah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Lipis.
Semoga ruhnya dihimpunkan Allah bersama kalangan hamba-Nya yang soleh.
CATATAN:
1. Rujukan mengenai sejarah penubuhan sekolah agama tersebut boleh dilihat di https://ms.m.wikipedia.org/.../Sekolah_Menengah_Agama_al...
2. Allahyarham Datuk Abu Samah Ali pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Pahang yang ketiga pada tahun 1965 hingga 1969. Beliau juga adalah bapa kepada Datuk Hamzah Abu Samah yang pernah menjadi menteri kerajaan Persekutuan Malaysia.
3. Anugerah telah diterima oleh balu Allahyarham iaitu Puan Hasmah binti Haji Ismail.
Kredit FB : Roslan Zainal Al-Ahmadi
Rabu, 3 Februari 2021
Tokoh yang meninggal dunia bulan Jan 2021- Al Fatihah
Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber 44
Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan, di Hospital Yarsi, di sini, pada 8.30 pagi. 14 Jan 2021 (Khamis)Brig Jen Sharom bin Hashim
Brig Jen Sharom bin Hashim Mantan Asisten Ketua Staf Perisikan telah Kembali Kerahmatullah pada 14 Jan 21 jam 1505. di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Urusan Jenazah akan uruskan oleh pihak Hospital disebab Pandemik Covid.
Tun Dr Mohamed Salleh Abas 92
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia, pada usia 92 tahun, awal pagi tadi jam 3.20, 16 Jan 2021 selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kelmarin.
Datuk Jamali Shadat, 78
Pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia,di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang pada 8.30 pagi 3 Feb 2021.
Jumaat, 18 Disember 2020
Tun Rahah meninggal dunia : Al-fatihah
![]() |
| Tun Rahah Mohamed Noah |
Perkara itu disahkan anak Allahyarham yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di akaun Facebook miliknya.
Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada, kami sekeluarga di hospital.
"Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini," tulisnya.
Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar menziarahi Tun Rahah.
Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua itu.
Sebelum itu, beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin lain turut menziarahi Allahyarham - Metro
Tun Toh Puan Rahah Mohd Noh Dalam Kenangan.
1.Semasa suaminya Almarhum Tun Razak Hussein meninggal dunia di tahun 1976, Saya menyambut jenazah di AirPort Subang dan kemudian sehingga pagi saya berada di Sri Taman.2. Kini salepas 44 tahun kemudian kematiannya suami beliau mengikuti. Jika berdasar sakitnya tidak begitu kritikal sehingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
3. Tetapi bagi seorang Isteri yang soleha yang suaminya meninggal dunia selalu merindui akan suaminya dan ada antaranya berdoa mahu mengikut jejak suaminya di alam baqa.
4. Entahlah.. dalan kesakitan yang dihadapi dia meminta kepada Allah untuk dia pergi. Semoga dapat bertemu dengan suami yang tersayang. Maka pergilah dia dalam usia 87 tahun.
5. Satu masa saya pernah pergi ke pejabat karib dan penyokong setianya Tun Razak Hussein bernama Tan Sri Macherl Chen seorang peguam dan juga bekas Menteri di pejabat firmanya di Bangunan Bangkok Bank. Yang saya kenal di tahun 70an juga.
6. Saya suka bertanya dengannya, dia pula suka bercerita. Antara cerita yang di ceritakan ialah kisah dia ikut sama pergi shoping di kedai berprestij di Oxford Street, London.
7. Kata Micheal Chen., Tun Razak Hussein hanya window shoping sahaja.. dia hanya sekadar meneman isteri Toh Puan Rahah.
8. Dalam meninjau barangan di jual, sampailah keruang menjual beg tangan jenama. Maka sebagai perempuan Toh Puan Rahah memegang dan menggayakan satu beg tangan. Satelah di gayakan baru di tengok harganya. Dengan tiba2 Toh Puan Rahah meletakan beg itu. Dari wajah Toh Puan Rahah nampak macam berkenan dengan beg itu, tetapi di tegur oleh Tun Razak hanya berkata ‘mahal harga beg itu’.
9. Satu sikap Tun Razak Hussein dia tidak suka akan sesiapa membayar apa dia makan dan beli. Beliau akan membayarnya sendiri walau pun makan bersama kawan-kawannya. Akan di bayar semua walaupun dengan Menterinya atau pegawai-pegawainya.
10. Michael Chen meneruskan cerita. Saya meminta isteri saya pergi kedai itu semula salepas kami balik bersama Tun Razak ke hotel. Saya minta isteri saya pergi beli beg itu tetapi bukan warna yang digayakan oleh Toh Puan Rahah.
11. Saya tidak beri terus beg tangan itu kepada Toh Puan Rahah kerana saya tahu dia tidak akan terima kerana takut di marah oleh Tun Razak, saya bawa balik ke Kuala Lumpur sambung Micheal Chen lagi.
12. Saya sudah lupa ada satu majlis..Samada majlis ulang tahun perkahwinan Tun Razak atau hari jadi Toh Puan Rahah. Saya suruh isteri saya bungkus beg tangan itu dengan kertas biasa. Dan jadikan sebagai hadiah tanpa menulis apa-apa ucapan dan juga nama saya atau isteri saya.
13. Satelah beg tangan itu di sampaikan. Saya ada berjumpa dengan Toh Puan Rahah bila dia bersama Tun Razak Hussein dalam majlis rasmi, sepatah pun dia tidak cakap terima kasih dengan saya atau isteri. Saya merasa gembira kerana dia tidak tahu, beg yang dia minat melihatnya tetapi tidak dibenarkan dibeli oleh Tun Razak siapa pemberinya sehingga sekarang (masa dia bercerita dikawal tahun 2000)
14. Seperkara lagi kata Michael Chen..Sepanjang ingatan saya beg itu tidak pernah di pakai Toh Puan Rahah jika bersama Tun Razak Hussein. Hanya saya ada melihat dalam surat khabar gambar Toh Puan Rahah dengan beg tangan itu tanpa kehadiran Tun Razak Hussein.
Ini antara cerita yang diceritakan oleh Micheal Chen akan kisah Toh Puan Rahah sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri. Begitu akur dan setia sebagai seorang isteri kepada suami. Sesungguhnya Almarhum Toh Puan Rahah ada contoh Isteri Sakinah dan menjadi contoh teladan kepada isteri-isteri pembesar yang lain. - Al Fatihah.
Dato’ Zaharin Mohd Yasin(Sang Kelembai)
19 Disember 2020
Kuala Lumpur.
Selasa, 15 Disember 2020
Tokoh yang meninggal Pada tahun 2020 - Al Fatihah
TAHUN 2020
Ahad, 9 Ogos 2020
Artis yang telah meninggal dunia
56 Seniman Malaya Meninggal Dunia Tahun 2000 - 2009
Raja Ismail ( 1940 - 2000 )
Normadiah ( 1932 - 2000 )
Mak jah ( 1941 - 2000 )
Miss aminah ( 1919 - 2000 )
Ghazali Sumantri ( 1930 - 2001 )
Tok Dalang Hamzah ( 1940 - 2001 )
Zain Azman ( 1935 - 2001 )
Salleh Hijjaz ( 1973 - 2001 )
Fazidah Joned ( 1944 - 2001 )
M. Osman ( 1939 - 2001 )
Rambo Chin ( 1944 - 2001 )
Zariee Raihan ( 1968 - 2001 )
Mahmud Jun ( 1921 - 2002 )
Ahmad Daud ( 1932 - 2002 )
Rafeah Buang ( 1948 - 2002 )
JS Kevin ( 1960 - 2002 )
Rejabhad ( 1939 - 2002 )
Bab Mustaffa ( 1951 - 2002 )
M. Amin ( 1924 - 2003 )
Ibrahim Pendek ( 1932 - 2003 )
Sharifah Hanim ( 1935 - 2003 )
Syed Anaz ( 1961 - 2003 )
Siti Mariam ( 1929 - 2004 )
Kemat Hassan ( 1929 - 2004 )
Fatimah Ahmad ( 1941 - 2004 )
Saadiah ( 1937 - 2005 )
Bad Latiff ( 1951 - 2005 )
Aziz Jaafar ( 1935 - 2005 )
Noraini Hashim ( 1936 - 2005 )
Ismail Din ( 1951 - 2005 )
Moon ( 1957 - 2005 )
Rosiah Chik ( 1931 - 2006 )
S. Jibeng ( 1942 - 2006 )
Hani Mohsin ( 1965 - 2006 )
Seha Freedom ( 1962 - 2006 )
Fadzil Ahmad ( 1941 - 2006 )
Kasma Booty ( 1932 - 2007 )
Loga Alleycats ( 1953 - 2007 )
Izi Yahya ( 1965 - 2007 )
Tony Kassim ( 1935 - 2007 )
Hussein Abu Hassan ( 1937 - 2007 )
Loloq ( 1958 - 2008 )
Salamah Basiron ( 1943 - 2008 )
Yazid Sobrani ( 1964 - 2008 )
Fendi A to Z ( 1969 - 2008 )
Yusni Jaafar ( 1945 - 2008 )
Ahmad Mahmood ( 1927 - 2008 )
A. Samad Ismail ( 1924 - 2008 )
Samad Lefthanded ( 1963 - 2008 )
Raffi Hussain ( 1959 - 2008 )
Nasir Ali ( 1953 - 2008 )
Nasir P. Ramlee ( 1953 - 2008 )
Syed Alwi Syed Hassan ( 1930 - 2008 )
Wan Othman Hamid ( 1931 - 2008 )
/
Senarai Seniman Meninggal Dunia pada Tahun 2010 hingga 2015.
Robert Lam ( 1945 - 2010 )
Yanie Mentor ( 1985 - 2010 )
Din Beramboi ( 1966 - 2010 )
Achik Spin ( 1982 - 2010 )
Mariam Baharum ( 1935 - 2010 )
Yusof Chong ( 1947 - 2010 )
M. Rajoli ( 1945 - 2010 )
Shamrin Fotograf ( 1965 - 2010 )
Faizal Yusof ( 1978 - 2011 )
Dol Ramli ( 1922 - 2011 )
Aimi Jarr ( 1936 - 2011 )
Orkid Abdullah ( 1947 - 2011 )
Mahyon Ismail ( 1942 - 2011 )
Zami Ismail ( 1944 - 2011 )
Hasnah Haron ( 1947 - 2011 )
Noramfaizul Mohd Nor ( 1971 - 2011 )
Ahmad Jais ( 1936 - 2011 )
Izwan Pilus ( 1979 - 2012 )
Latif Ibrahim ( 1951 - 2012 )
Mazlan Nordin ( 1925 - 2012 )
Bob Kuman ( 1971 - 2012 )
Fickry Yaacub ( 1947 - 2012 )
Osman Kering ( 1964 - 2012 )
Paul Ponnudorai ( 1961 - 2012 )
Nyonya Tan Abdullah ( 1950 - 2012 )
Raja Hamidah Raja Saat ( 1932 - 2012 )
Omar Suwita ( 1923 - 2013 )
Kuswadinata ( 1938 - 2013 )
Alan Zachariah ( 1942 - 2013 )
S. Shamsuddin ( 1929 - 2013 )
Latifah Omar ( 1939 - 2013 )
Umi Kalthum ( 1931 - 2013 )
Maimon Mutalib ( 1957 - 2013 )
Noreen Noor ( 1959 - 2013 )
Ahmad busu ( 1952 - 2013 )
Azean Irdawaty ( 1950 - 2013 )
Farid Ali ( 1963 - 2013 )
Kassim Masdor ( 1938 - 2014 )
Naaman Mohammad Rawi ( 1938 - 2014 )
Ali Mamak ( 1951 - 2014 )
Jeremy Little ( 1983 - 2014 )
Taufik Latiff ( 1945 - 2014 )
Sidek Hussain ( 1951 - 2014 )
Kartina Dahari ( 1941 - 2014 )
Aziz Sattar ( 1925 - 2014 )
Jamal Muhamed ( 1939 - 2014 )
Adam Ahmad ( 1964 - 2014 )
Sharifah Aini ( 1953 - 2014 )
Shuba Jay ( 1976 - 2014 )
Maidin Ibrahim ( 1938 - 2014 )
Jamil Sulong ( 1926 - 2014 )
Mustapha Maarof ( 1935 - 2014 )
Mohd Shariff Ahmad ( 1952 - 2015 )
Hasbullah Awang ( 1952 - 2015 )
Famieza ( 1972 - 2015 )
Harun Salim Bachik ( 1959 - 2015 )
Elias Shah ( 1960 - 2015 )
Mama Juwie ( 1953 - 2015 )
Azwan Annuar ( 1977 - 2015 )
Julie Dahlan ( 1953 - 2015 )
Samsudin Lamin ( 1939 - 2015 )
Karim Latiff ( 1937 - 2015 )
Mazlan Embong ( 1940 - 2015 )
Syed Haron Syed Ahmad ( 1950 - 2015 )
Yus Jambu ( 1976 - 2015 )
Mariani ( 1933 - 2015 )
Momo Latiff ( 1921 - 2015 )
Aziz Desa ( 1965 - 2015 )
Tiffany Leong ( 1985 - 2015 )
Kredit : You Tube Kesah Sedih.
Mereka yang meninggal kan kita moga di tempat bersama-sama orang yang beriman ...Aamin
Rabu, 5 Ogos 2020
Program Kembara Eksesais Makmur
Khamis, 2 Januari 2020
Perletakan jawatan Dr Maszlee Malik
Membawakan Penganalisis Politik & Ekonomi Dr Madeline Berma dan Penganalisis Politik, Prof. Dr. Hamidin Hamid membicarakan mengenai adakah perletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai bayangan rombakan kabinet?
Antara sumbangan beliau dan tempoh yang singkat ini adalah,
- Sifar Sekolah Daif
- Program Sarapan Pagi Percuma
- Program Pertukaran Guru "Suka Sama Suka"
- Penambahbaikan Pendidikan Untuk Pelajar OKU
- Perkhidmatan Internet Kelajuan Tinggi
- Peningkatan Program TVET
- Menjaga Kebajikan Guru Guru
- Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.
Selasa, 10 Disember 2019
Kembali ke rahmatullah - Al-fatihah
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam;
"Adapun hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang mati ialah mohon istighfar (keampunan) kepada Allah untuk mereka dan bersedekah atas nama mereka".
(HR. Ad-Dailami)
Ayuh sama2 kita aminkan doa ini buat Allahyarham Dan seluruh muslimin Serta muslimat yg telah meninggal dunia, mudah mudahan Bila tiba waktu kita, ada insan lain yg mendoakan kita.
.
Pada hari ini ditahun Masihi 11/7/1991 (28 Zulhijjah 1411H) genap 28 tahun Lagenda bola sepak Negara Dato Mohamad Mokhtar Dahari kembali ke Rahmatullah diusia 37 tahun
Doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit neuron motor (MND). Keadaannya diberitahu hanya kepada Mokhtar dan isterinya.
Allahyarham pernah ke London, bersama isterinya dalam usaha untuk menyembuhkan keadaannya.
Selepas 3 tahun bertarung dengan penyakit ini, Mokhtar meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 11 Julai 1991. Akhbar melaporkan penderitaan Mokhtar kesan distrofi otot.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai di Taman Keramat.
Semasa tahun 1970-an, Allahyarham mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.
"Ya Allah, Ampunilah saudara kami "Mohamad Mokhtar bin Dahari" serta seluruh muslimin dan muslimat yg telah meninggal dunia, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya".
(Riwayat Imam Muslim)
.
Aminnn aminnn aminnn ya rabbal a'lamin
Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, sebelum subuh, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad yang beralamat di No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - berdekatan dengan pusara ibu bapanya (selang beberapa baris). Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang bergelar "Tun") telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.
TAHUN 2018
![]() |
| Al fatihah |
Pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh, 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri, di sini hari ini 23 Julai 2018.
Pelakon drama siri popular ‘Gerak Khas’ Nizen Ayob dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 11.55 , 6 Ogos 2018 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Datuk M Daud Wahid
![]() |
| Al Fatihah |
Azrina Abdul Manan 41
Pelakon dan pelawak terkenal negara, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun. Pada jan 2.43 pagi 14 Sept 2018, di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.
Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak
Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak, 46 tahun, akan dibawa pulang ke tanah air hari ini 01 Okt 2018. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Colombo, Sri Lanka ketika menerima rawatan penyakit buah pinggangnya petang semalam.
Tan Sri Hassan Azhari
Tan Sri Hassan Azhari, tokoh mengajar Al-Quran dan bapa bekas IGP, Musa Hassan baru kembali ke rahmatullah jam 5 petang tadi, 6 Okt 2018.
Saleem Iklim meninggal dunia
Zaibo
Pelakon Zaibo atau nama sebenar Zainal Ariffin Abd Hamid meninggal dunia pada jam 1.30 petang tadi 14 Nov 2018 akibat barah esofagus.
Tan Sri Zainuddin Maidin
Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya di sini, pada 13 November lalu akibat masalah paru-paru berair. Meninggal pada 14 Dis 2018 jam 6.30 petang.
Adib meninggal dunia
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya meninggal dunia pada 17 Dis 2018 jam 9.41 malam.
TAHUN 2019
Mior Ahmat Zaudi 66
Pelakon Mior Ahmat Zaudi berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 pagi Selasa 1 Jan 2019 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat masalah jantung dan pendarahan dalam otak
Wafa Abdul Kadir, 53
Pelakon popular 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 53, meninggal dunia awal pagi jam 1.10, 17 Mac 2019 di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor kerana penyakit kanser peritoneal.
Tengku Puan Zanariah 79
Bonda tiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada jam 8.10 pagi Isnin 18 Mac 2019 pada usia 79 tahun.
Mohd Rafi bin Abdullah 55.
Arwah dilahirkan pada 01 Ogos 1964 merupakan Ketua Kampung (Tok 4) Sungai Koyan 1, telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah beliau di No 143 Felda Sungai Koyan 1 pada 29 April 2019 jam 7.00 pagi,
Datuk Seri Abu Hassan Din 73
Anuar Abu Bakar, 48
Lagenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam (HSA), 9 malam tadi 6 Mei 2019.
SM Mohamed Idris 93
Usahawan kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada 11.00 pagi Sabtu 18 Mei 2019.
Sultan Ahmad Shah mangkat 89
Tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. Beliau berusia 82 tahun meninggal dunia pada 5 Mei 2019 pukul 10.13 pagi
Datuk Dahlan Zainuddin, 78
Penyanyi popular era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 28 Mei 2019 jam 9.48 petang.
Datuk A Rahman Hassan, 73,
Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), dekat sini, jam 12.40 tengah malam tadi 13 June 2019 , akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Dr. Mohamed Morsi 67
Dr. Mohamed Morsi telah meninggal dunia pada 18 Jun 2019. Beliau merupakan Presiden Mesir yang sah dari Ikhwan Muslimin yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013.
Penyanyi Halil Chik 70
Penyanyi era 70-an dan 80-an, biduan Halil Chik meninggal dunia pada 30 Jun 2019 disebabkan serangan angin ahmar sekitar jam 7.00 pagi ini di Hospital Ampang.
Mej Zahir b Armaya 36 (anak AR Badul)
Mej Zahir b Armaya (anak AR Badul) menghembuskn nafas di Hospital Queen Elezbeth Kota Kinabalu pada 04 0920H Sept 2019 kerana tertembak semasa demostrasi TD sempena Paluan Berundur Mk Bgd ke 5 Infantri di Kem Lok Sama2 kita doakn semoga arwah ditempatkn di dlm golongan yg beriman.
Rosllly bin Darus 62
Roslly bin Darus menghembuskn nafas di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada 04 Sept 2019 jam 0415 pagi kerana sakit buah pinggang semoga arwah ditempatkn di dalam golongan yang beriman.
Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh 73
Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh, Ketua Pengakap Negara meninggal dunia dipercayai mengalami masalah pankreas di Hospital Selayang pada 11 Sep 2019 jam 9.30 pagi.
Bacharuddin Jusuf Habibie 83.
Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya. Pada 11 Sep 2019 jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat.
Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, 67
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, meninggal dunia di rumah anaknya di Rawang,pada 26 Sept 2019 jam 11.10 malam tadi.
Yazit Search meninggal dunia
Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, meninggal dunia pada 26 Sept 2019 jam 11.53 pagi di Hospital Kuala Lumpur.
Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, pagi tadi. 28 Sept 2019 jam 8.11.
Lt Jen Dato' Maulud bin Maamin (Bersara), 76
Lt Jen Dato' Maulud bin Maamin (Bersara), 76 tahun telah kembali ke rahmatulllah pada sekitar pagi ini 14 Oktober 2019 di kediaman beliau ketika tidur pada malam tadi.
Firdaus bin Hanif 43
Firdaus bin Hanif atau dikenali sebagai Fitt anak kepada pelakon popular Fauziah Nawi dikatakan pergi memancing, bot yang dinaiki terbalik dan dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. kejadian berlaku 26 Okt 2019 kira-kira jam 11 pagi.
Datuk Amir Hamzah
Datuk Amir Hamzah Bekas ahli Parlimen Lipis dan Bekas Presiden Amanah Ikhtiar Malaysia telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh Pada 28 Nov 2019 jam 5.15 petang jenazah beliau dikebumi pada 29 Nov 2019 jam 2.00 pagi di Kampung Kuala Medang Lipis Pahang.
Dato Mohd Nor Bin Abdul Rani
Dato Mohd Nor Bin Abdul Rani Bekas DO Cameron Highlands, Bekas DO Lipis dan Mantan Pengarah JAIP telah menhembuskan nafasnya di Hospital Kuantan. Pada 1 Dis 2019.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia hari ini 30 Mei 2021 setelah menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), selepas disahkan positif COVID-19.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya,pada 31 Okt 2021
Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini 4 Dis 2021.







































