responsif teks foto

Selasa, 11 Oktober 2022

Penyakit durian yang disebabkan oleh Kulat

Hawa Daun Rhizoctania

Penyakit ini merebak disebabkan oleh air dan angin faktor yang menyumbang kepada penyakit ini adalah perubahan cuaca dari panas tiba-tiba hujan dan panas sekali lagi seterusnya hujan inilah masa penyakit ini mula merebak dan untuk mengatasinya kita perlu sembur dengan racun kulat.

Penyakit ini juga sebabkan kedudukan ladang di kawasan lembah yang lembab ianya kurang terjadi pada ladang yang berbukit. Penggunaan baja berunsur nitrogen yang tinggi menyebabkan pokok berimbun ia mudah diserang. Yang menarik penyakit ini hanya menyerang pokok durian dari klon Musang King dan Duri Hitam sahaja tidak pada klon Mohtong dan klon IOI.


Penyakit ini sering berlaku di peringkat semaian dan boleh juga menyerang tanaman durian di ladang. Penyakit ini tidak begitu serius tetapi boleh menyebabkan daun luruh dengan teruk terutama pada musim hujan atau di kawasan yang sangat lembab. Kulat R solani menyerang pada daun dan boleh merebak pada ranting dan dahan seterusnya boleh menyebabkan simtom mati rosot.


Kawalan Penyakit Daun Durian - Sifu Lim Chin Kee

Tanda-tanda Penyakit.

Simptom penyakit ini mula kelihatan sebagai bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan serta dikelilingi oleh kawasan yang perang keunguan. Ia akan bertukar menjadi perang. Lesion-lesion ini akan bercantum menjadi besar bertukar warna dari perang tua ke perang muda apabila sudah kering. Ciri yang ketara bagi penyakit ini jelas kelihatan apabila beberapa helai daun yang dijankiti tercantum oleh miselium kulat penyebab.

Kawalan.


Buang dan bakar daun yang diserang. Elakkan keadaan lembab dan pastikan pengudaraan yang baik di tempat semaian dengan mengatur anak-anak pokok tidak terlalu rapat. Di ladang, kumpul dan musnahkan daun-daun penyakit yang gugur ke tanah terutama pada musim hujan.

Sembur dengan difenoconazole, Flutolanil, hexaconazale, atau pencycuran. Ulang semburan sekiranya serangan masih berkekalan selang beberapa hari sebagaimana tercatat pada label.

Racun kulat yang disyorkan adalah seperti

Monceren. Dapatkan https://invle.co/clehbz6

atau 



Rujukan : Pakej Teknologi Durian 2004.


Tiada ulasan:

AddToAny