Halaman

Sabtu, 27 Februari 2021

Turki sahkan vaksin China berkesan



Turki mengesahkan vaksin COVID-19 yang dibangunkan China terbukti selamat dan berkesan memberi perlindungan sekali gus membolehkan program vaksinasi dimulakan.

Menteri Kesihatan negara itu, Fahrettin Koca dalam sidang media pada Khamis berkata, vaksin keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech didapati mempunyai tahap keberkesanan 91.25 peratus untuk mencegah jangkitan virus berkenaan dan tidak menyebabkan tindak balas bahaya.

Keputusan itu dibuat berdasarkan analisis awal terhadap data dikumpul menerusi ujian klinikal vaksin percubaan membabitkan sukarelawan.

Difahamkan, kumpulan pertama bekalan vaksin China sebanyak tiga juta dos dijangka tiba di Turki dalam masa terdekat.

Program vaksinasi fasa pertama akan dilakukan menyasar seramai sembilan juta orang dengan keutamaan kepada golongan berisiko tinggi dijangkiti seperti petugas perubatan.

Sumber : BERNAMA




Khamis, 25 Februari 2021

Perkampungan emas di Kechau Lipis.


Di sebalik ketenangan beberapa buah kampung di daerah Kechau yang mempunyai keluasan 77,000 hektar di sini, siapa sangka kandungan perut bumi­nya dilimpahi dengan emas mentah sekali gus mengubah taraf hidup kira-kira 5,000 penduduk di situ sejak turun temurun.

kewujudan emas yang bertimbun di kawasan itu boleh digambarkan seolah-olah penduduk tinggal dan hidup dengan logam berharga tersebut kerana ia didakwa berada di bawah, depan dan belakang rumah mereka. Oleh kerana banyaknya emas, ada penduduk yang memperoleh sehingga tujuh kilogram

Terima Kasih Pihak Kosmo kerana Interview Kami.

Kampung emas di Lipis.. (pembetulan: jumlah RM16,000 seminggu itu pada value beberapa tahun lepas, jika ikut value semasa lebih 30k seminggu)

Kewujudan galian berupa emas di kawasan Mukim Kechau, Lipis dekat sini merupakan sumber paling berharga bagi penduduk setempat memandang kan ia terletak dalam jajaran dikenali sebagai Sutura Raub-Bentong.

Sutura Raub-Bentong terletak dalam Jajaran Emas negara yang merentasi beberapa buah negeri di Semenanjung bermula dari Thailand hingga ke Batang Melaka, Jasin.

Felo Penyelidik Kanan, Pusat Kelestarian Ekosistem dan Sumber Alam (Pusat Alam) Universiti Malaysia Pahang, Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrurrazi Ishak berkata, Jajaran Emas itu sangat terkenal sejak dari dahulu dan mula dilombong pada zaman penjajah British lebih 100 tahun lalu.

Katanya, lombong emas terbesar iaitu Penjom Goldmine yang terletak di Kuala Lipis juga terletak dalam jajaran berkenaan.

“Di kawasan Pahang seperti Raub serta Lipis memang mempunyai banyak galian emas, manakala di Gua Musang, walaupun agak sedikit (ditemukan emas), tetapi terdapat juga mineral lain di situ,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.




Terdahulu, Kosmo! semalam menyiarkan mengenai kewujudan emas di kawasan Mukim Kechau di Lipis meliputi enam buah kampung yang menyaksikan penduduk hanya melakukan perlombongan di kawasan sekitar rumah mereka.

Menurut Mohd. Fakhrurazi, walaupun emas di kawasan jajaran berkenaan telah dilombong sejak zaman British, namun sumber galian itu masih ditemui pada masa kini memandangkan banyak kawasan belum diterokai.

Beliau berkata, kawasan seperti lokasi perlombongan emas di Penjom terbentuk daripada proses emas primer yang lebih banyak berbanding kawasan di kampung-kampung yang terbentuk melalui proses emas sekunder.

“Pembentukan emas terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder yang mana emas sekunder terdapat pada tanah yang agak cetek dan biasanya dalam jumlah sedikit berbanding primer emas berkualiti,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Fakhrurasi berkata, sebarang aktiviti perlombongan yang dilakukan perlu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) diikuti kerja-kerja rehabilasi demi kelestarian alam.

Dalam pada itu, pakar menyifatkan emas yang terdapat di Mukim Kechau, Lipis mempunyai kualiti yang sama seperti emas yang diperoleh di tempat lain di seluruh dunia.

Pengasas blog Hargaemas.My , Shahrul Zakaria berkata, emas itu bagaimanapun akan dipecahkan kepada beberapa kategori berdasarkan ketulenannya selepas diproses oleh pihak kilang.

“Emas di kawasan itu biasanya diperoleh dalam bentuk seperti pasir. Kualitinya sama sahaja seperti emas di tempat lain.

“Saya pernah diberitahu, mereka yang melombong di Lipis boleh dapat emas bernilai sekitar RM16,000 seminggu,” katanya.

ANTARA emas yang ditemui.

Shahrul berkata, emas yang diperoleh di Lipis kemudian akan dijual kepada peraih pada kadar 92 peratus harga emas semasa.

Menurut beliau, peraih kemudian akan menjual emas itu kepada pengilang untuk dijadikan sebagai barang kemas.

Sementara itu, sumber Ar Rahnu sebuah bank tempatan menjelaskan, kualiti emas dari Lipis sama seperti emas lain cuma harganya lebih murah.

Kata beliau, keadaan itu mungkin disebabkan faktor permintaan dan terdapat pihak yang memproses sendiri emas di kawasan tersebut.

Sumber: Kosmo



26 Feb 2021

Arahan henti lombong emas di Kechau, Lipis

Kerajaan Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, arahan itu untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.

Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.

"Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.

"Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan," katanya ketika mengulas kegiatan melombong emas di Kampung Kechau.

Sumber : Metro

27 Feb 2021

Kerajaan negeri Pahang mempertimbangkan cadangan laksana Skim Pelombong Kecil (SPK) yang diselaraskan Pahang Mining Corporation Sdn Bhd (PMC).

Ia bagi membantu penduduk terutamanya di Kuala Lipis, untuk melakukan aktiviti perlombongan emas secara sah.






Rabu, 24 Februari 2021

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan


PM rakyat pertama terima suntikan Vaksin-19.

Lebih Ramai alah makanan Laut berbanding Vaksin Convid-19

Orang ramai diingatkan untuk tidak berasa bimbang sekiranya berlaku alahan teruk sebelum dan selepas pengambilan vaksin Covid-19.

Bahkan, lebih ramai dalam kalangan masyarakat mempunyai alahan kritikal kerana makan makanan laut seperti udang, ketam dan sotong berbanding alahan menggunakan vaksin Covid-19.

Pakar perubatan kesihatan awam dari Jabatan Perubatan Tentera Hospital Tuanku Mizan, Kolonel Dr. Mohd. Arshil Moideen berkata, tiada alasan untuk orang ramai meragui vaksin Covid-19 kerana keberkesanannya sudah terbukti melalui pendekatan sama diambil oleh beberapa negara di seluruh dunia sehingga berjaya memvaksinkan hampir seluruh populasi penduduk.

“Kalaulah ini disebabkan konspirasi Yahudi, Israel sendiri sudah memvaksinkan 75 peratus populasi rakyatnya. Makan Panadol dan ubat-ubat lain pun peratusan untuk menerima alahan adalah lebih tinggi. Makan udang pun lagi ramai yang alergik.

“Usah terhasut dengan berita-berita palsu mengatakan ada yang mati disebabkan vaksin kerana ia boleh disebabkan penyakit sampingan lain. Lagipun, akan ada post-mortem yang dijalankan sebelum membuat kesimpulan daripada sesuatu kematian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sumber : Utusan Malaysia

Hukum Halal atau Haram Vaksin19

Malaysia sudah mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.







Selasa, 23 Februari 2021

Khas Untuk Usahawan Bumiputera.



MARA mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee
  • Kelebihan menyertai program ini:
  • Webinar Latihan Keusahawanan
  • Baucer Kedai Bernilai RM400.00
  • Kredit Iklan Bernilai RM400.00
Syarat Permohonan:
  • Usahawan Bumiputera
  • Syarikat telah berdaftar di SSM/PBT (Sabah & Sarawak)
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • Mempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai Shopee
Usahawan yang berminat boleh memohon di link berikut: https://forms.gle/eJZNrBY1t4qmBVtD6 atau scan QR Code di poster iklan.


Tarikh tutup pada 5 Mac 2021 (Jumaat)


MAJLIS AMANAH RAKYAT


kredit FB : Dato Sri Abdul Rahman Mohamad
                  Ahli Parlimen Lipis

Isnin, 22 Februari 2021

Kenali pencipta vaksin Pfizer-BioNTech, pasangan suami isteri Muslim dari Turki.

Mereka menubuhkan syarikat BioNTech di Mainz,
Jerman pada 2008


Vaksin Pfizer-BioNTech adalah antara yang mendapat permintaan paling tinggi di dunia, mendahului vaksin-vaksin yang dihasilkan oleh China dan Rusia.

Syarikat BioNTech yang berpengkalan di Mainz, Jerman itu diasaskan oleh Dr. Ugur Sahin, 55, dan isterinya, Dr. Ozlem Turci, 53, pasangan suami isteri berbangsa Turki dan beragama Islam.

Kedua mereka datang daripada keluarga Turki yang telah berpindah ke Jerman untuk memulakan kehidupan baru.

Ibubapa Dr. Sahin telah berpindah ke Cologne, Jerman ketika Dr. Sahin berusia 4 tahun. Beliau membesar dengan cita-cita menjadi doktor dan telah mendapat ijazah kepakaran khidmat terapi imuniti kepada pesakit barah.

Isterinya, Dr. Turci pada usia muda ingin mendalami agama tetapi akhirnya menjadi doktor, mengikuti jejak kerjaya ayahnya.

Syarikat mereka memberi perhatian khusus kepada pemerkasaan dan pemulihan imuniti ke atas pesakit barah dan penyakit berjangkit. Mereka mempunyai 1,800 pekerja dan telah menjalankan pelbagai jenis penemuan dalam rawatan imuniti manusia.






Kelebihan kepakaran bidang ini telah membawa fahaman yang mendalam berkenaan imuniti manusia, benteng utama dan penentu kemampuan melawan virus dan penyakit di dalam badan.

Pfizer telah membuat pelaburan besar ke dalam syarikat BioNTech, termasuk kemudahan ujikaji dan pengkomersilan.

“Alfred Bourla sebagai Ketua Pfizer berasal dari Yunani, manakala saya berasal dari Turki. Ia merupakan suatu yang amat peribadi kepada saya.” kata Dr. Sahin, tanpa terlalu mengulas hubungan tegang antara Turki dan Yunani.

“Namun, Bourla seorang yang sentiasa mengusahakan terbaik untuk memastikan kerjasama kita berjaya, sebelum pandemik ini tercetus sekalipun.” tambah Dr. Sahin yang menjelaskan kerjasama dua syarikat itu pada awalnya adalah untuk menghasilkan vaksin untuk penyakit berjangkit pada 2017.

“Pasangan BioNTech itu amat berdedikasi dalam kerja mereka. Mereka tak terlalu memberi perhatian kepada keuntungan dan amat berpegang kepada prinsip. Saya percayakan mereka 100%.” kata Bourla ketika diminta mengulas berkenaan hubungan antara Pfizer dan BioNTech.

Kebetulan, pada tahun 2018, Dr. Sahin telah membuat kenyataan yang kajian mereka akan mampu menghasilkan vaksin untuk manusia sihat dalam masa yang singkat.

Pada Januari 2020, Dr. Sahin mula mendapat khabar berita berkenaan virus Covid19 dan telah memulakan kajian terperinci. Seawal bulan Mac, syarikat mereka telah berjaya memulakan ujian makmal dan juga ujian fizikal.

Hasil ujian telah membuktikan lebih 93% keberkesanan vaksin ke atas virus Covid19 dan sekaligus mendapat permintaan seluruh dunia.

“Ia mungkin menjadi permulaan kepada pengakhiran era Covid19.” kata Dr Sahin dalam temuramah baru-baru ini.

Mereka merupakan pasangan saintis berjaya dan berstatus bilionaire sebelum virus Covid19 muncul lagi.

Kini, pencapaian mereka menjadi kebanggaan penduduk Jerman yang menganggap penemuan mereka satu kejayaan besar buat negara Eropah itu.

Malaysia dijadualkan memulakan agihan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia seawal bulan Mac 2021.
 
Malaysia turut menempah vaksin daripada beberapa negara lain termasuk China dan Rusia.

Ahad, 21 Februari 2021

Mohon Rumah Mesra Rakyat



Korang ada tanah sendiri tapi tak tahu nak buat apa boleh mohon skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).RMR ini adalah program bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk golongan berpendapatan rendah (B40) macam nelayan, petani dan keluarga miskin. Cuma, skim ni hanya untuk mereka yang ada tanah tapi tak ada rumah atau tinggal di rumah usang.

Kerajaan memperuntukan sebanyak RM315 juta (Belanjawan 2021) untuk bina 3,000 unit RMR. Kalau nak tahu, dalam 13 tahun, SPNB berjaya bina 34,709 unit rumah!. Katakan korang layak, admin memang suggest untuk apply. Ni apa patut korang tahu…!
Syarat Permohonan.
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tak lebih dari RM5,000
  • Pemohon & pasangan takde rumah sendiri/atau ada rumah usang/tak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan. Kalau pemohon bukan tuan tanah, kena ada kebenaran
  • Keluasan tanah tak kurang daripada 3,600kps (ikut rekabentuk)
  • Depends peruntukan kewangan
NOTA: Kalau korang berumur lebih dari 42 tahun, nak tak nak, kena ada pemohon kedua yang lagi muda. Sama jugak untuk pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau pulak, in case diorang berumur lebih dari 38 tahun, kena ada pemohon kedua.

Apa ciri-ciri program RMR korang kena tahu?

Permohonan online kat laman web SPNB

Permohonan 'On line'

Hanya boleh bina rumah satu tingkat, tiga bilik tidur dan dua bilik air (tak boleh lebih!)

Pihak SPNB akan uruskan & kutip pembayaran pinjaman, korang boleh buat kat kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui sistem JomPay

Dokumen pinjaman dan sekuriti akan diuruskan oleh firma guaman yang berdaftar dengan SPNB

Pelaksanaan projek pulak akan dilakukan oleh Kontraktor G1-G5 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan merupakan pembekal utama produk

Caj pengurusan pinjaman sebanyak 2%

Kalau pemohon meninggal dunia dan ada insurans; pinjaman akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Kalau takde insurans pulak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris akan takeover pembayaran bulanan.

Cuma, pelaksanaan produk ni dijalankan ikut kategori kawasan seperti berikut:

PERKARA

SEMENANJUNG MALAYSIA

PULAU @ SEMENANJUNG MALAYSIA

SABAH/SARAWAK/LABUAN

Kerluasan rumah (tertakhluk pada reka bentuk)

1,000kps

850kps

750kps

Kelulusan tanah

3,600kps

3,400kps

3,200kps

Harga (RM)

75,000

85,000

75,000 - 106,500

Jumlah pinjaman (RM)

55,000

65,000

55,000 - 86,500

Jumlah anggaran ansuran bulanan (RM)

300

352

300 - 471

PERK



Apa cara untuk mohon RMR?

Permohonan RMR boleh dibuat dengan cara-cara berikut: 

Layari laman web Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Laman Web Rumah Mesra Rakyat


Klik permohonan dan buat permohonan baru. Isi borang pendaftaran dengan lengkap
Kata laluan akan dihantar kat pemohon
Guna LoginID (emel) dan kata laluan yang korang dapat untuk buat permohonan RMR
Isi maklumat ke dalam sistem 
Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan ‘Cetak Borang’
Hantar borang sekali dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Dokumen-dokumen yang perlu  majukan :
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tak milik rumah atau milik rumah usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar
  • Surat Pengesahan pendapatan/tak milik rumah/milik rumah usang (kena ada pengesahan dari Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A!)
  • SPNB berhak untuk request dokumen tambahan (ikut keperluan dari semasa ke semasa)


Kena tahu jugak tanggungjawab korang (pemohon) yang tak diuruskan oleh pihak SPNB
INGAT: SPNB hanya bertanggungjawab dalam proses bina rumah je. Hal-hal lain cam sediakan tapak bina, penyambung api & elektrik tu semua pemohon kena uruskan. Kiranya, SPNB hanya tolong hal construction je - bina rumah ikut spesifikasi yang dah ditetapkan.

Senang paham, ni memang tanggungjawab pemohon sendiri - SPNB tak tahu:

  • Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon (yang tak dipersetujui!).
  • Isi & lengkapkan borang permohonan
  • Sediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan (ikut spesifikasi!)
  • Buat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Buat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)
  • Kalau korang perlu maklumat ekstra, boleh ke cawangan SPNB terdekat atau contact di:

Hantar ke alamat: Syarikat Perumahan Negara Berhad, Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Call di talian: 03-2618 5555/03-2618 5556 (Talian Am)
Hantarkan aduan ke: aduan@spnb.com.my/603-2681 0170


Jumaat, 19 Februari 2021

Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER LIPIS sesi 2021/2022




Syarat-syarat pemohon adalah seperti berikut:

1. Penduduk Daerah Lipis (Belum pernah mengikuti kursus empower ECER)

2. Berumur 17-45 Tahun

3. Jangka masa kursus ialah 5-24 bulan

4. Kursus dijalankan pada hari Sabtu & Ahad (ikut majoriti peserta)

5. Kursus Kemahiran ini adalah 100 % PERCUMA

6. Belia/ Ibu Tunggal dan etc digalakkan memohon

6. Tempat adalah Terhad




Kursus kemahiran yang ditawarkan adalah:

1. Fertigasi Cili (Orang Asli) (15 kekosongan)

2. Fertigasi Sayuran (15 kekosongan)

3. Teknologi Makanan Sejuk Beku & Kering (25 kekosongan)

4. Seni Bakeri & Pastri Artisan (25 kekosongan)

5. Terapi Kesihatan & Kecantikan Post-Natal (20 kekosongan)

6. Teknologi Jahitan Kreatif (20 kekosongan)

7. Dandanan & Gunting Rambut (20 kekosongan)

8. Scaffolding (15 kekosongan)

9. Baikpulih Penghawa Dingin, Mesin Basuh & Peti Sejuk (25 kekosongan)

10. Pendawaian Elektrik & Pempaipan (20 kekosongan)



Untuk mendaftar sila klik :- https://forms.gle/Htyiu2UazZLigrHE8


Cik Siti Nasuha (019 5560228)

WhatsApp - https://wa.me/60195560228

Cik Aina (016 699 4001)

WhatsApp - https://wa.me/60166994001



Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan Ahad ini.



Sukacita dimaklumkan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah perkenan berangkat bercemar duli, bagi menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan pada Ahad, 21 Februari.

Keberangkatan Baginda akan diiringi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, akan berangkat sama.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan hadir ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin juga akan hadir.

Majlis Pemasyhuran ini akan dilaksanakan menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat demi membendung wabak pandemik COVID-19. Oleh sebab itu, jumlah jemputan khususnya, dihadkan bagi memastikan pelaksanaan aspek penjarakan fizikal.

Sukacita juga saya katakan, Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan ini diadakan susulan kelulusan diberi oleh Kerajaan Persekutuan menerusi mesyuarat Kabinet pada 8 Mei 2019.

Pemilihan tarikh 21 Februari ini ialah setelah beberapa kali ditunda ekoran pelbagai faktor termasuk situasi COVID-19.

Kali terakhir majlis seumpama ini ialah pada 1 September 1979 atau lebih 40 tahun lepas, sempena kenaikan taraf Kuantan daripada sebuah Bandar kepada Perbandaran.

Sehubungan itu, saya berharap penduduk Kuantan dan Pahang amnya, dapat sama-sama berbangga dengan hari bersejarah sempena Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan ini sungguhpun diadakan dalam skala sederhana.


DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

19 Februari 2021

Rabu, 17 Februari 2021

"Jom Masuk Tentera..!



"Berminat dengan kerjaya di dalam TUDM... ?

Bagi anak muda lepasan institusi pengajian tinggi yang berminat dengan kerjaya di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ATM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.

Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2021 iaitu https://jmt.mod.gov.my


>>Kerjaya sebagai Pegawai : https://jmt.mod.gov.my/index.php

>>Kerjaya sebagai Anggota TUDM: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/


Sila layari laman Facebook Cawangan Tenaga Kerja - TKC di pautan https://www.facebook.com/tenagakerjaC/ atau menghubungi 01165504585 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2021.


RM500 setiap keluarga berpindah ke PPS




KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG

Tunai RM500 setiap keluarga berpindah ke PPS serta rumah saudara-mara ekoran terkesan banjir

Kerajaan Negeri bersetuju membuat sumbangan tunai RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat-pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta rumah saudara-mara, susulan terkesan bencana banjir pada Januari lepas.

Sumbangan tunai dengan nilai sama juga akan diberikan kepada peniaga-peniaga di gerai-gerai dan rumah kedai-rumah kedai, yang turut mengalami bencana sama di seluruh negeri.

Jumlah kesemua ialah 18,726 orang melibatkan peruntukan kira-kira RM9.4 juta. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang saya pengerusikan pagi ini.

Mesyuarat hari ini juga mengambil maklum, Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri, meluluskan peruntukan wang ihsan RM500 bagi setiap KIR.

Bernilai keseluruhan kira-kira RM4.3 juta, sumbangan Kerajaan Persekutuan menerusi NADMA ini hanya meliputi kira-kira 8,600 KIR.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menetapkan pemberian Bantuan Bayaran Sewa Rumah untuk selama tiga (3) bulan kepada KIR yang kehilangan rumah asal dan rumah tidak dapat diduduki, akibat bencana sama.

Jumlah KIR terbabit ialah 27 orang manakala peruntukan disediakan bagi menampung kos sewaan rumah selama tempoh tiga (3) bulan berkenaan ialah kira-kira RM16,800.

Sukacita juga saya maklumkan, mesyuarat MMK Negeri pagi ini turut bersetuju menyumbangkan sebuah komputer riba setiap seorang kepada penerima di bawah senarai Bantuan Kanak-kanak (BKK) Negeri Pahang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 tahun ini.

Saya berharap, dengan bantuan kewangan serta peralatan yang saya umumkan hari ini, ia dapat sedikit-sebanyak meringankan beban ditanggung akibat bencana banjir, serta masalah pembelajaran dalam tempoh mencabar menghadapi wabak pandemik COVID-19 ketika ini.


DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

17 Februari 2021


Isnin, 15 Februari 2021

Mari Mengetahui Serba Sedikit Berkenaan Pencen

Tarikh bayar Pencen 2021


Soalan 1

1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

Jawapan

Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan

(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))

Soalan 2

2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

Jawapan

Ganjaran – tidak dicukaikan
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)

Soalan 3

3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?


Jawapan

Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 4

4. Penerima pencen dipenjarakan, adakah layak terima pencen?

Jawapan

Tidak – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 5

5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

Jawapan

Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)

Soalan 6

6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?

Jawapan

Ya – tetapi hanya baki 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.

(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 7

7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

Jawapan

Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama

(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Insya Allah kita kongsikan apa yang baik untuk kebaikan semua, 

Sabtu, 13 Februari 2021

Vaksin convid19

Penjelasan lanjut berkaitan vaksin Covid-19 oleh Dr Jemilah Mahmood, penasihat kepada Perdana Menteri untuk hal ehwal kesihatan awam



Fasa 1 – Frontliner – KKM, Polis, RELA, Bomba dan ATM

Apabila vaksin tiba pada bulan April.


Fasa 2 – Kumpulan berisiko tinggi, Warga Tua. Pesakit Kronik, Kencing Manis , Darah Tinggi, penyakit jantung dan OKU

April – Ogos 2021


Fasa 3 – Orang Dewasa, 18 tahun ke atas fasa paling penting untuk membentuk perlindungan kelompok.

Mei 2021 – Feb 2022



Negeri Pahang

SEMAK E-VAKSINASI ANDA SEKARANG

                                         

              >>>>>>SEMAK  https://vaksin.pahang.gov.my/frmSemak.php <<<<<

PERCUMA untuk warga Malaysia.




Kaitan Tok Linggi dengan Kesultanan Johor/Riau/Pahang

Sultan Johor ke-10- Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud / 1685-1699)
(Mangkat Di Julang)


Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut " Marhum Padang Saujana ". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai ‘Marhum Mangkat Di Julang’ atau ‘Marhum Kota Tinggi’.



Sultan Johor ke-11- Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)

Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai Sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, Istana di Bukit Tukul terbakar.

Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam di Panchor.

Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar ‘Kota Lama’. Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar-kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor.

Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang di Pertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abd Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah.



Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut ‘Marhum Mangkat di Kuala Pahang’


Sultan Johor ke-12-Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah(Raja Kecil)


Nama asalnya ialah Raja Kecil dan juga memakai gelaran Yang Dipertuan Johor dan seterusnya sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, Sultan Johor ke-12 pada 1718-1722. Raja Kecil merupakan orang Minangkabau, yang ingin merebut kuasa sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan 'mengaku' waris Sultan Mahmud Shah II yang sah.

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor.

Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Walaupun begitu, beliau masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan.

Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang.
Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau.

Sultan Abdul Jalil IV berpindah dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.



Sultan Johor ke-13-Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Nama asalnya ialah Raja Sulaiman dan seterusnya bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau ke13 oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya dilantik Daeng Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama.



Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin melalui Perjanjian 1754. Kemudiannya, Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang dan Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

Sultan Johor ke-14-Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor ke-14 pada 1760-1761, menggantikan ayahandanya yang mangkat, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah yang ketika itu menetap di Kuala Selangor sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah pula mangkat, dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.



Sultan Ahmad Riayat Shah, Sultan Johor ke-15

Sultan Ahmad Riayat Shah, Sultan Johor ke-15, dilantik pada 1761 bagi menggantikan ayahandanya. Ketika itu beliau baru berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu.

‘Tuhfat al-Nafis’ ada menceritakan peristiwa ini secara terperinci dimana Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu tidak berupaya untuk membayar hutang tersebut dan menyerahkan kepada Yamtuan Muda Daeng Kemboja untuk membuat keputusan. Pihak Belanda menuntut jika hutang tersebut gagal dibayar, pihak Belanda akan mengambil dua putera Raja di Baroh sebagai tebusan.

Maka gemparlah seluruh Riau kerana takut akan kehilangan dua orang putera dari keturunan Sultan itu. Berkatalah Bendahara Tun Hasan (di dalam Tuhfat al-Nafis) 

“Allah, Allah, Janganlah abang kenangkan saya semua ini, melainkan abang pandang sajalah kepada intan gemala kita, yang piatu itu daripada waris amanah pertaruhan marhum kepada abang serta saya semua ini. Adapun Johor dan Riau serta segala takluk daerahnya dipulangkan kepada abang dan abanglah memerintahnya serta kaum abang selama-lamanya dengan muafakat serta tulus ikhlas, relalah saya semua kepada abang adik beradik, anak beranak”.

Daeng Kemboja akhirnya berjaya membayar hutang tersebut yang kemudiannya berjumlah tujuh laksa, tujuh ribu tujuh ratus tujuh puluh ringgit, hasil daripada penjualan candu. Di riwayatkan bahawa selepas beberapa hari perkara pembayaran hutang tersebut selesai Paduka Sri Sultan Ahmad dikatakan telah jatuh gering dan mangkat di Kampung Bulang Riau  dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut ‘Marhum Tengah’.

Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah masih hidup selepas disingkirkan sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri. 

Menurut cerita-cerita lisan waris di Kampung Relong Pahang yang diperturunkan dari generasi terdahulu menyatakan bahawa yang dimakamkan di Batangan tersebut hanyalah batang pisang dan sebenarnya Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah dilarikan oleh orang suruhan Bendahara Tun Hasan di dalam gulungan tikar mengkuang dari Kampung Bulang. 

Diaspora Bugis Makassar di Tanah Melayu





Sultan Mahmud Riayat Syah

Bahawa Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam mungkin sedar bahawa kekanda baginda yang dikatakan telah mangkat itu sebenarnya masih hidup. Berbagai persoalan mungkin timbul dibenak baginda, ada baik dan ada risikonya. Tindakkan baginda tidak melantik atau menamakan pengganti baginda mungkin disebabkan baginda mahu menyerahkan kembali takhta kesultanan kepada kekanda baginda atau waris-waris yang lebih layak dari keturunan raja yang sebenar?
 
Bahawa Dato’ Linggi yakni Paduka Seri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah dan keluarga baginda tentu terdedah kepada sasaran pembunuh upahan samada daripada waris keturunan Paduka Sri Sultan Mahmud ataupun Pembesar-pembesar Melayu dan Bugis yang tamakkan harta, pengaruh dan kuasa]. Sekitar tahun 1802

Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid ada menghantar wakil bagi menjemput Dato’ Linggi ke Istana Pekan. Tujuannya untuk berjumpa Dato’ Linggi kerana dalam masa tersebut beliau sedang gering. Adakah Bendahara berasa tersangat rindu kepada Dato’ Linggi, zuriat Sultan Johor-Riau yang dizalimi yang selama ini dilindungi secara diam-diam? Intan gemala yang disingkirkan oleh Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu yang ingin memastikan kekuasaan Negeri ditangan meraka? Atau mungkin Bendahara mahu menatap wajah intan gemala yang sekian lama tidak dilihatnya untuk kali terakhir? Mungkin juga Bendahara ingin menceritakan kebenaran, memohon ampun dan maaf, merafak sembah kepada Sultan yang sebenar (‘the True King’)?.

Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid meninggal dunia pada tahun 1802 tanpa diketahui samada hasrat beliau tercapai atau tidak. Walau apapun, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah mengharungi saat-saat yang mencabar didalam penghidupannya, daripada putera raja, menjadi Sultan seketika, disingkir dari takhta kemudian menjadi rakyat biasa, hidup di tempat yang terpencil dan hanya ingin dikenali dengan nama Dato’ Ahmad (Dato’Linggi).

 Mengapa Salasilah Tok Linggi  dakwa mereka dari salasilah Kesultanan Johor/Riau/Pahang




Ini adanya salasilah Tok Linggi yang dijaga turun temurun menunjukan baginda merupakan seorang berketurunan Raja/Bangsawan kerana Melayu/Bugis sangat menjaga salasilah keturunan mereka.

Ir Hj Mazelan Hj Samad penulis blog Raja Ahmad Al Linggi telah membandingkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sebelum dan selepas Dato' Ahmad @ Dato' Linggi membuka Kampong Relong iaitu pada 1795 dengan peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan Bendahara Paduka Raja di Pahang.

Terdapat kesinambungan dari aspek tarikh dan tahun peristiwa tersebut berlaku dengan kehadiran Dato' Linggi di Kampung Relong dan juga dari pengkisahan cerita-cerita lisan yang diperturunkan oleh generasi-generasi terdahulu. Terdapat persamaan nama 'Ahmad' diantara Dato' Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Dato' Linggi) dengan Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri'ayat Shah. Perkataan 'makamnya' bawah kundang seperti yang tercatat di dalam Salasilah Dato' Linggi juga membawa maksud baginda adalah dari keturunan raja iaitu Kesultanan Johor-Riau sebagaimana cerita-cerita lisan generasi terdahulu.

Penulis juga telah membuat beberapa hipotesis dengan alasan-alasan yang bersandarkan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa tersebut. Hasil daripada hipotisis tersebut penulis membuat kesimpulan bahawa : Dato' Ahmad yang dikenali Dato' Linggi adalah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri'ayat Shah ibni al marhum Paduka Sri Sultan 'Abdul Jalil V Mu'adzam Shah, Sultan Negeri Johor-Riau dan jajahan takluknya yang ditabalkan dalam tahun 1761.

Makam Tol Linggi 


Di sinilah juga baginda mangkat dan dimakamkan dibawah pokok kundang di Kuala Relong Lipis Pahang sekitar tahun 1812-1815

Begitulah cerita ringkas yang menjadi bukti Tok Linggi di Kampung Relong adalah Raja Ahmad yang pernah ditabal sebagai Raja Johor Lingga 1761.

Dewan Tok Linggi Relong


Rujukan:

Tuhfat Al-Nafis karangan Ali Haji bin Raja Haji Ahmad
Christopher Buyers - ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’
Salasilah Tok  Linggi 1795
Koleksi cerita-cerita lisan penduduk Kampung Relong.
RajaAhmad.blogspot.com
Salasilah Kesultanan Johor-Riau



Jumaat, 12 Februari 2021

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021



SOALAN LAZIM MENGENAI PEMBAYARAN FASA PERTAMA
BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021

A. PEMBAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021

1. Siapakah yang akan menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021?

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN
2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang
terhad RM2,000.

2. Berapakah bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima?

    Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:
  • Kategori Isi Rumah                                               RM300
  • Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun /  RM 150
  • OKU berumur 18 tahun – 59 tahun                      RM150

3. Bilakah tarikh pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat?

Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.


4. Bagaimanakah kaedah bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dilaksanakan?

Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:

i. Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH
2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.

ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0
adalah secara tunai.

5. Akaun bank yang saya laporkan semasa permohonan BSH 2020 / BPN 2.0 salah atau tidak
aktif. Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?

Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah
atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah
seperti jawapan bagi Soalan 4.

6. Adakah saya boleh membuat permohonan BPR 2021 walaupun Tidak Layak sebagai
penerima pembayaran Fasa Pertama BPR?

Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu /
Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021.

SEMAK : https://bpr.hasil.gov.my/

Tarikh Pendaftaran baru.

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari nanti. Kata 
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Pada 14 Feb 2021.





Khamis, 11 Februari 2021

Rabu, 10 Februari 2021

Kenyataan Media : MB Pahang



KENYATAAN MEDIA  MENTERI BESAR PAHANG

Perkhidmatan kaunter jabatan/agensi Kerajaan dibuka semula bermula esok

Kerajaan Negeri hari ini membuat keputusan, semua perkhidmatan kaunter melibatkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang ditutup sejak 2 Februari lepas, dibuka semula mulai esok.

Penutupannya sebelum ini susulan peningkatan mendadak dalam kes baharu wabak pandemik COVID-19 di negeri ini khususnya membabitkan kluster Tanah Putih dalam kalangan pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Pembukaan perkhidmatan kaunter perkhidmatan ini bagaimanapun, masih tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sepertimana berikut –

01) Tanggung jawab pelanggan

I) Pelanggan boleh memilih untuk hadir (walk–in) ke Pejabat-pejabat berkenaan atau membuat temujanji bagi mendapatkan tarikh dan masa sesuai untuk hadir.

II) Pelanggan wajib melepasi saringan suhu kurang 37.5° selsius.

III) Pelanggan wajib mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera.

IV) Pelanggan perlu membersihkan tangan menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitiser) sebelum dan selepas berurusan di kaunter.

V) Pelanggan membuat bayaran/melakukan urusan di kaunter, seterusnya beredar meninggalkan kaunter/Pejabat setelah selesai segala urusan.

VI) Pelanggan perlu memastikan pemakaian pelitup muka sepanjang tempoh berurusan di kaunter/Pejabat.

VII) Pelanggan tidak dibenarkan hadir ke kaunter/Pejabat sekiranya menunjukkan sebarang gejala/tanda sebagaimana gejala/tanda jangkitan COVID-19.

VIII) Pelanggan sentiasa mematuhi kewajipan penjarakan fizikal satu (1) meter.

IX) Pelanggan warga emas boleh hadir ke Pejabat bersama seorang (11) teman/pengiring bukan dalam kalangan warga emas untuk membantu dalam urusan di kaunter (warga emas tidak digalakkan ke kaunter sebaliknya teman/pengiring yang membantunya).

02) Tanggung jawab jabatan/agensi

I) Jabatan/agensi perlu memastikan petugas kaunter sentiasa memakai sarung tangan, pelitup muka dan pelindung muka (face shield) sepanjang masa.

II) Jabatan/agensi perlu menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitiser) di setiap kaunter serta pelitup muka bagi pelanggan yang tiada pelitup muka.

III) Jabatan/agensi perlu memastikan kaunter mempunyai tirai kaca (glass barrier) untuk mengelakkan jarak fizikal rapat dengan pihak pelanggan.

IV) Jabatan/agensi perlu memastikan hanya seorang (1) pelanggan dibenarkan berurusan di setiap kaunter pada satu–satu masa.

V) Jabatan/agensi perlu memastikan petugas dan pelanggan sentiasa mematuhi kewajipan penjarakan fizikal satu (1) meter sepanjang masa.

VI) Waktu pengoperasian kaunter bermula 8 pagi sehingga 8.00 malam dengan tiga (3) syif/penggiliran bertugas di kaunter (sebelum bermula setiap syif/penggiliran, perlu melaksanakan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit.

VII) Jabatan/agensi perlu memastikan tempoh bertugas setiap petugas kaunter ialah selama empat (4) jam di kaunter (dan selama enam (6) jam sehari di Pejabat).

VIII) Jabatan/agensi berhak tidak melayan mana-mana pelanggan yang tidak mematuhi SOP yang dinyatakan.

IX) SOP ini adalah terpakai kepada semua jabatan/agensi Kerajaan Negeri. Bagi jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan adalah turut digalakkan mengguna pakai SOP yang sama ini.

Adalah diharapkan dengan pembukaan semula perkhidmatan kaunter ini serta pematuhan kepada SOP yang ditetapkan, dapat memudah-carakan kembali pelanggan dalam kalangan rakyat-jelata untuk berurusan dengan jabatan/agensi Kerajaan berkenaan sambil memastikan keberkesanan usaha pembendungan penularan wabak pandemik COVID-19.



DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

10 Februari 2021



sumber : FB Wan Rosdy bin Wan Ismail


Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan.



Permohonan Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital Kerajaan Berpakar bagi Pesara Awam Persekutuan

Tuntutan adalah terhad kepada jarak perjalanan melebihi 25 km daripada rumah kediaman ke Hospital Kerajaan berpakar yang dirujuk oleh hospital/ klinik Kerajaan berhampiran rumah kediaman.

Tuntutan ini tidak termasuk tuntutan rawatan dialisis yang berjadual.

Dokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjalanan berkenaan untuk tujuan tuntutan bayaran balik :

1. Borang JPA.BP.UBAT.B04 (boleh didapati di pautan senarai borang laman web Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau klik sahaja di sini -


http://www.jpapencen.gov.my


2. Surat rujukan daripada Pakar Perubatan Kerajaan yang merujuk pesara Awam Persekutuan ke Hospital Kerajaan berpakar - contohnya surat rujukan daripada pakar perubatan Kerajaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh utk pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara;

3. Dokumen asal 'Slip Kehadiran' semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan berpakar;

4. Salinan Kad Pesara;

5. Salinan Kad Pengenalan Pesara;

6. Salinan Kad Pengenalan Pesakit (bagi tanggungan pesara Awam Persekutuan yang layak menerima rawatan percuma);

7. Resit asal tol, parking (jika memandu sendiri), resit tiket bas/ kereta api, kapal terbang (untuk pesakit yang menggunakan pengangkutan awam)

Untuk makluman lanjut boleh rujuk laman web

www.jpapencen.gov.my

Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Aras 2, SkyTech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor

No. tel: 03-8887 8777

Sekian, terima kasih.

Isnin, 8 Februari 2021

HMI Bersama Siti Nurhaliza 2000



Hiburan Minggu Ini (HMI) bersama Siti Nurhaliza pada tahun 2000.

kredit : ©2000 RTM Unit Radio TV Malaysia.

Komen

Zennerich inda Hauze
Mak saya cakap sesedap mana penyanyi2 lain menyanyi dizaman Siti...
Bila Siti Nurhaliza bernyanyi terus Xnampak dah Org lain...
Yg nmpak dan Terserlah hanyalah siti...
Masa tu mak memberi pandangan nya..
Dia xpandai menilai Vocal tapi telinga dia jujur menyatakan...

ujie zainal
YaAllah... Merdunya suara tok ti... 😍😍😍...siapa yg dgr mesti terhenti kejap kan... Penangan tok ti... Moga terus meminati tanpa ragu... 😍😍

Rumaizi Ahmad
Satu2nya penyanyi yang punya lebih dari 3 lagu yg sedap didengar dalam satu album..

Mustaqim Mustaqim
Wow..keren..suara siti nurhalizah is the best..bisa menyanyikan lagu2 art

Kelebihan Dato' Siti Nurhaliza.