Halaman

Jumaat, 23 April 2021

Petugas TNB Maut Ketika Bertugas.

 

LIPIS- Perasaan pilu menyelubungi hati seorang isteri yang kehilangan suami disaat menantikan kelahiran anak sulung tidak lebih dari sebulan lagi amat perit untuk ditelan.

Begitulah perasaan yang dialami oleh Nur Aina Asmawi, isteri kepada Mohd Tahhir Qalli Latif yang telah pergi menghadap Ilahi beberapa hari yang lepas akibat kemalangan ketika bekerja.

   "Allah lebih menyayangi arwah suami, dan saya tetap redha dengan ketentuan ini",

   "Namun saya akan cuba kuat demi menjaga waris arwah yang bakal lahir ini". Antara luahan rasa yang dikongsikan oleh balu.

Arwah Mohd Tahhir Qalli telah berkhidmat bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir 5 tahun dan telah ditempatkan di cawangan Lipis. Beliau telah terlibat dengan kemalangan ketika bekerja dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama kesan dari renjatan elektrik.

Hari ini Pengurus PERKESO Bentong, Ahmad Shazwan Bohari telah menziarah dan menyerahkan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2000 kepada waris yang turut dihadiri wakil daripada majikan pihak pengurusan TNB Wilayah Pahang dan Penghulu Mukim Gua.

Selain FPM, waris iaitu isteri  dan anak arwah yang bakal dilahirkan juga akan layak menerima Faedah Orang Tanggungan dalam bentuk bayaran pencen bulanan.

Takziah sekali lagi diucapkan kepada keluarga arwah dan diharapkan seluruh warga kerja diseluruh negara sentiasa meletakkan pengamalan tatacara keselamatan ketika bekerja sebagai yang utama agar tiada lagi tangisan orang tersayang pada hari mendatang. 23 April 2021.

Kredit FB PERKESO


Jumaat, 16 April 2021

Pengalaman berkerja sebagai Bodyguard.


RESPON : ISU BODYGUARD DIPUKUL SEBAB BERPUASA | BENDA BIASA | PENGALAMAN...
Pengalaman kerja sebagai Bodyguard dan tiada akta buruh yang melindungi mereka, ,menjadi masalah bila majikan dari luar negara tidak dapat memahami kebudayan dan sensitiviti agama pekerja Malaysia.



RESPON ISU BODYGUARD KENA PUKUL | AKU KENA KECAM? | PENDEDAHAN TUGAS BODYGUARD

.


Khamis, 15 April 2021

Program Mastering Digital Marketing & Skill & Photo & Video


Program Mastering Digital Marketing & Skill & Photo & Video

Centre Point Hotel Kuala Lipis 26 - 29 April 2021

Contact us at 019-2627623


Isi Borang Sekarang


Rabu, 14 April 2021

Tren terbaru KTM Kuala Lipis- Gua Musang


Tren terbaru DMU/KTM yang baru dirasmikan semalam oleh Menteri Pengangkutan. Masa perjalanan juga boleh dijimatkan dari Kuala Lipis-Gua Musang-Tumpat-Gua Musang-Kuala Lipis dan stesen-stesen perantaraan. 

1. Mempunyai tempat duduk dan ruang OKU untuk yang memerlukan.

2. Tempat duduk yang lebih selesa dan banyak pilihan.

3. Tandas automatik yang canggih dan lebih luas untuk kemudahan pelanggan.

4. Tempat simpanan barang yang lebih sistematik dan menyenangkan.

5. Power socket atau tempat mengecas telefon (sekarang dah tak payah risau bateri habis lagi kawan-kawan).

6. Cafe atau bistro menjual aneka makanan dan minuman.

7. Surau untuk solat (tiada alasan untuk tidak solat lagi lepas ni tuan puan). 

8. Tambang serendah RM5 sebulan untuk pelajar yang mengikut terma dan syarat ditetapkan...






Selasa, 13 April 2021

JPJ Mobile Pahang


Akan berada di Daerah Lipis

Tarikh : 14/4/2021 (Rabu)

Masa. : 10.00pg-2.00ptg

Tempat : Terminal Bas Bandar Baru Kuala Lipis

Tarikh : 15/4/2021(khamis)

Masa : 10.00 pg -2.00 ptg

Tempat: Hadapan Masjid Felda Sg Koyan .


Rebutlah peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan seperti:


1. Semakan Senarai Hitam

2. Pembayaran Saman

3. Pembaharuan lesen memandu

4. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan)

5. Semakan Lesen Memandu

6. Semakan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan)

7. Salinan Lesen Memandu

8. Permohonan Lesen PDL ke CDL

9. Pembaharuan Lesen LDL

10. Pembaharuan Lesen GDL/PSV

11. Pindaan Alamat

12. Pemeriksaa Percuma Motosikal LKM tamat tempoh lebih 3 tahun ( sila bawa motosikal dan geran)

13. Pendaftaran ID Awam Portal JPJ

Ahad, 11 April 2021

Zakat korporat hasil keuntungan ladang


Saya sampaikan zakat korporat hasil keuntungan ladang bernilai RM395,000.00, dan diagihkan kepada 1,295 orang asnaf seluruh Pahang dalam Perasmian Majlis Pekebun Kecil Makmur Risda hari ini di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis, Pahang.

Alhamdulillah kerajaan melalui KPLB menyalurkan sebanyak RM410.8 juta kepada RISDA bagi melaksanakan Program Kawasan Bertanam Getah, Program Peningkatan Produktiviti dan Pembangunan serta Program Pembangunan Hasil Baharu.

Bagi membantu pekebun kecil di Negeri Pahang sejumlah RM 3.14 juta disalurkan dalam bentuk komponen kawalan dan pencegahan penyakit untuk ladang – ladang pekebun kecil yang terkesan seluas 3,112 hektar.

Terima kasih RISDA atas penganjuran program pada hari ini, tahniah atas kelancaran majlis.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua warga RISDA terutama kepimpinan tertinggi, termasuklah Ketua Pengarah RISDA, Tuan Abdullah bin Zainal.

Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

desamall@Lipis


Alhamdulillah hari ini secara rasminya desamall@Lipis telah saya lancarkan. Pada peringkat awal saya berhasrat untuk mengadakan mini karnival dan menjemput semua usahawan IKS memeriahkan karnival, tetapi memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir, maka pelancaran desamall@Lipis terpaksa saya lakukan dalam skala yang kecil dan sederhana.

Besar harapan saya agar produk luar bandar ini mendapat sambutan dan sokongan sebaiknya dari semua pihak. Alhamdulillah setakat ini produk tempatan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, terutama oleh orang Lipis sendiri, yang sentiasa menyokong produk orang Lepih. Tahniah saya ucapkan.

Jadi hari ini saya ingin memberi cabaran kepada semua kampung khususnya dalam Parlimen Lipis supaya dapat wujudkan “1 produk 1 kampung”. Saya harapkan sekurangnya setiap kampung ada produk tersendiri yg boleh dipasarkan ke peringkat yg lebih tinggi kerana desamall juga mempunyai platform e-dagang yang mana ia akan dipasarkan ke pasaran global melalui shoppe, lazada dan sebagainya.

Saya juga ingin rakamkan setinggi penghargaan terima kasih kpd YB Menteri Dato’ Dr Latiff, KSU Dato’ Dr. Ahmad Jailani, TKSUD Dato’ Che Murad Sayang, seluruh warga EK, dan seluruh warga kerja KPLB yang terlibat.

InsyaAllah semoga semua usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Bersama kita doakan supaya produk luar bandar ini terus mendapat sambutan yang baik.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Salam Luar Bandar Sejahtera.

Kredit FB : Abdul Rahman Mohamad.

Khamis, 8 April 2021

Tengku Mahkota Pahang Tamat Kursus Asas Sniper.



KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PAHANG, TAMAT KURSUS ASAS SNIPER

MELAKA, 7 April 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan berangkat ke Majlis Penutup Kursus Asas Sniper (Siri Khas), di Lapangsasar 600 Meter, Kem Terendak, Melaka.

Keberangkatan tiba KDYMM Pemangku Raja Pahang telah disambut oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

KDYMM Pemangku Raja Pahang telah menghadiri Kursus Asas Sniper selama empat minggu bermula 15 Mac hingga 7 April 2021, bertempat di Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK), Kem Sungai Udang. Kursus ini terbahagi kepada tiga fasa meliputi kelas teori, latihan menembak di lapangsasar serta latihan dan ujian aplikasi medan.

Sempena Majlis Penutup Kursus ini, KDYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan untuk mempamerkan kemahiran Baginda dalam melepaskan tembakan tepat ke arah sasaran di pelbagai jarak.

Mengakhiri majlis, KDYMM Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk menerima persembahan Lencana Sniper dan Sijil Kursus dari Tan Sri PTD.

Tan Sri PTD dan seluruh warga TDM merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang kerana telah berjaya menamatkan Kursus tersebut dengan cemerlang serta turut menjunjung kasih kerana bercemar duli menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Asas Sniper.

Turut hadir adalah Asisten Ketua Staf Perisikan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Rezil bin Shahidin, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Nazari bin Abd Hadi, Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin bin Jambi serta penglibatan minima Pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia.

#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia

Borang Kajiselidik Masalah Bekalan Air Daerah Lipis.

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua warga Kuala Lipis, Pahang, penduduk, perusahaan, perniagaan, para perniaga yang berada di sekitar Daerah Kuala Lipis Pahang. Kami pelajar tahun akhir, Ijazah kejuruteraan awam UiTM Shah Alam, Selangor sedang menjalankan soal selidik mengenai “PEMASALAHAN BEKALAN AIR DI KUALA LIPIS PAHANG” untuk projek tahun akhir kami.

Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan anda untuk membantu kami menjawab soal selidik ini. Link saya sertakan di bawah: 

Klick Sekarang : Borang Kajiselidik

FB Nurul Faziatul Jannah

Kerjasama & jasa baik semua amatlah dihargai.

Terima kasih 


Rabu, 7 April 2021

Kursus Gunting Rambut Percuma.



JOM Sertai KURSUS GUNTING RAMBUT PERCUMA

Di Taja Sepenuhnya Oleh Kerajaan Malaysia.

Kursus Percuma

Kemasukan Pada Mei 2021( lepas Raya Aidil Fitri)

Kemudahan dan Faedah
  • Swab test covid percuma
  • Bas dari KL ke Resort
  • Makanan Dan Minuman Disediakan 6x sehari
  • Peralatan Gunting Disediakan
  • Tempat Penginapan Berhawa dingin
  • Latihan Dalam Dewan Berhawa Dingin
  • Sijil berharga dari RM6K-8K
  • Loan TEKUN 30K



  • Kerja Tetap Selepas Latihan
  • Gaji Minima RM1500 (26 hari)
  • Waktu Kerja 8Jam Sehari
  • Di bayar Komisen
  • Bayaran KWSP Dan Perkeso
  • Penempatan Di seluruh Malaysia
  • Selepas 2 Tahun Bekerja Pendapatan antara RM3,000 -RM5,000
  • Kursus di Nur Lembah Pangsun Eco Resort Hulu Langat Selangor selama sebulan percuma ditaja penuh oleh kerajaan
Syarat-Syarat
  • Seluruh Warganegara Malaysia Layak Memohon
  • Terbuka Kepada Lelaki Dan Wanita
  • Berumur 18 Hingga 55 Tahun
  • Penganggur Dan Yang Kehilangan Kerja Digalakkan Memohon
Cepat, Cepat… jangan lepaskan peluang ini…!!!

Berminat..? Sila hubungi

RO AMIN
01118982815



BOLEH SHARE PADA KAWAN YANG PERLUKAN KERJA..


SILA VIRALKAN

ECRL : Kembali Kepada Jajaran Asal


1. Alhamdulilah, Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur menyambut baik keputusan Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang telah mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) ke Jajaran Asal, sepertimana yang telah dicadangkan pada 2016-2017.

2. Jajaran asal Seksyen C ini, yang juga dikenali sebagai Jajaran Utara, akan membabitkan laluan ECRL dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah, yang mana akan memberikan lebih manfaat kepada rakyat Pahang berbanding pelan ECRL 2.0 sebelum ini.

3. Daripada jumlah keseluruhan 7 stesen ECRL yang dicadangkan, 2 stesen akan dibina di Temerloh dan Bentong. Ini akan meningkatkan mobiliti rakyat dan juga memperkasakan ekonomi penduduk setempat.

4. Kerajaan Negeri Pahang turut berpuashati dengan pelaksanaan cadangan jajaran asal ini kerana ia juga meninggalkan impak yang minima terhadap alam sekitar dan juga mengambil kira kesan terhadap golongan orang Asli, terutamanya di negeri Pahang Darul Makmur.

5. Kita menjangkakan peningkatan signifikan terhadap aktiviti ekonomi di Negeri Pahang dengan terhubungnya kawasan Pantai Timur dan Lembah Klang melalui projek ECRL ini.

6. Jelas perubahan ke pelan asal ini akan berupaya untuk membawa produk-produk yang dihasilkan oleh perusahaan di negeri ini ke negeri-negeri lain dengan lebih pantas.

7. Projek ECRL yang diilhamkan dan dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada 9 Ogos 2017 ini merupakan pencetus kepada revolusi pengangkutan awam di Malaysia.

8. Saya berharap, apabila siapnya projek ECRL ini, anak-anak negeri Pahang akan menggunakan manfaatnya sebaik mungkin.

Kredit FB : Wan Rosdy bin Wan Ismail




Isnin, 5 April 2021

Pendaftaran Vaksinasi Convid19 bagi Veteran ATM


BORANG PERMOHONAN VAKSINASI COVID-19 VETERAN ATM SECARA SUKARELA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan,

Program Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM memberi peluang kepada para Veteran ATM yang berusia 61 tahun dan ke atas untuk mandapatkan suntikan Vaksin COVID-19 melalui Program Pemberian Vaksin COVID-19 Fasa 2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pemberian vaksin tersebut akan dilaksanakan di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) bertempat di fasiliti kesihatan ATM. Penyertaan di dalam program ini adalah secara sukarela dan tanpa paksaan serta mengikut giliran yang ditentukan oleh pihak Kerajaan.

Tempoh permohonan penyertaan bermula pada 02 April hingga 30 April 2021. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM akan menghubungi para Veteran ATM yang telah terpilih dari semasa ke semasa setelah menerima pengesahan jadual pemberian vaksin.


Klick : Daftar Sekarang


Sekian.

Bahagian Dasar
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM,
Kementerian Pertahanan Malaysia
03-2050 8173 /03-26976600

Ahad, 4 April 2021

Pembaharuan Kad Jualan Getah


Makluman Berkaitan Pembaharuan PAT-G

Buat masa ini, tiada kaedah atas talian disediakan. Permohonan pembaharuan PAT-G perlu dibuat di pejabat LGM/JPS/LIGS berhampiran.

Permohonan pembaharuan PAT-G boleh dibuat dalam masa satu (1) tahun sebelum habis tempoh permit itu sehingga 31 Disember pada tahun tempoh sah permit itu.

Permohonan pembaharuan PAT-G perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Bagi tanah bergeran: sertakan salinan geran tanah yang terkini.
  • Bagi tanah tanpa geran: sertakan surat akuan sumpah atau dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi kerajaan berkaitan.
  • Bagi tanah tanpa geran melebihi 2 hektar: tambahan sertakan dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi kerajaan berkaitan.
  • Bagi tanah dibawah seliaan agensi yang masih belum memiliki geran tanah: sertakan dokumen sokongan/ pengesahan daripada agensi berkenaan.



Permohonan Pembaharuan PAT-G boleh ditolak jika:

  • Tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
  • Tidak mematuhi mana-mana syarat PAT-G;
  • Mengemukakan apa-apa pernyataan, maklumat atau dokumen yang didapati palsu, tanpa mengira sama ada pemegang PAT-G itu mengetahui atau mempercayai pernyataan, maklumat atau dokumen itu adalah palsu atau sebaliknya; atau
  • Pembaharuan PAT-G itu akan memudaratkan industri getah Malaysia.

Klick Sekarang : Semakan Kad PAT-G


Sabtu, 3 April 2021

Penganugerahan PJM Negeri Pahang



MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) PERINGKAT NEGERI PAHANG KEPADA VETERAN-VETERAN ATM

Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Pahang kepada Veteran-Veteran ATM bertempat di Swiss-Bel Hotel, Kuantan, Pahang.

Di dalam majlis tersebut, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 350 orang Veteran ATM. Majlis yang diadakan pada hari ini merupakan majlis penganugerahan yang pertama untuk tahun 2021 selepas penganugerahan terakhir diadakan di Sandakan, Sabah pada 25 September 2020 yang lepas.

Penganugerahan ini adalah satu manifestasi keprihatinan dan rasa tanggungjawab Kementerian di dalam menghargai perjuangan, pengorbanan dan jasa-jasa veteran-veteran ATM khususnya di seluruh negara amnya dan negeri Pahang khasnya. Sehingga hari ini, terdapat 28,971 warga Veteran ATM telah menerima PJM manakala untuk baki veteran yang layak dan belum lagi dianugerahkan akan dijadualkan penganugerahannya pada masa-masa akan datang.





Penganugerahan PJM telah dilaksanakan mulai 3 Mac 2004 yang merupakan satu pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan negara daripada ancaman pengganas komunis. PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau,

b. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau,

c. Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990. - 3 April 2021

kredit FB : JHEV ATM