Halaman

Isnin, 31 Mei 2021

PM Umum Bantuan PKP 3.0

 


PELBAGAI PAKEJ BANTUAN & RANGSANGAN EKONOMI by Nan Zul on Scribd

Ahad, 30 Mei 2021

Daftar OKU Negeri Pahang

 


DATA ORANG KURANG UPAYA(OKU)  BERDAFTAR DI  PAHANG 2021

Data ini  bagi tujuan peningkatan kualiti dan kemudahan kepada OKU berdaftar di Pahang.

Adakah anda?

1.  Telah mendaftar sebagai pemegang kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2008 hingga kini

2. OKU yang menetap di Pahang 

Sekiranya ya, 

Mohon kemaskini data di pautan berikut:


https://forms.gle/WDLAF78jEJjPBLyt8


kongsi  kepada rakan/ahli keluarga OKU  di Pahang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 

#JKMNPahang

Pagar Elektrik Gagal

 




6 SEBAB KENAPA PAGAR ELEKTRIK GAGAL

Check pagar elektrik anda sebelum babi hutan, lembu, monyet, kera dsbnya menceroboh.

https://pagarcyclone.com/.../6-kesalahan-menyebabkan.../

  • Ada wayar pagar bersentuhan dengan tanah
  • Ada kebocoran arus elektrik kerana wayar bersentuhan dengan benda lain contoh ranting pokok dll
  • Wayar hidup (+ve) terkena terus kepada tiang tanpa penebat
  • Wayar bumi ditanam ditempat tidak betul
  • Menyambung wayar hidup (+ve) kepada pagar duri dsb
  • Kapasiti Energiser tidak mencukupi; mengikut keluasan kebun atau jenis haiwan penceroboh

Tanya segera: -

wasap.my/+60133331801



Peralatan yang perlu ada untuk 'install' Pagar Elektrik 


Patriot Fence Energizer :   https://invol.co/cl58arh

Beli Panel Solar : https://invol.co/cl58aew

Beli Bateri Solar : https://invol.co/cl58ap4

30A 12V 24V Automatic Solar Charge Controller :   https://invol.co/cl58ayu

High Quality Polywire / Wayar Pagar Elektrik :   https://invol.co/cl58b1c

Tiang PVC dibeli di kedai 'hardware' 

Lain-lain keperluan

Alat test api Pagar Elektrik  :  https://invol.co/cl58b2m



Sabtu, 29 Mei 2021

COD... Pasar Mini Ria Sdn Bhd




Kepada para pelangan yang disayangi,dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Pasar Mini Ria Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan penghantaran barang.

  • Pesanan barangan boleh dibuat dari pukul 8AM-2PM(untuk delivery)& 8AM-4PM(self pick up)
  • Untuk membuat pesanan,sila hantar pesanan anda melalui whatapps shj   www.wasap.my/601112460569 (pesanan melalui panggilan telefon adalah tidak dibenarkan)

Sekian, Harap maklum.

#stayathomestaysafe
#pkp3.0

Pasar Mini Ria Sdn Bhd

Jumaat, 28 Mei 2021

Lipis Mesti Menang





Sehingga 26 Mei lalu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Negeri Pahang sudah mencecah 8,411 kes.

Varian terbaru virus Covid-19 ini dilihat makin cepat menular dan dah pun berada dalam komuniti kita. Dalam seminggu kebelakangan ini, jumlah kes baharu harian tidak kurang dari 4,000 kes sehari.

Begitu juga yang berlaku di negeri saya, negeri Pahang. Kes yang masih aktif di Pahang juga masih tinggi iaitu sekitar 1,591 kes dan jumlah kematian setakat hari yang sama sudah mencecah 52 orang.

Untuk makluman penduduk di Lipis, ingin saya berpesan dan kongsikan bahawa pada 26 Mei lalu, kawasan kita telah menjadi daerah kedua tertinggi mencatatkan kes baharu.

Walaupun kes aktif di Lipis sekitar 197 kes dan bukan yang tertinggi, namun saya masih merasa risau akan data ini sekiranya kita semua tidak jalankan peranan sepenuhnya dan mengambil mudah akan SOP serta kawalan kendiri.

Jadi marilah kita semua berpakat untuk amalkan #kawalankendiri masing-masing. Kita amalkan seruan kerajaan iaitu #kitajagakita agar virus tak nampak ini terus hilang di negara, negeri dan daerah kita khususnya.

Saya harap Lipis boleh dapatkan kembali status daerah ‘hijau’ dalam masa terdekat ini dan mendoakan agar kita semua dapat bersatu hati sehingga kita menang - Dato Seri Abdul Rahman Mohamad

Kredit FB: Abdul Rahman Mohamad

#Lipismestimenang
#DSARM
#lindungdirilindungsemua
#kitamestimenang
#darikampungkekampung
#JagajarakJagaSOP

Kopkaya Mart Kg. Relong

 

Kopkaya Mart 



Hari pertama pembukaan KoPkaya Mart (9hb Mei 2021)


Kopkaya Mart akan memenuhi keperluan harian anda.... insyallah telah dibuka hujung minggu ini di Dataran Tok Linggi, Kg Relong Kuala Lipis.
30% hasil keuntungan akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Al Ihsan Kuala Lipis (PKAYIA). Daftarlah sebagai Ahli.

Mari la be ramai2 kita sokong perniagaan ini...

Daftar Membership MG-Coop Mart

Boleh tebus emas bila cukup point



Kredit: FB Azhari Rose


Khamis, 27 Mei 2021

Semak permohonan Perkhidmatan TNB




Semak status permohonan melalui myTNB tanpa perlu keluar rumah

https://fb.watch/5La6cHqkmC/

Anda boleh membuat semakan status permohonan perkhidmatan TNB melalui Portal atau Aplikasi myTNB.

Antaranya:

  • Penukaran Tarif
  • Permulaan & Penghentian Bekalan Elektrik
  • Penukaran Penghuni
  • Permintaan Pencarian Alamat

Bbanyak lagi...!!!!!

Klik laman berikut untuk membuat semakan:



Isnin, 24 Mei 2021

PKPD 3 Mukim Dalam Daerah Lipis Pahang



PKPD 3 Mukim dalam daerah Lipis ditamatkan pada 082359H Jun 2021





Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi COVID-19 di 3 mukim dalam Daerah Lipis, Pahang iaitu:

  • Mukim Kuala Lipis
  • Mukim Penjom
  • Mukim Budu

Sehingga kini, Mukim Budu mencatatkan 51 kes positif, Mukim Kuala Lipis 24 dan Mukim Penjom 57 menjadikan keseluruhan kes dikesan daripada ketiga-tiga mukim ini adalah sebanyak 132 kes dalam tempoh 24 hari dari 1 Mei hingga 24 Mei 2021 daripada keseluruhan 938 yang disaring.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 3 Mukim Dalam Daerah Lipis, Pahang iaitu Mukim Kuala Lipis, Mukim Penjom dan Mukim Budu bermula dari 26 Mei 2021 hingga 8 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes-kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti lain.





SOP PKPD Mukim Budu Mukim Penjom Mukim Kuala Lipis, Pahang by Nan Zul on Scribd

Sabtu, 22 Mei 2021

Kedegilan penjawat awam di Kompaun RM 5000



LIPIS – Kedegilan seorang penjawat awam yang menanggalkan gelang merah jambu untuk keluar daripada rumah membawa padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 di Kampung Perlak, Padang Tengku, Lipis semalam.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 47 tahun yang memiliki kelulusan ijazah sarjana muda itu didapati melanggar arahan kuarantin dengan keluar daripada rumah untuk ke surau dan kebun.

“Hasil pemeriksaan pasukan pemantau di rumahnya mendapati lelaki berkenaan yang sepatutnya berada di rumah telah keluar dan pergi ke kebun serta surau dan polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000.

“Sepatutnya dalam tempoh kuarantin ini dia mesti berada di rumah dan sentiasa memakai gelang merah jambu seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan diarahkan mengikut sepenuhnya Seksyen 22 (b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan Seksyen 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 supaya menjalankan kuarantin di rumah serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pada itu, beliau berkata, seorang tukang gunting dan seorang penganggur dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah kedai gunting di Jalan Lipis-Benta.

“Kita akan terus membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis serta kediaman dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mengenakan kompaun terhadap individu yang masih ingkar mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan,”ujarnya.

Kredit  KOSMO


Khamis, 20 Mei 2021

Fahamkan Apa itu Vaksin…? dan Semak





Masih ramai yang tidak faham apa itu vaksin.

1. Vaksin bukan ubat penyembuh. Ia tidak boleh menyembuhkan pesakit covid19. Pesakit covid19 tidak akan sembuh dengan mengambil vaksin.

2. Vaksin bukan ubat kebal. Ia tidak boleh menghalang daripada jangkitan covid19. Penerima vaksin masih boleh dijangkiti virus covid19.

Habis kalau tak boleh menyembuhkan dan tak boleh mengelakkan jangkitan, untuk apa kita divaksin???

Jawapan kepada soalan ini telah diajar oleh guru sekolah anda dalam matapelajaran Sains Tingkatan 5 Bab 1 (Mikroorganisma dan Kesannya ke atas Hidupan) atau Biologi Tingkatan 5 Bab 1 (Pengangkutan - Keimunan dan Pengimunan (Immunity and Immunisation). Kesalahfahaman tidak sepatutnya timbul jika kita menumpukan perhatian sewaktu guru menyampaikan pelajaran dahulu.

Vaksin (vaccine) ialah ampaian bakteria (suspension of bacteria) atau virus (patogen) yang mati atau dilemahkan. Vaksin disuntik ke dalam badan untuk merangsang limfosit (lymphocytes) untuk menghasilkan antibodi tertentu bagi melawan patogen (antigen).

Tujuan penvaksinan adalah untuk membina imunisasi atau dalam bahasa melayunya daya tahan tubuh. Vaksin dimasukkan ke dalam tubuh untuk membolehkan antibodi dalam badan kita mengenali patogen atau virus. Dengan mengenali patogen atau virus, barulah antibodi badan kita dapat bertindak balas melawan virus tersebut.




40 staff KKM yang telah divaksin dijangkiti covid19? Imran Khan dijangkiti covid19? Apa jadi? Jadi jangan salah faham. Badan kita tetap masih boleh dimasuki virus covid19 walaupun setelah divaksin. Dah bagitau kan. Vaksin bukan ubat kebal. Tetapi antibodi badan orang yg telah divaksin akan terus mengenali virus covid19 sebagai patogen, dan melawan virus tersebut. Oleh itu virus akan gagal menambahbiak, merosakkan sistem, sel, dan organ tubuh. Virus akan akan mati dan dikumuhkan, dan peluang untuk virus untuk menjangkiti orang lain pula adalah rendah.

Berbanding dengan mereka yang tidak menerima vaksin. Virus yang masuk ke dalam badan tidak dikenali oleh antibodi tubuh, oleh itu virus bebas membiak, berparti dan merosakkan sel dan organ. Walaupun tidak bergejala, tubuh akan menjadi sarang dan pembawa virus, dan menjangkiti orang² lain di sekitar kita terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja.

Demam teruk dan kesan sampingan selepas divaksin? Benar! 3.48% penerima vaksin mengalami kesan sampingan ringan seperti demam, sakit kepala, keletihan, muntah, loya, sakit di sendi dan sengal-sengal di badan selepas divaksin. 0.02% mengalami kesan sampingan serius seperti bengkak dan sesak nafas. Kesan ringan adalah normal kerana tempoh penyesuaian yang berbeza untuk setiap orang. Manakala kesan serius atau simptom penolakan berlaku jika penerima mempunyai alahan terhadap vaksin tersebut.

Walaubagaimanapun kemudaratan jika tidak divaksin adalah lebih tinggi berbanding kesan sampingan vaksin. Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan sebenarnya adalah golongan yang bakal mengalami kesan yang paling buruk jika dijangkiti covid19! Jika vaksin samada mRNA atau partikel virus yang dilemahkan pun telah mengakibatkan kesan sampingan, Virus yang aktif dan bebas tanpa antibodi tubuh yang dapat mengenalpastinya bakal memberikan kesan yang lebih buruk lagi. Ingat bahawa virus Covid19 telah ada dan akan kekal berada dalam komuniti kita dalam tempoh yang panjang.

Harap penjelasan ringkas ini dapat menguraikan kekeliruan dan salah faham terhadap vaksin


Penerangan mengenai Vaksin  yang terbaik oleh Menteri Kesihatan Indonesia



Semak bila di Vaksin

Sapa nak check tarikh vaksin...masuk je no Ic anda

Semak tarikh vaksin dengan memasukan nombor KP dan No. Tel :






Isnin, 17 Mei 2021

2 Juta Belia dapat RM 150





                                                          
Berita baik untuk belia di negara ini apabila inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan di bawah Program eBelia.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), ia bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.

Katanya, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak di bawah Belanjawan 2021.

“Kerajaan telah menambah baik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menjadikan keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta.

“Dengan faedah tambahan ini, setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150, berbanding RM100 sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, MOF berkata, eBelia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif, dan jaringan lebih satu juta peniaga di dalam dan luar talian.

Tuntut dalam kredit e-tunai

Jelasnya, setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut.

“Ia akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk bayar balik, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen,” ujarnya.

Menurut MOF, inisiatif eBelia itu dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM 4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Tambahnya, data tersebut akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

“Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai.

“Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini,” katanya.

Selain itu, MOF menjelaskan, eBelia merupakan sebuah kerjasama Kementerian Kewangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jelasnya, sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web Belanjawan 2021/Program eBelia.

Dalam pada itu, Menteri Keewangan juga ada memuat naik perkara yang sama di laman Facebook milik beliau


Rabu, 12 Mei 2021

Dapatkan Telefon Percuma


 
JARINGAN PRIHATIN - Cara Dapatkan Telefon RM300 Percuma Di Semua Telco

Syarat :

1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat  iaitu Golongan B40.
2. Berkahwin dan mempunyai anak




JARINGAN PRIHATIN - Telco Paling Terbaik VS Telco Paling Tak Berbaboi

Selasa, 11 Mei 2021

Resepi Nasi Ulam

 .





Bulan puasa ni dulu dulu kalau tidak ada juadah nasi ulam memang semacam tak sah .

Paling paling tidak sekali atau dua , hidangan istimewa ini mesti ada disediakan untuk santapan ahli keluarga sewaktu berbuka puasa .Tapi biasalah , bukannya semua dari ahli keluarga akan sukakan menu istimewa ini walaupun menu ini adalah menu terbaik dan amat menyehatkan .

Bagaimanapun bagi saya sendiri , nasi ulam ini adalah diantara menu yang saya tunggu tunggukan semasa dizaman kanak kanak dahulu istimewanya diwaktu berbuka puasa .

Ada yang tidak berapa menyukai hidangan nasi ulam ini kerana rasanya yang agak pahit pahit sedikit .Maklumlah bukannya sejenis dua daun atau ulaman yang dicampurkan ,tetapi untuk mendapatkan kesedapan asli , resepi nasi ulam ini akan dicampurkan dengan lebih dari lima belas jenis ulam ulaman yang ada diantaranya agak sukar diperolehi .

Antara ulam-ulaman tersebut adalah daun selom, daun kaduk, daun selasih, daun kemangi, daun putat, pucuk gajus, daun bebuas , daun pegaga ,daun kesum , daun kunyit ,daun cekur ,bunga kantan ,daun limau purut ,daun mengkudu ,daun ulam raja ,daun sekentut ,daun goncar dan pucuk samak .

Ha ..berapa banyak ulam ulaman yang akan dicampurkan untuk menjadikan hidangan nasi ulam yang penuh syahdu ..tapi jangan risau , walaupun tanpa kesemua ulam ulaman seperti diatas tadi , nasi ulam akan masih terasa keenakannya dengan hanya lebih kurang tujuh atau lapan jenis ulam ulaman yang digunakan .

Tetapi pastikan ulam daun selom , daun kadok , daun putat , daun kesom , daun pegaga daun gajus daun limau purut dan bunga kantan ada didalam senarai resepi tersebut .

Untuk menaikkan aroma dan rasa, bahan-bahan lain seperti lengkuas, serai, kacang panjang dan kacang botol lazimnya  akan gunakan sekali. 

Selain dari itu , jangan lupa dicampurkan kerisik kerana aroma dan bau nasi ulam akan lebih ‘terangkat’. Ada juga yang menggunakan kelapa sangai bagi menggantikan kerisik, namun bergantung kepada resipi masing-masing .

Hasilnya, memang sedap dan tidak mengecewakan. Bak kata bijak pandai " Makan Sekali Akan Terlagi Lagi ".

Sayangnya Nasi Ulam ini kebiasaannya hanya akan mudah didapati didalam bulan Ramadan sahaja dimana ianya akan dijual dibazar bazar Ramadan .Manakala untuk bulan bulan lain nampaknya terpaksalah membuat sendiri hidangan ini jika kita teringin untuk merasai ke syahduan Nasi Ulam ini .

Jika bercerita tentang manfaat nasi ulam ini , ia sebenarnya sangat bagus untuk membantu membuang angin dalam badan dan melancarkan peredaran darah .

CARA PENYEDIAAN.

Bahan A .

Ulam ulaman .(di rincik halus/ mayang halus ) 

Bahan B.

7-8 batang serai .

7-8 ulas bawang merah .

5-6 tangkai cili merah .

5-6 tangkai cili kering .

1 sudu teh lada hitam.

1 ketul belacan (seeloknya dibakar sedikit).

3 cm lengkuas .

Kerisik secukupnya 

Garam secukup rasa .

Serbuk perasa (jika perlu).

Bahan B dirincik dan ditumbuk sehingga halus .Boleh juga digunakan pengisar , tetapi pastikan penggunaan air yang sedikit bagi mengelakkan bahan tadi menjadi berair .

Bahan Lain (untuk lebih tangkap leleh )

1 ekor ikan Tongkol - dibakar .

Ikan Tàlang masin ataupun boleh juga digunakan ikan pekasam .

1 butir telor masin .

CARA CARANYA.

bersihkan daun daun ulaman dan toskan kemudian hiris halus kesemua ulam ulaman itu.

bahan bahan B yang telah di tumbuk hingga lumat .

NOTE : bahan tumbuk ni boleh dimakan semasa dalam pantang bagi ibu ibu yang baru melahirkan,cuma tidak perlu dimasukkan belacan dan cili sahaja.

masukkan bahan bahan B yang ditumbuk tadi ke dalam nasi yang telah di sejukkan .

gaul hingga sebati .

kemudian masukkan pula daun daun ulaman yang telah dihiris tadi ke dalam nasi dan gaul hinggga sebati.

Ha ha dah siap pun ..kan mudah sahaja .

hidangkan nasi ni bersama telur masin ke, campur dengan ikan masin atau ikan pekasam ke,  daging bakar ke, atau pun curah ngan budu pun sodap gak nih...

Resepi ini merupakan salah satu resepi makanan yang paling sihat. Ia menggunakan ulam ulaman yang sangat sesuai terutamanya bagi mereka yang amat menggemari masakan kampung. Khususnya masakan utara, nasi ulam ini menggunakan bahan-bahan yang segar dan boleh didapati terutamanya  dipasar yang menjual sayur sayur kampung. 


Isnin, 10 Mei 2021

PKP seluruh negara mulai Rabu ini



Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun  2021 ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan trend kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.

Beliau berkata, susulan pelaksanaan itu larangan rentas daerah dan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

"Semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta juga tidak dibenarkan.

"Selain itu, sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.

"Semua aktiviti sukan dan rekreasi adalah dilarang kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya keputusan itu diambil selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh beliau hari ini.

Beliau berkata, semua institusi pendidikan juga ditutup namun pengecualian diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.

"Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga," katanya.

Sementara itu, beliau berkata bilangan individu dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu.

"Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

"Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Dine-in atau makan di restoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan. Penjualan makanan secara pandu lalu dan bungkus adalah dibenarkan," katanya.

Menurutnya, majikan diwajibkan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.

"BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa," katanya.

Muhyiddin berkata, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

"Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.

"Manakala 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

"Operasi Rumah Ibadat Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan.

"Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan diteruskan," katanya.

Muhyiddin berkata, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun ini seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei lalu.

"Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun ini. Sepanjang tempoh ini, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.

"SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh MKN," katanya.

Bantuan RM 500 PJM kepada balu Veteran ATM




PEMANJANGAN BAYARAN SECARA ONE-OFF KEPADA PASANGAN PENERIMA PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) BAGI PENERIMA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

10 MEI 2021 – Bagi menzahirkan penghargaan tinggi Kerajaan terhadap perjuangan warga ATM dalam membebaskan negara daripada ancaman pengganas komunis dan membuktikan keprihatinan Kerajaan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat termasuklah pasangan (balu/duda) penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang telah meninggal dunia, Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet pada 21 April 2021 bersetuju untuk memanjangkan pemberian sebanyak RM500 secara one-off kepada 5,460 orang balu/duda penerima PJM yang telah meninggal dunia dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.73 juta dengan syarat penerima PJM tersebut tidak pernah menerima bayaran PJM secara one-off sebelum ini.

Mekanisme pemanjangan pembayaran secara one-off kepada balu/duda penerima PJM yang telah meninggal dunia ini akan dibuat secara berperingkat sebagaimana pelaksanaan pembayaran secara one-off kepada 121,816 orang veteran penerima PJM yang masih hidup pada tahun 2020. Atas keprihatinan Kerajaan membantu balu/duda penerima PJM yang telah meninggal dunia ini membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri, bayaran peringkat pertama akan dibuat mulai pada 12 Mei 2021 dan dijangka selesai pada 30 Julai 2021.

Walau bagaimanapun bagi memastikan pemberian wang tunai secara one-off ini berjalan lancar, balu/duda penerima PJM yang telah meninggal dunia perlu memastikan akaun bank adalah berstatus aktif dan mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan pihak JHEV ATM menghubungi balu/duda untuk urusan pembayaran PJM secara one-off ini. Urusan pengemaskinian maklumat ini boleh dilaksanakan dengan menghubungi Call Centre JHEV ATM di talian 03-26976600 atau hadir ke Pejabat JHEV ATM yang terdekat selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021 untuk tindakan selanjutnya. JHEV ATM juga mengambil inisiatif menyediakan kemudahan semakan kelayakan dan kemaskini maklumat balu/duda bagi penerima PJM Veteran ATM tidak berpencen yang telah meninggal dunia secara atas talian di portal https://kemaskinipjm.jhev.gov.my mulai pada 24 Mei 2021.


MEJ JEN DATO’ DZULKARNAIN BIN AHMAD
KETUA PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

10 MEI 2021

Sabtu, 8 Mei 2021

Minyak Motor Percuma

 


Program Jom Isi Minyak Percuma bagi Motorsikal

Tarikh : 10 - 12 Mei 2021

Masa : 3 - 6  Petang

Tempat : Petron Sungai Koyan 2. Parlimen Cameron Highland.


Khamis, 6 Mei 2021

Central Spine Road (CSR) sepanjang 34km akan dibuka.



Laluan Raub ke Bentong, Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) sepanjang 34km dijangka akan dapat dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Pengguna yang nak ke Kelantan atau Raub atau Lipis akan masuk dari persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kemudian keluar di persimpangan Jalan Utama Mempaga (FT1498) dan masuk masuk balik ke Jalan Kuala Lumpur - Gua Musang (FT08) di Kampung Asap sebelum FELDA Lurah Bilut, tidak melalui bandar Bentong.

Pembukaan laluan sepanjang 34 kilometer (km) ini dijangka dapat memberi manfaat kepada pengguna jalan dengan mengurangkan masa perjalanan mereka.

Laluan CSR bagi laluan Raub ke Bentong ini sepanjang 54 km keseluruhan adalah merupakan sebahagian daripada enam pakej CSR yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan dan Simpang Pelangai, Kuala Lipis sepanjang 350km.

Kredit: FB Visit Kelantan

Kerjasama Antara Rakyat & Kerajaan Penting Bagi Membendung Penularan Covid-19

1.  Melihat perkembangan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, Kerajaan Negeri Pahang berkemungkinan terpaksa melaksanakan peraturan yang lebih ketat bagi membendung penularan wabak ini. 

2.  Dimaklumkan terdapat peningkatan kes sejak dua minggu yang lalu di zon merah, seperti Bentong, Kuantan, Temerloh dan Raub

3.  Pada tarikh 3 Mei 2021, jumlah kes jangkitan adalah sebanyak 354, namun pada 4 Mei 2021 di Daerah Kuantan sahaja jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 1,470 kes dengan 143 kes aktif yang datangnya dari 9 kluster berbeza. 

4.  Jumlah saringan yang belum dimuktamadkan adalah sebanyak 647 kes dengan 1,942 orang telah diarahkan untuk dikuarantin di rumah. 

5.  Majlis Keselamatan Negara pula telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru bagi mengekang penularan wabak yang semakin meruncing. 

6.  Bagi Mukim Gali dan Tras, Raub, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan akan dikenakan kerana kedua-dua kawasan ini menunjukkan peningkatan kes yang amat ketara. 

7.  Saya memahami pada ketika kita di ambang sambutan Aidilfitri, sudah tentu kita tidak mahu mana-mana perintah sekatan diadakan, namun begitu kita tidak boleh memandang remeh jumlah jangkitan wabak yang secara jelas sedang meningkat dengan drastik. 

8.  Saya menyeru agar anak-anak Pahang sekalian untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab untuk melindungi diri sendiri dan komuniti sekitar agar kadar jangkitan ini dapat diturunkan. 

9.  Kepada penduduk di Daerah Kuantan khususnya, saya amat berharap agar penularan wabak di daerah ini dapat diturunkan secepat mungkin. Kurangkan aktiviti dan acara yang melibatkan orang awam, elakkan sebarang perjalanan keluar masuk dari kawasan Kuantan, patuhi SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga jarak antara satu sama lain. 

10.  Jumlah pengunjung di bazar Ramadan & Aidilfitri juga perlu dikecilkan daripada kapasiti sebelum ini, bagi memastikan kaedah penjarakan sosial dapat dilaksanakan dengan efektif. 

11.  Saya merayu kepada semua anak-anak Pahang agar dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan sekaligus dapat menurunkan kadar jangkitan di negeri ini.

#kitajagakita

Kredit FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

Rabu, 5 Mei 2021

Pembongkaran Tanah Haram Pahang.



PEMBONGKARAN TANAH HARAM PAHANG 5 (AKHIR)

Kira-kira dua jam perjalanan 4X4 meredah hutan simpan tertiary yang sudah, sedang dan bakal ditanam dengan Musang King haram, kami akhirnya sampai ke tapak Projek Musang King haram Mr C yang dianggarkan seluas 1,000 ekar.

Benarlah seperti yang ditawarkan oleh Mr C kepada bakal pelaburnya... kawasan yang begitu cantik dengan pilihan bukit, lembah, sungai, jeram dan air terjun.

Walaupun menempuhi perjalanan yang memenatkan, saya lihat pelabur jutawan tua yang menyertai rombongan lawatan ini begitu teruja untuk segera memiliki lot tanah kebun haram masing-masing.

Mereka sanggup menawarkan harga tinggi bukan sahaja untuk membeli lot haram di kawasan tepi anak sungai yang berjeram, tetapi turut bersedia membayar ratusan ribu ringgit kepada kontraktor yang sanggup membangunkan ladang Musang King haram impian masing-masing.

Selepas menyemak kordinat lokasi GPS Gamin yang saya bawa bersama, barulah saya tahu kawasan berkenaan letaknya di Hutan Simpan belakang Janda Baik dalam Daerah Bentong.

Rupa-rupanya mereka sedang “mengepung” kawasan tanah Rizab Melayu Janda Baik yang tersepit dengan tanah haram halia dan sayur di Bukit Tinggi.

Dalam perjalanan pulang, saya bertanya kepada pasangan pelabur yang menumpang kenderaan saya, mengapa mereka tidak membeli sahaja tanah halal atau tanah bergeran memandangkan mereka kaya dan mampu membelinya.

Lagipun tanah haram banyak riisiko terutama dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri dan lokasinya pula sangat jauh ke dalam hutan.

"Ini tempat masih nature, cantik dan sejuk... kalau beli tanah yang ada geran semua sudah developed dan tidak nature lagi.

"Itu risk kita boleh kawtim la... Sana Raub semua dia orang buat macam ni sudah puluh-puluh tahun... mana dia orang (Kerajaan Negeri) ambik balik.... Sooner or later nanti mesti boleh dapat geran juga."

Selepas keluar dari lokasi tanah haram dan semua pelabur pulang, saya tanya Mr C:

"Banyak berani you ambik wang dan convince investors... Kalau nanti Kerajaan Negeri ambik balik ini kawasan macam mana? Dia orang mesti mau ambik balik dia orang punya investment?"

"Haiya boss.. You tak nampak dari mula kita masuk tadi semua pun tanah haram... Itu kebun getah, sawit dan Musang King... sudah lama keluar hasil... Mana ada kacau, semua sudah kawtim maa!"

"Lagi kalau sudah keluar hasil... Kita colect RM10,000 satu ekar, kalau satu ribu ekar sudah RM10 juta... Sini area ada berapa ribu ekar? Ini wang collection kita kasi sama Tuanku mesti boleh kawtim dapat geran maa!"

Apabila saya jawab:

"Baru punya Tuanku tak macam dulu punya Tuanku ada orang boleh guna nama itu Tuanku... Sekarang punya tak boleh... Saya banyak kenal sama ini baru punya Tuanku!"

Mr C terus terdiam dan saya cepat-cepat meminta diri untuk pulang kerana waktu itu sudah jam 4 petang dan saya belum lagi solat Zohor.

Selepas solat di Masjid Karak, airmata saya menitis dalam doa saya meminta supaya Allah hentikan segera segala bentuk penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa yang menyebabkan tanah airku daripada terus tergadai kepada bangsa lain.

Di manakah nanti anak cucu bangsaku boleh menumpang apabila semua tanah-tanah hutan Kerajaan Melayu ini habis dibolot oleh kaum pendatang?

Akhir kalam, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan terhadap pembongkaran ini sama ada dalam bentuk like, share dan menyalurkan maklumat tambahan.

Ini adalah usaha kita bersama demi menyelamatkan khazanah Negeri Tanah Melayu yang sepatutnya diwariskan kepada anak cucu kita di kemudian hari tetapi telah disamun oleh kaum pendatang dengan dibantu oleh penguasa Melayu!!!

Mari kita terus bersama berjuang menghentikan pengkhianatan kepada bangsa kita ini.

CC:KHAIDIR AHMAD
(Wartawan Tua)