Halaman

Isnin, 31 Julai 2023

Ustaz Roslan bin Harun : Al-Fatihah

 


Tanggal 30 Julai 2023 bersamaan12 Muharam 1445 PAS Cawangan Permatang Seberang Jelai telah kehilangan seorang dari keluarga kampung yang tidak ternilai jasanya membimbing penduduk kampung dibidang ilmu dan hukum hukum Islam juga dibidang politik.

Almarhum menghembuskan nafas kira kira jam 6.30 petang dirumahnya di Kampung Lubuk Kulit. Allahyarham telah mengalami masalah paru paru sudah belarutan begitu lama.

Allahyarham dipilih menjadi Ketua Cawangan hampir 25 tahun dan mengundurkan diri untuk diserah tugas kepada tenaga muda Al Fadhil Ustaz Ahmad Fadzli.

Allahyarham telah pilih menerajui PAS Kawasan Lipis sebagai YDP. Pernah diCalonkan bertanding dalam pilihanraya di DUN N 03 Padang Tengku.

Pemergiannya satu kerugian besar bagi penduduk Seberang Jelai juga PAS Kawasan Lipis.
Semoga Almarhum menjadi kenangan abadi dan mendapat anugerah dari Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba hamba Allah yang sentiasa dimuliakan. Aamiin YRA.

Kredit FB Samsudin Idris

Rabu, 26 Julai 2023

Pusat Perniagaan Barry Lipis

Perniagaan Barry 

Watsons

Watsons

Watsons Pusat Perniagaan Barry.Mula beroperasi hari ini 26 Julai 2023. Waktu Operasi 10 pagi hingga 10 malam. Jom meriahkan opening Watsons baru!



Di Buka Family Mart Pusat Perniagaan Berry beroperasi 24 July 2023 dari jam 7am-12am .. 

Isnin, 24 Julai 2023

YB Datuk Seri Salahuddin Ayub : Al Fatihah



Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Datuk Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup diatas pemergian Allahyarham 
pada jam 9.23 malam tadi.

Allahyarham pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia suatu ketika dahulu.
Semoga Allah memberikan keampunan kepada Allahyarham atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan dan menempatkan Allahyarham bersama orang-orang soleh.


 

Khamis, 20 Julai 2023

Program 'Semarak' di Sik Kedah.

 

Program SEMARAK di Sik

Program Semarak telah dilancarkan pada era Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987. Semarak bermaksud 'Setia Bersama Rakyat'. 

Semarak digerakkan oleh Dato' Mohamed Rahmat selaku Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO. Tun Dr Mahathir Mohamad pusing keliling Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan semangat cintakan negara. Antara lain , Dr Firdaus Abdullah dan Fuzi Hadi akan membacakan sajak-sajak tentang patriotisme dan perjuangan Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak.

Masalah politik ketika itu ialah Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang 'mewajibkan' Yang di-Pertuan Agong menandatangani apa-apa keputusan Dewan Rakyat. Ia ada kaitan dengan politik UMNO dan pemecatan Tun Salleh Abas.

Beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO dari tahun 1988 hingga 1996. Dr. Mahathir Mohamad melantik beliau selepas UMNO diharamkan pada 1988. Ketika ini Dato Mohamed telah memulihkan semula nama UMNO Baru dan kepimpinan Dr Mahathir melalui program Setia. 

Program ini dilancarkan selepas kejayaan program Semarak yang lalu. Setiap rakyat mestilah setia kepada kerajaan dan pemerintahan negara. Secara tidak langsung setia kepada Barisan Nasional dan UMNO. Program ini telah dilancarkan di Angkasapuri,Kuala Lumpur.


Isnin, 17 Julai 2023

FAQ - Keputusan Mahkamah Persekutuan Terhadap Pesara

 


FAQ

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN YANG TELAH
MEMUTUSKAN SEKSYEN 3 DAN 7 AKTA
PENYELARASAN PENCEN (PINDAAN) 2013 [AKTA
A1447] ADALAH BERTENTANGAN DENGAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


1. Apakah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap pesara?

Bayaran pencen kepada semua pesara perlu dikembalikan kepada amaun pencen asal iaitu:
(a) pegawai awam yang bersara sebelum 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012; dan
(b) pegawai awam yang bersara mulai 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara
 
2. Adakah pesara perlu membuat pembayaran semula kenaikan pencen dua peratus (2%) yang telah diberikan mulai tahun 2013?

Tidak perlu. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kerajaan tidak boleh mengutip balik penyelarasan pencen tahunan sebanyak 2% yang telah dibayar sebelum ini






3. Apa yang dimaksudkan dengan bantuan khas sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP)?
 
PKKP adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara. PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa. Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada bulan Disember 2012 ialah sebanyak RM1,413.49, manakala amaun pencen bulan Jun 2023 ialah sebanyak RM1,757.43, pengiraan PKKP adalah seperti berikut:
Amaun pencen asal + bantuan khas PKKP = amaun semasa = RM1,413.49 + RM343.94 = RM1,757.43

4. Sehingga bila PKKP dibayar kepada pesara?

Bayaran akan dibuat bermula pada bulan Julai 2023 hingga Disember 2023.
 
5. Adakah pesara terus menerima PKKP pada Januari 2024?

Tidak, walau bagaimanapun, perkara ini akan dikaji bersekali dengan cadangan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

6. Bilakah penyelarasan pencen bagi pesara pesara akan dibuat?

Penyelarasan pencen akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam.

7. Adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam dalam masa yang terdekat ini?
 
Kerajaan sedang dalam tindakan menyediakan cadangan semakan semula gaji pegawai Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, sebarang pertimbangan terhadap syor semakan gaji adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan Negara.


Pengarah JHEV.

Isnin, 10 Julai 2023

Puteri Merapoh pencabar baru Durian


Lebih sedap, pencabar kepada Black Thorn

LIPIS – Black Thorn yang dianggap sebagai buah durian paling dicari rakyat Malaysia kini mempunyai pencabar baharu dan turut mendapat permintaan luar biasa daripada orang ramai.

Dikenali sebagai Puteri Merapoh, durian keluaran Lipis itu diakui keenakannya dalam kala­ngan peminat raja buah di negara ini sehingga ada yang membuat tempahan sejak dua tahun lalu.

Menariknya, hanya terdapat sebatang pokok Puteri Merapoh yang kini mengeluarkan hasil sehingga buahnya menjadi rebutan.



Pekebun durian Lut Yusuf, 41, berkata, disebabkan permintaan yang amat tinggi, mereka hanya mengehadkan jualan maksimum dua biji untuk seorang.

“Pada masa ini hanya ada satu pokok induk berusia 40 tahun yang berbuah kira-kira 150 biji. Sekarang ini siapa yang hendak makan kena tempah terlebih dahulu dan ada senarai tempahan telah dibuat sejak dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Rusa Merapoh di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pada masa ini buah durian berkenaan dijual pada harga RM35 sekilogram, sesuai dengan kualiti dan rasanya.

Katanya, dengan warna kulit hijau dan berat purata lebih sekilo­gram sebiji, Puteri Merapoh sememangnya kelihatan menarik dengan isi berwarna oren.

“Rasa buah ini ada manis, pahit dan aroma yang sangat wangi membuatkan Puteri Merapoh menjadi rebutan orang ramai khususnya penggemar durian dari seluruh negara.

“Sebenarnya isinya yang berwarna oren cukup menarik de­ngan kedut, tekstur yang agak lembut seperti sedang memakan aiskrim,” katanya.

Katanya, pada masa ini usaha membiakkan baka durian ini giat dilakukan dan dia telah membuat cantuman serta telah menanam kira-kira 20 pokok durian di kebunnya.

Seorang peraih dan penggemar durian, Ahmad Mustapha, 45, pula berkata, keenakan rasa durian Puteri Merapoh sememangnya terbaik dan mampu memberi kepuasan kepada penggemar raja buah.

“Bagi saya kalau makan Black Thorn kemudian makan Pu­teri Merapoh, hilang rasa Black Thorn kerana Puteri Merapoh mempunyai rasa yang amat sedap dan sempurna rasanya iaitu manis, pahit, lemak dan aroma yang wangi,” katanya.

Ahad, 9 Julai 2023

Kos Operasi Kebun Sawit



Kos operasi ladang sawit 10 ekar tanam sendiri tanah FELDA
Saya kongsikan kira-kira kos operasi dan hasil sawit bagi tahun 2022 disertakan dengan gambar resit hantaran buah ke kilang FGV :
Umur Pokok : 21 Tahun
Keluasan : 4.00639 Hektar (9.9 Ekar)
Bilangan Pokok : 575 Pokok
Jumlah Hasil Jan - Disember 2022 = 73.12 Tan
  • Upah Tuai : RM70/Tan X 73.12 Tan = RM5,118.40
  • Angkut : RM45/Tan X 73.12 Tan = RM3,290.40
  • Kos Baja : RM140 X 40 Beg X 3 Kali Setahun = RM16,800
  • Upah Membaja : RM6/Beg X 120 Beg = RM720
  • Prunning : 1 Kali Setahun = RM1,500
  • Racun : RM1200 X 2 Kali = RM2,400
  • Jumlah Kos Operasi Ladang = RM29,828.80
  • Kos Operasi Pertan : RM29,828.80 ÷ 73.12 = RM407.94
  • Peratusan Kos Operasi Berbanding Hasil = 25.19%
  • Hasil Perhektar Setahun = 18.28 Tan/Hektar
  • Purata Pendapatan Bersih Sebulan : RM7,000
Kos urus secara individu memang tinggi kerana bayaran upah dan pembelian baja dengan harga runcit. Yang penting keluasan dengan 10 ekar, ianya memang mampu memberikan pendapatan yang baik.

Kredit FB : Generasi ke- 2


Jumaat, 7 Julai 2023

TNB Pasang Sistem Solar Dengan Pelan Ansuran Mudah



Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd menawarkan pakej pemasangan solar mampu milik dan mudah akses untuk pelanggan kediaman.

Tawaran solar atas bumbung tanpa wang pendahuluan itu disediakan untuk pelanggan kediaman yang mahukan penjimatan jangka panjang bil elektrik mereka.

TNB dalam kenyataan berkata, bagi meningkatkan kemampuan pelanggan memiliki pakej solarnya, GSPARX telah bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan yang fleksibel.

Ansuran Mudah

Ia meliputi pelan ansuran 36 bulan tanpa faedah melalui kad kredit atau pinjaman kewangan dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Melalui pilihan pembiayaan itu, GSPARX memudahkan pelanggan berubah menjadi prosumer untuk menikmati manfaat ekonomi dan pada masa sama mengawal penggunaan tenaga mereka sendiri.





Menerusi peranan sebagai prosumer, pelanggan dapat mengambil langkah proaktif untuk menangani kesan daripada sebarang kenaikan kos elektrik masing-masing.

Pendekatan berwawasan TNB dan tawaran inovatif GSPARX ini membolehkan pelanggan memulakan hala tuju ke arah gaya hidup lestari, berhemat dan lebih mesra alam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, pakej kepada 150 pelanggan terawal diperkenalkan dengan penjimatan sehingga RM4,999 untuk pemasangan solar photovoltaic (PV) atas bumbung, bermula sekarang hingga 31 Julai 2023.

"Semua pakej baharu ini merangkumi penyelenggaraan percuma sistem solar untuk dua tahun dan insurans solar percuma selama setahun.

"Pemilik rumah yang ingin memaksimumkan penjimatan boleh mengambil tawaran terhad yang menarik ini sekali gus memperkasakan mereka untuk mengamalkan gaya hidup lebih lestari," katanya.

Alamat: GSPARX Sdn Bhd, Annexe Building, 129, Jalan Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 1-300-80-7828

Laman Web TNB Solar

Pemasangan Solar Area Lipis.

SOLAR NEM 3.0 Rakyat

Mulakan jimat ribuan ringgit elektrik hari ini. Digalak bila bil terlalu tinggi.


Melalui Bank Rakyat. Keterangan lanjut https://mysolar.wasap.my






Khamis, 6 Julai 2023

Punca kejatuhan Harga Getah

Harga getah tahun 1996 RM 2.14 sumber Majalah Peneroka

Harga getah hari ini tahun 2023 RM 2.50.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kejatuhan harga getah. Berikut adalah beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi perubahan harga getah:

Permintaan dan Penawaran: Permintaan dan penawaran global adalah faktor utama yang mempengaruhi harga getah. Jika permintaan global menurun atau bekalan meningkat dengan ketara, harga getah cenderung jatuh. Permintaan yang lemah daripada industri getah, seperti industri tayar atau industri getah asli, boleh mengakibatkan harga yang lebih rendah.

Perubahan dalam Pertumbuhan Ekonomi: Pertumbuhan ekonomi global menjejaskan permintaan untuk getah. Apabila pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan di negara-negara utama, permintaan susu getah daripada industri pembuatan juga mungkin berkurangan, memberi tekanan kepada harga.

Pertukaran Kadar Mata Wang: Turun naik dalam kadar pertukaran mata wang juga boleh menjejaskan harga gula-gula getah {chewing gum). Jika mata wang negara pengeluar getah itu lemah berbanding mata wang negara pembeli utama, ini boleh meningkatkan daya saing getah dan menggalakkan peningkatan eksport, yang seterusnya boleh mengurangkan harga.

Cuaca dan Faktor Bermusim: Pengeluaran Getah bergantung pada cuaca dan faktor bermusim. Jika cuaca buruk atau perubahan bermusim menjejaskan pengeluaran lateks secara negatif, bekalan mungkin berkurangan dan menyebabkan kenaikan harga. Sebaliknya, peningkatan pengeluaran akibat cuaca baik boleh menenggelamkan pasaran dan menekan harga.

Teknologi dan Inovasi: Perkembangan teknologi dan inovasi dalam industri getah boleh menjejaskan pengeluaran dan kecekapan. Penambahbaikan dalam teknologi pemprosesan lateks atau pembangunan jenis lateks yang lebih cekap boleh meningkatkan pengeluaran, yang seterusnya boleh menjejaskan harga.

Dasar Kerajaan: Dasar kerajaan yang berkaitan dengan perdagangan, subsidi atau peraturan boleh menjejaskan harga lateks. Sebagai contoh, pengurangan tarif ke atas import lateks atau program subsidi untuk petani lateks boleh meningkatkan bekalan dan menekan harga.

Harus diingat bahawa faktor-faktor ini saling berkaitan dan kompleks, dan harga getah juga boleh dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak disebutkan di atas. Perubahan harga getah adalah hasil interaksi antara pelbagai faktor pasaran yang terus berubah dari semasa ke semasa.




 

Rabu, 5 Julai 2023

Pekebun Musang King Menang Kes


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) untuk membatalkan prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh dua kumpulan pekebun durian musang king di Raub disifatkan kemenangan penting buat mereka.

Dalam keputusan tersebut, mahkamah juga telah memerintahkan responden ke-6 iaitu RPDR-PKPP membayar kedua-dua kumpulan pekebun RM10,000 setiap kumpulan iaitu secara keseluruhan RM20,000 sebagai kos mahkamah.

Penasihat Save Musang King Alliance (Samka), Chow Yu Hui berkata, walaupun pekebun terbabit telah menghadapi banyak halangan semasa perjuangan semakan kehakiman, keputusan tersebut dapat menanamkan keyakinan dalam menghadapi cabaran lebih besar selepas ini.

Menurutnya, ia menandakan bahawa pertempuran undang-undang yang dimulakan oleh pekebun terbabit sejak tiga tahun lalu akan berterusan ketika mereka mencari keadilan.

"Kes ini dibicarakan melalui prosiding dalam talian, dan berikutan pemecatan itu, perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 5 Januari 2021, kekal berkuat kuasa.

"Dalam erti kata lain, sebelum kes selesai, agensi penguatkuasaan undang-undang dilarang mengambil tindakan terhadap pihak yang berperkara, membenarkan pekebun meneruskan aktiviti penanaman di kebun durian," kata beliau dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub memberitahu, permohonan oleh responden ke-6 adalah remeh dengan alasan yang dikemukakan oleh syarikat itu dalam permohonan mereka tidak berasas sama sekali.

Jelas Yu Hui, syarikat terbabit menuduh peguam pekebun menjalankan saman undang-undang tanpa kebenaran yang sewajarnya, menimbulkan keraguan terhadap integriti dan profesionalisme mereka. - Sumber Sinar Harian oleh ROSILAWATI ROSEDI


 

Selasa, 4 Julai 2023

Cara Mudah Kesan Tanah Lot Guna Aplikasi MyLot

Apakah ia Aplikasi MyLot ?


Tanah lot merupakan tanah yang dibahagikan kepada plot-plot kecil yang terdiri daripada Tanah Rizab Melayu sama ada pegangan bebas atau pegangan sementara yang dimiliki oleh penduduk di negara ini.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui pemilik tanah sebelum memulakan sesuatu pembinaan di kawasan itu terutamanya yang berkongsi tanah lot bersama orang asing.

Kadang-kadang ramai yang keliru dengan keluasan tanah yang dimiliki kerana tidak tahu ukuran yang tepat disebabkan tidak dapat melihat secara menyeluruh.

Dalam perkongsian video, dia menunjukkan cara tersebut menggunakan aplikasi MyLot yang dibangunkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM).

Perkara ini memudahkan orang ramai untuk melihat keluasan tanah sebelum mendirikan sesebuah bangunan atau rumah di kawasan itu.

Ikuti cara mudah di bawah ini.

Cara kesan tanah lot guna MyLot

Yang pertama sekali adalah untuk mengetahui nombor lot tanah. Pemilik boleh melihat kepada geran mukim untuk dapatkan maklumat berkaitan nombor tersebut.

Cari No Lot pada Geran Tanah


Selepas itu, buka aplikasi MyLot untuk mengisi semua maklumat supaya mengetahui kelebaran tanah.


Kemudian, pilih penetapan negeri tanah tersebut sebelum memasukkan maklumat yang lebih terperinci.


Aplikasi itu akan mengecilkan gambaran dan hanya menunjukkan negeri tanah lot itu sahaja.

Tekan carian dan masukkan maklumat di bahagian Lot iaitu nombor lot, negeri, daerah dan mukim.

Langkah seterusnya adalah menekan butang carian dan peta akan menunjukkan kedudukan tanah lot tersebut.

Tekan di bahagian tanah itu untuk mendapatkan maklumat.



Sekiranya ingin melihat dengan lebih realistik, aplikasi itu juga memaparkan gambaran nyata yang boleh dilihat dengan persekitaran rumah, pokok dan sebagainya.

Pilih tetapan peta asas dan kemudian tekan Google Satellite.

Kredit :  Arif Syazwan


Isnin, 3 Julai 2023

Tinggal di Kampung Selepas Bersara


“Katanya rumah di kampung lebih tenang…”

Mereka dah duduk bandar dan kerja sejak usia 20an. Dah biasa suasana hiruk pikuk di bandar
Tiba-tiba duduk kampung sunyi sepi. Kemudahan semua jauh. Anak-anak jauh. 'Line internet slow'.

Kelas agama kat bandar lagi banyak. Ramai ustaz-ustaz duduk bandar. Masjid lebih aktif.
Bila dah duduk 10-20 tahun, kawan baik dah ramai. Jiran semua dah kenal. Kat kampung, mereka jadi orang asing walau dulu membesar di kampung tu.

Dulu mak ayah masih ada. Sekarang, takde siapa lagi kat kampung. Adik beradik majoriti duduk bandar. Saudara semuanya jauh,.

“Namun, realitinya tak semua indah seperti diharapkan…”



Buat rumah di kampung

Tinggal di kampung selepas bersara boleh menjadi pilihan yang menarik bagi semua orang. Kampung sering menawarkan suasana yang tenang, kehidupan yang lebih sederhana, dan hubungan sosial yang erat dengan masyarakat sekeliling. Di kampung, anda boleh menikmati suasana semulajadi yang indah, udara segar dan persekitaran yang lebih mesra.

Selepas bersara, ramai orang memilih untuk tinggal di kampung untuk melarikan diri dari kehidupan bandar yang sibuk dan tertekan. Mereka ingin menikmati masa lapang mereka melakukan perkara yang menyeronokkan seperti bertani, berkebun, memancing atau berjalan di sekitar kampung berhampiran.

Selain itu, kos sara hidup di kampung selalunya lebih rendah berbanding di bandar. Ini boleh membantu anda menguruskan kewangan persaraan anda dengan lebih baik dan memberi anda kebebasan kewangan untuk menikmati kehidupan tanpa terlalu banyak tekanan kewangan.

Selain itu, tinggal di kampung juga membolehkan anda mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Dengan udara yang lebih bersih dan persekitaran yang lebih hijau, anda boleh menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Anda juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan budaya di kampung, seperti acara komuniti, gotong royong, merapat diri dengan aktiviti agama seperti solat berjamaah.

Cabaran

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa tinggal di kampung juga mempunyai cabaran tertentu. Sebagai contoh, akses kepada kemudahan kesihatan mungkin lebih terhad berbanding di kawasan bandar. Selain itu, rangkaian dan infrastruktur pengangkutan mungkin tidak sebaik di kawasan bandar, memerlukan perancangan rapi dari segi keperluan harian dan mobiliti.

Jadi, jika anda mempertimbangkan untuk tinggal di kampung selepas bersara, adalah penting untuk melakukan penyelidikan dan persediaan yang betul. Pertimbangkan faktor seperti lokasi, kemudahan yang tersedia, sokongan sosial dan gaya hidup yang sesuai dengan keperluan anda. Dengan perancangan yang betul, tinggal di kampung selepas bersara boleh menjadi fasa kehidupan yang menyeronokkan dan memuaskan

Ada pesara yang nak cuba bertani dan ternak binatang. Tapi tak menjadi dan rugi. Sebab tak ada pengalaman. Bukan mudah untuk berkebun yang mempunyai banyak musuh tanaman seperti monyet dan baja yang semangkin mahal. Bukan mudah menternak binatang atau perikanan air tawar yang makanan ternak/ikan yang mahal sekarang.

Kebanyakan yang berasal dari kampung dan duduk bandar majoriti ada cita-cita nak kembali ke tinggal kampung. Selamat mencuba di alam baru, moga bergembira hingga akhir penghidupan.




Sabtu, 1 Julai 2023

Menanam durian bersekala besar.

 


Penanaman durian secara besar-besaran melibatkan beberapa langkah yang perlu difikirkan dengan teliti. Berikut ialah beberapa cara yang boleh anda ikuti:

Pemilihan Lokasi yang Tepat:
Pilih lokasi yang sesuai untuk menanam durian. Durian memerlukan cahaya matahari yang mencukupi, tanah yang subur, dan saliran yang baik. Pastikan lokasi mempunyai akses air yang mencukupi dan tidak bertakung.

Penyediaan Tanah:
Sediakan tanah dengan baik sebelum menanam durian. Pastikan tanah mempunyai pH yang betul (4.5-7.0) dan tekstur yang baik untuk menyediakan nutrien yang mencukupi. Lakukan analisis tanah untuk menentukan keperluan baja yang diperlukan.


Pilihan Varieti Durian:
Pilih varieti durian yang sesuai dengan iklim dan tanah di kawasan anda. Terdapat banyak jenis durian yang mempunyai ciri yang berbeza dari segi rasa, tekstur dan produktiviti. Berunding dengan pakar pertanian tempatan atau institut pertanian tempatan untuk memilih varieti yang paling sesuai.

Menanam Benih Durian:
Sediakan benih durian yang berkualiti tinggi. Anda boleh membeli benih daripada penjual yang dipercayai atau menyediakan benih anda sendiri melalui keratan cantuman atau benih. Pastikan benih durian mempunyai sistem akar yang baik sebelum menanamnya. Buat lubang penanaman cukup besar untuk menyediakan ruang yang cukup untuk akar durian tumbuh.

Penjagaan Tumbuhan:
Jagalah tanaman durian dengan baik. Baja secara tetap mengikut cadangan analisis tanah. Pastikan pokok mendapat air yang mencukupi terutamanya pada musim kemarau. Pangkas untuk mengekalkan bentuk pokok dan buang dahan yang tidak diperlukan.

Kawalan Perosak dan Penyakit:

Beri perhatian kepada serangan perosak dan penyakit pada pokok durian. Gunakan langkah kawalan perosak dan penyakit yang sesuai, seperti menggunakan racun perosak organik atau kaedah biologi. Adalah penting untuk memantau tumbuh-tumbuhan dengan kerap dan mengambil tindakan segera pada sebarang tanda serangan perosak atau penyakit.

Tuai dan Selepas Tuai:
Pantau kematangan buah durian dengan kerap. Tuai durian apabila buah telah masak sepenuhnya. Selepas menuai, pemprosesan selepas tuai dijalankan dengan berhati-hati, termasuk membersihkan buah, mengasingkan benih, dan menyimpannya dengan betul untuk memastikan ia segar dan berkualiti.

Pemasaran dan Pengedaran:
Sediakan pelan pemasaran dan pengedaran untuk durian anda. Cari bakal pembeli seperti pasar tempatan, peruncit atau peraih. Pastikan anda mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan untuk mengangkut dan menyimpan durian dengan betul supaya ia kekal segar sehingga sampai kepada pengguna.

Sentiasa ingat bahawa penanaman durian secara besar-besaran bukannya mudah memerlukan modal , minat dan usaha yang berterusan

Buku Tanaman Durian di Pasaran.