Halaman

Khamis, 29 Disember 2022

Skim Makmur Ternak.2023

 


MAKLUMAN HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PROGRAM SKIM MAKMUR TERNAK NEGERI PAHANG TAHUN 2023        

Skim Makmur Ternak mempunyai dua insentif, Geran Pemadanan untuk bekalan induk/baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan dan Geran Penuh bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).  

Mohon kerjasama pihak tuan/puan bagi mewar-warkan kepada penternak yang berpotensi di bawah pemantauan tuan/puan bagi membuat permohonan sekiranya berminat dengan mengisi borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 di muat turun di 

Muat Turun

Permohonan ini di buka bermula pada  1 Jan 2023 sehingga 28 Feb 2023

Borang Permohonan.


Jumaat, 23 Disember 2022

Jenis-jenis Racun Kulat untuk tanaman Durian

 

Hawa Daun (Rhizoctonia Salani) 

Kebanyakan kebun durian berhampiran dengan kebun getah mudah dijangkitan penyakit kulat dari pokok getah, apabila berlaku akan menyebabkan pokok durian boleh mati jika tidak dirawat dengan kadar segera, ditambah dengan musim hujan yang berterusan. BH November 26, 2021

White Oil, Aliette, Monceren & Antracol - Racun Kulat Untuk Durian

Disini disenaraikan racun kulat yang bersesuai dan boleh diguna oleh pekebun durian.

Jenama
Score.
Penerangan Ringkas.
Racun kulat daripada kumpulan triazole yang bertindak secara penghalang biosintesis sterol dalam membran.
Bahan Aktif
Difenoconazole
Penyakit
Hawa Daun (Rhizoctonia Salani)

Dapatkan Sekarang https://invl.io/clfjdqj


Jenama
Forum
Penerangan Ringkas.
Racun kulat sistemik daripada kumpulan 'cinnamic acid amide' yang mengandungi sistesis glucan dan pembentukan dinding sel.
Bahan Aktif
Dimethomorph
Penyakit
Bengkak Cerana/Kanker Batang

Dapatkan Sekarang: https://invl.io/clfjdrs


Jenama
Moncut 15%EC
Penerangan Ringkas.
ACM Moncut 15%EC ialah sejenis racun kualt daripad kumpulan 'carboxamide' yang bertindak secara perlindungan & sistemik
Bahan Aktif
Flutolanil
Penyakit
Hawa Daun (Rhizoctonia Salani)

Dapatkan Sekarang : https://invl.io/clfjdtr

Jenama
Aliette
Penerangan Ringkas.
Aliette ialah racun kulat daripada kumpulan 'phosphonate' yang bertindak secara sistematik
Bahan Aktif
Fosetyl-aluminium
Penyakit
Bengkak Cerana/Kanker Batang

Dapatkan Sekarang: https://invl.io/clfjdvc




Jenama
Anvil
Penerangan Ringkas.
Anvil  Syngenta (Hexaconazole 4.8%) Racun Kulat Akar Putih 1 Liter Anvil ialah racun kulat daripada kumpulan triazole yang bertindak secara sistemik, perlindungan dan semburan. Sesuai untuk penyakit reput daun, hawar seludang, reput pangkal batang dan akar putih.
Bahan Aktif
Hexaconazole
Penyakit
Hawa Daun (Rhizoctonia Salani)

Dapatkan Sekarang: https://invl.io/clfjdwi

Jenama
Activate 25WP, Aktive 25 WP, Aster 25 WP, Halex Metalaxyl 35WP, Halexyl 25 WP, Intetcept 25WP
Mytrax, Ridomil 25WP, Task 25WP.
Penerangan Ringkas
Halexyl 25 WP ialah sejenis racun kulat yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan 'phenylamide' yang bertindak secara sistemik yang menghalang sintesis protein kulat dengan menggangu sintesis asid nukleik.
Bahan Aktif
Metalaxyl
Penyakit
Bengkak Cerana/Kanker Batang(Phytophthora palmivora) dan Reput Akar


Dapatkan Sekarang: https://invl.io/clfjeai

Jenama
Ridomil G43.9SL
Penerangan Ringkas.
Syngenta Ridomil G43.9SL ialah racun kulat perlindungan & penyembuhan daripada kumpulan 'phenylamide' yang bertindak secara sistemik dengan menghalang sintesis asid nukleik
Bahan Aktif
Metalaxyl-M
Penyakit
Bengkak Cerana/Kanker Batang(Phytophthora palmivora) dan Reput Akar


Dapatkan Sekarang: https://invl.io/clfje99

Jenama
Ridomil Gold Plus 42.5 WP
Penerangan Ringkas.
mengandungi Ai yang lebih tinggi dari racun tempatan
hanya memerlukan 10ml untuk 16liter air
Bahan Aktif
Metalaxyl-M + copper oxychloride
Penyakit
Bengkak Cerana/Kanker Batang(Phytophthora palmivora) dan Reput Akar


Dapatkan Sekarang: https://invl.io/clfje0p

Jenama
Monceren 25 WP
Penerangan Ringkas.
Racun kulat daripada kumpulan phenylurea yang bertindak secara bukan sistemik dan perlindungan
Bahan Aktif
Pencycuron
Penyakit
Hawa Daun (Rhizoctonia Salani)

Dapatkan Sekarang: https://invl.io/clgh3i0

Jenama
F620
Penerangan Ringkas.
Formulasi khas untuk meningkatkan kekuatan tanaman bagi mencegah penyakit yang disebabkan oleh Pythium dan Phythphthora.Bahan Aktif Phosphorous acid
Penyakit
Bengkak Cerana/Kanker Batang(Phytophthora palmivora)

Dapatkan Sekarang : https://invl.io/clfje6i

Jenama
Funguran-OH
Penerangan Ringkas.
Racun kulat daripada kumpulan inorganik-copper yang melindungi tumbuh-tumbuhan dari serangan kulat dan bacteria. Digunakan secara semburan foliar dan melekat pada permukaan daun selepas kering
Bahan Aktif
Copper Hydroxide 77% (Metallic Copper 50%)
Penyakit
Hawa Daun (Rhizoctonia Salani) Antraknos (Coletotrichum piperis)

Dapatkan Sekarang: https://invle.co/clehd29

Isnin, 19 Disember 2022

Pantauan Banjir di Daerah Lipis

 






PEMANTAUAN BANJIR DI BAWAH PENTADIBRAN IBUPEJABAT POLIS DAERAH LIPIS

LIPIS (19/12/22)- Pemantauan dilakukan oleh Ketua Polis Balai di bawah pentadbiran Ibupejabat Polis Daerah Lipis berikutan kenaikan paras air sungai. Kenyataan MET Malaysia menjangkakan hujan berterusan akan melanda Daerah Lipis sehingga 21/12/2022 (Rabu). YDH KPD Lipis Supt Azli Bin Mohd Noor menasihatkan orang awam yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai agar membuat persiapan awal dokumen-dokumen penting dan barang keperluan dan segera berpindah jika diarahkan. Segala maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Lipis di talian : 09-312 1999.

Kredit FB Polis Daerah Lipis


Promosi Durian murah dari Raub

 
Harga Durian  Dis 2022


DURIAN RAUB KEMBALI LAGI
MENCARI PEMBORONG DURIAN
DURIAN SEGAR DARI RAUB
PROMOSI PROMOSI PROMOSI
HARGA BORONG

WHATAPP SAYA UNTUK BORONG (100kg +)
0149401079

KAMI HANTA TRUS KE LOKASI ANDA DARI RAUB (Harga termasuk PENGHATARAN)
Sesuai untuk majlis,pemborong dan lain2


100kg ke atas
100kg++++
MK A.   RM46
MK B.   RM28
D24 A.  RM16
D24 B.  RM12
IOI.        RM21
TEKA.   RM19
KK.        RM9


Ahad, 11 Disember 2022

Permohonan keahlian 'Muafakat Nasional' dibuka lebih awal.

 

Presiden Muafakat Nasional 
Tan Sri Annuar Musa

Permohonan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai ahli baharu mula dibuka sejak Sabtu.
Perkara itu dikongsikan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Facebooknya.
Annuar menjelaskan permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal melalui laman web rasmi MN 

di https://muafakatnasional.org.my/


Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berperanan sebagai platform untuk melaksanakan program dan aktiviti kearah memupuk nilai muafakat, mewujudkan keterangkuman tanpa bersifat perkauman, mempromosikan perpaduan ummah dan menjunjung keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

MN berpegang kepada 5 matlamat yang telah digariskan dibawah:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara.

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.






Sabtu, 10 Disember 2022

Kenduri Kesyukuran Perikatan Nasional.

 


Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh

Jemputan menghadiri

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN PERIKATAN NASIONAL DUN PADANG TENGKU DAN MAJLIS AQIQAH

  • TARIKH: 11 DISEMBER 2022 (AHAD) 
  • MASA: 11.30 PAGI
  • TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG RELONG 

atau boleh merujuk maps dibawah:-

https://goo.gl/maps/KBqvYBW5MMMDEDcN6



Khamis, 8 Disember 2022

DECTOMAX - ubat suntikan 3 serangkai.

 


Saya mengunakan ubat suntikan ini untuk mencegah penyakit parasite seperti cacing, kutu dan kurap pada kambing dan kucing. Sebelum ini saya menghantar haiwan tersebut ke Pejabat Veterinar untuk suntikan 3 serangkai. Apabila saya mendapat maklumat dan belajar sendiri melalui internet saya cuba dapatkan ubat tersebut di Lazada dan membuat suntikan sendiri mengikut dos yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Hasilnya sangat berkesan dan mudah rupanya. Anda pun boleh buat sendiri.

Product details of Doramectin Dectomax 10mL Anti Parasite,Cacing ,Kutu,Kurap,Sesuai Untuk Kambing,Lembu,Arnab,Kucing,Anjing

1ml utk setiap berat 50kg diberkan secara intramuscular (suntikan otot) atau suntik bawah kulit. Sesuai diberikan untuk induk bunting. Ulang semula selepas 10 hari sekiranya kambing belum pulih.
PERINGATAN: ternakan tak boleh disembelih dalam tempoh 35 hari selepas disuntik.
Tanda tanda ternakan dijangkiti:
  • kurus / tidak berselera makan
  • bulu ternakan tidak terurus
  • kelompak mata pucat
  • bulu /kulit kurap serta berkerak
Dos
1ml : 50kg berat badan
1ml- 50kg berat lmbu, kerbau
1ml - 33kg kmbing biri2
O.1ml - 1kg arnab, kucing anjing
Dectomax ubat cacing 3 serangkai kurap/kutu /cacing 10mL repack with care Expired July 2024

Dapatkan sekarang : https://invol.co/clfcpx1


Keputusan PRU 15 DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai.


Keputusan Rasmi  Dun Tioman


Keputusan Rasmi Parlimen Padang Serai 

PN menang besar di Parlimen Padang Serai (16,260), majoriti bertambah 1x ganda berbanding PH 2018 (8,813).

PN kalah tipis di DUN Tioman (-573), majoriti BN berkurang separuh berbanding PRU14 (1,280).

Petanda awal:

1. Tren penolakan PH+BN masih tinggi.

2. Peratusan mengundi rendah beri kelebihan kepada BN (Tioman 58.4%).

3. Undi penentu di tangan pengundi muda dan anak perantauan.

4. Kerjasama PH+BN masih rapuh.

5. Kerjasama PN terus kukuh.

Tahniah dan terima kasih kepada pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab.

Analisis oleh PM Anwar Ibrahim Parlimen Padang Serai.

ni bedah siasat aku utk parlimen pengundi kat padang serai.
pru 14 = 84,834
pru 15 = 132,955
pertambahan 48,121
pru 14 83% 70,134 keluar mengundi
PH 31,724
PAS 22,911
BN 15,449
PRU 15 69% 91,074 keluar mengundi
PH 35,377
PAS/PN 51,637
BN 2983
23k pengundi tegar PAS & pertambahan lagi 20k pengundi baru pindah kepada PN, 15k BN kekal tidak keluar mengundi, 8k pengundi atas pagar dpt ke PN, pengundi PH kekal 32k, bertambah 5k pengundi baru bukan BN.
rumusan
pengundi PH kekal undi PH + 5K baru
pengundi PN bertambah 28k melalui pengundi baru
pengundi BN kekal duduk rumah tidak keluar mengundi.


Kredit FB : Anwar Ibrahim PM Rakyat


Isnin, 5 Disember 2022

Rawatan Tanah Dan Pertumbuhan Akar Pokok Durian

 



Kita kongsi sedikit kerja rutin yang dibuat untuk memulihkan tanah dan menggalakkan pertumbuhan akar pokok durian serta memulihkan pokok yang stress akibat cuaca panas atau hujan. Penggunaan bahan dalam perkongsian ini boleh di dapati di pasaran dan juga dibuat sendiri. Bahan-bahan yang di gunakan seperti 'fulvita soluble' daripada kuda merah, FAA home made dan EM siam. Ini adalah salah satu daripada cara yang dibuat untuk rawatan tanah dan pertumbuhan akar pokok durian. Praktikal rawatan tanah ini akan ditunjukkan pada akhir video, tonton sampai habis. Ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat.

Fulvita Soluble 1kg - Penggalak Akar





Isnin, 28 November 2022

Menteri Besar Pahang bagi Penggal Ke-15

 

Dato' Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas limpah perkenan melantik patik sebagai Menteri Besar Pahang bagi Penggal Ke-15 pada hari ini.

Insha-Allah, patik akan sedaya upaya menggalas amanah, tanggungjawab serta kepercayaan besar ini dengan sepenuh jiwa raga dan hati nurani demi kepentingan rakyat dan negeri Pahang Darul Makmur.
Patik menjunjung titah KDYMM Pemangku Raja Pahang agar kerajaan yang baru dibentuk ini akan memberi fokus kepada iltizam-iltizam berikut :

1. Mengenepikan ideologi dan sentimen politik kepartian.
2. Meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam segala hal.
3. Menumpukan sepenuh masa untuk berbakti kepada rakyat dan Negeri Pahang Darul Makmur.

Buat rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang saya kasihi, di kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh rakyat Pahang yang telah mengikuti perkembangan pembentukan Kerajaan Negeri dalam keadaan sabar dan aman.
 
Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar 5 tahun akan datang menjadi satu penggal yang menyaksikan kebangkitan Pahang menjadi negeri yang stabil, progresif, makmur dan harmoni, insha-Allah.

Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku.

kredit FB Wan Rosdy bin Wan Ismail


Sidang media penjelasan PN menjadi pembangkang di Pahang

 

Tuan Ibrahim Dedah BN Pahang Hanya Tawar Satu Jawatan Exco Jika Bergabung



pH Tanah Kebun Durian

 


Takemura Made in Japan

pH tanah pokok IOI= 5.8
pH tanah Musang King dekat pokok getah = 5.0
pH tanah pokok Palas =5.9
pH MK 1 3 tahun =6.2
pH tanah Duri Hitam 1= 6.0
pH tanah Durian Mohtong =5.1 sedikit Asid
pH tanah Durian Berserah =5.2 sedikit Asid
pH Pokok Kelapa =6.0
pH tanah Musang King tengah pokok getah = 5.5  sedikit Asid
pH Durian Kampung sepokok = 5.8
pH durian Musang King kecil hujung sekali =6.2
pH Musang King tepi sekali = 6.2 



PH tanah Durian Mohtong =5.1 sedikit Asid

PH tanah pokok Palas = 5.9 OK




Penentuan pH tanah sangat penting untuk penanaman durian. Durian memerlukan pH antara 5.5- 6.5 untuk pertumbuhan yang optimum.

pH meter yang boleh ukur pH dengan tepat penting untuk kita buat pembetulan pada pH tanah. Saksikan unbox dan review pH tester jenama Takemura DM15 made in Japan : 

Dapatkan Sekarang  https://invol.co/clf82kj





Ahad, 27 November 2022

Terkena pula penyakit Teritip Daun

 




Teritip Daun
Hari ini kelihatan sepokok durian 'Duri Hitam'  terkena pula Teritip Daun.  

Kelihatan serangga teritip di sebelah bawah daun

Biasa menyerang daun pokok durian pada musim hujan dan panas. Daun sebelah atas terdapat kesan tompokan berwarna kuning. Apabila daun dilihat di sebelah bawah, kita akan melihat sisik-sisik kecil berwarna perang cerah.

Serangga teritip ini akan melekat pada bawah daun dan menghisap cecair daun yang akan merencatkan klorofil pada daun.

Langkah Rawatan
Sembur dengan racun serangga white oil + abamectin atau white oil + dimethoate. Ulangi seminggu sekali.

Harus saya terangkan disini bahawa dalam kebanyakan kes rawatan, daun pokok tidak akan sembuh. Selalunya pokok akan menggugurkan daun yang diserang dan kemudian akan mengeluarkan pucuk-pucuk yang baru.

Oleh itu, jangan bimbang jika pokok menggugurkan hampir keseluruhan daun yang dijangkiti.

Nota: Terdapat 2 jenis kepekatan white oil yang dijual di kedai pertanian iaitu 99% (BRT Spray Oil) dan 72% (Albarol). Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada bajet pekebun.

Dapatkan Racun White Oilhttps://invl.io/clf7jol

Agr Abamectin 1.8EC - 250ml : https://invl.io/clfo9pv

Racun Pengorek batang dan Buah lambda-cyhalothrinhttps://invol.co/clg8u4j


lambda-cyhalothrin


Boleh juga guna racun Bahan Aktif  Buprofezin
Aatin (A.i buprofezin 46.3%) 500ml / Menghapus Bena Perang Bena Hijau Koya / Sesuai untuk Padi & Bunga Coleus

Dapatkan Sekarang: https://invol.co/clga54i





Khamis, 24 November 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim PM ke-10.

 


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada pukul 5.06 petang.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.






Selasa, 22 November 2022

Perbincangan Tubuh Kerajaan Pahang.

 


KUANTAN - Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Pahang.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini.

"Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya," katanya.

Saifuddin semalam memaklumkan Majls Tertinggi PN melantik Tuan Ibrahim untuk mengetuai rundingan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang, yang kini tergantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh 22 kerusi majoriti mudah untuk menjadi kerajaan negeri.

Pada PRU15, PN menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Barisan Nasional (BN) 16 kerusi manakala Pakatan Harapan lapan kerusi.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN, namun proses pengundian DUN Tioman ditangguhkan ke 7 Dis ini ekoran kematian calon PN kerusi itu Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi Sabtu lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Setakat ini, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung pembentukan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP negeri Dato' Leong Ngah Ngah semalam dilaporkan berkata PH Pahang sedia bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri, namun menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan pusat.


Sabtu, 19 November 2022

Beli Rumah di Lipis.

 


BOOKING RUMAH 1K SAHAJA!
WTS
[NEW PROJECT] Rumah Teres 1 Tingkat @ Taman Penjom Damai, Kuala Lipis

========================

STARTING PRICE: RM288,000

✅ BOOKING 1k SAHAJA

✅ FREE S&P lawyer fee

Property Details :

✓ Hakmilik Kekal
✓ Rezab Melayu
✓ Land Area : 20 x 90-107 sqft
✓ 4 Bilik
✓ 2 Tandas
✓ Dapur kering & Basah
✓ Ceiling rumah tinggi

Berminat Hubungi:

AZAM
PEA 
0105768868




Khamis, 17 November 2022

Dato Haji Wan Abdul Rahman kembali ke rahmatulah

 


Innalilahiwainnahirojiun

Dukacita dimaklumkan Orang Kaya Indera Perba Jelai Dato Haji Wan Abdul Rahman Bin Maharaja Perba Jelai Dato Haji Wan Ibrahim telah kembali ke rahmatulah pagi tadi 17 Nov 2022 dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Betong Kuala Lipis Pahang.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Kredit FB Keturunan Perba Jelai


Senarai nama Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai dari 1592 hingga 2013:

SERI MAHARAJA PERBA I (1592-1638M)

SERI MAHARAJA PERBA II
MAHARAJA DALAM@RAJA MUDA @ WAN MUHAMMAD (1663-1688M)

SERI MAHARAJA PERBA III
DATO' (ENGKU) WAN ISMAIL@WAN SARAH (1688-1699M)

SERI MAHARAJA PERBA IV
DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD DATO' (ENGKU) WAN ISMAIL (1699-1797M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI V
DATO' (ENGKU) WAN IDRIS DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD (1797-1882M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI VI
DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD DATO' (ENGKU) WAN IDRIS (1882-1919M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI VII
DATO' (ENGKU) WAN CHIK DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD (1919M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI VIII
DATO' (ENGKU) WAN TANJUNG DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD (1919-1935M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI IX
DATO' (ENGKU) WAN ALI DATO' (ENGKU) WAN CHIK (1935-1957M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI X
DATO' (ENGKU) WAN IBRAHIM DATO' (ENGKU) WAN TANJUNG (1957-1991M)

ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI XI
DATO' (ENGKU) WAN BADIUZZAMAN DATO' (ENGKU) WAN ALI (1991-2003M)


ORANG KAYA INDERA (MAHARAJA) PERBA JELAI XII
DATO' (ENGKU) WAN ABDUL RAHMAN DATO' (ENGKU) WAN IBRAHIM (2008 HINGGA SEKARANG)

Rabu, 16 November 2022

Parlimen 079 LIPIS


P.079 LIPIS

PRU 13 Pengundi : 32,324
PRU 14 Pengundi : 35,294
PRU 15 Pengundi : 47,124

Menang
ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD
BARISAN NASIONAL
Jumlah Undi:17,672
Majoriti : 6,118

Calon:
DATO' SHAHRUM 
PERIKATAN NASIONAL
Jumlah Undi: 11,554

Calon:
TENGKU ZULPURI SHAH BIN RAJA PUJI
PAKATAN HARAPAN
Jumlah Undi: 6,366

Calon:
AISHATON BINTI ABU BAKAR
PARTI PEJUANG TANAHAIR
Jumlah Undi: 263



N.03 PADANG TENGKU

PRU 14 Pengundi : 14,057
PRU 15 Pengundi 19,407

Menang
DATO' MUSTAPA BIN LONG
BARISAN NASIONAL
Jumlah Undi:7198
Majoriti : 507

Calon:
KHAIDER KAMIL
PERIKATAN NASIONAL
Jumlah Undi: 6691

Calon:
RUZI @ NATA BIN YUSUFF
PAKATAN HARAPAN
Jumlah Undi: 1203

Calon:
MOHD ROSTAM BIN MUSTAPHA
PARTI PEJUANG TANAHAIR
Jumlah Undi: 176


N.04 CHEKA

PRU 13 Pengundi : 11,929
PRU 14 Pengundi : 12,585
PRU 15 Pengundi : 16,822

Calon:
HO FONG MEE
BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA
Jumlah Undi: 4411
Majoriti : 1,223

Menang
TUAN IBRAHIM
PERIKATAN NASIONAL
Jumlah Undi: 5634

Calon:
RASID BIN MUHAMAD
PAKATAN HARAPAN
Jumlah Undi:  2255

Calon:
AISHATON BINTI ABU BAKAR
PARTI PEJUANG TANAHAIR
Jumlah Undi: 81



N.05 BENTA

PRU 14 Pengundi: 8,652
PRU 15 Pengundi : 10,895

Menang
DATO SRI SOFFI TAN SRI RAZAK
BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA
Jumlah Undi: 3948
 Majoriti : 1,521

Calon:
RIZAL BIN JAMIN
PAKATAN HARAPAN
Jumlah Undi: 2427

Calon:
CIKGU EMBONG LIAS
PERIKATAN NASIONAL
Jumlah Undi: 1814




 

SELAMAT MENGUNDI SEMUA
19 Nov 2022



Khamis, 10 November 2022

Politk Wang Dalam UMNO


Pencerahan Politik Datuk Zaharin
Amalan politik wang adalah antara budaya buruk yang berlaku dalam parti UMNO. Selain itu, banyak lagi kerosakan yang melanda parti itu dan nasib rakyat bakal tergadai jika UMNO terus memerintah negara.

Ikuti Dimensi bertajuk Politik Wang Dalam UMNO bersama tetamu jemputan, bekas ahli Umno, Datuk Zaharin Mohd Yasin.

You Tube 10 Nov 2022

Bagaimana Politik Wang UMNO Berlaku?



Rabu, 9 November 2022

Agro makanan Peringkat Negeri Pahang tahun 2022


Jom set tarikh untuk Karnival Agromakanan Peringkat Negeri Pahang tahun 2022

11 - 13 November 2022(Jumaat - Ahad)
10.00 pagi - 10.00 malam

Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis Pahang Darul Makmur

Macam-macam makanan dan minuman ada di jual. Menu semestinya sedap-sedap belake.

Bukan tu saje pelbagai aktiviti keagamaan dan juga petunjukan pentas artis, akan turut menghiburkan semua yang hadir.

Jangan lupa kabo ke orang kampung, sedara mara , kawan - kawan jiran-jiran datang memeriahkan Karnival Agromakanan.

Mana tahu bertuah boleh menang motosikal Y-Suku


Ahad, 30 Oktober 2022

National Scam Responce Center (NSRC)

 


Hubungi Talian 997

Pusat panggilan yang ditubuhkan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.

Mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam) atau talian NSRC di talian 997 (operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam - Setiap hari).

Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan seperti :-

1. No. telefon yang menghubungi anda. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan whatsapp, SMS dll.

2. Masa dan tarikh panggilan diterima.

3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.

4. Masa, tarikh dan amaun transaki yang dilakukan.

Mungkin wang anda masih boleh diselamatkan.

NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.

Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer. Jangan jadi mangsa scam!



Jumaat, 28 Oktober 2022

Kopkaya Mart Relong


PROGRAM JUALAN MURAH KELURAGA MALAYSIA
(PJMKM)

Dah hujung bulan nie, jom berbelanja di PJMKM dan boleh jimat kaw-kaw…. Harga murah dan memang berbaloi.

Jom datang beramai-ramai Kopkaya Mart Relong pada 

29 Oktober - 2 November 2022.

Pelbagai keperluan dapur boleh diperolehi di PJMKM ini

Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke PJMKM KOPKAYA MART RELONG


 

Khamis, 27 Oktober 2022

Lencongan jalan Persekutuan Lipis - Gua Musang(8)



Lencongan jalan Persekutuan Lipis - Gua Musang(jalan8) kerana melaksanakan kerja pelancaran rasuk di Seksyen 4A Kampung Relong- Raub. Kerja tersebut akan dibuat pada :
  • Tarikh : 1 hingga 3 November 2022
  • Masa : 08.30 pagi - 06.30 Petang.
Segala kesulitan dan pertanyaan boleh hubungi Pihak Kerja Raya Lipis di talian 09-3124040/4041.




Selasa, 25 Oktober 2022

Siti Nurhaliza Tersenarai 5OO MusIim Paling Berpengaruh Di dunia.

 

President Recep Tayyip Erdogan kedudukan pertama

Dato Seri Siti Nurhaliza yang juga penyanyi tersohor negara tersenarai kali keenam berturut-turut sebagai salah seorang musIim paling berpengaruh di dunia.

Siti pertama kali dicalonkan pada tahun 2016 dalam kategori Seni dan Budaya dan terus mengungguli kategori tersebut pada tahun 2021.

Tahun 2021 turut menyaksikan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun tersenarai dalam kategori sama.

Sementara itu usahawan popular, Datin Vivy Yusof merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kategori selebriti dan sukan.

Dalam pada itu, Siti menerusi laman sosial Instagram (IG)nya mengucapkan rasa syukur dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai rezeki dari Allah SWT.

Di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada para peminat penyanyi Takhta Dunia itu.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi kedudukan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senarai The World’s 500 Most Influential MusIims 2021.





Senarai yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan meletakkan Anwar di kedudukan ke-20 dalam senarai Pemerintah dan Ahli Politik.

Ketua Pembangkang itu berada pada satu tangga di atas Dr. Mahathir yang berada pada kedudukan ke-21. Turut disenaraikan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Siapa nombor 1 paling berpengaruh di dunia?

Dalam senarai itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama dan disusuli oleh Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud di kedudukan ke-2.

Sementara di kedudukan ke-3 adalah Ayatollah Ali Khamenei yang merupakan pemimpin tertinggi Republik Islam Iran manakala pemimpin negara jiran, Presiden Indonesia berada pada kedudukan ke-8.

Anwar dan Mahathir atau mana-mana individu dari Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai kedudukan 50 musIim teratas yang diungguli oleh Recep Tayyip Erdogan.

Dalam senarai itu Joko Widodo berada dalam kedudukan ke-12 dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada kedudukan ke-37.

Sementara itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diletakkan dalam senarai Pendakwah dan Pemimpin Kerohanian berpengaruh.

Manakala ahli korporat Syed Mokhtar al-Bukhari disenarikan dalam kumpulan Dermawan, Kebajikan dan Pembangunan.

Dalam kategori Isu Sosial pengasas Sister in Islam Zainah Anwar disenaraikan antara 500 tokoh Islam berpengaruh dan ahli korporat yang juga Presiden Johor Corporation, Tan Sri Muhamammad Ali Hashim berada dalam senarai Perniagaan.

Dalam senarai Sains dan Teknologi, Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukur dipilih sebagai salah seorang 500 tokoh musIim berpengaruh.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan rakan dunia hiburan Hafiz Hamidun berada dalam tokoh muslih berpengaruh dalam senarai Seni dan Budaya.

Bagi kategori Selebriti dan Sukan, ikon fesyen; Vivy Yusof satu-satunya rakyat Malaysia yang disenarikan.

Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia yang disenarikan dalam kategori Penghafaz al-Quran; Media dan Pengganas Terkenal.


Sumber:gempak dan suaramerdeka

Ahad, 23 Oktober 2022

Mentafsir Statistik Daftar Pemilih PRU15


SPR telahpun mengeluarkan bilangan pengundi mengikut kategori umur seperti yang dilampirkan. Bagaimana untuk kita 'membaca' dan menganalisa data ini dari sudut statistik dan digunakan bagi merencanakan kempen PRU15.

Dalam PRU15 bilangan daftar pengundi yang layak dan dikemaskini terbaru ialah 21,173,637 orang.
Bagi peringkat Negeri, Parlimen dan DUN juga harus memperhalusi data yang disediakan oleh SPR. Dijangka ia lebih lengkap kerana dalam setiap DUN juga ada Pusat Daerah Mengundi (PDM)  masing-masing yang lebih dekat dengan pengundi.

Data SPR peringkat Nasional mengkategorikan seperti berikut:

Umur 18 - 29 tahun: 6,007,978 orang, 28.37 peratus
Umur 30 - 39 tahun: 4,681,348 orang, 22.11peratus
Umur 40 - 49 tahun: 3,645,248 orang, 17.22 peratus
Umur 50 - 59 tahun: 3,027,498 orang, 14.30 peratus
Umur 60 - 69 tahun: 2,277,070 orang, 10.75 peratus
Umur 70 - 79 tahun: 1,093,951 orang, 5.17 peratus
Umur 80 - 89 tahun: 353,631 orang, 1.67 peratus
Umur 90 - ke atas: 86,914 orang, 0.41 peratus

Bagi umur 18 - 29 tahun adalah golongan majoriti melebihi suku daripada daftar pemilih iaitu 28.37peratus  Jika dibuat prorata bilangan yang pertama kali mengundi ialah 2,730,899 orang atau mewakili 45% dari kategori ini.

  
Daripada bilangan ini dianggarkan mereka yang baru keluar SPM dallm 2-3 tahun dan baru terdedah dengan politik dan selalu istilahkan sebagai UNDI 18 ialah sekitar 1,638,539 orang.

Jika dibahagikan kepada 222 kawasan parlimen secara prorata, bilangan mereka ialah sekitar 7380 orang sahaja.  Paling tinggi ialah 10,000 orang dan paling rendah 5,000 orang sahaja.
Kalau dlm satu kawasan parlimen yang terdapat 3 DUN, maka pertambahan UNDI 18 hanyalah sekitar 2,500 - 3,000 orang sahaja.

Kalau terdapat 75 peratus kadar keluar mengundi maka pertambahan dalam peti undi ialah sekitar 2,000 undi. Dikatakan pertandingan 3 penjuru pula, setiap parti mungkin akn bertambah sekitar 650 orang bagi SATU DUN.

Berdasarkan angka statistik dan matematik yang saya lakukan terhadap PRK Cameron Highland, PRK Tanjung Piai dan PRN Melaka dan Johor berasaskan model matematik dan statistik, perkiraan saya tidak jauh dari keputusan sebenar SPR.
 
Oleh itu ramai yang bertanya bagaimana arah pengundian atau pola pengundian UNDI 18, bagi saya ia bukanlah satu angka yang signifikan. Malah ia lebih terarah kepada corak pengundian ibu-bapa. Mereka masih belum mempunyai arah yang jelas.

Bagi kategori umur 18 - 29 tahun ini kita harus memberikan penekanan kepada mereka yang pernah mengundi SEKALI di PRU14 dahulu.

Mereka inilah golongan yang ketika itu baru mula berkerja atau baru keluar dari institusi pengajian tinggi. Tiba-tiba mereka dikejutkan dgn janji PTPTN tak perlu bayar balik. Peluang sejuta pekerjaan disediakan. Anak-anak dari bandar balik ke kampung memberitahu kepada ibu-bapa bahawa hutang Felda dihapuskan 50 peratus..

Jadi golongan ini mempunyai persepsi yang berbagai. Melihat realiti janji populis tetapi tidak ditunaikan. Ia akan dibandingkan dalam kempen PRU15 nanti.

Jika mana-mana parti politik dapat menguasai minda dan memberikan arahan yang betul kepada golongan ini, pasti undi yang besar akan diperolehi. Bagi kategori umur 30 - 39, 40 - 49 dan 50 - 59 adalah 'core people' yang menentukan kemenangan bagi seseorang calon sama ada DUN atau parlimen.

Segmen kategori ini adalah mereka yang telah melalui beberapa kali PRU dan hidup dalam beberapa bentuk kerajaan. Dapat menilai buruk-baik sesebuah parti politik. Bagi kategori 60 - 69 adalah pelengkap undi dan mereka adalah warga emas yang prihatin. Jadi undi mereka adalah emas jika keputusan sangat kritikal.

Kategori umur 70 ke atas dari segi bilangan tidaklah signifikan. Namun kita jangan lupa terdapat seorang calon dan pengundi yang berumur 97 tahun. Beliau adalah salah seorang daripada kategori umur 90 ke atas yang berjumlah 86,914 itu.


Kredit FB Megat Hisemudin Megat Kasim

Dear Nestle


Jom minum produk NESTLÉ Sedia Untuk Diminum dan menang Samsung Galaxy A23. Sertai Peraduan Sensasi Bola Nestlé di kedai Petron hari ini...!




 

Khamis, 20 Oktober 2022

Tarikh Pilihanraya Umum Ke-15



Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan seperti berikut:

Tarikh keluar rid - 20 Oktober 2022

Hari penamaan Calon - 5 November 2022 (Sabtu)

Mengundi awal - 15 November 2022 (Selasa)

Buang undi - 19 November 2022 (Sabtu)

Sebelum pergi mengundi lihat data ini

Jumlah Pegundi 21,113,234 juta daftar pada 16 Jun 22

Undi Popular PRU ke-14

BN 3,624.921 juta      31.9

PKR PH 5,685,252 juta     50.1

PAS 2.045,159 juta     18.0

Jumlah 11,353,332

Pengundi Baru + pengundi 18, 20 Tahun

5.8 juta

Pengundi 18,20 Tahun
1,141,749 juta


Jangkaan PRU 15.

Keputusan PRU 15 dijangka akan menyaksikan tidak ada satu pun parti Politik yang akan menang besar  secara dominan dan boleh  membentuk Kerajaan:

1 - UMNO BN dijangka menang 50 kerusi Parlimen.

2 - PKR dijangka menang 40 kerusi Parlimen.

3 - DAP dijangka menang 50 kerusi Parlimen.

4 - AMANAH dijangka menang 8 kerusi Parlimen.

5 - BERSATU dijangka menang 8 kerusi Parlimen.

6 - PAS dijangka menang 7 kerusi Parlimen.

7 - Warisan dijangka menang 8 kerusi Parlimen.

8 - GTA dijangka menang 30 kerusi Parlimen.

9 - Gabungan Parti Sabah dijangka menang 10 kerusi Parlimen.

10 - Gabungan Parti Sabah dijangka menang 10 kerusi Parlimen.

Akhirnya semua parti Politik terpaksa bergabung untuk mendapatkan majoriti122 kerusi Parlimen bagi  membentuk Kerajaan selepas PRU 15 nanti.



Rabu, 19 Oktober 2022

KFC Snack Plate RM20 bagi dua set


Tarikh : 20 Okt 2022 
Masa : Satu hari 10 Pagi 10 Malam

Bagi menghargai kesetiaan dan sokongan rakyat Malaysia kepada KFC, KFC Malaysia hari ini mengumumkan berita baik buat anda semua yang pastinya dapat ‘jimatkan’ wang poket anda.

Untuk anda yang mahu menebus tawaran istimewa ini, anda boleh dapatkan ia di restoran KFC seluruh negara kecuali di Genting Highlands, Mall of Medini dan kesemua lapangan terbang dengan makan di restoran, bawa pulang, dan pandu lalu serta sementara stok masih ada.

Promosi hebat ini dapat ditebus bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam sahaja. Untuk maklumat lanjut, muat turn aplikasi KFC atau layari laman web ini.

Melalui polisi ‘Rasa Berkualiti Terjamin’, pelanggan juga boleh menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan. Pelanggan cuma perlu imbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi dan ‘submit’ borang penukaran, dan tunjuk halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan gantian.




Isnin, 17 Oktober 2022

Pengurusan Serangga Perosak di Kebun.

 


Pening kepala apabila kebun dihalaman rumah diserang serangga perosak

Tak kira sama ada anda tinggal di bandar atau luar bandar, rumah jenis apa yang anda diami, atau di tingkat berapa anda duduk, kita semua mengalami masalah yang sama: serangan daripada serangga perosak pada tanaman di halaman rumah.

Kebanyakan dari kita akan menggunakan penyembur atau alat penghalau serangga jenis kimia untuk membasmi makhluk-makhluk yang degil ni.

Namun begitu, sebanyak mana anda sembur racun perosak pun mereka masih lincah berkeliaran di rumah. Kenapa ya dan bagaimana hendak menguruskan serangga perosak di kebun kita?

Ikuti satu sesi perkongsian ilmu berkenaan ‘Pengurusan Serangga Perosak Di Kebun’ yang akan bersiaran secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada :

Tarikh 19 Oktober 2022 (Rabu)

Masa 10.00 pagi hingga 11.30 pagi

Pautan (zoom) : https://bit.ly/3SUdsVr

Meeting ID: 984 5874 1122

Passcode: 066015

Penceramah :
  • En. Asrul Azwan Bin Awi
  • Bahagian Pertanian Bandar
Sertailah kami bagi mengetahui dengan lebih jelas bagaimana mengurus dan mengawal serangga perosak yang menyerang tanaman anda.

Kelas adalah PERCUMA. Terbuka kepada semua.







Selasa, 11 Oktober 2022

Penyakit durian yang disebabkan oleh Kulat

Hawa Daun Rhizoctania

Penyakit ini merebak disebabkan oleh air dan angin faktor yang menyumbang kepada penyakit ini adalah perubahan cuaca dari panas tiba-tiba hujan dan panas sekali lagi seterusnya hujan inilah masa penyakit ini mula merebak dan untuk mengatasinya kita perlu sembur dengan racun kulat.

Penyakit ini juga sebabkan kedudukan ladang di kawasan lembah yang lembab ianya kurang terjadi pada ladang yang berbukit. Penggunaan baja berunsur nitrogen yang tinggi menyebabkan pokok berimbun ia mudah diserang. Yang menarik penyakit ini hanya menyerang pokok durian dari klon Musang King dan Duri Hitam sahaja tidak pada klon Mohtong dan klon IOI.


Penyakit ini sering berlaku di peringkat semaian dan boleh juga menyerang tanaman durian di ladang. Penyakit ini tidak begitu serius tetapi boleh menyebabkan daun luruh dengan teruk terutama pada musim hujan atau di kawasan yang sangat lembab. Kulat R solani menyerang pada daun dan boleh merebak pada ranting dan dahan seterusnya boleh menyebabkan simtom mati rosot.


Kawalan Penyakit Daun Durian - Sifu Lim Chin Kee

Tanda-tanda Penyakit.

Simptom penyakit ini mula kelihatan sebagai bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan serta dikelilingi oleh kawasan yang perang keunguan. Ia akan bertukar menjadi perang. Lesion-lesion ini akan bercantum menjadi besar bertukar warna dari perang tua ke perang muda apabila sudah kering. Ciri yang ketara bagi penyakit ini jelas kelihatan apabila beberapa helai daun yang dijankiti tercantum oleh miselium kulat penyebab.

Kawalan.


Buang dan bakar daun yang diserang. Elakkan keadaan lembab dan pastikan pengudaraan yang baik di tempat semaian dengan mengatur anak-anak pokok tidak terlalu rapat. Di ladang, kumpul dan musnahkan daun-daun penyakit yang gugur ke tanah terutama pada musim hujan.

Sembur dengan difenoconazole, Flutolanil, hexaconazale, atau pencycuran. Ulang semburan sekiranya serangan masih berkekalan selang beberapa hari sebagaimana tercatat pada label.

Racun kulat yang disyorkan adalah seperti

Monceren. Dapatkan https://invle.co/clehbz6

atau 



Rujukan : Pakej Teknologi Durian 2004.


Isnin, 10 Oktober 2022

Di sebalik Penapis Air Coway

 


Penapis air Coway aku ni dah hampir 8 tahun usia dia... Ni jenis air RO bukan air mineral... Air dia sedap sikit...sempat pakai 5 tahun je.. dan dah hampir 3  tahun tak guna dan terperap kat dapur sebab kontrak dah habis..dan aku tak sambung service tuk tukar filter ..but dia still suruh kita sambung kontrak kalau perlukan service dan new filter cartridge... So bila kita nak beli filter cartridge dan pasang sendiri, coway kata tak boleh.. Depa tak jual.. Kalau nak jugak.. Nak kena ikat lagi kontrak setahun dgn bayaran rm600.... Perggh.. Menyirap betol dengar...machine dah habis bayar.. Suka hati kita lah nak sambung ke tak.. Sebab tak de keperluan tuk sambung kontrak kerana kita sendiri boleh tukar filter tu.. Kenapa nak bayar lagi...? Mahal pulak tu....

Aku ni nama je budak IKM.. tapi otak Engineer... Bab engineering dan modification ni.. Memang aku suka... Mesin basuh kat rumah rosak.. Aku repair.. Jadi ok.. Kipas angin siling tak pusing.. Aku repair sendiri, sekarang dah pusing...tv rosak Repair sendiri....wiring electrical repair sendiri... Last last 3 hari lepas, buka cover machine COWAY ni.. Tengok apa jenis filter cartridge dia pakai.. Rekodkan dengan phone kedudukan filter, sambungan nya... Make sure in out air tu betul... Check kat shoppe, terus beli aftermarket kat shoppe..3 hari barang sampai, terus Pasang, saluran air tu pun beli kat kedai je..dan ON... Alhamdulillah... Setel masalah... Sejuk dan panas still ok walaupun dah 3 tahun tak ON. Ambil sample air, gi bawak test tuk check tahap RO... still ok....



Rupenya filter cartridge ni.. Mana mana brand lebih kurang same jeeee.... Emmphh... So pahni.. Korang beli kat shoppe jeee.. Belambak ada... Coway ke.. Cuckoo ke.. Cinonet  ke.... Cari kat aftermarket jeee... Korang cari filter kat sini  

https://invle.co/cleglll

Ni kang.. Ada budak COWAY NGAN CUKCOO marah aku kang.... Lantak laaaa... Aku memang hangin dah lama dah.....janji masalah aku setel.. Korang tak nak jual kat user!! Aku cari yang aftermarket... Apa ada hal... Bukan susah pun... Boleh pakai gak... 

Hahahahaha... Pandai pandailah korang nak hidup ya...

Tapi kes ni sesuai untuk orang yg dah habis bayar dan tamat kontrak.. Machine tu dah jadi hak milik kita... Kalau masih ada kontrak, teruskan mcm biasa dan byr sampai habis sepertimana kontrak tu... 

Soalan samada aftermarket boleh pakai atau tidak, ori atau tidak... ia tidak menjadi persoalan kerana itu sahaja pilihan yang kita ada...habis tu tak kan nak buang pulak machine tu..betol tak?... Ini isu filter cateridge je pun...

Terpulang pd tuan tuan dan puan puan..

The decision is yours.

To continue with COWAY is OK

Not continue with COWAY also OK and this is my choice...because I LOVE RE-ENGINEERING.

Tak percaya!?... Haa.. Ko tanya sendirik dgn  senah yg dok sebelah rumah jiran sepupu ko sebelah moyang atuk bini dia yg dok kat kg seberang... No 5 jln persiaran 1... Yg rumahnya dok sebelah markas PAS...

Korang cari filter kat sini  https://invle.co/cleglll (filter aftermarket)

Pastikan ada Halal baru beli

Cara pasang tengok dekat setiap gambar di komen



Kredit: Fariez Khair