Halaman

Isnin, 31 Ogos 2020

Beritahu Kerajaan Berapa Bantuan Yang Anda Perlukan.

 


Kerajaan Malaysia akan melaksanakan kaji selidik  untuk memberi beberapa bantuan yang anda perlukan dalam menghadapi convid19.  Borang tinjauan ini adalah untuk kerajaan Malaysia memahami   tentang keberkesanan  bantuan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia setakat ini . 

Kaji selidik  ini akan makan masa lebih kurang 10 minutes.  Anda Cuma perlu pergi link yang di bawah  dan anda akan dibawa ke laman web  tersebut. 

Terdapat banyak soalan yang mengenai bantuan -bantuan yang telah dibagi oleh kerajaan setakat ini, dan juga adakah ia dapat membantu kita pada masa yang mencabar ini .  Anda boleh melengkapi kaji selidik ini ,dan lihat  apakah reaksi kerajaan selepas menerima kesemua kaji selidik tersebut.

Diharap anda serbagai rakyat Malaysia yang perihati, sila share  BORANG TINJAUAN  ini kepada mereka yang tidak tahu , mana tahu  kerajaan  akan  memberi bantuan yang baru selepas mendengar semua rintihan dan masalah rakyat.

Klick

Kaji Selidik PRIHATIN Rakyat





Ahad, 30 Ogos 2020

Tabung COVID-19 dilanjut.

 



Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Dan yang kedua adalah , Tabung COVID-19 yang diurus oleh NADMA juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. 

Tabung covid 19 ini adalah pembayaran RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

 Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang. Tarikh tutup untuk bantuan khas ini adalah pada 31 Ogos 2020 , tetapi sekarang telah dilanjutkan sehingga 31 disember 2020. 

Cara mohon bantuan ini adalah muat turn semua document ini , anda boleh download semua document ini kat bawah sini dan hantar ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) alamat ini.


link website NADMA



Sabtu, 29 Ogos 2020

Kemelut 'Musang King Raub'

Ketahui Sejarah Ringkas Kampung Sungai Chalit 

Sepanjang dua minggu ini, ketegangan berhubung isu pemutihan kebun durian di Raub oleh kerajaan Pahang kian meningkat dengan protes oleh ratusan pekebun durian haram dan dakwaan pekerja syarikat yang terlibat menerima ancaman dan gangguan. Tetapi bagaimanakah isu itu boleh timbul pada mulanya?

Secara asasnya, kerajaan Pahang dalam usaha menuntut kebun durian haram yang berkeluasan besar menerusi usaha sama antara badan berkanun, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources (RPDR), yang mempunyai kaitan dengan kerabat diraja negeri itu.

Ia menemui jalan buntu apabila ratusan pekebun haram menolak kontrak yang ditawarkan RPDR-PKPP.Bagaimanapun, sejumlah pekebun haram sebelum ini telah dimasukkan dalam rancangan yang dilancarkan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), sebuah lembaga yang kemudiannya menjadi PKPP.

Beberapa penduduk Kampung Sungai Chalit, Raub, memberitahu Malaysiakini bahawa LKPP pernah berjanji untuk memberikan tanah seluas 0.81 hektar (2 ekar) kepada setiap peserta Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK) pada tahun 1970-an.

Sebagai pertukaran, peserta yang berpindah ke kampung itu akan menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa berhubung kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) di hutan di situ.

Dengan kata lain, penduduk mendakwa kerajaan negeri pada beberapa dekad lalu menjanjikan tanah kepada mereka dan kini mahu mengambilnya semula.

Pemberian pada Jun

Pada bulan Jun, kerajaan Pahang memberikan hak pajakan tanah seluas 5,357 ekar kepada RPDR-PKPP. Syarikat itu kemudian mendakwa sebanyak 30 peratus kawasan telah diceroboh.

Bekas ketua kampung Mohamad Ali, 80, telah tinggal di situ sejak 1979.

Dia memberitahu Malaysiakini bahawa skim penempatan semula Sungai Chalit diwujudkan oleh LKPP dan lembaga itu menggesa mereka untuk menetap di situ, dengan janji tanah seluas 0.81 hektar (2 ekar) setiap seorang.

Selepas menjadi ketua kampung pada 1979, dia memperjuangkan hak tanah kepada penduduk kampung seperti yang dijanjikan kerajaan.

Ada yang mendapat geran tanah dan ada juga yang masih tidak mendapatnya, sehingga hari ini.

"LKPP janji beri tanah dua ekar (0.81 hektar), tetapi bila kita tanya (tentang geran tanah), mereka pada mulanya tidak beri. Saya beritahu mereka 'anda tak boleh buat macam ini, anda sudah janji'," kata Mohamad. "Jika anda tak janji, kami tak datang ke sini," katanya lagi.

Dia menyifatkan kawasan itu pada 1970-an adalah hutan belantara yang tidak berani dimasuki sesiapa kerana menjadi medan pertembungan antara askar dan polis yang melawan komunis.

Skim penempatan ada rekod rasmi

LKPP diwujudkan pada 1969 di bawah Enakmen Darurat Pahang (Bil 2) Tahun 1969, sebelum ia menjadi PKPP.

Laman rasmi PKPP turut memaparkan sejarah penubuhan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan.

"Dengan berlakunya banjir besar pada 1970/1971 serta gerakan komunis yang masih berleluasa, LKPP diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tambahan projek sosial melibatkan rakyat iaitu Rancangan Penempatan Semula Banjir dan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan di samping Projek Tanah Pinggir dan Ladang Kecil," menurut laman web itu.

Selain itu, data kerajaan turut menunjukkan bahawa RPS Sungai Chalit diwujudkan dalam Rancangan Penempatan Semula Keselamatan(RPSK) pada 1978 di bawah RPSK oleh KLPP, dengan 128 peserta.

Terdapat empat "kampung RPSK" di Pahang, menurut data tersebut. Tiga lagi terletak di daerah Lipis. Empat kampung ini diwujudkan antara 1977 dan 1979.

Data kerajaan juga menunjukkan jumlah kebun di tiga kampung yang lain, tetapi untuk Sungai Chalit, dinyatakan sebagai "tiada lot".

Kebanyakan penduduk Sungai Chalit adalah masyarakat Melayu dan Cina. Kampung itu tidak jauh daripada beberapa bukit.

Menurut penduduk kampung, kedua-dua kebun berlesen dan haram ada di sana.

'Hanya untuk cari makan'

Mohamad akui bahawa ada penduduk kampung meneroka tanah terbiar melangkaui dua ekar yang dijanjikan pihak berkuasa.

Dia berkata sebab mereka berbuat demikian adalah ringkas - iaitu untuk menyara kehidupan.

"Cari makan kat situ, semua Cina dan Melayu pun begitu. ada tempat (kosong), kita usahakan.

"Di sini orang lain tak masuk, semua (penduduk) sini. Jadi bikinlah (bertanam), boleh tanam durian, kelapa, koko pun ada yang tanam," katanya lagi.

Malaysiakini berkunjung ke kampung itu pada 24 Ogos 2020, iaitu pada hari kerajaan negeri secara rasmi mengambil semula tanah yang diusahakan tanpa kebenaran.

Pada hari itu, penduduk berkumpul di depan kedai runcit kampung itu untuk menyuarakan bantahan dan menuduh kerajaan sebagai mungkir janji.

"Kenapa (tanah) yang diberi nak angkat (ambil) semula? Mereka tak beri hak milik (tanah kepada penduduk)," kata Mohd Rizal Mohamed Rusli, penduduk generasi kedua Sungai Chalit.

"Sekarang bila (kawasan itu) sudah naik, baru mereka nak. Senang sangat mereka mahu cari wang?

"Kita tak boleh bagi, sebab ini betul-betul hak kita," katanya lagi.

Peta dilakar, ditanda

Mohamad juga mengimbas kembali bagaimana penduduk mengumpul wang untuk mengupah juru ukur tanah mengukur keluasan kebun mereka.

Lokasi kebun mereka dilakar dan dinomborkan. Seorang penduduk kampung menunjukkan peta tersebut kepada media.

Rizal berkata lagi, LKPP kemudian membuat salinan peta dan menghantarnya ke pejabat tanah.

Seorang lagi peneroka Sungai Chalit, Mat Isa Salleh, 65, mengeluh betapa penat lelah selama berdekad oleh penduduk kampung akan menjadi sia-sia jika tanah tersebut diambil syarikat.

"Kalau syarikat ini ambil (tanah), kita balik semula ke tahun 1980-an. Kita susah," katanya

Media telah menghubungi kerajaan Pahang untuk mendapatkan maklum balas.

Jalan utama ke kebun haram terletak di hujung jalan tar di kampung itu. Menurut penduduk, jalan sama juga akan membawa ke kebun berlesen.

Pada 12 Ogos 2020, Royal Pahang Durian membawa beberapa kabin pemeriksaan keselamatan sebagai persediaan untuk mengadakan sekatan jalan raya. Ia menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk.

Seorang penduduk kemudian membuat laporan polis pada 23 Ogos, berkata syarikat mahu membuat sekatan jalan tanpa memaklumkan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK), dan ia didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk dan menjejaskan keharmonian kampung.

Syarikat pula mengeluarkan kenyataan semalam, mendakwa pekerja mereka diancam dan diganggu pekebun dan juga telah membuat laporan polis. - Pahang Daily Online

Bekas ketua kampung Mohamad Ali, 80,  telah tinggal disini sejak tahun 1979
Bekas ketua kampung Mohamad Ali 80, 
telah tinggal di situ sejak 1979.




Jumaat, 28 Ogos 2020

Motosikal Yamaha 125zr Go! berharga RM85,000.

 

Yamaha 125zr

Sebuah Motosikal Yamaha 125zr Go! dijual dengan harga RM85,000 kepada seorang peminat model berkenaan dari Vietnam. Edisi pelumba MotoGP, Valentino Rossi yang dikeluarkan khas pada 2003 itu dibeli oleh seorang  lelaki yang dikenali sebagai Chuong.

Penjual Mohammad Azehar Mat Siam, 29 seorang jurutera dari Flat Sri Melaka Cheras, terkejut apabila ada peminat Yamaha 125zr yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk memiliki  motosikal tersebut. Pada mulanya  saya sengaja meletakkan harga RM85,000 supaya Chuong tidak membelinya, namun tidak sangka dia terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000. Pagi tadi, dia datang ke rumah untuk melihat motosikal itu dan terus bersetuju membelinya, serta membayar baki keseluruhan sebanyak RM55,000.

Motosikal itu dibeli dengan harga RM6,617.76 dan saya tidak pernah menungganginya, malah tidak didaftarkan. Sayang nak guna motosikal itu, jadi selama 17 tahun ini, motosikal itu hanya disimpan di dalam rumah,” katanya 




Khamis, 27 Ogos 2020

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan

                                                                     Laman Web PLKPK

Bantuan Insentif RM200-RM300 Sebulan PLKPK Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 

• Program Latihan kemahiran pertanian kebangsaan PLKPK diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian.

Antara Objektif PLKPK  ini adalah ,

• Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan , berkemahiran dan berdaya saing.

• Melajirkan tenaga kerja mahir dan professional yang akan berkhidmat di dalam sector swasta bidang pertanian.

• Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


Antara syarat permohonan adalah 

• Warganegara Malaysia

• Memiliki sekurang -kurangnya SPM atau setaraf

• Berumur 18-25 tahun

• Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan.


Insentif yang akan diterima adalah 

• Yuan Pengajian percuma

• Elaun RM200-RM300 sebulan

• Penginapan disediakan

• Makan dan minum disediakan

Jika anda menepati kesemua syarat ini anda boleh mohon kat 


Buat Permohonan Sekarang






Selasa, 25 Ogos 2020

Skim Bantuan Veteran ATM.

 


Skim Bantuan Sara Hidup RM 300 bulanan ,untuk veteran ATM , Angkatan Tentera Malaysia. Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban tanggungan sara hidup Veteraan ATM dan tanggungan mereka yang hilang upaya, menghidap penyakit kronik, dan hidup dibawah paras garis kemiskinan (PGK) semasa. 

Malaysia merupakan negara yang selamat, kita tidak ada peperangan seperti di negara lain  tetapi , negara juga perlu ada tentera yang siap sedia untuk menyelamatkan negara .  Semua anggota  tentera, sedia berkorban untuk menyelamatkan negara  jika peperangan berlaku  dengan gaji yang tidak banyak , training yang berisiko tidak dapat jumpa family.  Mereka  juga rela berkorban nyawa untuk negara.  

Syarat-syarat permohonan Kadar bantuan RM300 sebulan

• Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK). 

• Permohonan tanpa mengemukakan pendapatan akan ditolak kecuali penyakit yang menghalang pekerjaan (memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan). Untuk memohon , anda perlu muat turun ini,  download link di bawah .

• Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) Muat Turun. 

• Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan. 

• Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran. Moga dapat membantu anda.







Isnin, 24 Ogos 2020

Pekebun durian Raub berdemo.

 

Sekumpulan pekebun durian yang diancam pengusiran berkumpul di pasar Sungai Klau di Raub, Pahang bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan isu itu.

Mereka, yang mengusahakan tanaman durian atas tanah kerajaan tanpa kebenaran, memegang pelbagai sepanduk dan melaungkan slogan meminta kebun mereka “diselamatkan”.

Mereka turut membuat gesaan itu dalam sidang media dianjurkan oleh anggota Dewan Undangan Negeri Tras Chow Yu Hui dan kumpulan yang menamakan diri mereka Perikatan Selamatkan Musang King (Samka).

Bercakap kepada media, Chow berkata fakta sejarah menunjukkan mereka sebenarnya digalakkan meneroka tanah kosong kerajaan sekitar tahun 1970-an melalui Rancangan Buku Hijau.

Justeru, kata mereka, mereka bukanlah peneroka haram.

 FB, Anwar Syafiq


Selamat Menyambut Hari Merdeka.





Ahad, 23 Ogos 2020

Program Desa Lestari 2020


Apa itu Program Desa Lestari?

Program ini adalah bantuan geran bagi melaksanakan aktiviti ekonomi di Luar Bandar melalui platform koperasi komuniti.

Objektif

  • Meningkatkan keupayaan Komuniti dalam merancang, menjayakan projek pembangunan  luar Bandar.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan di luar Bandar.
  • Meningkatkan pendapatan penduduk.

Senarai Aktiviti Ekonomi

  • Perkhidmatan 
  • Pelancongan
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Pembuatan
  • Peruncitan

Kriteria Pemilihan Kampung.

  • Kampung yang mempunyai MPKK
  • Dicalonkankan oleh Kerajaan Negeri LKW 
  • Berpotensi untuk dibangunkan.
  • Melaksanakan projek secara komuniti 
  • Kesediaan melaksakan projek ekonomi.
  • Mempunyai kepimpinan yang berwibawa.
  • Kampung cemerlang mempunyai koperasi komuniti.


Usaha dari  kita semua untuk warga Kampung Lubuk Kulit  dan  Kampung Dusun yang terpilih,  penyediaan & pembentangan kertas kerja Desa Lestari 2020 Peringkat Kebangsaan pada 22 Ogos 2020 lalu doakan kejayaan kita semua....Aamin

Kampung Dusun

sesi presentation


Yang berusaha Penghulu Telang Muhamad Hafiz, Tok Empat Mazlan Jali dan semua yang terlibat.



Sabtu, 22 Ogos 2020

Jungle Railway

 Video ini adalah permulaan penelitian  hutan  kali ini dengan kereta api, laluan ini dikenali sebagai ‘Jungle Train’  atau ‘The East Coast Line’.

Kami bermula di Kuala Lipis sebuah bandar 160km ke timur laut Kuala Lumpur.

Kuala Lipis adalah pusat perlombongan emas sebelum British tiba pada tahun 1887. Pada tahun 1898, ia menjadi ibu kota Pahang hingga tahun 1953. Selama ini, bangunan besar kolonial, seperti Pejabat Daerah yang mengagumkan dan Sekolah Clifford, dan Kelab Pahang dibina. Rumah atas puncak Bukit Residen Inggeris kini menjadi hotel dan muzium.

Bandar ini berkembang dan makmur dengan kedatangan kereta api pada tahun 1924. Namun, pada bulan Ogos 1955, ibukota negeri dipindahkan ke Kuantan, dan Kuala Lipis mengalami kemerosotan.

Kami bercadang menghabiskan sekurang-kurangnya sehari di sana untuk melawat bandar lama.

Sekarang ke perjalanan kereta api ...”

Bahagian II tidak lama lagi ...”

Ia bergerak dari Tumpat di utara Kota Bharu di Kelantan hingga ke Gemas di Negeri Sembilan di mana ia bergabung dengan garis pantai barat yang bergerak dari Singapura ke Bangkok melalui Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Nama 'East Coast Line' agak mengelirukan - setelah kereta api meninggalkan Tumpat, ia tidak ke mana-mana berhampiran laut. Mungkin ia disebut kerana menghubungkan negeri pantai timur Kelantan dengan rangkaian rel Malaysia yang lain. Jungle Railway adalah penerangan yang lebih tepat kerana melewati kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia yang jarang dihuni dan berhutan tinggi dan menutupi taman negara Taman Negara dan Kenong Rimba.



The Jungle Railway


Selasa, 18 Ogos 2020

Sejarah nama Pulau Berhala

 

Di Pahang terdapat dua buah pulau dipanggil Pulau Berhala. Sebuah di darat dan sebuah  lagi di Laut.

Pulau Berhala di tanah darat letaknya  Sungai Jelai di Kuala Sungai Telang, mukim Telang daerah Lipis. Pulau Berhala yang sebuah lagi itu di Laut China Selatan.

Pada hari ini tidak ramai yang tahu Pulau Berhala di Hulu Pahang. Ini kerana pada masa kini tidak ramai lagi yang menggunakan ‘motobot’ jauh sekali mengalah perahu mudik Sungai Jelai.

Mengikut cerita orang tua dahulu kala ramai orang tinggal di sebuah pulau di Kuala Sungai Telang. Mereka menanam tebu di sana.  Orang yang tinggal dipulau itu ada memelihara seekor kerbau balau jantan  dan orang yang tinggal di buntut pulau itu memiliki seekor kerbau jantan hitam.

Musim tebu kedua-dua ekor kerbau itu digunakan orang untuk mengilang tebu.  Ia digunakan bergilir-gilir. Kerbau hitam digunakan pagi dan kerbau balau petang.

Kononnya pada suatu pagi kerbau hitam terlepas kandang.  Sebab itu terpaksalah mereka menggunakan kerbau balau. Pada mulanya kerbau balau menjalankan tugasnya dengan baik, akan tetapi apabila hampir waktu bulat bayang ia jadi terlalu lemah.  Sungguhpun demikian ia tidak dihentikan kerana masih ada sedikit tebu yang belum dikilang. Oleh kerana terlalu letih kerbau balau pun melenguh.  Ia melenguh dengan sekuat-kuatnya.  Maka dengan tiba-tiba turunlah hujan panas diikuti dengan rebut petir.  Masa itu kebau balau lari.  Ia menarik kilang tebu ke kepala pulau dan terus ke Sungai Jelai. Masa itu juga kerbau hitam dilihat orang terjun ke Sungai Jelai.  Kedua-dua ekor kerbau itu ghaib.

Dari semejak itu bila turun hujan panas selalu sangat dilihat orang kerbau balau timbul di sebelah kepala pulau dan berhanyut hilir ke buntut pulau. Masa itu kerbau hitam akan timbul di buntut pulau.  Kedua-dua ekor kerbau itu naik ke buntut pulau lalu berlaga.  Kadang-kadang mereka berlaga di dalam sungai akan tetapi selepas bah besar 1926 perkara ini sudah tidak berlaku lagi mungkin disebabkan air tepi pulau ini telah menjadi tohor.  

Oleh kerana kerbau-kerbau itu telah jadi berhala maka pulau itu telah dipanggil  Pulau Berhala. 


Pulau Berhala.




Asal Usul Nama Tempat Bersejarah
Dato' Hj. Zakaria bin Hitam

Isnin, 17 Ogos 2020

Pakej fertigasi secara kecil kecilan di rumah.

Semenjak negara kita dilanda #covid19, kita mulai sedar bahawa pentingnya bekalan makanan yang mencukupi. Ini dapat dilihat ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, permintaan terhadap makanan seperti buah dan sayuran meningkat. Maka,  dasar dan pelan pembangunan makanan negara diperkasa.

Sehubungan dengan itu PPK (PELADANG) Jelai melancarkan program Laman Makanan bertujuan membuka peluang kepada ahli mahupun bukan ahli khususnya suri rumah di Kg Keledek untuk menanam sayuran fertigasi secara kecil kecilan di rumah.

Pakej yang ditawarkan ialah 20 polibeg, cocopeat, dan sistem fertigasi lengkap berserta anak benih (boleh dipilih). PPK juga akan menyediakan servis pemantauan secara berkala, khidmat nasihat dan tips penjagaan. Semuanya akan disediakan termasuk pemasangan dan tanam. Kita cuma jaga sahaja. Pakej ini cuma berharga RM180.

Bolehlah menanam secara kecil kecilan untuk keperluan dapur seisi keluarga. FRESH pulak tu dari kebun sendiri.

Bagi yang berminat boleh hubungi

Ketua Unit Peladang Kg Keledek : Ahmad Zaini 0194086756

Peladang Muda Kg Keledek : Lukman 01158601464

Timer Fertigasi

Kredit : FB Kg. Keledek


Ahad, 16 Ogos 2020

Kemalangan Maut

LIPIS 14 Ogos - Gara-gara sebuah lori muatan sawit yang dipercayai hilang kawalan menyebabkan tiga termasuk dua beradik maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori berkenaan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh di sini, hari ini.

Mangsa yang maut ialah dua beradik, iaitu Roziah Mohamed Yusof,22 dan Mohamed Rozuan Mohamed Yusoff,32, yang berada di tempat duduk belakang serta pemandu kereta, Faizul Idzafi Azmi,34.

Seorang lagi penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah di kepala manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 5.45 petang berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur.

"Apabila sampai di tempat kejadian lori yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kereta berkenaan.

"Akibat kejadian tersebut pemandu dan dua penumpang kereta maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah,"katanya di sini, hari ini.

Menurut Azli mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.

FB Pahang Story.



Sabtu, 15 Ogos 2020

Kuala Tembeling pintu masuk Taman Negara.

Cerita Pelancong.

Kuala Tembeling terletak di pertemuan Sungai Tembeling dan Sungai Jelai di Malaysia, dan di sinilah tempat permulaan ke  Taman Negara.

Cadangan

Menaiki Bas atau teksi  untuk menuju ke Kuala Tahan, pintu masuk Taman Negara,  ini adalah pengalaman yang luar biasa. Hari Ahad ada pasar satu hari menjual. Di situ ada berbagai jualan hasil kampung. 

Sama sekali tidak ada yang dapat dilihat atau dilakukan di Kuala Tembeling, tetapi anda harus melalui jalan ini jika anda ingin ke Taman Negara.  Untuk ke  Taman Negara dengan menaiki kapal terbang. Dari Kuala Lumpur, bas membawa anda ke Jerantut. Dari sana, anda boleh pergi ke taman Negara  dengan menaiki bas atau teksi  ke Kuala Tembeling.

Perjalanan dengan bot panjang sungguh menyeronokan,  memakan masa sekitar dua setengah hingga tiga jam di Sungai Tembeling yang membawa anda terus ke pintu masuk Taman Negra, Bot bertolak pada pukul 9 pagi dan 2 petang setiap  seminggu, tetapi pada hari Jumaat hanya ada satu bot yang bertolak pada jam 2:45 petang.

Di Kuala Tahan, anda akan mendapat lebih banyak kemudahan, kedai, restoran dan penginapan. Saya sangat menyukai restoran bot. (even though they didn't sell beer).

Perahu Panjang.

Satu pengalaman yang menyeronokkan ,merasai pengalaman menaiki perahu panjang di sungai Tembeling. Perahu panjang merupakan pengangkutan utama satu ketika dahulu bagi penduduk di pesisir sungai Tembeling. Mungkin satu masa nanti ianya akan jadi sejarah bagi kita.

Menyusuri Sungai Tembeling

Wow...."



Selamat Datang Ke Sungai Tembeling.


 Di atas perahu Panjang.

Kredit FB Pahang Story 

Lagu Sungai Tembeling 

Lagu nyanyian Wan Nordin Bin Wan Mustafa.

 

Khamis, 13 Ogos 2020

Progam Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan @ MyFutureAgro

 


Elaun RM1000 Kerajaan Penjana Malaysia 2020  akan dibagi kepada 6000 orang sahaja .  

Bantuan yang saya nak kongsi hari ini adalah Pelaksanaan Progam Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agro makanan di My future Agro.  Ini bertujuan untuk memperkenalkan insentif untuk memudah cara mobiliti tenaga kerja pertanian kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi peluang dalam pertanian dan Agro makanan disamping menggalakkan pengambilan pekerja.   

Selain itu, program ini juga dijalankan sebagai intervensi secara langsung bagi membantu pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tempoh pasca COVID-19 mendapatkan latihan dan kemahiran dalam bidang agro makanan.  

Terdapat beberapa insentif seperti berikut;

Elaun Pengajian (maksimum 6 bulan)

 a) RM800: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) tempatan berumur 40 tahun dan ke bawah; dan 

b) RM1,000: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) berumur 40 tahun ke atas; dan termasuk golongan kurang upaya (OKU). 

Bantuan Mobiliti (one-off) 

a) RM600: Sekiranya terpaksa berpindah melebihi 100km (sehala) dari lokasi tempat pemastautin; dan 

b) RM1,000: Sekiranya terpaksa berpindah merentasi wilayah seperti dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau sebaliknya.

Tempoh permohonan dan kelulusan Permohonan telah dibuka pada 10 Ogos 2020. Selepas permohonan lengkap diterima, proses pemadanan akan dibuat dan e-mel notifikasi akan diterima selepas selesai proses tersebut. Pembayaran insentif akan dibuat secara bulanan selepas penerimaan pelaporan daripada pihak syarikat. Pembayaran bantuan mobiliti akan dibuat selepas syarikat berjaya membuat pemilihan pelatih dan saringan kelayakan dibuat.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di talian 03-88701802/ 1695/1692 atau e-mel kepada myfutureagro@mafi.gov.my

Klick di bawah: 

Portal Rasmi: 

https://www.mafi.gov.my/web/guest/myfutureagro


Ahad, 9 Ogos 2020

Artis yang telah meninggal dunia

56 Seniman Malaya Meninggal Dunia Tahun 2000 - 2009 

Raja Ismail ( 1940 - 2000 ) 

Normadiah ( 1932 - 2000 ) 

Mak jah ( 1941 - 2000 ) 

Miss aminah ( 1919 - 2000 )

 Ghazali Sumantri ( 1930 - 2001 ) 

Tok Dalang Hamzah ( 1940 - 2001 ) 

Zain Azman ( 1935 - 2001 ) 

Salleh Hijjaz ( 1973 - 2001 ) 

Fazidah Joned ( 1944 - 2001 ) 

M. Osman ( 1939 - 2001 ) 

Rambo Chin ( 1944 - 2001 ) 

Zariee Raihan ( 1968 - 2001 ) 

Mahmud Jun ( 1921 - 2002 ) 

Ahmad Daud ( 1932 - 2002 ) 

Rafeah Buang ( 1948 - 2002 ) 

JS Kevin ( 1960 - 2002 ) 

Rejabhad ( 1939 - 2002 ) 

Bab Mustaffa ( 1951 - 2002 ) 

M. Amin ( 1924 - 2003 ) 

Ibrahim Pendek ( 1932 - 2003 ) 

Sharifah Hanim ( 1935 - 2003 ) 

Syed Anaz ( 1961 - 2003 ) 

Siti Mariam ( 1929 - 2004 ) 

Kemat Hassan ( 1929 - 2004 ) 

Fatimah Ahmad ( 1941 - 2004 ) 

Saadiah ( 1937 - 2005 ) 

Bad Latiff ( 1951 - 2005 ) 

Aziz Jaafar ( 1935 - 2005 ) 

Noraini Hashim ( 1936 - 2005 ) 

Ismail Din ( 1951 - 2005 )

 Moon ( 1957 - 2005 ) 

Rosiah Chik ( 1931 - 2006 ) 

S. Jibeng ( 1942 - 2006 ) 

Hani Mohsin ( 1965 - 2006 ) 

Seha Freedom ( 1962 - 2006 ) 

Fadzil Ahmad ( 1941 - 2006 ) 

Kasma Booty ( 1932 - 2007 ) 

Loga Alleycats ( 1953 - 2007 ) 

Izi Yahya ( 1965 - 2007 )

 Tony Kassim ( 1935 - 2007 ) 

Hussein Abu Hassan ( 1937 - 2007 ) 

Loloq ( 1958 - 2008 ) 

Salamah Basiron ( 1943 - 2008 ) 

Yazid Sobrani ( 1964 - 2008 ) 

Fendi A to Z ( 1969 - 2008 ) 

Yusni Jaafar ( 1945 - 2008 ) 

Ahmad Mahmood ( 1927 - 2008 ) 

A. Samad Ismail ( 1924 - 2008 ) 

Samad Lefthanded ( 1963 - 2008 )

 Raffi Hussain ( 1959 - 2008 ) 

Nasir Ali ( 1953 - 2008 ) 

Nasir P. Ramlee ( 1953 - 2008 ) 

Syed Alwi Syed Hassan ( 1930 - 2008 ) 

Wan Othman Hamid ( 1931 - 2008 ) 

/

Senarai Seniman Meninggal Dunia pada Tahun 2010 hingga 2015.

Robert Lam ( 1945 - 2010 )

Yanie Mentor ( 1985 - 2010 )

Din Beramboi ( 1966 - 2010 )

Achik Spin ( 1982 - 2010 )

Mariam Baharum ( 1935 - 2010 )

Yusof Chong ( 1947 - 2010 )

M. Rajoli ( 1945 - 2010 )

Shamrin Fotograf ( 1965 - 2010 )

Faizal Yusof ( 1978 - 2011 )

Dol Ramli ( 1922 - 2011 )

Aimi Jarr ( 1936 - 2011 )

Orkid Abdullah ( 1947 - 2011 )

Mahyon Ismail ( 1942 - 2011 )

Zami Ismail ( 1944 - 2011 )

Hasnah Haron ( 1947 - 2011 )  

Noramfaizul Mohd Nor ( 1971 - 2011 )

Ahmad Jais  ( 1936 - 2011 )

Izwan Pilus ( 1979 - 2012 )

Latif Ibrahim ( 1951 - 2012 )

Mazlan Nordin ( 1925 - 2012 )

Bob Kuman ( 1971 - 2012 )

Fickry Yaacub ( 1947 - 2012 )

Osman Kering ( 1964 - 2012 )

Paul Ponnudorai ( 1961 - 2012 )

Nyonya Tan Abdullah ( 1950 - 2012 )

Raja Hamidah Raja Saat ( 1932 - 2012 )

Omar Suwita ( 1923 - 2013 )

Kuswadinata ( 1938 - 2013 )

Alan Zachariah ( 1942 - 2013 ) 

S. Shamsuddin ( 1929 - 2013 )

Latifah Omar ( 1939 - 2013 )

Umi Kalthum ( 1931 - 2013 )

Maimon Mutalib ( 1957 - 2013 )

Noreen Noor ( 1959 - 2013 )

Ahmad busu ( 1952 - 2013 )

Azean Irdawaty ( 1950 - 2013 )

Farid Ali ( 1963 - 2013 )

Kassim Masdor ( 1938 - 2014 )

Naaman Mohammad Rawi ( 1938 - 2014 )

Ali Mamak ( 1951 - 2014 )

Jeremy Little ( 1983 - 2014 )

Taufik Latiff ( 1945 - 2014 )

Sidek Hussain ( 1951 - 2014 )

Kartina Dahari ( 1941 - 2014 )

Aziz Sattar ( 1925 - 2014 )

Jamal Muhamed ( 1939 - 2014 )

Adam Ahmad ( 1964 - 2014 )

Sharifah Aini ( 1953 - 2014 )

Shuba Jay ( 1976 - 2014 )

Maidin Ibrahim ( 1938 - 2014 )

Jamil Sulong ( 1926 - 2014 )

Mustapha Maarof ( 1935 - 2014 )

Mohd Shariff Ahmad ( 1952 - 2015 )

Hasbullah Awang ( 1952 - 2015 )

Famieza ( 1972 - 2015 )

Harun Salim Bachik ( 1959 - 2015 )

Elias Shah ( 1960 - 2015 )

Mama Juwie ( 1953 - 2015 )

Azwan Annuar ( 1977 - 2015 )

Julie Dahlan  ( 1953 - 2015 )

Samsudin Lamin ( 1939 - 2015 )

Karim Latiff ( 1937 - 2015 )

Mazlan Embong ( 1940 - 2015 )

Syed Haron Syed Ahmad ( 1950 - 2015 )

Yus Jambu ( 1976 - 2015 )

Mariani ( 1933 - 2015 )

Momo Latiff ( 1921 - 2015 )

Aziz Desa ( 1965 - 2015 )

Tiffany Leong ( 1985 - 2015 )

Kredit : You Tube Kesah Sedih.


Mereka yang meninggal kan kita moga di tempat bersama-sama orang yang beriman ...Aamin




Sabtu, 8 Ogos 2020

HONDA CITY VTEC 2007

Honda City Vtec 2007
 

  Enjin VTEC 2007



Barang Ganti Honda City

BERITA BAIK UNTUK WARGA CITY/JAZZ GD NORTHERN
Free delivery ke Ipoh / Penang..

FREE COD BERGERAK DI
14 JULY 2020 DI SEKITAR NEGERI PULAU PINANG

Bagi yang booking awal sebelum 13hb July 2020..
wasap.my/60182000054
Hanya list dibawah saja..."

Assalamualaikum
w.b.t & salam sejahtera...

Sedikit barang-barang  Halfcut Japan Jazz GD / City GD3-GD8 untuk diniagakan :

SPAREPART ASAL DARI JAPAN

- Alternator RM1xx

- Starter Highspeed RM1xx

- Coil Plug IDSI RM2xx (8Biji)

- Coil Plug VTEC RM2xx (4Biji)

- Pvc Valve RM1x

- Pvc Hose A RM1x

- Pvc Hose B RM1x

- Tensioner Bearing RM3x

- Thorttle Body RM1xx

- Iacv RMxx

- TPS RMxx

- Ficd RMxx

- Intake RM2x

- Intake Plate RM2x

- Gearbox Valve Body RM1xx

- Speed Sensor RM1xx 3BIJI

- Compressor Aircond RM1xx

- Flywheel RM1xx

- Gearbox + Flywheel RM6xx

- Enjin Kosong Vtec RM9xx

- Enjin Kosong IDSI Rm8xx

- Enjin Complete Vtec RM1xxx

- Enjin Complete IDSI RM1xxx

- Wiring + Ecu Vtec Rm3xx

Berminat boleh terus

📞 0⃣1⃣8⃣2⃣0⃣0⃣0⃣0⃣5⃣4⃣ Atau

☎☎ wasap.my/60182000054

POS LAYAN

COD & Pemasangan Shah Alam

Tq support Zamgarageautopart

FB : nizam razak

SENARAI POMEN HONDA JAZZ CITY VTEC IDSI 2003-2000

Untuk panduan yang sedang mancari pomen

  • Mohd Hafizie Che Saad area kelang-0187740019
  • Ah Kei Area Manjung Perak -  0184021232
  • Rabiulawal Hamzah Area Sungai Buloh -  0177385710
  • Pok Sue Area Kajang - 0168993817
  • Nizwan Wan Area kedah Perlis Changloon - 0175158545
  • Az Mun Nizam Area Kedah Penang Sungai  Petani - 0125632954
  • Zakie Zikrie Area Johor -  0177925362
  • Ajam SK Area Kelang - 0132029306
  • Fairuz Ieda Area Ipoh Perak -  0176445715
  • Nizam Razak Area Shah Alam - 0182000054
  • Camemon Camex Area Kepala Batas Penang 0173682045
  • Dee Area Taiping 0175127409

Jika ada masaalah kereta boleh la berhubung dengan pomen ni semua insyaallah masaalah anda settle


Honda Jazz/City Sidemirror Autoflip For GD1/2/3/GD8







Satu Hari Masuk Workshop




Setahun kereta ni berkelip macam tu tapi bila kita matikan enjin hidupkan kembali ia elok semula nak pegi workshop kalau rosak gearbox paling tidak kena RM 2000. Hari ni saya pergi bengkel yang ada 'komputer box' untuk cari masalah tersebut dan pomen bagi tahu body valve rosak. Dengan menganti body valve halfcutt kereta kembali normal tiada 'berderem' bila naik bukit. Kalau tengok 'You Tube' Indonesia mereka cuci mengunakan minyak tanah sahaja.."


Gear box honda city dan Body Valve


 
Penyelesaian  Alarm Cobra Original

Sedikit perkongsian mengenai alarm cobra. Buat semua yg masih menggunakan alarm cobra original.
1. Masalah :
Remote nyala tetapi tiada tindak balas pada kenderaan
Penyelesaian : pairing semula.
Cara : tekan kedua dua button remote serentak & hold hingga led remote berhenti berkelip & tekan button besar (1x) & tekan button kecil (1x). Jika berjaya alarm akan berbunyi bip (2x).

2. Masalah :
Tiada bunyi atau bunyi terlalu kuat
Penyelesaian : adjust volume
Cara : buka bonet depan, buka pintu driver, pusing kunci on (II), tekan button besar & hold hingga led remote berhenti berkelip, & tekan button besar utk adjust kuat & button kecil utk adjust perlahan volume. Selepas selesai adjust volume pastikan bonet dpn & pintu driver di tutup dahulu sblm off kunci.

3. Masalah :
Remote rosak kereta x boleh start
Penyelesaian : start cara manual (kunci)
Cara : pusing kunci on (II), tekan button alarm di tepi suis side mirror sebanyak 4x perlahan-lahan, sesetengah model perlu menekan 8x. Jika berjaya meter akan keluar bunyi (tik) & boleh start kereta.

Moga bermanfaat.

Rabu, 5 Ogos 2020

Program Kembara Eksesais Makmur



KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini selamat berangkat tiba dari puncak Gunung Tahan, setelah menempuh pendakian selama 4 hari di dalam Program Kembara Eksesais Makmur. 
Program kembara ini adalah cetusan ilham Kebawah Duli Pemangku Raja sendiri, untuk menyaksikan dan menghayati keindahan bumi bertuah Pahang Darul Makmur. 

Bersama-sama dengan Kebawah Duli Pemangku Raja di dalam Kembara ini adalah pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz dan pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).

Sesungguhnya, rodong-rodong Pahang sekaliannya amat berbangga mempunyai seorang Pemangku Raja yang begitu cintakan negeri dan ingin menjelajah setiap inci dan pelusuk bumi bertuah Darul Makmur ini.
Daulat Tuanku.

Kredit: House of Pahang






Isnin, 3 Ogos 2020

App My Sejahtera Pengawal Penularan Covid19


Download My Sejtera dapat kredit e-dompet berjumlah RM50
Download MySejahtera dapat kredit e-dompet 
berjumlah RM50 mulai 31 Julai 2020


Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi normal baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pengawasan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia sejak 28 April lepas.

Hari ini adalah hari ke-90 rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 18 Mac dan kini, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun, rakyat Malaysia sangat digalakkan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk membolehkan mereka melakukan penilaian kesihatan kendiri.

Aplikasi MySejahtera, satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini Covid-19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

Antara komponen aplikasi ini ialah data harian dan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang mempunyai jangkitan Covid-19 selain membolehkan pengguna mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.

Selain itu, pengguna dapat menggunakan aplikasi untuk mengimbas kod QR dan mendaftar masuk di lokasi yang berkenaan sebagai alternatif kepada mengisi maklumat kontak rapat secara manual, selain merekodkan suhu sebagai syarat untuk memasuki sesebuah premis, sekali gus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

MySejahtera turut digunakan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memantau individu yang menjalani kuarantin di rumah termasuk mereka yang kembali dari luar negara selepas 10 Jun lepas.

Sehingga 12 Jun, kira-kira 2.5 juta orang yang menetap di negara ini memuat turun aplikasi MySejahtera.

Menyedari betapa pentingnya aplikasi MySejahtera dalam mengekang wabak Covid-19, kerajaan melakukan pelbagai usaha bagi menggalakkan masyarakat memuat turun aplikasi itu.
Antaranya, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi itu yang merupakan satu inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) kepada golongan M40 dan B40 berumur 18 tahun ke atas seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 7 Jun.

Oleh itu, jadikan kemudahan aplikasi MySejahtera sebagai ‘rakan karib’ anda walau di mana jua anda berada, selain membantu mendapatkan maklumat mengenai rawatan kesihatan sekiranya mempunyai gejala atau tanda-tanda jangkitan Covid-19.

Selain mematuhi SOP PKPP, usaha rakyat Malaysia menggunakan aplikasi MySejahtera berpotensi membantu kerajaan memerangi dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini. – Bernama


Sabtu, 1 Ogos 2020

Hari ni Wajib Pakai Penutup Muka..."


Berkuatkuasa 1 Ogos 2020, di kawasan awam yang ramai orang.
Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu. Maklum