Dato' Haji Zakaria bin Hitam atau dikenali Pak Zek
Buku tulisan Dato' Haji Zakaria Hitam
Budayawan Dato’ Haji Zakaria bin Hitam yang lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Zek' dilahirkan pada 20 Jun 1912 di Kampong Benta Mukim Langgar, Pekan Pahang. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Langgar hingga lulus pada tahun 1925. Kemudian ke sekolah Inggeris Kerajaan Pekan (1926-1928) dan seterusnya ke sekolah Clifford, Kuala Lipis sehingga tamat Junior Cambridgee (1932) dan lulus School Certificate bersendirian (1937).
Pernah berkihidmat sebagai Setiusaha Menteri Besar Pahang selama lima tahun dan sebagai Pegawai Kerajaan di Jabatan Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dari 1 Mei 1961 hingga 30 Dis 1970. Semasa bertugas di Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Pak Zek telah diberi tugas tambahan sebagai timbalan pendaftaran geran-geran selama 5 tahun 4 bulan. Pak Zek bersara pada 31 Dis 1970.
Selepas itu Pak Zek menumpukan sepenuh perhatian dalam kegiatan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang. Beliau juga menjadi ahli beberapa buah persatuan iaitu ahli Lembaga Muzium Negari Pahang, Ahli Folklore Society dan Oriental Ceramic di United Kingdom.
Pak Zek mula mengumpulkan cerita rakyat semenjak puluhan tahun. Lebih dari 200 karya telah diterbitkan. Karyanya ‘Si Bijak Di Hutan’ memenangi hadiah UNESCO dalam tahun 1967. Sebuah karyanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Sterling Press, New Delhi yang berjudul The Folktales of Malaysia pada tahun 1979. Setakat ini 40 buah buku cerita rakyat usahanya telah diterbitkan. Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang sastera, budaya dan sejarah, dia telah dianugerahkan gelaran Budayawan Negara oleh GAPENA pada tahun 1978. Pada Jun 1982 beliau dianugerahkan pula Ijazah Kehormat Sarjana Sastera oleh Universiti Malaya. Sempena Seminar Perlindungan dan Perkembangan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Negeri Pahang 1983 Pak Zek digelar Bapa Sastera Rakyat Pahang.
Yang cicir tidak dikutip
Yang hilang tidak dicari
“Maka tak syak lagi salah satu warisan budaya datuk nenek kita akan hilang. Masa itu anak cucu kita akan mencerca kita kerana kelalaian kita memelihara salah satu seni budaya kita; mereka akan memuji R.O Winstedt yang berjaya mengeluarkan buku cerita rakyat...” ucapannya di Universiti Malaya pada 19 Jun 1982
Dalam tahun 1986 Pak Zek dipilih sebagai Tokoh Budaya Pahang dan pada tahun 24 Okt 1987 telah dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Dato’ oleh KDYMM Sultan Pahang.
KOMEN
Walaupun tajuk buku ‘Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang'; buku ini banyak mencerita sejarah dan peristiwa yang amat berharga kepada generasi akan datang. Sejarah/Peristiwa penting untuk kita ingati dan menjadi satu pengajaran kepada kita. Tokoh-tokoh yang menyimpan, menulis berkenaan dengan fakta sejarah memang patut kita contohi dan sanjungi. Mengapa tulisan Dr W.Linehan, R.O Winstedt menjadi bahan rujukan sejarah negara kita, tiadakah penulis sejarah tempatan yang setanding dengan mereka….fikir-fikirkanlah.
4 ulasan:
adakah dato' haji zakaria hitam mempunyai adik yang bernama othman bin hitam ?
just nak tahu asal usul dan dimanakah untuk mendapatkan susur galur dato' haji zakaria hitam ?
syairsangpemimpi.blogspot.com
masih adakah dato'haji zakaria ini?jika ada bagaimana saya nk berhubung dengan beliau?sya berminat untuk mengetahui mengenai bahasa pahang.
Sy cucu kpd pak zek . Kami tinggal di kuantan
Taklaa . Adik beradik mak sy tadek y name othman . Sy maryam , cucu pak zek . Mak sy anak pak zek . Kami tinggal di kuantan
Catat Ulasan