Halaman

Ahad, 31 Januari 2021

Pelombong Haram di Hutan Jelai



Kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai di sini yang dikatakan mempunyai galian emas yang tinggi terus menjadi sasaran pelombong emas haram meskipun beberapa siri tangkapan dan serbuan dilakukan sepanjang tahun lalu.

Difahamkan dalam kes terbaharu, pelombong emas berpengalaman yang menggunakan teknologi terkini melakukan aktiviti haram itu di Kompartmen 86, Hutan Simpan Ulu Jelai, Mukim Batu Yon.

Pegawai Pejabat Hutan Lipis, Nor Shahrini Nordin Ahmad berkata, bagaimanapun aktiviti melombong emas secara haram itu berjaya dikesan dan disekat oleh pihaknya yang melakukan serbuan baru-baru ini.

“Serbuan dilakukan di kawasan berkenaan menemukan tapak khemah sindiket terbabit dipercayai dianggotai antara empat hingga enam individu yang berpengalaman luas dalam kegiatan itu.

“Namun kumpulan itu dipercayai baharu memberhentikan kegiatan haram yang dilakukan seterusnya meninggalkan tempat itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nor Shahrini, kes kali ini merupakan kejayaan pertama Pejabat Hutan Lipis tahun ini selepas sebanyak lima kes berjaya dikesan dan menahan beberapa individu pada tahun lalu.

Katanya, pemeriksaan di sekitar kawasan terbabit menemukan jengkaut dan lori hantu yang digunakan untuk memindahkan pasir serta batu yang diletakkan kira-kira dua kilometer daripada lokasi melombong.

“Turut ditemukan di situ palong besi yang digunakan untuk kegiatan melombong emas, sindiket terbabit menjadikan Hutan Simpan Ulu Jelai sebagai lokasi kegiatan mereka berikutan kawasan di situ dipercayai mengandungi galian emas yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemeriksaan di sekitar kawasan terbabit mendapati kegiatan melombong emas di situ masih baharu berdasarkan kesan aktiviti mengambil pasir dan mengorek batu dalam sungai masih berada pada peringkat awal serta kerosakan permukaan tanah masih pada tahap sedikit.

Ujarnya, kesan penggunaan jentera untuk kegiatan haram itu masih pada tahap tidak serius, pencemaran air sungai yang kebiasaannya berlaku tidak dikesan masyarakat setempat sebelum ini. – 

Kredit :  Utusan Malaysia


Lagu Kampung Lubuk Kulit Kuala Lipis.

 


 Lagu/lirik adalah ciptaan Mohd Tahir bin Ali 

Keratan Akbar 20 April 1994


Olan - Cinta Bandar Tasik Selatan (HQ Audio)



Jumaat, 29 Januari 2021

Peneroka keliru : Penjualan Saham FGV



Rata-rata peneroka di sini keliru dan tidak faham dengan tindakan Felda yang menawarkan pembelian saham FGV Holdings Berhad (FGV) yang dimiliki mereka dengan harga RM1.30 per unit.

Ketua Peneroka Felda Jengka 6, Saharuddin Lela berkata, Felda perlu membuat penjelasan terperinci berhubung perkara tersebut supaya tidak wujud salah faham dalam kalangan peneroka.

“Memandangkan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ekoran Covid-19, Felda perlu memikirkan kaedah munasabah supaya penjelasan berhubung perkara itu dapat segera dibuat.

“Kita perlukan penjelasan berhubung rasional tawaran berkenaan (jual saham FGV),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata, penerangan menyeluruh perlu dilakukan supaya semua pihak faham tujuan sebenar Felda untuk mengambil semula saham FGV milik peneroka.

Katanya, oleh kerana kekangan Covid-19, penerangan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp atau menerusi aplikasi sosial lain secara dalam talian.

Ketua Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim mengakui tidak mengetahui hujung pangkal kerana setakat ini belum diberitahu tentang penjualan saham FGV milik peneroka itu

Pandangan : Jual atau Tidak


                                                                      Dato' Zulkefli 

Sementara itu, Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputera Felda (DPBF) Pahang, Muzammil Mualif bersetuju dengan pandangan Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar supaya peneroka tidak menjual saham mereka.

Katanya, ia selari dengan penegasan pemimpin dan pegawai tertinggi Felda sebelum ini yang mengingatkan peneroka supaya jangan berbuat demikian.

“Seharusnya ada usaha bersepadu saham FGV milik peneroka ini ditambah dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi ekonomi peneroka

- UM 28 jan 2021

Sumber Utusan Malaysia.

Selasa, 26 Januari 2021

BELANJAWAN 2021 : Senarai Bantuan Kerajaan untuk rakyat.



Belanjawan 2021 yang bertemakan  ‘teguh kita, menang bersama’  merupakan belanjawan pertama pentadbiran Perikatan Nasional, dan menyediakan beberapa manfaat langsung untuk rakyat.

  • Bantuan Prihatin Rakyat
  • Wang caruman KWSP
  • Kakitangan Awam/Persara
  • Manfaat lain

Rakyat merupakan golongan sasar  boleh menyemak di link di bawah: 

1. Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Golongan B40
https://bit.ly/2XQwVvl

2. Bantuan Khas Penjawat Awam RM 600 Januari 2021
https://bit.ly/39HdOth

3. Bantuan Laptop dan Internet Percuma Untuk B40
https://bit.ly/2LIWGv5

4. Bantuan Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan JKM 2021
https://bit.ly/2LBSVYu

5. Bantuan Sara Hidup RM700 B40 mySalam
https://bit.ly/2XS5268

6. Bantuan Awal Persekolahan One-Off RM100 Sesi 2021
https://bit.ly/3nSXsmo

7. Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online
https://bit.ly/39I3Rf1






8. Skim Perumahan Belia BSN
https://bit.ly/2KrdUN1

9. I-Sinar Kategori 1
https://bit.ly/35QTeVU

10. I-sinar Kategori 2
https://bit.ly/3bQhews

11.Bantuan Prihatin Nasional
https://bpn.hasil.gov.my/

12.Bantuan Prihatin Rakyat
https://bpr.hasil.gov.my

13.Geran Khas Prihatin
https://gkp.hasil.gov.my/



Sebarkan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat agar kita sama-sama dapat mengharungi Pandemik Covid19 ini dengan baik.





Isnin, 25 Januari 2021

NOTA SPM 2021

 


Kongsikan nota ini kepada para pelajar anda. Semoga dipermudahkan urusan mereka ketika Covid 19 ini.

1. Perdagangan : https://bit.ly/2WO3wCv

2. Sejarah : https://bit.ly/2UD8hfM

3. Subjek Elektif : https://bit.ly/39l9ihU

4. Subjek Teras : https://bit.ly/3ao1Eoa

5. Sejarah FOrm 4: https://bit.ly/3arkOti

6. Tasawwur : https://bit.ly/3aqaG4a

7. Sains : https://bit.ly/2JjRoBu

8. Sains Sukan : https://bit.ly/33QRSbv

9. Perakaunan : https://bit.ly/2JeSqyy

10. Perdagangan 2: https://bit.ly/3ayvpCZ

11. Agama Islam : https://bit.ly/39oh8ae

12. P. Moral : https://bit.ly/2UjqyzA

13. Syariah : https://bit.ly/2UkeCha


14. Quran dan Sunnah : https://bit.ly/2JiSGfX

15. Add Math : https://bit.ly/2JkMF2i

16. Math Moden : https://bit.ly/2vQzyTp

17. Kimia : https://bit.ly/2xqBToz

18. Sastera : https://bit.ly/2UpDqEF

19. Geografi : https://bit.ly/33MdeHg

20. Fizik : https://bit.ly/39sNEZb

21. EST : https://bit.ly/3albB5G

22. ERT : https://bit.ly/33NtfN7

23. Ekonomi : https://bit.ly/3anJJ0

24. Biologi : https://bit.ly/2UmYBHq

25. Arab : https://bit.ly/33QS2zD

26. B.Melayu : https://bit.ly/33N5AMG

27. B. Inggeris : https://bit.ly/2UnZQWF

28. Reka Cipta : https://bit.ly/33VUjtG



Semak Akaun Bank, Telefon Scammer

 


Cara Semak Akaun Bank Scammer Online | Cara check scammer akaun bank dan nombor telefon (handphone) scammer secara online melalui website dan mobile app Semak Mule CCID PDRM. Terima kasih atas perkongsian Polis Sabah. Terbaik tuan! Tonton video sehingga habis.



Ahad, 24 Januari 2021

Belajar dari Rumah guna telefon pintar percuma.


YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah untuk belajar dari rumah. Bagi memastikan sesi pembelajaran tidak terganggu, YTL Foundation menyediakan juga data percuma kepada para guru.
Para guru diminta memberi senarai nama pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membolehkan mereka menerima telefon pintar secara percuma sumbangan Yayasan YTL. Setiap telefon pintar itu akan dilengkapi dengan kad prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120GB bagi tempoh setahun, guru-guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar tersebut.

Tawaran ini khas kepada golongan B40 sahaja. Untuk memohon anda perlu sediakan beberapa butiran seperti dibawah:
  • Nombor MyKad/MyKid murid
  • Nombor MyKad ibubapa
  • Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’
Sekiranya berjaya, ibubapa yang dicalonkan akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar. Mereka sekali lagi perlu sediakan :
  • Salinan MyKad/MyKid murid
  • Salinan MyKad ibubapa
Akhir sekali, jika berjaya barulah pihak YTL Foundation akan menghantar telefon percuma tersebut kepada ibubapa dan anak-anak boleh mula belajar di rumah.

YTL Foundation  : https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/








Anda juga boleh semak kelulusan secara online di lcs.yes.my/



Sabtu, 23 Januari 2021

Bantuan yang anda mungkin tidak tahu tapi anda layak untuk mohon dalam tahun 2021.

 


1. Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).

Untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa daftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.

Semak Sekarang :
https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-spin/

2. Pakej Kita Selangor

Sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0) kerajaan negeri Selangor mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini.

Pakej Kita Selangor juga meliputi usaha membantu golongan ‘frontliners’ yang bertungkus lumus berkhidmat menangani COVID-19.

Semak Sekarang : https://www.amirudinshari.com/posts/pakej-kita-selangor

3. My mudah

Untuk menyelesaikan masalah syarikat yang berdepan masalah, kerenah birokrasi bagi menghadapi Pendemik ini.

Semak sekarang : http://mymudah.mpc.gov.my/


4. Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 5.0

Kerajaan Sarawak mengumumkan pakej kelima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 5.0) melibatkan peruntukan berjumlah RM405 juta dalam inisiatif terbaharunya untuk meringankan beban rakyat negeri itu dalam menghadapi penularan Covid-19 dan banjir, baru-baru ini.

Semak laman web rasmi BKSS di sini: https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan khas itu akan disalurkan menerusi 11 langkah yang melibatkan pemberian diskaun, pengecualian dan penangguhan pembayaran lesen, premium tanah dan pinjaman industri kecil dan sederhana.

5. Bantuan Pulau Pinang 3.0

Semak Laman web : Buletin Mutiara

https://www.buletinmutiara.com/pakej-bantuan-rakyat-pulau-pinang-3-0-peniaga-pengusaha-perkhidmatan-berdaftar-diminta-segera-mohon-mulai-25-januari/

6. Permohonana telefon Pintar percuma yayasan YTL untuk pelajar B40

Para guru diminta memberi senarai nama pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membolehkan mereka menerima telefon pintar secara percuma sumbangan Yayasan YTL.
Setiap telefon pintar itu akan dilengkapi dengan kad prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120GB bagi tempoh setahun, guru-guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar tersebut.






Jumaat, 22 Januari 2021

Pengumuman Khas Untuk Veteren ATM




PENGUMUMAN KHAS UNTUK VETEREN ATM DISELURUH MALAYSIA
PROGRAM RESKILILING &UPSKILLING VETEREN ATM(PRUV ATM) 2021

Inisiatif Kerajaan melalui PERHEBAT akan melaksanakan program PRUV ATM iaitu program peningkatan kemahiran & latihan semula kepada veteran ATM.

Justeru, Veteran ATM di mohon mengemaskini butiran khusus untuk program PRUV ATM. Tuan/Puan boleh mengisi butiran di link berikut mengikut negeri/lokaliti masing-masing :

Perlis, Kedah & Pulau Pinang
http://bit.ly/2JU87ze

Perak
http://bit.ly/2L80YMg

Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya
http://bit.ly/3pTV5RC

Melaka & Negeri Sembilan
http://bit.ly/393azMk

Pahang
http://bit.ly/3pU35lA

Kelantan & Terengganu
http://bit.ly/3ngpjMU

Johor
http://bit.ly/3pSOyqn

Sarawak
http://bit.ly/35iqo0C

Sabah
http://bit.ly/3osFk3W




#PRUVATM
#PERHEBAT
#PERHEBATPrihatin


Khamis, 21 Januari 2021

Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0)



Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima telah dibuat bermula 21 Januari ini.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sebelum ini, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima B40 pada 21 Januari.

“Bagi penerima M40, bayaran juga akan dikreditkan ke akaun penerima pada 25 Januari,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, penerima tanpa akaun bank boleh men.untut wang pembayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur 0perasi standard (SOP) dari semasa ke semasa,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, bagi penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai awal Februari sehingga 1 April.

“Lokasi tuntutan wang bakal diumumkan pada akhir bulan Januari,” katanya.

Katanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 j.uta yang terdiri daripada 5.82 j.uta individu bujang dan 5.24 j.uta penerima isi rumah.

“Jumlah bayaran adalah sebanyak RM 7.18 bili0n setakat ini,” katanya.

Kerajaan Pahang kecuali sewa kepada gerai terkesan banjir

 

“Pengecualian sewa gerai-gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini adalah untuk satu tempoh sehingga gerai-gerai terbabit dipulihkan sepenuhnya bagi gerai yang mengalami rosak teruk akibat banjir,” 

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.


Disediakan Oleh Kredit :  (UKOMP)


Rabu, 20 Januari 2021

Manfaat Belanjawan 2021


Dalam keadaan yang kian mencabar, tentunya setiap bantuan begitu bermakna.

Tanpa mengira latar belakang anda, Belanjawan 2021 akan menjamin kesejahteraan keluarga, perniagaan dan komuniti anda.

Gunakan panduan ini dan ketahui manfaat Belanjawan 2021 untuk anda!

Manfaat Belanjawan 2021

  1. Individu dan Isi Rumah
  2. Perniagaan dan Majikan
  3. Komuniti

Klick Sekarang : Manfaat Belanjawan 2021


Klick Sekarang : Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia (PERMAI)


Selasa, 19 Januari 2021

PKP sekali lagi



MKN bersetuju untuk melaksanakan PKP Di Negeri Berikut Mulai 22 Januari Hingga 4 Februari 2021:

Kedah

Perak

Negeri Sembilan

Pahang

Terengganu

Perlis

Aktiviti Dalam Kawasan PKP
Restoran, Kedai/gerai makan, kenderaan bersaji(foodtruck)
Penjaja  tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk, kedai runcit & kedai serbaneka.
Dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam.


Majlis Keselamatan Negara

t.me/Covid_19Malaysia

#KitaMestiMenang #BreakTheChain #StrongerTogether #AllahJagaKita

19 Januari 2021.

Sesi sekolah tabika Kemas ditangguh


Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Januari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya mengambil maklum trend peningkatan jangkitan Covid-19 dan memutuskan untuk mengikut langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai langkah pencegahan.

“Bagi memastikan tidak berlaku keciciran dalam kalangan kanak-kanak Tabika Kemas, kaedah pembelajaran secara Home-base Learning (pembelajaran di rumah) yang ditetapkan oleh jabatan akan digunakan melalui kaedah Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc),” katanya.

Sabtu lepas, KPM memaklumkan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Januari ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020.

Sementara itu, Kemas menjelaskan pihaknya memberi kebenaran bersyarat untuk Taska Kemas beroperasi sekiranya terdapat permohonan daripada ibu bapa yang bertugas sebagai barisan hadapan untuk menghantar anak-anak mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

PKP dikuatkuasakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejak 13 Januari sehingga 26 Januari ini.

PKP bermula 16 Januari hingga 29 Januari pula melibatkan Kelantan dan Sibu, Sarawak.

BERNAMA - 18 Jan 2021

Isnin, 18 Januari 2021

Majsid Lama Kg. Pagar, Penjom



Walaupun banjir masjid ini tetap kukuh


Masjid lama berusia lebih 200 tahun


Qadhi Ibrahim Bin Hurairah


Selain penemuan kapal yang timbul di Kampung Pagar, Penjom satu lagi tinggalan sejarah yang wajar dipelihara berkaitan bukti syiar dan dakwah Islam di Pahang iaitu masjid lama berusia lebih 200 tahun di Kampung Pagar, Penjom, Lipis. Terbukti walau sekuat mana pun arus banjir yang melanda di kawasan ini hingga kapal yang seusianya pun timbul dari perut sungai Lipis namun masjid yang berusia ratusan tahun seusia kapal yang timbul itu,  tetap kukuh dan tidak berganjak oleh arus banjir.

Bukti betapa hebatnya dakwah dari masjid ini dalam memperkuatkan tauhid dan akidah nenek moyang kita dalam memperkukuhkan ajaran islam dan menentang kristianisasi penjajah di zaman itu.
Al fatihah kepada Moyang Qadhi Ibrahim Bin Hurairah (kuburnya bersebelahan dgn masjid ini) atas perjuangan dakwahnya di masjid ini dan  di serata bumi Pahang.

Kredit FB : MyAdam Aris



Anda Perlu tahu: Senarai Bantuan Khas PERMAI PKP 2.0

Pakej Bantuan Khas PKP 2.0


Antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri:

1.  Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini

2.  Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta

3.  Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini

4.  Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini

5.  JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak

6.  Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021

7.   Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan

8.   Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April

9) Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac

10. Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor

11. Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

12. KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir

13. Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja

14. Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang

15. Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.



Sabtu, 16 Januari 2021

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021)


Tempoh Permohonan dan Pengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021(tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)

Permohonan disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikut pandemic Convid 19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) termasuk penjarakan social.

Pemohon perlu membuat kemaskini adalah 

Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus.

Permohonan perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

Permohonan yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021  bermula  15 Jan - 15 Feb 2021.


Dokumen perlu di Upload bentuk 'Png''Jpeg' atau 'PDF'



PENTING !!!!! DOKUMEN SOKONGAN

  • Sijil Kahwin
  • Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan
  • Pengesahan Pasangan
  • Pengesahan Bank

BUAT PERMOHAN  SEKARANG >>>>https://bpr.hasil.gov.my


Tarikh Permohonan Baru.

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari nanti. 

Kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 14 Feb 20211







Jumaat, 15 Januari 2021

Semakan Penyata Pencen JHEV ATM



Untuk makluman, Penyata Pencen untuk tahun 2021 sudah keluar, boleh lah tengok kenaikan 2% masing-masing.

Sebelum itu kena daftar dulu.




Semakan Penyata Pencen

https://penyata.jhev.gov.my/penyata/



USER ID: No tentera

Password: Pass@2017


Agong dayung sampan ke rumah rakyat terjejas banjir


KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG DAYUNG SAMPAN KE RUMAH RAKYAT TERJEJAS BANJIR

Walaupun dalam keadaan banjir yang masih berarus deras tidak menghalang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk mendayung sendiri sampan bagi ke rumah penduduk yang terjejas di Kampung Acheh di sini.

Seri Paduka bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menziarahi rumah mangsa yang ditelenggami banjir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.

kredit : UKOMP


Banjir besar(bah)2021 Menimbulkan kapal abad ke -18

 

Laporan TV 3

Laporan Astro Awani

"copper sheathing" 

kapal diperbuat daripada kayu




Kapal ni berusia sekitar 200 tahun sahaja, tak sampai 400. Gambar yang ada angka '16' tu adalah 'copper sheathing' atau salutan tembaga, dan tertulis "16" tu bukan tahun 1600-an, tapi '16oz' atau '16 ounce', berat salutan tembaga tu 16 auns (kira-kira 454 gram), sekeping.

Ini adalah kapal yang dipanggil 'copper-clad ship', yang mana sebahagian besar kapal diperbuat daripada kayu dan bahagian bawahnya (yang di dalam air) disalut dengan kepingan tembaga (copper sheathing). Kapal jenis ni mula digunakan dalam abad ke-18 (tahun 1700-an).

"Vivian & Sons" adalah pengeluar salutan tembaga tu sahaja, bukan nama kapal atau nama pemilik kapal. Kapal ni mungkin digunakan untuk pengangkutan di zaman British di Pahang, menyusuri Sungai Pahang dan mungkin juga turut di laut untuk ke Singapura dan sebagainya, semasa Kuala Lipis menjadi pusat pentadbiran (ibu negeri) Pahang di bawah British.

Kredit FB : Wanusyu Yurn



Jumpaan Kapal Lama di Lipis

Lantaran banjir yang agak besar di Pahang terutama di Lipis dijumpai  artifak lama  di Lipis.Artifak lama boleh diuji secara teknik C14 seperti saya kuliahkan dalam "Kuliah Arkeologi-Bahagian Pengenalan " yang ahli kelas saya kini  telah melebihi 9000 orang.Ini menunjukan ramai dari kita yang berminat dalam bidang arkeologi. Namun memasuki Universiti Awam bukan mudah bagi kita diMalaysia. Justru , saya berikan kuliah percuma  d iFB ,sejak  beberapa tahun  dulu.Menjawab persoalan artifak ditemui diLipis itu ada beberapa perkara dikenalpasti untuk mendapatkan tarikh kapal itu dibuat. 1.Kalau dikapal itu telah diletak tarikh oleh pembuat kapal itu adalah Tahun 1609 ,maka itulah tarikh kapal itu dibuat. 2.Jika kapal itu tiada tarikh dibuat maka kita boleh uji kayu binaan kapal itu dengan Teknik C14. Sayang diMalaysia belum ada Makmal C14, malahan di USM belum ada lagi. Jadi kita boleh hantar sample untuk diuji di University Glasgow dengan menghantar sample kayu dibuat kapal itu dengan dikenakan bayaranya.Bayaran boleh lah dicari penajanya. Sekian dulu.

Kredit FB: Dr Aminudin Bin Abdul Karim


Rabu, 13 Januari 2021

Bantuan Persekolahan anak Veteren ATM


Pembayaran Bantuan Persekolah “Back to School” tahun 2020 Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM

Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM telah bersetuju untuk membuat bayaran secara ‘online Banking’ terus ke akaun 767 penerima dengan pecahan 745 penerima adalah asnaf Veteran ATM dan baki seramai 22 penerima dalam kalangan veteran bukan Islam bagi mengurangkan beban sara hidup asnaf yang kurang berkemampuan selain menggalakan minat anak-anak untuk ke sekolah.

Bayaran akan bermula pada 14 Jan 2021 melibatkan peruntukan RM 383,500.00 dengan setiap penerima menerima sebanyak RM 500.00 menggunakan Tabung Zakat 'Yayasan Veteran ATM' dan dana Kampen Tabung Pahlawan bagi bukan Islam.


Semakan sila hubungi:

Tel : 016-7400182


Download Borang PKP dan PKPB untuk rentas Negeri atau Daerah





HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:





Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;

2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Download Borang PKP


Download Borang PKPB




#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Selasa, 12 Januari 2021

Darurat hingga 1 Ogos ini.



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

Perlu ditegaskan di sini bahawa Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap keselamatan diri rakyat jelata, khususnya pada ketika ini rakyat di beberapa negeri masih mengharungi bencana banjir. Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kegusaran terhadap kesan bencana banjir dan kenaikan mendadak angka jangkitan COVID-19 di negara ini.

Sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan, maka ia akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal menghadapi pelaksanaan darurat ini dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama

Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat jelata untuk bersama berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan semua perintah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan semasa pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Seri Paduka menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat jitu dan kerjasama rakyat jelata seperti yang telah dipamerkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu, kita mampu sekali lagi membendung penularan wabak COVID-19 dengan berkesan.





Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar vaksin COVID-19 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi COVID-19 di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi penghargaan kepada wira dan wirawati petugas barisan hadapan yang bersabung nyawa dan bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah serta masa dalam memikul tanggungjawab memerangi wabak COVID-19.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda mendoakan semoga Malaysia sentiasa dilindungi dari segala bentuk ancaman dan wabak ini dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat mendoakan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.

Baginda memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19 selepas menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin di Istana Negara, semalam.

Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 45 minit bermula pada jam 5.30 petang semalam, Muhyiddin telah menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

"Setelah memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki bin Ali; Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun; Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Haji Affendi bin Buang; Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid bin Bador, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani bin Salleh, maka Al-Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Perlu dimaklumkan bahawa perkenan ini juga telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Perkenan ini turut mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara. Ia juga berdasarkan statistik semasa COVID-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat itu.

Menurut statistik, lima belas hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. Di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus.

Kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak pula telah melebihi 70 peratus.

Berikut adalah kronologi pengisytiharan Darurat Di Malaysia:
  1. Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
  2. Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1964)
  3. Sarawak (1966)
  4. Rusuhan Kaum 13 Mei (1969)
  5. Kelantan (1977)
  6. Jerebu (1997, 2005, 2013)
  7. Darurat Parlimen Batu Sapi (2020)
  8. Darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya (2020)
  9. Pengisytiharan Proklamasi Darurat (2021)
Kredit : BERNAMA


Isnin, 11 Januari 2021

Status Terkini Convid-19 Di Pahang.

Lokasi Sekatan jalanraya di Pahang 
                                        


11 Jan 2021


Sehingga 11 Januari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 46 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 1655 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 534 kes. Terdapat 16 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1113 kes manakala jumlah kematian adalah 8 kes.

46 KES BARU

7 Kluster Damai Ketari

5 Kluster Rantau Semarak

3 Kluster Jalan Genting

9 Saringan Kontak Luar Pahang (Selangor)

19 Saringan Kontak Dalam Pahang

2 Saringan Bergejala

1 Saringan Pekerjaan


43 Warganegara
 3  BWN

30 Jangkitan Tempatan
16 Import


TABURAN JUMLAH KES JANGKITAN TEMPATAN COVID-19 DALAM TEMPOH 14 HARI MENGIKUT DAERAH DI PAHANG DARI 29.12.2021 HINGGA 11.1.2021

Daerah Bentong (415 kes):

Mukim Bentong -83 kes

Mukim Sabai -332 kes

Daerah Cameron Highlands (1 kes)

Hulu Telom -1 kes

Daerah Kuantan (46 kes) :

Mukim Beserah -6 kes

Mukim Kuala Kuantan1 -11 kes

Mukim Kuala Kuantan2 -21 kes

Mukim Sg Karang -7 kes





Mukim Hulu Lepar -1 kes

Daerah Pekan (11 kes):

Mukim Bebar -6 kes

Mukim Pekan -5 kes

Daerah Raub (13 kes):

Mukim Gali. -11 kes

Mukim Semantan Ulu -2 kes

Daerah Temerloh (14 kes):

Mukim Mentakab -5 kes

Mukim Perak -5 kes

Mukim Semantan -4 kes

Daerah Rompin (2 kes):

Mukim Keratong. -1 kes

Mukim Rompin -1 kes

Daerah Maran (25 kes):

Mukim Chenor -25 kes

 Daerah Bera (6 kes):

Mukim Triang1 -6 kes

Daerah Lipis (4 kes):

 Mukim Gua -3 kes

Mukim Telang -1 kes

Keeping Pahang safe: Lindungi Pahang🖤

Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.

Sentiasa amalkan:
  • Pakai pelitup muka
  • Jaga jarak fizikal 1 meter
  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
  • Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala

Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.




#covid19
#kitajagakita
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 - PM Muhyiddin

PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021




Semakan Akaun 1 KWSP Kategori 2 Sekarang.

 



Semakan status KWSP boleh dibuat sekarang bermula 4 Jan 2021, Semoga kelulusan dapat diluluskan oleh pihak KWSP. Selamat berjaya.

Semak Sekarang   https://isinar.kwsp.gov.my/ 


Permohonan diterima.



05 Jan 2021

I-SINAR kategori 1 Batch 8/1 sudah dikredit secara berperingkat bermula hari ini.

RHB/MAYBANK/CIMB/PUBLICBANK/BANKISLAM

#isinarkwsp2021


Kategori 2

Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula,  permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

1. Dokumen Perlu di Muat Turun.

Layari laman sesawang isinar.kwsp.gov.my

Isikan nombor Mykad atau MyPR dan masukkan nombor telefon 

Tekan butang "TERUSKAN"

Isikan nombor OTP (One Time Password) yang diterima melalui SMS dan sahkan nombor OTP tersebut atau jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.

Tetapkan amaun pilihan.

Tetapkan bayaran bulan pertama dan tekan teruskan.

Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.

Lengkapkan maklumat bayaran dan tekan TERUSKAN.

Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran. Selepas tandakan ✓ dan tekan hantar.


Ambil  gambar menggunakan phone juga boleh tetapi pastikan ianya terang dan boleh dibaca. 

Gunakan flash jika perlu supaya gambar dokumen yang diambil itu jelas.

Posisikan kamera telefon yang digunakan betul betul berada di atas dokumen yang ingin diimbas.

Contoh Dokumen Sokongan :

  • Slip Gaji
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Penyata Bank
  • Notis Pemotongan Elaun/OT
  • Notis Pemberhentian

Kelulusan Automatik hanya dapat dibuat sekiranya terdapat pengurangan caruman. Jadi, semakan secara manual akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang korang berikan semasa permohonan dibuat. 

Permohonan diterima dan akan diproses.



2. Contoh Dokumen yang Jelas.


Semak Sekarang   https://isinar.kwsp.gov.my/ 




Sabtu, 9 Januari 2021

Banjir dan Kenderaan yang perlu anda tahu…”

Perhatian untuk mereka yang berada di kawasan banjir sekarang ini. Jangan sangka kereta anda cukup berat untuk nak redah banjir.

Bagi kenderaan biasa (sedan), ia memerlukan hanya 12 inci (30 cm) air untuk kereta terapung dan menghanyutkan kenderaan anda. 12 inci adalah bawah sedikit dari lutut.




Bagi kenderaan besar (4 x 4) keatas, ia memerlukan hanya 18 ke 24 inci (40 - 60cm) air untuk monster kesayangan anda terapung dan dihanyutkan. 24 inci adalah bila air cecah celah kankang dewasa. Bila ia hanyut maka anda sudah hilang kawalan pada kenderaan dan bersedia untuk keluar dari kenderaan ASAP.

Jika anda meredah air, pastikan cermin kereta siap-siap diturunkan. Terus keluar dari kenderaan melaui tingkap jika kereta sudah dikawal air atau mulai tenggelam dalam air. Jika lambat, sistem tingkap dikhuatiri akan jammed dan akan sukar untuk diturunkan. Ini akan menyebabkan anda terperangkap.

Jika tingkap gagal diturunkan samada secara manual atau power window, pastikan benda tajam seperti screw driver ada disisi dan letakkan dibucu cermin dekat dengan lock. Ketuk bontot screw driver sekali atau dua kali. Cermin pasti akan pecah. Jangan panik dengan ketuk tingkap guna tangan atau siku. Jika tiada screw driver, alat alternative terbaik yang sedia ada dalam semua kereta ialah keluarkan headrest dan gunakan hujung besi headrest di bucu tingkap. Ikut langkah diatas.

INGAT! ANDA ADA 30 HINGGA 120 SAAT SEBELUM KERETA TENGGELAM SEPENUHNYA. INI SAHAJA MASA YANG ADA UNTUK KELUAR.




Jika ada anak kecil dalam kereta yang tenggelam, pemandu keluar dahulu dan hulurkan anak kecil kepada pemandu. Yang penting, JANGAN PANIK dan jangan menjerit. Bertindak dengan tenang.

Jika enjin mati dalam air, jangan cuba re-start jika tak mahu kereta jahanam. Kemungkinan minyak hitam dah bercampur dengan air dan air filter sudah basah akibat kemasukan air. Untuk uji ini, check minyak hitam menggunakan deepstick. Jika ada seperti susu, makan sah air sudah memasuki enjin. Terus panggil tow truck dan bawa ke bengkel untuk elak bil repair tinggi.

Untuk 4X4, jika gandar belakang terendam lama di dalam air, hantar ke pusat servis dan periksa minyak differential di belakang. Kemasukan air pada rear-diff sebenarnya sering berlaku tetapi tidak diketahui oleh kita sehinggalah masalah timbul.

Lepas meredah air, bawa kereta dengan perlahan kerana brek anda sedang basah. Warm-up dia dulu hingga kering dengan menenkan brek sekali sekala. Ini untuk mengeringkan brake disc, drum dan brake shoe. Jika bawa laju sewaktu ia basah, pastikan ada medical insurance yang masih valid.

Sebaiknya, jangan redah banjir jika tidak yakin terutrama sekali jika air terlalu deras. Jangan ikut orang, tapi fikir keselamatan diri. Jika anda keluarga di dalam kereta, lebih baik rehat sahaja ditepi jalan atau patah balik. Tetapi jika perlu juga redah, pastikan dalam keadaan gear rendah. Guna L atau D bagi auto atau gear 1 bagi manual. Jangan kejap perlahan, kejap laju. Pandu perlahan tapi jangan terlalu perlahan. Sebaiknya, pandu dalam gear rendah agar pemanduan dalam RPM tinggi. Bila RPM tinggi, anda tidak memandu dengan laju dan ia akan mengurangkan risiko enjin mati. Muncung ekzos berada dalam keadaan tinggi bila RPM tinggi. Ini akan mengurangkan kemasukan air kedalam ezon yang akan akibatkan air merayap masuk ke enjin.




Jika kereta anda tenggelam dalam air ketika banjir sebelum sempat dialihkan, bila air surut, pastikan:

JANGAN START! JANGAN START! JANGAN START!

Jika anda terus start, kena overhaul dan ini mahal woo...tapi jika anda panggil tow truck dan ke bengkel, jangan overhaul. Cukup sekadar flush sahaja. 3 hingga 5 kali flush untuk pastikan benar-benar tiada lagi air dalam enjin. Flush lebih murah dari overhaul. Kusyen basah bau hapak, itu pandai-pandai nak cuci atau tukar. Ikut kemampuan. Jika dicuci dengan sebersihnya, ia akan makan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk kembai berbau normal.

Jika anda tinggal di tempat yang mudah banjir dan dalam musim banjir, pastikan:

1. Ekzos disumbat dengan padat dan benda waterproof. Objektif ialah air tak masuk dalam ekzos.

2. Cabut

plug battery. Kalau boleh, angkat sekali battery tu keluar. Plug dah cabut buat apa lagi battery dalam kereta. Tapi simpan ditempat tinggi dirumah.

3. Keluarkan semua karpet dan barangan mudah alih dari kereta.

Tips diatas ini dilakukan bila kelihatan air dijangka akan naik tinggi dan kereta tak sempat diselamatkan. Tapi jika boleh selamatkan, alihkan kereta ke tempat lain yang lebih selamat.

Pastikan anda selamat dan dahulukan nyawa dari kereta. Semoga bermafaat dan kongsikan tanpa perlu tanya kebenaran saya jika ia berguna.

Pengambilan Pegawai Kedet ATM 2021



PENGAMBILAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BAGI TAHUN 2021

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SLP-KTU).

Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.

Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2021 iaitu


Klick sekarang : https://jmt.mod.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2021.

Lawatan MB Pahang ke DUN Jelai



TENTATIF LAWATAN YAB MENTERI BESAR PAHANG KE DUN JELAI

9 Januari 2021 (Sabtu)

9.15 pagi

- YAB MB tiba di Kem 8 RAMD, Kuala Lipis

10.30 pagi

- Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Bagi Kg Tg Gahai Dan Kg Bertang oleh YAB Menteri Besar Pahang Dengan Kerjasama Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang

Tempat : Dewan Dato' Sri Wan Rosdy, Tg Gahai, Lipis

11.30 pagi

- Menziarahi Ahmad Husin bin Mad Aris , mangsa bot karam yang terselamat

Tempat : Kg Bertang

1.00 petang

- Lawatan ke pusat mangsa banjir

Tempat : PPS Beletik dan PPS Lubuk Kulit

2.30 petang

- Lawatan ke pusat mangsa banjir

Tempat : PPS Kg Bukit Kota dan PPS Bukit Betong

3.30petang

- Bergerak ke Kem RAMD 8, Lipis

- YAB Menteri Besar Pahang meninggalkan daerah Lipis

Kemaskini : 8.30 mlm 6/1/2021


Jumaat, 8 Januari 2021

Amaran Cuaca (Waspada)




𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐁𝐔𝐑𝐔𝐊 & 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝟒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.

Ia melibatkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Pada masa yang sama, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, turut dikeluarkan melibatkan seluruh Kelantan dan di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara di Johor, melibatkan Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Keadaan cuaca buruk juga dijangka berlaku di Dungun, Kemaman di Terengganu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran, di Pahang sehingga Sabtu ini.

Malaysian Meteorological Department


Khamis, 7 Januari 2021

Selepas Banjir 2021: Aktiviti Pembersihan

"Bagai Tsunami melanda  pekan Benta...."

 


Banjir di Kuala Lipis Pahang telah surut dan Tinjauan suasana selepas banjir pada jam 6.30 petang tadi amat melegakan semua penduduk Kuala Lipis.Kini, misi pembersihan lumpur banjir dan kesan akibat banjir giat dilakukan oleh para sukarelawan dan NGO. Terima kasih buat Dumper Truck ( King kong )yang banyak membantu ketika banjir.

Syukur Alhamdulillah banjir telah surut. Ini amat melegakan penduduk di sekitar Kuala Lipis khususnya di Kampung Tempoyang dan Padang Tengku.

Jom saksikan Pemandangan di sekitar bandar Kuala Lipis yang masing-masing sedang sebok bergotong-royong membuat pembersihan di rumah , sekolah dan premis kedai setelah banjir surut.

Longgokan barang-barang dan peralatan rumah di hadapan rumah dan premis menjadi pemandangan di sana sini.

Semoga semua urusan mangsa banjir dipermudahkan.

Kredit : Raziah Anuar

Tentera Darat Malaysia Bantu Pembinaan Jambatan Sementara

 









Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) sedang melaksanakan pembinaan jambatan di Kampung Lechar, Raub, Pahang bermula awal pagi 7 Jan 21.

Seramai dua pegawai dan 31 anggota RAJD terlibat dalam melaksanakan pemasangan jambatan tersebut dengan diketuai oleh Ketua Skuadron Bina, 91 Rejimen Bantuan RAJD, Leftenan Kolonel Norhejeri bin Shamsudin. Pembinaan jambatan tersebut akan menghubungkan semula jalan di antara Perumahan Makmur Lechar dan Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar dengan Pekan Ulu Dong serta Bandar Raub yang mana ianya akan memberi manfaat kepada lebih 500 penduduk yang terjejas sebelum ini.

Struktur jambatan sedia ada telah runtuh pada 3 Jan 21 disebabkan daripada hakisan tanah akibat arus deras Sungai Dong.

Jambatan yang dibina adalah sepanjang 24 meter dan lebar 7.35 m (2 lorong) yang mengambil masa pembinaan lebih kurang 8 ke 15 jam.

Jambatan Compact Bailey 200 adalah jambatan yang dibekalkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Tentera Darat Malaysia secara gunasama. Walaupun keadaan jalan yang sempit dan tidak rata serta berbukit, Trup masih mampu melaksanakan proses pemasangan berdasarkan perancangan yang ditetapkan.- Raub 7 Jan 2021

Kredit FB TenteraDaratMalaysia

#GagahSetia



 


Rabu, 6 Januari 2021

SEMAK SEKARANG PEMILIHAN AKHIR PENGAMBILAN REKRUT TD 2020 SIRI 193



A.  ADAKAH ANDA BERANI & BERMINAT
PELUANG KERJAYA DALAM TENTERA DARAT TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA (LELAKI) YANG BERKELAYAKAN DAN MENEPATI SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN DAN BERMINAT DI DALAM PROFESION KETENTERAAN

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK (LELAKI)
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. LULUS subjek Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah. Pernyataan keputusan tidak diterima. Slip Keputusan SPM tahun 2019 sahaja diterima.

2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan LULUS subjek Bahasa Melayu kod 1104 dan salah satu subjek berikut : Matematik atau salah satu subjek Sains atau Bahasa Inggeris (Dipaparkan Dalam Transkrip). Pernyataan keputusan tidak diterima.

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Skim Kemasukan SPM).

4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Penyataan keputusan tidak diterima.

5. Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH diIktiraf  KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil di peringkat SPM.

6. Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil di peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

LAIN-LAIN KELAYAKAN
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2. Umur Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah di PUSASDA pada 26 Mac 2021.

3. Taraf Perkahwinan Lelaki Bujang/ Kahwin/Duda.

4. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana (Tapisan Keselamatan akan dibuat oleh Sel Pengambilan).

5. Pemohon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa Pemilihan Akhir.

6. Sesi Pemilihan Awal secara atas talian.

7. Sesi Pemilihan Akhir ditawarkan bagi calon yang lulus sesi Pemilihan Awal melalui panggilan e-mail.

8. Kriteria Tambahan: Keutamaan akan diberikan kepada yang berkebolehan seperti berikut:

  • Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
  • Berkebolehan bermain alat muzik dan pancaragam yang diiktiraf.
  • Penguasaan bahasa asing.
  • Mahir berenang.

9. Taraf Kesihatan (kriteria Asas):
  • Tinggi Minimum : 1.62m (lelaki).
  • Berat Minimum: 47.5 kg (lelaki).
  • Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 cm (lelaki).
  • Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 26.9
  • Mata: Mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Pemohon dikehendaki MUAT NAIK (Upload) dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  • Kad Pengenalan.
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil SPM/STPM/STAM/SKM.
  • Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang menduduki SPM 2019 sahaja.
  • Sijil SVM bersama transkrip.
  • Diploma dan Transkrip (IPTS) terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  • Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Sijil Berhenti Sekolah.
  • Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan).
  •  Kad Pengenalan ibu bapa.
  • Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin).
  • Gambar terkini berukuran passport.
  • Pemohon mestilah mempunyai email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).




B.  PERMOHONAN

PERMOHONAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 193/2020 

Sila isi butiran di bawah dengan lengkap. Kepada semua calon dikehendaki mengisi dengan HURUF BESAR.

Sebelum anda 'HANTAR/SUBMIT' permohonan ini, sila semak semula maklumat yang diisi adalah betul.

Tarikh Buka Iklan Permohonan Perajurit Muda : 18 Jun 2020.
Tarikh Tutup Iklan Permohonan Perajurit Muda: 18 Jul 2020.

TENTERA DARAT PROFESION PILIHAN ANDA

Klik Untuk Memohon

Atau

SILA HUBUNGI




Pemilihan Akhir Perajurit Muda TD Lelaki Siri 193 lelaki Tahun 2021

Lokasi :

ZON SELATAN
1. Markas Staf Stesen  Kluang
Tarikh : 22 hingga 27 Jan 2021.

2. 15 RAMD Seramban
Tarikh : 09 hingga 15 Jan 2021.


ZON TIMUR

3. 4 BGD Kem batu 10 kuantan 
Tarikh : 9 hingga 19 Jan 2021.


4. Markas Staf Stesen Desa Pahlawan Kelantan -
Tarikh : 24 Jan hingga 05 Feb 2021.

ZON UTARA

5.Markas Staf Stesen Sg Petani
Tarikh : 24 Jan hingga 04 Feb 2021.

6. Markas Staf Stesen Taiping
Tarikh : 9 hingga 19 Jan 2021.


ZON SARAWAK


7. Kem Pennrisen Kuching
Tarikh : 08 hingga 17 Feb 2021.


ZON SABAH

8. Markas Staf Stesen  Kem Lok Kawi
 Tarikh : 08 hingga 17 Feb 2021.

ZON TENGAH

9. 4 Div Kem Wardleburn
Tarikh : 02 hingga 10 Feb 21






Jangan Masuk Tentera : Dengar abang ni pesan..."