responsif teks foto

Rabu, 23 Oktober 2019

Mari belajar Fotografi

Asas Fotografi

Kalau dahulu untuk mengambil gambar  kita perlu membeli sebuah kamera yang mahal  dengan harga RM 2000, yang murah  kemera compact  harganya RM200.  Kamera pada masa itu mengunakan filem jenama seperti  Kodak, Fuji Filem, Mitsubishi Filem dengan harga RM 5.50 hingga 8.00 dan boleh mengambil gambar sebanyak 36 keping sahaja . Selepas mengambil gambar kita perlu menghantar ke kedai gambar untuk mencuci (bahasa yang digunakan pada masa itu) hingga menjadi gambar berukuran 3R, 5R, 8R atau lebih mengikut kemahuan kita. “Nampak muka seringgit…” itulah ayat yang digunakan pada tuan punya kamera atau juru gambar.

Kamera yang mahal tadi dipanggil 'Single Lens Reflex' (SLR)  mengunakan lens 28mm hingga 210mm yang berasingan dengan kamera,  ianya boleh ditukar-tukar, mangkin tinggi nombor pada lens mangkin mahal lensnya,. Semua jenis kamera SLR dapat menunjukan bacaan Aperture, Shutter Speed dan ISO kemera.  Pada mulanya  saya belajar kamera untuk memahami maksud Sultter Speed dan Aperture mengambil masa lima hari itu pun setelah membuat latihan praktikal,  sudah faham maksud tersebut barulah  saya tahu kepentingan bacaan teknikal tersebut, Ianya merupakan perkara asas Fotografi hingga bacaan ini terdapat dalam kamera digital dan kamera handphone.

Pada hari ini Gambar Mempunyai Kuasa;  Media social, bukti mahkamah, Passport dan lain-lain. Sekiranya anda ingin memanfaatkan kuasa tersebut dan belajar bagaimana untuk mengambil gambar yang terbaik, anda dialu-alukan melihat "Asas Fotografi: Panduan Permulaan." Tutorial komprehensif ini menerangkan konsep asas yang perlu anda ketahui mengenai fotografi dari awal hingga akhir.


“MENULIS MENGUNAKAN CAHAYA..” itu lah ayat permulaan yang digunakan oleh guru-guru fotografi kepada murid-muridnya.

Fotografi Digital
Fotografi digital adalah salah satu teknologi menghasilkan gambar dalam bentuk digital yang boleh disimpan dan disunting mengunakan komputer dengan software atau  perisian terpilih seperti Adobe Photoshop, Ulead Photo Express dan lain-lain atau  aplikasi terpilih handphone. Ianya bermula dengan mengambil gambar mengunakan kemera digital SLR, compact atau handphone. Dengan Kamera digital ini maka selamat tinggalah Kodak Filem, Fuji Filem 36 roll.

Gambar itu disimpan selalunya dalam bentuk biasanya JPEG  ke dalam komputer/SD memori, hard disc atau terus ke dalam laman web seperti Google Photo, FB, flickr dan lain-lain. 
Gambar digital terdiri daripada beribu-ribu bintik segiempat kecil yang dikenali sebagai piksel.  Piksel ialah elemen yang paling kecil dalam gambar digital,  gabungan piksel ini menjadi sebuah gambar yang menarik. Gambar yang mempunyai banyak bilangan Piksel kelihatan lebih jelas.

Kualiti Gambar
Kualiti gambar ditentukan oleh bilangan piksel gambar yang menentukan bentuk gambar tersebut. Bilangan itu disebut resolusi gambar, lebih banyak piksel digunakan maka lebih tajam dan cantik gambar, lebih banyak piksel lebih tinggi resolusi gambar.

Mengunakan Google Photo web

SETERUS >>>>>>>>>>>>

-Cat Eyes-
Kamera Handphone Vivo   Aperture f 2.0
Shutter Speed  1/14   1S0 1873.



-Spider-
Vivo 1606 plash :  tiada, Jarak Fokus : 2.94,  Aperture  : 2.0, 
Shutter Speed 1/87 ISO ; 100


Tip Gambar  Cantik

- Tentukan kamera digital dibuat white balance' dengan Zoom Out Zoom in berapa kali didepan kertas A4 putih

- Apabila mengambil gambar 'Group Photos' tentukan kerusi dihadapan hanya ada 7 sahaja

- Mengambil gambar potret tentukan mengunakan Lens 210mm





Laman Web Shutterstock

Foto dan Video boleh dijual di berapa laman web contoh di Shutterstock. Tonton Video di bawah.





Daftar laman web tersebut   : Shutterstock


Sebab apa shutterstock mampu menjual foto-foto pada peminat fotografi atau kepada pengguna foto-foto tersebut untuk tujuan komersial.







1 ulasan:

Susan berkata...

Thank you so much for such a well-written article. Search your twitter DMs, mentions, likes and favorites, and timelines Twitter search.

AddToAny